ulasan per banding an journal repaired)

23
TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan 1.0 PENGENALAN Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sosial. Menurut Johny Akau (2006) Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sosial manusia dengan kaedah terukur dan dibuktikan secara saintifik. Penyelidikan kuantitatif biasanya digunapakai untuk mencuba teori-teori saintifik melalui angkubah-angkubah tertentu dengan menggunakan kaedah pernomboran. Penyelidikan kuantitif biasanya dikaitkan dengan falsafah positivism (Comte. Mill, Durkhiem, Newton, Locke dan Creswell, 1994) dan kebiasannya lebih bersifat logik dan mempunyai tahap praktikal yang tinggi. Manakala menurut Cohen (1980) dalam penulisan Suphat Sukamolson; “Quantitative research is defined as social research that employs empirical methods and empirical statements. He States that an empirical statements is defined as a descriptive statement about what” ought” to be the case. Typically, empirical statements are expressed in numerical terms. Another factor in quantitative research is that empirical evaluations are applied. Empirical evaluations are defined as a form that seeks to determine the degree to which specific program or policy empirically fulfills or does not fulfill a particular standard or norm” Terdapat beberapa jenis kajian kuantitatif. Kajian kuanititatif boleh dikategorikan kepada kajian tinjauan (survey research), kajian korelasi (correlational research), kajian experimental (experimental research) dan kajian perbandingan (casual-comparative research). Walau bagaimanapun, hanya kajian yang berbentuk korelasi dan perbandingan sahaja yang akan di dibincangkan selanjutnya dengan menggunakan dua jurnal utama. Jurnal pertama yang berbentuk kajian korelasi bertajuk Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 . Manakala jurnal kedua yang berbentuk kajian perbandingan yang bertajuk Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perkara atau item yang akan dibincangkan adalah perbezaan atau perbandingan bentuk kajian korelasi dan bentuk kajian perbandingan adalah terdiri daripada pernyataan masalah, hipotesis kajian, kerangka konseptual, rekabentuk persampelan dan dapatan kajian. 1

Upload: graceops

Post on 27-Jun-2015

132 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

1.0 PENGENALAN

Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sosial. Menurut Johny Akau (2006) Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sosial manusia dengan kaedah terukur dan dibuktikan secara saintifik. Penyelidikan kuantitatif biasanya digunapakai untuk mencuba teori-teori saintifik melalui angkubah-angkubah tertentu dengan menggunakan kaedah pernomboran. Penyelidikan kuantitif biasanya dikaitkan dengan falsafah positivism (Comte. Mill, Durkhiem, Newton, Locke dan Creswell, 1994) dan kebiasannya lebih bersifat logik dan mempunyai tahap praktikal yang tinggi. Manakala menurut Cohen (1980) dalam penulisan Suphat Sukamolson;

“Quantitative research is defined as social research that employs empirical methods and empirical statements. He States that an empirical statements is defined as a descriptive statement about what” ought” to be the case. Typically, empirical statements are expressed in numerical terms. Another factor in quantitative research is that empirical evaluations are applied. Empirical evaluations are defined as a form that seeks to determine the degree to which specific program or policy empirically fulfills or does not fulfill a particular standard or norm”

Terdapat beberapa jenis kajian kuantitatif. Kajian kuanititatif boleh dikategorikan kepada kajian tinjauan (survey research), kajian korelasi (correlational research), kajian experimental (experimental research) dan kajian perbandingan (casual-comparative research). Walau bagaimanapun, hanya kajian yang berbentuk korelasi dan perbandingan sahaja yang akan di dibincangkan selanjutnya dengan menggunakan dua jurnal utama. Jurnal pertama yang berbentuk kajian korelasi bertajuk Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 . Manakala jurnal kedua yang berbentuk kajian perbandingan yang bertajuk Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Perkara atau item yang akan dibincangkan adalah perbezaan atau perbandingan bentuk kajian korelasi dan bentuk kajian perbandingan adalah terdiri daripada pernyataan masalah, hipotesis kajian, kerangka konseptual, rekabentuk persampelan dan dapatan kajian.

1

Page 2: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah merupakan satu penjelasan tentang apa yang ingin ataupun sesuatu masalah yang hendak dikaji oleh pengkaji. Masalah yang hendak dikaji tersebut hendaklah sesuai, munasabah dan boleh dikaji serta spesifik. Dalam pernyataan masalah juga pengkaji hendaklah menyatakan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta membuat beberapa andaian selepas membuat kajian literatur. Seorang pengkaji juga boleh membuat pernyataan masalah dalam bentuk persoalan kajian. Pernyataan masalah juga dapat didefinisikan sebagai:

“A problem statement is a clear concise description of the issues that need to be addressed by a problem solving team and should be presented to them (or created by them) before they try to solve the problem. When bringing together a team to achieve a particular purpose provide them with a problem statement.”(dipetik dari Wikipedia, encyclopedia, 2010)

Manakala menurut Hasan Mustafa (2001) definisi masalah atau pernyataan masalah (problem statement) pada dasarnya merupakan pernyataan yang mampu menggambarkan sesuatu yang ingin diketahui oleh peneliti, dan melalui penelitiannya dia akan memperoleh jawabannya. Kerana merupakan suatu keingin-tahuan, maka umumnya definisi masalah penelitian berbentuk kalimat tanya.

Pernyataan masalah bagi jurnal pertama iaitu hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 adalah tentang masalah pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Ini kerana kelemahan dalam mata pelajaran ini akan mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran Matematik Tambahan. Justeru, banyak pihak telah mengutarakan pelbagai faktor yang menjadi punca kepada kelemahan ini dimana salah satu faktor tersebut adalah gaya pembelajaran pelajar.

Menurut Yufiza Mohd Yusof (2005), gaya pembelajaran bermaksud cara pelajar itu belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Menurut Model Gaya Pembelajaran Salmes (1987) terdapat lima elemen gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran mendalam (deep learning style), Gaya pembelajaran permukaan (surface learning style), gaya pembelajaran dorongan (motivational learning style), gaya pembelajaran terancang (organized learning style) dan gaya gigih usaha (hardworking learning style) .

Manakala pencapaian pelajar pula adalah keputusan akademik yang diperoleh oleh pelajar setelah selesai menduduki peperiksaan. Gaya pembelajaran pelajar juga berkaitan dengan cara perancangan, persediaan dan pengurusan dalam menghadapi sesuatu peperiksaan. Menurut Razak Ahmad (1999) dalam Yufiza Mohd Yusof (2005), menyatakan bahawa perancangan, persediaan dan pengurusan yang terancang dari segi pedagogi dan cara belajar pelajar yang sistematik dan berkesan merupakan dimensi baru yang perlu diberikan perhatian untuk mempertingkatkan pancapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Namun dalam jurnal ini, pengkaji menyatakan bahawa apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik ialah pelajar di beritahu apa yang patut mereka belajar, bukannya bagaimana mereka patut belajar. Guru-guru kurang memberi penekanan kepada pelajar tentang gaya pembelajaran yang sesuai dan patut diamalkan oleh pelajar. Menurut Nor Aniza et. al, dalam kajiannya mendapati strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa mempelajari sesuatu mata pelajaran penting terhadap pencapaian mata pelajaran tersebut.

Selain itu dalam kajian ini juga pengkaji menyatakan menurut Sims dan Sims (1995), pentingnya guru mengetahui dan memahami gaya pembelajaran yang berkesan bagi seseorang pelajar mungkin

2

Page 3: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

tidak sesuai bagi pelajar yang lain. Oleh itu perlu bagi seseorang guru memperkenalkan pelbagai gaya pembelajaran untuk memastikan kesesuaian wujud bagi semua pelajar yang terlibat. Dalam hal ini, guru boleh memainkan peranan membantu pelajar dalam hal memahami kecenderungan dan cara belajar mereka belajar bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran seterusnya menghasilkan pencapaian yang baik. Pendapat ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Bass dan greary (1996) dan Picou et. al (1998) dalam kajian Nor Aniza et. al iaitu mereka telah merumuskan satu cara bagi menentukan pencapaian seseorang atau individu yang mempelajari sesuatu ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajaran mereka.

Memandangkan gaya pembelajaran merupakan salah satu faktor yang berkaitan dengan pencapaian dalam Matematik, maka pengkaji merasakan adalah perlu untuk membuat kajian dengan lebih mendalam dalam aspek ini. Ini kerana menurut Maznah dan Yoon Suan (1995) dalam Norlia Abdul Aziz et.al (2006), kajian mengenai gaya pembelajaran begitu penting dalam usaha memperbaiki kualiti pembelajaran.

Manakala pernyataan masalah dalam jurnal kedua yang iaitu perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah tentang masalah penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah di rombak berikutan kepentingan serta keperluan Bahasa Inggeris dalam arus globalisasi. Oleh sebab itu, pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains telah mula diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Ini kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang baik di kalangan pelajar akan memungkinkan Wawasan 2020 untuk menjadi Negara maju berasaskan pengetahuan sains dan teknologi dapat direalisasikan. Namun demikian, sebanyak mana murid mendapat hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah? Ini kerana, keupayaan semulajadi murid dan kesediaannya untuk belajar tidak sahaja bergantung kepada murid, tetapi juga terletak kepada kesesuaian pengajaran guru (Felder & Henrique 1995 dalam Zamri Mahamad et. al, 2009).

Menurut Azizi dan Syazwani, bagaimana seseorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelas biasanya bermula daripada cara seseorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil daripada pengajaran yang menarik. Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan cara sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.

Manakala subjek Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar kurikulum di sekolah tetapi dianggap remeh oleh pelajar. Ini kerana menurut Kamarudin (1994) dalam Zamri (2009), antara sikap terhadap Bahasa Melayu yang terdapat di kalangan murid ialah murid-murid Melayu menganggap Bahasa Melayu mudah. Sikap ini menyebabkan mereka kurang bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa tersebut. Akibatnya kemahiran mereka dalam menggunakan bahasa tersebut tidak tinggi seperti yang jelas terbukti dalam peperiksaan, di mana murid Melayu kebanyakannya hanya berjaya mencapai peringkat lulus dan kepujian sahaja.

Faktor pengajaran guru mempunyai kesan yang besar dan merupakan faktor terpenting dalam menentukan suasana pembelajaran murid. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk mengubah sikap murid ke arah sikap yang lebih positif dengan menampilkan gaya pengajaran yang menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji sejauh mana gaya pengajaran guru Bahasa Melayu

3

Page 4: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

dan Bahasa Inggeris memberi kesan kepada pencapaian akademik murid dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

3.0 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis adalah hasil proses rasional yang berbentuk pernyataan tentang ciri-ciri populasi. Hipotesis juga merupakan jawaban sementara terhadap pertanyaan penelitian yang ada pada perumusan masalah penelitian. Hipotesis dikatakan jawaban sementara kerana jawaban yang diberikan baru didasarkan teori yang relevan, belum didasarkan atas fakta-fakta empirik yang diperoleh dari pengumpulan data. Sebagai hasil proses teori yang belum berdasarkan atas fakta, maka hipotesis masih perlu diuji kebenarannya dengan data empirik. Menurut Suphat:

“A hypothesis a tentative explanation the accounts for set of facts and can be testedby further investigation. For example one hypothesis we might want to test could be that poverty causes low English achievement, or that there is a relationship between students self esteem and the amount of time they spend watching television. Quantitative researchers will design studies that allow us to test this hypothesis. We can collect the relevant data and use statistical technique to decide whether or not to reject or provisionally accept the hypothesis. Accepting a hypothesis is always provisional since new data may couse it to be rejected later on.”

Manakala menurut Kerlinger (1986):

“A hypothesis is a conjectural statement of the relation between two or more variables. Hypothesis are always in declarative sentence form, and they relate, either generally or spesefically, variables to variables.”

Secara ringkasnya daripada dapatan-dapatan tersebut, hipotesis kajian dapat didefinisikan sebagai suatu keterangan sementara dari suatu fakta yang akan dikaji dan digunakan sebagai panduan atau petunjuk dalam kajian yang seterusnya.

Hipotesis kajian biasanya terdiri daripada hipotesis alternatif dan hipotesis null. Hipotesis null (Ho) biasanya bermula dengan perkataan “tidak ada perhubungan atau perbezaan antara……” Hipotesis null menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang pengkaji jangkakan. Kesimpulan akhir daripada sesuatu pengkajian biasanya ada dua kemungkinan iaitu sama ada hipotesis null diterima ataupun ditolak. Ini bermaksud, jika hipotesis null ditolak maka hipotesis null akan diterima sebagai hipotesis alternatif yang akan diterima atau dianggap benar.

Dalam Jurnal pertama iaitu hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata pengkaji telah menggariskan beberapa hipotesis yang terdiri daripada:

1. Tidak ada perhubungan signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran2. Tidak ada hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan.3. Tidak ada perbezaan signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina4. Tidak ada perbezaan signifikan antara gaya pembelajaran mengikut etnik.5. Tidak ada perbezaan gaya signifikan antara pembelajaran mengikut pencapaian awal.

Manakala dalam jurnal kedua pula perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menyatakan hipotesis seperti berikut:

4

Page 5: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pengajaran bahasa guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah atas (sesi pagi) dengan guru bahasa menengah bawah (sesi petang).

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bukan opsyen.

4. Tidak terdapat perbezaan yan signifikan dari segi gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berpengalaman dengan guru bukan berpengalaman.

Kedua-dua jurnal sama ada kajian korelasi ataupun kajian perbandingan menyatakan jangkaan awal dalam bentuk hipotesis null. Ini kerana kedua-dua pengkaji membuat andaian awal ataupun jangkaan sama ada signifikan ataupun tidak signifikan.

4.0 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual merupakan orientasi atau pendirian yang penyelidik bawa ke dalam kajiannya. Kerangka kajian akan dibina berdasarkan konsep, istilah, definisi, model dan teori literatur yang dirujuk. Kerangka ini menurut Meriam (2000) dalam Othman (2007) akan menjana permasalahan kajian, persoalan kajian, teknik pengumpulan data, analisis serta bagaimana mengintreptasi dapatan kajian.

Berdasarkan jurnal pertama iaitu hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4, satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk dan disesuaikan dengan model Bryant (1974) serta dapatan-dapatan kajian yang diperoleh (seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4. 1). Dalam kerangka konseptual kajian, dianggapkan jantina, etnik dan pencapaian awal mempengaruhi motivasi dan gaya pembelajaran. Seterusnya motivasi dan gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian pelajar.

Hasil daripada kajian literatur pengkaji, beliau mendapati gaya pembelajaran mengikut pencapaian pelajar. Susabda (1992) mendapati pelajar cemerlang dan lemah mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Selain daripada itu, pengkaji juga menganggapkan bahawa jantina turut mempengaruhi motivasi dan gaya pembelajaran seseorang pelajar. Pendapat ini turut disokong oleh Rahaiza Ismail (2001) dalam Yufiza Mohd Yusof (2005) dimana beliau mendapati bahawa dari segi jantina, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza secara signifikan dari aspek faktor emosi dan sosiologi. Selain itu, Bass dan Greary (1996) dan Picou et. al (1998) dalam kajian Nor Aniza, mendapati pelajar lelaki dan perempuan menggunakan gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, disebabkan gaya pembelajaran individu memberi kesan kepada potensi pencapaian, pendidikan perlu dijadikan lebih bersedia kepada setiap individu yang berbeza gender, dan tahap pencapaian, maka pengetahuan terhadap gaya dan strategi pembelajaran harus dititikberatkan serta releven untuk dikaji.

Di samping itu, pengkaji juga mengaitkan motivasi dengan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Ini kerana dalam kajiannya literaturnya, pengkaji mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan yang mendalam mempunyai motivasi dalaman yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran. Sebaliknya, pelajar yang menggunakan pendekatan permukaan mempunyai motivasi “takut gagal” dan motivasi luaran. Motivasi ialah proses intervensi atau keadaan dalaman seseorang yang mendorongnya untuk bertindak. Menurut Reber (1987) dan Woolfolk (1995) dalam Azizi Hj.

5

Page 6: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Yahaya pula menyatakan bahawa motivasi bukan sahaja hanya dorongan untuk bertindak tetapi juga mengarah dan meneruskan sesuatu tingkah laku.

Kenyataan ini turut disokong oleh Entwistle dan Entwistle (1970) dalam Yufiza Mohd Yusof (2005) yang telah menjalankan kajian di Lancester. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan perbezaan-perbezaan cara belajar yang menjadi amalan di kalangan pelajar-pelajar yang berjaya dan gagal dalam akademik. Hasil penyelidikan itu menunjukkan bahawa pelajar yang lebih bijak mengatur dan menggunakan waktu belajar lebih berkesan. Mereka selalu menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai motivasi belajar yang tinggi dan kaedah belajar yang berkesan jika dibandingkan dengan pelajar yang gagal.

Manakala jurnal yang kedua pula ialah perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula membentuk kerangka konseptual berpandukan Model Gaya Pengajaran Grasha (1996). Menurut Grasha (1996) gaya pengajaran dikategorikan kepada gaya pakar, autoriti formal, model personel, fasilitator dan delegator. Bardasarkan rajah 4. 2, kerangka konseptual kajian gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris terbahagi kepada lima kategori tersebut. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bebas yang digunakan meliputi gaya pengajaran guru bahasa. Pencapaian akademik murid pula adalah pemboleh ubah bersandar. Faktor demografi guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris juga akan dikaji bagi menentukan gaya pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa. Kesan daripada kepelbagaian gaya guru bahasa dijangka akan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid.

Faktor demografi (pengalaman mengajar, subjek, sesi persekolahan, dan opsyen) guru bahasa yang dikaji oleh pengkaji untuk menentukan gaya pengajaran oleh guru bahasa juga selari dengan kajian Wallace (1990) dalam Zawawi Zainal (2009), guru-guru berpengalaman memperoleh dan memperkembangkan pengetahuan pedagogi isi kandungannya melalui pelbagai sumber akademik

6

Latar belakang pelajar

Jantina Lelaki Perempuan

Etnik Melayu Cina

Pencapaian pelajar Cemerlang Lemah

Gaya pembelajaran Mendalam Pemukaan Motivasi Gigihusaha Terancang

Pencapaian Matematik Tambahan

Rajah 4. 1 Kerangka konseptual kajian

Page 7: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

dan ilmiah. Selain itu, Anuar Ahmad et. al (2009), dalam kajiannya yang bertajuk tahap keupayaan guru Sejarah dan hubungannya dengan murid di sekolah berprestasi rendah turut menyatakan keberkesanan pengajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah. Guru Sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional. Kenyataan ini jelas bahawa keberkesanan pengajaran oleh seseorang guru bergantung kepada gaya pengajaran seorang guru dan disokong oleh faktor-faktor lain seperti perancangan dan kualiti seorang guru.

7

Gaya pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Faktor demografi guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Subjek Sesi

persekolahan Opsyen Pengalaman

mengajar

Gaya pengajaran Grasha (1996):

Pakar Autoriti

formal Model

personel Fasilitator Delegator

Kesan:Kepelbagaian gaya pengajaran guru bahasa

Rajah 3. 2 Kerangka konseptual kajianDiadaptasikan daripada Model Pengajaran

Grasha (1996)

Page 8: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

5.0 REKABENTUK PERSAMPELAN

Pemilihan latar dan rekabentuk persampelan kajian perlu dirancang di sekitar isu-isu praktikal seperti keselesaan pengkaji, kebolehan menyesuai dan melibatkan diri dalam sesetengah peranan semasa pemerhatian dijalankan dan akses kepada pelbagai sub-kelompok dan aktiviti. Merriam (2001) mencadangkan, dalam menentukan pemilihan sampelan, pengkaji mungkin boleh bertanyakan soalan-soalan seperti di mana pemerhatian dibuat?, bila pemerhatian akan dibuat?, siapa yang akan diperhati? dan apa yang akan diperhati?

Dalam jurnal hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 populasi kajian yang terdiri daripada semua pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan daripada 28 buah sekolah menengah bantuan kerajaan di daerah Kuala Terengganu. Empat buah sekolah menengah harian biasa dipilih untuk kajian ini yang mewakili dua zon, iaitu Zon Utara dan Zon Selatan. Dua buah sekolah Zon Utara ialah sekolah Menengah kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot (SMKKMT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukut Tunggal (SMKBT). Sementara sekolah daripada Zon Selatan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (SMKCHWS).

Jumlah pelajar Tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan daripada 28 buah sekolah itu adalah seramai 3796 orang pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan jadual penentuan saiz sampel yang dicadangkan oleh Kriejcie dan Morgan (1970), dan didapati saiz sampel yang diperlukan adalah seramai 350 orang daripada 4 buah sekolah yang dipilih secara rawak. Bilangan yang pelajar dipilih berdasarkan 45% daripada populasi setiap buah sekolah yang terlibat dengan kajian. Sampel adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dan kumpulan pencapaian.

Majoriti pelajar adalah daripada bangsa Melayu dan selebihnya bangsa Cina. Bilangan pelajar berbangsa Cina kebanyakannya dipilih dari SMKCHWS. Sekolah ini asalnya adalah sekolah menengah kebangsaan. Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar cemerlang yang mendapat gred A dan gred B bagi mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR. Ini merupakan salah satu syarat kemasukan ke aliran sains. Namun begitu, ada juga sebahagian pelajar yang mendapat gred C dan D diberi peluang untuk mengambil aliran sains, tetapi jumlahnya agak kecil.

Manakala jurnal kedua pula iaitu perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris memilih sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah menengah yang terletak di lima buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah Hulu Langat Selangor. Lima buah PKG tersebut ialah PKG Cheras, PKG Semenyih, PKG Bangi, PKG Ampang dan PKG Kajang. Seramai 300 orang sampel dipilih daripada 1126 orang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah di daerah Hulu Langat.

Bardasarkan jumlah 300 orang sampel yang dipilih, seramai 150 orang merupakan guru Bahasa Melayu dan 150 lagi merupakan guru Bahasa Inggeris. Saiz sampel yang dipilih ini berpadanan dengan saiz populasi kajian menurut pengiraan Jadual Penentuan Saiz yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970).Jumlah guru bahasa bagi setiap PKG ialah seramai 60 orang, iaitu 30 orang guru Bahasa Inggeris dan 30 orang guru Bahasa Melayu. Bardasarkan kategori guru bahasa tersebut 15 orang guru akan dipilih dari sesi pagi dan 15 orang lagi akan dipilih daripada sesi petang.

Kedua-dua jurnal tersebut menggunakan pengiraan sampel Jadual Penentuan Saiz yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Jurnal hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan

8

Page 9: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

pencapaian menggunakan persampelan rawak. Menurut Othman Lebar (2007), persampelan yang dipilih secara rawak dapat meningkatkan kemungkinan yang sampelan yang mewakili dengan lebih tepat populasi kajian dan ini membolehkan generalisasi dibuat kepada populasi yang lebih besar. Dalam kajian tersebut, pengkaji menggunakan persampelan secara rawak kerana sesuai kerana dapat mewakili populasi yang diperlukan sebagai sampel kajian. Dimana setiap orang dalam populasi kajian mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian. Rajah 5. 1 dapat menerangkan rekabentuk persempelan rawak (kebarangkalian)(Lim Chin Guan dan Tiew Wai Sin, 2007)

Manakala jurnal perbandingan gaya pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah persampelan bertujuan pula adalah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut Wiersma (2000) dalam Zamri Mahamad, Nik Mohd Rahmi Nik Yusof dan Juliawati Ibrahim (2009), kaedah persampelan bertujuan boleh digunakan apabila kajian adalah fokus kepada kumpulan tertentu. Pendekatan pemilihan secara betujuan ini mengambil kira kerenceman fenomena kehidupan dan sosial manusia serta keterbatasan generalisasi.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan diperolehi apabila pengkaji telah melaksanakan analisis data kajian. Biasanya dalam penyelidikan kuantitatif menggunakan perisian SPSS untuk melihat hubungan setiap pembolehubah dalam kajian. Dapatan kajian dalam jurnal hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian dan jurnal perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kedua-dua pengkaji menghuraikan dapatan kajian dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Menurut Paul A. Jargowsky and Rebecca, statistik deskriptif adalah:

“characterize the distribution of a set of observations on a spesefic variable or variables. By conveying the essential properties of the aggregation of many different observations, these summary measures make it possible to understand the phenomenon under study better and more quickly than would be possible by studying a multitude of unprocessed individual values.”

Manakala statistik inferensi pula adalah menurut Paul A. Jargowsky and Rebecca:

“…allow one to draw conclusions about the unknown parameters of a population based on statistics which a sample from that population.

9

Mendefinisi populasi sasaran

Mengenal pasti rangka

persampelan

Mengenal pasti saiz sampel

Memilih kaedah

persampelan

Memilih sampel secara

rawak

Rajah 5. 1 Langkah-langkah dalam prosedur persampelan

kebarangkalian

Page 10: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Very often, mere description of a set of observations in a sample is not the goal of research. The data on hand are usually only a sample of the actual population of interest, possibly a minute sample of the population. For example, most presidential election polls only sample about 1,000 individuals, and yet the goal is to describe the expected voting behavior of 100 million or more potential voters.”

Dapatan kajian jurnal hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 dengan pencapaian dihuraikan dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian. Perkara pertama dalam dapatan kajian ialah analisis gaya pembelajaran pelajar yang diamalkan oleh pelajar ketika belajar Matematik Tambahan. Gaya pembelajaran pelajar terdiri daripada gaya belajar permukaan, mendalam, terancang dan gigih usaha. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dorongan, permukaan dan mendalam ledih diamalkan berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Secara keseluruhannya, perbezaan min adalah kecil dan ini menunjukkan bahawa pelajar mengamalkan gaya pembelajarandan tidak terikat kapada satu gaya pembelajaran sahaja.

Perkara kedua dalam dapatan kajian ialah tentang motivasi pembelajaran (dalaman dan luaran). Skor min yang tinggi diperoleh bagi ciri-ciri pelajar yang mempunyai motivasi belajar melalui dorongan sendiri (motivasi dalaman). Sementara skor min yang rendah ialah mereka yang belajar disebabkan dorongan guru dan rakan (luaran). Keseluruhannya, pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang tinggi jika dibandingkan dengan motivasi luaran.

Menurut Abdul Rahim Hamdan et. al (2007), motivasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik . Motivasi intrinsik berpunca daripada dalam diri seseorang. Manakala Motivasi ekstrinsik pula adalah berpunca daripada luar diri seseorang dan ia amat berkait rapat dengan pengukuhan. Dalam kajiannya juga mendapati pelajar-pelajar dari semua fakulti mempunyai tahap motivasi instrinsik yang tinggi, manakala motivasi ekstrinsik pula adalah di tahap yang sedarhana.

Perkara ketiga dalam dapatan kajian ialah tentang gaya pembelajaran permukaan. Skor yang tinggi menunjukkan pelajar yang mengamalkan gaya permukaan yang memerlukan arahan daripada guru tentang kerja-kerja yang perlu dibuat. Daripada skor min juga didapati sebahagian daripada pelajar cuba menghafal semua fakta apabila mengulang kaji dan memahami kandungan pelajaran secara permukaan sahaja. Mereka juga tidak dapat menyusun nota dengan sistematik.

Perkara keempat dalam dapatan kajian ialah tentang gaya pembelajaran yang mendalam. Skor min yang paling tinggi dalam gaya pembelajaran mendalam menunjukkan minat yang tinggi terhadap kandungan pelajaran dan cuba memahaminya secara mendalam. Mereka merumuskan kaedah-kaedah yang digunakan semasa menyelesaikan masalah yang diberi. Namun begitu terdapat sebahagian pelajar yang hanya bergantung kepada bahan yang diberi oleh guru dan tidak berusaha untuk mempelbagaikan bahan pelajaran serta memberi pendapat sendiri apabila berpeluang.

Perkara kelima dalam dapatan kajian ialah tentang gaya pembelajaran terancang. Secara keseluruhannya, didapati skor min berada pada tahap yang rendah. Ini bermakna pelajar tidak merancang masa belajar dengan begitu berkesan dan tidak bersedia menghadapi peperiksaan. Namun begitu, mereka merangka jawapan terlebih dahulu dan mengambil kira apa yang diingat sebelum menjawab soalan ujian. Yufiza Mohd. Yusof (2005), turut mendapat dapatan yang sama dengan dapatan tersebut iaitu perkaitan sederhana kuat (r=0.514) di antara gaya pembelajaran dorongan dan gaya pembelajaran terancang.

10

Page 11: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Perkara keenam dalam dapatan kajian ialah gaya pembelajaran gigih usaha. Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran gigih usaha sentiasa berusaha mencari punca kelemahan apabila prestasi menurun dan mamperbaikinya dengan segera. Di samping itu, mereka berusaha membuat rujukan tambahan daripada beberapa buah buku dan menyiapkan sesuatu tugusan secepat mungkin. Hasil analisis juga mendapati sebahagian daripada pelajar menunggu guru memberi arahan apa yang perlu dilakukan oleh mereka dalam pelajaran tanpa berusaha untuk mengulangkaji dan membuat latihan sendiri. Dapatan ini menyokong keputusan yang diperoleh bagi ciri-ciri pelajar yang mengamalknan pembelajaran permukaan. Biasanya pelajar kategori ini ialah mereka yang lemah kerana pelajar pandai didapati kurang memerlukan arahan guru untuk melakukan sesuatu tugasan.

Perkara ketujuh dalam dapatan kajian ialah analisis hubungan gaya pembelajaran dengan motivasi. Terdapat hubungan yang bermakna antara motivasi dalaman dan gaya pembelajaran mendalam. Terdapat hubungan yang bermakna juga antara motivasi luaran dengan gaya pembelajaran permukaan.

Perkara kelapan dalam dapatan kajian ialah analisis hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian. Walaupun begitu, didapati nilai r adalah rendah dan ini menunjukkan hubungan yang sangat lemah. Sementara itu, bagi gaya pembelajaran dorongan dan permukaan, tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian.

Perkara kesembilan dalam dapatan kajian ialah analisis gaya pembelajaran mengikut jantina. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran terancang mengikut jantina. Namun begitu, dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran permukaan, mendalam dan gigih usaha mengikut jantina. Secara keseluruhannya, perbezaan min gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan adalah kecil. Oleh itu, faktor jantina tidak mempengaruhi gaya pembelajaran. Dapatan ini turut disokong oleh Yufiza Mohd. Yusof (2005), iaitu mendapati gaya pembelajaran berdasarkan jantina tidak wujud perbezaan dalam gaya pembelajaran.

Perkara kesepuluh dalam dapatan kajian ini ialah analisis gaya pembelajaran mengikut etnik. Dalam kajian ini didapati terdapat perbezaan yang signifikan gaya permukaan mengikut etnik. Bagi gaya pembelajaran mendalam, terancang, dan gigih usaha didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Melayu dan pelajar Cina. Secara keseluruhannya, perbezaan min gaya pembelajaran antara pelajar Melayu dan Cina adalah kecil kecuali bagi gaya dorongan. Oleh itu, faktor etnik tidak mempengaruhi gaya pembelajaran.

Manakala Dapatan kajian Dapatan kajian jurnal perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga hubungan dihuraikan dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian. Perkara pertama dalam dapatan kajian ialah soalan apakah gaya pengajaran guru bahasa yang paling dominan mengikut kategori subjek bahasa? Hasil analisis data dalam jadual 6.1 didapati bahawa semua gaya pengajaran digunakan oleh guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

11

Page 12: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

SubjekGaya pengajaran

Subjek Bahasa JumlahBahasa Melayu Bahasa Inggeris

Gaya Pakar 20 (13.3%) 37 (24.7%) 57 (19.0%)Gaya Autoriti Formal 35 (23.3%) 18 (12.0%) 53 (17. 7%)Gaya Model Personel 58 (38.7%) 43 (28.6%) 101 (33.6%)Gaya Fasilitator 17 (11.4%) 31 (20.7%) 48 (16.0%)Gaya Delegator 20 (13.3%) 21 (14.0%) 41 (13.7%)Jumlah 150 (100.0%) 150 (100. %) 300 (100.0%)

Perkara kedua dalam dapatan kajian ialah hipotesis 1 menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hipotesis pertama adalah untuk menjawab soalan kedua iaitu adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran guru-guru Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris? Maklumat tersebut dapat dilihat dalam jadual 6.2

Jadual 6. 2 keputusan ujian-t gaya pengajaran mengikut subjek bahasa

Gaya pengajaran guru

SubjekBahasa

N Min Sisihan Piawai

dk t Sig. Beza min

Gaya Pakar MelayuInggeris

150 4.013.92

0.410.35

298 2.125* 0.034 0.09

Gaya Autoriti Formal

MelayuInggeris

150 4.103.92

0.530.40

298 3.401* 0.001 0.18

Gaya Model Personel

MelayuInggeris

150 4.304.11

0.610.55

298 2.865* 0.004 0.19

Gaya Fasilitator MelayuInggeris

150 4.134.06

0.770.40

298 0.975* 0.330 0.07

Gaya Delegator MelayuInggeris

150 4.104.03

0.880.65

298 0.775* 0.439 0.07

*p<0.05

Rumusan daripada jadual 6. 2 ialah pertama, hipotesis 1 ditolak, iaitu terdapat perbezaan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris bagi pengajaran pakar, autoriti formal dan model personel. Kedua, tidak wujud perbezaan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris bagi gaya pengajaran fasilitator dan delegator.

Perkara ketiga dalam dapatan kajian ialah hipotesis 2 menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru bahasa menengah atas (sesi pagi) dengan guru bahasa menengah bawah (sesi petang). Hipotesis kedua adalah untuk menjawab soalan kajian ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran bahasa guru menengah atas (sesi pagi) dengan guru menengah bawah (sesi petang). Maklumat tersebut dapat dilihat pada jadual 6.3

12

Jadual 6. 1 Gaya pengajaran bahasa yang paling dominan mengikut subjek bahasa

Page 13: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Rumusan daripada jadual 6.3 ialah pertama hipotesis 2 diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang perbezaan gaya pengajaran guru bahasa berdasarkan sesi persekolahan bagi gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model personel, fasilitator dan delegator. Kedua, gaya pengajaran guru bahasa sesi pagi dan sesi petang adalah sama.

Hipotesis 3 pula menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru bahasa opsyen dengan guru bahasa bukan opsyen. Hipotesis ketiga digunakan untuk menjawab soalan kajian keempat, iaitu adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran bahasa guru opsyen dengan bukan opsyen? Maklumat tersebut dapat dilihat pada jadual 6. 4.

Rumusan yang dapat dibuat daripada jadual 6.4 ialah pertama hipotesis 3 diterima, iaitu tidak terdapat perbezaan gaya pengajaran guru bahasa berdasarkan gaya pengajaran berdasarkan gaya pakar, autoriti formal, model personel, fasilitator dan delegator. Kedua gaya pengajaran guru bahasa opsyen dan bukan opsyen adalah sama.

Jadual 6. 3 keputusan ujian-t gaya pengajaran guru bahasa mengikut sesi persekolahanGaya pengajaran

guruSesi N Min Sisihan

Piawaidk t Sig. Beza

minGaya Pakar Pagi

Petang150 4.01

3.920.410.35

298 2.125* 0.034 0.09

Gaya Autoriti Formal

Pagipetang

150 4.103.92

0.530.40

298 3.401* 0.001 0.18

Gaya Model Personel

PagiPetang

150 4.304.11

0.610.55

298 2.865* 0.004 0.19

Gaya Fasilitator PagiPetang

150 4.134.06

0.770.40

298 0.975* 0.330 0.07

Gaya Delegator PagiPetang

150 4.104.03

0.880.65

298 0.775* 0.439 0.07

*p>0.05

13

Page 14: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Jadual 6. 4 keputusan ujian-t gaya pengajaran mengikut opsyen dan bukan opsyenGaya

pengajaran guru

opsyen N Min Sisihan Piawai

dk t Sig. BezaMin

Gaya Pakar

OpsyenBukan opsyen

24357

3.953.99

0.410.28

298 -0.758 0.45 -0.04

Gaya Autoriti Formal

OpsyenBukan opsyen

24357

3.994.09

0.470.49

298 -1.462 0.15 -0.10

Gaya Model

Personel

OpsyenBukan opsyen

24357

4.204.21

0.610.48

298 -0.089 0.93 -0.01

Gaya Fasilitator

OpsyenBukan opsyen

24357

4.104.04

0.650.45

298 -0.695 0.49 0.06

Gaya Delegator

OpsyenBukan opsyen

24357

4.064.07

0.790.71

298 -0.096 0.73 -0.01

*p>0.05

Hipotesis 4 menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran bahasa guru berdasarkan pengalaman. Hipotesis keempat adalahuntuk menjawab soalan kajian kelima, iaitu adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran bahasa guru berpengalaman dengan guru belum berpengalaman? Maklumat data boleh dilihat dalam jadual 6. 5.

Jadual 6. 5 keputusan ujian-t gaya pengajaran bahasa mengikut pengalaman guru

Gaya pengajaran Guru

Pengalaman N Min Sisihan Piawai

dk t sig Beza Min

Gaya Pakar

Bawah 10 thnLebih 10 thn

145155

3.943.99

0.410.36

298 -1.160 0.25 -0.05

Gaya Autoriti Formal

Bawah 10 thnLebih 10 thn

145155

4.014.01

0.520.43

298 -0.018 0.99 -0.00

Gaya Model Personel

Bawah 10 thnLebih 10 thn

145155

4.134.21

0.500.42

298 -1.650 0.10 -0.08

Gaya fasilitator

Bawah 10 thnLebih 10 thn

145155

3.984.13

0.470.45

298 -2.708 0.01 -0.15

Gaya Delegator

Bawah 10 thnLebih 10 thn

145155

3.904.00

0.430.43

298 -1.916 0.06 -0.10

*p<0.05

14

Page 15: Ulasan Per Banding An Journal Repaired)

TT60104 kaedah Penyelidikan dalam pendidikan

Rumusan daripada jadual 6. 5 menunjukkan bahawa pertama, hipotesis 4 di terima, iaitu tidak terdapat perbezaan gaya pengajaran guru bahasa berdasarkan gaya pengajian pakar, autoriti formal, model personel dan delegator. Kedua, sebaliknya wujud perbezaan gaya pengajaran guru bahasa berpengalaman bawah 10 tahun dengan guru berpengalaman lebih 10 tahun gaya pengajaran fasilitator.

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian jurnal yang pertama iaitu hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkata 4 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi, gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Oleh itu, dorongan guru adalah penting dalam membantu pelajar mengenalpasti cara belajar yang sesuai diamalkan dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Dengan itu ia dapat meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.

Manakala kajian gaya pengajaran guru bahasa dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dapat membantu guru memperbaiki mutu pengajaran guru, manakala murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan baik. Kesimpulannya guru-guru perlu menggunakan gaya pengajaran yang pelbagai bagi menarik minat pelajar-pelajar dalam mempelajari bahasa tidak kira Bahasa melayu ataupun Bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya terdapat perkaitan antara gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran. Gaya pengajaran seorang guru mempengaruhi pencapaian pelajar kerana guru memainkan peranan utama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru bukan sahaja bertindak fasilitator tetapi guru juga perlu mengetahui apakah gaya pembelajaran yang sesuai untuk setiap anak muridnya. Manakala gaya pembelajaran pula iaitu yang terdiri daripada gaya pembelajaran mendalam (deep learning style), Gaya pembelajaran permukaan (surface learning style), gaya pembelajaran dorongan (motivational learning style), gaya pembelajaran terancang (organized learning style) dan gaya gigih usaha (hardworking learning style) perlu diketahui oleh setiap pelajar apakah gaya pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannya. Ini kerana gaya pembelajaran yang salah akan mengakibatkan pencapaian yang rendah dalam akademik.

15