kuliah waj 3106 - m11 (perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di malaysia)

65
1 [email protected] KULIAH 11 SAMSUDIN BIN HAJI SAAD PENSYARAH AKADEMIK JABATAN KAJIAN SOSIAL (D14)

Upload: bridget-cheng

Post on 24-Apr-2015

46 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

KULIAH 11

SAMSUDIN BIN HAJI SAADPENSYARAH AKADEMIK

JABATAN KAJIAN SOSIAL (D14)

Page 2: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

FOKUS KULIAH M10

1. Konsep perlembagaan

2. Sejarah penggubalan perlembagaan

3. Perlembagaan Malayan Union

4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1948

5. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

6. Perlembagaan Kemerdekaan 1957

7. Perlembagaan Malaysia 1963

Page 3: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

3

PENGENALAN Perkara yang dianggap menguntungkan orang

Melayu dan bumiputera diimbangi denganperuntukan lain yang juga memberi kelebihankepada bukan Melayu seperti perkara di bawah: Islam agama persekutuan tetapi agama lain

bebas diamalkan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan

tetapi bahasa lain dibenarkan. Kedudukan Istimewa orang Melayu dan

bumiputera tetapi hak etnik lain tidak bolehdilucutkan.

Page 4: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

4

KONSEP PERLEMBAGAANDefinisi

Perlembagaan ialah mengandungi satu setperaturan tentang hak, kuasa dan prosedur sertatanggungjawab pihak yang mengawal danmemandu hubungan di antara satu autoritidengan autoriti yang lain dan juga antara autoritidengan rakyat awam.

Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atauformula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasaawam di dalam sesebuah negara dibahagikan dandigunakan.

Page 5: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

5

JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu

1. Bertulis - merupakan bentuk perlembagaanyang dikumpul dan disusun dalam satudokumen.

2. Tidak bertulis - merangkumi semua prinsipperlembagaan yang tidak terkumpul dalamsatu dokumen seperti undang-undang yangdiluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

Page 6: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

6

Perlembagaan Malaysia adalah

Bertulis

Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13Jadual.

Menyentuh bidang kuasa perundangan,kehakiman dan eksekutif.

Menyentuh juga aspek bahasa, agama,kewarganegaraan, hak istimewa dansebagainya.

Page 7: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

7

TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Bagi sesebuah negara yang berdaulat,perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiapindividu perlu mematuhi keluhurannya.

2. Sebagai panduan mengatur dan menyelaraspemerintahan sesebuah negara.

3. Sebagai satu panduan bagi pembentukanundang-undang sama ada di pihak kerajaanatau rakyat atau sesiapa sahaja.

Page 8: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

8

Pindaan Perlembagaan

1. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawasesetengah perkara boleh dipinda hanyamemerlukan sokongan lebih 2/3 setiapdewan tanpa mendapat persetujuansesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia,pemilihan dan persaraan ahli-ahli DewanNegara dan meluputi perkara-perkara yangtidak disebut dalam perkara lain.

Page 9: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

9

2. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengahperkara boleh dipinda, perlu mendapatsokongan 2/3 setiap dewan dandipersetujui oleh Yang dipertua NegeriSabah dan Sarawak bagi melibatkankepentingan Sabah dan Sarawak sepertibidang kuasa kerajaan negeri dankedudukan istimewa bumiputera,imegresen.

Pindaan Perlembagaan

Page 10: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

10

3. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiapdewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yangmelibatkan perkara-perkara sepertikedaulatan raja-raja, kedudukan istimewaorang Melayu, Bumiputera Sabah danSarawak, bahasa kebangsaan dan agamapersekutuan.

Pindaan Perlembagaan

Page 11: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

11

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Di Malaysia, tidak ada satu institusi punyang boleh mengatasi ketertinggianPerlembagaan Malaysia.

Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu,perundangan, kehakiman dan eksekutifmahupun Yang di-Pertuan Agong adalahtertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

Page 12: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

12

Contoh:

1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankantertakluk kepada sekatan-sekatan yangdikenakan oleh Perlembagaan.

2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklahjuga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan .

3. Undang-undang persekutuan atau negerimengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkansebagai tidak sah oleh mahkamah jikaundang-undang itu bercanggah denganPerlembagaan Malaysia setakat mana iabercanggah.

Page 13: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

13

Hal ini demikian kerana perlembagaanmemperuntukkan dengan nyata Perkara4(1) bahawa perlembagaan Malaysiaadalah undang-undang utamapersekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yangberlawanan dengan perlembagaanadalah setakat mana yang berlawananitu terbatal.

Page 14: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

14

SEJARAH PENGGUBALAN

Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu

• Antara perjuangan berdarah menentang penjajah

i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di ZamanMelaka.

i. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.

ii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.

iii. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning,Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak,Sabah, Kelantan dan Terengganu.

iv. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Page 15: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

15

Begitu juga perjuangan orang Melayumenentang penjajahan digerakkan melaluisemangat kebangsaan.

Menjelang abad ke-20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuanganke arah kemerdekaan bukan sahaja melaluisenjata tetapi juga melalui perundingan.

Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, RahimKajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, MohamadEunos dan ramai lagi telah bangkitmenyedarkan orang Melayu supaya bangunmenuntut kemerdekaan.

Page 16: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

16

Selain itu, lahirnya pertubuhan-

pertubuhan (Kesatuan Melayu

Singapura, Kesatuan Melayu Perak,

Kesatuan Melayu Selangor).

Dalam masa yang sama, media

massa (Al-Imam, Majlis, Utusan

Melayu, Saudara) digunakan sebagai

medium untuk menentang penjajah.

Page 17: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

17

Dalam tempoh penyerahan Jepun dankedatangan semula British ke Tanah Melayupula, telah berlaku kekacauan dan huru-harayang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malayaselama 14 hari.

Pada masa ini, berlaku pergaduhan yangmelibatkan orang Melayu dan Parti KomunisMalaya yang majoritinya adalah orang Cina.

Akibatnya Inggeris telah memperkenalkanPentadbiran Tentera British (British MilitaryAdministration – BMA) dan seterusnyadigantikan dengan Malayan Union.

Page 19: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

19

Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British

pada 10 Oktober 1945. Sir Harold Mac Michael telah

dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan

tandatangan dari Raja-Raja Melayu.

Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan :

1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan

kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri

seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-

Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak

Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan

sistem pentadbirannyaa adalah terpisah.

Page 20: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

20

2. British menyimpan perasaan anti-Melayu

kerana orang Melayu bekerjasama dengan

Jepun sebelum ini dan pengenalan

Malayan Union dapat melemahkan kuasa

orang Melayu terutamanya Raja-Raja

Melayu.

3. Menjadi asas kepada British untuk

masyarakat tempatan bagi memerintah

negara sendiri.

Page 21: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

21

Dato' Onn Jaafar

Page 22: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

22

Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin

diperkenalkan ialah:

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan

di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor

pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu

oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis

Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan

hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal

yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat

Melayu sahaja.

Page 23: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

23

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua

orang tanpa mengambil kira bangsa dan

keturunan. Bagi yang telah menetap di

Tanah Melayu sebelum Malayan Union,

boleh menjadi warganegara secara

automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan

telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan

Malayan Union telah memberikan hak

warganegara kepada sesiapa sahaja yang

lahir di Tanah Melayu.

Page 24: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

24

Tentangan orang Melayu kerana:1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam

urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasadalam soal agama Islam, adat istiadat Melayudan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dania kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsipjus soli iaitu penduduk asing yang telahbermastautin lebih sepuluh tahun dan lahirselepas Malayan Union, secara terus menjadiwarganegara.

Page 25: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

25

4. Hak sama rata kepada semua warganegaratanpa mengira bangsa iaitu pendudukperibumi tidak memiliki apa-apakeistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkantandatangan raja-raja Melayu yangmenggunakan cara paksaan dan ugutanseperti Sultan Kedah telah diberi kata duaiaitu menandatangani persetujuanMalayan Union atau dilucutkan dari tahtapemerintahan.

Page 27: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

27

Penentangan hebat dari orang Melayu ini bolehdisaksikan apabila di Alor Setar pada Januari 1946,sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakandemontrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadirilebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari1946, lebih 150,000 orang telah mengadakandemontrasi.

Walaupun wujud tentangan daripada orangMelayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagaiGabenor yang pertama.

Page 30: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

30

British telah membatalkan cadangan menubuhkanMalaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerjapada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawaiBritish.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangkasebuah perlembagaan baru yang boleh diterima olehorang Melayu.

Selepas itu, British telah menubuhkan JawatankuasaPerundingan pada Disember 1947 yang terdiridaripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuanuntuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayumengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 31: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

31

British telah mengisytiharkan Persekutuan TanahMelayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciriterpenting dalam Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu:

1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuantermasuk Pulau Pinang dan Melaka. ManakalaSingapura kekal menjadi tanah jajahan yangberasingan.

2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuaioleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu olehMajlis Undangan Persekutuan dan Majlis MesyuaratKerajaan Persekutuan.

Page 32: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

32

3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai

oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak

rasmi dan tiga ahli ex-officio.

4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan

oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14

ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis

Undangan Negeri, dua wakil dari Majlis

Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan

50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum

asing.

Page 33: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

33

5. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu

seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah

Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga

12 tahun. Selain itu, seorang pemohon asing

mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur

minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah

18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa

Melayu yang baik.

6. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum

bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar

dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Page 34: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

34

Dengan pengenalan Persekutuan TanahMelayu, kerjasama antara orang Melayu danbukan Melayu semakin kuat.

Sebagai contoh, penubuhan JawatankuasaPerhubungan Masyarakat 1949 yang terdiridaripada pelbagai etnik telah berusahamenyelesaikan sesetengah masalahperlembagaan, politik dan ekonomi yangwujud akibat permintaan yang berlainandaripada pelbagai etnik.

Page 35: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

35

Jawatankuasa ini merupakan satu

organisasi pertama ditubuhkan secara

tidak rasmi bagi membincangkan berbagai

isu seperti kewarganegaraan dan

kedudukan istimewa orang Melayu serta

dasar pendidikan.

Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari

pelbagai etnik berbincang secara terbuka

mengenai permasalahan yang wujud dan

dicari jalan penyelesaiannya.

Page 36: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

36

Antara tokoh yang menganggotai

jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’

Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock,

C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai

lagi.

Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana

dicurigai objektif penubuhannya oleh orang

Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu

permulaan yang baik dalam membentuk

kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada

ketika itu.

Page 37: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

37

Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahlibertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpintempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintahsecara demokrasi.

Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantikiaitu:

Menteri Jawatan

Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran

Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan

Lee Ting Keng Ahli Kesihatan

Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongandan Perhubungan

J.D Mead Ahli Kerja Raya dan perumahan

J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian danPerhubungan Sosial

O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi

Page 38: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

38

Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri

Pilihanraya dan pembentukan Perikatan

Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12

kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA

telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang

akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan

pada tahun 1953.

Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran

Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu

Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia

bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama

antara dua etnik terbesar dalam menuntut

kemerdekaan.

Page 39: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

39

Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakilUMNO yang terdiri daripada Tunku AbdulRahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, BahamanShamsuddin dan Syed Nasir Ismail.

MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee,Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

Page 41: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

41

Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama)memberi implikasi yang cukup besar kepadahubungan etnik di Malaysia.

Hal ini disebabkan telah berlaku kerjasama dantoleransi yang cukup tinggi antara Melayu danbukan Melayu khususnya yang melibatkanpembahagian kursi pilihanraya seperti dalamJadual.

Page 42: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

42

Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dancalon, ternyata Perikatan yang didominasi olehUMNO telah membuat pengorbanan dankompromi yang cukup besar kerana telahmeletakkan calon bukan Melayu di kawasanmajoriti pengundi Melayu dan walaupunmajoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).

Tetapi demi perpaduan dan mengamalkankonsep perkongsian kuasa, UMNOdiperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusidan MCA sebanyak dua kerusi.

Page 43: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

43

Parti Peruntukan

Kerusi

Peratusan

Kerusi

Peratusan

Pengundi

UMNO 35 69 84.2

MCA 15 28 11.2

MIC 2 3 3.9

Page 44: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

44

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sediaberkorban dan persefahaman telah ditegaskanoleh Tunku Abdul Rahman iaitu ;

" … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yangmunasabah dan patut kepada orang bukanMelayu. Orang Melayu telah memberikanpengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepadabangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satubangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyakseperti yang diperbuat oleh orang Melayu".

Page 45: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

45

Semangat ini juga telah diakui dan diiktirafoleh pemimpin bukan Melayu seperti yangdikatakan oleh T.H. Tan

"… mereka dengan penuh rela menyokongcalon-calon Perikatan berbangsa Cina danIndia. Bukan sahaja mereka melepaskankerusi-kerusi yang tidak syak lagi bolehmenjadi milik mereka, malah merekabekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

Page 46: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

46

Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapanorang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yangdiketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil ituterdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan iaitu:

Wakil Raja-raja Melayu:

1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Peraksebagai ketua.

2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri BesarSelangor.

3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, MenteriBesar Johor.

4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas MenteriBesar Kelantan .

Page 48: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

48

Wakil Perikatan:

1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteridan Menteri Hal Ehwal Dalam Negerisebagai ketua.

2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, MenteriPelajaran.

3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.

4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, MenteriHasil Bumi.

Setiausaha: T.H. Tan

Page 49: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

49

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian

London telah ditandatangani pada 8 Februari

1956.

Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah

dicapai iaitu:

1. British memberikan kemerdekaan Tanah

Melayu pada 31 Ogos 1957.

2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan

Komanwel dan menjalankan pemerintahan

secara demokrasi.

Page 50: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

50

3. British mendapat hak menempatkan

tenteranya di Tanah Melayu.

4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi

menggubal Perlembagaan Tanah

Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan

Pengarah Gerakan akan diganti

dengan Menteri Kewangan dan

Menteri Pertahanan dan dipegang oleh

rakyat tempatan.

Page 53: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

53

SURUHANJAYA REID

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayutelah digubal oleh Suruhanjaya Reid yangditubuhkan pada 1956.

Keahliannya terdiri dari Lord Reid(British), Sir Ivor Jennings (British), SirWilliam Mckell (Australia), B. Malik (India)dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Page 54: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

54

SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya ini telah menerima 131memorandum bertulis dan telah bersidangbanyak kali dari bulan Jun hingga Oktober1956.

Perlembagaan ini menjadi kukuh danpraktikal serta dihormati keranaSuruhanjaya ini telah meminta cadangandan pandangan daripada bukan sahajaparti-parti politik tetapi juga orang ramai,individu-individu dan Raja-raja Melayu.

Page 55: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

55

Perkara ini menjelaskan bahawaPerlembagaan Malaysia sekarang initelah mendapat persetujuan danpandangan semua rakyat Malaysia.

Hal inilah yang dikatakan kontrak sosialiaitu kaum Melayu dan bukan Melayubersetuju atas beberapa perkara yangsangat penting kepada kestabilan negara.

Page 56: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

56

Melalui kontrak sosial ini, orang bukanMelayu telah diberikan hakkewarganegaraan yang longgar berasaskanprinsip jus soli.

Manakala orang Melayu diperuntukkandalam perlembagaan mengenai agamaIslam, Bahasa Melayu dan kedudukanistimewa orang Melayu serta kedudukanRaja-raja Melayu.

Page 57: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

57

Perjanjian London juga telahmenetapkan agar perlembagaan yangingin digubal perlu mengambilkiraperkara-perkara berikut:

1. Pembentukan sebuah persekutuandengan kerajaan pusat yang kuat.

2. Pemeliharaan kedudukan,keistimewaan, kehormatan dan hakRaja-Raja Melayu.

Page 58: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

58

3. Pewujudan jawatan ketua negara yangbergelar Yang Di Pertuan Agong.

4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orangMelayu serta hak-hak yang sah milikkaum-kaum lain.

5. Pembentukan sebuah sistemkewarganegaraan yang seragam untukseluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Page 59: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

59

Persekutuan Tanah Melayu telahdiisytiharkan merdeka pada tahun 1957dan Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1957 juga telah diisytiharkan.

Perlembagaan tersebut dikenali sebagaiPerlembagaan Malaysia selepas Sabah,Sarawak dan Singapura bergabungdengan Persekutuan Tanah Melayumembentuk negara baru yang dikenalisebagai Malaysia pada 16 September1963.

Page 60: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

60

RUMUSAN ANDA BAGI KULIAH HARI INI.

Page 61: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

61

Rentetan sejarah Malaysia dan sejarahpenggubalan perlembagaan Malaysiamembuktikan bahawa semangattoleransi, rela berkongsi kuasa, sediaberkorban, persefahaman dan semangatperpaduan yang tinggi antara pelbagaikaum menjadi penyumbang utama dalammenjamin kelangsungan negara Malaysiasebagai sebuah negara yang berbilangkaum dan terpisah-pisah dari segikedudukan wilayah dan negeri sehinggake hari ini.

Page 62: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

62

Bermula dengan kesedaran pendudukuntuk memperjuangkan kemerdekaansehingga wujudnya kerjasama antarakaum atau pakatan murni yang akhirnyaberjaya dilaksanakan bersesuaiandengan pembentukan Persekutuab TanahMelayu 1957 dan Malaysia 1963.

Perlembagaan merupakan kontrak sosialhasil daripada perjanjian antaramasyarakat pelbagai kaum di Malaysiasebelum merdeka.

Page 63: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

63

Ciri-ciri perlembagaan Malaysia harusdifahami dan dijadikan sebagai asas kepadaperpaduan antara masyarakat pelbagai etnikdi Malaysia.

Struktur perlembagaan Malaysia yangmeliputi 183 perkara, 15 bahagian dan 13jadual menyentuh seluruh aspekperhubungan masyarakat sama ada darisegi ekonomi, politik dan sosial.

Memahami perlembagaan bermakna kitamenghormati kepelbagaian yang wujuddalam kalangan kita sebagai rakyatMalaysia.

Page 64: Kuliah Waj 3106 - m11 (Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia)

[email protected]

64

Peranan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara harus terusdipelihara demi memastikan keadaanharmoni yang wujud pada hari ini akandikekalkan di samping mengharapkansituasi yang lebih baik pada masahadapan.