ulangkaji

Upload: memiey-sazuki

Post on 11-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nota Ulangkaji Penulisan Kreatif Denotasi & KonotasiContoh dialog makna denotasi & konotasi. Denotasi (makna tersurat) Dia cinta kepada gadis itu. Konotasi (makna tersirat) sudah lama dia memberikan hatinya kepada gadis itu.Kelebihan makna konotasi & denotasi dalam dialog. Meresap dalam perasaan, nikmati tenang, nyaman. Hari telah tua menunjukkan waktu terlalu malam. Keadaan yang menunjukkan keindahan alam sekitar.Sudut PandanganKelebihan penggunaan sudut pandangan orang pertama. Lebih mudah & bahasa lebih personal. Cara perhubungan sebenar iaitu dalam kehidupan sebenar Penulisan tiada orang tengah3 kelebihan sudut pandangan orang ketiga boleh terokai setiap aspek perwatakan penceritaan serba tahu sudut pandangan yang bercorak luaran

Gaya BahasaPelabuhan kebudayaan peradaban zamangedung akal laut bicara manusia

mutiara pendetatasik pujanggakota kebenaran penaung kebebasan ucapsuaradari ruang ini bersinar keagungan pemikiranmenghayati teluk-likuzamandemizamantanpaprasangka apatanpabatas benua

kekal bersamaangin yang mengusapiabadi bersama langit yang memayungidikeramatkan untuk anda menghirup segaladi perpustakaan tercinta ini1. Gaya bahasa dalam sajak Perpustakaan (Usman Awang)

metafora perbandingan antara konkrit dan abstrakContoh : tasik pujanggapersonafikasi memberi unsur manusia atau benda hidup kepada benda bukan hidup.Contoh : angin yg mengusapiresponsif - pengulangan di tengah baris.Contoh : Rangkap 2 baris 4 dan 5 (zaman, tanpa)

2. Makna dan contoh paradoks dan hiperbola.

paradoks: pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum yang realiti. Contoh : Dalam kesepian di tengah ramai.hiperbola:bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contoh :Seribu lautan sanggup diharungi.

Novel remajaFaktor kelangsungan penulisan novel remaja dalam kalangan penulis.-peranan pengkritik yang benar-benar jujur dalam mentafsir dan menilai karya.-usia kepengarangan

Peranan novel remaja dalam sastera nasional.-Hidupkan daya imiginasi-Meransang minat membaca-Memperkayakan pengalaman.

Karya kreatif5 genre karya kreatif yang masih popular di persada dunia sastera tanah air.1.NovelNovel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa.Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris.Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru.Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas plot yang kompleks,Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya,Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai dan suasana serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.ContohnyaNovel Julia yang merupakan karya Abu Hassan Morad yang memaparkan tema kegigihankaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.Sehubungan dengan itu,novel Julia yang mengandungi 17 bab. Di sini menunjukkan, jalan ceritanya panjang dan semestinya terdapat banyak penggunaan gaya bahasa yang menarik dapat diserlahkan oleh pengarang.Penggunaan gaya bahasa ini boleh dilihat menerusi keindahan gaya bahasa yang pelbagai oleh pengarang menerusi rentetan cerita yang panjang. Misalnya, hiperbola yang digunakan sepertiperniagaan adalah peperangan. Di sini menunjukkan pengarang menggunakan kiasan yang berlebih-lebihan dengan maksud sebenar.Selain itu, latar yang digunakan juga lebih banyak berikutan lebih banyak situasi yang terdapat dalam penceritaan di dalam novel. Misalnya,latar tempat diLapanganTerbang SultanAbdulAzizSyah, Subang, iaituketikaJulia dan mama hendak berangkat ke Australia. Tambahan lagi, ada juga situasi di PesawatBoeing 777 iaitu tempat dimana Julia terlanggarJun secara tidak sengaja.Jadi, jelas di sini menunjukkan, berdasarkan genre sastera seperti novel yang panjang ceritanya, kita boleh lihat lebih banyak kepelbagaian bahasa dan latar misalnya, yang digunakan oleh pengarang.2.CerpenCerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek.Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang.Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian.Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja.Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup, misalnya.Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting dan dapat ditonjolkan pemikiran mengenai watak-watak yang difokuskan.Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang karya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba kesusahan. Sewaktu menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiri derita dan kekecewaannya dengan membunuh diri. Namun demikian, setelah mendapat semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangi sungai itu. Di sini menunjukkan, pengarang hanya terhad fokus terhadap satu watak sahaja.Tambahan lagi, cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan dan majalah. Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, cerpen-cerpen pilihan biasanya dikumpul dan dibukukan.

3.DramaDrama merupakan salah satu bentuk karya sastra.Sejenis cereka yang berbentuk lakonan dan selalunya dipentaskan.Perkataan drama berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud gerak.Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui acting (perbuatan) dan dialog.Biasanya drama menampilkan sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari.Sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut menyaksikan dan merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat.Ciri-ciri sebuah drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja.Manakala jenis-jenisnya ialah tragedi, komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan bangsawan.Jenis yang boleh diketengahkan adalah seperti drama berbentuk tragedi yang mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal. Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain.Selain itu, drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh Hafsham.Drama berbentuk seperti pantomin pula dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.4.SajakMenurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan dalaman.Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.Isi-isi dalam sajak pula biasanya berkisahkan unsur pujaan, keagamaan, kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan atau pengisahan.Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau Barat.Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara yang termuat di dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:

Di dalam gelombang hambur-menghamburKudengar seru sayup bahasaHatiku lebur bagaikan hancurHendak kurenang beta tak bisa.

5.PantunPantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman.Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi.Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian.Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan maksud.Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.Contoh pantun adat ialah :Bukan lebah sembarang lebahLebah bersarang dibuku buluhBukan sembah sembarang sembahSembah bersarang jari sepuluhPembinaan PlotPlot Novel Melunas RinduPlot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. Teknik penyusunan plot yangmenarikialah penyusunan peristiwa secaratidakkronolog. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.Terdapat lima binaan plot dalam sesebuah cerpen atau pun novel, yang pertama ialah permulaan plot ialah :

1. peringkatpengenalan (eksposisi),Pengarang mengemukakan beberapa perkara penting kepada pembaca.Perkara-perkara tersebut ialah watak-watak, permasalahan, latar, sudut pandangan dan nada cerita.Sebagai contohnya dalam novel melunas rindu olah Hartini Hamzah.Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Fuad.Selain itu pengarang juga memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Farhana, Pak Ismail, Mak Salmah, dan Cikgu Abas.Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian awal novel ini, pengarang menceritakan Fuad yang lewat pulang pada suatu senja kerana mencari kayu api telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang.Kita juga mengetahui bahawa Fuad ialah seorang mualaf yang taat akan agama iaitu tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan dia selalu menunaikan solat berjemaah di surau.Dia juga rajin membaca al-Quran dengan bimbingan Pak Ismail.Kita juga mengetahui bahawa Fuad sebenarnya anak angkat kepada Pak Ismail dengan Mak Salmah.

2. Binaan yang kedua ialahperkembanganplotyang mengakibatkan konflik terjadi.Contohnya dalam novel melunas rindu dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan dia cuba menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu.Seterusnya pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya.Sebagai contohnya, Fuad menyatakan hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah dan mereka berdua tidak menghalangnya.Seterusnya, dia berusaha untuk mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan, bapa dan ibu saudaranya.Akhirnya, Fuad dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya itu.Hubungan Fuad dengan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini.

3. Binaan plot yang ketiga ialah melibatkanperistiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitukonflik /perumitan.Contohnya Dalam bahagian ini, Fuad mendapat maklumat daripada Pak Ngah Lias iaitu jiran datuknya iaitu Seman bahawa ibunya tidak meninggal dunia seperti yang disangkanya.Hal ini dibuktikan oleh Pak Ngah Lias bahawa mereka tidak mengetahui maklumat tentang kubur ibunya itu dan mereka juga tiada maklumat tentang kematian ibunya.Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu mengatakan bahawa emak Fuad memang bersalin di Kuala Lipis tetapi tidak meninggal dunia.Perkara ini menyebabkan Fuad berasa lebih bersemangat untuk mencari ibu kandungnya.Sementara itu, hubungan Farhana dengan Cikgu Zamani pula menjadi semakin tegang.Hal ini terbukti melalui peristiwa pertengkaran antara mereka berdua akibat kesalahan Cikgu Zamani yang tidak masuk ke kelas semasa kelas lanjutan.Pada bahagian ini juga, ibu Farhana jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan di Kuantan akibat penyakit lelah.Fuad pergi ke Kuantan dan menemani Farhana yang menjaga ibunya yang sakit di hospital

4. Seterusnya binaan plot yang keempat ialahperumitan menuju kepadapuncak / klimaksapabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.Pada bahagian ini pengarang menggambarkan kepada kita tentang peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana semasa dia menemani Farhana menjaga ibunya itu di hospital.Nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman itu sama dengan nama emak kandungnya.Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan mengharapkan agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak Farhana.Setelah berbincang dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana itu juga ialah emak kandungnya.Walau bagaimanapun Farhana agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan bapa.

5. Seterusnya binaan plot yang terakhir ialahpeleraian.

Pengakhiran merupakan penyelesaian sesebuah kisah.Penyelesaian mungkin berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan.Contohnya Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik.Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu.Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung.Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung.Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih.Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa dia juga akan menyusul kemudian.

1