tutorial 5,6 nnnn

21

Click here to load reader

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

1.615 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 5,6 Nnnn

TUTORIAL 5

SOALAN1.

Sekiranya seorang penjual si sebuah kedai runcit tersalah meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan di kedai tersebut,

a. adakah penjual terikat untuk menjual dengan harga yang salah itu kepada pembeli?Tidak

b. Jelaskan jawapan <a> di atas.Pelawaan tawaran adalah satu perbuatan mengajak orang untuk membuat tawaran dan seterusnya atas pilihan pihak si pembuat pelawaan tawaran untuk menerima tawaran yang dibuat atau menolaknya kerana pelawaan tawaran merupakan satu perundingan sahaja dan seseorang itu tidak berkehendakkan untuk terikat dengan syarat dalam perundingan itu. Perbuatan si penjual adalah pelawaan tawaran semata-mata dan penjual perhak menolak tawaran yang dibuat pembeli. Lebih-lebih lagi tawaran yang dibuat tidak sama dengan apa yang dia ingin pamerkan. Pihak penjual tidak terikat selagi pihak penjual tidak membuat sebarang penerimaan.

c. Nama dan huraikan satu kes rujukan yang berkaitan.Fisher vs bell.B menpamerkan di tingkap kedainya satu pisau lipat, dimana dibelakangnya trdapat tiket yang mengandungi perkataan ’pisau lending 4s. B telah dituduh menawarkan pisau lipat untuk jualan yang berlawanan dengan Akta senjata Merbahaya 1959.KM : mahkamah memutuskan bahawa perbuatan B mempamerkan pisau lipat di kedainya adalah satu pelawaan dan bukanlah tawaran menjual..

- 1 -

Page 2: Tutorial 5,6 Nnnn

SOALAN2.

Mas menawarkan msin pembakar satenya kepada rin dengan harga RM600.00. rin menyatakan yang dia akan menerima tawaran tersebut hanya jika mas berjanji untuk menanggung kos pembaikan sebarangan kerosakan mesin untuk tempoh 6 bulan pertama. Mas tidak bersetuju. Rin kemudiannya membuat penerimaan tanpa syarat tersebut. Malangnya mas tidak lagi mahu menjual mesin pembakar satenya. Nasihatkan mas sama ada dia terikat untuk menjual mesin tersebut kerana rin mendakwa kontrak telahpun wujud di antara mereka.

Isu: Samaada wujud kontrak antara Mas dan Rin.

Prinsip Undang-Undang :S7(a), Penerimaan mestilah dibuat secara mutlak dan tidak bersyarat, jika tidak sah maka kontrak tidak mengikat.S6(c) Tawaran balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu cadangan asal yang dibuat oleh pencadang.

Kes Rujukan :-- Pada 6 Jun, W membuat tawaran kepada H untuk menjual tanahnya dengan

harga 1000 paun. Pada 27 jun H bersetuju membeli tanah tetapi dengan harga yang lebih rendah iaitu 950 paun. W telah menolaknya. Walaubagaimanapun pada 29 jun, H menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu 1000 paun. W enggan menjual kepada H.

- KM : mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak yang sah wujud di sini kerana apabila H menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga 950 paun, ianya dianggap membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.

Hubungkait:- Dalam kes ini Rin membuat tawaran abalas kepada Mas tetapi Mas tidak bersetuju dengan penerimaan yang dibuat oleh Rin, maka tidak wujud kontrak antara Rin dan Mas. Daripada seksyen 7(a) di atas, kita boleh disimpulkan bahawa syarat penerimaan adalah mutlak dan tidak bersyarat. Suatu penerimaan mestilah menepati semua syarat dan terma dalam suatu cadangan sekiranya penerimaan dibuat terhadap sebahagian daripada syarat yang dinyatakan di dalam cadangan dan sebahagian daripadanya adalah ditolak, ini bukan satu penerimaan yang mutlak. Hal ini boleh berlaku apabila ada cadangan balas. Secara ringkas cadangan balas adalah penolakan kepada cadangan asal. Jadi Rin membuat penerimaan bersyarat/tawaran balas. Tawaran balas itu memansuhkan tawaran asal.

Kesimpulan : - Tidak wujud kontrak Mas dan Rin.

- 2 -

Page 3: Tutorial 5,6 Nnnn

TUTORIAL 6

Soalan1.

Noh berkata kepada sue, ’Pada harga berapakah anda sanggup menjual rumah anda yang cantik ini?’ Sue menjawab, ’rm600,00.00.’ Noh mendakwa telah wujud kontrak di antaranya dengan sue. Nasihatkan Sue berdasarkan Undang-Undang Kontrak.

Isu:-Samaada wujud kontrak di antara Noh dan Sue

Prinsip undang-undang:- -Twaran mestilah jelas dan nyata.- tawaran mestilah dibezakan di antara kenyataan awal @ keterangan awal.-S2(a) definisi tawaran merupakan satu akujanji oleh satu pihak yang lain bahawa dia akan melakukan suatu @ menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menerima @ memenuhi sepenuhnya syarat yang dinyatakan.

Kes rujukan:- Harvey LWN FaceyD telah menghantar telegram kepada plaintif bertanyakan samaada plaintif setuju menjual kepadanya Bumper Hall Pen dan meminta plaintif menyebut harga barang tersebut. Pslintif menjawab dengan telegram dan menyatakan ’harga tunai paling rendah untuk Bumper Hall Pen ialah £900.D terus menghantar telegram kepada plaintif menyatakan persetujuan nya membeli barang tersebut dengan harga yang dinyatakan oleh plaintif.KM: memutuskan bahawa apa yang dilakukan oleh plaintif itu bukanlah satu tawaran yang muktamad tetapi hanyalah satu sebut harga sahaja.

Hubungkait :- Dalam kes diatas, tindakan sue mengatakan bahawa dia sanggup menjual rumah nya RM600,00.00 kepada noh adalah satu tindakan menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Bukan sebagai tawaran kepada noh. Mengikut prinsip tawaran itu mestilah jelas dan nyata. Sedangkan kes noh dan sue langsung tidak jelas dan nyata. Mengikut prinsip juga tawaran mestilah dibezakan di antara kenyataan awal @ keterangan awal. Tindakan sue adalah satu komunikasi awal dan tidak sah untuk dijadikan satu tawaran.Dirujuk melalui kes Harvey vs facey. Kes ini agak sama dengan kes Noh Dan Sue. Defenden bertanyakan kepada Plaintif tentang samada beliau setuju menjual Bumper Hall Pen dan meminta menyatakan harga. Plaintif hanya menyatakan harga sahaja iaitu RM600,00.00 dan mahkamah memutuskan tindakan plaintif hanyalah menyatakan sebut harga dan belum cukup untuk dijadikan satu tawaran.Begitu juga dengan kes noh dan sue, sue hanya menyatakan sebut harga semata-mata dan tidak membuat tawaran untuk menjual rumah tersebut. Ia tidan jelas dan nyata untuk dijadikan satu tawaran.

KM: tidak wujud kontrak diantara Noh Dan Sue.

Soalan2.

- 3 -

Page 4: Tutorial 5,6 Nnnn

Ros telah menghadiri jamuan perkahwinan rakan baiknya zue dan dalam perjalanan pulang, ros telah kehilangan dompetnya yang mengandungi wang berjumlah rm10,000.00 bersama dengan dokumen pengenalan diri. Secara kebetulan, shah tlah terjumpa dompet tersebut dan telah memulangkannya kepada ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi saguhati sebanyak rm800.00 kepada shah. Malangnya ros tidak menunaikan janji tersebut. Nasihatkan shah akan kedudukannya di sisi undang-undang kontrak, sekirannya ada.

Isu: Samaada Syah berhak menuntut wang saguhati yang dijanjikan oleh Ros.

Prinsip undang-undang:- seksyen 2(d) menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dati membuat sesuatu, atau membuat atau menahan dir dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah di sebut balasan untuk janji itu.seksyen 26(b), sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali ianya sesuatu janji untuk memas paskan keseluruhan atau sebahagiannya, kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat sesuatu. Kes Rujukan :- JM WORTHERSPOON & CO LTD VS HENRY AGENCY HOUSE.Hakim Suffian memakai makna yang diberikan dalam shorter oxford dictionary iaitu ’sukarela bermaksud, perbuatan yang dilakukan seseorang atas pilihan dan kehendak sendiri. Dengan itu satu perbuatan yang dibuat atas saranan atau syor dari orang lain bukanlah perbuatan sukarela.

Hubungkait : Untuk menggunakan seksyen ini, shah mestilah membuat sesuatu secara sukarela dan bukan menurut kehendak pembuat janji. Dalam kes ini shah secara kebetulan telah terjumpa dompet tersebut dan telah memulangkan kepada Ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi saguhati kepada shah. Janji Ros adalah satu kontrak kerana janji itu adalah memampaskan keseluruhan perbuatan shah yang dilakukan secara sukarela itu.

Kesimpulan : Kontrak wujud antara Ros dan Shah kerana Shah telah melakukan perbuatan secara secara sukarela.

Soalan3.

Ibubapa lan telah meninggak dunia ketika lan berada di tingkatan 3. terkejut dengan kejadian tersebut, lan telah bertindak menjual kereta arwah ayahnya kepada soh. Seminggu selepas itu, setelah dinasihati oleh bapa saudaranya, lan telah berubah fikiran dan ingin membatalkan

- 4 -

Page 5: Tutorial 5,6 Nnnn

penjualan tersebut. Lan ingin memulangkan semula wang yang telah diterima daripada soh, tetapi soh enggan memulangkan semula kereta tersebut. Nasihatkan lan.

Isu:- Samaada Soh patut memulangkan kereta yang beliau beli dari Lan.

Prinsip undang-undang:- Seksyen11:- setiap orang layak membuat kontrak sekiranya is dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk dan sekiranya ia berakal sempurna dan tidak hilag kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk

Kes Rujukan :- Mohari Bibee Vs. Dhurmodas Ghose.A seorang yang belum berumur dewasa telah meminjam RM20,000.00 daripada B. A gadaikan beberapa buah rumahnya kepada B sebagai cagaran pinjaman. Maka emak A telah memberitahu B bahawa A belum berumur dewasa. KM : B tidak menguatkuasakan perjanjian pinjaman atau gadai janji tersebut kerana B telah membuat kontrak tersebut dengan A yang belum berumur dewasa.

Hubungkait : Berdasarkan S11, kita boleh merumuskan bahawa kontrak yang dibuat kanak-kanak adalah batal kerana seseorang kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak. Kaedah ini terpakai dalam kes Ran yang menjual kereta arwah ayahnya kepada soh. Setelah seminggu, Lan telah berubah fikiran dan ingin memulangkan wang yang telah daripada Soh untuk mengambil semula kereta arwah ayahnya. Tetapi Soh enggan berbuat demikian, soh hendaklah memulangkan kembali kepada Lan kerana pembelian yang dilakukan tidak sah dan Lan hendaklah memulangkan wang kepada soh.

Kesimpulan :Kontrak di antara Lan dan Soh adalah tidak sah kerana Lan seorang kanak-kanak dan tidak layak untuk berkontrak.

TUTORIAL 8Soalan 1.Jes telah membuat tawaran melalui pos kpd wan utk menjual rumaknya di kampung suka, dgn harga RM200,000.00. tawaran tersebut terbuka sehingga 20/2/08. surat tawaran diposkan pd 5/12/07 dan telah sampai ke pengetahuan Wa pd 11/12/07Wan yg pd mulanya bersetuju dgn tawaran tersebut telah mengeposkan surat penerimaan tawaran pd 25/12/07. disebabkan banjir dan perhubungan darat yg terputus, surat tersebut lambat sampai dan hanya diterima Õ jue pd 25/1/08Wan kemudiannya ingin menbatalkan penerimaan stelah mdpt tahu rumah tersebut slalu ditenggelami air stp kali musin banjir. Pd 15/1/08, wan telah menghubungi jes dan menyatakan bhwa dia ingin membatalkan penerimaannya dan membatalakan surat penerimaan yg telah diposkan sebelum ini. Jes berasa amat kecewa dgn tindakan wan.

- 5 -

Page 6: Tutorial 5,6 Nnnn

Pada 26/1/08, jes menghubungi wan dan menyatakan bahawa wan telahpun terikat utk membeli rumah tsebut brdasarkan surat penerimaan yg diterima drpd wan pd 25/1/08Sbg seorang yg arif dlm bidang undang2 kontrak, wan meminta nasihat anda akan haknya disisi undang2 kontrak. Nasihatkan wan.

Isu: Samaada Wan terikat disisi undang-undang untuk membeli rumah Jes.

Prinsip undang-undang:-4(3)(a) komunikasi pembatalan lengkap dipihak yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada si penerima pembatalan itu. Dimana ia adalah kuasa si pembuat pembatalan.4(2)(b) komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima apabila komunikasi penerimaan itu sampai kepada pengetahuan pencadang.

Kes Rujukan :-BRYNE VS VAN TIENHOVEN.

1 oct defenden membuat tawaran melalui surat untuk menjual bijih timah kepada palintif. Apabila palintif menerima surat tawaran itu, ia segera menghantarkan penerimaan dengan telegram pada 11 oct sementara itu pada 8 oct defenden telah menulis surat kepada plaintif membatalkan tawaran yang dibuatnya pd 1 oct itu. Surat pembatalan tawaran defenden ini tiba pd plaintif pada 20 oct.KM : pembatalan cadangan defenden itu tdk berkesan krn pd masa surat pembatalan tiba pd plaintif. Plaintif telah pun membuat penerimaan yg sah.

Hubungkait : Mengikut kes ini. Wan pd mulanya telah menerima tawaran yg dibuat ttp ingin

membatalkanya. Dia telah membatalkan penerimaannya sbelum surat penerimaan yg dihantarnya sampai ke tangan jes dgn menghubungi jes dan seterusnya membatalkannya mengikut seksyen 4(2)(b) komunikasi penerimaan lengkap terhadap peneriam apabila komunikasi penerimaan itu sampai kpd pengetahuan pencadang. Merujuk kepada kes Wan, komunikasi terhadap penerima belum lengkap krn surat penerimaan yg dipos olehnya belum sampai ke pihak pencadang dan beliau berhak utk membatalkanya dlm masa itu. Dan komunikasi pembatalan yg dibuat diantara wan dengan jes lengkap dimasa wan menghubungi jes. Ia merujuk kpd S 4(3)(a) iaitu komunikasi pembatalan lengkap kpd pembuat pembatalan apabila notis pembatalan itu telah dimasukkan ke dlm penjalanan pengiriman kpd si penerima pembatalan itu.

Kesimpulan :Kontrak yang dibuat oleh Wan kepada Jes adalah tidak sah dan notis pembatalan yang dibuat adalah sah

Soalan2.

Don ingin menjual kebun getah yg luas setengah ekar kepada jee dengan harga RM80,000.00 kerana ingin menyelesaikan hutang rumahnya yang telah digadai oleh anaknya kepada Bank Maju. Kebun getah itu amatlah disayanginya kerana memberi pendapatan yang lumayan kepadanya.

Jee bertanya kepada Don berapakah pendapatan sebulan yang diperolihi oleh don dari kebun getah tersebut. Don tidak dapat memberi kepastian tetapi membuat anggaran sekurang-kurangnya RM4,000.00 sekiranya tidak hujan.Mendengar kata-kata Don, Jee bersetuju dengan tawaran tersebut.Berdasarkan fakta di atas, nasihatkan hak Jee Dan Don sekiranya:

a. Jee ingin membatalkan kontrak kerana kebun getah tersebut tidak mendatangkan hasil yang lumayan seperti yang diberitahu oleh Don.

- 6 -

Page 7: Tutorial 5,6 Nnnn

ISU : Samaada Jee boleh membatalkan kontrak diantaranya dengan Don.

PRINSIP UNDANG2 : Tipuan <Frod >. S17 : seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila ia melakukan suatu tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya.

KES RUJUKAN : WEBER VS BROWNPlaintif Menuntut Ganti Rugi Daripada Defenden Kerana Melakukan Penipuan Dan Salah Salah Nyataan Berkenaan Jumlah Bilangan Pokok Getah Yang Ada Dalam Sebuah Estet Yang Dibelinya Dari Defenden. Sebelum Perjanjian Dibuat, Defenden Menyatakan Beliau Telah Mengira Pokok Getah Yang Ada Dalam Estat Itu Dan Menyerahkan Sekeping Kertas Mengandungi Bilangan Berserta Umur Pokok Getah Tersebut.Mahkamah : Memutuskan Kenyataan Defenden Menyatakan Beliau Telah Mengira Pokok Getah Tersebut Adalah Satu Penipuan ( Sedangkan Ia Tidak Mengiranya )

HUBUNGKAIT : Mengikut kes diatas, jee ingin menbatalkan kontrak yang dibuat olenya dengan don kerana kebun getah tersebut tidak mendatang kan hasil yang lumayang seperti yang dikatakan oleh don. Disinin wujud salahnyataan atau tipuan kerana kata2 don berlawanan dengan apa yang dilihat. Mengikut seksyen 17, seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila melakukan tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya. Don melakukan ’FROD’ apabila menyatakan kebun getahnya mendatangkan hasil yang lumayan sedangkan tidak. Dan seterusnya mendorong jee memasuki kontrak dengan kenyataannya itu. Merujuk kes Weber VS Brown : iaitu defenden melakukan tipuan dengan menyatakan beliau telah mengira pokok getah yang ada dalam estat yag dijualnya kepada plaintif. Sedangkan beliau langsung tidak mengiranya. Begitu juga denga kes jee dan don. Don menyatakan kebun getahnya mendatangkan hasil yang lumayang. Sedangkan tidak.

KESIMPULAN : Kontrak Boleh Dibatalkan Atas Pilihan Jee Kerana Kontrak Tersebut Wujud Unsur Frod Dan Seterusnya Menjadikan Kontrak Tersebut ’Kontrak Boleh Batal ’.

b. Boleh atau tidak Don menyatakan bahawa kontrak yang dibuat dengan Jee adalah kontrak yang tidak sah kerana nilai kebun yang dijual tidal sama dengan nilai pasaran yanh jauh lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada Jee.

TIDAK.

ISU : Samaada Kontrak Diantara Don Dengan Jee Adalah Sah Atau Tidak.

PRINSIP UNDANG2 :- Balasan tidak semestinya berpada atau tidak semestinya memandai. - S26 : sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas

tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaan balasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji itu diberi secara bebas.

- 7 -

Page 8: Tutorial 5,6 Nnnn

KES RUJUKAN : PHANG SWEE KIM VS. BEH I HOCK.Responden telah bersetuju secara lisan untuk memindahkan hak milik tanah kepada perayu dengan harga rm500.00 walaupun harga sebenar tanah itu melebihi rm500.00. Walau bagaimanapun, responden kemudiannya enggan memindahkan hak milik tanah tersebut atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak boleh dikuat kuasakan sebagai satu kontrak yang sah di sebabkan ketidakpadaan balasan. Namun di peringkat rayuan, mahkamah persekutuan memutuskan bahawa isu ketidak padaan adalah tidak releven dan dalam kes ini wujudnya balasan yang baik berdasarkan seksyen 2 (d) akta kontrak 1950 ; keputusan mahkamah memihak pada pihak perayu walaupun balasan yang diberikan tidak berpada.

HUBUNGKAIT : Mengikut kes yang dibincangkan, don telah menjual kebun getahnya dengan harga yang agak murah berbanding dengan nilai di pasaran. Kontrak yang dibuat antaranya dengan jee merupakan janji yang dibuat secara bebas.mengikut prinsip undang2 kontrak, balasan tidak semestinya berpada atau memandai. Seksyen 26 pula menyatakan sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidalkah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaan balasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji itu dibuat secara bebas. Jadi seksyen ini menjelaskan bahawa ketidakpadaan balasan tidak akan menjadikan sesuatu kontrak itu batal.

KESIMPULAN :Kontrak Diantara Jee Dan Don Adalah Sah. Ketidakpadaan Tidak Menjadikan Alasan Untuk Menyatakan Kontrak Itu Tidak Sah.

TUTORIAL 9.Soalan1.

Encik Zack Dan Puan Bie merupakan pekongsi-pekongsi di dalam ZB Trading. Oleh kerana perniagaan mereka semakin berkembang maju, maka Encik Zack telah melantik seorang agen iaitu Encik Jay untuk membantu tugas-tugasnya di firma. Encik jay telah diperkenalkan sebagai agennya kepada encik tan iaitu seorang pembekal barangan kesihatan. Kontrak telah ditandatangani di antara Encik Jay dan encik tan dan barangan-barangan telah dihantar ke firma ZB Trading. Namun begiru, Puan Bie tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayaran barang-arang tersebut dengan alasan Encik Zack tidak mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu sebelum melantik Encik Jay. Nasihatkan Encik Tan.

ISU: Samaada Pian Bie Perlu Bersama Bertanggunjawab Ke Atas Bayaran Pembelian Yang Dilakukan Oleh Encik Jay.

PRINSIP UNDANG-UNDANG:Seksyen 7 : stp pekongsi dalam suatu perkongsian adalah merupakan egen kepada firma perkongsian dan rakan pekongsi yang lain. Apa2 perbuatan dan tindakan seorang pekongsi

- 8 -

Page 9: Tutorial 5,6 Nnnn

dalam dalam perniagaan mereka, akan mengikat firma pekongsian dan rakan pekongsi yang lain.Seksyen 140 : hubungan ejensi boleh disiratkan, @ dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata2 atau

KES RUJUKAN : CHAN YIN TEE VS WILLIAM JACK & CO. Can dan Yong ( seorang kanak2 ) merupakan rakan kongsi dalam satu perniagaan. Di dalam urusan perniagaan dengan syarikat William Jacks & Co. Chan menyatakan bahawa dia adalah rakan kongsi Yong. Syarikat tersebut telah membekalkan barang kepada Yong tetapi yong gagal membayar harganya. Syarikat menuntut hutang kepada Chan. Mahkamah memutuskan bahawa Chan telah mengemukakan Yong sebagai egennya yang mempunyai kuasa untuk berkontrak bagi pihaknya.oleh yang demikian, chan hendaklah bertanggungan di atas perbuatan Yong dan Chan mestilah menjelaskan hutang tersebut kepada Syaikat Willian Jacks & co.

HUBUNGKAIT : Encik zack telah melantik seorng egen untuk lebih memudahkan kerjanya. Dan bukan untuk kepentingan dirinya.pekongsinya tidak mahu bertanggungjawab dengan encik jay.iaitu egen yang dilantik oleg encik zack. Mengikut seksyen 7, apa2 perbuatan atau tindakan seorang pekongsi dalam perniagaan mereka, akan mengikat firma perkongsian dan rakan pekongsi yang lain. Mengikut seksyen 140 pula mengatakan hubungan ejensi boleh disiratkan @ dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Ini membuktikan yang hubungan di antara mereka telah wujud egensi dan mereka perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan oleh encik jay.

KESIMPULAN : Puan Bie perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan oleh Encik Jay. Dan perlu bertanggungjawab dengan bayaran yang dilakukan oleh Encik Jay.

:

TUTORIAL 10.SOALAN1.Sham merupakan usahawan yang terkenal di negeri kelantan. Beliau menjalankan perniagaan batik yang dinamakan Sahn Batik. Dalam usaha memajukan perniagaannya, sham telah melantik Nan dan Zin sebagai agen penjualan kain-kain batik keluaran sham batik. Sham telah mengarahklan nin untuk menjual kain-kain batik yang bernilai RM70,000.00 ke sabah. Zin pul telah ditugaskan untuk menguruskan perjalanan Nin ke sana.Zin telah membeli tiket kapal terbang ke kota bharu-kuala lumpur dan kuala lumpur-kota kinabalu dan nin dijangka akan sampai ke Kota Kinabalu pada 5/3/08, jam 3 petang. Segala urusan telah diselesaika oleh zin.Tanpa diduga, tiket kapal terbang nin telah tercicir. Nin telah berusaha untuk membeli tiket yang lain, tetapi gagal mendapatkannya. Tiket untuk ke sabah bagi bulan mac telah habis dijual. Tiket yang ada hanyalah penerbangan ke Kuching, Sarawak dan akan tiba pada hari dan masa yang sama.Nin telah cuba menghubungi Sham dan Zin, tetapi mereka tidak dapat dihubungi. Dalam keadaan terdesak, nin telah mengambil keputusan untuk membeli tiket ke kuching dan menjual kain-kain batik tersebutk di kuching.Tindakan nin telah menyebabkan sham mengalami kerugian sebanyak RM5,000.00. sham telah mengarahkan nin bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Nin tidak bersetuju atas alasan tindakannya untuk kebaikan sham dan bagi mengelakkan sham mendapat kerugian yang lebih besar.Nasihatkan nin berdasarkan undang-undang agensi.

Isu:

- 9 -

Page 10: Tutorial 5,6 Nnnn

Samaada Nin perlu bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh Sham.

Prinsip undang-undang:-

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

- 10 -

Page 11: Tutorial 5,6 Nnnn

KESIMPULAN :

TUTORIAL11.

Soalan1.

Didi telah membuat pembelian bekalan ikan daripada jojo di kuala terangganu untuk dihantar ke JB. Jojo telah mengupah Kabir untuk menghantar bekalan ikan ersebut ke JB.Dalam perjalanan ke JB , lori yang membawa bekalan ikan tersebut mengalami kerosakan di kuantan. Lori tersebut perlu dibaiki dan akan mengambil masa selama dua hari.Kabir cuba untuk menghubungi didi melalui telefon bimbitnya, namun Didi tidak dapat dihubungi. Kabir mengambil keputusan untuk menjual bekalan ikan yang dibawanya di Pasar Kuantan bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut busuk dan rosak.Jojo tidak berpuas hati dengan tindakan kabir dan ingin mengambil tindakan. Nasihatkan Didi berkenaan dengan situasi di atas.

Isu:- Samaada tindakan kabir itu betul atau salah dan samada jojo boleh mengambil tindakan keatas kabir.

Prinsip Undang2 : S142 : ejen berkuasa dalam keadaan darurat atau kecemasan melakukan sesuatu untuk melindungi prinsipal daripada mengalami kerugian, seolah-oleh kepentingan ejen itu sendiri yang terancam.SEKSYEN 167 : seserang ejen adalah wajib, dalam masa kesusahan, menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan-arahan selanjutnya.

KES RUJUKAN :G.N RAILWAY VS SW AFFIELD.

- 11 -

Page 12: Tutorial 5,6 Nnnn

Seekor kuda dihantar melalui keretapi ke suatu destasi. Setibanya di destinasi itu tidak ada siapa yang berhak menerima kuda itu. Pihak keretapi menghantar kuda itu ke sebuah kandang kuda untuk bermalam di sana. Mhkamah memutuskan bahawa tindakan itu sungguhpun diluar kuasa keretapi sebagai ejen, namun ia terpaksa dilakukan untuk melindungi kuda itu. Pihak keretapi dianggap ejen perlu.

HUBUNGKAIT : Kes di atas, kabir iaitu merupakan agen kepada jojo telah mengambil tindakan menjual ikan2 di kuantan yang perlu di hantar ke JB kerana masalah pengangkutan yang tidak dapat dielakkan. Kabir telah mengambil tindakan yang perlu seorang agen lakukan iaitu cuba menghubngi jojo < prinsipal >. Tetapi tidak dapat dihubungi. Tetapi yang penting, beliau telah mencuba. Mengikut S142 Ejen berkuasa untuk melakukan sesuatu dalam keadaan darurat melakukan sesuatu untuk melindungi prinsipal daripada mengalami lebih kerugian. Tindakan kabir adalah betul kerana ikan tersebut merupakan barang yang mudah rosak dan seterusnya tidak dapat dijual lagi. Merujuk kepada seksyen 167, ejen berkewajiban menggunakan segala usaha yang logik untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan2 selanjutnya. Dalam kes ini kabir telah mengunakan segala usaha untuk menghubungi jojo. Merujuk kepada kes G.N RAILWAY VS SWAFFIELD, tindakan pihak keretapi menghantar kuda bermalam di sebuah kandang adalah satu tindakan untuk melindungi kuda tersebut dan pihak keretapi tidak boleh disalahkan dan seterusnya menjadikan pihak keretapi sebagai ejen perlu. Begitu juga kes kabir dengan jojo. Kabir telah dianggap ejen perlu kerana tindakannya adalah untuk kepentingan prinsipal daripada mengalami lebih kerugian.

KESIMPULAN : : tindakan kabir adalah betul dan jojo tidak berhak untuk mengambil tindakan kepadanya dan kabir telah dianggap ejen perlu.

SOALAN2 :

Tajol telah bertugas sebagai agen selama 3 tahun di Firma B & Rakan2 dlm pembekalan barang2. stp bulan, Encik B akan memberitahu Tajol ke mana barang-barang perlu dihantar. Pada awal bulan lepas, Encik B telah keluar negara atas urusan peribadi. Tajol yang tidak mendapat sebarang arahan telah bertindak mengikut kelaziman seperti bulan2 sebelumnya krn apa yang dilakukannya adalah urusan perniagaan yang sama. Malangnya, tindakan Tajol telah menimbulkan kemarahan Encik B dan Encik B enggan bertanggungjawab atas tindakan Tajol.

Nasihatkan Tajol berdasarkan prinsip undang2 agensi.

ISU :Samaada firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan Tajol .

PRINSIP UNDANG2 : S 164 : ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal. Jika tiada

arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama. Jika berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mesti membayar ganti rugi kepada prinipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan mengenainya. Memulangkan untung kepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

KES RUJUKAN :BOSTOCK VS BILTON.

Ejen telah gagal mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang di arahkan oleh prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa ejen bertanggungjawab ke atas kerugian yang di alami oleh prinsipal.

- 12 -

Page 13: Tutorial 5,6 Nnnn

HUBUNGKAIT : Dalam kes ini tajol yang merupakan ejen kepada Firma B & Rakan2 telah bertindak mengikut kelaziman kerana ketiadaan daripada Encik B. Mengikut S164, jika ketiadaan arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis yang sama. Tetapi jika berlaku kerugian kerana kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen berkewajiban untuk membuat perkiraan mengenainya. Jadi tindakan tajol adalah bersesuaian dan tindakannya bukan untuk kepentingannya. Merujuk kepada kes BOSTOCK VS BILTON, ejen telah gagal mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang di arahkan oleh prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa Ejen bertanggungjawab ke atas kerugian yang di alami oleh prinsipal. Mengikut kes kabir pula, kabir sentiasa mengikut arahan prinsipal tetapi bulan tersebut, kabir tidak mendapat sebarang arahan daripada Encik B. Seterusnya beliau telah mengikut kelaziman yang selalunya beliau di arahkan iaitu seperti yang diterangkan dalam seksyen 164.

KESIMPULAN :Firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan kabir, kerana kabir mengikut kalaziman dan bukan untuk kepentingan dirinya dan bertindak mengikut suci hati.

TUTORIAL 12.Soalan1

Puan dah telah berjanji secara bertulis untuk menyerahkan sebidang tanah yang tertentu kepada anaknya secara percuma.Berdasarkan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan, bincangkan sama ada kontrak jenis ini mengikat atau tidak.

ISU : Samaada Janji Puan Dah adalah sah di sisi undang2.

PRINSIP UNDANG2 : 26(a) perjanjian tanpa balasan yang melibatkan hubungan kasih sayang antara hubungan karib.Perlu memenuhi syarat yang ditetapkan :

1. perjanjian yg melibatkan kasih sayang dibut secara bertulis. 2. didaftarkan menurut undang2 ( jika ada ) 3. dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi antara pihak2 yang mempunyai hubungan karib.

KES RUJUKAN : RE TAN SOH SIMTan sebelum mati telah menyatakan hastarnya untuk memberikan hartanya kepada 2 orang anak angkat perempuannya dan 2 orang anak angkat lelakinya. Waris yang sebenarnya kepada harta tersebut adalah 3 orang kakaknya dan 7 orang kakak tiri. Bagi menghormati hasrat si mati, waris- waris ini telah mengadakan perjanjian bertulis, bersetuju untuk memberikan kesemua harta si mati kepada anak-anak angkatnya. Persoalan yang perlu di putuskan oleh mahkamah ialah sama ada perjanjian yang dibuat oleh waris2 itu merupakan perjanjian yang melibatkan kasih sayang semula jadi antara pihak-pihak yang mempunyai hubungan yang karib.

- 13 -

Page 14: Tutorial 5,6 Nnnn

Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat itu tidak sah mengatakan bahawa perkataan ’hubungan’ dan ’karib’ mestilah ditafsirkan berdasarkan kepercayaan dan kebudayaan serta hal keadaan setiap kes yang terlibat.

HUBUNGKAIT :Berhubung dengan kes di atas. Puan dah telah berjanji untuk menyerahkan sebidang tanah kepada anak kandungnya secara percuma. Disini dilihat telah wujud hubungan karib yang semula jadi antara mereka. Perjajian itu juga telah dibuat secara bertulis. Perjanjian yang dibuat oleh puan dah memenuhi seksyen 26 (a) iaitu perjanjian tanpa balasa perlu memenuhi : perjanjian dibuat secara bertulis dan dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi. Jadi ini membuktikan yang perjanjian yang dibuat oleh puan dah adalah sah.

KESIMPULAN : Janji Puan Dah Adalah Sah Disisi Undang2 Kerana Wujud Hubungan Kasih Sayang Dan Ia Memenuhi Prinsip Pengecualian Perjanjian Tanpa Balasan.

SOALAN2

meng seorang peniaga yang buta huruf, telah menghadapi masalah kewangan dalam pengendalikan perniagaannya. Dia gagal untuk mendapatkan pinjaman bank kerana beberapa dokumen yang diperlukan gagal disediakan. Meng telah mengambil jalan mudah dengan berjumpa dengan penberi pinjaman berlesen swasta iaitu Mudah Enterprise untuk mendapatkan pinjaman. Proses peminjaman mengambil masa selama 3 hari dan meng berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM30,000.00. Mudah Enterprise telah mengenakan kadar faedah sebanyak 35% setahun ke atas pinjaman tersebut. Meng yang tidak faham berkenaan faedah tersebut terus menyerahkan geran tanah sebagai cagaran pinjaman. Apabila masuk tahun kedua pembayaran pinjaman, Meng mendapati bayaran bulanan yang dibayar kepada Mudah Enterprise agal timggi dan dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembayaran. Nasihatkan meng.

Isu : Samaada Meng bertanggungjawab untuk terus membayar bayaran bulanan kepada Mudah Enterprise yang dikatakan agak tinggi.

Prinsip Undang2 : S16(1)

S(20) : dimana kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah disebabkan oleh pengaruh tidak berpatutan, maka perjanjian itu adalah suatu kontrak boleh batal atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian.

KES RUJUKAN : CHAIT SINGH VS BUDIN ABDULLAH

- 14 -

Page 15: Tutorial 5,6 Nnnn

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN : SOALAN3.

Leman telah bersetuju untuk menjual satu lori buah tembikai kepada saleh. Lorry tersebut akan bertolak dari bachok, kelantan pada sebelah pagi dan dijangka tiba di tempat perniagaan saleh di pasar selayang, selangor pada pukul 5 petang. Tanpa disedari oleh kedua-dua belah pihak, semasa mereka berkontrak, lorry berkenaan telah mengalami kemalangan yang dahsyat yang mengakibatkan pemandu lorry menjadi komas dan semua buah yang dibawa musnah.Berdasarkan undang-undang kontrak, nasihatkan leman dan saleh sama ada mereka masih terikat dengan kontrak tersebut.

Isu : sama ada perjanjian saleh dan leman masih terikat.

PRINSIP UNDANG2 :S21 : perlu memenuhi 3 syarat :

1. kedua2 pihak kepada kontrak tersebut melakukan khilaf; 2. khilaf yang dibuat adalah khilaf fakta 3. fakta tersebut mestilah fakta yang mustahak untuk perjanjian.

KES RUJUKAN : COUTURIER VS HASTIE.Kontrak yang dibuat di london adalah untuk penjualan jagung yang dilayarkan dari salonika. Tanpa diketahui oleh kedua-dua pihak, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, kargo tersebut telah dijual oleh ketua kapal tesebut di tunis memandangkan jagung itu mula rosak. Dalam penghakimannya, house of lords memutuskan bahawa pembeli adalah tidak terikat untuk membayar kargo tersebut. Kontrak tersebut mengkontemplasikan kewujudan kargo, dan memandangkan kargo tersebut tidak wujud, penjual tidak boleh diminta menghantar barangan tersebut dan si pembeli membayarnya. Memetik penghakiman lord cranworth : ’ persoalan keseluruhannya terletak pada tafsiran kontrak....... melihat pada kontrak itu sendiri, ia kelihatan pada saya jelas bahawa apa yang dikomtemplasikan oleh pihak2, mereka yang membeli dan mereka yang menjual, bahawa wujudnya sesuatu untuk dijual semasa kontrak, dan sesuatu untuk dibeli. Sesuatu itu tidak wujud...... harus diberikan penghakiman kepada defenden...

HUBUNGKAIT : Berhubung dengan kes leman dan saleh. Mereka telah berkontrak dan semasa berkontrak mereka tidak mengetahui fakta tersebut. Prinsip 21 menjelaskan bahawa kedua2 pihak perlu melakukan khilaf. Dan kes ini leman dan saleh telah melakukan khilaf. Dan memenuhi syarat pertama. Syarat ke2,khilaf yang dibuat merupakan khilaf fakta dan fakta tersebut merupakan fakta yang penting dalam perjanjian. Jadi kes leman dan salleh memenuhi 3 syarat khilaf secara fakta dan seterusnya membawa kepada kontrak batal. Merujuk kepada kes COUTURIER

- 15 -

Page 16: Tutorial 5,6 Nnnn

VS HASTIE, agak sama dengan kes leman dan salleh. Iaitu kedua2 pihak tidak mengetahui jagung iaitu fakta yang penting dalam perjanjian telah rosak. Seterus mahkamah memutuskan kontrak tersebut terbatal. Sama seperti kes leman dan salleh.

KESIMPULAN : Perjanjian Antara Leman Dan Salleh Telah Terbatal Dengan Sendirinya Setelah Berlaku Kemalangan Lorry Iaitu Merupakan Fakta Terpenting Antara Perjanjian Mereka.

- 16 -