utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia · jirim dalam kalangan pelajar tingkatan...

25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN DAN KERANGKA ALTERNATIF DALAM TAJUK JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 332 QUARTERS JKR, JALAN KUALA KRAI, TN.HJ MEOR IBRAHIM B. KAMARUDDIN 18300, GUA MUSANG, KELANTAN. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN DAN KERANGKA ALTERNATIF DALAM

TAJUK JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

NO. 332 QUARTERS JKR,

JALAN KUALA KRAI, TN.HJ MEOR IBRAHIM B. KAMARUDDIN

18300, GUA MUSANG,

KELANTAN.

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

TAHAP KEFAHAMAN DAN KERANGKA ALTERNATIF DALAM TAJUK

JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA

BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG

NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya mengakui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ……………………………………………………………

Nama Penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh : ……………………………………………………………

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

TAHAP KEFAHAMAN DAN KERANGKA ALTERNATIF DALAM TAJUK

JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA

BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG

NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2011

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………………..

Nama Penulis : NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL

Tarikh : ……………………………………………..

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

iii

DEDIKASI

Kehadrat Ilahi, Allah s.w.t…..

Syukur di atas semangat dan kekuatan

Yang diberikan kepadaku dalam menyiapkan kajian ini…….

Ibu, Mahani binti Ismail & bapa, Che Ismail bin Che Kar…..

Jutaan terima kasih atas segala semangat dan sokongan yang diberikan kepadaku

selama ini….

Suami, Azrul Azam bin Rafie…..

Terima kasih di atas segala pengertian dan sokongan yang diberikan kepada ku

selama ini…..

Terima kasih jua buat adik-beradik…..

Yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaanku selama ini….

Untuk pensyarah yang dihormati…

Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan..

Semoga Allah membalas segala jasa bakti yang dicurahkan….

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat….

Terutama sekali Noorashilla binti Razali dan Siti Nur Wahyu binti Mohd Jonid…

Yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan…

Budi dan jasa kalian akan sentiasa dikenang…

Semoga kejayaan milik kita bersama…..

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan kurniaan-

Nya kajian ini mampu disempurnakan seperti yang telah dirancang. Jutaan terima

kasih buat Tuan Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin, pensyarah pembimbing yang

tidak pernah jemu memberikan panduan dan tunjuk ajar. Segala nasihat dan

semangat yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini tidak akan dilupakan.

Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik yang telah dicurahkan. Tidak lupa

buat semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak membantu.

Ucapan terima kasih buat semua pengetua-pengetua, para guru dan pelajar di tiga

buah sekolah yang banyak terlibat dalam kajian ini. Ribuan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan diberikan atas segala bantuan dan kerjasama yang

diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan teristimewa buat

rakan-rakan seperjuangan SPC atas segala semangat, sokongan dan pengertian kalian

sebagai sahabat. Ukhwah ini biarlah kekal hingga ke akhir hayat.

Buat keluarga, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan serta doa yang

diberikan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya. Akhir kata

terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah memberkati kalian

semua.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

v

ABSTRAK

Tajuk jirim selalu mendapat perhatian penyelidik disebabkan konsep-konsep

abstrak yang terdapat di dalamnya. Kajian ini bertujuan menentukan tahap

kefahaman pelajar dan mengenalpasti kerangka alternatif yang dibina dalam tajuk

jirim. Kajian ini melibatkan seramai 76 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih

secara rawak mudah daripada tiga buah sekolah di daerah Gua Musang. Antara

konsep jirim yang dikaji adalah definisi bagi pepejal, cecair dan gas, susunan zarah

bagi pepejal,cecair dan gas, pergerakan zarah bagi pepejal, cecair dan gas dan teori

kinetik bagi pepejal, cecair dan gas. Data-data telah dikumpul dengan menggunakan

soal selidik yang diubahsuai dari Sere (1982) dan Novick & Nussbaum (1981). Data

kajian yang telah dianalisis dan dipersembahkan dalam nilai peratus. Secara

keseluruhan, tahap kefahaman pelajar dalam tajuk jirim berada di tahap sederhana

(skor purata 56.81%). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam

konsep teori kinetik. Ini dapat dilihat menerusi kerangka alternatif yang mereka

kemukakan. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

vi

ABSTRACT

The topic on matter always gets the attention of researchers due to it’s abstract in

nature. The aims of this study were to determine the level of understanding of

students on the topic of matter and to identify the alternative framework on the topic.

76 form four students were randomly selected from three schools in Gua Musang as

sample of the study. The concepts of definition of solid, liquid and gas, arrangement

of particles for solid, liquid and gas, movement of solid, liquid and gas and kinetic

theory of solid, liquid and gas were examined. Data was collected using

questionnaire adapted from Sere (1985) and Novick & Nussbaum (1981). The data

was then analyzed and presented in percentages. The results showed that the level of

students understanding on the topic of matter is average (average score 56.81%) and

that the students were weak in the concepts of kinetic theory. A number of

alternative frameworks were given by the students. Several suggestions were given

at the end of the report.

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Kefahaman 9

1.7.2 Kerangka Alternatif 9

1.7.4 Jirim 9

1.7.8 Pelajar 10

1.8 Penutup 10

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Konsep Sains 12

2.3 Idea Pelajar Terhadap Konsep Sains 14

2.4 Kerangka Alternatif 16

2.4.1 Bagaimana Kerangka Alternatif Terbentuk? 17

2.4.2 Bagaimana Mengesan Kerangka Alternatif? 20

2.4.2.1 Kaedah Soal Selidik 21

2.4.2.2 Kaedah Pemetaan Konsep 22

2.4.2.3 Kaedah Temubual 22

2.4.2.4 Kaedah “Predict-Observe-Explain” 23

2.4.3 Mengubah Kerangka Alternatif Pelajar 24

2.5 Kajian Tentang Kefahaman Pelajar terhadap konsep

Jirim 27

2.5.1 Pemahaman Pelajar Mengenai Gas 27

2.5.2 Pemahaman Pelajar Mengenai Cecair 29

2.5.3 Pemahaman Pelajar Mengenai Pepejal 30

2.6 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Sampel Kajian 32

3.4 Kajian Rintis 32

3.5 Instrumen Kajian 33

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

ix

3.5.1 Ujian Tahap Tahap Kefahaman Dan Kerangka

Alternatif Dalam Tajuk Jirim 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis data 37

3.7.1 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar 37

3.7.2 Analisis Kerangka Alternatif Pelajar 38

3.8 Penutup 40

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Soal Selidik 42

4.2.1 Maklumat Demografi 42

4.2.1.1 Analisis Pelajar mengikut Jantina 42

4.2.1.2 Analisis Pelajar mengikut Kaum 43

4.2.1.3 Analisis Pelajar mengikut Gred

Pencapaian Sains PMR 44

4.2.1.4 Analisis Pelajar mengikut Gred

Pencapaian Kimia Pertengahan Tahun 44

4.2.2 Analisis Ujian bagi Menguji Tahap

Kefahaman Pelajar Terhadap Tajuk Jirim 45

4.2.3 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Tajuk Jirim 47

4.2.3.1 Definisi Jirim 47

a) Definisi Asas Jirim 48

b) Perbezaan Pepejal, Cecair dan Gas 50

c) Keadaan Jirim Ketulan Ais, Air dan

Stim 55

d) Keadaan Jirim pada Suhu Tertentu 57

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

x

4.2.3.2 Susunan dan Pergerakan Zarah dalam

Jirim 59

a) Susunan Zarah dalam belon yang

dipanaskan 60

b) Susunan Zarah bagi Ketulan Ais, Air

dan Stim 62

c) Pergerakan Zarah dalam udara 65

d) Susunan Zarah Aluminium pada suhu

30˚C dan 50˚C 67

4.2.3.3 Teori kinetik jirim 70

a) Keadaan Mentega setelah dibiarkan

di bawah Terik Matahari 70

b) Cara Kembalikan Mentega kepada

bentuk yang Asal 73

c) Keadaan Ketulan Ais yang dibiarkan

terdedah 75

d) Perbezaan Teori Kinetik pada suhu

30˚C dan 50˚C 77

4.4 Penutup 80

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 81

5.2 Rumusan 82

5.3 Cadangan 84

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.5 Penutup 87

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

xi

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 97

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item soal Selidik Mengikut Aspek

yang ingin dikaji 34

3.2 Peratus Keputusan Pelajar dan Tahap Kefahaman

Mereka dalam Tajuk Jirim 38

3.3 Kategori bagi Soalan Penjelasan 39

3.4 Kategori bagi Soalan Lukisan 40

4.1 Taburan Pelajar Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Pelajar mengikut Kaum 43

4.3 Taburan Pelajar mengikut Gred Pencapaian

Sains PMR 44

4.4 Taburan pelajar mengikut gred pencapaian kimia dalam

peperiksaan pertengahan tahun 45

4.5 Analisis pencapaian pelajar mengikut keputusan

soal selidik 46

4.6 Analisis jawapan pelajar bagi soalan definisi asas jirim 48

4.7 Analisis jawapan pelajar bagi definisi pepejal 51

4.8 Analisis jawapan pelajar bagi definisi cecair 53

4.9 Analisis jawapan pelajar bagi definisi gas 54

4.10 Analisis jawapan pelajar bagi keadaan jirim 56

4.11 Analisis jawapan pelajar bagi keadaan jirim pada suhu

tertentu 58

4.12 Analisis jawapan pelajar bagi susunan zarah belon 60

4.13 Analisis jawapan pelajar bagi susunan zarah ketulan

ais, air dan stim 63

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

xiii

4.14 Analisis jawapan pelajar bagi pergerakan zarah sate

dalam udara 65

4.15 Analisis jawapan pelajar bagi susunan zarah Aluminium

pada suhu berbeza 68

4.16 Analisis jawapan pelajar bagi keadaan mentega yang

dibiarkan di bawah matahari 71

4.17 Analisis jawapan pelajar bagi mengembalikan mentega

kepada bentuk asal 73

4.18 Analisis jawapan pelajar bagi ketulan ais yang dibiarkan

Terdedah 76

4.19 Analisis jawapan pelajar bagi teori kinetik zarah dalam

kepingan aluminuim pada suhu berbeza 78

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR Penilaian Menengah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Packages For The Social Science

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendididkan

% Peratus

& Dan

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Soal Selidik 97

B Pengesahan set soal selidik 107

C Jadual Analisi Data bagi Keputusan Peratusan

Skor Purata Pelajar bagi Ujian Tahap Kefahaman 109

D Senarai nama sekolah yang terlibat dalam kajian 111

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sekarang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju dan

membangun agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Bagi

merealisasikan hasrat negara maka pelbagai pembaharuan telah dilakukan antaranya

adalah pembaharuan dalam institusi pendidikan itu sendiri. Struktur dalam institusi

pendidikan telah dimantapkan agar dapat melahirkan generasi muda yang lebih kreatif

dan dapat menghasilkan idea-idea baru yang mampu memajukan negara. Insituisi

pendidikan haruslah dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang lebih berdikari

dan mampu membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada pertolongan orang

lain. Dengan lahirnya lebih ramai generasi muda yang matang dan berdikari, serta

mempunyai kemahiran saintifik dan mampu untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan

baik maka hasrat untuk membangunkan negara dengan sains dan teknologi yang lebih

canggih agar dapat bersaing dengan negara maju yang lainnya akan tercapai.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

Salah satu usaha dalam melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kritis,

kreatif dan mampu menyelesaikan masalah saintifik adalah dengan mempersiapkan

pelajar dengan ilmu sains. Ini kerana ilmu sains dapat meningkatkan keupayaan pelajar

agar dapat berfikir secara menyeluruh. Kurikulum sains bagi Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah

digubal semula agar mata pelajaran Sains dapat dimantapkan. Selain daripada itu, pihak

kerajaan juga ada menyediakan pelbagai pameran bagi menyedarkan pelajar tentang

keperluan sains dan teknologi dalam dunia sekarang contohnya Pusat Sains Negara.

Kementerian Pelajaran juga memainkan peranan penting dengan mendedahkan pelbagai

kerjaya yang berkaitan dengan sains agar dapat menarik minat pelajar ke arah mencintai

ilmu sains.

Ilmu sains merupakan satu cabang ilmu yang disarankan dalam Islam agar

dipelajari oleh umat manusia. Ini kerana ilmu sains begitu berkait rapat dengan

kehidupan seharian manusia. Sains adalah salah satu cabang ilmu yang mengkaji

persamaan dan himpunan pernyataan yang dibuktikan secara saintifik. Ini menunjukkan

bahawa sains bukan hanya himpunan teori semata-mata.

Kimia merupakan salah satu cabang ilmu yang menarik dan banyak

mempengaruhi serta menyumbang dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kita sedar

atau tidak penggunaan dan penghasilan bahan kimia terlalu sinonim dalam kehidupan

seharian kita secara langsung atau tidak langsung (Abu Hassan, 2003). Mata pelajaran

Kimia adalah penting bagi membantu melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara

kritikal. Ini kerana dalam mata pelajaran Kimia pelajar didedahkan dengan teori, konsep

dan pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Bagi membuktikan setiap teori pelajar

haruslah menjalankan ujikaji. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan

kefahaman pelajar dalam memahami konsep kimia. Mata pelajaran Kimia adalah mata

pelajaran yang didedahkan kepada pelajar peringkat menengah atas dan ia merupakan

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

program dua tahun yang mampu mempersiapkan pelajar dengan asas ilmu Kimia

sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi (PPK, 2006).

Dalam mata pelajaran Kimia terdapat pelbagai topik penting yang harus difahami

oleh pelajar antaranya definisi Kimia itu sendiri, konsep elektrokimia, persamaan kimia

dan sebagainya. Salah satu tajuk penting dalam mata pelajaran kimia adalah tajuk jirim.

Dalam tajuk ini pelajar didedahkan dengan konsep jirim di mana topik ini harus dikuasai

oleh pelajar dengan sepenuhnya kerana konsep zarah adalah sangat berkait rapat dengan

konsep mol dan ianya sukar difahami oleh pelajar (Mohammad Yusof et al. 2002).

Dalam tajuk ini pelajar diperkenalkan dengan konsep asas jirim, susunan zarah dalam

pepejal, cecair dan gas, dan juga mendedahkan pelajar dengan pengaplikasian konsep

jirim dalam kehidupan seharian mereka.

Jelas bahawa, dengan mempelajari mata pelajaran Kimia generasi muda yang

lebih berilmu, progresif dan mampu untuk berfikir secara saintifik mampu dilahirkan

oleh Institusi Pendidikan Negara. Walau bagaimanapun masih timbul isu sama ada;

adakah pelajar benar-benar dapat menguasai konsep kimia? atau adakah pelajar hanya

menghafal setiap teori kimia tanpa memahami konsep kimia? mungkin juga berlakunya

kerangka alternatif terhadap sesuatu konsep kerana pelajar telah membina konsep

mereka sendiri melalui pemerhatian mereka dalam kehidupan seharian. Oleh itu,

penguasaan dan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran kimia haruslah

dititikberatkan. Ini adalah kerana, pengetahuan dan kefahaman yang jelas dalam Kimia

mampu menyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia (Abu Hassan, 2003)

Laporan prestasi keputusan peperiksaan SPM 2003 telah menunjukkan bahawa

masih ramai lagi pelajar yang tidak dapat menguasai konsep sains dengan sepenuhnya.

“Ramai di kalangan pelajar yang tidak dapat menjelaskan beberapa konsep sains yang

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

penting”. Ada yang keliru dengan konsep sains sehingga sering mencampur adukkan

sesetengah fakta yang dihafal oleh calon (Majlis Peperiksaan Malaysia, 1993)

Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai konsep kimia

tetapi sekadar menghafal konsep tersebut. Walau bagaimanapun, teknik menghafal fakta

sebenarnya tidak dapat membantu pelajar di dalam peperiksaan kerana pelajar seringkali

keliru terhadap kehendak soalan. Selain daripada itu, pelajar juga telah membina

kerangka alternatif mereka sendiri dalam konsep kimia sebelum mereka mempelajarinya

secara formal. Perkara ini sangat mengganggu proses pembelajaran kerana ia akan

menyebabkan pelajar keliru dengan konsep kimia yang mereka bina sendiri dengan

konsep kimia yang dipegang oleh ahli kimia. Masalah sebenar dalam mempelajari

pelajaran sains adalah disebabkan oleh kekurangan dan kelemahan pengetahuan asas

dalam konsep sains (Bloom, 1976).

1.2 Latar Belakang Masalah

Ramai pelajar yang menyatakan bahawa mata pelajaran kimia adalah satu mata

pelajaran yang sukar untuk difahami. Ini kerana kebanyakan daripada pelajar hanya

menghafal teori dan setiap konsep yang mereka pelajari tanpa memahami konsep kimia

itu sendiri. Selain daripada itu, pelajar menghadapi kesukaran dalam menguasai mata

pelajaran Kimia kerana mereka telah membina kerangka alternatif mereka sendiri.

Ramai di antara pelajar telah diperkenalkan dengan sains secara mudah oleh ibu bapa

mereka. Mereka juga mempunyai idea sains mereka sendiri melalui pengalaman

seharian dan interaksi dengan alam sekeliling. Ini menyebabkan timbulnya kerangka

alternatif dalam mempelajari mata pelajaran Kimia. Kerangka alternatif adalah

penyumbang yang besar dalam kesukaran pelajar bagi memahami konsep kimia dan

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

mereka sukar untuk berjaya walaupun telah berusaha dengan bersungguh-sungguh

kerana kerangka alternatif yang dibina pelajar tidak selaras dengan konsep yang

sebenarnya (Nakhleh, 1992).

Kesukaran dalam mempelajari konsep sains dihadapi oleh ramai pelajar. Ini

kerana idea-idea mereka tentang fenomena yang diperhatikan adalah berbeza dengan

konsep yang dipegang oleh ahli sains. Keadaan ini jarang disedari oleh guru disebabkan

tekanan untuk mengejar sukatan pelajaran. Maka usaha untuk memperbetulkan

kesilapan pelajar dalam memahami konsep kimia diabaikan. Akibat dari tekanan silibus

pelajar juga tidak dapat meneroka sendiri setiap daripada hasil pembelajaran mereka. Ini

menunjukkan bahawa kegagalan guru itu sendiri dalam memahami dan menghayati

falsafah pendidikan sains yang sangat menekankan tentang kepentingan pendekatan

inkuiri penemuan (Abu Hassan, 2001).

Terdapat satu penghalang yang dapat dikenalpasti dalam memahami konsep

kimia iaitu kerangka alternatif dan ianya berjaya ditemui dalam kajian bagi

mempertingkatkan kemahiran kognitif dalam kalangan pelajar (Anderson, 1990).

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep

kimia kerana mereka telah membina kerangka alternatif mereka sendiri.

Menurut Calik & Ayas (2005), tajuk jirim banyak dikaji kerana ianya berciri

abstrak dan mereka mengatakan bahawa pelajar sukar untuk menyatakan susunan dan

pergerakan zarah dalam gas. Sebenarnya kebanyakan pelajar juga menghadapi

kesukaran dalam memahami susunan zarah unsur yang lain contohnya pepejal, cecair

dan gas, ini kerana susunan zarah dalam bahan tersebut tidak dapat dilihat dengan mata

kasar.

Menurut Calik & Ayas (2005) lagi terdapat pelajar yang tidak dapat menjelaskan

pergerakan zarah gas dengan betul . Kebanyakan pelajar keliru untuk melukis susunan

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

zarah dalam pepejal, cecair dan gas dengan betul kerana cirinya yang abstrak. Oleh itu

kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti setakat manakah pemahaman pelajar tingkatan

empat dalam memahami konsep jirim dan apakah kesilapan lazim pelajar dalam

memahami konsep jirim.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa mata

pelajaran Kimia adalah merupakan satu mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari oleh

pelajar. Masalah ini timbul kerana kandungan sukatan mata pelajaran Kimia yang berciri

abstrak serta konsep-konsep yang terdapat dalam mata pelajaran Kimia adalah rumit dan

saling berhubungan antara satu sama lain (Aziz, 1989).

Kebanyakan pelajar membentuk kerangka alternatif secara tidak formal tentang

fenomena alam berdasarkan pemerhatian, media, interaksi bersama ahli keluarga dan

rakan sebaya sebelum mempelajarinya secara formal di bilik darjah. Ini secara tidak

langsung menyebabkan pelajar terikat dengan idea-idea yang telah mereka bina sendiri.

Keadaan ini boleh mengganggu proses pembelajaran kerana kefahaman mereka tentang

sesuatu konsep adalah tidak selari dengan konsep yang dipegang oleh ahli sains. Idea-

idea yang tidak selari dengan pengetahuan saintifik ini dikenali sebagai kerangka

alternatif, miskonsepsi, prakonsepsi, konsepsi alternatif dan sebagainya (Blosser, 1987).

Perbezaan kefahaman ini sangat mengganggu pembelajaran kerana pelajar

mempelajari sesuatu melalui pengetahuan sedia ada mereka. Sekiranya konsep yang

difahami berbeza dengan konsep yang sebenarnya ini secara tidak langsung akan

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · JIRIM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH GUA MUSANG NURUL FATIHAH BINTI CHE ISMAIL Laporan

mengelirukan pelajar. Sebagai memenuhi kehendak kurikulum mata pelajaran Kimia

KBSM, kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap kefahaman pelajar dalam tajuk

jirim dan mengenalpasti kerangka alternatif yang dibina pelajar agar tindakan yang

sewajarnya dapat diambil oleh guru bagi menstruktur semula kerangka alternatif yang

dibina pelajar dengan konsep sebenar tentang jirim.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

i. menentukan tahap kefahaman pelajar tingkatan 4 dalam tajuk jirim

ii. mengenalpasti kerangka alternatif yang dibina pelajar tingkatan 4 dalam tajuk

jirim.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan 4 dalam tajuk jirim?

ii. Apakah kerangka alternatif yang dibina pelajar tingkatan 4 dalam tajuk jirim?