utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia filebalas daripada responden tentang...

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PROJEK REKACIPTA ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI KEGUNAAN DOMESTIK SESI PENGAJIAN: 2008/2009. Saya AMINAH BINTI UYUB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA). Alamat tetap: BATU 19, KG.SEBASU, EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK PAYA REDAN, PAGOH, Nama Penyelia 84600 MUAR, JOHOR. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

Upload: phungcong

Post on 19-Jun-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PROJEK REKACIPTA ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI

KEGUNAAN DOMESTIK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009.

Saya AMINAH BINTI UYUB

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat tetap:

BATU 19, KG.SEBASU, EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK

PAYA REDAN, PAGOH, Nama Penyelia

84600 MUAR, JOHOR.

Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik ).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK

Tarikh : APRIL 2009

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

PROJEK REKACIPTA ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI

KEGUNAAN DOMESTIK

AMINAH BINTI UYUB

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : AMINAH BINTI UYUB

Tarikh : APRIL 2009

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bondaku,

Uyub bin Bachek,

Hamidah binti Juah,

Tiada apa yang dapatku bicarakan. Hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu kini telah ku tunaikan dan

buat kekanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.

Kalianlah sumber inspirasiku.

Buat yang tersayang,

Ahmad Zuhdi bin Abd.Wahab

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Semoga hubungan kita berkekalan

hendaknya.

Buat teman seperjuangan,

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dan bantuan kalian tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang mampu

membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Marilah kita sama-sama bertekad untuk mendidik anak bangsa sehingga mereka berjaya.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, kajian ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah penasihat, Encik Rosni

Zamuddin Shah bin Sidek yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk

ajar dan nasihat. Juga kepada panel penilai yang telah memberikan tunjuk ajar dan

teguran yang membina terhadap kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya

Allah S.W.T. yang mampu membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan

kejayaan diri ini. Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan tidak mungkin akan

dapat dibalas. Semoga Allah S.W.T sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas kalian.

Akhir sekali untuk teman-teman seperjuangan yang telah banyak berkongsi suka

dan duka sepanjang menjalani pengajian di sini. Kalian telah banyak membantu dan

memberi sokongan kepada diri ini. Semoga segalanya dibalas dengan sebaik-baik

balasan. Terima kasih atas segalanya.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mereka cipta satu model alat

penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan domestik serta bagi mendapatkan maklum

balas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini.

Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan pembetulan kuasa aktif bagi

kajian ini ialah litar sepadu (IC) jenis UC 3854. Litar pra-pengatur pembetulan faktor

kuasa ini mampu membetulkan faktor kuasa sehingga 0.98 pada julat voltan bekalan

antara 80VPMKD hingga 260VPMKD. Maklumbalas daripada responden mengenai

penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini diperolehi melalui soal selidik yang

dijalankan ke atas penduduk di sekitar Taman Sri Pulai, Skudai. Sampel kajian adalah

terdiri daripada 30 orang penduduk kawasan terbabit. Data dan maklumat yang

diperolehi telah di analisis menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial

(SPSS) versi 12.0 serta analisis deskriptif adalah berbentuk frekuensi dan peratusan.

Instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan α=0.873. Secara

keseluruhan, penduduk di Taman Sri Pulai, Skudai bersetuju bahawa alat penjimatan

tenaga elektrik in memenuhi empat aspek utama yang ditekankan dengan purata

peratusan sebanyak 69 peratus. Namun, bagi menjadikan alat penjimatan tenaga elektrik

ini lebih efesien pereka mencadangkan agar satu litar penunjuk kerosakan dapat

ditambah bagi memudahkan pengguna mengesan kerosakan yang berlaku pada alat

tersebut.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

vi

ABSTRACT

The purposes of this study are to invent an electricity power saver for domestic

usage and to get some feedback from the respondent about this invention. The main

electronic component for this circuit design is UC3854 integrated circuit (IC). The

power factor correction can achieved up to 0.98 and functions in voltage range between

80Vrms to 260Vrms. The feedbacks from the respondents were gained from a survey

done at Taman Sri Pulai, Skudai. Research samples were consists of 30 people from

Taman Sri Pulai population. The information obtained was analyzed by using Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 12.0 software and the descriptive analysis

were in frequencies and percentages. The reliability of this instrument is α=0.873. For

the conclusion, majority of people at Taman Sri Pulai agreed that this invention was

satisfied the four emphasized aspects which were cost aspect, safety aspect, necessity

aspect and user friendly aspect with average percentage was 69 percent. However, to

improve the efficiency of this product, a failure indicator circuit should be added in

order to allow user to detect the product malfunction easier.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PEMBIMBING

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latarbelakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Menjimatkan Kos Penggunaan Elektrik

1

3

4

5

5

6

6

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

viii

1.6.2 Mempelbagaikan Produk Penjimatan

Elektrik.

1.6.3 Memastikan Keselamatan Pengguna

1.6.4 Memberi Kemudahan Kepada Pengguna

1.7 Skop Projek

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Kuasa

1.8.2 Faktor Kuasa

1.8.3 Pemuat

1.8.4 Tarif

1.8.5 Penjimatan

1.8.6 Alat

1.8.7 Tenaga Elektrik

1.9 Kesimpulan

7

7

7

7

8

8

8

9

9

9

9

10

10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Tenaga Elektrik

2.3 Jenis-jenis Litar Arus Ulang-Alik

2.3.1 Litar Perintang

2.3.2 Litar Pemuat

2.3.3 Litar Peraruh

2.4 Segitiga Kuasa

2.5 Faktor Kuasa

2.6 Pembetulan Faktor Kuasa

2.7 Litar Sepadu UC 3854

2.8 Kesimpulan

11

11

12

13

15

17

19

19

20

21

21

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Litar

22

23

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

ix

3.3 Proses Rekabentuk Kajian

3.3.1 Analisis

3.3.2 Rekabentuk

3.3.3 Pembangunan Prototaip

3.3.4 Perlaksanaan Prototaip

3.3 5 Penilaian

3.4 Pemilihan Bahan

3.4.1 Alatan Tangan Yang Digunakan

3.4.2 Bahan Projek

3.5 Pengiraan Kos

3.5.1 Kos Bahan

3.5.2 Kos Upah

3.5.3 Kos Sampingan

3.5.4 Kos Pengeluaran

3.5.5 Keuntungan

3.6 Kaedah Pembuatan

3.6.1 Pembinaan

3.6.2 Pemasangan

3.6.3 Pengujian

3.7 Populasi Kajian

3.8 Instrumen Kajian

3.9 Kesahan Soal Selidik

3.10 Kajian Rintis

3.11 Analisis Data

3.12 Kesimpulan

24

25

25

26

26

27

27

28

28

30

30

31

31

32

32

32

33

33

33

33

34

34

35

35

37

BAB 4 PENGUJIAN REKACIPTA DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Pengujian Litar Peningkatan Kuasa

4.3 Analisis dan Keputusan Soal Selidik

4.4 Analisis Bahagian A: Biodata Responden

38

39

40

41

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

x

4.4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Jantina

4.4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Umur

4.4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Taraf Perkahwinan

4.4 4 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Tahap Pendidikan

4.4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Kerjaya

4.4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pendapatan Bulanan.

4.4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Purata Bil Elektrik Sebulan

4.4.8 Taburan Peratusan Mengikut Pengguna

Yang Pernah Mencuba Alat Penjimatan

Elektrik Sedia Ada Di Pasaran

4.5 Analisis bahagian B: Analisa Setiap Item Kajian

4.5.1 Aspek Harga

4.5.2 Aspek Keselamatan

4.5.3 Aspek Keperluan

4.5.4 Aspek Mesra Pengguna

4.6 Analisis Keseluruhan

4.7 Kesimpulan

41

42

42

43

43

44

44

45

45

45

49

52

55

57

58

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.2.1 Rumusan Pengujian

5.2.2 Rumusan Soalan Kajian

5.3 Perbincangan

59

60

60

61

62

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xi

5.3.1 Keputusan Kajian Rekacipta

5.3.2 Hasil Soal Selidik

5.4 Cadangan dan Masa Depan Projek

5.5 Kesimpulan

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran 1

Lampiran 2

62

62

62

64

65

66

73

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Alatan Tangan Yang Digunakan Dalam Penghasilan

Prototaip

28

3.2 Senarai Bahan Yang Digunakan Dalam Penghasilan

Prototaip

29

3.3 Jadual Kos Bahan 30

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 36

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 1 36

3.6 Pemeringkatan Skala Likert 2 37

4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 42

4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Taraf

Perkahwinan

42

4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tahap

Pendidikan

43

4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kerjaya 43

4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan

Bulanan.

44

4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut Purata Bil

Elektrik Sebulan

44

4.8 Taburan Peratusan Mengikut Pengguna Yang Pernah

Mencuba Alat Penjimatan Elektrik Sedia Ada Di

Pasaran

45

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xiii

4.9 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden Yang

Menjawab Bagi Aspek Harga

46

4.10 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden Yang

Menjawab Bagi Aspek Keselamatan

49

4.11 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden Yang

Menjawab Bagi Aspek Keperluan

52

4.12 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden Yang

Menjawab Bagi Aspek Mesra Pengguna

55

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Graf Harga Semasa Bagi Diesel dan Minyak Mentah

Bagi 2003 Hingga 2008

4

2.1 Litar Perintang 14

2.2 Gelombang I dan VR Sefasa 15

2.3 Rajah Vektor I dan VR 15

2.4 Litar Pemuat 16

2.5 Gelombang I dan VC 16

2.6 Rajah Vektor I dan VC 16

2.7 Litar Peraruh 17

2.8 Bentuk Gelombang I dan VL 18

2.9 Rajah Vektor VL dan I 18

3.1 Litar Pembetulan Faktor Kuasa Aktif 23

3.2 Model Rekabentuk ADDIE 24

4.1 Litar Peningkatan Kuasa 39

4.2 Bentuk Gelombang Yang Terhasil 39

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

Bil. - Bilangan

RMS - Root Mean Square

TNB - Tenaga Nasional Berhad

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMKD - Punca Min Kuasa Dua

% - Peratus

f - Frekuensi

I - Arus

P - Kuasa

R - Rintangan

V - Volt

XC - Regangan Berkemuatan

XL - Regangan Berkearuhan

Z - Galangan

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

1 Soal Selidik 66

2 Pengesahan Soal Selidik 73

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada Jun 2008, kerajaan telah mengumumkan harga baru bagi bahan api.

Kenaikan secara mendadak ini telah mencetuskan sedikit konflik di kalangan rakyat

Malaysia. Situasi ini sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia

terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Belum pun reda isu

harga bahan api yang melambung tinggi, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008 yang lalu tarif

baru tenaga elektrik pula diumumkan.

Menurut pihak TNB (Malaysia) Berhad, kenaikan tarif ini perlu berikutan

kenaikan harga bahan api terutamanya harga gas dan arang batu yang merupakan bahan

bakar utama bagi proses jana kuasa tenaga elektrik. Atas alasan kenaikan harga pasaran

global bagi bahan api yang meningkat secara mendadak, pihak TNB (Malaysia) Berhad

tidak dapat mengelak dari menaikkan tarif elektrik. Namun begitu, kos bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan juga menjadi penyebab kepada fenomena ini.

Menurut Weedy (1996) terdapat tiga ciri utama yang mempengaruhi penjanaan

dan penghantaran tenaga elektrik iaitu:

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

2

i) Ciri tenaga elektrik itu sendiri dimana ia tidak boleh disimpan dan

pengeluarannya perlu dikawal agar keluaran tenaga daripada penjana sama

dengan tenaga yang sampai ke beban.

ii) Pertambahan permintaan yang berterusan terhadap kuasa. Dengan ini jumlah

tenaga yang dijana perlu ditingkatkan agar dapat memenuhi keperluan pengguna.

iii) Taburan dan bentuk bahan api yang ada. Masalah kedudukan stesen dan jarak

penghantaran diambil kira dari segi ekonomi.

Daripada ciri pertama yang dinyatakan di atas, penjanaan tenaga perlu seiring

dengan keperluan yang perlu dipenuhi. Sekiranya tenaga yang dijana melebihi

penggunaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu menanggung kerugian yang besar.

Namun, jika penjanaan tidak dapat memenuhi keperluan pengguna, pihak yang terbabit

akan hilang kepercayaan daripada pengguna. Oleh itu, kawalan yang rapi perlu dibuat

agar tidak merugikan mana-mana pihak.

Ciri kedua pula menunjukkan, kemajuan semasa telah meningkatkan lagi

permintaan terhadap penjanaan tenaga elektrik. Oleh itu, teknologi sedia ada yang

digunakan bagi menjana tenaga elektrik perlu dinaik taraf untuk memenuhi permintaan

yang semakin meningkat.

Faktor yang ketiga jelas menunjukkan penggunaan bahan api dalam menjana

tenaga elektrik sangat mempengaruhi proses penjanaan. Ini kerana, segala kos yang telah

dikeluarkan dalam proses menjana tenaga elektrik ini merupakan kos yang perlu dibayar

oleh pengguna.

Walaupun tarif yang baru ini dikatakan tidak membebankan pengguna kerana

tiada kenaikan untuk pengguna domestik / kediaman yang penggunaan bulanannya

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

3

sehingga 200kWj, namun dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ini setiap individu

perlu bijak berbelanja agar aliran wang dapat dikawal.

Pelbagai cara diusulkan agar rakyat Malaysia dapat menjimatkan penggunaan

tenaga elektrik mereka tetapi pada zaman serba mudah dan canggih ini, ada perekacipta

yang telah berjaya mencipta alat yang lebih praktikal bagi mencapai tujuan yang sama

iaitu alat penjimatan tenaga elektrik. Alat penjimatan tenaga elektrik ini semakin

mendapat sambutan tambahan lagi di dalam situasi seperti sekarang ini. Liputan

mengenainya juga semakin meluas di dada akhbar, di kaca televisyen dan tidak kurang

hebatnya di internet.

Sehubungan dengan itu, kajian lanjut tentang kemudahan ini amat perlu bagi

tujuan penambahbaikan agar alat ini mampu berfungsi dengan berkesan seterusnya

memberi faedah kepada orang ramai.

1.2 Latarbelakang Masalah

Kenaikan tarif elektrik dijangka berterusan berikutan harga bahan api yang

sentiasa meningkat. Dua tahun yang lalu tarif elektrik dinaikkan atas alasan yang sama.

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia naskhah 24 Mei 2006, Menteri Tenaga, Air dan

Komunikasi pada masa itu berkata harga bahan api yang meningkat antara 69 peratus

hingga 244 peratus sejak 1997 merupakan antara komponen utama yang menyebabkan

kos pembekalan TNB melonjak tinggi.

Daripada Graf 1.1 yang ditunjukkan, dapat disimpulkan bahawa harga bahan api

akan terus meningkat dan seterusnya memungkinkan kadar tarif juga akan terus

meningkat. Oleh itu, kajian bagi tujuan penambahbaikan alat penjimatan tenaga elektrik

ini dirasakan sangat perlu agar ianya dapat berfungsi secara optimum.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

4

Graf 1.1 : Harga Semasa Bagi Diesel dan Minyak Mentah Bagi 2003 hingga 2008

(Sumber: http://www.eia.doe.gov)

1.3 Penyataan Masalah

Semenjak harga tarif elektrik dinaikkan para perekacipta mencuba pelbagai cara

untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurang dan menjimatkan penggunaan tenaga

elektrik. Terdapat banyak cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi

penciptaan secara „segera‟ ini tidak menjadikan peralatan itu lebih ekonomi tetapi ia

hanya meningkatkan kecekapan pada sistem grid elektrik tempatan seperti litar elektrik

sesebuah rumah atau bangunan.

Sejak akhir-akhir ini terdapat pelbagai jenis alat penjimatan tenaga elektrik.

Kebiasaannya alat ini diiklankan didalam internet dan juga di dalam akhbar-akhbar

utama. Ini menunjukkan alat ini semakin mendapat sambutan dan perhatian pengguna.

Namun, keberkesanan alat ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Ciri-ciri serta

maklumat tentang bagaimana alat ini berfungsi juga tidak dinyatakan oleh pengeluar.

Selain itu,tahap keselamatan pengguna juga seolah-olah tidak dijamin.

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

5

Projek ini akan mengkaji sejauh mana alat ini mampu berfungsi seperti yang

diiklankan di media masa. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menambah baik agar

alat ini sesuai dengan keperluan pengguna. Sistem keselamatan juga perlu diambil kira

agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini jika alat ini digunakan.

1.4 Objektif Kajian

Projek alat penjimatan tenaga elektrik ini dibangunkan untuk mencapai objektif berikut :

1.4.1 Mengenalpasti sama ada alat penjimatan tenaga elektrik ini dapat menjimatkan

kos penggunaan tenaga elektrik pada harga mampu milik.

1.4.2 Mengenal pasti pandangan pengguna tentang tahap keselamatan pengguna pada

alat penjimatan tenaga elektrik ini.

1.4.3 Mengenal pasti sama ada alat penjimatan tenaga elektrik yang dapat memenuhi

keperluan pengguna.

1.4.4 Mengenal pasti sama ada alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi ciri-ciri

mesra pengguna.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif yang telah dinyatakan, maka persoalan kajian yang

diperolehi adalah seperti berikut:

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filebalas daripada responden tentang penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini. Komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

6

1.5.1 Adakah alat ini dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik pada harga

mampu milik?

1.5.2 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini menjamin keselamatan pengguna?

1.5.3 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi keperluan pengguna?

1.5.3 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi ciri-ciri mesra pengguna?