utpsz 19:16 (pind.1/97) - fp.utm.my · mendapatkan darjah kekongruenan personaliti. soal selidik...

25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TRET PERSONALITI DAN FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA DALAM BIDANG PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP). SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NINA RAYNELDA BINTI AHMAD KAMIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. FAIZAH BTE ABDUL GHANI 231, GUCHIL 3, Nama Penyelia 18000 KUALA KRAI, KELANTAN. Tarikh: 12 0KTOBER 2008 Tarikh: _____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: dodiep

Post on 18-Apr-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TRET PERSONALITI DAN FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA

DALAM BIDANG PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP).

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NINA RAYNELDA BINTI AHMAD KAMIL

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. FAIZAH BTE ABDUL GHANI 231, GUCHIL 3, Nama Penyelia 18000 KUALA KRAI, KELANTAN. Tarikh: 12 0KTOBER 2008 Tarikh: _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

TRET PERSONALITI DAN FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA DALAM

BIDANG PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP).

NINA RAYNELDA BINTI AHMAD KAMIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2008

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : Nina Raynelda binti Ahmad Kamil

Tarikh : 12 Oktober 2008

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ) ”

Tandatangan : ………………………………………………. Nama Penyelia : Dr. Faizah bte. Abdul Ghani Tarikh : 15 November 2008

DEDIKASI

Buat yang kucintai,

Papa dan Mama.

Ahmad Kamil bin Abdullah

Rusnani binti Mohd Isa

Buat yang kusayangi,

Adik-adikku.

Mohd Azzam bin Ahmad Kamil

Ahmad Aqil Irfaan bin Ahmad Kamil

Nur Syaza Aliaa binti Ahmad Kamil

Nur Syaza Adilin binti Ahmad Kamil

Buat yang kukasihi,

Ayah, Mak dan Mohd Farhan bin Abdul Razak.

Buat yang kuingati,

Teman-teman seperjuangan.

Terima kasih di atas dorongan dan sokongan yang telah kalian berikan,

Serta doa restu untuk terus tabah meneruskan perjuangan,

Semangat dan nasihat akan dijadikan bekalan,

Agar dapat dijadikan panduan dan pedoman,

Dengan berbekalkan keikhlasan dan keyakinan,

Kejayaan ini diharap akan terus berkekalan,

Ketulusan hati kalian akan terus dikenang,

Terima kasih di atas segala pengorbanan,

Segalanya takkan luput dalam ingatan.

v

PENGHARGAAN

Mukaddimah perutusan ini, pengkaji dahului dengan syukur ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurnia-Nya, kajian ini telah dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan kepada Dr.Faizah Bte. Abdul Ghani, selaku penyelia Projek Sajana Muda

(PSM) yang telah banyak memberi panduan serta tunjuk ajar sepanjang kajian ini

dijalankan. Diharap dengan segala tunjuk ajar yang diberikan akan dapat membantu

pengkaji pada masa akan datang. Segala pengalaman dan pengetahuan berguna yang

telah diperolehi tidak akan dipersia-siakan kerana ia dapat membantu pengkaji dalam

menempuh alam pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang.

Kerjasama daripada pihak fakulti dan juga responden tahun 1, 2 dan 4 SPH,

Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, sesi 2008/2009 amatlah dihargai. Penghargaan

terima kasih diucapkan juga kepada sesiapa sahaja yang turut membantu sama ada

secara langsung atau tidak langsung di dalam membantu pengkaji bagi menyiapkan

kajian ini.

Semoga dengan apa yang diusahakan oleh pengkaji selama ini mendapat

keberkatan dari Allah S.W.T. Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan di

atas segala kerjasama yang diberikan dan budi yang ditabur tidak akan dilupakan.

Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kesilapan

datangnya dari diri pengkaji sendiri. Semoga dengan terhasilnya kajian ini, mudah-

mudahan ianya dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh kita bersama.

vi

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam

bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009.

Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi berdasarkan Teori Tipologi Kerjaya

Holland (1973) yang menyatakan tentang darjah kekongruenan tret personaliti. Teori

Ginzberg pula digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang mendorong

pemilihan kerjaya pelajar. Seramai 76 orang pelajar daripada tahun satu, dua dan

empat SPH, sesi 2008/2009, UTM telah dipilih sebagai responden dengan

menggunakan persampelan rawak berlapis. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-

From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi meninjau tret

personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan pula digunakan bagi

mendapatkan darjah kekongruenan personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000)

yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan

faktor pemilihan kerjaya responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) V16.0.1 for

Windows. Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor

utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor persekitaran. Dapatan

kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden SPH adalah SCR.

Darjah kekongruenan bagi kod tiga huruf pengkaji menunjukkan hampir padan

dengan kod tiga huruf Holland. Analisis inferensi korelasi Pearson ‘r’ digunakan

untuk melihat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti responden dengan

faktor pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor ganjaran,

manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret

personaliti dengan faktor minat, keluarga dan persekitaran. Kesimpulannya, beberapa

cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi kajian ini pada

masa hadapan.

vii

ABSTRACT

The study examined trait personality and the factors to select teacher as a

career path among the students for Bachelor of Technology with Education (Living

Skill), Faculty of Education, UTM, Skudai, and session 2008/2009. This correlation

research was used and the theoretical framework of this study was based on

Holland’s Theory of Career Typology (1973) which emphasizes the degree of

congruence on trait personality. Ginzberg’s Theory are being chosen to ensure the

main factor which encourage to select the career. A total of 76 students from first,

second and fourth SPH, session 2008/2009, UTM were selected by using stratified

random sampling. Self Directed Search-Easy Form (Amla translation version 1984)

was used as the instrument to study the trait personality of respondents, while the

degree of congruence was measured by using the Iachan Congruence Index.

Questionnaire from Norlia Melawi (2000) show the Alpha Croanbach 0.7082 was

used to study the career decision factors in selecting teacher as a career path. The

data was analyzed by using ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) V16.0.1

for Windows. The descriptive analysis of data showed that the main factor which

encourage respondents to choose teaching as a career is environment factor. The

result also indicated that the profile of personality for SPH respondents are SCR.

The degree of congruence for three letter codes of researcher almost matched with

three letter codes of Holland. Inferential analysis for Pearson ‘r’ correlation was

used to identify the relationship between the degree congruence on personality

respondents with their career decision factors in selecting teacher as a career path.

The finding also showed that there have a significant relationship between degree

congruence on personality with reward factors, while there was no significant

relationship between degree congruence on personality with interest, family and

environment factors. In conclusion, a few suggestions and recommendations were

put forward as a guideline to improve this study in the future.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 9

1.7.2 Institut Pengajian Tinggi 10

1.7.3 Fakulti Pendidikan 10

ix

1.7.4 Pelajar 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definasi Konsep dan Operasional Kajian 12

1.9.1 Tret 12

1.9.2 Personaliti 12

1.9.3 Faktor 14

1.9.4 Pemilihan 14

1.9.5 Kerjaya 14

1.9.6 Bidang 15

1.9.7 Perguruan 15

1.9.8 Pelajar 15

1.10 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kerangka Teoritikal 18

2.2.1 Teori Holland 19

2.2.2 Teori Ginzberg 23

2.3 Keselarasan Tret Personaliti dan Faktor Pemilihan 24

Kerjaya Pelajar Terhadap Bidang Kursus yang

diceburi.

2.3.1 Kajian Tempatan 24

2.3.2 Kajian Luar Negeri 28

2.4 Hubungan antara Keselarasan Personaliti Terhadap 30

Minat Kerjaya dan Kepuasan Kerja

2.5 Kesimpulan 33

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

x

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Bahagian A : Butir-butir Diri Responden 38

3.5.2 Bahagian B : Soal Selidik Faktor 38

Pemilihan Kerjaya

3.5.3 Bahagian C : Self Directed Search - 40

Form Easy (SDS-E)(Versi

terjemahan Amla, 1984)

3.5.3.1 Skor Manual Self Directed Search 42

(SDS) - Form Easy (Versi

Terjemahan Amla)

3.5.3.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan 43

Instrumen Kajian

3.5.3.3 Indeks Kongruen Iachan 44

3.6 Pengumpulan Data 46

3.7 Analisis Data 46

3.7.1 Statistik Deskriptif 46

3.7.2 Statistik Inferensi 47

3.8 Kesimpulan 50

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Analisis Maklumat Peribadi Responden 52

4.2.1 Jantina 52

4.2.2 Umur 52

4.2.3 Bangsa 53

4.2.4 Tahun Kursus 53

4.2.5 Pencapaian CPA 54

4.3 Dapatan Kajian 55

4.3.1 Persoalan Kajian 1 55

4.3.1.1 Faktor Minat 55

xi

4.3.1.2 Faktor Keluarga 57

4.3.1.3 Faktor Ganjaran 58

4.3.1.4 Faktor Persekitaran 59

4.3.1.5 Min bagi Faktor Pemilihan 61

Kerjaya Perguruan

4.3.2 Persoalan Kajian 2 61

4.3.2.1 Tret Personaliti Responden SPH 62

4.3.2.2 Pola Tret Personaliti Responden 62

SPH

4.3.2.3 Kod Tiga Huruf Pengkaji berbanding 63

Kod Tiga Huruf Holland

4.3.3 Persoalan Kajian 3 63

4.3.3.1 Tahap Darjah Kongruen bagi 64

keseluruhan Responden SPH

4.3.4 Persoalan Kajian 4 65

4.3.4.1 Hubungan di antara Darjah Kongruen 65

Tret Personaliti dengan Faktor Minat

terhadap Bidang Perguruan yang

diceburi.

4.3.4.2 Hubungan di antara Darjah Kongruen 66

Tret Personaliti dengan Faktor

Keluarga terhadap Bidang Perguruan

Yang diceburi.

4.3.4.3 Hubungan di antara Darjah Kongruen 67

Tret Personaliti dengan Faktor

Ganjaranterhadap Bidang Perguruan

yang diceburi.

4.3.4.4 Hubungan di antara Darjah Kongruen 68

Tret Personaliti dengan Faktor

Persekitaran tehadap Bidang

Perguruan yang diceburi.

4.4 Kesimpulan 69

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Hasil Dapatan Taburan Responden 71

5.2.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya 73

responden dalam bidang perguruan.

5.2.3 Perbandingan Kod Tiga Huruf Pengkaji 76

berbanding Kod Tiga Huruf Holland.

5.2.4 Tahap Darjah Kongruen Responden SPH 78

5.2.5 Keputusan Dan Analisis Ujian Korelasi Pearson. 79

5.3 Rumusan dan Implikasi Kajian 81

5.4 Cadangan Tindakan Kajian 82

5.5 Cadangan-cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Kesimpulan. 86

BIBLIOGRAFI 87

LAMPIRAN

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemilihan sampel berdasarkan persampelan 37

rawak berlapis

3.2 Kod bagi faktor demografi 38

3.3 Bilangan taburan soalan bagi setiap kategori 39

faktor

3.4 Pemeringkatan skala empat 39

3.5 Skala 4 Mata kepada 2 Mata 40

3.6 Bilangan item mengikut subskala SDS-Form Easy 42

(Versi Terjemahan Amla)

3.7 Tahap darjah kongruen berdasarkan Indeks 45

Kongruen Iachan

3.8 Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981) 48

3.9 Kaedah penentuan pemilihan statistik bagi proses 49

penganalisisan data

4.1 Analisis data bagi jantina 52

4.2 Analisis data bagi umur 52

4.3 Analisis data bagi bangsa 53

4.4 Analisis data bagi tahun kursus 53

4.5 Analisis data bagi pencapaian CPA 54

4.6 Analisis data bagi faktor minat 56

4.7 Analisis data bagi faktor keluarga 57

4.8 Analisis data bagi faktor ganjaran 59

4.9 Analisis data bagi faktor persekitaran 60

4.10 Perbezaan nilai min bagi setiap faktor 61

pemilihan kerjaya

xiv

4.11 Bilangan item dengan menggunakan subskala 62

SDS-From Easy (Versi terjemahan Amla)

4.12 Skor min bagi pola tret personaliti responden SPH 62

4.13 Analisis kod tiga huruf pengkaji berbanding 63

kod tiga huruf Holland

4.14 Analisis tahap darjah kongruen responden 64

4.15 Kaedah pengiraan darjah kongruen 64

4.16 Analisis hubungan antara faktor minat dengan 65

darjah kongruen tret personaliti

4.17 Analisis hubungan antara faktor keluarga dengan 66

darjah kongruen tret personaliti

4.18 Analisis hubungan antara faktor ganjaran dengan 67

darjah kongruen tret personaliti

4.19 Analisis hubungan antara faktor persekitaran dengan 68

darjah kongruen tret personaliti

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FP - Fakulti Pendidikan

SDS - Self Directed Search

Ho - Hipotesis

r - Pekali korelasi

p - Nilai signifikan

SD - Sisihan Piawai

R - Realistik

I - Investigatif

A - Artistik

S - Sosial

E - Enterprising

C - Conventional

SPSS - Statistical Package of Social Science

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 92 B Surat Pengesahan Pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pasaran kerjaya yang pelbagai di negara kita dianggap telah membuka ruang

serta peluang kepada para pelajar untuk menentukan kerjaya pilihan mereka.

Pemilihan kerjaya yang bijak memerlukan maklumat yang tepat tentang pekerjaan

yang diminati, kelayakan serta faedah yang boleh diperolehi daripada pekerjaan

tersebut. Profesion perguruan merupakan salah satu kerjaya yang menjadi pilihan

utama pelajar dan mereka memilih bidang ini adalah berdasarkan kepada minat serta

keinginan mereka untuk menjadi seorang pendidik. Namun begitu, ada juga di

antara mereka yang menjadikan bidang pendidikan sebagai batu loncatan untuk

mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah walaupun pada hakikatnya mereka tidak

meminati bidang tersebut.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara di dalam melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sistem

pendidikan di Malaysia seharusnya menekankan kepentingan dengan memahami

perbezaan individu di kalangan pelajar bagi meningkatkan potensi pengajaran dan

pembelajaran. Perbezaan individu merupakan ciri yang membezakan seorang

individu dengan individu yang lain.

2

Pelajar-pelajar yang memohon memasuki universiti biasanya memilih bidang

pengajian yang selaras dengan minat dan kehendak mereka tetapi permasalahan

timbul apabila terdapat di antara pelajar yang mengikuti kursus-kursus pengajian di

universiti adalah bukan pilihan dan minat utama mereka. Hal ini berlaku apabila

kursus yang dipohon tidak berjaya diikuti. Secara tidak langsung, pelajar tersebut

akan cuba untuk mengimplementasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan

yang akan membenarkan ekspresi diri mereka.

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) menegaskan bahawa kepuasan dalam

sesuatu kerjaya adalah hasil keselarasan antara tret personaliti, pengetahuan kendiri

dan pekerjaan. Di dalam membuat pemilihan kerjaya, seseorang individu akan

mencari jenis pekerjaan yang berpadanan dengan minat kerjaya mereka. Justeru itu,

perkaitan dan kesesuaian personaliti seseorang pelajar dengan persekitaran akademik

atau bidang kursusnya haruslah diambil kira bagi menjamin kecemerlangan

pencapaian akademik secara menyeluruh.

Penilaian kendiri adalah amat penting dilakukan sebelum seseorang individu

memilih sesuatu kerjaya yang bakal diceburi dan ianya perlulah dilakukan seawal

peringkat persekolahan lagi. Dengan adanya penilaian kendiri, seseorang itu boleh

membuat penyesuaian ke arah personaliti yang perlu dimiliki olehnya untuk

menyandang sesuatu bentuk pekerjaan. Menurut Ginzberg (1951), apabila seseorang

membuat pertimbangan mengenai pemilihan pekerjaan, dia akan menilai dirinya dari

pelbagai sudut yang berkaitan dengan profesion yang dipilih seperti kebolehan,

kelayakan, bakat dan personalitinya

Personaliti adalah dianggap sebagai tret-tret motif, sikap, kebolehan,

pendapat, kepercayaan, gaya kognitif dan ciri seseorang,yang merangkumi segala

aspek tentang tingkahlaku individu. Keselarasan yang wujud antara personaliti

dengan bidang kursus yang dipilih akan mendorong minat seseorang pelajar untuk

melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh dan meningkatkan motivasi

pembelajaran mereka. Jika seseorang individu berjaya memilih bidang kursus yang

sesuai atau berpadanan dengan personaliti mereka, maka individu tersebut akan dapat

3

memperolehi kepuasan dalam kerjaya yang bakal diceburi kelak (Gage dan

Berlinger, 1984).

1.2 Latarbelakang Masalah

Pelajar-pelajar universiti adalah merupakan satu golongan yang bakal

membentuk satu generasi yang lebih maju pada masa hadapan. Kecemerlangan

pelajar bukan bergantung kepada kemahiran dan kecekapan mereka dalam proses

pencarian ilmu semata-mata, tetapi faktor pemilihan bidang kursus yang selaras

dengan personaliti juga turut memainkan peranan penting. Menurut Suariani Supardi

(1996), kriteria pemilihan calon-calon tidak terhad kepada kelayakan akademik

semata-mata tetapi perlu juga diasaskan kepada kualiti personaliti dan faktor-faktor

yang mendorong calon-calon memilih profesion ini.

Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang amat mencabar serta

dipandang mulia di sisi masyarakat. Tugas seorang pendidik adalah begitu besar di

dalam mendidik anak bangsa dan kerana itulah negara kita memerlukan seorang guru

yang berdedikasi tinggi serta berwibawa. Setiap individu yang wujud di muka bumi

ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti yang tersendiri. Personaliti

melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu yang berlainan di antara

satu sama lain, oleh itu seorang guru juga perlu mempunyai personaliti tersendiri

yang boleh membawa ke arah profesionalisme keguruan

Ketidakselarasan yang wujud di antara pola personaliti dengan bidang

pengkhususan yang dipilih juga mungkin akan menyebabkan berlakunya pertukaran

kursus di kalangan sesetengah pelajar semasa tempoh pengajian di peringkat

universiti. Kajian yang dijalankan oleh Kramer, Hingley dan Olsen (1994) di

Bringham Yong University mendapati kebanyakan pelajar berubah kursus sekurang-

kurangnya sekali dalam tempoh pengajian disebabkan oleh beberapa faktor seperti

perubahan teknologi dan ekonomi serta minat kerjaya yang tidak selaras dengan

personaliti mereka. Selain itu, faktor-faktor lain juga boleh mempengaruhi

4

pemilihan kursus seseorang pelajar seperti rakan sebaya, jantina, keluarga,

masyarakat, syarat kemasukan, kurikulum dan sebagainya.

Di dalam melahirkan seorang guru yang berkualiti, seseorang pendidik itu

perlulah mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri, berwibawa serta berdedikasi

tinggi kerana mereka merupakan sumber rujukan utama para pelajar. Oleh kerana

itu, seseorang guru perlulah mempunyai ciri-ciri personaliti yang dinamik untuk

dihormati, disanjungi, diteladani serta dicontohi. Profesionalisme keguruan akan

dapat ditingkatkan jika ciri-ciri personaliti tersebut telah diterapkan dari awal lagi di

dalam diri mereka. Selain itu juga, minat kerjaya dalam bidang perguruan turut

mempengaruhi pelajar untuk berjaya di dalam bidang pendidikan.

Menurut Knowdell (1996), bagi merancang dan membuat keputusan dalam

memilih kerjaya, seseorang itu perlu menilai kekuatan dan gaya dirinya sendiri.

Antara aspek yang perlu dinilai adalah seperti kemahiran yang dimiliki atau perlu

dimiliki, minat, nilai yang dipegang dan tret personaliti individu. Di samping itu,

terdapat juga beberapa faktor tambahan yang perlu diberi perhatian iaitu pengaruh

keluarga, persekitaran, motivasi dalaman dan cara pembelajaran. Dengan memahami

kekuatan dan gaya diri, seseorang itu akan dapat memilih kerjaya yang bersesuaian

dengan jiwanya. Keserasian antara pekerjaan dan personaliti adalah amat mustahak

bagi membolehkan seseorang itu menyukai pekerjaan yang dilakukannya.

Selain itu, terdapat juga individu yang tidak dapat menjangka dengan baik

tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya sehinggalah pilihan

yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Holland (1985)

menjelaskan bahawa individu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut

personalitinya iaitu kategori Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan

Convensional. Setiap individu perlu memilih kerjaya mengikut kesesuaian

peribadinya dan sehubungan dengan itu, Holland telah mengelompokkan pelbagai

kerjaya mengikut kesesuaian enam kategori personaliti yang telah dinyatakan.

5

1.3 Penyataan Masalah

Guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting dalam

menyebarkan kurikulum kepada pelajar. Kepercayaan, nilai dan sikap yang

dipegang oleh guru akan menjelaskan persekitaran pendidikan yang dipupuk oleh

mereka kepada para pelajar. Guru perlu menjadi pendidik yang serba boleh dengan

mengamalkan strategi pengajaran yang lebih berinovasi dan pelbagai seiring dengan

perkembangan dunia pendidikan yang semakin kompleks dan mencabar (Berita

Harian, 2008).

Personaliti sebagai seorang guru itu perlulah diterapkan terlebih dahulu di

dalam diri seseorang yang bakal menjadi guru, ini adalah penting kerana seseorang

guru itu perlulah mempunyai sikap yang efektif ke arah profesionalisme keguruan.

Kecemerlangan ilmu, menguasai kemahiran, berfikiran positif, minat yang mendalam

dan berpersonaliti unggul merupakan aura yang perlu ada pada seseorang guru

(Utusan Malaysia, 2006).

Pengambilan pelajar baru yang memohon untuk mengikuti kursus pendidikan

juga perlulah dilakukan temuduga terlebih dahulu sebelum diterima oleh sesebuah

institusi pengajian tinggi. Disamping itu, pengambilan guru baru juga perlulah

melalui tempoh percubaan dan juga menduduki ujian-ujian kompetensi sebelum

layak menjawat jawatan guru sebagaimana yang diamalkan di sesetengah negara

lain. Kerajaan akan melihat sama ada calon yang memohon memasuki maktab atau

institusi itu dapat mengisi opsyen (subjek) kritikal dan penekanan ketika temuduga

akan ditumpukan ke arah usaha mendapatkan guru komited (Berita Harian, 1997).

Holland (1973) menyatakan golongan guru diklasifikasikan sebagai golongan

yang mempunyai personaliti Sosial, ini adalah kerana golongan yang mempunyai

personaliti Sosial merupakan seorang yang suka bekerja dan berinteraksi dengan

manusia, berminat dalam membantu, menolong, memperkembang, membuat

kebajikan kepada orang lain, mahir berkomunikasi dan matlamat utamanya adalah

untuk membuat kebajikan.

6

Tanggungjawab seorang guru adalah begitu besar di dalam mendidik pelajar-

pelajarnya, dan pada masa kini tugas guru dianggap lebih mencabar. Namun begitu,

ada di antara mereka yang tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka sebagai

seorang guru yang berwibawa. Hal ini terjadi kerana ada di antara mereka yang

menceburi bidang pendidikan adalah bukan kerana minat tetapi kerana faktor

dorongan lain dan juga sebagai pilihan kerjaya yang terakhir. Guru ibarat mekanik.

Jika dia menjalankan tugas membaiki kenderaan kerana terpaksa, bukan kerana

minat, kenderaan itu akan selalu rosak. Begitu juga jika guru berkenaan mendidik

pelajar bukan kerana minat tetapi pilihan terakhir, dia akan merosakkan satu generasi

yang bakal memimpin negara pada masa depan (Berita Harian, 1997)

Sehubungan dengan itu,melalui permasalahan yang timbul, pengkaji ingin

melihat dengan lebih mendalam lagi tentang tret personaliti dan faktor pemilihan

kerjaya dalam bidang perguruan. Di dalam kajian ini, fokus yang diberikan adalah

kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus pendidikan di dalam bidang

Kemahiran Hidup dan oleh sebab itu, satu kajian tret personaliti terhadap bakal

pendidik kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

dilakukan bagi melihat tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya mereka dalam

bidang perguruan.

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut : 1.4.1 Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang

perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM Skudai.

1.4.2 Mengenalpasti profil tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai.

1.4.3 Mengenalpasti tahap darjah kongruen tret personaliti yang dominan terhadap

pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM

Skudai.

1.4.4 Mengenalpasti hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti pelajar

SPH dengan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan yang diceburi.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang

perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM Skudai.

1.5.2 Apakah profil tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai?

1.5.3 Apakah tahap darjah kongruen tret personaliti yang dominan terhadap pelajar

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti pelajar

SPH dengan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan yang diceburi?

8

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, terdapat empat hipotesis nol yang

telah dibentuk iaitu :

Hipotesis Kajian : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah

kongruen tret personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya

dalam bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar

SPH.

Ho. 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah

kongruen tret personaliti dengan faktor minat terhadap bidang

perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar SPH.

Ho. 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah

kongruen tret personaliti dengan faktor keluarga terhadap

bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar SPH.

Ho. 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah

kongruen tret personaliti dengan faktor ganjaran terhadap

bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar SPH.

Ho. 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah

kongruen tret personaliti dengan faktor persekitaran terhadap

bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar SPH.