utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian....

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA PENCERITAAN KANAK- KANAK TUPI DAN TIKI SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya NORAZRIN BINTI HAWARI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 39, JALAN KANCUNG LAUT EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS 28/20, TAMAN ALAM MEGAH 40400, SHAH ALAM, SELANGOR. Tarikh: 5 MEI 2011 Tarikh: 5 MEI 2011

Upload: phamtu

Post on 03-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA PENCERITAAN KANAK-

KANAK TUPI DAN TIKI

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NORAZRIN BINTI HAWARI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

NO. 39, JALAN KANCUNG LAUT EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS

28/20, TAMAN ALAM MEGAH

40400, SHAH ALAM, SELANGOR.

Tarikh: 5 MEI 2011 Tarikh: 5 MEI 2011

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA PENCERITAAN KANAK-KANAK

TUPI DAN TIKI

NORAZRIN BINTI HAWARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2011

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

iii

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………………………………….

Nama Penulis: NORAZRIN BINTI HAWARI

Tarikh : 5 MEI 2011

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

iv

“ Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia). “

Tandatangan : ……………………………………………………………

Nama Penyelia : ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS

Tarikh : 5 MEI 2011

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta

salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang

suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya

menyiapkan projek sarjana muda ini yang bertajuk Pembangunan Bahan Multimedia

Penceritaan Kanak-Kanak Tupi Dan Tiki. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan

merakam jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada pensyarah pembimbing

iaitu Encik Abdul Razak bin Idris yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan tunjuk

ajar di dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Segala pandangan dan tunjuk ajar

beliau amat saya hargai.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya, Hawari Uda Mat

Lazim dan Zauyah Hasaudin serta adik-adik yang sentiasa memberi sokongan dan

dorongan untuk saya terus berusaha sehingga projek ini berjaya disiapkan. Tanpa

mereka siapalah saya di dunia ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-

rakan yang tidak jemu memberi sokongan dan pertolongan semasa saya menghadapi

masalah.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu saya menyiapkan projek sarjana muda ini, saya juga mengucapkan jutaan

terima kasih. Semoga sumbangan kalian mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

vi

ABSTRAK

Projek ini adalah menghasilkan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak

bertujuan untuk menyediakan satu alternatif kepada “buku besar” yang selalu digunakan

oleh guru dalam aktiviti bercerita di tadika dan pra sekolah. Bahan multimedia

penceritaan kanak-kanak ini diadaptasi dari sebuah buku cerita yang bertajuk Tupi dan

Tiki terbitan DBP. Ia menyediakan dua pilihan iaitu versi penceritaan penuh dan versi

penceritaan separa. Versi separa adalah sama dengan versi penuh tanpa suara pencerita

asalnya. Ini memberi peluang kepada pencerita menggunakan kreativiti masing-masing

menyampaikan cerita tersebut berasaskan jalan cerita yang telah disediakan. Versi

separa ini akan menjadikan sesi bercerita lebih seronok dan mencabar. Reka bentuk

pembangunan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini adalah berdasarkan model

ADDIE yang melibatkan lima fasa pembangunan iaitu analisis, reka bentuk,

pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak

ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan

dibantu dengan perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0

serta disokong oleh sistem pengoperasian Microsoft Windows XP bagi menghasilkan

bahan multimedia yang interaktif. Bercerita dapat menggalakkan kanak-kanak untuk

berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau

mimik muka Justeru itu, dengan adanya bahan multimedia ini diharapkan dapat

membantu guru dan juga kanak-kanak ketika proses bercerita secara optimum yang

secara tidak langsung membangunkan ciri-ciri positif pada kanak-kanak.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

vii

ABSTRACT

The development of this children’s multimedia storytelling package is to provide

an alternative to the “big books” that are often used by teachers in a storytelling session

at kindergarten and Pre School. This multimedia is adapted from a story book entitled

Tupi and Tiki published by DBP. This Children’s multimedia storytelling package

comes in two versions, full narrative version and partial narrative version. Partial

narrative version is the same as the full version, but without the narrator’s voice. This

provides an opportunity for storytellers to use their creativity and deliver the story based

on the story line provided. This partial version will make the storytelling session more

fun and challenging. The development of this children’s multimedia storytelling was

based on the ADDIE model which includes five phases such as analysis, design,

development, implementation and evaluation. Children’s multimedia storytelling has

been developed using Macromedia Flash Professional 8 software and others supporting

software such as Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge 7.0 in order to produce an

interactive multimedia material. Storytelling can encourage children to communicate

effectively in terms of pronunciation, tone, intonation and facial expression. It is hope

that this children’s multimedia storytelling will help teachers and children in their

storytelling session and develop a positive character.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

i

ii

PENGAKUAN

iii

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

ISI KANDUNGAN

viii

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Objektif Bahan Multimedia

1.6 Kepentingan Projek

1.7 Batasan Projek

1

5

9

10

11

11

12

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

ix

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Multimedia

1.8.2 Penceritaan

1.8.3 Kanak-kanak

13

13

14

14

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan

2.2 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.3 Bercerita

2.4 Bercerita Dalam Pembelajaran Kanak-Kanak

2.5 Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan

2.5.1 Aplikasi Multimedia Dalam Aktiviti Bercerita

15

16

19

21

23

25

3 REKA BENTUK PERISIAN 27

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Bahan

Multimedia

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.1.1 Analisis Terhadap Matlamat

Pembangunan Bahan Multimedia

3.2.1.2 Analisis Terhadap Kumpulan Sasaran

3.2.1.3 Analisi Terhadap Isi

Kandungan Bahan

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi

3.2.2.3 Reka Bentuk Persembahan

27

28

29

30

31

31

32

32

34

35

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

x

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.3.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian

Sokongan

3.2.3.2 Carta Alir

3.2.4 Fasa Pelaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

36

37

39

40

40

4 HASIL REKA BENTUK BAHAN MULTIMEDIA 41

4.1 Pengenalan

4.2 Komponen Utama Yang Terdapat Dalam Bahan

Multimedia Penceritaan Kanak-Kanak

4.2.1 Skrin Montaj

4.2.2 Skrin Menu Utama

4.2.3 Skrin Mari Mendengar Cerita dan Mari

Bercerita

4.2.4 Skrin Nilai Murni

4.2.5 Skrin Cuba Jawab

4.2.6 Skrin Keluar

4.3 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran

Perisian

4.4 Penilaian Bahan Multimedia Penceritaan

Kanak-Kanak

4.5 Penutup

41

42

43

44

45

49

50

52

53

54

55

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

xi

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

56

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Proses

Pembangunan Bahan Multimedia

5.3.1 Kekurangan Pakar Dan Alat Sokongan

5.4 Kelebihan Bahan Multimedia Penceritaan

Kanak-Kanak

5.5 Cadangan

5.6 Penutup

56

57

59

59

61

62

63

RUJUKAN 65

LAMPIRAN

70

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 29

3.2 Carta Alir Bahan Multimedia Penceritaan 39

4.1 Skrin Paparan Montaj 43

4.2

4.3

Skrin Menu Utama

Butang Navigasi

44

46

4.4 Skrin Permulaan Babak Pertama 47

4.5 Skrin Pengakhiran Babak Pertama 47

4.6 Skrin Permulaan Babak Kedua 48

4.7 Skrin Pengakhiran Babak Kedua 48

4.8 Skrin Nilai Murni 49

4.9 Skrin Soalan 1 50

4.10 Skrin Soalan 2 50

4.11 Skrin Soalan 5 51

4.12 Skrin Keluar 52

4.13 Skrin Kredit 53

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

Manual Pengguna

Borang Soal Selidik Bahan Multimedia

70

81

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kanak-kanak adalah permata kecil yang mempunyai potensi unik dan

indah untuk digilap dan dikembangkan. Dalam meningkatkan potensi diri kanak-

kanak, dorongan dan sokongan amat diperlukan. Keyakinan diri yang terbina

menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi kanak-kanak supaya belajar,

memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang

dihadapi oleh mindanya. Sesungguhnya kanak-kanak ini adalah anugerah dan

amanah Allah s.w.t kepada kita.

Otak kanak-kanak mengandungi 100 billion sel saraf (neuron) yang mana

akan membina perhubungan apabila sel-sel dirangsang. Ini membuktikan bahawa

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

2

peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan

merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu.

Menurut sabda Rasulullah s.a.w bahawa, “Kanak-kanak mula bercahaya

akalnya pada umur lima tahun”. Piaget (1972) pula mendapati kemampuan

mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang mana

umur dua hingga tujuh tahun berada pada tahap pra operasi. Teori Eric Erickson

dan tahap psikososialnya menyatakan kanak-kanak berumur empat hingga lima

tahun perlu diberi galakan dan peluang untuk bertanya serta meneroka sesuatu

sendiri. Ini jelas menunjukkan kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk

menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan.

Kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada persediaan yang

diterima sebelum berumur tujuh tahun. Kanak-kanak diperingkat umur enam

tahun adalah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka

berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa

dalam kehidupan seorang insan (Mastura, 2005). Selain daripada pendidikan

akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu

pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke

alam pendidikan formal.

Oleh yang demikian itu, objektif pendidikan bagi kanak-kanak ini adalah

bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran. Selain itu ia juga

bertujuan untuk menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap yang positif di

dalam diri kanak-kanak.

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

3

Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan

perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk, 2004).

Menurut Gagne (1970), pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan

seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.

Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah

laku, dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum

didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas

didedahkan dengan situasi pembelajaran.

Mentaliti kanak-kanak yang lebih suka terhadap permainan dilihat

sebagai satu bentuk pembelajaran yang perlu ditafsirkan. Kanak-kanak sangat

suka bermain walaupun semasa mereka sedang makan, belajar mahupun ketika

hendak tidur. Bercerita merupakan satu aktiviti bermain yang menarik perhatian

kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan dalam mana-mana pelajaran bagi

menghidupkan sesuatu pembelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak

melahirkan idea serta pendapat. Bercerita juga menjadikan pembelajaran sebagai

suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tambahan lagi, bercerita dapat

dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Melalui teknik penceritaan, kanak-kanak dapat belajar dalam suasana

yang gembira dan ceria. Dengan keadaan persekitaran yang memberangsangkan,

bercerita dapat menigkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran. Ini

kerana kanak-kanak sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan

berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka.

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

4

Selain itu, bercerita membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat

dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi

peluang untuk bercerita. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang

mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini,

kanak-kanak akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Hal ini juga

secara tidak langsung dapat mengaktifkan daya imaginasi mereka untuk berfikir

dengan lebih kreatif.

Walaupun telah diketahui bahawa bercerita amat penting dalam

pembelajaran kanak-kanak, namun budaya bercerita semakin ditinggalkan. Ini

disebabkan oleh proses urbanisasi dan penghijrahan sebahagian besar masyarakat

ke bandar serta kemajuan teknologi. Selain itu generasi muda mula melihatnya

sebagai tidak lebih dari kisah dongeng. Menurut Mohamed Anwar, budaya

bercerita bukan sahaja diganti dengan hiburan di televisyen, malah kanak-kanak

dan remaja memilih permainan seperti PlayStation sebagai tempat bercerita

(Berita Harian, 18 Disember 2008).

Justeru itu, aktiviti bercerita hendaklah merupakan suatu pengalaman

yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak. Bagi tujuan ini,

penggunaan pelbagai teknik penceritaan yang bermakna dan sesuai perlu

digunakan. Penggunaan teknologi dapat digunakan memandangkan

perkembangan di dalam dunia teknologi semakin berkembang maju. Normahdiah

Sheikh Said (2008) mendedahkan budaya bercerita tidak hanya berpandukan

buku sebaliknya perlu membabitkan teknologi digital. Ini membolehkan

pendengar ikut sama dalam penceritaan, sekali gus menimbulkan rasa asyik

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

5

Penceritaan dengan berbantukan teknologi digital dapat menarik dan

merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar dan seterusnya memahami

cerita yang disampaikan. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks,

grafik, audio, video dan animasi adalah lebih efektif dan ianya dapat membantu

kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan kanak-kanak di usia empat hingga enam tahun menjadi satu

perkara penting kerana di situ mereka mempelajari sesuatu termasuk meneroka

dunia baru. Pembelajaran di peringkat awal memberi kesan positif terhadap

perkembangan minda. Pada usia ini, potensi kanak-kanak akan berkembang

dengan baik jika diberikan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan minat

mereka.

Kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun mempunyai keinginan

asas yang tertentu yang dikenal pasti oleh Dauer dan Pangrazi (1983) iaitu di

antaranya adalah keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak ini suka mengambil

peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.

Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan

melalui pergerakan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang memberi peluang

untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

6

Pendidikan untuk kanak-kanak khususnya pra sekolah masih lagi

menggunakan pendekatan yang sama seperti dahulu. Kebanyakan kanak-kanak

ini diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, “chalk and

talk” dan pengajaran secara kelas. Pendekatan secara bermain perlu diterapkan

dan dibentuk ke arah yang lebih berteknologi seperti penggunaan komputer dan

perisian-perisian berbantukan komputer.

Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang

menekankan akedemik menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan

kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak

tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di

bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akademik atau kemahiran asas

kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan

minat belajar kanak-kanak.

Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh

perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak

untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Menurut teori Carr,

bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan

peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus,

1990). Bermain dalam konteks yang dinyatakan adalah bermain yang

mempunyai unsur berstruktur yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor

dan afektif.

Antara aktiviti yang boleh dianggap bermain adalah bercerita. Negara

maju seperti United Kingdom memberi tumpuan kepada penerapan budaya

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

7

bercerita. Ini kerana mereka mendapati sesetengah pengurus di syarikat korporat

tidak berupaya menceritakan kelebihan syarikat mereka kerana tidak menguasai

kemahiran itu. Poland pula menjalankan kempen menyarankan ibu bapa bercerita

kepada anak sebelum tidur (Berita Harian, 18 Disember 2008).

Menurut Rohizani Yaakub (2009), cerita dapat memberi sumbangan ke

arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Bercerita dapat

dijadikan alat untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka keunikan diri mereka.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi

melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang

teratur. Dalam dunia yang canggih ini, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat

untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka kanak-kanak terhadap

kelebihan menguasai bahasa dengan baik.

Menurut beliau lagi, bercerita juga membolehkan kanak-kanak

menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Hal ini berlaku apabila kanak-

kanak diberi peluang untuk bercerita sama ada setelah guru selesai bercerita atau

pun sebelum guru bercerita lagi. Ketika sesi bercerita, kanak-kanak boleh

diajukan pertanyaan apakah mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian

dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan

dilatih memberikan pendapat dan pandangan serta boleh berkongsi cerita tersebut

dengan rakan-rakan yang lain.

Terdapat pelbagai teknik bercerita yang digunakan hari ini, Di antara

teknik-tekniknya adalah teknik bercerita menggunakan apron dan anak patung.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

8

Selain itu, terdapat juga teknik bercerita menggunakan buku cerita, papan panel,

piring kertas dan cawan kertas (Amirazha, 2010).

Namun begitu, budaya bercerita yang menjadi sebahagian kehidupan

masyarakat semakin ditinggalkan. Kanak-kanak dan remaja lebih gemarkan

permainan PlayStation sebagai tempat bercerita (Mohd Lotfi, 2008). Selain itu,

kesukaran mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak

pembelajaran kanak-kanak meninggalkan impak yang negatif kepada mereka.

Kurangnya gambar yang berwarna dan teks yang terlalu panjang di dalam buku

cerita juga menyebabkan kanak-kanak cepat berasa bosan dan tidak dapat

menghayati cerita tersebut.

Sesungguhnya budaya bercerita masih perlu dipertahankan, tetapi

generasi muda dapat ditarik ke arah ini sekiranya teknologi digital dimanfaatkan.

Kajian Normahdiah Sheikh Said (2008) mendedahkan budaya bercerita tidak

hanya berpandukan buku. Malah sebaliknya ia perlu membabitkan teknologi

digital untuk membolehkan pendengar ikut sama dalam penceritaan, sekali gus

menimbulkan rasa asyik.

Menurut Rio Sumarni Sharifuddin et al (2007), penggunaan elemen-

elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan

proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian

pelajar. Oleh yang demikian itu, bercerita dengan menggunakan kesemua

elemen-elemen multimedia seperti yang dinyatakan dapat memberi impak yang

lebih mendalam kepada kanak-kanak. Dengan animasi atau atau video, kanak-

kanak dapat melihat gambaran yang jelas tentang cerita yang disampaikan.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

9

Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, bunyi harimau

mengaum dapat menarik perhatian kanak-kanak di samping dapat mengetahui

bagaimana bunyi harimau itu mengaum.

Melalui kaedah bercerita dengan bahan multimedia, kanak-kanak dapat

belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah

faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana

mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Bahan

multimedia ini juga membuatkan kanak-kanak merasakan sendiri cerita itu.

Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka

akan mengingatinya. Kesimpulannya, bercerita seharusnya memberi kesan

kepada kanak-kanak dan mereka memahami dengan jelas objektif utama yang

hendak disampaikan melalui penceritaan itu.

1.3 Penyataan Masalah

Negara maju seperti United Kingdom memberi tumpuan kepada

penerapan budaya bercerita kerana mendapati sesetengah pengurus di syarikat

korporat tidak berupaya menceritakan kelebihan syarikat mereka kerana tidak

menguasai kemahiran bercerita. Poland pula menjalankan kempen menyarankan

ibu bapa bercerita kepada anak-anak sebelum tidur. Menurut Mohd. Lotfi (2008),

kanak-kanak dan remaja gemarkan permainan PlayStation sebagai tempat

bercerita.

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

10

Telah diketahui bahawa kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang

diminati dan bercerita sangat menarik perhatian mereka. Kanak-kanak memang

secara tabiinya suka mendengar cerita. Terdapat pelbagai teknik bercerita yang

digunakan hari ini. Di antara teknik-tekniknya adalah teknik bercerita

menggunakan apron dan anak patung. Selain itu, terdapat juga teknik bercerita

menggunakan buku cerita, papan panel, piring kertas dan cawan kertas

(Amirazha, 2010).

Menjadi tradisi dalam masyarakat menggunakan cerita bagi

menyampaikan mesej dan pengajaran yang dirancang secara halus dan tersirat.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak akan berasa bosan sekiranya cara

penyampaian cerita tersebut tidak menarik dan membosankan. Menyedari

hakikat tentang pentingnya kemahiran bercerita ini, pembangun memilih untuk

menghasilkan satu bahan penceritaan dengan berbantukan teknologi digital

kerana dapat menarik dan merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar dan

seterusnya memahami cerita yang disampaikan.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu bahan multimedia

penceritaan kanak-kanak.

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filepembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

11

1.5 Objektif Bahan Multimedia

Objektif pembangunan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini

adalah sebagai bahan bantu untuk guru mahu pun kanak-kanak ketika aktiviti

bercerita dijalankan. Kandungannya mengisahkan tentang persahabatan di antara

Tupi seekor tupai dan Tiki seekor tikus tanah. Kedua-dua mereka berkawan baik

dan tinggal berjiran.