m11-isu-isu syariah terpilih-keputusan mps buku bank negara

62
Isu- Isu Syariah Terpilih Dalam Perbankan Islam Presented by : Norzulikah bt Baharudin IEH090075 Syafiah Syafiqah bt Jumaat IEH090111

Upload: ieyka-sheinra

Post on 03-Jul-2015

303 views

Category:

Documents

4 download

TRANSCRIPT

Page 1: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Isu- Isu Syariah Terpilih Dalam Perbankan Islam

Presented by :Norzulikah bt Baharudin IEH090075Syafiah Syafiqah bt Jumaat IEH090111

Page 2: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH NIAGA SECARA ISLAM ( ISLAMIC NEGOTIABLE

INSTRUMENT OF DEPOSIT, INID ) BERKADAR TERAPUNG

Page 3: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan INID

berkadar terapung dengan mekanisme seperti yang

berikut :

Pelanggan menyimpan wang di bank

Bank terima deposit dan mengeluarkan INID – bukti

penerimaan deposit

INID boleh diniagakan dalam pasaran sekunder

Apabila matang,pelanggan menyerahkan INID kepada

bank dan menerima nilai prinsipal INID dan dividen

yang diumumkan

Dividen – Keuntungan penggunaan deposit oleh bank

Page 4: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan:

Majlis memutuskan bahawa INID menggunakan konsep

mudharabah diharuskan dan boleh diniagakan dalam

pasaran sekunder

Page 5: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

KADAR RUJUKAN (INDICATIVE RATE)

DALAM PERBANKAN ISLAM

Page 6: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Kadar Rujukan adalah penunjuk bagi pelabur dan pendeposit yang ingin melabur atau mendeposit wang mereka di dalam institusi perbankan islam.

Ia menggunakan kadar keuntungan yang diumumkan oleh institusi perbankan islam bagi aset yang dipegang oleh mereka sebagai asas pengiraan. Dalam ontrak mudharabah, keuntungan akan dibayar kepada pelaburakan hanya diketahui apabila kontrak tersebut matang berdasarkan nisbah pembahagian untung yang telah dipersetujui.

Cadangan telah dikemukakan agar kadar keuntungan kepada pelabur ditetapkan pada masa kontrak dilaksanakan sekiranya kadar keuntungan yang akan diperoleh telah diketahui berdasarkan kedudukan portfolio aset yang dipegang.

Persoalannya :

Adakah harus di sisi Syariah untuk membuat unjuran keuntungan dalam kontrak mudharabah.

Page 7: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan :

- Majlis telah memutuskan bahawa penggunaan kadar

rujukan dalam kontrak pelaburan perbakan islam

berasaskan kontrak mudharabah diharuskan dengan

syarat berikut :

Kadar Rujukan perbankan islam hanyalah dianggap

sebagai penunjuk kadar keuntungan yang bakal diperoleh

Sekiranya kadar keuntungan sebenar yang diperoleh

institusi perbankan islam ketika kontrak matang berbeza

dengan jadar rujukan yang dipersetujui pada awal

kontrak, kadar keuntugan yang akan dibayar kepada

pelabur mestilah berdasarkan kadar keuntungan sebenar.

Page 8: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keperluan terhadap cagaran dalam sesuatu pembiayaan merupakan satu kebiasaan dalam aktiviti perbankan sama ada pembiayaan secara konvensional atau secara Islam. Aset yang digunakan sebagai cagaran pula adalah pelbagai sama ada dalam bentuk aset nyata atau aset kewangan

Page 9: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Justeru, institusi perbankan mengutarakan persoalan sama ada aset kewangan patuh Syariah seperti Sijil Pelaburan Am Mudharabah boleh dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan konvensional.

Justeru, institusi perbankan mengutarakan persoalan sama ada aset kewangan patuh Syariah seperti Sijil Pelaburan Am Mudharabah boleh dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan konvensional.

Page 10: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Majlis pada mesyuarat ke-9 pada 25 Februari 1999 bersamaan 8 Zulkaedah 1419 memutuskan bahawa Sijil Pelaburan Mudharabah boleh digunakan sebagai sekuriti (cagaran) bagi pembiayaan secara Islam. Walaubagaimanapun, jika sijil ini digunakan sebagai cagaran bagi pembiayaan secara konvensional, ia adalah tanggungjawab pelanggan itu sendiri dan di luar tanggungan institusi perbankan Islam.

Page 11: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

KOS PENYELENGAR

AAN DALAM AKAUN

DEPOSIT MUDHARABAH

Page 12: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Akaun deposit Mudhrabah merupakan satu produk kewangan yang telah ditawarkan dalam pasaran. Terdapat cadangan daripada institusi perbankan Islam untuk mengenakan caj kos penyelenggaraan terhadap pendeposit (sahibul mal) akaun deposit Mudharabah. Persoalan disini sama ada bank sebagai Mudharib boleh mengenakan kos penyelenggaraan terhadap pendeposit dari sudut pandangan Syariah.

KEPUTUSAN

i.Majlis pada mesyuarat ke-16 pada 11 November 2000 memutuskan bahawa bank tidak boleh mengenakan caj kos penyelenggaraan terhadap pendeposit ( sahibul mal ) dalam akaun deposit Mudharabah.

ii.Sekiranya pihak bank memerlukan amaun tambahan bagi menampung kos penyelenggaraan, sepatutnya ia telah diambil kira dalam penentuan nisbah perkongsian untung yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Page 13: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

MUSYARAKAH

MUTANAQISAH

Page 14: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Pembiayaan mengunakan konsep musyarakah mutanaqisah.

Secara umumnya, modus operandi produk pembiayaan perumahan berasaskan musyarakah mutanaqisah seperti berikut:

I. Pelanggan yang ingin membeli rumah memohon pembiayaan daripada bank.

II. Bank dan pelanggan akan membeli rumah secara bersama-sama berdasarkan bahagian yang ditentukan bergantung pada pembiayaan yang di pohon. (contohnya 90:10)

III.Bayaran pendahuluan dikira sebagai bahagian permulaan pemilikan pelanggan.

IV.Bahagian aset yang dimiliki bersama oleh bank akan disewakan (ijarah) kepada pelanggan ; dan

V. Bayaran ansuran digunakan oleh pelanggan untuk membeli bahagian pemilikan bank secara beransur-ansur sehingga keseluruhan bahagian pemilikan bank dibeli sepenuhnya.

Page 15: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

ISU SYARIAH YANG TIMBUL DISINI ADALAH

TENTANG PENGGABUNGAN PERJANJIAN

MUSYARAKAH DAN IJARAH DALAM SATU

DOKUMEN PERJANJIAN. PERGABUNGAN INI

DIBIMBANGI MENYEBABKAN BERLAKUNYA DUA

JUAL BELI DALAM SATU JUAL BELI (bai’atain fi

bai’ah) YANG DITEGAH….

Page 16: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Majlis pada mesyurat ke-56 pada 6 februri 2006 bersamaan 7 muharam

1427 telah memutuskan bahawa musyarakah mutanaqisah diharuskan

berdasarkan bahawa kontrak musyarakah mutanaqisah diharuskan

berdasarkan bahawa kontrak musyarakah mutanaqisah ialah satu bentuk

kontrak yang telah diiktiraf dalam muamalat islam. Dalam melaksanakan

kontrak musyarakah mutanaqisah, harus bagi pihak yang berkontrak :

I. Menggabungkan dua kontrak musyarakah dan ijarah dalam satu

dokumentasi perjanjian, selagi kedua- dua kontrak dimeterai secara

berasingan dan jelas serta tidak bercampur aduk antara satu sama lain

dan

II. Mengenakan gadaian atas bahagian yang dimiliki oleh pelanggan kerana

hak milik benefisial ialah sesuatu yang diiktiraf oleh syariah.

Page 17: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

PRODUK DEPOSIT DAN PEMBIAYAAN BERASASKAN

TAWARRUQ

Page 18: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Institusi kewangan Islam mencadangkan penawaran produk

deposit dan pembiayaan berdasarkan konsep tawarruq atau

murabahah komoditi. Secara ringkasnya, mekanisme deposit

murabahah komoditi melibatkan urusniaga berikut :

i.Pelanggan (pendeposit) melantik bank sebagai ejen untuk

membeli komoditi logam daripada peniaga logam A secara

harga tunai dalam pasaran komoditi logam yang diiktiraf ; dan

ii.Bank kemudiannya membeli daripada pelanggan komoditi

logam dengan harga belian tangguh pada harga kos ditambah

margin keuntungan ;

iii.Selepas itu, bank menjual semula komoditi logam kepada

peniaga logam B dalam pasaran komoditi logam.

Page 19: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Sebagai wakil yang membeli komoditi logam bagi pihak pelanggan, bank

akan menerima bayaran tunai bagi harga komoditi yang boleh dianggap

sebagai deposit dalam buku lejar bank. Hasil daripada urusniaga (ii) di atas,

bank menanggung liabiliti (amaun kos komoditi ditambah margin

keuntungan) untuk dibayar kepada pelanggan dalam tempoh matang. Harga

komoditi yang dibeli daripada peniaga logam A dan harga yang dijual

kepada peniaga logam B adalah sama.

Merujuk kepada aspek pembiayaan pula, urusniaga yang dijalankan

adalah seperti yang berikut :

i.Bank akan membeli komoditi logam daripada peniaga logam B dengan

harga tunai;

ii.Bank menjual komoditi logam kepada pelanggan dengan harga tangguh

(harga kos ditambah margin keuntungan); dan

iii.Pelanggan melantik bank sebagai ejen untuk menjual komoditi logam

kepada peniaga logam A secara tunai dalam pasaran logam.

Page 20: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Jualan harga tunai daripada pelanggan

kepada peniaga logam A akan membolehkan

pelanggan mendapatkan amaun tunai pembayaran,

manakala jualan harga tangguh daripada Bank kepada

pelanggan akan membolehkan pelanggan membayar

semula kemudahan pembiayaan yang diberi menurut

tempoh yang telah dipersetujui. Persoalan yang

ditimbulkan di sini ialah adakah jual beli yang berlaku

dalam mekanisme di atas selaras dengan

hukum Syarak.

Page 21: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan : Majlis pada mesyuarat ke-51 pada 28

Julai 2005 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1426

memutuskan bahawa produk deposit dan

pembiayaan berdasarkan konsep tawarruq atau

dikenali sebagai murabahah komoditi diharuskan.

Page 22: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

KAD KREDIT SECARA ISLAM BERASASKAN

KONSEP BAY’ AL- ‘INAH

Page 23: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

- Institusi perbankan Islam mencadangkan penawaran produk kad kredit secara Islam berdasarkan gabungan konsep bay’ ‘inah dan wadiah seperti yang berikut :-i.Bank menjual aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh ( nilai pokok campur keuntungan ); contohnya, RM 11800 ( RM 10000 + RM 1800 ) selama setahun. Jumlah ini perlu dibayar oleh pelanggan; danii.Pelanggan menjual balik aset kepada bank secara tunai ( atas nilai pokok ); contohnya, RM 10000. Harga jualan balik adalah lebih rendah daripada harga belian. Nilai pokok inilah yang akan dikreditkan ke dalam akaun marginal wadiah di bank untuk kegunaan pelanggan.

Page 24: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

- Mekanisma kad kredit secara Islam seperti di

atas telah dicadangkan kepada Majlis untuk

diteliti dari sudut keselarasannya dengan

hukum Syarak.

Keputusan :-

- Majlis mesyuarat ke – 18 pada 12 April 2001

bersamaan 22 Muharram 1422 telah

memutuskan bahawa mekanisma produk kad

kredit secara Islam dengan menggunakan

konsep bay’ ‘inah untuk menghasilkan dana

bagi kemudahan kredit kepada pelanggan iaitu

pemohon kad kredit secara Islam adalah harus.

Page 25: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

• Terdapat pelanggan institusi kwangan islam yg mlunaskan bayaran mengikut jadual. Bagi mendorong amalan ini bterusan, institusi tersebut mengambil pendekatan utk mengkredit amaun tertentu kpd pelangan ijarah thumma al-bay sebagai hibah, adakah ia diharuskan syarak?

KEPUTUSAN:• Majlis mesyuarat ke-13 (10 april 2000) telah

memutuskan bahawa konsep hibah dalam kontrak al-ijarah thumma al-bay sebagai insentif kepeda pelangan yg membuat bayaran mengikut jadual adalah diharuskan.

Page 26: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

ISU: HIBAH BAGI KONTRAK PINJAMAN (QARDH).

• Dalam kontrak ini, peminjam memulangkan jumlah yg dipinjam kpd pemiutang tanpa menjanjikan sebarang pertambahan. Walaubagaimana pun dlm amalan semasa, pihak peminjam dengan kerelaan memberi hibah sewaktu melunaskan hutangnya. Persoalannya, adakah pemberian hibah itu selaras dengan prinsip syariah?

KEPUTUSAN:• Majlis mesyuarat ke-55( 29 Dis. 205), pemberian hibah yg tidak disyaratkan adalah diharuskan. Walau bagaimanapun, majlis menyarankan supaya pemberian hibah dilaukan secara bijaksana agar ia tidak menjadi uruf yg boleh menjadi syarat pinjaman.

Page 27: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

ISU: HIBAH DALAM KONTRAK PELABURAN MUDHARABAH ANTARA BANK.

Pelaburan mudharabah antara bank ialah satu bentuk urus niaga antara peserta pasaran dlm psaran wang antara bank secara islam. Bank yg memerlukan dana akan menawarkan kadar pulangan yg kompetetif bg menarik pelabur. Walau bagaimanapun, terdapat bank yg menawarkan kadar pulangan yg rendah dari kadar pasaran. Bagi menarik minat pelabur, terdapat cadangan supaya hibah diperkenalkan dlm kontak pelaburan mudharabah antara bank. Persoalannya adakah pemberian hibah dalam kontrak mudharabah diharuskan di sisi syarak?

Page 28: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

KEPUTUSAN:

• Majlis mesyuarat ke-8 (12 Dis. 1998), memutuskan bhwa penawaran hibah oleh bank penerima biaya kpda pelabur dlm pasaran wang antara bank secara yang menggunakan mudharabah adalah tidak diharuskan. Ini kerana, mudharabah berdasarkan perkongsian untung. Sekiranya penawaran hibah dipakai, ia boleh menjejaskan akad mudharabah tersebut.

Page 29: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

1. Skim Insuran Deposit- Salah satu bentuk jaringan keselamatan bagi melindungi sistem perbankan ialah skim insurans deposit. Tujuannya adalah untuk meminimumkan risiko penanggungan kerugian bagi pihak pendeposit. - Dari aspek perbankan islam pula, tujuannya adalah untuk memastikan deposit perbankan islam mampu bersaing dengan deposit konvensional dalam menarik pelanggan sektor perbankan dan kewangan umum. Isu utama disini ialah sama ada institusi perbankan islam boleh mendapatkan jaminan melalui skim insurans deposit.

Page 30: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan

- Mesyuarat Majlis penasihat syariah ke-26 telah

memutuskan bahawa skim insurans deposit perbankan

islam diharuskan berdasarkan konsep saling menjamin

antara institusi kewangan islam sebagai peserta.

Pelaksanaan skim insurans deposit tidak bertentangan

dengan syariah kerana ia bertujuan menjaga

kepentingan umum terutamanya pendeposit dan

industri perbankan. Namun begitu, pengasingan dana

dalam operasi skim insurans deposit perlu dibuat bagi

memastikan pelaburan dibuat dalam instrumen yang

dibenarkan oleh syariah.

Page 31: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

2. Jaminan kredit

Syarikat jaminan kredit yang menyediakan skim jaminan perbankan islam bercadang menawarkan skim jaminan laluan terus secara islam. Antara ciri skim jaminan laluan terus secara islam:

a) Mempunyai had jumlah pembiayaan yang ditetapkan oleh syarikat penjamin.

b) Had tempoh jaminan ditetapkan antara 5 – 8 tahun.

c) Kadar upah ditetapkan oleh syarikat

d) Lindungan jaminan adalah antara 30%-100% daripada jumlah pembiayaan

e) Mengenakan caj pemprosesan dan caj pembaharuan.

Jaminan kredit ini ialah jaminan terhadap pembiayaan secara islam yang diberi oleh institusi kewangan islam kepada pelanggan. Isunya ialah berkenaan kaedah jaminan yang melibatkan pengenaan upah. Penerima jaminan perlu membayar sejumlah upah kepada pihak penjamin.

Page 32: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan

Mesyuarat Majlis penasihat syariah ke-54 telah

memutuskan bahawa kaedah jaminan secara islam yang

ditawarkan oleh syarikat jaminan kredit (dengan

mengenakan upah) terhadap pembiyaan secara islam

yang diberikan oleh istitusi kewangan islam kepada

pelanggan diharuskan.

Page 33: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

DEFINISI TA’WIDH

Memberikan pampasan atau imbalan atas kerugian yang dialami akibat kemudaratan yang ditimbulkan.

ISU

1.Pengenaan ta’widh dalam Kewangan Islam

Majlis pada mesyuarat ke-4 pada 14 Februari 1998 telah memutuskan bahawa penggunaan ta’widh boleh dikenakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-• Mestilah tidak melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh pihak pemberi biaya.•Penentuan kadar ganti rugi dibuat oleh Bank Negara Malaysia.•Kemungkiran atau kelewatan pembayaran adalah disebabkan oleh kecuaian pihak penerima biaya.

Page 34: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

2. Ta’widh terhadap hutang penghakiman

- Majlis pada mesyuarat ke-50 dan 61 telah memutuskan bahawa mahkamah boleh mengenakan caj penalti lewat bayar bagi hutang penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah bagi kes-kes perbankan Islam dan takaful berdasarkan gabungan kaedah gharamah(penalti) dan ta’widh(ganti rugi).Dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-

Mahkamah boleh mengenakan caj penalti pada kadar 8%setahun.Tetapi daripada kadar 8% setahun itu,pemiutang kehakiman (bank) hanya dibenarkan untuk mengambil kadar ganti rugi sebenar(ta’widh).

Kadar Ta’widh yan boleh diambil oleh pihak pemiutang kehakiman adalah mengikut “purata tahunan bagi kadar purata wajaran semalaman”(annual average for overnight weighted rate) pasaran wang secara Islam bagi tahun sebelumnya sebagai rujukan.

Jumlah ganti rugi sebenar yang berhak diambil tidak boleh melebihi hutang pokok.Jika kadar ganti rugi sebenar kurang daripada 8% setahun,yang selebihnya hendaklah disalurkan oleh pemiutang kehakiman kepada badan kebajikan yang akan ditentukan oleh BNM.

Page 35: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

a) Klausa Ibra’ dalam perjanjian pembiayaan

• Pada peringkat awal Ibra’ dilaksanakan dalam institusi perbankan Islam berasakan budi bicara pembiaya kepada pelanggan yang melangsaikan hutang lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

• Oleh sebab Ibra’ yang diberikan oleh perbankan Islam adalah berasakan budi bucaranya semata, timbul keraguan di pihak penerima biaya sama ada mereka layak atau tidak untuk mendapat kemudahan tersebut apabila melunaskan hutang lebiih awal.

• Selain itu mereka juga ragu tentang pengiraan Ibra’ yang disediakan oleh bank.

Page 36: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Bagi mengatasi masalah di atas, dicadangkan supaya satu klausa janji untuk memberikan Ibra’ kepada pelanggan yang melunaskan hutangnya lebih awal daripada tempoh matang di wujudkan,

Oleh itu, perlu diteliti sama ada peruntukan kausa janji untuk memberikan Ibra’ kepada pelanggan dalam perjanjian pembiayaan Islam selaras dengan hukum Syarak.

Page 37: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan

Majlis pada mesyuarat ke-24 yang diadakan pada 14 April 2002 telah memutuskan bahawa institusi perbankan Islam boleh memasukkan klausa janji untuk memberikan ibra’ kepada pelanggan yang melunaskan hutangnya lebih awal dalam perjanjian pembiayaan meraka atas dasar kemaslahatan umum.

Klausa janji untuk memberikan Ibra’ tersebut hendaklah diletakkan di bawah kaedah pembiayaan.

Page 38: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Berdasarkan penelitian ciri-ciri produk Bay’ bithaman ajil boleh ubah, beberapa isu Syariah ditimbulkan. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut :

Sama ada klausa ibra’ boleh dimasukan ke dalam surat cara perjanjian.

Sama ada dua bentuk Ibra’ boleh diberikan dalam satu perjanjian iaitu Ibra’ untuk penyelesaian dan Ibra’ bulanan bagi menyamai kadar keuntungan pasaran.

Sekiranya kadar keuntungan efektif dinaikan, sedangkan bayaran ansuran bulanan ditetapkan tidak berubah, sama ada klausa perjadualan semula boleh dimasukan ke dalam perjanjian untuk melanjutkan tempoh pembiayaan tanpa perlu berakad semula.

Page 39: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Majlis pada mesyuarat ke-32 pada 27 Feb 2003 telah memutuskan bahawa pemberian Ibra’ dalam produk Bay’ bithaman ajil boleh ubah diharuskan.

Dalam konteks ini’ bank ialah pihak yang bersetuju menawarkan Ibra’ kepada pelanggan dan terpulang kepada bank bagaimana bentuk Ibra’ yang difikirkan sesuai untuk ditawarkan.

Sebaliknya bank telah berjanji untuk memberikan Ibra’ kepada pelanggan, bank adalah terikat dan mestilah melaksanakan janji tersebut.

Page 40: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Bedarsarkan persetujuan bersama dalam perjanjian, tempoh pembiayaan kepada pelanggan boleh dilanjutkan tanpa berakad semula dengan syarat kedua-dua pihak melaksanakan semua janji yang dimeterai dan harga akhir yang dikenakan terhadap pelanggan tidak melebihi harga jualan asal ( dengan kadar keuntungan syiling ) yang dimeterai.

Page 41: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (REPO)

Page 42: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Perjanjian jual dan beli balik (repo)

merujuk kepada kontrak jual beli sesuatu

aset dalam instrumen kewangan secara

Islam yang dengannya kedua belah pihak

berjanji untuk membeli atau menjual balik

aset berkenaan pada masa hadapan.

Kewujudan kontrak repo ini sangat penting

bagi membiayai keperluan dana dalam

pasaran wang antara bank secara Islam.

Page 43: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Apakah kedudukan dan kesan janji dalam sesuatu kontrak?

Adakah meletakkan syarat untuk membeli atau menjual balik dalam sesuatu kontrak jual beli di haruskan di sisi syariah

Keputusannya : Majlis pada mesyuarat ke-13 pada 10 april 2000 bersamaan 5 muharram 1421 memutuskan w’ad dalam perjanjian jual beli dan balik (repo) adalah harus jika w’ad tidak dijadikan sebagai syarat kepada jual beli.

Page 44: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

URUS NIAGA HADAPAN TUKARAN MATA WANG

ASING

Page 45: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Urus niaga mata wang asing samada urus niaga semerta

(spot) atau urusniaga hadapan merupakan antara

urusniaga yang menjadi keperluan bagi institusi

perbankan Islam.

Dalam amalan perbankan semasa, penyerahan dan

penyelesaian bagi urusniaga mata wang asing tidak di

buat secara tunai pada masa dan tarikh yang sama

semasa akad dijalankan.

Bagi urus niaga semerta, penyerahan dan penyelesaian

akan hanya di buat pada T + 2 (dua hari selepas tarikh

urus niaga) manakala bagi urus niaga hadapan,

penyelesaian akan di buat pada tarikh hadapan misalnya

1 bulan, 3 bulan dan sebagainya berdasarkan kontrak.

Page 46: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Institusi perbankan Islam yang menjalankan urus niaga ini memperkenalkan konsep janji, iaitu kedua pihak berjanji untuk menjual atau membeli mata wang berdasarkan kadar pertukaran yang di persetujui.

Akad sebenar bagi urus niaga semerta dan urus niaga hadapan adalah masing-masing pada T + 2 dan tarikh hadapan yang dipersetujui.

Dalam pelaksanaan sebenar, didapati selepas mencapai persetujuan untuk jual beli mata wang asing, institusi perbankan Islam terus mendapatkan nombor tempahan kontrak dan kontrak tersebut terus di nilai berdasarkan pasaran.

Tambahan pula, tidak terdapat akad sebenar yang nyata ditandatangani pada tarikh penyelesaian.

Page 47: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Adakah amalan berjanji seperti yang dilakukan dalam urus niaga mata wang di atas diharuskan di sisi syariah?????

Keputusannya : Majlis pada mesyuarat ke-49 pada 28 April 2005 bersamaan 19 Rabiul Awal 1426 telah memutuskan untuk mengharuskan institusi perbankan Islam melaksanakan urus niaga hadapan tukaran mata wang asing berdasarkan janji lazim sebelah pihak (mengikat kepada pihak yang berjanji) dan ganti rugi ke atas kemungkinan janji boleh dilaksanakan. Urus niaga ini boleh dijalankan oleh institusi perbankan Islam sama ada dengan pelanggan, atau sesama institusi perbankan Islam dan institusi perbankan konvensional.

Urus niaga hadapan tukaran mata wang asing hanya dibenarkan bai tujuan lindung nilai (hedging).

Page 48: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

PENERIMAAN DANA DARI

SUMBER YANG HARAM

Page 49: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Latar Belakang

Fungsi utama institusi perbankan Islam di Malaysia terdiri daripada penerimaan deposit, pemberian pembiayaan dan pelaburan. Keseluruhan aktiviti ini dijalankan berlandaskan prinsip syariah yang disahkan oleh Jawatankuasa Syariah masing-masing dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Melalui aktiviti yang halal ini institutsi perbankan Islam memperolehi keuntungan dan manfaatnya dikongsi antara pelabur dengan pemegang saham. Walaupun aktiviti kewangan Islam dikawal selia dengan ketat, namun institusi kewangan Islam tidak dapat mengelak daripada menerima dana pelanggan yang berkemungkinan diperoleh secara haram atau bercampur antara halal dengan haram. Sumber danan ini juga ada kalanya diketahui secara jelas keharamannya dan ada kalanya tidak diketahui dengan jelas. Selain itu, institusi kewangan Islam juga mungkin berhadapan dengan keadaan apabila plenaggan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam tetapi melindunginya menerusi kemudahan insuran konvensional.

Page 50: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Isu Deposit Pelanggan

- Persoalan berhubung dengan deposit perbankan Islam ialah adakah

harus di sisi Syariah bagi institusi perbankann Islam menerima deposit

tanpa perlu menyelidiki sumber-sumbernya.

Keputusan

- Dalam mesyuarat yang ke-58 pada 27 April 2006 bersamaan 28

Rabiul Awal 1427 telah memutuskan bahawa institusi kewangan Islam

secara umunya diharuskan unutk menerima permohonan bagi

meletakkan deposit atau dana pelaburan daripada pelanggan individu

atau syarikat korporat tanpa perlu menyelidiki sama ada sumber dana

pelanggan adalah halal, haram atau bercampur antara halal dan

haram.

Page 51: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Pembiayaan Secara Islam yang Dilindungi Insurans

Konvensional

- Memandangkan institusi kewangan Islam berjalan seiring

dengan kewangan konvensional, pelanggan mempunyai pilihan

untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan selaras dengan

kehendak mereka. Oleh yang demikian, wujud keadaan apabila

penerima biaya daripada perbankan Islam memilih unutk

mendapatkan perkhidmatan insurans konvensional bagi

melindungi amaun pembiayaan mereka. Di sini wujud persoalan

sama ada perbankan Islam sebagai pembiaya boleh menerima

insurans konvensional untuk melindungi pmbiayaan tersebut.

Apabila penerima biaya meninggal dunia dan bayaran wang

tuntutan akan dibayar oleh syarikat insuran konvensional,

bolehkah institusi perbankan Islam menerima wang tuntutan

tersebut.

Page 52: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keputusan

- Maljis pada mesyuarat ke-5 pada 30 April 1998 bersamaan 3

Muharram 1419 telah memutuskan bahawa institusi kewangan

Islam boleh menerima bayaran tuntutan daripada polisi insurans

konvensional pelanggannya apabila pelanggan yang meninggal

dunia tersebut telah mengambil polisi insurans konvensional

bagi melindungi pembiayaan secara Islam.

Page 53: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

ISU YANG BERKAITAN:

CAJ PENALTI MENINDAS

JUALAN DUA KALI GANDA HARGA MODAL

KADAR YANG TINGGI

REBATE HANYA SEKADAR GIMIK

Page 54: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

• Bank-bank Islam adalah syarikat yang berdaftar yang mensasarkan keuntungan bagi memenuhi kepada:-pembayaran kos operasi-pelabur yang mengharapkan keuntungan-kakitangan yang perlu dibayar selaras dengan nilai pasaran

• Bank Islam tidak menyukarkan orang-orang susah, bahkan juga membantu dengan mengeluarkan Zakat bagi asnaf yang layak selain peruntukan pembiayaan.

• Perlu difahami bahawa hukum halal dan sesuatu lebih baik adalah berbeza. Ini kerana nilai halal tidak ternilai.

• Pengiraan kadar Untung adalah tetap dan berlainan daripada konvensional.

Page 55: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Memasukkan jumlah faedah dalam jumlah pinjaman,kemudian diakadkan atas akad jual beli.

Jum. Faedah + jum. pinjaman =jum pinjaman(akad jual beli)

Page 56: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

• Apabila diteliti ia mempunyai masalah krn bercanggah dengan Islam

1) Pegawai pinjaman bukanlah pemilik wang syrkt. tetapi merupakan wakil bagi pihak bank. Maka tidak harus baginya melakukan apa yang berlainan drp apa yg diarahkan kpdnya.Dari sudut syariah pegawai terbabit tidak mempunyai kuasa.

2) Ia juga tidak mengubah sifat kontrak pinjaman itu kpd kontrak jual beli krn pegawai bank tersebut tidak memiliki sebarang aset untuk dijualm kpd pelanggannya.

3) Pelanggan tetap akan menandatangani kontrak pinjaman dan bukan kontrak jual beli.Sudah pasti seluruh syarat2 dan rukun jual beli dalam Islam tidak dapat dijaga sama sekali dalam kandungan kontrak pinjaman.

Page 57: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Kesimpulannya ,jelas menunjukkan cara yang dicadangkan ini tidak boleh dipakai sama sekali.

Page 58: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

KERJAYA PEGUAM DAN PEGAWAI PEMASARAN

PRODUK PINJAMAN RIBA

Page 59: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Bagi mendalami hal ini, hukumnya datang daripada hadis nabi yang banyak dan juga daripada ayat Al-Quran, antaranya ; Allah menegaskan :

)وال تعاونوا على اإلثم والعدوان)

Ertinya: “ Dan janganlah kamu bantu-membantu dalam urusan dosa danpermusuhan.” (AlMaidah:2)

:Hadis nabi Muhamad SAW

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها .والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له

  “ Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak: Yang

memerahnya , yang minta diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya yang mintadibelikannya.”(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Walaupun hadis ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi.item haram lain berdasarkan kepada kaedah qiyas dalam islam

:Nabi Muhammad SAW menyebut

لعن رسول الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وشاهده وكاتبه

“ Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan-saksinya dan penulisnya.” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At ,(pemberi riba)( Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih

Bagi mendalami hal ini, hukumnya datang daripada hadis nabi yang banyak dan juga daripada ayat Al-Quran, antaranya ; Allah menegaskan :

(وال تعاونوا على اإلثم والعدوان)

Ertinya: “ Dan janganlah kamu bantu-membantu dalam urusan dosa dan permusuhan.” (AlMaidah:2)

Hadis nabi Muhamad SAW:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها .والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له

  “Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak: Yang

memerahnya , yang minta diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya yang minta dibelikannya.”(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Walaupun hadis ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram lain berdasarkan kepada kaedah qiyas dalam islam.

Nabi Muhammad SAW menyebut:

لعن رسول الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وشاهده وكاتبه

“Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan (pemberi riba), saksinya dan penulisnya.” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih )

Page 60: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

Keterangan : Hadith ini jelas mengharamkan umat Islam daripada bekerja di beberapa sektor yang berkaitan langsung dengan riba. Antara contoh pekerjaan yang boleh difahami berdasarkan hadith di atas ialah:

1. Penerima dan memanfaatkan riba’ – ini termasuk orang yang menggunakan manfaat keuntungan riba seperti sektor pelaburan berasaskan riba’, perniagaan kredit/hutang berasaskan riba’, dan pelabur deposit tetap ribawi yang bergantung harap kepada keuntungan pelaburannya.

2. Pembayar riba’ – pengguna perkhidmatan bank konvensional berasaskan riba’, termasuklah pembeli rumah dan kereta menerusi kaunter pinjaman riba’, pelabur yang melaburkan wang mereka di dalam pelaburan riba’ dan pengguna/pembayar kad kredit yang terlibat dengan transaksi riba terutamanya ketika pembayaran lewat tempoh.

3. Saksi riba – termasuklah penjamin dan saksi kepada kontrak berasaskan riba meliputi pinjaman kereta, pelajaran, rumah dan lain-lain.

4. Penulis riba – termasuklah kerani kaunter di bank konvensional berasaskan riba’, peguam yang menguruskan dokumen urusniaga rumah seperti kontrak jual beli dan lain-lain, pegawai pemasaran produk berasaskan riba serta pihak berkuasa yang meluluskan urusniaga riba’.

Page 61: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara

  “ Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang

telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walau sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim, 5/39)

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadis ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama riba yang lebih besar dosanya daripada arak. Justeru, sama seperti hadis di atas, barang siapa yang telah mengetahui riba itu haram dan masih bekerja sebagai pegawai pemasaran atau peguam, maka haram memakan hasil daripada daripada jumlahnya dan jangan pula menjualnya.

Keterangan : Maka hubungkait peguam dan semua pegawai pemasaran yang terlibat secara langsung menyediakan dokumen pinjaman riba dan mempromosikannya adalah termasuk dalam kategori menyebarluaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru hukumannya adalah amat jelas. Banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil diatas tadi. Justeru, berdasarkan dalil-dalil ini, telah diberikan jawapan jelas dan tepat bahawa semua peguam yang membantu menyediakan dokumen riba, mengikut konteks hadis, mereka termasuk dalam kategori hadis (c) sama ada suka atau tidak.

Tujuan untuk mendapatkan bisnes atau tidak bukanlah isunya. Tiada hujah maslahah boleh digunakan untuk mempromosi dan membantu riba yang jelas.

Page 62: M11-Isu-Isu Syariah Terpilih-keputusan Mps Buku Bank Negara