ulangkaji pra3107

12
SPOT SET 2 BAHAGIAN A (20 markah) BAHAGIAN A: OBJEKTIF 1. D 11.B 2.B 12.A 3.C 13.B 4.B 14.A 5.A 15.C 6.D 16.B 7.B 17.B 8.D 18.D 9.D 19.D 10.A 20.B Jawab semua soalan. 1. Konsep sosial didefinisikan sebagai (A) kebolehan berkomunikasi. (B) fahaman tentang perasaan dan hasrat orang lain. (C) kebolehan berkomunikasi daripada informasi serta apa yang tersedia ada. (D) satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. 2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative versus guilt sudah mengenal atau tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru prasekolah perlu mengambil tindakan (A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah. (B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak. (C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian. (D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap bersaing dalam kalangan kanak-kanak. 3. Bandura (1986) mengatakan bahawa melalui proses peniruan, kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya. Pilih proses-proses peniruan tersebut I meniru secara langsung

Upload: connie-rait

Post on 02-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan dan jawapan pra3107

TRANSCRIPT

Page 1: ulangkaji pra3107

SPOT SET 2

BAHAGIAN A (20 markah)

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

1. D                  11.B

2.B                    12.A

3.C                    13.B

4.B                    14.A

5.A                    15.C

6.D                    16.B

7.B                    17.B

8.D                    18.D

9.D                    19.D

10.A                 20.B

Jawab semua soalan.

1. Konsep sosial didefinisikan sebagai

(A) kebolehan berkomunikasi.

(B) fahaman tentang perasaan dan hasrat orang lain.

(C) kebolehan berkomunikasi daripada informasi serta apa yang tersedia ada.

(D) satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara

yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative versus guilt

sudah mengenal atau tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru

prasekolah perlu mengambil tindakan

(A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah.

(B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak.

(C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian.

(D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap

bersaing dalam kalangan kanak-kanak.

3. Bandura (1986) mengatakan bahawa melalui proses peniruan, kanak-kanak

akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah

kesannya. Pilih proses-proses peniruan tersebut

I meniru secara langsung

Page 2: ulangkaji pra3107

II meniru secara tidak langsung

III peniruan melalui persekitaran

IV tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan

V tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

4. • menolong di dalam kelas dan di rumah

    • menjalankan aktiviti permainan mudah bersama rakan

    • meminta kanak-kanak membentuk peraturan di dalam kelas

Cadangan aktivit-aktiviti di atas sesuai bagi perkembangan

(A) emosi.

(B) sosial.

(C) kognitif.

(D) bahasa.

5. Antara pernyataan di bawah, yang manakah tidak benar tentang pengajaran

yang bukan berasaskan jantina?

(A) Kanak-kanak perlu diberikan aktiviti berasaskan kebolehan dan Keupayaan.

(B) Kanak-kanak perlu melalui proses penilaian yang sama dan dinilai dengan

adil.

(C) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan semua kanak-kanak.

(D) Mereka diberikan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

6. Menurut ahli psikologi Sandra Anselmo, terdapat dua jenis tingkah laku

prososial iaitu kerjasama dan pengorbanan. Pengorbanan merujuk kepada

(A) persaingan yang menggalakkan pemikiran saya.

(B) saat seseorang bertingkah laku negatif ketika menerima bantuan.

(C) kebolehan memahami diri sendiri dan menggalakkan pemikiran Kita.

(D) tingkah laku yang menguntungkan orang lain dan bukan pihak yang

melakukan tindakan terse

7. Prinsip utama tingkah laku prososial ialah kefahaman terhadap diri sendiri,

orang lain dan kebolehan untuk memahami emosi orang lain. Pilih manakah yang

paling tepat dengan pernyataan diatas. Tingkah laku Prososial Tindakan

Page 3: ulangkaji pra3107

A bekerjasama merungut jika bertukar-tukar kumpulan

B empati membantu kawan memakai tali kasut

C bantu orang memberi bantuan sekiranya diperlukan

D murah hati memilih rakan sebaya untuk berkongsi alat mainan

8. Izwan merupakan seorang murid prasekolah yang menunjukkan tingkah laku

agresif. Dia seronok melihat orang lain mengalami kesusahan dan penderitaan.

Pernyataan di atas menunjukkan tingkah laku

(A) disruptif

(B) destruktif

(C) kebimbingan

(D) permusuhan nyata

9. Main peranan dan stimulasi merupakan salah satu kaedah atau teknik yang

dapat digunakan semasa melaksanakan aktiviti di kelas prasekolah. Apakah

kepentingan aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial kanak-kanak

prasekolah ?

(A) Menambahkan perbendaharaan kata.

(B) Meniru tingkah laku rakan untuk berlakon.

(C) Menerima pujian dan ganjaran daripada guru.

(D) Memahami perasaan dan pandangan orang lain.

10. Cikgu Shimah sering menghadapi masalah mengemas pusat pembelajaran

selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan. Masalah tersebut dapat diatasi dengan

cara

(A) menjadikan aktiviti berkemas sebagai rutin harian.

(B) membenarkan murid-murid melihat sudut pembelajaran.

(C) meminta murid-murid membawa alat permainan dari rumah.

(D) mengemaskan sendiri bahan-bahan selepas murid-murid menggunakannya.

11. Emosi seseorang berkembang

(A) sebelum lahir.

(B) sepanjang hayat.

(C) berperingkat-peringkat.

(D) sejak lahir hingga alam remaja.

12. Kecerdasan emosi merujuk perkara-perkara berikut :

I mengenali emosi sendiri

II boleh membezakan antara kepentingan diri dan orang lain

III mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada timbulnya sesuatu

Page 4: ulangkaji pra3107

perasaan

IV kebolehan mengenal pasti emosi orang lain dengan memberikan tumpuan

kepada tingkah laku bukan verbal

V individu yang matang kecerdasan emosi sukar bergaul dan menahan tekanan

yang diterima dari persekitarannya

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan IV sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

13. Farid seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.Dia mempunyai emosi yang cepat

berubah dan sering berperasaan takut menghadapi situasi baru.Perasaan

cemburunya juga semakin bertambah.Sungguhpun begitu Farid suka bergaul

dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya. Apakah yang boleh dilakukan oleh

Cikgu Ali bagi memupuk perkembangan emosi Farid?

(A) Komentar positif yang terhad.

(B) Pujian dan ganjaran yang berterusan.

(C) Ancaman dan kritikan yang sesuai dengan tingkah laku.

(D) Perhatian dan layanan yang sama rata untuk semua kanak-kanak.

14. Mengurus emosi dengan baik dapat membantu guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di kelas prasekolah. Semua

pernyataan di bawah menekanan kepentingan mengurus emosi dengan baik di

bilik darjah kecuali

(A) kerunsingan sosial dan kesepian dapat dipertingkatkan.

(B) peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain.

(C) dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik.

(D) dapat menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa

berlawan.

15. Guru prasekolah meminta murid-muridnya membuat pelbagai mimik muka

seperti orang marah, gembira, sedih, takut, hairan dan sebagainya di hadapan

cermin. Aktiviti di atas membolehkan kanak-kanak

(A) mengurus emosi sendiri.

(B) mengurus emosi orang lain.

(C) mengenali pelbagai jenis emosi.

Page 5: ulangkaji pra3107

(D) mengenali dan memahami emosi sendiri.

16. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak turut mempengaruhi perkembangan

kognitif mereka. Aspek utama yang menggalakkan perkembangan sosioemosi

kanak-kanak ialah

(A) konsep pemikiran yang positif.

(B) hubungan dengan rakan sebaya dan individu lain.

(C) keupayaan mengawal fizikal daripada aktiviti lasak.

(D) kecenderungan terhadap muzik dan pergerakan lembut.

17. Beberapa orang kanak-kanak prasekolah didapati mempunyai konsep kendiri

negatif, kurang berkomunikasi dengan kawan semasa aktiviti kumpulan dan

sentiasa mengasingkan diri. Tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru

untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-

kanak tersebut ialah

I mewujudkan interaksi positif dalam kalangan kumpulan kecil kanak-kanak

II membimbing dan memberi motivasi yang wajar dengan membetulkan tingkah

laku mereka

III memberikan layanan dan perhatian yang lebih bagi meningkatkan keyakinan

diri

IV memberi peluang kanak-kanak mengambil watak yang penting dalam aktiviti

lakonan

V menggalakkan kanak-kanak berkawan dan bergaul denganr akan sebaya yang

tertentu sahaja

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

18. Cikgu Nurul berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan

luar.Mereka memilih permainan Musang Kejar Ayam.Berikut adalah perbualan

antara guru dan kanak-kanak prasekolah.

Murid Aini : Cikgu asyik dia sahaja jadi musang. Saya juga hendak jadi musang

Cikgu Nurul : Ya, sekarang giliran kamu pula.

Apakah ciri yang perlu dimiliki oleh guru tersebut?

(A) Tiada perasaan janggal.

(B) Bertindak mengikut rasa hati.

(C) Menyediakan persekitaran yang baik.

(D) Bertindak mengikut keperluan kanak-kanak.

Page 6: ulangkaji pra3107

19. Setelah menjalankan ujian diagnostik, Cikgu Lili mendapati tiga orang kanak-

kanak di kelas prasekolahnya mempunyai masalah pertuturan yang

serius.Tindakan awal yang perlu dilakukan oleh Cikgu Lili ialah

(A) mengatasi masalah itu sendiri.

(B) menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya.

(C) memberi rawatan yang diperlukan serta menyediakan laporan perubatan.

(D) menyediakan laporan dan berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak bagi

mendapatkan rawatan.

20. Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan oleh guru. Salah satu strategi yang popular ialah strategi

pengurusan konflik. Strategi pengurusan konflik ialah

(A) role model , memahami kesan , shaping

(B) talk it out, model resolusi, do something else

(C) modifikasi tingkah laku, time out, peneguhan positif

(D) menggunakan I message, sistem token, peneguhan positif

BAHAGIAN B

(40 markah)

1. Komponen Perkembangan Sosioemosi dalam pendidikan prasekolah merupakan

satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

(a) Empat komponen sosioemosi :

i.   Mengurus dan memahami emosi diri sendiri

ii.  Mencapai emosi positif

iii. Memberi kemahiran sosial

iv. Membina keyakinan                                     (4 markah)

(b) Berdasarkan teori Erik Erikson, huraikan ciri-ciri perkembangan emosi beserta

contoh.

Asas Kepercayaan lawan asas Ketidakpercayaan

i. rasa kepercayaan wujud

Page 7: ulangkaji pra3107

ii.membina kepercayaan secara peringkat

iii. membina ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

iv. ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku positif.                     (2

markah)

Autonomi lawan Keraguan

i. keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri

ii.merasa malu jika tidak diberi kuasa

iii. merasa malu di depan orang

iv. merasa takut melakukan sesuatu                                                      (2 markah)

Inisiatif lawan bersalah

i. belajar cuba untuk berdikari

ii. peka kepada yang betul dan yang salah

iii. ada inisiatif untuk melakukan sendiri

iv. membina sikap negatif jika merasa serba salah                                 (2 markah)

2. Kemahiran prososial adalah salah satu perkembangan sosio-emosi kanak-

kanak.

(a) Senaraikan lima ciri kanak-kanak yang mempunyai kemahiran prososial?

1. Mematuhi peraturan bilik darjah .

2. Bersopan santun dan mengamalkan kata-kata positif dalam kelas.

3. Suka menolong kawan dan guru .

4. Menunjukkan sikap tolreansi sesama rakan .

5. Boleh berkongsi alat permainan .

6. Mempunyai variasi dalam emosi ( gembira, sediah , suka , duka dll)

7. Pendengar yang baik .

8. Lain-lain jawapan yang sesuai dengan situasi prososial                       (5 markah)

Page 8: ulangkaji pra3107

(b) Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran

seseorang kanak-kanak

1. galakan daripada ibu bapa, keluarga dan pihak sekolah

2. mewujudkan sub-budaya berkawan yang positif dan dinamik

3. mempunyai rakan sebaya yang baik

4. mempunyai jiran dan masyarakat keliling yang perihatin

5. wujud kematangan dan personality yang terbimbing

6. sosio-ekonomi keluarga yang mantap

7. Lain-lain jawapan yang munasabah                                                   (5 markah)

3. Tingkah laku bermasalh timbul disebabkan kekurangan keupayaan individu

kanak-kanak dalam proses adaptasi atau pun akomodasi. Akibatnya ia

menggangu emosi dalam aktiviti kehidupan individu dan seterusnya dalam proses

interaksi.

a. Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan lima faktor yang boleh

menimbulkan keadaan pergantungan berlebihan.

1. Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan melampau (over – protection)

2. Pelajar yang kurang berkeyakinan

3.Konsep kendiri pelajar yang lemah

4.Pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada guru

5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terlalu sukar untuk dijalani oleh

para pelajar.Murid banyak bergantung kepada guru

6.Ibu bapa yang bersikap autokratik di mana tidak memberi peluang kepada anak

untuk membuat keputusan

7. Lain-lain jawapan yang munasabah                                       (5 markah)

b. Huraikan lima pendekatan yang digunakan oleh Lee Canter (1976) berdasarkan

Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif) bagi mengatasi tingkah laku

bermasalah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.

2. kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .

3. Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran

Page 9: ulangkaji pra3107

4. guru membantu perkembangan kanak-kanak , dalam masa yang sama

mengurangkan tingkah laku kendiri yang bermasalah

5. Sokongan daripada guru bagi kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku

yang bersesuaian.

6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang harapan

dan kesan.

7. Suasana penyayang dan menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan

pembelajaran.       (5 markah)

4.Pendidikan Prasekolah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi

dengan persekitaran sosial yang sihat dan terancang bagi memudahkan

menggunakan komunikasi berkesan bagi menyelesaikan masalah.

(a) Berdasarkan pernyataan diatas, cadangkan empat faktor yang menyebabkan

kanak-kanak menghadapi konflik dalam kelas prasekolah.

1. penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai

2. keadaan fizikal bilik darjah yang yang kurang selesa

3. Perhubungan guru dan kanak-kanak yang kurang baik dan mesra.

4. sahsiah guru yang kurang meyakinkan kanak-kanak – guru kurang pengalaman

5. kesihatan kanak-kanak yang kurang baik

6. Lain-lain jawapan yang

munasabah                                                                           (4 markah)

(b) Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk membantu

memperkembangkan komunikasi kanak-kanak semasa guru bercerita kepada

mereka.

i. Menyoal kanak-kanak mengenai emosi watak-watak dalam cerita.

ii Bertanyakan tentang perasaan mereka terhadap peristiwa dalam cerita.

iii Main peranan tentang peristiwa dalam cerita.

iv Guru bercerita dengan menunjukkan perasaan gembira, takut, sedih dan

sebagainya.

v Jawapan lain yang

munasabah                                                                                              (6 markah)

Page 10: ulangkaji pra3107

Bahagian C       (40 markah )

Jawab dua soalan.

1. (a) Seorang kanak-kanak mempunyai masalah suka mengasingkan diri dan

tidak mahu libat dalam aktiviti kelas dan kumpulan.

Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai lima teknik bimbingan yang boleh di

gunakan oleh guru di kelas prasekolah.

1. Guru menjadi model – tingkah laku guru menjadi ikutan kanak-kanak.

2. memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan

3. Membentulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan tingkah

laku yang betul.

4. Menyediakan peraturan bilik darjah yang sistemetik.

5. Token ekonomi – beri hadiah

6. Jawapan-jawapan lain yang

munasabah                                                                    (10 markah)

(b) Kesedaran dan pemahaman tentang ras dan budaya perlu dipupuk sejak

kanak-kanak berada di prasekolah lagi.

Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana

seorang guru prasekolah dapat mengintregrasikan pengajaran dan pembelajaran

tentang ras dan budaya dalam Komponen Sosio-emosi.

1. berhati-hati terhadap sikap, kelakuan dan pernyataan guru mengenai bangsa

supaya tidak menyinggung perasaan sesuatu kaum.

2. elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran

3. gambar-gambar yang didapati di dalam kelas mestilah menggambarkan

perpaduan kaum.

4. gunakan bahan-bahan bercetak, filem, video sebagai bahan tambahan buku

teks untuk merangsang perpaduan

5. gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk menggalakkan

perpaduan

6. Jawapan-jawapan lain yang

munasabah                                                                    (10 markah)

2.Memahami kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanakkanak di

peringkat prasekolah amat penting ke arah pembentukan muridmurid yang bijak

dan mempunyai emosi yang stabil.

Page 11: ulangkaji pra3107

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan lima elemen penting kecerdasan

emosi (EQ) menurut teori Daniel Goleman.

1. memahami emosi sendiri

2. kebolehan mengenalikan emosi

3. memotivasikan diri

4. menyedari emosi orang lain

5. mengendalikan hubungan dengan orang lain.                                      (10

markah)

(b) Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak

prasekolah memperkembangkan dan menguruskan kecerdasan emosi.

1. bina asas kepercayaan dalam bilik darjah

2. mengelolakan banyak aktiviti kumpulan

3. bincangkan strategi-strategi yang sesuai mengawal emosi

4. bantu kanak-kanak menyedari emosi sedniri dan meluahkan perasaan dengan

cara yang betul

5. wujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah

6. gunakan ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

7. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                                        (10

markah)

3.Dalam konteks profesionalisme keguruan, selain daripada guru perlu

memahami tugas dan tanggung jawab serta sikap dan tingkah lakunya, seorang

guru prasekolah yang profesional perlu menguasai kemahiran-kemahiran

tertentu.

Jelaskan lima peranan guru penyayang dengan memberi contoh-contoh yang

sesuai.

1. Guru sebagai fasilitator: fleksibel, amal P&P yang aktif, reflektif

2. Guru sebagai instruktur: interaksi secara langsung, mudah & terancang

3. Guru sebagai penyelia bahan permainan: keselamatan, mengkategorikan

Page 12: ulangkaji pra3107

4. Guru sebagai pengurus: sistematik, utamakan keperluan semasa, anjal

5. Guru sebagai pemerhati: tahu perkembangan, lebih objektif, penilai

6. Guru sebagai perancang: rancang P&P, sedara keperluan, tidak terlalu rigit

7. Guru sebagai peranan reflektif: dapat bimbing rakan sejawat, berkongsi

8. Guru sebagai penilai: dapat amalkan penilaian yang authentik, sistematik

9. Jawapan-jawapan lain yang munasabah