pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis … · 2013-11-19 · pengaplikasian kemahiran...

22
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU KEMAHIRAN HIDUP AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamque

Post on 11-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU

KEMAHIRAN HIDUP

AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 29 APRIL 2009 Tarikh: 29 APRIL 2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA

KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES

PENGAJARAN GURU KEMAHIRAN HIDUP

(HURUF BESAR)

DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN (NAMA PENYELIA)

PS 265, KAMPUNG LEPAH, SELISING, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.

1

Page 3: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai daripada segi skop dan kuantiti untuk

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : .……………………………………………..

Nama Penyelia .: DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN

Tarikh : 26 APRIL 2009

Page 4: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

iii

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU

KEMAHIRAN HIDUP

AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN, 2009

Page 5: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

iv

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : AZAM AZIZUDDIN BIN ABDUL AZIZ

Tarikh : 26 APRIL 2009

Page 6: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

v

DEDIKASI

Khas buat Allahyarham Ayahanda

Abdul Aziz Bin Hj. Sulaiman

Bonda tersayang

Bonda Azizah binti Che Wal

Serta

Kekanda yang kukasihi

Azlin@Azhar, Azhan, Mohamad Azwan, Siti Nurul Suhadaini,

Mohd. Iskandar dan Tuan Elisya Maisarah

Teristimewa buat Tunang tercinta

Norakmal binti Mohd Zahari

Semua pensyarah yang banyak berjasa dan

Teman-teman seperjuangan

Ucapan terima kasih kerana memahami dan sentiasa memberi sokongan dan

dorongan, kejayaanku ini adalah hasil daripada usaha dan bantuan kalian.

Tidak lupa juga kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak

langsung.

Page 7: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dah rahmatNya

dapatlah saya menyempurnakan projek ini mengikut perancangan yang telah

ditetapkan. Ucapan kesyukuran yang tidak terhingga juga buat yang Maha Pencipta

kerana memberikan semangat dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat getir dan

pelbagai halangan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Dr. Mohd Safarin Bin Nordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda, yang

telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian

ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah di atas

sumbangan idea, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang berguna sehinggalah

projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta penulisan ini, tidak lupa

juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar. Mudah-

mudahan setiap apa yang telah disumbangkan akan diberkati Allah. Terima kasih di

atas segalanya.

Sekian, Wassalam.

Page 8: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

vii

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengaplikasian

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran guru

Kemahiran Hidup di lapan buah sekolah menengah Zon Skudai. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK) dalam kalangan guru semasa set induksi, penyampaian isi

pelajaran, melakukan amali, menutup pengajaran dan semasa membuat penilaian

terhadap pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 44 orang guru yang mengajar

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik.

Sebelum digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaannya melalui kajian

rintis dan nilai kebolehpercayaannya ialah 0.84. Data-data yang diperolehi melalui

soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social

Science) versi 11.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian telah

menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) ini berada pada tahap yang tinggi.

Page 9: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the application of critical and

creative thinking skill in the teaching process among teachers of Living Skill subject

at eight secondary schools in Skudai Zone. The objective of this study is to identify

the application level of critical and creative thinking skill during the induction set,

lesson delivery, practicals, closing and assessing the students. The research samples

were fourthy four teachers who teach Living Skill subject. The main instrument used

was questionnaires which develop by researcher. The reliability of the questionnaires

was tested through pilot study and its value is 0.84. The data obtained from

questionnaires was processed using Statistical Package of Social Science (SPSS)

11.5 For Windows software to get the frequency, percentage and mean. Research

findings show that the teachers have used the critical and creative thinking skills in

their teaching, and it’s also show that this skill were at high level.

Page 10: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis i

Pengesahan Penyelia ii

Halaman Judul iii

Halaman Pengakuan iv

Halaman Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Abstract viii

Kandungan ix

Senarai Jadual xiii

Senarai Singkatan xiv

Senarai Rajah xv

Senarai Lampiran xvi

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop/Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

Page 11: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

x

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Berfikir 9

2.3 Kemahiran Berfikir 11

2.4 Kemahiran Berfikir Kritis 13

2.4.1 Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam 18

Pembelajaran Pelajar

2.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 18

2.6 Perbezaan Kemahiran Kritis dan 24

Kemahiran Kreatif

2.7 Tujuan KBKK 25

2.8 Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara 25

Kritis dan Kreatif

2.9 Kajian-Kajian Lepas 27

2.10 Penutup 29

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Kelebihan Skala Lima Mata 34

3.4.2 Kelemahan Skala Lima Mata 34

3.4.3 Pembinaan Instrumen 35

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 37

3.6.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik 37

3.6.2 Kesahan Soal Selidik 38

3.7 Analisis Data 39

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 41

3.9 Penutup 41

Page 12: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xi

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 43

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 44

Tahap Pendidikan

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 45

Pengalaman Mengajar

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 45

4.3.1 Pengaplikasian KBKK Semasa 46

Set Induksi

4.3.2 Pengaplikasian KBKK Semasa Mengajar 49

4.3.3 Pengaplikasian KBKK Semasa 52

Kerja Bengkel/Amali

4.3.4 Pengaplikasian KBKK Semasa 55

Menutup Pengajaran

4.3.5 Pengaplikasian KBKK Semasa 58

Membuat Penilaian Terhadap Pelajar

4.4 Penutup 61

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan Kajian 62

5.3 Perbincangan Kajian 64

5.3.1 Profil Guru KH 64

5.3.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 65

5.3.2.1 Pengaplikasian KBKK Semasa 65

Set Induksi

5.3.2.2 Pengaplikasian KBKK Semasa 66

Mengajar

5.3.2.3 Pengaplikasian KBKK Semasa 68

Kerja Bengkel/Amali

Page 13: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xii

5.3.2.4 Pengaplikasian KBKK Semasa 69

Menutup Pengajaran

5.3.2.5 Pengaplikasian KBKK Semasa 70

Membuat Penilaian Terhadap Pelajar

5.4 Cadangan Kajian 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

5.6 Penutup 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN

Page 14: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Komponen Dalam Pemikiran Kritis 14

2.2 Komponen Dalam Pemikiran Kreatif 21

3.1 Jadual Sampel Daripada Populasi 32

3.2 Persoalan Kajian dan Item Soalan 35

3.3 Taburan Item-Item Soal Selidik Mengikut 36

Kandungan Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

3.4 Nilai Korelasi Dan Interpretasi 38

3.5 Persoalan Kajian Dengan Statistik Digunakan 40

3.6 Tahap Kecenderungan Min 40

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 44

4.3 Taburan Responden Berdasarkan

Tahap Pendidikan 44

4.4 Taburan Responden Berdasarkan

Pengalaman Mengajar 45

4.5 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa

Set Induksi 46

4.6 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa

Mengajar 49

4.7 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa

Kerja Bengkel/Amali 52

4.8 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa

Menutup Pengajaran 55

4.9 Analisis Pengaplikasian KBKK Semasa

Membuat Penilaian Terhadap Pelajar 58

Page 15: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xiv

SENARAI SINGKATAN

PERKARA SINGKATAN

Statistical Package for Science Social (SPSS)

Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBKK)

dan Kreatif

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)

Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

The Secretary’s Commission on (SCANS)

Achieving Necessary Skills

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)

Page 16: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan Kemahiran Kritis dan

Kemahiran Kreatif 24

Page 17: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat akuan pelajar dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

B Surat kelulusan menjalankan kajian dari KPM Putrajaya

C Surat pengesahan menjalankan kajian dari JPN Johor

D Surat pengesahan soal selidik

E Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Taman Desa Skudai

F Surat pengesahan menjalankan kajian di SMK Damai Jaya

G Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Mutiara Rini 2

H Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Taman Universiti

I Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Taman Universiti 2

J Surat pengesahan menjalankan kajian di SMK Skudai

K Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Mutiara Rini

L Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Taman Selesa Jaya

M Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Seri Perling

N Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Dato’ Usman Awang

O Surat pengesahan menjalankan kajian di

SMK Taman Tun Aminah

P Borang soal selidik

Page 18: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan

kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari

dengan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan idea-idea baru oleh pelajar dapat

dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan

mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang

diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan

dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan

kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan.

Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan

pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya

iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah

Menengah (KHB) contohnya, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang

telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar

kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

Page 19: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

2

Untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik, para

pelajar memerlukan kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperturunkan

oleh para guru mata pelajaran vokasional iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Pada tahun 1989, mata pelajaran ini diperkenalkan tetapi pada tahun 1991, ianya

ditukar kepada mata pelajaran KHB dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teras

dan pilihan. Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta

Kekeluargaan terkandung di dalam bahagian teras yang wajib dipelajari oleh semua

pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga, manakala bahagian pilihan ialah

Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan

Pertanian.

Proses pengajaran guru mengikut huraian sukatan mata pelajaran KHB

hendaklah dilakukan dalam pelbagai bentuk aktiviti dan kerja praktis seperti

membuat projek, tunjuk cara, lawatan, main peranan dan sebagainya. Namun,

adakah kesemua guru telah diberikan latihan yang secukupnya dari segi penerapan

pengaplikasian KBKK di dalam proses pengajaran mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Unsur-unsur KBKK merupakan unsur yang diberikan penekanan di dalam

proses pengajaran guru dalam mata pelajaran KHB serta di dalam mata pelajaran

yang lain. Para guru perlu memainkan peranan yang utama dalam menyerapkan

kemahiran berfikir ini di kalangan pelajar. Mereka perlu membuat anjakan

paradigma di mana pelajar diberi kebebasan untuk melahirkan idea-idea kritis dan

kreatif dalam mata pelajaran ini. Selain daripada menyebarkan ilmu pengetahuan,

para guru juga perlulah bertindak sebagai pelatih pemikir. Kemahiran menilai,

menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menjana idea-idea kreatif menjadi

sebahagian daripada fokus pengajaran. Oleh yang demikian, selaras dengan FPK di

dalam Som dan Mohd Dahlan (1998) telah menyatakan bahawa Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum

KBKK di dalam sukatan pelajaran latihan perguruan mulai Ogos 1996 di mana ianya

wajib diikuti oleh para pelajar yang mengambil jurusan perguruan di maktab-maktab

Page 20: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

3

dan institusi perguruan lain serta institusi pengajian awam yang menawarkan jurusan

perguruan di seluruh negara.

Selain itu menurutnya lagi, KBKK ini perlu disebatikan di dalam proses

pengajaran guru dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah seluruh negara.

Ini adalah penting kerana proses perlaksanaan pengajaran kemahiran ini secara bijak

akan melahirkan generasi pelajar yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah di

dalam kehidupan mereka dan akan mampu menghadapi cabaran kehidupan yang

serba mencabar pada alaf ini dan alaf akan datang. Antara kepentingan KBKK ini

ialah:

i. Mengelakkan kesilapan berfikir

ii. Memperkembangkan daya intelek

iii. Meningkatkan aras motivasi pelajar

iv. Memupuk pembelajaran budaya berfikir

v. Menjana idea-idea kreatif

Di Amerika Syarikat, kemahiran berfikir yang diterapkan di peringkat

sekolah bukan sahaja dianggap sebagai proses pembelajaran tetapi juga untuk

menyediakan pelajar dalam bidang pekerjaan. Pada tahun 1990, negara tersebut

telah menubuhkan The Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills

(SCANS) untuk mengenal pasti jenis-jenis literasi yang diperlukan dalam pekerjaan.

Berdasarkan kajian, mereka mendapati terdapat beberapa kemahiran yang perlu

diterapkan kepada pelajar sekolah termasuk kemahiran berfikir secara kreatif,

kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah dan telah

mengesyorkan kemahiran-kemahiran tersebut perlu diperkenalkan kepada pelajar

seawal mungkin, bermula di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat

pengajian tinggi (Azlena dan Munir , 2004).

Sistem pendidikan di Malaysia diandaikan sebagai ‘crammers of knowledge’

dan ‘the automization of learning’ serta ‘reproducing orientation’ yang bermaksud

Page 21: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

4

pembelajaran berdasarkan kepada apa yang diajar dan diperturunkan sahaja oleh guru

kepada pelajar. Ini disebabkan oleh keadaan di mana guru memberi penekanan yang

berlebihan terhadap bahan pembelajaran dengan harapan pelajar akan mengetahui

segala-galanya dengan apa cara sekalipun. Selain daripada itu, kajian tentang

perkembangan kemahiran berfikir menunjukkan pemikiran kiris dan kreatif pelajar

masih lagi berada di tahap rendah. Menurut Azlena dan Munir (2004), antara

sebabnya ialah kebolehan guru menyerap atau mengaplikasikan KBKK dalam proses

pengajaran mereka. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi

yang diadakan pada 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah

menyuarakan kesukaran mereka untuk menyerapkan kemahiran berfikir di dalam

mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk

mengenal pasti tahap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran

guru dan penyelidik telah memilih mata pelajaran KHB Sekolah Menengah untuk

membuat kajian tersebut.

Unsur-unsur KBKK seperti kemahiran yang disebut diatas mungkin kurang

atau tidak diberi perhatian dan penekanan yang tinggi oleh para guru yang mengajar

mata pelajaran tersebut. Unsur KBKK ini sangat penting dalam melahirkan pelajar

yang berilmu, berfikiran luas serta mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Oleh itu ia patut diberi penekanan yang tinggi dan sehubungan dengan itu,

kajian tentang perlaksanaan atau pengaplikasian kemahiran ini dalam proses

pengajaran guru patut dan harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menilai dan

mengetahui sejauh mana pengaplikasiannya telah diterapkan dan seterusnya

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kemahiran berfikir

pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaplikasian KBKK dalam proses

pengajaran guru Kemahiran Hidup Bersepadu di lapan buah sekolah menengah di

Zon Skudai.

Page 22: PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS … · 2013-11-19 · PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ... 3.5 Prosedur Kajian 36 ... Untuk mengendalikan

5

1.3 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa set induksi dalam

kalangan guru Kemahiran Hidup.

ii. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi

pelajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.

iii. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali

dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.

iv. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran

dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.

v. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian

terhadap pelajar dalam kalangan guru Kemahiran Hidup.

1.5 Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan bagi persoalan berikut:

i. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa set

induksi dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?

ii. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa

penyampaian isi pengajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?

iii. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa

melakukan amali dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?

iv. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa menutup

pengajaran dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?

v. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran semasa membuat

penilaian terhadap pelajar dalam kalangan guru Kemahiran Hidup?