12 (repaired)

25
1.0 PENDAHULUAN Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan akibat arus globalisasi, Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard Kurikulum yang merangkumi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran merupakan pernyataan yang meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan. Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid- murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Kemahiram bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Pendekatan modular yang digunakan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia terbahagi kepada lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa Dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa pula menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) 1

Upload: iqmal-hizazi

Post on 27-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

asf

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan akibat arus globalisasi, Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard Kurikulum yang merangkumi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran merupakan pernyataan yang meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan. Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Kemahiram bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Pendekatan modular yang digunakan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia terbahagi kepada lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa Dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa pula menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) Menerusi kajian tindakan yang akan saya jalankan, saya memberikan fokus kepada modul tatabahasa yang merujuk aspek tatabahasa bahasa Malaysia yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Kemahiran menyebut huruf a hingga z adalah kemahiran yang saya fokuskan dalam kajian ini.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUPada pengajaran yang lalu, pengkaji telah menjalankan sesi P&P keatas populasi kelas dan telah mengesan masalah yang biasa murid lakukan semasa mengenal huruf. Masalah yang timbul adalah murid gagal untuk mengecam huruf yang ditunjuk oleh pengkaji. Hal ini menimbulkan masalah kepada murid untuk menguasai kemahiran tatabahasa iaitu membaca kerana menurut Dodd & Carr (2003) dalam bukunya Young Childrens Letter-Sound Knowledge, pengecaman huruf adalah salah satu kemahiran asas untuk membaca. Ketika praktikum fasa pertama dan kedua yang lepas, pengkaji juga telah menjumpai masalah yang sama pada beberapa murid yang diajar dan telah menghadapi kesukaran dalam mencari strategi yang berkesan untuk mengajar kemahiran mengecam dan menyebut huruf pada murid. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana murid tidak dapat menguasai kemahiran yang lain dalam standard pembelajaran tanpa menguasai kemahiran asas ini terlebih dahulu kerana menurut Dodd & Carr (2003) murid yang mempunyai masalah dalam membaca dan menulis dalam fasa awal pendidikan cenderung untuk menunjukkan prestasi yang teruk dalam akademik. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, pengkaji telah menggunakan kaedah latih tubi dan memberikan latihan menulis huruf kepada murid untuk membantu mereka dalam menguasai kemahiran mengecam dan menyebut huruf tetapi kaedah tersebut kurang berkesan. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kit piramid huruf yang dicipta akan menjadi media yang berkesan untuk pengkaji gunakan dalam pengajaran kemahiran mengecam dan menyebut huruf kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

2.0 Fokus Kajian2.1 Huraian Fokus KajianPengkaji telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh responden dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Namun begitu, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada masalah responden dalam masalah mengecam dan menyebut huruf. Melalui pemerhatian pengkaji, responden boleh menghafal lagu a,b,c walaupun terdapat sedikit kesilapan daripada segi sebutan huruf. Namun begitu, apabila pengkaji meminta responden untuk menamakan huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji, mereka hanya boleh meneka huruf yang ditunjukkan. Kajian yang dijalankan ini memberi fokus kepada kemahiran menyebut huruf f,g,h,i dan j. Pengkaji telah memilih lima huruf ini kerana responden telah menguasai kemahiran menyebut huruf a,b,c,d dan e dan mengalami kesukaran untuk menyebut huruf yang lain. Oleh kerana masa kajian terhad kepada sepuluh minggu sahaja, pengkaji telah memilih lima huruf ini untuk responden kuasai dan mengajar lima huruf yang seterusnya setelah mereka berjaya menguasai lima huruf tersebut.Pengkaji juga telah memilih model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Model Kemmis dan McTaggart merangkumi empat langkah pada setiap pusingan iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan akhir sekali adalah refleksi.

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Bahasa Malaysia ltu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran, ianya amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu. Saya berasa amat perlu bagi kita membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Bahasa Malaysia yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.Selepas berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing dan guru-guru di sekolah, saya mengambil keputusan untuk mencari kaeadah yang melibatkan permainan dan aktiviti hands-on yang boleh membuat murid lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak bosan hanya melakukan aktiviti tulisan dan latihan setiap hari kerana permainan bahasa menurut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt Abdul Aziz (1996) adalah satu jenis aktiviti yang menarik dan memikat.Kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini berfokus untuk menggantikan kaedah latih tubi yang kerap dilakukan oleh guru-guru yang mungkin membosankan pelajar menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar.

2.2 Pengumpulan Data Awali. Ujian DiagnostikNAMA/KEMAHIRAN MENYURIHHURUF MENYEBUT HURUF MEMBACA SUKU KATA (AWALAN) MEMBACA SUKU KATA (AKHIRAN) MENGENAL HURUF

MURID A 7/10 3/10 0/10 0/10 0/10

MURID B6/10 2/10 1/10 0/10 2/10

MURID C 8/10 5/10 3/10 1/10 4/10

MURID D 8/10 1/10 0/10 0/10 1/10

MURID E10/10 7/10 2/10 1/10 7/10

Saya telah menjalankan beberapa siri ujian didalam kelas. Ini bagi menentukan sama ada responden yang telah saya nyatakan disini betul-betul mempunyai masalah. Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan terhadap responden.

Ujian Diagnostik dijalankan bagi memudahkan pengkaji untuk mengesan masalah yang dihadapi responden dalam soalan yang melibatkan kemahiran menyebut huruf. Soalan Diagnostik terdiri daripada 10 soalan yang menguji pelbagai kemahiran. Tempoh masa ujian adalah selama satu jam. Dalam ujian ini, saya telah membahagikan skala skor bagi ujian kepada tiga iaitu: 8-10 markah ( cemerlang) 5-7 markah (lulus) 0-4 markah (gagal)Berdasarkan skor markah yang diperolehi dalam ujian ini, saya akan memberi penumpuan terhadap murid yang memperoleh skor antara 0-4 iaitu gagal selain melihat kesalahan yang dilakukan dalam kemahiran yang lain. Setelah dilaksanakan, saya telah mengenal pasti 3 orang murid yang mendapat markah yang telah ditetapkan dan dipilih bagi melaksanakan kajian tindakan. Melalui ujian diagnostik yang dijalankan, saya telah memilih 3 orang responden yang terdiri daripada semua pelajar perempuan.ii. Analisis DokumenSemakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan responden bagi kemahiran menyebut huruf. Hasil semakan daripada buku latihan responden, pengkaji telah mengenalpasti kesilapan dalam membezakan huruf dan mengaitkan huruf dengan objek yang betul. Sebagai contoh, responden gagal untuk mengaitkan huruf a dengan ayam membuktikan bahawa responden tersebut tidak menguasai kemahiran mengecam huruf.Selain itu, pengkaji juga ada menyemak ujian kemasukan responden kepada kelas pendidikan khas dan telah mendapati mereka mempunyai kemahiran yang minimum dalam aspek tatabahasa bahasa malaysia.

2.2 Tindakan / IntervensiTAJUK : PIRAMID HURUF

TARIKH TINDAKAN / INTERVENSI

25.Mac.2015 Langkah 1 : Kad huruf tanah liatalatan dan latih tubi

1.April.2015 Langkah 2 : Kad gambar huruf alatan dan latih tubi

8.April.2015 Langkah 3 : Cawan huruf alatan dan latih tubi

15 April 2015 Langkah 4 : Roda hurufalatan dan latih tubi

22 April 2015 Langkah 5 : Poket huruf alatan dan latih tubi.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN3.1 Objektif KajianMeningkatkan kemahiran menyebut huruf f,g,h,i dan j menggunakan kit piramid huruf kepada murid bermasalah pembelajaran3.2 SOALAN KAJIANAdakah kit piramid huruf dapat meningkatkan kemahiran mengecam dan menyebut huruf f,g,h,i dan j di kalangan murid bermasalah pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran saya terdiri daripada tiga orang responden Tahun 3 Cemerlang yang didapati mempunyai masalah dalam kemahiran menyebut huruf. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah.RESPONDEN UMUR JANTINA JENIS MASALAH CIRI-CIRI

A 14 Perempuan Lembam Menumpukan perhatian dan sentiasa fokus Mudah lupa Mendengar arahan Mempunyai masalah dalam mengingat kembali huruf apa yang telah diajar.

B 12 Perempuan Lembam Mempunyai masalah pertuturan Kerap meniru dalam kelas Selalu tidak hadir ke sekolah Sentiasa memerlukan bimbingan Boleh mengecam huruf yang biasa dilihat

C 9 Perempuan Hiperaktif Tidak mendengar arahan guru Suka membuat bising Suka keluar kelas Sering kali menganggu rakan-rakannya Kerap meniru dalam kelas Tidak minat untuk belajar

5.0 PERANCANGAN PELAKSAAN TINDAKAN5.1 Langkah-langkah tindakan TAJUK : KIT PIRAMID HURUF

TARIKH TINDAKAN / AKTIVITI LANGKAH-LANGKAH

25.Mac.2015 AKTIVITI 1 : Kad Huruf Tanah Liat alatan dan latih tubi i. Responden diberikan kad yang mempunyai huruf f,g,h,i dan j yang ditulis dengan garisan putus-putus.ii. Responden diperkenalkan dengan huruf yang terdapat pada kad tersebut. iii. Responden diminta untuk membentuk huruf tersebut menggunakan tanah liat yang telah disediakan.iv. Responden ditanya huruf apa yang sedang dibentuk semasa mereka sedang melakukan aktiviti.v. Langkah aktiviti latih tubi adalah melibatkan mewarnakan huruf yang sama dengan yang telah diberi.vi. Pada sesi pengukuhan responden diminta untuk membuat kolaj huruf.

1.April.2015 AKTIVITI 2 : Kad Gambar Hurufalatan dan latih tubi i. Penyelidik menunjukkan beberapa gambar kepada murid.ii. Gambar kemudiannya dikaitkan dengan huruf seperti contoh : h-harimau iii. Penyelidik menyediakan jadual di hadapan dan responden diminta untuk menampal gambar pada huruf yang betul.iv. Aktiviti latih tubi diberikan oleh penyelidik dalam bentuk latihan mewarnakan huruf yang diminta.v. Kad huruf tanah liat digunakan lagi pada aktiviti pengukuhan.vi. Selesai membentuk huruf, lembaran kerja baru diberikan pada responden dengan menulis huruf yang betul pada setiap gambar objek.

8.April.2015 AKTIVITI 3 : Cawan Huruf alatan dan latih tubi i. Sesi pdp berlaku di dalam bilik darjah.ii. Interaksi pengajaran melibatkan responden memusing cawan hingga menjumpai huruf dan menyebut huruf tersebut. Responden diperkenalkan dengan gambar yang dikaitkan dengan huruf seperti contoh f-feri. Responden diminta untuk meletakkan gambar yang betul di atas cawan plastik yang mempunyai huruf. Aktiviti diulang sebanyak 3 kali sebelum melakukan aktiviti latih tubi.iii. Aktiviti latih tubi diberikan oleh penyelidik dalam bentuk latihan memadankan huruf pada gambar yang betul.iv. Media dadu huruf digunakan dalam aktiviti pengukuhan dimana responden diminta untuk melontar dadu dan memilih gambar yang betul berdasarkan huruf yang terpapar pada dadu. v. Selesai aktiviti pengukuhan, lembaran kerja baru diberikan pada responden dengan membulatkan huruf yang betul berdasarkan gambar yang telah diberikan.

15 April 2015 AKTIVITI 4 : Roda huruf alatan dan latih tubi i. Responden akan memutar roda huruf dan jarum penunjuk akan berhenti pada huruf di roda tersebut. ii. Penyelidik kemudiannya akan meminta responden menamakan satu perkataan yang bermula dari huruf tersebut kecuali kata nama khas. iii. Responden yang berjaya menamakan perkataan akan mendapat markah dan perkataan yang sama tidak boleh digunakan lagi. iv. Lembaran kerja latih tubi diberikan kepada responden.v. Responden bermain permainan bingo huruf pada langkah pengukuhan.

22 April 2015 AKTIVITI 5 : Poket huruf alatan dan latih tubi. i. Responden akan memutar roda hurufii. Responden akan memasukkan gambar di poket yang telah disediakan berdasarkan huruf yang terpapar di roda. iii. Terdapat 3 poket yang perlu diisi iaitu huruf, gambar yang berkaitan dengan huruf dan nama gambar tersebut.iv. Lembaran kerja latih tubi diberikan berdasarkan langkah interaksi pengajaran.v. Responden diminta untuk melngkapkan puzzle huruf sebagai langkah pengukuhan.

5.2 Cara mengumpul dataDalam melaksanakan kajian tindakan ini, ia memerlukan asas empirikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Dalam melaksanakan kajian tindakan, saya telah mcrancang dalam mengumpul data dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu melalui rekod pemerhatian iaitu refleksi setiap kali intervensi dijalankan dan juga jurnal yang telah dilakukan pada setiap minggu, analisis dokumen yang merangkumi hasil lembaran kerja yang telah dilakukan oleh murid dan akhir sekali ialah rekod lembaran kerja bergred.i. Rekod PemerhatianPengkaji telah membuat refleksi pengajaran pada setiap kali pengkaji telah menjalankan intervensi terhadap responden. Refleksi pengajaran tersebut merangkumi kelemahan intervensi yang telah dijalankan, pencapaian responden pada sesi pengajaran tersebut dan langkah penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang seterusnya.ii. Analisis DokumenAnalisis dokumen melibatkan pengkaji menganalisis dan menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh responden untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid. antara dokumen yang dianalisis adalah ujian kemasukan responden ke dalam kelas pendidikan khas, buku latihan bahasa malaysia murid ketika mereka diajar oleh guru di sekolah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.iii. Rekod Lembaran Kerja BergredResponden akan dibekalkan dengan lembaran kerja pada setiap kali pelaksanaan intervensi. lni bertujuan untuk dijadikan sebagai satu bahan rujukan bagi mengukur dan menilai penguasaan responden terhadap kemahiran kajian yang diajar pada hari tersebut.

Contoh lembaran kerja bergred :TARIKH A B C

T1 : 25.MAC.2015 2/5 2/5 2/5

T2 : 1.APRIL.2015 2/5 2/5 3/5

T3 : 8.APRIL.2015 3/5 4/5 3/5

T4 : 15 April 2015 4/53/52/5

T5 : 22 April 20154/54/53/5

5.3 Cara menganalisis dataPengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan kaedah :5.3.1 JadualPengkaji telah memilih kaedah jadual kerana kaedah ini boleh memaparkan statistik dan hasil dapatan kajian dengan ringkas dan padat. Sebagai contoh, pengkaji telah menggunakan kaedah jadual untuk memaparkan markah pencapaian responden dalam ujian diagnostik agar pengkaji boleh membuat banding beza antara responden dengan mudah seraya boleh mengasingkan pelajar yang lemah untuk dipilih sebagai murid kajian.5.3.2 GrafPengkaji telah memilih kaedah graf kerana kaedah ini boleh mempermudahkan pengkaji untuk menunjukkan tahap pencapaian murid pada setiap bulan. Graf yang digunakan adalah graf bar dimana pengkaji boleh memaparkan pencapaian yang dicapai oleh responden berdasarkan tinggi atau rendah bar pada graf tersebut seraya memudahkan pengkaji untuk melihat pencapaian responden.

5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian TindakanBILAktivitiJANFEBMACAPRMEIJUN

1Menulis draf 1 Pendahuluan dan Refleksi P&P

2Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal

3Pembacaan literatur

4Mengemukakan draf 1 kepada penyelia untuk semakan

5Perbincangan draf 1

6Memurnikan draf 1

7Membina objektif dan soalan kajian

8Merancang intervensi

9Menentukan kaedah pengumpulan data dan menyediakan instrumen yang bersesuaian

10Membina carta pelaksanaan kajian

11Perbincangan draf 2 kepada penyelia

12Menghantar draf proposal untuk semakan kepada penyelia

13Berbincang dengan penyelia mengenai kajian tindakan

14Menyediakan bahan persembahan untuk pembentangan

15Berbincang dengan penyelia sebagai persediaan pembentangan proposal

16Pembentangan proposal kajian

17Menghantar proposal kepada penyelia

5.5 Kos KajianItem Harga

1. Tanah Liat RM 15.00

2. Cawan Plastik RM 10.00

3. Batang aiskrim RM 20.00

4. Kadbod A4 RM 50.00

5. Kertas laminate RM 50.00

6. Photostate dan print RM 50.00

7. Mounting Board RM 40.00

8. Gam RM 15.00

Jumlah RM250.00

SENARAI RUJUKANAbd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Dr. Abdullah Yusof, Safani Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2006). HBSE 1103 Pengenalan pendidikan khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI psikologi.

Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dodd. Barbara, and Alex Carr. (2003).Young Childrens Letter-Sound Knowledge. Language, Speech and Hearing Services in Schools.

Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

LAMPIRAN20