tutorial m11

6
TUTORIAL MINGGU 11 MELAKSANAKAN DAN MENGURUSKAN AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO BERDASARKAN RPH YANG DISEDIAKAN. Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Pendidikan Khas Kelas : 1 Baiduri M / P : Pendidikan Khas (Bahasa Melayu) Tarikh : 17 Ogos 2013 Hari : Isnin Masa : 10.00 – 11.00 (60 minit) Bil. Murid : 8 Orang Tema : Haiwan Tajuk : Pra tulisan Fokus : Persediaan menulis Kemahiran : 5.2 menggerakan tangan dengan menggunakan alat tulis dan menulis dalam kedudukan yang bersesuaian. 5.2.1 penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulis dan kedudukan semasa menulis 5.3 Melakukan koordinasi mata dengan tangan 5.3.1 latihan koordinasi mata dan tangan semasa menulis

Upload: zhehong-tan

Post on 09-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tutorial minggu 11 sdp

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial m11

TUTORIAL MINGGU 11

MELAKSANAKAN DAN MENGURUSKAN AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO

BERDASARKAN RPH YANG DISEDIAKAN.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Pendidikan Khas

Kelas : 1 Baiduri

M / P : Pendidikan Khas (Bahasa Melayu)

Tarikh : 17 Ogos 2013

Hari : Isnin

Masa : 10.00 – 11.00 (60 minit)

Bil. Murid : 8 Orang

Tema : Haiwan

Tajuk : Pra tulisan

Fokus : Persediaan menulis

Kemahiran : 5.2 menggerakan tangan dengan menggunakan alat tulis dan

menulis dalam kedudukan yang bersesuaian.

5.2.1 penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulis dan

kedudukan semasa menulis

5.3 Melakukan koordinasi mata dengan tangan

5.3.1 latihan koordinasi mata dan tangan semasa

menulis

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid pernah melihat dan didedahkan dengan haiwan-haiwan yang

dinyatakan oleh guru di persekitaran mereka.

2. Murid mengetahui bentuk dan warna haiwan yang ditanyakan oleh guru.

Page 2: Tutorial m11

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Murid mampu mewarna sekurang-kurangnya 3 daripada 4 gambar haiwan

yang diberikan dengan kaedah & teknik yang betul.

2. Murid dapat menggayakan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 pergerakkan

haiwan yang di tunjukkan kepada mereka melalui tayangan kad gambar.

3. Murid dapat menyebut sekurang-kurangnya 3 nama haiwan yang telah

mereka lihat di dalam tayangan video.

4. Murid mampu meniru sekurang-kurangnya 3 daripada 4 bunyi haiwan yang

ditunjukkan kepada mereka.

Penyerapan M / P :

Pendidikan seni

Sains

Pendidikan jasmani(pergerakkan)

Muzik

Pengabungjalinan kemahiran: menulis, koordinasi dan mengecam.

Penyerapan nilai : Yakin, berani, bersungguh-sungguh untuk belajar.

KBKK : Mengecam dan membeza.

BBM/ Resos : Kad gambar, pensel warna, kertas warna, gunting, gam,

lembaran kerja, komputer riba.

Page 3: Tutorial m11

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

Set induksi

(±10 Minit )

Kad gambar Haiwan.

a)

b)

c)

d)

1. Murid ditanya tentang haiwan kesukaan mereka.

2. Murid diminta meneka nama haiwan berdasarkan gambar secara satu persatu.

3.Murid diminta untuk mengayakan pergerakan haiwan yang terdapat di dalam gambar tersebut.

4. Murid seterusnya akan diminta untuk meniru bunyi haiwan tersebut.

Teknik : teka-teki, soal jawab, penyebutan

Terapi : Pertuturan & pergerakan

Nilai : a) Berani

mengemukakan pendapat.

b) Bersungguh-sungguh mengikuti sesi P&P.

Resos :1. Kad gambar

Lembu

Arnab

Katak

Ayam

Page 4: Tutorial m11

Langkah 1

(± 10 Minit )

Menyambung titik-titik membentuk haiwan

1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi lukisan haiwan separa siap yang bertitik.

2. Murid diminta untuk menyambung titik-titik pada lukisan tersebut sehingga membentuk lukisan haiwan yang lengkap.

3. Setelah siap murid akan disoal apakah haiwan yang terhasil daripada lukisan tersebut.

Teknik : Menyambung titik-titik pada lukisan separa siap.

Terapi : Koordinasi mata

dan tangan. Motor halus

Nilai : Sentiasa menumpukan perhatian pada kerja yang diberikan.

Resos : 1. Lembaran kerja2. Pensil warna

Langkah 2

(± 10 Minit )

Mewarna gambar haiwan yang telah disediakan

a)

b)

c)

d)

1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi gambar haiwan.

2. Murid diminta untuk mewarnakan setiap gambar yang telah disediakan.

Teknik : Mewarna dengan betul

Terapi : motor halus

Nilai : Sentiasa menumpukan perhatian pada kerja yang diberikan.

Resos : 1. lembaran kerja2. Pensel warna

Page 5: Tutorial m11

Langkah 3

(± 20 Minit )

Menampal kertas warna pada gambar arnab (Kolaj)

1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi gambar arnab.

2. Murid diminta mengunting kertas warna sehingga menjadi cebisan kecil.

3. Murid diminta untuk melekatkan kertas warna pada gambar arnab.

Teknik : menggunting dan menampal

Terapi : Motor halus Koordinasi mata

dan tangan.

Resos : 1. Lembaran kerja2. Gunting 3. Kertas warna4. Gam

Penutup

(±10 Minit )

Ingat kembali 1.Murid-murid ditayangkan dengan video nyanyian berkenaan dengan haiwan dan seterusnya diminta untuk menyebut semula apakah haiwan yang telah mereka lihat di dalam video tersebut.

2.Murid kemudianya akan ditanya semula apakah yang telah mereka pelajari.

Teknik : lihat & ingat,

Terapi :

Pertuturan

penglihatan

Nilai: yakin dalam

melakukan sesuatu

Resos:

1. Komputer riba