hubungan etnik waj 3106 semester 3 – 2013 pismp ambilan januari 2012 / unit k3 tutorial 4

24
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 SEMESTER 3 – 2013 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 / UNIT K3 TUTORIAL 4 Muhammad Faizal bin Abdul Jalil Muhammad Adib bin Mohammad Isa Muhammad Faris Hafiy bin Abdul Harris

Upload: eaton-henry

Post on 02-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 SEMESTER 3 – 2013 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 / UNIT K3 TUTORIAL 4. Muhammad Faizal bin Abdul Jalil Muhammad Adib bin Mohammad Isa Muhammad Faris Hafiy bin Abdul Harris. SOALAN :. Jelaskan Zaman Pluraliti Semasa Penjajahan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 SEMESTER 3 – 2013PISMP AMBILAN JANUARI 2012 / UNIT K3TUTORIAL 4

Muhammad Faizal bin Abdul Jalil

Muhammad Adib bin Mohammad Isa

Muhammad Faris Hafiy bin Abdul Harris

SOALAN :

1. Jelaskan Zaman Pluraliti Semasa Penjajahan

2. Cerakinkan Zaman Pluraliti Selepas Merdeka dari aspek ;

a. Politik

b. Ekonomi

Zaman Pluraliti Semasa Penjajahan

• Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.

• British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.

• Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.

Samb…..• Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah

Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.

• Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.

Samb…..• Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada

penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.

• Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.

• Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :

Samb…..• Politik dan pemerintahan • » Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan

bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)• » Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa

(kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.

Samb…..

• Sistem dan Struktur

• » Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.

• » Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

Zaman Pluraliti Selepas Merdeka dari aspek ; Politik &Ekonomi

POLITIK• Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.

• Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional.

Samb…..• Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur

antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

Samb…..

EKONOMI• Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu

adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”.• Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua

sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.

Samb…..• Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan

pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.

• Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”

‒ Rancangan Malaysia

‒ DEB

‒ Wawasan 2020

Rumusan• Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat

Malaysia namun ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing

RODA IMPIAN• SOALAN 1

M A S Y A R A K A T

P L U R A L I S T I K

• SOALAN 2

C H I N A I N D I A

• SOALAN 3

L O M B O N G

L A D A N G G E T A H

• SOALAN 4

D I V I D E R U L E

• SOALAN 5

I M P E R I A L I S M E

• SOALAN 6

K O L O N I A L I S M E

• SOALAN 7

B E R T E R A S K A N

E T N I K

• SOALAN 8

B A R I S A N

N A S I O N A L

• SOALAN 9

E T N I K

A N T A R A

A N S U R

T O L A K

• SOALAN 10

L A I S S E Z F A I R E

• SOALAN 11

T R A D I S I O N A L

M O D E N

• SOALAN 12

R A N C A N G A N

M A L A Y S I A

D E B

W A W A S A N 2 0 2 0