utpsz 19:16 (pind.1/97)€¦ · di sekolah menengah kebangsaan akademik di zon melaka tengah,...

21
1 UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH DALAM MATAPELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________ ___ ______ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 641-1 BATU 2 ¾ , ENCIK AMIRMUDIN BIN UDIN KAMPUNG PADANG TEMU 75050 MELAKA. Tarikh: __12 MAC 2004____ _ Tarikh:_ 12 MAC 2004_____

Upload: others

Post on 14-Jul-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

1

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

RENDAH DALAM MATAPELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

________ ___ ______ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: 641-1 BATU 2 ¾ , ENCIK AMIRMUDIN BIN UDIN KAMPUNG PADANG TEMU 75050 MELAKA. Tarikh: __12 MAC 2004_____ Tarikh:_ 12 MAC 2004_____

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

2

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan : .

Nama Penyelia : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN

Tarikh : 12 MAC 2004 .

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH

DALAM MATAPELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK

DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA

HASSURIYAWATI BINTI JOHARY

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .

Nama Penulis : HASSURIYAWATI BINTI JOHARY

Tarikh : 12 MAC 2004 .

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat bonda,

Rogaya Binti Khamis

Dikaulah segalanya bagiku

Akan ku kenang jasa budimu

Akan ku abadikan kasih sayangmu

Buat kekanda serta adinda-adinda ku

yang amat dikasihi,

terima kasih atas segala sokongan kalian

Untuk yang disayangi

Salamulamin Bin Mohd Amin serta keluarga

Dikaulah penyeri hidupku, penawar resahku

Kejayaan ini milik kita bersama

Teman-teman seperjuangan

Kalian adalah semangatku

Terima kasih segalanya

Ya Rahman Ya Rahim

Maha Pemurah Maha Penyayang

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

iv

Ku Bersyukur kehadrat Mu, Ya Allah

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek

Sarjana Muda, Encik Amirmudin bin Udin atas bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan projek Sarjana Muda ini.

Ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri

Melaka yang telah memberi keizinan untuk menjalankan penyelidikan ini.

Kerjasama daripada pihak sekolah yang terlibat bagi pihak pengetua-

pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

v

ABSTRAK

Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah

akademik biasa mulai tahun 1995. tetapi pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini

masih berada pada tahap rendah. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam matapelajaran Lukisan

Kejuruteran. Sampel kajian adalah terdiri daripada 165 orang pelajar tingkatan 4

yang mengikuti kelas Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Sungai Rambai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Sekolah Menengah

Kebangsaan Klebang Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi

Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara.

Penyelidik telah memilih kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Data-

data diproses dan dianalisis menggukan Statistical Package For Social Science

(SPSS) 11.5 for windows dan dinyatakan dalam bentuk peratus dan min. Kajian ini

mendapati tiga faktor yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu faktor ibu bapa,

pengajaran guru dan persekitaran kelas mempengaruhi pencapaian rendah pelajar

dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Manakala hanya faktor minat sahaja

tidak mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

vi

ABSTRACT

Technical drawing was first introduced to ordinary academic schools since

1995, but the students’ achievement on the subject was still below average. This

study was conducted to identify the main factors that influence the studens’ low

achievement on the subject. Research samples are 165 form 4 student who took the

technical drawing class in Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Sekolah

Menengah Kebangsaan Dang Anum, Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang

Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka, Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Kota, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka

and Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. Researcher has decided to use

questionnaire as survey method. All data are processed and analyzed using the

Statistical Package for Science Social 11.5 (SPSS) and shown as percentage and

average. For this study, researcher has recognized three main factors that gave

influence on the students’ low achievement in the technical drawing subject. The

factors are parent, teaching and learning and also class environment. Meanwhile only

students’ interest did not influence the low achievement in technical drawing subject.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

vii

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Senarai Jadual xi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 7

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

viii

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Sekoleah Menengah Kebangsaan Akademik 9

1.9.2 Lukisan Kejuruteraan 9

1.9.3 Pencapaian 10

1.9.4 Pelajar 10

1.9.5 Minat 10

1.9.6 Pengajaran 11

1.9.7 Keluarga 11

1.9.8 Persekitaran 12

1.10 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Faktor Minat Pelajar 14

2.3 Faktor Pengajaran guru 16

2.4 Faktor Dorongan Ibu Bapa 19

2.5 Persekitaran Sekolah 21

2.6 Penutup 22

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Bahagian A 26

3.5.2 Bahagian B 26

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 28

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

ix

3.8 Kaedah Analisis Data 29

3.8.1 Kaedah Analisis Data Bahagian A 29

3.8.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B 30

3.9 Penutup 32

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Analisis Data 34

4.2.1 Keputusan Analisis Data Bahagian A 34

4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 35

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut 36

Jantina

4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut 37

Keturunan/Bangsa

4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut 38

Tempat Tinggal

4.2.1.5 Taburan Responden Mengikut 39

Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun

2003Lukisan Kejuruteraan Terkini

4.2.2 Keputusan Analisis Data Bahagian B 40

4.2.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 41

4.2.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 44

4.2.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 47

4.2.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 50

4.2.2.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 53

4.3 Penutup 54

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Rumusan Dapatan kajian 55

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56

5.3.1 Perbincangan Persoalan 1 57

5.3.2 Perbincangan Persoalan 2 58

5.3.3 Perbincangan Persoalan 3 60

5.3.4 Perbincangan Persoalan 4 62

5.4 Cadangan Kajian 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN A - Data JPN Melaka 71

LAMPIRAN B - Analisis Data 76

LAMPIRAN C - Surat Kebenaran Bhagian EPRD 82

Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

Surat Perakuan Diri Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN D - Soal Selidik 88

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peratus mengikut gred bagi matapelajaran Lukisan 4

Kejuruteraan di dalam peperiksaan SPM dari tahun

1999 hingga 2002

3.1 Taburan Bilangan Sampel Mengikut Sekolah 25

3.2 Taburan No Item Soalan Mengikut Persoalan Kajian 26

3.3 Skala Lima Mata Berdasarkan Skala Likert 27

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 30

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peringkat 30

Skala Lima Mata

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan/Bangsa 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 38

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

xii

4.5 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Lukisan 39

Kejuruteraan Terkini

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 41

Pengaruh Minat Terhadap Pencapaian Lukisan

Kejuruteraan

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 44

Pengaruh Pengajaran GuruTerhadap Pencapaian

Lukisan Kejuruteraan

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 47

Pengaruh Ibu BapaTerhadap Pencapaian Lukisan

Kejuruteraan

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 50

Pengaruh Persekitaran KelasTerhadap Pencapaian

Lukisan Kejuruteraan

4.10 Hubungan Di Antara Faktor Yang Dikaji Dengan 53

Pencapaian Lukisan Kejuruteraan

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Wawasan 2020, menghasratkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dengan masyarakat bersatupadu, progresif dan makmur, dinamis serta

mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Antara kriteria penting

yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian dan

mencukupi bagi menampung perkembangan sektor perindustrian yang semakin

berkembang. Bagi merealisasikan usaha ini, pendidikan memainkan peranan yang

penting dalam membina semangat jati diri setiap individu bagi mengejar kemajuan

dalam semua bidang kehidupan sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi

semasa. Negara memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan teknologi, serta

mempunyai daya saing yang tinggi dan berpandangan luas. Di samping itu, kita juga

perlu mampu menjadi pengguna teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan

tenaga kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan.

Di Malaysia, pendidikan teknik dan vokasional bermula semenjak tahun 1930

yang diberi nama sebagai Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical

Trade School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah

Menengah Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan

diperkenalkan pada tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2002).

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

2

Memandangkan sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh perkembangan dan

perubahan teknologi, matapelajaran Teknikal dan Vokasional adalah merupakan salah

satu daripada kursus yang penting dalam melahirkan generasi berteknologi untuk negara.

Sehubungan dengan itu, perancangan kurikulum yang baik perlulah mengambil kira

pelbagai pertimbangan, pandangan, keperluan, maklumbalas dan lain-lain perkara bagi

mencapai matlamat pelajaran itu sendiri. Kurikulum yang baik dan mantap perlu

diubahsuai dari masa ke semasa bagi mengikut keperluan dan perkembangan teknologi

moden..

Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu matapelajaran yang penting kepada

para pelajar yang mengikuti aliran Teknikal dan Vokasional. Namun begitu bagi

pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik selain daripada mengambil

matapelajaran teras, mereka juga terpaksa mengambil matapelajaran elektif. Antara

matapelajaran elektif yang di tawarkan dalam persijilan terbuka ialah matapelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

Objektif penawaran mata pelajaran elektif kejuruteraan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Akademik adalah supaya pelajar aliran akademik dapat bersaing dengan

pelajar sekolah teknik dalam pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di pusat pengajian

tinggi di peringkat awalnya. Disamping itu juga memberi peluang kepada pelajar

sekolah akademik mengambil matapelajaran kejuruteraan walaupun tidak mampu untuk

meneruskan pengajian di aliran kejuruteraan di sekolah teknik.

Memandangkan matapelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan cabang

kejuruteraan dan matapelajaran aliran teknikal. Oleh itu, tahap pencapaian pelajar di

Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik harus dipantau. Bertujuan melihat

kesesuaian matapelajaran teknikal itu diajar serta keberkesanannya bagi melahirkan

generasi yang celik terhadap sains dan teknologi.

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan dan Pembangunan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan

telah merancang dan menggubal semula kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah bagi

meningkatkan lagi tahap pembelajaran sedia ada. Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan

merupakan salah satu matapelajaran elektif baru dalam Kumpulan II (Vokasional dan

Teknikal) mula diperkenalkan bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam Program Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah akademik harian mulai pada

tahun 1995 (Kementerian Pendidikan, 1993).

Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya berkait rapat dengan

pencapaian peperiksaan. Hasil peperiksaan biasanya dicatatkan dalam sijil atau

dokumen yang disahkan. Adalah menjadi hasrat semua, di mana pencapaian dalam

akedemik merupakan matlamat utama hasil dari pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Pencapaian akademik pula berkait rapat dengan proses pengajaran dan

pembelajaran yang dipengaruhi oleh berbagai faktor dalaman dan juga luaran. Faktor-

faktor dalaman ini lebih dikenali sebagai pengaruh psikologi di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Suradi (1991), antara faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik ialah faktor kualiti pembelajaran, kedudukan sosio ekonomi,

kecukupan kelengkapan dan kemudahan belajar, sikap dan tabiat belajar dan keadaan

persekitaran.

Pelajar yang pintar adalah pelajar yang dapat merancang aktiviti dengan betul

sama ada kegiatan akademik mahu pun sosial. Kemahiran pembelajaran yang berkesan

juga turut memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan pembaziran tenaga dan

masa (Hassan,1997). Minat terhadap aktiviti pembelajaran perlu ditekankan dari

peringkat awal sesuatu pembelajaran kerana ia merupakan tunjang pada usaha yang

dilakukan. Pengaruh ibu bapa juga penting untuk menggerakkan seseorang bagi

meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

4

Setelah sembilan tahun matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ini diperkenalkan,

pencapaian masih pada tahap yang rendah. Ini adalah berdasarkan analisis keputusan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik yang dipilih untuk 4 tahun iaitu dari 1999

hingga 2002 disertakan untuk pemerhatian (Rujuk Lampiran A).

Jadual 1.1 : Peratus mengikut gred bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di

dalam peperiksaan SPM dari tahun 1999 hingga 2002.

GRED (%)

SEKOLAH

1A – 2A

(%)

3B – 6C

(%)

7D – 8E

(%)

9G (%)

1999 0.0 13.8 24.1 62.1

2000 0.0 13.8 31.0 55.2

2001 0.0 23.3 33.3 43.4

SMK SUNGAI

RAMBAI

2002 0.0 46.3 17.9 35.7

1999 0.0 17.6 41.2 41.2

2000 8.3 83.3 8.3 0.0

2001 0.0 13.3 20.0 66.7

SMK

NYALAS

2002 0.0 8.3 33.3 58.4

1999 0.0 19.0 23.8 52.7

2000 0.0 27.3 22.7 50.0

2001 4.6 13.6 40.9 42.9

SMK DATO

HAJI TALIB

KARIM 2002 0.0 27.8 55.6 16.7

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Jadual 1.1 menunjukkan analisis keputusan peperiksaan SPM bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari tahun 1999 hingga 2002 bagi tiga buah sekolah

menengah sekitar Melaka. Merujuk kepada jadual di atas dapat dilihat dengan jelas

bahawa peratus pencapaian bagi ketiga-tiga sekolah, 9G (gagal) mencatatkan peratus

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

5

tertinggi secara keseluruhan bagi empat tahun. Manakala peratus bagi pencapaian 1A-

2A mencatatkan peratusan yang paling rendah sehingga 0.0%. Ini jelas menunjukkan

pencapaian SPM bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Akademik di Negeri Melaka masih berada pada tahap rendah.

Adakah pencapaian seperti ini perlu dibiarkan? Melihat kepada masalah ini

penyelidik amat berminat untuk mencari dan mengenalpasti punca sebenar masalah

pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Penyelidik ingin

mengkaji faktor yang mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pembelajaran pelajar

seperti faktor minat, pengajaran guru, ibu bapa dan keadaan persekitaran kelas.

Penyelidik akan merangka dan menilai semua maklumat yang bakal dikutip. Analisis

yang lebih mendalam akan dibuat untuk tujuan mencari penyebab sebenar fenomena ini.

Penyataan dan kesimpulan yang didapati akan digunakan sebagai landasan bagi

mengurangkan kelemahan ini dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi

membendung masalah ini di masa depan.

1.3 Penyataan Masalah

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap pencapaian pelajar- pelajar

tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik di Melaka dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan berada pada tahap rendah?.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penulis mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)€¦ · DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR) mengaku

6

i) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam

matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

ii) Adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian rendah pelajar

dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

iii) Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam

matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

iv) Adakah faktor persekitaran kelas mempengaruhi pencapaian rendah pelajar

dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

v) Adakah terdapat hubungan di antara keempat- empat faktor yang dikaji

dengan tahap pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di

Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik di Negeri Melaka. Secara khususnya kajian

bertujuan untuk:

i) Mengenalpasti minat pelajar terhadap matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

ii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran guru dalam

matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

iii) Mengenalpasti pengaruh ibu bapa terhadap pelajar dalam matapelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

iv) Mengenalpasti keadaan persekitaran kelas untuk proses pengajaran dan

pembelajaran Lukisan Kejuruteraan.