utpsz 19:16 (pind.1/97) - fp.utm.my filejudul: penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih...

23
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK DI UTM SKUDAI SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya NOOR AIN BINTI AZAMUDIN ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 14 JLN. SERI ORKID 50 PROF. DR. ISMAIL BIN 81300 SKUDAI JOHOR KAILANI Tarikh:_________________ Tarikh: _______________

Upload: lytu

Post on 13-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH

SAINS DAN MATEMATIK DI UTM SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NOOR AIN BINTI AZAMUDIN

( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (���� )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: NO. 14 JLN. SERI ORKID 50 PROF. DR. ISMAIL BIN

81300 SKUDAI JOHOR KAILANI

Tarikh:_________________ Tarikh: _______________

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak
Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH

SAINS DAN MATEMATIK DI UTM SKUDAI

NOOR AIN BINTI AZAMUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak
Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan

sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dedikasi istimewa ditujukan buat........

Ayahanda, Ibunda dan Keluarga yang tercinta,

Azamudin bin Arshad dan Normah binti Daud

Adikku,

Muhammad Effendi bin Azamudin.

Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi,

Terutama buat Prof. Dr. Ismail bin Kailani.

Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,

Nurul Afidah binti Mohd Sebry,

Mohd. Asyraf bin Ariffin,

dan Rakan-rakan 4 SPM.

Terima kasih atas segalanya dan semoga kalian akan diberkati Allah.

Sekian, Wassalam.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta

pertolongan kepadaNya dan memohon ampun kepadaNya. Alhamdulillah, syukur ke

hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka saya telah dapat

menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Ismail bin Kailani

selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta

teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua guru pelatih Sains dan Matematik di

UTM Skudai yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan

kajian saya ini.

Juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan seperjuangan serta

semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

langsung. Semoga anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains

dan Matematik serta masalah-masalah yang mereka hadapi semasa menggunakan e-

pembelajaran tersebut. E-pembelajaran UTM di sini merujuk kepada e-learning,

MyLine, Dunia Matematik dan Mathed: A Dynamic Teaching and Learning

Environment. Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah seramai

98 orang guru pelatih Sains dan Matematik dari kursus SPM dan SPN di Fakulti

Pendidikan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik

tertutup dan terbuka yang keseluruhannya mengandungi 27 item. Nilai alpha yang

diperoleh hasil daripada kajian rintis adalah 0.8883. Majoriti data kajian ini dianalisa

secara kuantitatif dengan menggunakan SPSS versi 15.0 manakala terdapat satu item

kajian dianalisa secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor reka

bentuk laman e-pembelajaran UTM merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi

responden untuk mengunakan e-pembelajaran UTM dengan purata min=3.03

manakala faktor terendah yang mempengaruhi responden untuk mengunakan e-

pembelajaran UTM adalah faktor peralatan pembelajaran dengan purata min=2.26.

Faktor pengajar memperoleh purata min 2.41 dan faktor kandungan kursus

memperoleh purata min=2.90. Rangkain internet yang perlahan pula merupakan

masalah utama yang dihadapi oleh responden semasa menggunakan e-pembelajaran

UTM. Oleh itu, kajian ini diharap dapat meningkatkan penggunaan e-pembelajaran

UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik dan juga pensyarah.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

vi

ABSTRACT

The main purposes for this research are to investigate the factors which

influence the usage of UTM’s e-learning among Science and Mathematics trainees’

teacher and problems that occur when they use e-learning. UTM’s e-learning here

refer to e-learning, MyLine, Dunia Matematik and Mathed: A Dynamic Teaching

and Learning Environment. 98 Science and Mathematic trainees’ teacher from SPM

and SPN course were selected as respondents for this research. The instrument used

in this study was an open-ended and close-ended questionnaire which overall

consists of 27 items. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.8883.

Majority of the data were analyzed quantitatively using SPSS version 15.0 while one

of the items was analyzed qualitatively. The finding of this research show that design

of the e-learning site was the highest factor which influence respondents to use

UTM’s e-learning with average mean=3.03 while learning instruments was the

lowest factor which influence respondents to use UTM’s e-learning with average

mean=2.26. Facilitator’s role has average mean=2.41 and course content has average

mean=2.90. Slow internet network was the main problem that occurs when they use

e-learning UTM. Therefore, hopefully this research will enhance the usage of e-

learning UTM among Science and Mathematic trainees’ teacher as well as lecturers.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kerangka Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.7.1 UTM 8

1.7.2 Fakulti Pendidikan 8

1.7.3 Pensyarah 9

1.7.4 Guru-Guru Pelatih Sains dan Matematik 9

1.8 Skop dan Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

viii

1.9.1 Penggunaan 10

1.9.2 Pembelajaran 10

1.9.3 E-pembelajaran 11

1.9.4 Guru-Guru Pelatih Sains dan Matematik 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep e-pembelajaran 13

2.3 Teknologi e-pembelajaran 15

2.4 Model e-pembelajaran 16

2.4.1 Rangka Kerja Badrul Khan 16

2.4.2 Rangka Kerja Mayes dan Fowler 19

2.5 Kategori e-pembelajaran 20

2.6 Rekabentuk Laman e-pembelajaran 24

2.7 Laman e-pembelajaran di UTM 25

2.7.1 e-learning 25

2.7.2 MyLine 26

2.7.3 Mathed: A Dynamic Teaching and Learning Environment 26

2.7.4 Dunia Matematik 27

2.8 Kajian Lepas 27

2.8.1 Kajian Lepas Dalam Negara 27

2.8.2 Kajian Lepas Luar Negara 31

2.9 Penutup 32

3 METODOLOGI 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Prosedur Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 36

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 36

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 38

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

ix

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Analisis Data 40

3.10 Penutup 40

4 ANALISIS DATA 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Latar Belakang Responden 42

4.2.1 Kekerapan Mengakses Laman e-pembelajaran 42

4.2.2 Pengetahuan Responden terhadap Laman e-pembelajaran

UTM 43

4.3 Faktor-faktor Penggunaan Laman e-pembelajaran UTM 44

4.3.1 Faktor Pengajar 44

4.3.2 Faktor Kandungan Kursus 45

4.3.3 Faktor Rekabentuk Laman e-pembelajaran 46

4.3.4 Faktor Peralatan Pembelajaran 48

4.4 Masalah-masalah Penggunaan Laman e-pembelajaran UTM 49

4.5 Perbincangan Soalan Terbuka 51

4.6 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 55

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 55

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 56

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 57

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 5 58

5.3 Kesimpulan 60

5.4 Cadangan 60

5.4.1 Cadangan kepada Pihak Universiti 60

5.4.2 Cadangan kepada Pensyarah 61

5.4.3 Cadangan kepada Pelajar 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

x

5.6 Penutup 62

RUJUKAN 63

Lampiran A: Soal selidik 67

Lampiran B: Surat pengesahan soal selidik 74

Lampiran C: Ujian kebolehpercayaan soal selidik 76

Lampiran D: Laporan statistik capaian ke e-learning 78

semester II (2008/2009)

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bahagian-bahagian dalam soal selidik 38

3.2 Interpretasi nilai min 40

4.1 Taburan peratus dan kekerapan bagi

kekerapan responden mengakses laman

e-pembelajaran UTM 42

4.2 Taburan peratus dan kekerapan bagi

pengetahuan responden terhadap laman

e-pembelajaran UTM 43

4.3 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi

faktor pengajar yang mempengaruhi

responden untuk menggunakan laman

e-pembelajaran UTM 44

4.4 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi

faktor kandungan kursus yang mempengaruhi

responden untuk menggunakan laman

e-pembelajaran UTM 46

4.5 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi

faktor rekabentuk laman e-pembelajaran

UTM yang mempengaruhi responden untuk

menggunakannya 47

4.6 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi

faktor peralatan pembelajaran yang

mempengaruhi responden untuk

menggunakan laman e-pembelajaran UTM 48

4.7 Taburan responden mengikut peratus dan

kekerapan bagi permasalahan penggunaan

laman e-pembelajaran UTM 50

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

xii

4.8 Taburan responden mengikut peratus dan

kekerapan bagi jenis masalah dalam

penggunaan laman e-pembelajaran UTM 50

4.9 Taburan peratus dan kekerapan bagi

cadangan tindakan yang diusulkan

oleh responden 51

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka kajian 7

2.1 Subset dalam PJJ 14

2.2 Model Rangka Kerja Khan untuk

e-pembelajaran 17

2.3 Rangka kerja Mayes dan Fowler 20

2.4 Hubungan antara kategori-kategori dalam

e-pembelajaran 22

3.1 Prosedur kajian 35

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal selidik 67

B Ujian kebolehpercayaan soal selidik 74

C Surat pengesahan soal selidik 76

D Laporan statistik capaian ke e-learning 79

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

xv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

FP - Fakulti Pendidikan

FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

WWW - World Wide Web

UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak

TV - Televisyen

CD-ROM - Compact Disc Read-Only Memory

PJJ - Pembelajaran Jarak Jauh

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Matematik)

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPSS V 15.0 - Statistical Package for Science Version 15.0

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

Bab 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era ICT telah membawa kepada penggunaan Internet secara meluas untuk

pelbagai tujuan seperti pendidikan, hiburan, perniagaan dan sebagainya. ICT

merangkumi pelbagai cabang aplikasi dan antaranya adalah laman e-pembelajaran.

Laman e-pembelajaran merupakan satu sistem yang mengubah pengajaran dan

pembelajaran daripada teacher-centered kepada student-centered. Penggunaan

laman e-pembelajaran sering diperkatakan di IPTA atau IPTS seluruh negara.

Walaubagaimanapun, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan guru

pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai tidak begitu memberangsangkan.

Contohnya, penggunaan laman e-pembelajaran menerusi e-learning. Ini dapat dilihat

menerusi statistik capaian ke e-learning yang terkini iaitu pada semester dua sesi

2008/2009. Kursus Matematik dan Sains yang dianjurkan untuk FP tidak tersenarai

dalam statistik tersebut walaupun FP mencatatkan sebanyak 612,033 capaian iaitu

capaian yang paling tinggi pada semester tersebut. Oleh itu, satu tindakan yang

drastik oleh semua pihak yang terlibat perlu diambil supaya penggunaan laman e-

pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai

dapat ditingkatkan.

Berhubung dengan statistik di atas, penyelidik merasakan perlunya ada kajian

yang mengkaji kekerapan mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan

mengenai laman e-pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

2

dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-

pembelajaran di UTM Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan. Dalam

kajian ini, faktor-faktor yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor pengajar, faktor

kandungan kursus, faktor rekabentuk laman e-pembelajaran UTM dan faktor

peralatan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga mengkaji cadangan-cadangan

dari guru pelatih itu sendiri supaya mereka diberi pendedahan mengenai suasana

laman e-pembelajaran dan secara langsung penggunaan laman e-pembelajaran ini

dapat dipertingkatkan. Penyelidik berharap dapatan kajian ini dapat memberi

pendedahan kepada guru pelatih Sains dan Matematik mengenai pelbagai laman e-

pembelajaran yang terdapat di UTM Skudai. Kajian ini juga diharapkan dapat

menjadikan laman e-pembelajaran di UTM Skudai sebagai satu medium pengajaran

dan pembelajaran yang menarik, bukan hanya sekadar memuat turun nota sahaja.

Oleh itu, penyelidik berharap dengan adanya kajian ini pembangun laman web yang

terlibat dapat menjadikan laman e-pembelajaran di UTM Skudai setaraf dengan

laman e-pembelajaran di universiti-universiti seluruh dunia memandangkan

universiti-universiti di luar negara telah menggunakan sistem ini sejak zaman 60-an

lagi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Laman e-pembelajaran bukanlah satu sistem pengajaran dan pembelajaran

yang baru di negara kita. Namun, perkembangan laman e-pembelajaran di negara

kita agak lambat jika hendak dibandingkan di negara-negara maju seperti Amerika

dan Eropah. Bagi negara-negara tersebut, sistem perkomputeran dalam pendidikan

telah diperkenalkan sejak zaman 60-an lagi. Walaubagaimanapun, negara kita akan

tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya pendidikan negara berada setaraf

dengan pendidikan di luar negara. Ini boleh dilihat melalui usul Datuk Seri Dr

Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri mengenai rancangan Malaysia kelapan

yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 April 2001 iaitu yang secara

keseluruhannya beliau menyatakan bahawa kerajaan akan menggalakkan

pembelajaran sepanjang hayat melalui penggunaan ICT seperti pembelajaran jarak

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

3

jauh dan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) gelombang pertama

akan diperluaskan ke seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan

setelah Kerajaan menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Aplikasi ini

merupakan sebuah aplikasi yang menggalakkan semua pelajar di seluruh Malaysia

supaya menggunakan kemudahan ICT dengan semaksimum mungkin.

Sistem pendidikan di negara kita telah didedahkan dengan penggunaan

komputer dan Internet apabila TM-School On-Line di WWW telah dilancarkan pada

4 Ogos 1997. Ia merupakan permulaan baru bagi pendidikan di Malaysia

berlandaskan web. Penerapan kecanggihan teknologi maklumat, multimedia dan

komunikasi sebagai asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran adalah wajar

memandangkan betapa relevan dan menularnya penggunaan dan penyerapan

teknologi tersebut dalam kehidupan harian kita di Malaysia, bahkan seluruh dunia

(Noor Adreen & Norah, 2007). Menurut Mohd Koharudin (2007), UNITAR

merupakan universiti maya pertama yang telah menawarkan pelbagai perkhidmatan

pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi laman e-pembelajaran ini. Antara

universiti lain yang sedang membangunkan sistem maklumat teknologi ini adalah

Universiti Multimedia di Cyberjaya. Universiti ini menggunakan rangkaian

komputer dan multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan.

Walaupun begitu, universiti-universiti lain juga dalam usaha untuk meningkatkan

sistem pengajaran dan pembelajaran melalui laman e-pembelajaran ini. Di UTM,

projek Kampus Siber telah dilancarkan pada Jun 1997. Ini merupakan titik

permulaan bagi sistem pendidikan di UTM dalam menggunakan e-pemblejaran.

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan para pelajar mendapat

maklumat mengenai matapelajaran yang mereka ambil dengan pantas dan tidak

mengira waktu.

Selain itu, laman e-pembelajaran dikatakan dapat memberikan banyak

kelebihan kepada pelajar dan pensyarah di sesebuah institut. Melalui laman e-

pembelajaran, seorang pensyarah dari sebuah universiti boleh menyampaikan

syarahan atau kuliah secara maya dan diikuti oleh pelajar dari universiti lain (Hasani,

2004). Laman e-pembelajaran juga membolehkan maklumat yang hendak

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

4

disampaikan dikongsi oleh para pelajar di seluruh negara. Menurut bekas Menteri

Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Salleh, terdapat sebuah universiti yang beliau

lawati sekitar 2004 banyak menggunakan tele-sidang dan membolehkan hingga

empat universiti mengikuti kuliah yang sama secara serentak dari tempat masing-

masing. Melalui laman e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-tukar

pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan maya

(Samat, 2002). Ianya juga dikatakan dapat menjimatkan masa kerana pelajar tidak

perlu ke kelas sebaliknya pelajar hanya perlu melayari laman web laman e-

pembelajaran di rumah dengan syarat terdapat capaian Internet untuk ke laman web

tersebut. Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan persekitaran

pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan

proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Mazimah, 2003).

Walaubagaimanapun, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan

guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai masih kurang memuaskan. Ini

dapat dilihat menerusi statistik capaian ke e-learning yang terkini iaitu pada semester

dua sesi 2008/2009. Kursus Matematik dan Sains yang dianjurkan untuk FP tidak

tersenarai dalam statistik tersebut walaupun FP mencatatkan sebanyak 612,033

capaian iaitu capaian yang paling tinggi pada semester tersebut. Menurut Ng Lai

Peng (2003) dalam kajiannya, tahap penggunaan laman e-pembelajaran dalam

kalangan pelajar dewasa di UTM Skudai berada pada tahap yang sederhana. Kajian

dalam Mohd Koharuddin (2004) juga menyatakan bahawa tahap kesediaan,

kesedaran dan penggunaan laman e-pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar

berada pada tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji

kekerapan mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan mengenai laman e-

pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru

pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran di UTM

Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan serta cadangan-cadangan yang

mereka rasakan perlu untuk meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran ini.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

5

1.3 Penyataan Masalah

Kebanyakan universiti di seluruh negara menggunakan laman e-pembelajaran

sebagai medium perantaraan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Suhanom (2004), laman e-pembelajaran di negara kita lebih

menjurus kepada pembelajaran atas talian yang kebanyakannya ditawarkan di

peringkat universiti serta kolej yang menjalankan usahasama dengan universiti luar

negara. Di UTM, penggunaan laman e-pembelajaran sangat digalakkan sejajar

dengan misi UTM untuk mengetuai dalam pembangunan sumber manusia yang

kreatif dan berteknologi selaras dengan aspirasi negara. Walaupun begitu, masih

terdapat para pelajar yang kurang menggunakan laman e-pembelajaran sebagai salah

satu medium pengajaran dan pembelajaran mereka.

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan

mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan mengenai laman e-

pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru

pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran di UTM

Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan. Dalam kajian ini, faktor-

faktor yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor pengajar, faktor kandungan kursus,

faktor rekabentuk laman e-pembelajaran UTM dan faktor peralatan pembelajaran.

Penyelidik juga mengkaji cadangan-cadangan daripada guru pelatih itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan guru

pelatih Sains dan Matematik dapat dipertingkatkan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

(i) Mengkaji kekerapan guru pelatih Sains dan Matematik mengakses ke laman

e-pembelajaran UTM

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileJUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH ... semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

6

(ii) Mengkaji pengetahuan guru pelatih Sains dan Matematik terhadap laman e-

pembelajaran yang terdapat di UTM

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman e-

pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik

(iv) Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan

Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran UTM

(v) Mengkaji cadangan-cadangan daripada guru pelatih Sains dan Matematik

bagi meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran UTM

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, berikut merupakan persoalan yang ingin dikaji

dalam kajian ini:

(i) Apakah kekerapan guru pelatih Sains dan Matematik mengakses laman e-

pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik?

(ii) Apakah guru pelatih Sains dan Matematik tahu mengenai laman e-

pembelajaran yang terdapat di UTM?

(iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman e-pembelajaran

UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik?

(iv) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan

Matematik dalam menggunakan laman e-pembelajaran UTM?

(v) Apakah cadangan-cadangan daripada guru pelatih Sains dan Matematik bagi

meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran UTM?