psz 19 : 16(pind

155
TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN KESANNYA KE ATAS MASYARAKAT DAN NILAI HARTA TANAH KALTHUM BINTI MOHD GHAZALLI Laporan Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEI 2007

Upload: phamkhuong

Post on 15-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN

    KESANNYA KE ATAS MASYARAKAT DAN NILAI HARTA TANAH

    KALTHUM BINTI MOHD GHAZALLI

    Laporan Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains

    (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)

    FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    MEI 2007

  • PSZ 19 : 16(Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* JUDUL : TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN KESANNYA

    KE ATAS MASYARAKAT DAN NILAI HARTA TANAH

    SESI PENGAJIAN: 2006/2007

    Saya KALTHUM BINTI MOHD GHAZALLI (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

    Disahkan oleh .............................................. ................................................ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 4, Medan Athinahapan 2 Prof. Madya Dr. Ismail b. Omar Taman Tun Dr. Ismail (Nama Penyelia) 60000 Kuala Lumpur Tarikh: Mei 2007 Tarikh Mei 2007

    SULIT

    TERHAD

    TIDAK TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    * Tesis dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau dissertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • 1

    PENGESAHAN

    Saya akui bahawa saya telah membaca Laporan Projek ini

    dan pada pandangan saya Laporan Projek

    ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan

    Ijazah Sarjana Sains

    (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia.

    Tandatangan : .....................................................

    Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Ismail b. Omar

    Tarikh : Mei 2007

  • ii

    PENGAKUAN

    Saya akui Laporan Projek Sarjana ini adalah hasil kerja saya

    kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : .....................................................

    Nama Penulis : Kalthum binti Mohd Ghazalli

    Tarikh : Mei 2007

  • iii

    Dedikasi

    Untuk suami tersayang, Salehin bin Salleh

    Without you this will never happen

    dan

    My 100% : Kakak, Abang and Adik

    My gratitude for your tolerance

  • iv

    PENGHARGAAN

    Penghargaan tertinggi saya kepada penyelia saya, Prof Madya Dr. Ismail

    Omar di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang beliau berikan sepanjang laporan

    projek ini disediakan. Komen-komen dan cadangan beliau telah dapat memberi

    laporan ini arah tuju dan skop yang menyeluruh.

    Kepada Dr. Rahah bt Ismail dan Dr. Zailan bt Mohd Isa, terima kasih atas

    tunjuk ajar menyediakan laporan projek yang baik. Saya ingin merakamkan ribuan

    terima kasih kepada Pustakawan INSPEN, Puan Narwani Mahmood kerana

    mendapatkan pelbagai artikel yang berkaitan. Semua kertas kerja yang saya dapati

    telah dapat membantu saya meluaskan pengetahuan dan pemahaman serta

    memudahkan penyediaan kajian literatur saya. Saya amat menghargai toleransi yang

    ditunjukkan oleh Puan Rasidah Isnin kerana sentiasa meluluskan cuti rehat yang saya

    pohon, yang telah membolehkan saya menulis laporan projek ini dengan lancar.

    Tidak lupa juga terima kasih saya kepada Puan Zamrudah bt Mohd Idris dan Puan

    Roziah bt Saini dari JPPH Shah Alam atas sumbangan data harta tanah yang telah

    dapat saya manfaatkan di dalam laporan projek ini. Saya amat menghargai semua

    responden yang telah mengambil bahagian di dalam kajiselidik yang membentuk

    tunjang laporan projek ini, terutama rakan-rakan penilai dan pemaju.

    Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua staf INSPEN,

    terutama Pusat Akademik, yang telah membantu dalam apa jua bentuk.

  • v

    Abstrak

    Talian bekalan elektrik merupakan media yang menyalurkan bekalan elektrik kepada masyarakat. Dilihat secara fizikal, ia merupakan suatu struktur prominen yang melintasi ruang udara di banyak kawasan di seluruh Malaysia. Mengikut Tenaga Nasional Berhad, panjang laluan rentis di seluruh Malaysia ialah 14,000 km. Panjang laluan ini dijangka akan bertambah sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik di seluruh negara. Banyak kajian di luar negara mendapati bahawa masyarakat yang tinggal berdekatan talian bekalan elektrik mendapati ia memburukkan pemandangan, mengeluarkan bunyi dengungan, mengganggu peralatan media dan komunikasi, membawa risiko kejutan elektrik dan meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit kanser. Beberapa penyelidik mendapati bahawa semua gangguan tersebut menyebabkan kejatuhan nilai harta kediaman yang terletak berdekatan. Kajian ini bertujuan untuk mengesan impak talian bekalan elektrik terhadap masyarakat yang tinggal berdekatan dan sama ada kewujudannya mempengaruhi nilai harta kediaman. Data diperoleh melalui kajiselidik menggunakan borang soal selidik ke atas tiga kumpulan iaitu penduduk yang tinggal berdekatan dengan talian bekalan elektrik di lima kawasan perumahan yang dipilih di Negeri Selangor, pemaju harta tanah yang berpengalaman membangunkan tanah yang dilalui talian bekalan elektrik dan penilai berdaftar. Kajiselidik menggunakan kaedah temuduga guided face to face dan telefon. Data dianalisis menggunakan teknik Analisis Kekerapan dan Average Index. Data yang dianalisis dibentangkan dalam bentuk carta, jadual, histogram dan sebagainya. Penemuan utama kajian ini ialah masyarakat menyedari dan mengalami pelbagai gangguan akibat kewujudan talian bekalan elektrik tetapi berpendapat bahawa ia bukan satu faktor yang mempengaruhi nilai harta kediaman yang terletak.

  • vi

    Abstract

    Transmission lines are the medium of transporting electricity to the society. Physically, they are prominent structures that dominate the skyline in the numerous areas where they exist in Malaysia. According to Tenaga Nasional Berhad (TNB), transmission line in Malaysia total 14,000 km in length. The length is expected to increase in line with the rise in demand for electricity in the whole country. Many researches done overseas has discovered that members of society living in proximity to transmission lines find them visually ugly, produce an unpleasant humming sound, cause interference in the media and communication equipments, leave a fear of possible electrocution and pose a potential health risk in the form of a multitude of cancer related diseases. A few researchers noted that these negative effects have caused properties in proximity to transmission lines to fall in value. This research seeks to discover the impact of transmission line on the society living in its vicinity and if it is a factor affecting value. Data is collected through a survey using questionnaires covering three different groups. They are people living in proximity to transmission lines in five selected different locations in Selangor, developers with experience developing a property affected by a transmission line and registered valuers. The survey uses the guided face to face interview and interview by telephone methods. Data is analysed using the Frequency Analysis Technique and the Average Index Technique. The data analysed is presented in the pie charts, tables, histograms and others. The main findings of this research is that society living in proximity to transmission lines is aware of all the interferences and potential health risks, but is of the opinion that it is not a factor affecting the value of properties in proximity to it.

  • vii

    ISI KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    Pengesahan Status Tesis

    Pengesahan

    Halaman Judul i

    Pengakuan ii

    Dedikasi iii

    Penghargaan iv

    Abstrak v

    Abstract vi

    Isi Kandungan vii

    Senarai Jadual xii

    Senarai Rajah xiv

    Senarai Lampiran xvii

  • viii

    BAB PERKARA HALAMAN

    1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Pernyataan Masalah 4

    1.3 Matlamat Kajian 8

    1.4 Objektif Kajian 9

    1.5 Kepentingan Kajian 9

    1.5.1 Masyarakat 10

    1.5.2 Pihak Berkuasa 10

    1.5.3 Pihak Perancangan 10

    1.5.4 Pemaju 11

    1.5.5 Penilai 12

    1.5.6 Suruhanjaya Tenaga dan Pemegang

    Lesen (Tenaga Nasional Berhad)

    14

    1.6 Skop Kajian 15

    1.6.1 Kawasan Liputan 15

    1.6.2 Fizikal 16

    1.6.3 Aspek Perundangan dan Polisi

    Terlibat

    16

    1.7 Metodologi Kajian 17

    1.7.1 Pengumpulan Data Prima 17

    1.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 18

    1.8 Susun Atur Bab 20

    1.8.1 Bab 1 : Pengenalan 20

    1.8.2 Bab 2 : Kajian Literatur 20

    1.8.3 Bab 3 : Latarbelakang Kawasan

    Kajian

    21

    1.8.4 Bab 4 : Analisis Hasil Kajiselidik 21

    1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan 22

  • ix

    BAB PERKARA HALAMAN

    2 TEORI TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN IMPLIKASI

    TERHADAP NILAI HARTA TANAH

    2.1 Pengenalan 23

    2.2 Talian Bekalan Elektrik 24

    2.2.1 Definisi 24

    2.2.2 Sistem Penghantaran Bekalan

    Elektrik

    25

    2.2.3 Suatu Kemudahan Awam 26

    2.2.4 Matlamat Pembangunan Talian

    Bekalan Elektrik

    27

    2.2.5 Elemen-Elemen Penting Dalam

    Pembangunan Talian Bekalan

    Elektrik

    27

    2.3 Perundangan Berkaitan 28

    2.3.1 Akta Bekalan Elektrik 1990

    (Akta 447)

    28

    2.3.2 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 31

    2.3.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 33

    2.3.4 Rancangan Struktur Negeri Selangor

    2020 (Julai 2005)

    35

    2.4 Definisi Nilai 36

    2.4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

    Nilai dan Implikasi Talian Bekalan

    Elektrik

    38

    2.5 Implikasi Dan Gangguan Akibat Talian

    Bekalan Elektrik

    44

    2.6 Kajian Kes Awalan 45

    2.7 Kesimpulan 48

  • x

    BAB PERKARA HALAMAN

    3 LATARBELAKANG KAWASAN KAJIAN

    3.1 Pengenalan 50

    3.2 Latar Belakang Negeri Selangor Secara

    Umum

    51

    3.3 Latarbelakang Kawasan Kajian 54

    3.3.1 Kawasan Kajian 1 : Puchong 55

    3.3.2 Kawasan Kajian 2 : Serdang 58

    3.3.3 Kawasan Kajian 3 : Bandar Baru

    Bangi

    60

    3.3.4 Kawasan Kajian 4 : Kelana Jaya 63

    3.3.5 Kawasan Kajian 5 : Damansara 65

    3.4 Corak Pembangunan Talian Bekalan Di

    Malaysia

    67

    3.5 Kesimpulan 68

    4 ANALISIS HASIL KAJISELIDIK

    4.1 Pengenalan 71

    4.2 Latarbelakang Kajiselidik 72

    4.3 Rekabentuk Kajiselidik 73

    4.3.1 Format Borang Soal Selidik 73

    4.3.2 Kandungan Borang Soalselidik 74

    4.3.3 Persampelan 75

    4.3.4 Pengumpulan Data 76

    4.4 Teknik Analisis 78

    4.4.1 Analisis Kekerapan 78

    4.4.2 Analisis Average Index 79

  • xi

    BAB PERKARA HALAMAN

    4.5 Analisis Ke Atas Respons Kepada

    Kajiselidik

    80

    4.5.1 Analisis Kajiselidik ke atas Penilai 80

    4.5.2 Analisis Kajiselidik ke atas Pemaju 83

    4.5.3 Analisis Kajiselidik ke atas

    Masyarakat

    86

    4.6 Rumusan Kajiselidik Dan Kesimpulan 106

    5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 109

    5.2 Penemuan Kajian 112

    5.3 Masalah-Masalah Kajian 119

    5.4 Limitasi Kajian 120

    5.5 Kegunaan Kajian 121

    5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 123

    5.7 Kesimpulan 124

    BIBLIOGRAFI 125

    LAMPIRAN 129

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    2.1 Kelegaan Tanah Dengan Talian Kabel (dalam

    meter)

    32

    2.2 Rekod jualan kedua di Putra Heights bagi

    tahun 2002 dan 2003

    47

    3.1 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor 54

    3.2 Jenis-Jenis Kabel Penghantaran ke Luar

    Negara

    69

    3.3 Jarak Harta kediaman Dari Talian Bekalan

    Eletrik

    71

    4.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keputusan

    Membeli Harta Kediaman Mengikut

    Keutamaan daripada Sudut Pandangan Penilai

    83

    4.2 Nilai Harta Kediaman Berdasarkan Status

    Penghunian dan Kawasan Kajiselidik

    94

    4.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Responden

    Membeli/Menyewa Harta Kediaman Mengikut

    Keutamaan

    96

    4.4 Tahap Persetujuan berdasarkan Jarak

    Kediaman Responden dari Talian Bekalan

    Elektrik ke atas Pemandangan (92 yang

    Menyedari Kewujudannya)

    99

  • xiii

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    4.5 Tahap Persetujuan berdasarkan Jarak

    Kediaman Responden dari Talian Bekalan

    Elektrik ke atas Keselamatan (92 yang

    Menyedari Kewujudannya)

    100

    4.6 Tahap Persetujuan berdasarkan Jarak

    Kediaman Responden dari Talian Bekalan

    Elektrik ke atas Gangguan Pendengaran (92

    yang Menyedari Kewujudannya)

    101

    4.7 Tahap Persetujuan berdasarkan Jarak

    Kediaman Responden dari Talian Bekalan

    Elektrik ke atas Penyakit Kanser (92 yang

    Menyedari Kewujudannya)

    102

    4.8 Tahap Persetujuan berdasarkan Jarak

    Kediaman Responden dari Talian Bekalan

    Elektrik ke atas Nilai Harta (92 yang

    Menyedari Kewujudannya)

    104

    4.9 Ringkasan Average Index bagi Semua

    Gangguan

    109

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Rangka Metodologi Kajian 19

    3.1 Lokasi Kawasan Kajian Yang Terpilih 55

    3.2 Peta Menunjukkan Kawasan Kajian di

    Puchong

    57

    3.3 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 57

    3.4 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 58

    3.5 Peta Menunjukkan Kawasan Kajian di

    Serdang

    59

    3.6 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 60

    3.7 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 60

    3.8 Peta Menunjukkan Kawasan Kajian di Bandar

    Baru Bangi

    62

    3.9 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 62

    3.10 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 63

    3.11 Peta Menunjukkan Kawasan Kajian di Kelana

    Jaya

    64

    3.12 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 64

    3.13 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 65

    3.14 Peta Menunjukkan Kawasan Kajian di

    Damansara

    66

    3.15 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 66

    3.16 Kawasan Perumahan Yang Dikajiselidik 67

  • xv

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    4.1 Taburan Penilai Harta Tanah Berdasarkan

    Pendapat Mereka Tentang Kenaikan Nilai

    Harta Tanah dengan Kewujudan Talian

    Bekalan Elektrik Pada Masa Akan Datang

    81

    4.2 Taburan Pemaju Harta Tanah Berdasarkan

    Pendapat Mereka Tentang Perbezaan Nilai

    Harta Tanah dengan Kewujudan Talian

    Bekalan Elektrik

    83

    4.3 Reaksi Pembeli/Penyewa Harta Tanah Apabila

    Berurusan dengan Pemaju Harta Tanah

    Semasa Membeli/Menyewa Harta Tanah

    Berdekatan Talian Bekalan Elektrik

    84

    4.4 Peratusan Pemaju Harta Tanah Berdasarkan

    Cara Mempromosi Jualan Harta Kediaman

    Berhampiran Talian Bekalan Elektrik

    85

    4.5 Taburan Responden Berdasarkan Alamat

    Harta

    87

    4.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 88

    4.7 Taburan Responden Mengikut Bangsa 88

    4.8 Taburan Responden Mengikut Umur 89

    4.9 Taburan Responden Mengikut Kategori

    Pekerjaan

    89

    4.10 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

    Bulanan

    90

    4.11 Taburan Responden Mengikut Status

    Penghunian

    90

  • xvi

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    4.12 Taburan Responden Berdasarkan Kawasan

    Kediaman dan Status Penghunian

    91

    4.13 Taburan Responden yang Menyedari

    Kewujudan Talian Bekalan Elektrik

    95

    4.14 Jarak Kediaman dari Talian Bekalan Elektrik

    (92 yang Menyedari Kewujudannya)

    95

    4.15 Taburan Responden berdasarkan Persetujuan

    Medan Kuasa yang Dilepaskan Talian Bekalan

    Elektrik Memberi Gangguan Siaran Media (92

    orang yang sedar kewujudan talian bekalan

    elektrik)

    103

    4.16 Pendapat Responden tentang Kejatuhan Nilai

    Harta kediaman selepas Masyarakat

    Mengetahui Kewujudan Talian Bekalan

    Elektrik boleh Menyebabkan Kanser

    104

    4.17 Peratus Responden yang Bercadang untuk

    Berpindah Jauh dari Kawasan Talian Bekalan

    Elektrik

    104

    4.18 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Responden

    untuk Tidak Berpindah (53 Responden yang

    Bercadang untuk Berpindah)

    105

  • xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Menara Talian Bekalan Elektrik 500 Kvolt 129

    B Borang Soalselidik Masyarakat 130

    C Borang Soalselidik Pemaju 134

    D Borang Soalselidik Penilai 136

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Terdapat pelbagai pilihan apabila seseorang ingin membuat pelaburan.

    Pilihan yang ada pada masa ini sangat pelbagai dan merangkumi pelaburan

    melibatkan stok, syer ataupun dalam harta tanah. Pilihan muktamad bergantung

    kepada banyak perkara antaranya, kemudahcairan, modal yang ada dan pengetahuan

    pelabur tentang pelaburan yang hendak diceburi.

    Harta tanah merupakan satu daripada pilihan yang ada. Pelaburan dalam

    sektor ini adalah pilihan tradisional yang telah wujud dari awal lagi dan sehingga

    kini, masih merupakan pilihan utama pelabur. Perkara ini berlaku kerana harta tanah

    dikaitkan dengan pulangan modal yang tinggi, pelaburan yang stabil, pendapatan

    yang lumayan dan satu benteng kukuh yang mampu bertahan dari susutan modal

    akibat inflasi(good hedge against inflation). Impak inflasi secara umumnya dilihat

    dapat meninggalkan kesan yang ketara dalam jangkamasa panjang, dan pelabur

    sentiasa cuba mempertahankan pelaburan modalnya. Justeru, pembelian harta tanah

    samada kediaman, perniagaan, perindustrian atau pertanian selalunya dianggap

    sebagai satu bentuk pelaburan yang menguntungkan dalam jangka panjang.

  • 2

    Memandangkan pelaburan dalam sektor harta tanah merangkumi tempoh

    yang panjang, maka setiap perubahan yang berlaku di sekitar harta tanah tersebut

    boleh meninggalkan kesan positif atau negatif, dan ini secara terus akan

    mempengaruhi nilai pasaran. Oleh itu, pelabur yang berpengalaman dan

    berpengetahuan akan meneliti dengan sebaik mungkin semua ciri-ciri harta tanah

    yang ditawarkan bagi meminimakan risiko yang seterusnya akan menentukan

    pelaburan tidak kecundang dan pulangan modal dari pelaburan berkenaan terjamin.

    Untuk jaminan tersebut, banyak aspek dipertimbangkan; antaranya adalah

    kewujudan infrastruktur dan kemudahan yang baik, kesambungan kepada rangkaian

    jalan yang komprehensif, taraf pendapatan dan kemampuan membeli komuniti,

    penyenggaraan kawasan, pembinaan landskap dan potensi pembangunan kawasan

    sekitar. Pada skala yang lebih halus lagi dan dalam jangka panjang, pelabur akan

    juga meneliti aspek-aspek yang pada persepsinya berkemungkinan besar akan

    memberi impak ke atas nilai modal seperti keterdedahan kepada bunyi bising,

    pencemaran udara, risiko kepada keselamatan, keterdedahan kontaminan seperti

    buangan sisa nulear dan sampah, dan kepada pembangunan negatif seperti talian

    bekalan elektrik, parit monsun, kolam oksidasi dan berbagai lagi.

    Dengan kadar pembangunan negara yang semakin pesat pada masa ini,

    keperluan bekalan elektrik semakin meningkat. Untuk memenuhi permintaan

    pelanggan, infrastruktur berkaitan perlu disediakan. Infrastruktur ini merangkumi

    talian bekalan elektrik, menara-menara, substation dan pelbagai asesori lain.

    Kerapkali kita dapat melihat peralatan-peralatan ini merentas kawasan-kawasan yang

    telah dibangunkan seperti kawasan perniagaan, perusahaan dan perumahan. Ada

    kalanya diperhatikan bahawa laluan sangat hampir dengan rumah kediaman tanpa

    wujud zon penampan yang mencukupi.

    Dalam konteks talian bekalan elektrik, terdapat tiga ganggunan utama yang

    boleh mempengaruh nilai sesuatu harta kediaman. Pertama ialah gangguan

  • 3

    pemandangan, kedua adalah gangguan kepada pendengaran dan akhir sekali adalah

    risiko kepada kesihatan. Gangguan pertama dapat dikesan melalui ketidak selesaan

    mata dan rasa gementar, manakala gangguan kedua dapat didengar iaitu dalam

    bentuk bunyi dengungan. Gangguan ketiga sukar dibuktikan kerana penyakit

    mungkin akan dihadapi dalam jangkamasa yang panjang dan kemungkinan tidak

    dapat dikorelasikan dengan keterdedahan kepada talian bekalan elektrik. Dari kajian

    penyelidik sebelum ini, juga didapati hubungan antara dua perkara tersebut tidak

    tidak jelas sehingga kini.

    Nancy Wertheimer dan Ed Leeper (1970) telah menjalankan satu kajian yang

    meliputi 344 kanak-kanak yang mati akibat penyakit kanser. Teras penyelidikan ini

    adalah mencari jawapan samada medan kuasa elektromagnetik yang dilepaskan

    daripada talian bekalan elektrik di Denver, Amerika Syarikat menjadi antara punca

    utama kanak-kanak tersebut mengidap penyakit kanser. Kajian yang menjangkau

    tempoh masa 23 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1973 ini mendapati

    bahawa kanak-kanak yang tinggal hampir dengan talian bekalan elektrik mempunyai

    risiko keterdedahan dua atau tiga kali lebih tinggi kepada pelbagai jenis bentuk

    kanser seperti leukemia dan lymphomas, berbanding kanak-kanak yang tinggal jauh

    daripada talian bekalan elektrik. Penemuan ini disahkan oleh Savits dan Debra

    (1987), yang mendapati terdapat hubungan di antara keterdedahan kepada medan

    kuasa elektrik yang dilepaskan oleh talian bekalan elektrik dengan berlakunya

    pelbagai jenis kanser, melalui satu kajian susulan yang telah dijalankan di kawasan

    yang sama. Jika pembeli celik kepada pengetahuan ini atau syak terhadap kesan

    negatif terhadap kesihatan, dan mengetahui bahawa gangguan pemandangan dan

    pendengaran akan dialami akibat kedekatan dengan talian bekalan elektrik, adakah

    kewujudan talian bekalan elektrik berdekatan dengan harta kediaman boleh

    mempengaruhi pilihan apabila membuat keputusan untuk melabur?

    Bagi mengetahui sama ada talian bekalan elektrik mempengaruhi keputusan

    pelabur dari aspek nilai, satu kajian yang melibatkan 80 sampel kajian telah

    dilakukan di Memphis, Amerika Syarikat oleh Chandler (1990) untuk mencari kaitan

  • 4

    antara kewujudan talian bekalan elektrik dan permintaan ke atas harta tanah

    kediaman serta nilainya. Hasil kajian ini mendapati bahawa 72 peratus daripada

    responden kajian berpendapat kewujudan talian bekalan elektrik bukan satu faktor

    yang boleh menjatuhkan nilai manakala 28 peratus responden menekankan bahawa

    kewujudan talian penghantar tesebut akan menjatuhkan nilai harta tanah. Keputusan

    ini telah dibuat tanpa mengambilkira kesan ke atas kesihatan dan hanya

    mempertimbangkan kewujudan talian bekalan elektrik sebagai satu gangguan

    pemandangan. Namun sekiranya kesan kesihatan akibat terdedah kepada talian

    bekalan elektrik diketahui dan diambilkira, 91 peratus dari responden berpendapat

    dan menjangka nilai harta tanah akan menurun. Seterusnya 87 peratus daripada

    pemilik rumah tidak akan membayar lebih tinggi daripada harga asal rumah

    sekiranya mengetahui kesan kesihatan yang mungkin timbul akibat kewujudan talian

    bekalan elektrik. Soalan yang timbul adalah, adakah kewujudan talian bekalan

    elektrik merupakan satu stigma yang mampu mengurangkan permintaan dan secara

    langsung menurunkan nilai harta kediaman?

    1.2 PERNYATAAN MASALAH

    Pada masa ini, kajian tentang impak ke atas nilai harta akibat terletak

    berdekatan dengan talian bekalan elektrik tidak banyak dijalankan di Malaysia.

    Berbeza dengan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, terdapat beberapa

    penemuan kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat yang peka dan

    berpengetahuan akan membezakan nilai harta tanah yang berdekatan dengan, dan

    jauh dari talian bekalan elektrik (Sims, 2004). Kajian juga mendapati impak yang

    dirasakan oleh masyarakat terhadap talian bekalan elektrik bukan sahaja dari aspek

    gangguan pemandangan, tetapi juga aspek kesihatan (dikedudukan tertinggi) dan

    nilai harta tanah pada masa hadapan (Sims, 2004). Selain itu, ada kajian yang

    dilakukan di Amerika Syarikat yang mendapati wujud hubungkait di antara kesihatan

    dan keterdedahan kepada medan kuasa elektromagnetik janaan talian bekalan

  • 5

    elektrik terutama sekali penyakit kanser (Hsiang, 1992). Penemuan ini sekaligus

    turut mempengaruhi permintaan dan nilai harta tanah kediaman yang berhampiran

    talian bekalan elektrik (Chandler, 1990). Penemuan terkini hasil kajian berharga $7

    juta oleh California Department of Health Science mendapati secara umumnya talian

    bekalan elektrik yang menjana medan kuasa elektromagnetik dipercayai

    mengakibatkan keguguran janin, leukimia, kanser otak, penyakit Lou Gehrig, kanser

    payudara, Alzheimer, bunuh diri dan sakit jantung (www.powerlinefacts.com).

    Namun terdapat pula kajian yang mendapati disebaliknya dan perdebatan tentang

    masalah ini masih berterusan.

    Di Lembah Klang, kajian menunjukkan bahawa penilai mempunyai persepsi

    bahawa nilai harta tanah menurun akibat terletak berdekatan dengan talian bekalan

    elektrik (Anuar, 2005). Ekoran dari persepsi tersebut, penilai di Lembah Klang

    biasanya menghukum harta tanah yang dinilai dengan mengenakan kadar diskaun.

    Namun kadar tersebut bukan diasaskan kepada kajian ke atas data transaksi tetapi

    berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penilai mengenai pasaran di mana harta

    tanah tersebut terletak.

    Di Negeri Selangor, tidak diketahui sama ada kewujudan talian bekalan

    elektrik memberi kesan ke atas nilai harta tanah atau tidak kerana masih belum ada

    kajian dijalankan. Kebarangkalian masyarakat juga berpersepsi seperti penilai, dan

    dengan itu, menghukum nilai harta tersebut dengan satu kadar diskaun. Terdapat

    kajian di luar negara yang memperkatakan tentang gangguan yang dihadapi oleh

    pemilik harta tanah yang terletak berhampiran talian bekalan elektrik, namun tidak

    ada kajian yang mengeluarkan penemuan yang konklusif. Secara amnya tahap

    pengetahuan orang awam tentang gangguan kesihatan akibat keterdedahan kepada

    talian bekalan elektrik masih rendah kerana kekurangan publisiti tentang perkara ini.

    Di sini mungkin boleh disimpulkan bahawa pembeli harta langsung tidak melihat isu

    kedekatan dengan talian bekalan elektrik sebagai faktor penting yang mempengaruhi

    keputusan membeli atau melabur mereka. Tahap penerimaan masyarakat di Selangor

    kemungkinan masih lagi ditahap keluasan dan rekabentuk bangunan, kedekatan

    http://www.powerlinefacts.com/

  • 6

    dengan kemudahan, rangkaian jalan yang baik dan kedekatan dengan tempat kerja.

    Ini mengakibatkan kemungkinan pembeli tidak berfikir tentang kebolehcapaian nilai

    modal harta tanah mereka pada masa hadapan dan hanya menyedari kesilapan

    pelaburan apabila harta tanah berkenaan dijual dengan harga yang lebih rendah dari

    harga harta sejenis yang berkedudukan jauh dari talian bekalan elektrik, di kawasan

    yang sama. Persoalannya di sini, bolehkah dikatakan bahawa masyarakat di Negeri

    Selangor mempunyai persepsi bahawa nilai harta tanah tidak terjejas akibat

    kedekatan dengan talian bekalan elektrik?

    Di negara-negara maju, seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, dan

    Australia, kepekaan masyarakat terhadap impak negatif dari kewujudan talian

    bekalan elektrik berhampiran harta tanah mereka telah memaksa pihak berkuasa

    menggubal undang-undang dan peraturan yang mampu melindungi hak rakyat

    dengan sebaik mungkin. Terdapat kumpulan-kumpulan kepentingan khas (Interest

    Group) yang menyediakan khidmat nasihat dan menjadi saluran untuk masyarakat

    menyuarakan pendapat dan bantahan ccontohnya Green Party, New Zealand.

    Berbeza dengan keadaan di Malaysia, pihak berkuasa menyediakan peraturan dan

    perundangan, seperti Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Kerajaan Tempatan

    1976, tetapi unsur yang dititikberatkan adalah aspek fizikal yang berkaitan

    pemerolehan tanah yang diperlukan, ukuran-ukuran binaan dan laluan, dan

    keselamatan dalam pemasangan peralatan. Perlindungan keselesaan dan kesihatan

    pengguna dalam merekabentuk, membina dan menggunakan talian bekalan elektrik

    jelas bukan antara ciri khusus yang diperuntukan secara bertulis. Namun tidak boleh

    dinafikan bahawa perkara ini pernah dibincang secara terbuka dan pihak berkuasa

    sedang meneliti untuk ditambahbaik peraturan sedia ada bagi menjamin keselamatan

    pengguna (Suruhanjaya Tenaga, 2006). Mengikut seminar Pengurusan Tanah

    Kumpulan Ke 3 yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada April

    2006, isu keterdedahan kepada gangguan talian bekalan elektrik dikatakan tidak

    wujud kerana TNB telah menetapkan zon penampan yang mencukupi untuk menangi

    kesan sampingan.

  • 7

    Selain TNB, terdapat pemaju yang telah menangani isu ini dengan

    mengadakan pemisah seperti pokok, jalan dan zon penampan yang melebihi

    peruntukan yang ditetapkan bagi mengurangkan kesan negatif terhadap harta

    kediaman yang terletak menghadap talian bekalan elektrik. Ini memberi implikasi

    bahawa pemaju sedar tentang kesan negatif talian bekalan elektrik dan telah

    mengambil langkah-langkah untuk mengurangkannya, dan seterusnya meningkatkan

    penerimaan masyarakat terhadap pembangunan yang berdekatan dengan talian

    bekalan elektrik.

    Terdapat beberapa soalan yang timbul dari hal ini. Soalan utama adalah sama

    ada masyarakat menganggap kewujudan talian bekalan elektrik di kawasan kediaman

    mereka merupakan satu kacauganggu (nuisance) kepada pemandangan dan

    pendengaran. Atau mungkinkah kehidupan harian masyarakat tidak terjejas dengan

    kewujudannya. Selain itu, bolehkah dikatakan bahawa masyarakat di Negeri

    Selangor berpengetahuan dan peka tentang risiko kesihatan yang mungkin dihadapi

    kerana keterdedahan kepada medan kuasa elektromagnetik yang dilepaskan oleh

    talian bekalan elektrik? Jika jawapannya ya, adakah faktor ini cukup penting untuk

    mempengaruhi keputusan pelaburan mereka ke atas harta tanah yang terletak

    berdekatan dengan talian bekalan elektrik? Apakah ada kemungkinan faktor-faktor

    yang disebut di atas mempunyai korelasi positif dengan tahap pendapatan

    masyarakat?

    Lanjutan kepada persoalan di atas, terdapat juga persoalan sama ada jarak

    dari talian bekalan elektrik memainkan peranan penting terhadap persepsi penduduk

    tentang gangguan yang dihadapi. Adakah persepsi ini cukup kuat untuk

    mempengaruhi harga yang sanggup dibayar apabila membeli atau yang sanggup

    diterima apabila menjual harta tanah yang terletak berdekatan talian bekalan elektrik?

    Mungkinkah persepsi ini mempengaruhi lokasi harta kediaman yang dipilih,

    mungkinkah pilihan lebih cenderong kepada harta kediaman yang terletak lebih jauh

  • 8

    tetapi di dalam kawasan yang sama. Perbezaan nilai modal yang dicapai oleh harta

    serupa tetapi dengan kedekatan yang berbeza kepada talian bekalan elektrik

    seharusnya memberi gambaran jelas tentang impak talian bekalan elektrik ke atas

    keputusan pelabur (Chandler, 1990). Namun kajian ini tidak akan mengkaji bukti

    transaksi nilai modal harta tanah bagi menentukan kadar perbezaan yang

    mencerminkan harta tanah yang terjejas dan tidak terjejas dengan kewujudan talian

    bekalan elektrik kerana kekangan masa dan data.

    Secara umumnya, bolehlah dinyatakan di sini bahawa penemuan utama yang

    dicari oleh kajian ini ialah samada masyarakat berpengetahuan tentang impak

    kewujudan talian bekalan elektrik dan sama ada ianya mempunyai pengaruh ke atas

    keputusan melabur terhadap sesuatu harta kediaman di kawasan perumahan.

    1.3 MATLAMAT KAJIAN

    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan talian bekalan elektrik

    terhadap nilai harta kediaman dan masyarakat. Penemuan akan membantu

    menentukan pembinaan talian bekalan elektrik tidak memudaratkan masyarakat yang

    tinggal berdekatan. Kajian akan menyumbang kepada polisi, perundangan dan

    pembentukan garispanduan dalam pembangunan harta tanah.

  • 9

    1.4 OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai empat objektif berikut:

    i. Memahami mengenai talian bekalan elektrik dan impaknya terhadap

    penduduk yang tinggal berdekatan dengannya;

    ii. Mengenalpasti sama ada kewujudan talian bekalan elektrik merupakan

    salah satu faktor yang mempengaruhi nilai harta kediaman yang terletak

    berdekatan talian bekalan elektrik;

    iii. Menyiasat kesedaran masyarakat berdekatan talian bekalan elektrik

    tentang gangguan yang dihadapi dan bagaimana gangguan tersebut

    mempunyai kesan ke atas keputusan melabur mereka;

    iv. Menyiasat sama ada keputusan melabur masyarakat akan dipengaruhi

    oleh langkah-langkah mitigasi yang dilaksanakan oleh pemaju harta

    tanah untuk mengurangkan impak talian bekalan elektrik ke atas nilai

    harta kediaman yang terletak berdekatan.

    1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini dijangka berguna kepada pihak-pihak berikut:

  • 10

    1.5.1 Masyarakat

    Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang kesan kewujudan talian bekalan

    elektrik ke atas kesihatan masih lagi rendah jika dibandingkan penduduk di negara-

    negara maju. Dengan pertambahan pengetahuan, masyarakat Malaysia mampu

    membuat pilihan yang lebih berasas tentang pelaburan harta tanah iaitu dengan

    memutuskan sama ada keterdedahan kepada medan kuasa elektromagnetik yang

    dilepaskan oleh talian bekalan elektrik menjadi faktor gangguan yang signifikan.

    Dari keputusan ini, maka kemungkinan harga yang bakal dibayar mencerminkan

    kekuatan pengaruh talian bekalan elektrik ke atas nilai harta tanah.

    1.5.2 Pihak Berkuasa

    Di samping itu, pertambahan maklumat ini dapat memberi sebab yang kukuh

    kepada Pihak Berkuasa untuk menggubal perundangan dan peraturan baru yang

    berkaitan dengan memberi pertimbangan serius terhadap kesan talian bekalan

    elektrik ke atas keselesaan dan kesihatan masyarakat. Pihak Berkuasa dapat

    mengambil inisiatif untuk menjamin keselesaan pengguna melalui penguatkuasaan

    peraturan rekabentuk pembangunan yang bertanggungjawab umpamanya dengan

    menambah peruntukan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, pelan struktur

    kawasan dan peraturan-peraturan kebenaran merancang berupa langkah-langkah

    mitigasi oleh pemaju.

    1.5.3 Pihak Perancangan

    Maklumat ini juga tidak kurang pentingnya kepada para profesional. Pihak

    Perancang umpamanya, dapat meneliti pesepsi masyarakat tentang gangguan akibat

    talian bekalan elektrik, dan merancang pelan tatatur agar perlindungan maksima

  • 11

    daripada kesan talian bekalan elektrik dapat diberikan kepada pengguna. Bukan

    sahaja aspek kesihatan yang akan terjaga, secara tidak langsung rekabentuk

    pembangunan yang menitikberatkan kesihatan pembeli akan menjamin pelaburan

    pengguna dan tahap kecapaian nilai modal harta tanah di masa hadapan. Dengan

    berganding bahu bersama pihak-pihak lain yang terlibat, banyak ciri-ciri

    perlindungan dari kesan talian bekalan elektrik dapat dimasukkan ke dalam

    rekabentuk terutama letakan harta kediaman ke kawasan yang jauh dari talian

    bekalan elektrik. Pihak Perancangan berupaya untuk mensyaratkan zon penampan

    yang mencukupi sekiranya kewujudan talian bekalan elektrik tidak dapat dielakkan.

    1.5.4 Pemaju

    Bagi pemaju perumahan pula, pengetahuan tentang pesepsi masyarakat

    terhadap kesan talian bekalan elektrik ini amat penting bagi penyediaan pelan

    susunatur dan juga strategi pemasaran mereka. Banyak taktik pemulihan boleh

    dilaksanakan untuk mengurangkan atau menyahkan terus gangguan yang dihadapi

    pembeli akibat kewujudan talian bekalan elektrik. Kemungkinan letakan jenis harta

    kediaman dan komersil boleh diubahsuai bagi meminimakan impak ketidakselesaan

    pemandangan dan pendengaran, dan keterdedahan kepada medan kuasa

    elektromagnetik yang dilepaskan oleh talian bekalan elektrik, dengan lanskap yang

    efektif, zon penampan yang lebar dan lain-lain lagi. Pertimbangan seperti ini bukan

    sahaja memenuhi tanggungjawab sosial pemaju, tetapi dapat menaikkan imej pemaju

    sebagai pemaju yang prihatin. Lagi pula pemaju akan mendapat reputasi sebagai

    pembekal harta tanah yang mampu mencapai nilai modal yang tinggi pada masa

    depan dan ini memudah dan mempercepatkan penjualan harta tanah yang

    dibangunkan.

  • 12

    1.5.5 Penilai

    Semenjak kebelakangan ini, penilai semakin peka tentang impak talian

    bekalan elektrik ke atas pemandangan, kesihatan dan lain-lain gangguan.

    Berdasarkan kajian terkini ke atas penilai harta tanah, didapati mereka sedar bahawa

    kewujudan dan kedekatan dengan talian bekalan elektrik mempengaruhi nilai harta

    tanah (Anuar, 2005). Kawasan kajian meliputi penilai di Lembah Klang, dan mereka

    mempunyai persepsi bahawa satu kadar diskaun hendaklah dikenakan ke atas harta

    tanah yang mengalami keterdedahan tersebut. Walau bagaimanapun, kadar diskaun

    ini berbeza-beza dan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penilai

    individu dan bukannya satu kadar yang didapati dari kajiselidik yang menyeluruh

    (Anuar, 2005). Ini berbeza dengan keadaan yang lepas di mana maklumat tentang

    impak talian bekalan elektrik kurang diketahui dan kewujudan binaan tersebut tidak

    dikatakan faktor luaran yang kuat mempengaruhi nilai. Kelihatan dari perubahan ini

    bahawa penilai di Lembah Klang mempunyai persepsi yang serupa dengan penilai di

    negara-negara maju seperti Amerika Syarikat di mana talian bekalan elektrik telah

    lama dianggap sebagai antara faktor utama yang boleh menjatuhkan nilai harta tanah

    (Bond, 1995; Kinnard, 1995; Colwell, 1990).

    Setakat ini belum ada kajian dijalankan di Negeri Selangor yang meliputi

    persepsi pembeli dan penyewa di kawasan perumahan yang berdekatan dengan talian

    bekalan elektrik. Jika dipelajari dari kajian yang dijalankan di negara maju, didapati

    bahawa persepsi masyarakat terhadap gangguan tidak fizikal seperti pemandangan,

    bunyi dan pencemaran, cukup signifikan untuk mempengaruhi nilai dan keupayaan

    untuk dijual, terutama jika ada hubungkait dengan risiko kesihatan (Syms, 1996;

    Gallimora & Jayne, 1997-99). Di Amerika Syarikat, keputusan mahkamah telah

    memberi pampasan kepada pemilik untuk kehilangan nilai berdasarkan persepsi

    umum bahawa talian bekalan elektrik berpotensi membawa risiko kepada kesihatan

    (Criscula vs. Power Authority of the State of New York, 1993). Keputusan ini

    dijelaskan dengan lebih mendalam di dalam kes Komis vs City of Santa Fe di mana

    mahkamah memutuskan bahawa bukti saintifik yang talian bekalan elektrik

  • 13

    membawa risiko kesihatan tidak relevan dalam penentuan nilai kerana impak

    terhadap pasaran adalah bergantung kepada reaksi pasaran (market behaviour/

    reaction). Berlainan pula di United Kingdom, mahkamah tidak menganggap pesepsi

    masyarakat terhadap risiko kesihatan akibat keterdedahan kepada talian bekalan

    elektrik sebagai satu faktor yang menurunkan nilai harta kediaman dan tiada

    peruntukan yang membolehkan stigma ini dipertimbangkan. Namun, terdapat kes

    mahkamah, Newport Borough Council vs Secretary of State for Wales dan Browning

    & Ferries Environmental Services, yang memutuskan bahawa persepsi dan keresahan

    masyarakat tentang risiko kesihatan boleh menyebabkan kebenaran merancang

    ditolak. Bagaimanapun, sepertimana di Malaysia, belum ada lagi kajian yang dapat

    mengemukakan tandaaras (benchmark) untuk menilai harta tanah yang terdedah

    kepada talian bekalan elektrik dengan sesuatu kadar diskaun yang konkrit.

    Keputusan untuk menentukan nilai hanya bergantung kepada pendapat yang

    seringkali berlandaskan kepada persepsi dan pengalaman profesional yang terlibat

    (Sims, 2003; Anuar, 2005).

    Melalui kajian ini, perubahan mungkin dapat dihasilkan di kalangan

    masyarakat untuk lebih peka tentang gangguan-gangguan yang mungkin dialami

    akibat keterdedahan kepada talian bekalan elektrik. Dengan kesedaran tersebut,

    masyarakat sebagai pelabur dalam harta tanah lebih bersedia untuk menilai ciri-ciri

    yang mempengaruhi nilai yang tidak terhad kepada faktor-faktor tradisional seperti

    lokasi, kemudahan, rekabentuk, keluasan, dan kedekatan dengan tempat kerja. Jika

    ini berlaku, perubahan kepada paras nilai harus akan muncul bagi harta tanah yang

    terletak berdekatan talian bekalan elektrik melalui transaksi yang direkodkan.

    Keadaan ini akan mewujudkan data bank yang mencukupi, dan penilai bolehlah

    merangka satu kaedah menilai yang efektif dan mudah bagi mengukur secara

    kuantitatif hubungkait di antara nilai harta tanah dan kedekatan dengan talian bekalan

    elektrik.

    Kaedah yang mampu menilai secara kuantitatif tersebut amat banyak

    kegunaannya dan dapat membantu profesional terlibat membuat keputusan yang

  • 14

    lebih adil dan tepat. Antaranya keputusan oleh profesional dalam bidang harta tanah

    apabila menjalankan kajian kemungkinan ke atas pembangunan; oleh penilai apabila

    menentukan nilai untuk tujuan pinjaman, jualan dan lain-lain; oleh institusi

    perbankan dan pelaburan dalam mempertimbangkan risiko sesuatu harta tanah untuk

    pemberian pinjaman atau sebagai pelaburan; oleh agensi terlibat dan badan

    kehakiman yang menentukan pampasan bagi tanah yang terlibat dengan izinlalu

    untuk talian bekalan elektrik dan kerugian yang dialami apabila talian bekalan

    elektrik dibina berdekatan dengan kawasan perumahan; dan oleh pihak perancang

    yang boleh membuat keputusan yang lebih mesra-masyarakat (community-friendly)

    apabila mempertimbangkan kebenaran merancang.

    1.5.6 Suruhanjaya Tenaga dan Pemegang Lesen (Tenaga Nasional Berhad)

    Dengan bertambahnya kepekaan masyarakat terhadap gangguan yang boleh

    dihadapi akibat talian bekalan elektrik, penemuan kajian ini dapat membantu pihak

    berkaitan meneliti serta memperbaiki keberkesanan polisi dan perundangan sedia ada

    seperti Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 agar

    gangguan yang timbul dapat diminimakan dan kepentingan masyarakat dilindungi

    terutama di kawasan yang pesat membangun dan densiti penduduk adalah tinggi.

    Aspek keselamatan yang termaktub pada masa ini hendaklah ditambah dengan

    perlindungan dari segi kesihatan penduduk terutama di kawasan perumahan.

    Kewujudan talian bekalan elektrik dan keterdedahan masyarakat kepada

    medan kuasa elektromagnetik yang dilepaskan serta pengetahuan mengenai

    kemungkinan ada risiko terhadap kesihatan adalah perkara yang agak baru di

    kalangan masyarakat di Malaysia. Keseriusan terhadap perkara ini dijangka

    meningkat dalam masa terdekat apabila bertambahnya segmen masyarakat yang celik

    membaca dan berpeluang menerima maklumat melalui media massa yang semakin

    canggih. Hanya sebahagian kecil sahaja masyarakat Malaysia pada masa ini yang

    mampu menilai kesan gangguan talian bekalan elektrik ke atas keselesaan dan

  • 15

    seterusnya keputusan pelaburan mereka (Anuar, 2005). Dengan adanya kajian ini,

    pihak-pihak yang terlibat di dalam menggubal dan melaksana polisi-polisi

    pembangunan boleh menggunakan penemuan dengan menambahbaik,

    mengubahsuai, meminda, atau membatalkan perundangan dan polisi yang dikira

    tidak lagi dapat memenuhi keperluan semasa.

    Jika polisi yang digubal merangkumi semua aspek yang berkaitan termasuk

    kawalan gangguan dan dapat dilaksanakan dengan baik, dijangka pembangunan di

    kawasan sepanjang dan sekitar talian bekalan elektrik dapat dikawal dengan

    berkesan. Juga dijangka corak pembangunan berdekatan talian bekalan elektrik tidak

    lagi berunsur kediaman tetapi lebih kepada perniagaan dan industri ataupun rekreasi.

    1.6 SKOP KAJIAN

    Kajian ini akan meliputi aspek-aspek berikut berikut:

    1.6.1 Kawasan Liputan

    Kawasan kajian yang terpilih adalah Negeri Selangor amnya dan kawasan

    perumahan di mana talian bekalan elektrik melalui atau merentas mana-mana

    sempadan kawasan tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah Damansara, Kelana

    Jaya, Puchong, Serdang dan Bangi. Terdapat beberapa ukuran kedekatan yang telah

    digunakan oleh penyelidik yang lepas; Chandler (1990) menggunakan jarak 150

    meter hingga 300 meter dari talian bekalan elektrik sebagai asas dalam menentukan

  • 16

    kesan ke atas kesihatan; Jones (1972) pula berpendapat jarak yang sesuai untuk

    mendirikan bangunan adalah 100 meter daripada talian bekalan elektrik manakala

    Anuar (2005) menggunakan definasi Tenaga Nasional Berhad di dalam Laporan

    Tahunan untuk 2003 iaitu lebihkurang 5 hingga 30 meter dari talian bekalan elektrik

    sebagai ukuran kedekatan. Kedekatan yang dimaksudkan di sini tidak termasuk

    harta kediaman yang terletak betul-betul di bawah talian bekalan elektrik.

    1.6.2 Fizikal

    Liputan kajian ini merangkumi harta kediaman sahaja. Tiga kumpulan akan

    disoalselidik, iaitu penduduk di kawasan perumahan yang dikenalpasti di para a. di

    atas, penilai dan pemaju harta tanah. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan

    borang soal selidik dan dilaksanakan melalui temuduga dan edaran. Sejumlah 120

    penduduk akan ditemuduga di kawasan-kawasan tersebut, edaran borang soal selidik

    kepada 20 penilai berdaftar dan 10 pemaju harta tanah akan ditemuduga.

    1.6.3 Aspek Perundangan dan Polisi Terlibat

    Merangkumi hanya maklumat yang relevan daripada sumber perundangan

    yang berkaitan talian bekalan elektrik. Polisi-polisi terlibat adalah seperti Akta

    Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Akta Kerajaan Tempatan

    1976 dan Pelan Struktur Negeri Selangor. Maklumat-maklumat daripada sumber

    perundangan ini penting kerana dengan ini aspek perancangan, perlaksanaan dan

    pengawalan terhadap talian bekalan elektrikdapat dilihat.

  • 17

    1.7 METODOLOGI KAJIAN

    Kajian dilakukan berdasarkan kepada:

    1.7.1 Pengumpulan Data Prima

    Untuk mencapai objektif pertama kajian, maklumat diperolehi daripada

    kajian literatur ke atas penulisan-penulisan lepas di luar dan dalam Negara mengenai

    talian bekalan elektrik. Dari kajian literatur, impak kewujudannya dapat dilihat dari

    aspek kesihatan, keselesaan dan kebimbangan penduduk yang tinggal berdekatan,

    serta bagaimana ia mempengaruhi nilai harta tanah.

    Untuk mencapai objektif kedua kajian, maklumat diperolehi daripada dua

    sumber iaitu kajian literatur dan juga soalselidik menggunakan kaedah temuduga.

    Temuduga dijalankan di lima kawasan perumahan di Negeri Selangor di mana

    terdapat laluan talian bekalan elektrik. Pemilihan subjek untuk ditemuduga terdiri

    daripada mereka yang tinggal berdekatan dengan talian bekalan elektrik di kawasan-

    kawasan tersebut, tidak kira sama ada mereka adalah pembeli atau pun penyewa.

    Selain masyarakat di kawasan perumahan yang dikenalpasti, kajiselidik juga

    dijalankan ke atas penilai untuk mendapatkan persepsi mereka. Kaedah Analisa

    Kekerapan (Frequency Analysis) akan digunakan dalam menjalankan interpretasi.

    Bagi mencapai objektif ketiga dan keempat pula, soalselidik menggunakan

    kaedah temuduga juga digunakan. Temuduga dijalankan ke atas kumpulan

    masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang sama. Di samping itu,

    kajiselidik juga dijalankan ke atas pemaju harta tanah bagi mendapatkan pandangan

  • 18

    mereka. Kaedah Analisa Kekerapan (Frequency Analysis) akan digunakan dalam

    menjalankan interpretasi.

    1.7.2 Pengumpulan Data Sekunder

    Peta yang menunjukkan talian bekalan elektrik di Majlis Perbandaran Subang

    Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan diperolehi dari organisasi berkenaan.

    Dengan menggunakan peta berkenaan, jaringan talian bekalan elektrik yang melalui

    atau merentas kawasan perumahan dapat dikenalpasti dan ini membolehkan kawasan

    kajian dipilih.

    Lain-lain data sekunder yang akan dikumpulkan berupa maklumat yang

    terdiri dari polisi, perundangan dan apa-apa maklumat yang berhubungkait dengan

    talian bekalan elektrik yang tersiar di laman web TNB, Majlis-majlis Perbandaran

    dan badan-badan dalam dan luar negara. Di samping itu, penulis akan meninjau

    sejauh manakah peruntukan melindungi penduduk diambilkira apabila kebenaran

    merancang diluluskan.

    Pengumpulan data sekunder juga akan merangkumi sumber-sumber seperti

    buku, majalah, artikel dan kertas seminar dan kajian yang mengandungi maklumat

    yang membincangkan tentang kesan talian bekalan elektrik ke atas kesihatan

    manusia, permintaan dan nilai harta tanah, dan persepsi umum tentang segala

    gangguan yang dihadapi. Penemuan kajian terdahulu berupa sumber amat penting

    yang dijadikan landasan kepada kajian yang dijalankan ini terutama yang dihasilkan

    oleh penyelidik luar negara.

  • 19

    Rangka metodologi kajian ini adalah seperti di Rajah 1.1.

    Mengenalpasti Masalah

    Menentukan Objektif dan Skop Kajian

    Menjalankan Kajian Literatur

    Mengumpul Data dari Kajian Literatur dan Membuat Rekabentuk Kajian dan Menyediakan Soalselidek

    Rajah 1.1 : Rangka Metodologi Kajian

    Menjalankan Temubual Menghantar Soalselidek

    Mengumpul Data Secara Terperinci

    Menganalisis Data Yang Diperolehi

    Penemuan, Kesimpulan dan Cadangan

    Data Prima Data Sekunder

    Tamat

  • 20

    1.8 SUSUN ATUR BAB

    Susun atur bab di dalam kajian ini adalah seperti berikut:

    1.8.1 Bab 1 : Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan berkenaan pengenalan, penyataan masalah

    kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian dan susun

    atur bab.

    1.8.2 Bab 2 : Kajian Literatur

    Di dalam bab ini, keterangan yang dikumpul berkaitan teori-teori mengenai

    talian bekalan elektrik, medan kuasa elektromagnetik yang dihasilkan, keresahan

    masyarakat tentang risiko kepada kesihatan akibat keterdedahan kepada talian

    bekalan elektrik, persepsi kumpulan tertentu terhadap gangguan dari talian bekalan

    elektrik, perundangan yang ada hubungkait, teori nilaian, faktor-faktor yang

    mempengaruhi nilai harta tanah, dan langkah-langkah perlindungan yang

    dipraktikkan oleh agensi terlibat dalam pembangunan talian bekalan elektrik di

    Malaysia. Perbincangan di dalam bab ini adalah berkisar tentang penemuan-

    penemuan kajian yang relevan terutama di mana kewujudan talian bekalan elektrik

    dianggap pengaruh signifikan ke atas nilai.

  • 21

    1.8.3 Bab 3 : Latarbelakang Kawasan Kajian

    Bab ini akan menerangkan tentang kawasan perumahan yang telah dipilih dan

    apakah ciri-ciri yang menyebabkan ianya terpilih. Antara perkara yang dibincangkan

    adalah ciri-ciri skim, corak pembangunan serta jenis binaan yang dibangunkan

    berdekatan dengan talian bekalan elektrik.

    1.8.4 Bab 4 : Analisis Hasil Kajiselidik

    Dalam bab ini, data yang akan dianalisis merupakan data yang dihasilkan dari

    semua kajiselidik yang dijalankan iaitu ke atas masyarakat yang tinggal berdekatan

    dengan talian bekalan elektrik, penilai dan pemaju harta tanah. Kaedah yang sesuai

    akan digunakan untuk mengkaji persepsi mereka tentang kesan yang dirasai ataupun

    pendapat mereka terhadap kewujudan talian bekalan elektrik berdekatan dengan

    harta kediaman. Perbincangan tentang penemuan dibuat dan dikaitkan dengan kajian

    literature dan objektif kajian.

    Terdapat beberapa soalan yang mungkin terjawap hasil dari maklumat yang

    diperolehi antaranya;

    i. Secara amnya masyarakat sedar bahawa keterdedahan kepada talian

    bekalan elektrik boleh dihubungkaitkan dengan risiko kesihatan

    ii. Kewujudan talian bekalan elektrik berdekatan dengan harta kediaman

    mendatangkan gangguan kepada penghuni rumah berdekatan

    iii. Masyarakat berpendapat nilai harta kediaman tidak dipengaruhi oleh

    kedekatan dengan talian bekalan elektrik

  • 22

    1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

    Di dalam bab ini, semua penemuan yang dihasilkan akan dirumuskan. Dari

    itu, kesimpulan dibuat dengan membicarakan sama ada objektif kajian ini dicapai

    atau tidak. Selain itu, bab ini juga akan memberi beberapa cadangan untuk kajian

    selanjutnya.

  • 23

    BAB 2

    TEORI TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN

    IMPLIKASI TERHADAP NILAI HARTA TANAH

    2.1 PENGENALAN

    Bab ini akan meneliti sama ada kewujudan talian bekalan elektrik

    mendatangkan gangguan kepada kawasan di mana ia lalu. Teras kepada isu ini

    adalah pengaruh atau kesan talian bekalan elektrik terhadap nilai harta kediaman

    yang terletak bedekatan; bolehkah talian bekalan elektrik dianggap sebagai gangguan

    yang signifikan sehingga dapat mempengaruhi keputusan melabur seseorang.

    Bolehkah talian bekalan elektrik menjadi satu faktor yang mempengaruhi nilai

    sepertimana lokasi, rekabentuk, dan saiz? Apakah jenis gangguan yang memberi

    impak paling tinggi terhadap paras nilai?

    Bab ini akan mengandungi beberapa bahagian. Bahagian pertama akan

    membentangkan maklumat umum berkenaan talian bekalan elektrik, agensi yang

    terlibat membina dan mengendalikannya di Malaysia dan lain-lain maklumat sebagai

    latarbelakang kepada pembaca untuk mendapat gambaran keseluruhan tentang sistem

    yang wujud. Bahagian kedua akan membincangkan perundangan dan polisi yang

    terpakai. Dengan meneliti segala peruntukan yang ditetapkan, akan dapat dilihat

    langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkaitan bagi melindung masyarakat dari

  • 24

    gangguan yang dikaitkan dengan talian bekalan elektrik. Bahagian ketiga pula akan

    membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai di samping memberi definisi

    nilai. Dalam bahagian ini juga akan meneliti setakat manakah talian bekalan elektrik

    mampu mempengaruhi nilai harta tanah. Akhir sekali di bahagian keempat akan

    membincangkan kenapa masyarakat bertanggapan talian bekalan elektrik sebagai

    satu stigma, sama ada stigma itu dalam bentuk gangguan pemandangan, gangguan

    kepada pendengaran ataupun gangguan yang mendatangkan risiko kepada kesihatan.

    2.2 TALIAN BEKALAN ELEKTRIK

    2.2.1 Definisi

    Apakah yang dikatakan sebagai talian bekalan elektrik? Menurut Kamus

    Dewan Edisi Ketiga (1994), `talian didefinisikan sebagai wayar yang menjalinkan

    atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik. Kamus yang sama

    turut menerangkan perkataan ` bekalan yang boleh ditafsirkan sebagai membawa

    manakala `elektrik pula bermakna satu bentuk tenaga yang digunakan untuk

    menghasilkan cahaya, kepanasan dan lain-lain. Apabila digabungkan semua

    perkataan tersebut, maka talian bekalan elektrik boleh diertikan sebagai talian yang

    menghubungkan janakuasa dan alatan-alatan elektrik, untuk membawa tenaga yang

    menghasilkan cahaya, kepanasan dan lain-lain.

    Akta Bekalan Elektrik 1990 pula mentafsirkan terma talian bekalan elektrik.

    Mengikut Akta tersebut, talian bekalan ertinya konduktor atau konduktor-

    konduktor atau kaedah lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan

  • 25

    elektrik, beserta dengan apa-apa selansong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau

    tiang yang mengepungi, mengelilingi atau menopangi konduktor atau kaedah itu atau

    mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang bersambung

    dengannya bagi maksud mengubah, menyampai, menghantar atau mengagihkan

    elektrik. Elektrik pula ditafsirkan sebagai tenaga elektrik atau kuasa elektrik

    apabila dilepaskan, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi

    apa-apa maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat. Akta yang sama

    juga membezakan antara talian bekalan dan talian bekalan utama. Talian bekalan

    utama dikatakan sebagai mana-mana talian bekalan bekalan voltan tinggi atau amat

    tinggi bagi menghantar elektrik daripada suatu stesen janakuasa ke stesen janakuasa

    yang lain atau ke pencawang dan termasuklah apa-apa bangunan atau bahagian suatu

    bangunan yang digunakan berkaitan dengan talian bekalan sedemikian. Terma

    voltan tinggi ertinya voltan yang biasanya melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi

    3,000 volt manakala voltan amat tinggi ertinya voltan yang biasanya melebihi

    3,000 volt.

    2.2.2 Sistem Penghantar Bekalan Elektrik

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pembekal tenaga elektrik

    mempunyai hak di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk mendapatkan izinlalu

    daripada pemilik harta tanah. Kawasan yang diberi izinlalu dinamakan talian

    penghantaran elektrik dan apabila digabungkan dengan alatan dan pesawat-pesawat

    berkaitan, dikenali sebagai `sistem penghantaran bekalan elektrik. Pihak berkenaan

    mendefinisikan `sistem penghantaran bekalan elektrik sebagai perniagaan yang

    dijalankan oleh pihak pemegang lesen dalam mengambil langkah-langkah

    merancang, membangunkan, membina dan menyenggara talian bekalan elektrik yang

    diuruskannya, termasuklah membekalkan sambungan kabel untuk mengangkut dan

    menghantar bekalan elektrik yang dilepaskan dari stesen-stesen janakuasa kepada

    pengguna. `Sistem penghantaran bekalan elektrik menurut TNB membawa maksud

    suatu sistem yang membekalkan talian dengan voltan melebihi 33,000 volt, dioperasi

    dan dimiliki sepenuhnya oleh pemegang lesen berdaftar yang dikeluarkan lesen oleh

    Suruhanjaya Tenaga; untuk menghubungkan tenaga elektrik di antara stesen

  • 26

    janakuasa atau sub-stesen, dan ini termasuk juga peralatan dan mesin yang dimiliki

    dalam menyambungkan bekalan elektrik ke talian bekalan elektrik.

    Menurut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, `kabel adalah konduktor tunggal

    bertebat, sama ada pejal atau berlembar, dan dua atau lebih konduktor itu, setiapnya

    disediakan dengan penebatnya tersendiri, dan dipasangkan bersama. `Perpasangan

    berdaftar menurut peraturan yang sama adalah kerja-kerja pemasangan kabel yang

    dilakukan oleh pihak yang diberikan kuasa melalui lesen untuk melakukan

    pemasangan berkenaan sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 9 Akta Bekalan

    Elektrik 1990.

    Bagi tujuan kajian ini, sebutan talian bekalan elektrik adalah merujuk

    kepada sistem penghantaran bekalan elektrik sebagaimana ditafsirkan oleh TNB

    dan merangkumi talian bekalan utama di mana melibatkan talian bekalan voltan

    tinggi atau amat tinggi bagi menghantar elektrik. Talian bekalan tersebut yang

    terdapat di Malaysia pada masa ini ialah 11kV, 22 kV, 33 kV, 66 kV, 132 kV, 275

    kV, 300 kV dan 500 kV.

    2.2.3 Suatu Kemudahan Awam

    Mengikut peruntukkan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990, Seksyen 14 (4),

    pembangunan talian bekalan elektrik disifatkan sebagai suatu kerja kemudahan

    awam. Menurut akta ini, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk

    mendapatkan tanah melalui proses pengambilan tanah untuk tujuan talian bekalan

    elektrik.

    Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 101(bb)(i) memperuntukkan kuasa

    pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan segala infrastruktur yang berkaitan

  • 27

    dengan bekalan elektrik samada di dalam atau di luar kawasannya sebagai suatu

    kemudahan untuk rakyat.

    2.2.4 Matlamat Pembangunan Talian Bekalan Elektrik

    Matlamat utama pembangunan talian bekalan elektrik adalah untuk

    membekalkan tenaga kepada pengguna secara sistematik dan konsisten (Jones,

    1972). Oleh kerana penggunaan tenaga adalah berbeza mengikut lokasi, voltan yang

    bersesuaian perlu diselaraskan dengan keperluan agar perkhidmatan berkualiti tinggi

    dapat disampaikan kepada pengguna. Dalam konteks Negeri Selangor, matlamat

    pembangunan talian bekalan elektrik adalah untuk menyediakan bekalan elektrik

    yang mencukupi untuk keperluan semua pengguna dan dirancang supaya mesra

    alam, mampan dan tidak menjadi penghalang kepada pembangunan (Dasar FZ 61 &

    FZ 62, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020: Julai 2005).

    2.2.5 Elemen-elemen Penting Dalam Pembangunan Talian Bekalan Elektrik

    Beberapa elemen penting harus diberi perhatian dalam membangunkan talian

    bekalan elektrik. Antara elemen yang penting dan menyentuh keselamatan

    masyarakat akan dibincangkan secara ringkas iaitu jarak, perundangan dari aspek

    keselamatan, dan penyenggaraan. Untuk dimensi menara talian bekalan elektrik, sila

    rujuk Lampiran A.

    2.2.5.1 Jarak

    Menurut Peraturan 41(15), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ketinggian dari

    tanah tidak boleh kurang daripada ketinggian yang bersesuaian dengan voltan sistem

    berkenaan. Peraturan tersebut menyediakan jadual yang menunjukkan bahawa

  • 28

    ketinggian minima antara talian bekalan elektrik dengan tanah adalah 4.88 meter

    manakala jarak kelegaan antara talian kabel dengan bangunan adalah tidak kurang

    dari 4.57 meter. Peraturan 42 (d) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 pula melarang

    sebarang aktiviti dijalankan dalam jarak 2,134 milimeter mengufuk dan 2,743

    milimeter menegak dari mana-mana konduktor talian.

    2.2.5.2 Keselamatan dan Penyengaraan Pemasangan

    Penyenggaraan dan pembaikan talian bekalan elektrik amat penting bagi

    memastikan talian sentiasa berfungsi dengan baik, dan dengan itu sentiasa

    mengutamakan keselamatan pengguna dan masyarakat. Oleh itu, pengendalian

    penyenggaraan perlu dilakukan dengan teliti agar sebarang kesilapan teknikal dapat

    dielakkan. Peruntukan berkaitan diwujudkan di bawah peruntukan Akta Bekalan

    Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, dan Akta Kerajaan Tempatan

    1976.

    2.3 PERUNDANGAN BERKAITAN

    Antara perundangan yang berkaitan dengan talian bekalan elektrik ialah:

    2.3.1 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)

    Akta ini merupakan sumber perundangan utama yang berkaitan dengan talian

    bekalan elektrik di Malaysia dan telah memansuhkan Akta Elektrik 1949. Akta ini

    secara umumnya tidak membincangkan secara langsung tentang pemasangan talian

    bekalan elektrik dan kesannya ke atas harta tanah. Ia lebih menekankan kepada

  • 29

    penguatkuasaan prosidur-prosidur yang perlu sebelum proses membina dan

    memasang talian bekalan elektrik.

    Dalam Bahagian IV iaitu Pepasangan Berlesen dan Berdaftar, yang terdiri

    dari seksyen 10, 11, 12, dan 16, menggariskan tatacara (prosedur) yang perlu

    dipatuhi dalam urusan mendapatkan izinlalu bagi talian bekalan elektrik. Seksyen-

    seksyen yang disebut memberi kuasa dan menyentuh 3 perkara utama iaitu;

    i. Seksyen 10 memperuntukkan bahawa pemegang lesen iaitu pihak yang

    diberi kebenaran untuk memasang talian bekalan elektrik, adalah diberi

    kuasa untuk memasuki dan memeriksateliti tanah bagi tujuan

    memastikan kesesuaian tanah untuk pembinaan suatu pepasangan

    ii. Seksyen 11(1) pula memberi kuasa kepada pihak pemegang lesen untuk

    masuk dan menjalankan kerja termasuk meletak, menempatkan atau

    membawa apa-apa tiang dan kelengkapan lain yang perlu dan wajar

    bagi pepasangan dengan membayar pampasan penuh.

    iii. Seksyen 11(8) memperuntukkan bahawa pihak Pentadbir Tanah Daerah

    boleh mengarahkan pengambilan tanah dilakukan bagi tujuan

    pemasangan talian bekalan elektrik setelah penyiasatan tapak dilakukan

    oleh Pentadbir Tanah menurut Seksyen 11(6) akta ini. Secara amnya,

    penekanan pengambilan tanah adalah untuk baki tanah yang terletak

    kurang dari 50 kaki dari jalan utama. Kuasa untuk menaksirkan

    pampasan yang mencukupi bagi gangguan, kerosakan dan ketakupayaan

    tanah akibat penggunaan tanah untuk talian bekalan elektrik diberi

    kepada Pentadbir Tanah Daerah di bawah Seksyen 16(1). Dalam

    mengendalikan pengambilan tanah, undang-undang bertulis

    mengenainya hendaklah terpakai dan dikuatkuasakan. Tanah yang

    terlibat hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja kemudahan awam.

  • 30

    Seksyen-seksyen lain yang ada hubungkait adalah Seksyen 12 yang memberi

    kuasa kepada pemegang berlesen untuk membina talian bekalan elektrik di atas tanah

    milik persekutuan dan negeri dengan memohon secara bertulis. Seksyen 13 akta yang

    sama memberi kuasa kepada pemegang lesen untuk menyenggara tanah yang

    digunakan untuk talian bekalan elektrik, dengan menyebabkan kerosakan paling

    minima terhadap tanah.

    Terdapat dua seksyen yang menyentuh hal keselamatan. Seksyen 45(1),

    Bahagian X (Am) akta menjelaskan langkah-langkah keselamatan semasa

    pemasangan kabel dilakukan. Perlaksanaan semua kerja berkaitan dengan

    penjanakuasaan atau pembekalan tenaga yang boleh menyentuh tanah dan segala di

    atasnya seperti sungai, rel keretapi, talian telekomunikasi mestilah dijalankan

    mengikut prosidur-prosidur dan kaedah-kaedah yang ditetapkan dan tanpa

    menjejaskan keselamatan awam dan persendirian. Seksyen 45(2) menyatakan

    bahawa kegagalan mematuhi seksyen ini adalah suatu kesalahan.

    Seksyen 47 pula memperuntukkan langkah-langkah awasan yang mesti

    diambil oleh mana-mana agensi yang mengambil atau menggunakan elektrik

    daripada pepasangan bagi menghindarkan apa-apa kerosakan kepada pepasangan

    melalui elektrik atmosfera.

    Secara amnya, akta ini banyak menitikberatkan kepada pengawalan

    pembangunan talian bekalan elektrik dari peringkat awal iaitu mendapatkan hak

    izinlalu ataupun tanah sehinggalah kepada aspek penalti. Akta ini tidak

    meninggalkan aspek keselamatan tetapi langkah-langkah yang ditetapkan lebih

    kepada menjaga keselamatan harta dan pepasangan pemegang lesen daripada

    melindungi kepentingan penduduk. Walau bagaimanapun, bolehlah dikatakan

    bahawa langkah-langkah yang ditetapkan di dalam akta ini menjaga keselamatan

    penduduk secara tidak langsung dengan memastikan semua hal berkaitan dengan

    pepasangan pemegang lesen dijaga dan digunakan mengikut peraturan tertentu.

  • 31

    2.3.2 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

    Peraturan-peraturan ini memperkembangkan lagi Akta Bekalan Elektrik 1990

    sepertimana diperuntukkan oleh Seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kuasa-

    Kuasa Tambahan). Peraturan-peraturan ini merangkumi aspek-aspek fizikal, lokasi,

    jarak dan kaedah-kaedah pemasangan talian bekalan elektrik secara spesifik dan

    mendalam.

    Penerangan berkenaan pemasangan talian bekalan elektrik dinyatakan di

    Bahagian II (Pepasangan) - Pemasangan Talian Aerial peraturan ini. Antara syarat-

    syarat am yang digariskan oleh Peraturan 41(1) dan (2) adalah berkenaan jenis-jenis

    konduktor talian dan keperluan penebat bagi mewujudkan suasana bekerja yang

    selamat untuk pemegang lesen, pemunya, pihak berkuasa bekalan dan agen-agen

    mereka. Peraturan 41(3) hingga 41(14) mengariskan mengenai pelbagai aspek yang

    bertujuan untuk memastikan pepasangan merangkumi ciri-ciri keselamatan umpanya

    cara-cara berkesan hendaklah diadakan bagi memastikan bahawa konduktor talian

    mati selepas ia terjatuh disebabkan putus atau sebagainya (Peraturan 41(4)); kerja-

    kerja logam, dawai umbang dan lain-lain hendaklah dibumikan secara berkesan

    (Peraturan 41(5 & 6)); mengambil langkah pencegahan bagi mengelakan hakisan

    kepada kerja logam dan pemburkan pada tiang dan sokongan kayu (Peraturan 41(9);

    dan pihak berkaitan hendaklah mengalihkan talian aerial apabila tidak lagi

    menggunakannya untuk penghantaran elektrik (Peraturan 41(13)).

    Peraturan 41(15) pula menggariskan ketinggian dari tanah mana-mana

    konduktor talian atau dawai bumi tambahan dengan memperuntukkan kelegaan

    minima antara talian aerial dengan bumi seperti di jadual di bawah.

  • 32

    Jadual 2.1 : Kelegaan Tanah Dengan Talian Kabel (dalam meter)

    Voltan Sistem

    Antara Konduktor (volt)

    Di atas jalan Selain di

    atas jalan

    Dalam kedudukan tidak

    akses kepada lalulintas

    kenderaan

    Tidak lebih 600 volt 5.49 5.18 4.57

    601 11,000 5.79 5.49 4.88

    11,001 66,000 6.10 6.10 5.18

    66,001 132,000 6.70 6.70 5.79

    132,001 275,000 7.00 7.00 7.00

    Melebihi 275,000 7.30 7.30 7.30

    Sumber : Peraturan 41(15) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

    Selain itu, Peraturan 41(18), 19 & 20) menetapkan sekiranya suatu talian

    aeriel melintasi talian aerial yang lain, baik di atas ataupun di bawah, maka kelegaan

    yang mencukupi mestilah dikekalkan ataupun ditambah. Juga jika terdapat lintasan

    yang mana satu darinya adalah talian aerial voltan tinggi atau amat tinggi, hendaklah

    mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan sentuhan

    antara dua talian tersebut jika ada talian yang terputus. seperti diadakan suatu

    pengadang sambut di antara kedua talian aerial tersebut.

    Bagi talian aerial voltan tinggi dan amat tinggi, syarat-syarat tambahan

    diperuntukkan oleh Peraturan 43(a hingga m) yang memberi garispanduan tentang

    kelegaan dengan bangunan atau struktur yang tidak boleh kurang daripada 4.57

    meter, menandakan suatu pengadang sambut jika melintasi di atas jalan, kelegaan

    tidak kurang dari 9.15 meter dari dawai talian telekomunikasi terdedah, had

    penggunaan tanah di bawah talian bekalan elektrik iaitu dalam jarak 4.57 meter

    daripada konduktor, dan larangan pembinaan talian bekalan elektrik di sepanjang

    jalan.

  • 33

    Aspek keselamatan yang jelas secara langsung mementingkan orang awam

    adalah keperluan pemegang lesen untuk mempaparkan dengan jelas papan tanda di

    bawah Peraturan 38. Di bawah peraturan ini, notis yang mempamerkan perkataan

    Dilarang Masuk atau Bahaya mengikut kesesuaian hendaklah diletak di luar

    tempat yang mengandungi atau boleh mendatangkan bahaya.

    Secara amnya, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 ini menitikberatkan

    kaedah-kaedah dan aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa mendirikan,

    melindungi, menggunakan dan menyenggara talian bekalan elektrik. Didapati

    peruntukan bagi kemungkinan talian aerial putus dirangkakan dengan terperinci,

    tetapi tidak pula bagi kemungkinan menara akan tumbang. Peruntukkan hanya

    ditetapkan tentang kelegaan antara konduktor dan bangunan, iaitu tidak kurang dari

    4.57 meter, namun jarak ini dianggap tidak mencukupi dan sepatutnya melebihi 50

    meter dengan jarak selesa 100 meter (Jones, 1972). Mengikut beliau, jarak sebenar

    seharusnya bergantung kepada ketinggian dan saiz menara, dengan mengandaikan

    ianya mungkin tumbang.

    Kesimpulannya, peraturan ini menggariskan penelitian khusus terhadap jarak

    talian bekalan elektrik dengan rel keretapi, sungai dan talian telekomunikasi, tetapi

    tiada langsung peruntukan yang menyebut tentang jarak minima antara talian bekalan

    elektrik dengan kawasan perumahan. Ini menimbulkan pelbagai interpretasi yang

    berlainan dalam merangka dan melaksana polisi pembangunan oleh pihak berkuasa

    perancangan dan negeri, dan menghasilkan corak pembangunan yang berlainan

    apabila melibatkan kawasan yang berdekatan atau dilalui talian bekalan elektrik.

    2.3.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976

    Pihak berkuasa tempatan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan

    pembangunan di dalam kawasan tadbirannya. Ini termasuklah penyediaan

    kemudahan awam kepada penduduk di kawasan tersebut. Phang (1989)

  • 34

    mendefinisikan perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan yang melibatkan

    pembayaran daripada masyarakat kerana beban kewangan untuk perkara tersebut

    sukar ditanggung pihak berkuasa tempatan dan sukar untuk dibekalkan secara

    percuma.

    Dalam konteks penyediaan kemudahan elektrik, pihak berkuasa tempatan

    berperanan menyediakan laluan dan kabel elektrik yang mencukupi bagi

    menyalurkan bekalan kepada penduduk. Ini diperuntukkan seperti di dalam Bahagian

    XII Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah bahagian Kuasa-Kuasa Tambahan pihak

    berkuasa tempatan. Menurut Seksyen 101 (bb)(iii) dan (iv) menyebut bahawa pihak

    berkuasa tempatan perlu membuat kontrak dengan mana-mana pihak berkaitan

    dengan pembekalan tenaga elektrik untuk membekalkan kuasa elektrik kepada pihak

    berkuasa tempatan berkenaan atas apa-apa had yang dipersetujui. Pihak berkuasa

    tempatan berhak untuk menjual talian-talian, pasangan-pasangan, pesawat-pesawat

    dan perkakas-perkakas elektrik kepada pengguna-pengguna.

    Namun, akta ini tidak membincangkan secara langsung mengenai syarat-

    syarat pemasangan dan kaedah-kaedah am yang terpakai bagi tujuan pembinaan

    laluan dan talian bekalan elektrik di dalam kawasan tadbirannya. Ini termasuklah

    perkara-perkara berkaitan lokasi, fizikal dan kesan kepada penduduk terutama sekali

    kawasan kediaman. Ini kerana Seksyen 101 (bb)(i) dan (ii) hanya menyebut bahawa

    pihak berkuasa tempatan hanya perlu melengkapkan, menubuhkan, memperolehi,

    membina dan menjalankan bekalan elektrik kepada pengguna, dan ini tertakluk

    kepada Akta Bekalan Elektrik 1990. Peranan pihak berkuasa tempatan hanyalah

    untuk memastikan kemudahan elektrik disediakan dan tidak merangkumi

    pengawalan letakan talian bekalan elektrik.

    Walau bagaimanapun, peranan sebagai penyelaras kepada pihak-pihak

    terlibat dalam penyediaan bekalan elektrik seperti Pemegang Berlesen Berdaftar,

    Tenaga Nasional Berhad memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk

  • 35

    memastikan letakan talian bekalan elektrik tidak menjejaskan kepentingan

    masyarakat.

    2.3.4 Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020(Julai 2005)

    Rancangan Struktur Negeri Selangor adalah satu dasar awam yang digubal

    bagi perancangan dan perlaksanaan pembangunan di Negeri Selangor. Ia tidak

    memberikan penekanan secara langsung kepada corak pembangunan talian bekalan

    elektrik di negeri tersebut. Peruntukan mengenai bekalan elektrik termaktub di

    dalam Bab 4, seksyen 4.4 Dasar Pembangunan Fizikal dan Alam Sekitar (Dasar FZ

    61 & FZ 62, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020: Julai 2005), yang

    menggariskan agenda pembangunan mampan yang akan dilaksanakan di Negeri

    Selangor. Rancangan struktur ini memainkan peranan yang penting dalam

    menyelaras bentuk pembangunan di Negeri Selangor bagi memastikan terdapatnya

    kemudahan dan perkhidmatan awam yang mencukupi dan efisien untuk semua

    penduduk di negeri tersebut. Matlamat utama Rancangan Struktur Negeri Selangor

    2020 yang sangat berkaitan dengan pembangunan fizikal dan alam sekitar adalah;

    i. Perbandaran mampan: persekitaran Bandar yang selesa, sihat dan

    selamat serta mempunyai identiti setempat;

    ii. Desa mampan: ekonominya cergas dan berdaya saing dengan Bandar

    tetapi mengekalkan persekitaran dan budaya desa;

    iii. Infrastruktur mampan: meningkatkan keupayaan daya tampungan

    sesuatu kawasan dan masyarakatnya, menggunakan sumber asli dengan

    efisien, mengambilkira keperluan memulihara alam sekitar dan

    menjamin kesampaian pembangunan kepada masyarakat setempat; dan

    iv. Alam sekitar dan sumber asli mampan: memastikan alam sekitar

    sentiasa terpelihara dan sumber asli yang boleh diperbaharui diurus

    dengan bijaksana menggunakan pendekatan holistic.

  • 36

    Jelas dari matlamat yang digariskan di atas bahawa sasaran yang dituju

    adalah pembangunan mampan. Penekanan (c) - kesampaian pembangunan

    infrastruktur memberi gambaran bahawa perlaksanaan mesti dapat dinikmati oleh

    seluruh penduduk negeri Selangor, dan pembangunan ini termasuklah bekalan

    elektrik. Kesemua matlamat yang dirangka memerlukan perancangan teliti oleh

    agensi terlibat sebelum perlaksanaan sesuatu projek pembanguan dijalankan.

    Penyediaan talian bekalan elektrik adalah tidak terkecuali daripada aspek ini.

    Rancangan Struktur Negeri Selangor memberi garis panduan asas berkaitan

    perlaksanaan pembangunan fizikal yang merangkumi talian bekalan elektrik. Namun

    ia tidak membicarakan berkenaan talian bekalan elektrik secara spesifik dan hanya

    mengambilkira pembekalan elektrik sebagai suatu kemudahan awam yang umum.

    Bagaimanapun, pelan struktur ini telah mencadangkan rancangan perletakan yang

    munasabah bagi talian bekalan elektrik mengikut jenis voltannya. Diperhatikan pula

    bahawa letakan yang dirancang ini tidak menetapkan bahawa letakan laluan mestilah

    mengelak daripada melalui kawasan berhampiran kawasan kediaman. Secara

    umumnya, pelan struktur ini tidak mengambilkira aspek keselamatan kepada

    penduduk kawasan perumahan dan memberi penekanan kepada penyediaan

    kemudahan awam yang mencukupi.

    2.4 DEFINISI NILAI

    Nilai membawa erti yang berbeza bergantung kepada situasi dan bidang

    dalam mana ianya digunakan. Dalam konteks umum, istilah ini bolehlah diertikan

    sebagai bagaimana (dalam bentuk kelakuan) atau amaun (kuantitatif) seseorang itu

    menghargai sesuatu barangan. Oleh yang demikian, nilai akan berubah mengikut

    penggunaanya; sebuah kasut sukan berjenama yang harganya tetap, mungkin bernilai

    lebih tinggi kepada olahragawan berbanding dengan orang kebiasaan kerana di

    samping selesa dipakai, kasut jenama tersebut membawa bayaran endorsement

  • 37

    pemakaian yang tinggi. Maka nilai kasut tersebut kepada olahragawan itu lebih

    tinggi berbanding dengan orang biasa.

    Begitu juga dalam bidang penilaian, nilai boleh membawa makna yang

    berbeza-beza; antaranya nilai pasaran, nilai untuk sewa, nilai jualan paksa, nilai

    sentimental dan lain-lain. Perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling biasanya

    meninggalkan kesan ke atas paras nilai dan ini biasanya disebut sebagai faktor yang

    mempengaruhi nilai. Faktor-faktor tersebut boleh mengakibatkan nilai sesuatu harta

    tanah menaik atau menurun, bergantung kepada permintaan dan penawaran bagi

    harta tanah tersebut di pasaran.

    Definisi nilai pasaran yang digunapakai dalam profesion penilai, pentaksir

    dan ejen harta tanah adalah sebagaimana ditakrifkan di dalam Malaysian Valuation

    Standards (MVS). MVS diterbitkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta

    Tanah Malaysia. Mengikut MVS (2006), nilai pasaran ialah amaun yang

    dianggarkan sesuatu harta tanah boleh capai pada tarikh nilaian dengan berasaskan

    kepada perkara-perkara di bawah, iaitu:

    i. Pembeli dan penjual yang sukarela,

    ii. Tempoh yang munasabah untuk dirundingkan dengan mengambilkira

    sifat dan keadaan pasaran harta tanah,

    iii. Tidak wujud hubungan istimewa di antara bakal pembeli dan penjual

    iv. Kedua-dua pihak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang

    pasaran harta tanah, cermat dan tidak dalam keadaan paksa.

    Tafsiran nilai juga telah dibuat dalam keputusan banyak kes pengambilan

    tanah yang dirujuk ke Mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang

    diberikan. Antara yang awal ialah keputusan oleh Hakim Buhagiar dalam kes

  • 38

    Nanyang Manufacturing Co. Ltd v. Collector of Land Revenue Johor (1954) yang

    memberi definisi nilai pasaran sebagai harga yang seorang pemilik yang sukarela,

    dan tidak dipaksa untuk menjual, secara munasabah dijangkakan dapat daripada

    pembeli yang sukarela dengan siapa dia sedang berunding mengenai penjualan dan

    pembelian tanah itu. Keputusan ini disokong di dalam kes Superintendent of Lands

    and Survey, Sarawak v. Aik Hoe & Co. (1966, IMLJ 243) di mana Hakim Sofian

    menyatakan bahawa nilai pasaran secara intipati bermakna nilai di mana seorang

    penjual yang secara sukarela berharap untuk mendapatkannya daripada seorang

    pembeli yang sukarela.

    Dalam menentukan nilai pasaran pula, Hakim Abdul Razak di dalam kes Bata

    Shoe Company Limited v. Chief Assessor (1995) berpendapat terdapat banyak faktor

    yang mempengaruhi nilai sesuatu harta tanah, dan memutuskan bahawa faktor-faktor

    tersebut termasuklah gunaan harta tanah, lokasi, kemudahsampaian, permintaan dan

    penawaran, dan lain-lain lagi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi nilai dan

    ini akan dibincangkan kemudian.

    2.4.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Nilai dan Implikasi Talian Bekalan

    Elektrik

    Nilai dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Dalam konteks ekonomiks, nilai

    merupakan hasil interaksi antara permintaan dan penawaran. Bagi memastikan nilai

    mencapai tahap yang dikehendaki, maka pertimbangan terhadap semua faktor yang

    boleh memberi impak ke atas permintaan dan penawaran mesti dilakukan dengan

    teliti. Kecuaian menjalankan kajian pasaran yang kritikal boleh mengundang

    kegagalan dalam pelaburan. Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan

    penawaran harta tanah perumahan boleh dikategorikan seperti di bawah.

  • 39

    2.4.1.1 Faktor Perundangan

    Faktor perundangan memainkan peranan dalam mengesani nilai harta tanah

    kediaman terutama sekali berkaitan pembangunan harta tanah dan pemilikan harta

    tanah perumahan. Kemudahan dalam proses pembangunan bakal meningkatkan nilai

    dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui

    kandungan di dalam dokumen suratan hakmilik terutama pada bahagian sekatan

    kepentingan yang ada. Menurut Harvey (1970) undang-undang dan dasar kerajaan

    berhubung dengan gunatanah akan memberi kesan terhadap permintaan dan nilai

    harta tanah perumahan. Panduan perundangan menjadi asas rujukan pemaju awam

    dan swasta dalam melaksanakan proses pembangunan. Kegagalan pemaju mematuhi

    peraturan perundangan mendedahkan pengguna dan pemaju itu sendiri kepada

    tindakan pihak berkuasa tempatan.

    2.4.1.2 Faktor Ekonomi

    Faktor ekonomi adalah keadaan semasa pasaran harta tanah dalam

    keseluruhan ekonomi. Ia merupakan antara faktor utama mengesani permintaan dan

    penawaran harta tanah kediaman. Sesuatu harta tanah yang terletak di dalam

    kawasan di mana keadaan ekonominya atau pasarannya adalah tinggi, maka nilai

    bagi harta tanah tersebut juga adalah tinggi (Betts, 1982; Gan, 1988).

    Oleh itu, keadaan pasaran yang baik menjanjikan potensi peningkatan nilai

    bagi sesuatu harta tanah. Ini adalah sepertimana yang dikemukakan oleh Clawson

    (1972) iaitu permintaan adalah bergantung kepada interaksi yang wujud dalam

    ekonomi. Ini sekaligus mempengaruhi nilai. Keadaan kemelesetan ekonomi

    contohnya tidak dapat menghasilkan pulangan pendapatan mahupun keuntungan

    daripada sesuatu harta tanah.

  • 40

    2.4.1.3 Faktor Sosial

    Faktor ini adalah faktor-faktor yang berlaku dalam masyarakat setempat

    seperti kepercayaan, populasi, penduduk, umur, saiz keluarga, peningkatan

    pendapatan dan sebagainya (Hanita, 1998). Tetapi kesan sosial sukar ditentukan

    kerana ia bersifat subjektif. Contoh di sini ialah sesetengah pengguna mungkin lebih

    memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar yang

    padat walaupun jarak bekerja adalah jauh. Faktor ini penting kerana dapat

    menggambarkan corak, citarasa dan kehendak pengguna. Ini sekaligus

    mempengaruhi permintaan oleh pengguna.

    2.4.1.4 Faktor Perancangan

    Faktor perancangan juga merupakan faktor penting yang boleh mengesani

    permintaan dan penawaran. Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020,

    aspek perancangan yang boleh mempengaruhi permintaan adalah perancangan

    gunatanah, perancangan sosio-ekonomi, perancangan infrastruktur dan perancangan

    persekitaran. Kesemua faktor ini perlu diambil kira kerana ia bakal mempengaruhi

    corak pembangunan di sesuatu kawasan.

    2.4.1.5 Faktor Lokasi

    Faktor ini dianggap sebagai faktor terpenting dalam penentuan nilai pasaran

    harta tanah (Cableigh, 1971). Mengikut Nelson (1958), nilai yang tinggi akan

    diperolehi dari kawasan yang berlokasi baik. Secara umumnya, harta tanah yang

    menikmati banyak kemudahan awam dan infrastruktur yang lengkap, dan

    berhampiran dengan bandar, dikatakan mempunyai lokasi yang baik. Pendapat ini

    disokong oleh kenyataan Ram Industry Outlook (1996) yang menyatakan bahawa

    penyediaan pelbagai kemudahan awam akan meningkatkan nilai harta tanah.

  • 41

    Namun walaupun talian bekalan elektrik dianggap sebagai satu bentuk

    kemudahan awam (Akta Bekalan Elektrik 1990), tetapi jika lokasi sesuatu harta

    tanah berhampiran dengannya, didapati harta tanah tersebut mencapai paras nilai

    yang lebih rendah sungguhpun terletak di kawasan bandar (Colwell & Foley, 1979;

    Colwell, 1990). Ini kera