tutorial hubungan etnik.docx

21
Tutorial M1 Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun - Masyarakat cina dilayan teruk berbanding dengan orang Melayu kerana Jepun pernah berperang dengan China - Menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris - Wujud jurang antara kaum dari ekonomi dan polarisasi kaum. - Orang cina – perniagaan, kawasan lombang (di Bandar) - Orang Melayu – petani, nelayan (luar Bandar) - Orang India – buruh kasar kerajaan, pekerja di lading Latar belakang pendidikan berbeza - Sistem pendidikan dibahagi kpd 4 aliran mengikut kaum - Kurikulum yang tersendiri - Sekolah Melayu menekankan kemahiran 3M - Sekolah Cina & India berkiblatkan negeri asal - Sekolah Inggeris dinikmati oleh orang cina dan india di Bandar Pertelingkahan Parti Politik - PAP gagal dalam pilihan raya - PAP membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal Bahasa, taraf bumiputera - PAP menubuhkan Konvensyn Perpaduan Malaysia(KPM) disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawaj. Cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia”. Hapuskan hak orang Melayu. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei - Menggugurkan kedudukan Bahasa Inggeris daripada status Bahasa rasmi Implikasi

Upload: ng-xin-yi

Post on 16-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Tutorial M1Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun- Masyarakat cina dilayan teruk berbanding dengan orang Melayu kerana Jepun pernah berperang dengan China - Menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris- Wujud jurang antara kaum dari ekonomi dan polarisasi kaum.- Orang cina perniagaan, kawasan lombang (di Bandar)- Orang Melayu petani, nelayan (luar Bandar)- Orang India buruh kasar kerajaan, pekerja di lading Latar belakang pendidikan berbeza- Sistem pendidikan dibahagi kpd 4 aliran mengikut kaum- Kurikulum yang tersendiri- Sekolah Melayu menekankan kemahiran 3M - Sekolah Cina & India berkiblatkan negeri asal- Sekolah Inggeris dinikmati oleh orang cina dan india di Bandar Pertelingkahan Parti Politik- PAP gagal dalam pilihan raya- PAP membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal Bahasa, taraf bumiputera- PAP menubuhkan Konvensyn Perpaduan Malaysia(KPM) disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawaj. Cogan kata Malaysia hak orang Malaysia. Hapuskan hak orang Melayu. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei- Menggugurkan kedudukan Bahasa Inggeris daripada status Bahasa rasmi

Implikasi1) Mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral di sekolah rendah dan menengah menjadi agen kepada pemupukan perpaduan.2) Rusuhan kaumtidak menguntungkan sesiapa.3) Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum.4) Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.5) Sikap toleransi dan menghormati adat resam kaum lain sangat penting dijadikan amalan rakyat.

Tutorial M2Menganalisi kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.1. Dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak Malaysia mendapat kemerdekaan pada 1957.2. Mengelakkan unsur-unsur atau pengaruh asing daripada mempengaruhi rakyat Malaysia bagi tujuan menimbulkan perasaan tidak senang hati antara kaum Malaysia.3. Membangunkan negara Malaysia yang baharu sahaja merdeka, jika Malaysia aman dan damai semua dasar-dasar pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancer.4. Para pemimpin negara dapat merealisasikan pembangunan dan memajukan negara sehingga standing dengan negara-negara maju5. Keamanan negara dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat luar negara untuk dating melancong dan melabur ke negara kita dan meningkatkan pendapatan negara.6. Mengelakkan muncunya perasaan prejudis, rasisme, prasangka buruk dan etnisentrime dalam kalangan rakyat,7. Rakyat Malaysia menggunakan suasanan aman damai yang wujud untuk meningkatkan produktiviti,berkreativiti dan berdaya saing untuk memajukan diri.

Tutorial M2Menganalisi kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.Ekonomi Untuk memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Mampu menjamin kestabilan ekonomi Negara Menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja Dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang.Sosial Dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di Negara kita Dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri Untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.Keselamatan/Keamanan untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Mengekalkan keharmonian untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan berkorban untuk negara kita MALAYSIA. Keselamatan negara akan menjadi kukuh dengan perpaduan semua etnik di Malaysia. Kedaulatan negara perlulah dipertahankan daripada segala bala bencana (rusuhan kaum) sepaya terus membangun dengan amanPolitik Pemerintahan yang adil dan mengambil kira kepentingan pelbagai etnik. Membolehkan perbincangan dan kesepakatan dapat dicapai. Kebebasan memilih pemimpin atau wakil yang benar-benar layak. Mewujudkan satu sistem politik yang bersih dan amanah

Tutorial M3Menggalurkan proses pembentukan masyarakat pluralistic di alam Melayu.Proses pembentukan Masyarakat PluralistikKesultanan Melayu Melaka (1402-1511)Penjajahan Portugis (1511-1641)Penjajahan Belanda (1641-1824)Penjajahan British (1826-1941)(1946-1948)Faktor yang menyumbang kepada plurality pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15M:Perdagangan antarabangsa Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkanpara pedagang singgah sama ada untuk berdagang,mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal. Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melakatelah mewujudkan interaksi dan menggalakkanasimilasi di antara bangsa melalui perkahwinancampur. Antara kelompok yang membentuk masyarakat diMelaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arabdan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat CinaPeranakan di MelakaPemerintahan Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam(Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka) Pemerintahandiplomasi& terbuka. Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebatKependudukan Proses penghijrahan berlaku secara alamiah / semulajadi tanpa ada paksaan. Interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dankaum di Melaka.Kebudayaan Keterbukaan pemerintah empayar Melaka Melaka maju sbg pelabuhan utama dunia, hasilrempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatanSelat Melaka Melaka menjadi kota metropolitan serta kota multibudayaKemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis. Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu agama, kekayaan dan kemegahan(Gospel,Gold and Glory). Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun. Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun. Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragamaKristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk KingPhilip (raja negara Sepanyol). Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangunmelawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548. Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus. Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia. Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor. Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).Faktor yang mendorong orang melayu,orang cina dan orang india berhijrah ke tanah melayu semasa penjajahan British:A) Orang Melayu Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad.Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dankerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut. Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya,banyak yang kehilangan tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah tinggi. Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita. Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda. Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.

B) Orang Cina Kesukaran hidup di negara China. Di zaman tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap(banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alamyang terhad. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besarorang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus,antaranya ialah Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi. Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah. Penduduk di kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang inggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka berhijrah.C) Orang India Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad .Penyebab utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial dan menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang yang diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan kepada tenaga buruh. Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orang-orang India untuk bekerja di ladang-ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan (bangunan dan jalanraya).

Tutorial M4Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.- agama dan kebudayaan: setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik.Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.- dasar penjajah british: penjajah british mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.- sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: laporan razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di tanah melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.- amalan ekonomi yang berlainan: setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.- perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.- pendudukan jepun: kemasukan tentera jepun ke tanah melayu menambah jurang permusuhan antara orang melayu dan orang cina. Sebilangan besar tentera anti jepun terdiri dari orang-orang cina, sementara ramai pula orang melayu yang diambil oleh tentera jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat melayu dan cina.

Tutorial M5Menganalisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara. Modenisasi : proses transformasi atau perubahan (Secara berencana / secara tidak berencana) Perubahan berencana: Sesuatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Modenisasi di Eropah- Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah barat akibat 2 revolusi besar: Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian Melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat. Persoalan modenisasi ditinjau daripada 2 sudut: sudut falsafah dan sudut praktikal Matlamat: mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden (dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksankan industrialisasi). Imperialisme ke wilayah lain melalui perdaganganberakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilihseperti di Afrika dan Asia. Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah,buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan. Pedagang dan penjajah Eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi dari Afrika. Eropah berperanan memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan makanan dan pakaian dan dijual kepada masyarakat Eropah dan negara lain.

Modenisasi di luar Eropah Dua proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di eropah barat iaitu pemodenan dan pembaratan. Pemodenan: sesuatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan: Suatu proses peniruan gaya hidup Eropah barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

Dua aspek utama yang ditiru, iaitu aspek politikdan aspek ekonomi. Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokraspolitik. Dalam aspek ekonomi sistem ekonomi yang berasaskan kapitalisme,industri dan teknologi.Modenisasi di Malaysia Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British. Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat. Malaysia mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian. Bagi mencapai tujuan, pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industry gentian import. 1960-an, Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industry berorientasikan eksport. 2000-an, Msia memberikan perhatian kpd pembangunan ekonomi berteraskank-ekonomi ( ekonomi berasaskan ilmu ). Matlama: mewujudkan masyarakat perindustrian.Ekonomi Malaysia Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modalasing dibawa masuk oleh Bristish Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahanmentah. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahanmentah dan menyebabkan pembukaan lombong bijihtimah dan ladang getah. Buruh dibawa masuk. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan sertakemudahan bekalan air dan eletrikMenghubungkaitkan pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.Pertumbuhan dan Agihan Kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi menyebabkan isu agihan kekayaan atau pendapatan berlaku di negara kita. Dilihat dari 2 sudut : Kelas social yang berbeza dan kelompok etnik yang berbeza. Masyarakat cina dianggap sebagai asset yang terpenting pada zaman penjajahan British kerana ketekunan mereka serta kebolehan mereka menguasai pelbagai bidang. Masyarakat India: Penting dalam penyediaan prasarana negara khasnya membina jalan raya dan jalan kereta api & Menyumbangkan tenaga mereka dalam pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan getah atau kelapa sawit.Dasar Ekonomi Baru Dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi Tun Abdul Razak untuk menyatukan semula dan membangunkan negara selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Tujuan: i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii) Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

M6 Mensintesis proses pembentukan pembangunan ekonomi mengikut acuan Malaysia.Modenisasi Malaysia: Pembangunan ekonomi Pembanguann politikPembangunan: Merujuk kepada usaha mengubah masyarakatatau negara daripada keadaan mundur kepadaorang yang lebih maju.Ekonomi: satu bidang ilmu sains sosial yang mengkajitentang individu dan masyarakat dalam membuatpilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modaldan usahawan dengan kehendak manusia yangtidak terhad.Ekonomi Malaysia Zaman PenjajahanLatar belakang Penjajahan British merubah lanskap ekonomiTanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersil. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat danmodal asing yang dibawa masuk British untuksektor ekonomi yang sedang berkembang Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomiTanah Melayu KedudukanTanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untukmenjajah dan membuka lombong bijih timah danladang getah. Buruh dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaan. Kemajuan system pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku.Identifikasi Kaum mengikut Penempatan dan pekerjaan Penjajah British mementingkan jaminan jentera ekonomi dapat bergerak cekap dan teratur. Oleh demikian keadaan struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu. Dasar Pecah dan Perintah Antara kaum dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar Bandar.Ketidakseimbangan ekonomi Antara kaum Dasa rPecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan keka lmenjalankan ekonomi tradisional Kegiatan ekonomi moden tertumpu di pantai barat kerana terdapa kemudahan pengangkutan yang baik menyebabkan ekonomi tradisiona lterpinggir. Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas menyebabkan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu Halangan Sektor Ekonomi Tradisional dari sudut tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah.Ekonomi Malaysia selepas merdeka Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatiankepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi diMalaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Dalam konteks ini,hubungan ekonomi dan etnisiti d iMalaysia sememangnya berkait rapat. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskanRancangan pembangunan 5 tahunRancangan Malaysia Pertama (1956-1960) Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA) LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk(1971 ditukar kepadaFELDA)Rancangan Malaysia kedua (1960-1965) Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah.RM-1 (1966-1970) Pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomiBermatlamat: Mempelbagai kegiatan ekonomi Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan pendapatan danpenggunaan sumber Mempercepat integrasi Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan. Penubuhan FELDA, FELCRA,MARDI, MIDARMK-2 (1971-1975)Bermatlamat antaranya: mewujudkan peluang pekerjaan pelbagai sektor mengurangkan jurang perbezaan pendapataN meningkatkan daya pengeluaran memperbaiki taraf hidup Ketika ini terdapat peralihan dariindustri gantian-import kepada industriberorientasikan eksport. Penubuhan DEB,KEJORA, DARA,PERNAS,UDA, RISDA, LPPRMK-3 (1976-80) Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanamankelapa sawit dan getah Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian Penubuhan KETENGAH, KESEDARRMK-4 (1981-1985)RMK-5 (1986-1990) Memperkemaskan program pembangunan ekonomi Penekanan kepada pertanian,perindustrian serta sektor industry berat Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industry berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).RMK-6 (1991-1995)RMK-7 (1996-2000)Strategi bermatlamat: Meningkatkan kecekapandan dayasaing serta menggalakkan penglibatan swasta Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal Pengenalan Dasar PembangunanNasional lanjutan kepada DEBRMK-8 (2001-2005)RMK-9 (2006-2010)Stategi utama: Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi Meluaskan penggunaan ICT Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan Menekankan pembangunan ekonomi,sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan Pengenalan Dasar Wawasan NegaraDasar Ekonomi Baru (DEB) Digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 Objektif: membasmi kemiskinan dan menyusun semla masyarakat tanpa mengira kaum Strategi:Memperbaiki kehidupan rakyat di luar Bandar, menambah peluang pekerjaan, menambah daya pengeluaran, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian, menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksanaDasar awam pertanian Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian pada 1960andan 1970an, tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggung jawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA,FELCRA dan MARA. Institut pertanian:MARDI, Jabatan pertanian, Lembaga pertubuhan peladang, FAMA,Bank pertanian, Jabatan perikanan dan HaiwanDasar awam perindustrian Era 1980an dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.Dasar Industri Berat Negara Fokus untuk mengurangkan pergantungan Malaysia kepada negaraluar dari segi bekalan alat jentera bagi memenuhi keperluan tempatan. Secara tidak langsung dapat mewujudkan industri sokongan seperi IKS dalam proses perindustrian. Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara. organisasi khusus ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini,iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)pada1980. Antara projek penting HICOM ialah:PROTON Kedah Cement dan Perak-Hanjoong Cement yang mengeluarkandan membekalkan simen. PERWAJAIndustri automobile Nasional Melalui Dasar Industri Berat Negara Selaras dengan Dasar Pandang Timur Sesuai dengan tujuan Dasar Penswastaan, industry automobile nasional dijadikan wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam industri automobile dan pengedaran automobile Penubuhan proton pada Mei 1983 dengan modal berbayar RM150j Usahasama dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) Jepin Pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan orang Melayu.Dasar Penswastaan Pada tahun 1983 selepas Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan Kerajaan akan memindahkan kuasa,kepentingan, perkhidmatan, pelaburan dan perusahaan kepada pihak swasta dan bumiputera lebih berpeluang untuk terlibatdalam sektor perindustrian. 5 alasan dasar diperkenalkan: Mengurangkan beban kewangan& pentadbiran kerajaan. Meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan menambah produktiviti. -Merangsang pelaburan dan keusahawanan Persendirian Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam. Membantu mencapai matlamat DEBKesimpulan:Ekonomi Malaysia yang berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industry eksport dan k-ekonomi.Ekonomi dan etnisiti adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan iaitu saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat juga mencatatkan peningkatan sebagai bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Di samping itu, pembangunan ekonomi negara juga memberi kesan positif dalam konteks hubungan etnik. Antara lainnya, jurang kemiskinan dapat dikurangkan dan kedudukan sosioekonomi antara etnik juga kelihatan lebih seimbang.