tajuk 5,6 7~ gaya bahasa, seni retorik estetika sastera agung

52
Kuliah 3: Gaya bahasa dalam Sastera Agung Pengurus : Dr. Fadzilah Amzah Pensyarah : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub Dr. Shahabuddin Hashim En. Rosnan Mahmod Zahidin 26 Oktober 2013

Upload: tokayohli-bachok

Post on 25-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Kuliah 3:Gaya bahasa dalam Sastera Agung

Pengurus : Dr. Fadzilah Amzah Pensyarah : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub

Dr. Shahabuddin Hashim En. Rosnan Mahmod Zahidin

26 Oktober 2013

Pengenalan

• Perkara penting yang perlu difikirkan apabila membincangkan sastera Melayu tradisional ialah:– Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional– Peranan sastera dalam masyarakat Melayu

tradisional.

Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional

• Masyarakat Melayu tradisional bersifat kolektif dan sangat akrab.

• Tiada sifat individualistik iaitu segala sesuatu dianggap sebagai milik bersama.

• Ikatan kemasyarakatan yang kuat dan saling mengambil berat.

• Merupakan masyarakat tertutup iaitu kurang berhubung dengan masyarakat luar.

• Bersifat statik dan lambat / sukar berubah.

Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional

• Sangat akrab dengan alam sekitar dan pengikut kepercayaan animisme. Buktinya terhasil mantera, jampi, serapah.

• Mementingkan maruah dan kehormatan. Buktinya terhasillah peribahasa, teka-teki, seloka, pantun, syair, … untuk memberi nasihat/sindiran/kritik secara halus.

• Berhadapan dengan pelbagai perjuangan hidup. Buktinya terhasillah pelbagai cerita aneh, luar biasa, penuh misteri, mitos.

Ciri-ciri karya sastera Melayu tradisional

Sesuai dengan ciri-ciri tersebut, maka hasil sastera tradisional memiliki sifat-sifat:

• Milik bersamaOleh kerana itu, karya-karya Melayu tradisional tidak dituliskan siapa penulis atau pengarangnya.Mereka tidak mengambil berat siapakah penciptanya.Mereka menganggap segala hasil sastera terutamanya puisi yang tercipta itu milik bersama.

• Ciri statik terpancar melalui karya sastera yang sangat terikat dengan peraturan / sifatnya: pantun, syair, teromba, dll.

Sifat-sifat karya agung

• Sastera bercorak sejarah (historiografi)• Mengagungkan golongan raja• Mengisahkan asal usul tempat• Menyampaikan ajaran moral/teladan• Sumber tentang adat-istiadat Melayu

Gaya

• Gaya pada umumnya bermaksud cara atau ragam.

• Pada manusia, gaya ialah cara seseorang memperlakukan dirinya berpakaian, bertingkah laku, bercakap, makan minum, dan sebagainya.

• Gaya lahir ini juga dianggap sebagai bayangan daripada adab sopan dan akhlaknya.

Gaya bahasa

• Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan.

• Penggunaannya mempunyai jenis-jenis yang khusus: esei, berita, akademik, undang-undang, dll.

• Gaya bahasa juga merujuk stail penulisan: gaya bahasa penulis A berbeza dengan gaya bahasa penulis B.

Gaya bahasa sastera

• Gaya bahasa sastera bermaksud gaya bahasa yang khusus digunakan untuk kesusasteraan.

• Bahasa ialah alat seni yang mengandungi nilai estetik: yang mengharukan dan membangkitkan perasaan, dan merangsang daya fikir dan akal.

Penggunaan bahasa dalam sastera agung

• Secara umumnya, penggunaan bahasa dalam karya-karya agung mudah dibaca.

• Penggunaan ayatnya panjang-panjang namun tidak menyukarkan pembacaan.

• Banyak menggunakan bahasa istana memandangkan penulisannya bertujuan meninggikan darjat raja, dan ditulis berdasarkan perintah istana.

Penggunaan bahasa dalam karya agung

Beberapa aspek penggunaan bahasa yang akan dibincangkan ialah:

1. Pemilihan kata dan ayat2. Penggunaan pelbagai jenis puisi3. Pengaruh bahasa asing

1. Pemilihan kata dan ayat

• Terdapat banyak penggunaan perkataan klasik dan arkaik seperti arakian, hatta, maka… contoh:“Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidzir …” (SM : 4)“Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar …” (SM : 6)“Maka kedengaran khabar …” (SM : 6)“Maka sembah Perdana Menteri China …” (SM:6)“Maka titah Raja China …” (SM :6)

1. Pemilihan kata dan ayat

• Penggunaan ayat yang panjang-panjang dan berbelit-belit. Contoh:

“Maka oleh Sultan Malikus Saleh tanahtinggi itu disuruh oleh baginda tebas, maka diperbuatnya negeri kepada tempat itu dan diperbuatnya istana; maka dinamai Pasai, menurut nama anjing itu. Maka ananda bagina Sultan Malikus Tahir dirajakan oleh baginda di Pasai itu; Sidi Ali Ghuyatuddin dijadikan mangkubumi. Maka oleh Sultan Malikus Saleh segala rakyat, gajah, kuda dan perkakas kerajaan dibahagi dua, sebahagi akan ananda baginda Sultan Malikut Tahir dan sebahagi diberikan ananda baginda Sultan Malikul Mansur.”

(SM : 43)

1. Pemilihan kata dan ayat

• Penggunaan ayat yang panjang. Contoh:

“Maka Bendahara Paduka Raja menyuruhkan Tun Pikrama dan Tun Bijaya Maha Menteri, dan Seri Bija Diraja, dan Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja, dan Tun Amar Diraja, dan Tun Bija Diraja, dan Tun Bija Setia, dan Sang Bija Rakna, dan Tun Rana, dan Seri Setia, dan Sang Naya, dan Sang Guna, dan Sang Jaya Pikrama, dan Sang Aria, dan Sang Rana Sura, dan Sang Sura, dan Sang Jaya, dan Sang Sura Pahlawan, dan Tun Aria, dan Tun Bija Pikrama, dan segala hulubalang sekalian pergi mengikut Maharaja Dewa Sura; berdahulu-dahuluan, sekaliannya hendak beroleh jasa pada Bendahara.”

(SM : 74)

2. Penggunaan pelbagai jenis puisi

Pantun – paling popular

Sana sini gigi menimang,Hendak makan ikan dalam telaga;Lagi lemak telur berlinang,Sisiknya lekat kepada dada.

(SM : 160)

Dang Nila memangku puan,Berembang buah pedada;Adakah gila bagipun tuan?Burung terbang dipipiskan lada.

(SM : 160)

Telur itik di Singgora,Pandan terletak dilangkahi:Darahnya titik di Singapura,Badannya terlantar di Langkawi.

(SM : 51)

Murah kata derji,Empat hasta sehelai baju,Muda berusul Lela Manja,Bagai mutiara dalam teraju.

(SM : 155)

Nyanyian – juga popular dan banyak digunakan

Carik baju raja,Dilompati todak;Bukan disengaja,Sebab akal budak.

(SM : 52)Gendang raya dapat berbunyi,Raja Rekan masuk mengadap;Orang kaya apa bunyi,Dendam sahaya berdapat-dapat,Bagai cincin kena permata.

(SM : 63)

Lalai-lalai mana bubutan?Bubutan lagi dikelati;Kakak Tun Telanai mana pungutan?Pungutan lagi di Tanjung Jati.

(SM : 78)Raja Maluku meminjam kuda,Kuda dipinjam kuda Maulana;Tuanku nyawa orang muda,Bertambah ‘arif bijaksana’.

(SM : 133)

*** Nyanyian ini dari segi struktur masih menunjukkan ciri-ciri pantun.

Seloka

• Syair melarat yang tidak teratur• Berangkap• Tidak tetap sukatan sajak dan sukukatanya• Mengandungi unsur-unsur jenaka, sindiran,

ejekan, dan gurau senda.

Contoh: Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasangAda isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpupukAda rumah bertandang duduk.

Gurindam

• Sutan Takdir Alisjahbana memberi definisi gurindam sebagai “kalimat-kalimat majmuk yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Sajak yang pertama itu syarat dan yang kedua itu jawab ”.

• Puisi yang padat bahasanya memberi nasihat dan pengajaran.

Contoh: Gurindam 12 (RAH)

Raja muafakat dengan menteriSeperti kebun berpagarkan

duri.

Betul hati kepada rajaTanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyatTanda raja beroleh inayat.

Kasihkan olehmu orang berilmu

Tanda rahmat atas dirimu.

Bahasa berirama

• Bahasa berirama merupakan puisi melarat yang tiada skema perkataan atau baris tertentu.

• Pengarang menyelitkan bahasa berirama supaya cerita menjadi lebih menarik kepada pendengarnya.

Contoh

Pelukisan tentang suasana/keadaan hari yang hampir siang.

Tengah malam sudah terlampau

dinihari belum lagi nampak

budak-budak dua kali jaga

orang muda pulang bertandang

orang tua berkalih tidur

embun jantan rintik-rintik

berbunyi kuang jauh ke tengah

sering lanting riang di rimba

melenguh lembu di padang

sambut menguak kerbau di kandang

berkokok mendung merak mengigal

fajar sidik menyinsing naik

kicak kicau bunyi murai

tap tibau melambung tinggi

berkuku balam di hujung bendul

terdenyut puyuh panjang bunyi

puntung sejengkal tinggal sejari

itulah alamat hari nak siang.

Contoh

Sabung bertunda bulu ayam

sabung tak berhenti siang malam

air didih menganak sungai

kerak nasi membusut jantan

terung berbuah di gelegar

kunyit berhimpang di atas para

serai beranak di atas dapur

kepala kerbau dibuat tungku.

Gambaran jamuan atau kenduri yang dibuat secara besar-besaran, terutamanya di perkarangan istana.

Jampi/mentera

• Bentuk puisi magis, mempunyai hubungan dengan makhluk halus dan alam ghaib.

• Wujudnya berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat tradisional.

• Jampi digunakan untuk tujuan perbomohan iaitu untuk mengubati orang sakit.

• Selain itu juga digunakan sebagai ‘pakaian diri’ iaitu sebagai jaminan keselamatan dalam melakukan sebarang pekerjaan.

Contoh: mentera menangkap buaya

Hai si Jambu Rakai, sambut pekiriman

Puteri Runduk di Gunung Ledang

Anbacang masak sebiji bulat

Penyikat tujuh penyikat

Pengarang tujuh pengarang

Diorak dikumbang kangan

Lulur lalu ditelan

Kalau tidak kausambut

Dua hari jangan ketiga

Mati mapek mati mawai

Mati tersadai pangkalan tambang

Kalau kausambut

Ke darat kau dapat makan

Ke laut kau dapat minum

Aku tau asal kau jadi

Tulang buku tebu asal kau jadi

Darah kau gula, dada kau upih

Gigi kau tunjang berembang

Ridak kau cucuran atap.

Contoh: mentera Ilmu Pengasih

Si Irin namanya air

Si Putih namanya engkau

Aku tahu asal usulmu

Dari darah putih ibumu

Bukan kurenung anak matamu

Tapi kurenung jantung hatimu

Nah terpanah engkau dengan panah asmara

Lalu kau tunduk kepadaku

Lalu kau sayang dan cinta berahi kepadaku

Dengan berkat doa lailahaillallah

Muhammadur Rasulullah.

Tergolong dalam kategori jampi kerana mempunyai unsur-unsur agama (menyebut nama Allah, Nabi, dan sebagainya)

Perbilangan

• Merupakan peraturan atau undang-undang yang dibentuk oleh masyarakat itu sendiri bagi menimbulkan suasana aman dan tenteram.

• Sangat jelas terutamanya dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih.

Contoh:

Tanggungjawab pemimpinPohon rendang di tengah padangBatangnya untuk bersandarDahannya untuk bergantungBuahnya untuk dimakanDaunnya untuk berlindung

Hirarki masyarakatAlam nan berajaLuak nan berpenghuluSuku nan berlembagaAnak buah yang berbuapak

Talibun

• Puisi berbentuk bebas dan tidak tentu jumlah barisan, perkataan, dan suku kata dalam setiap baris.

• Wujud banyak unsur aliterasi dan asonansi dengan rentak dan iramanya menjadikannya ungkapan yang indah dan menarik.

Contoh:

Santapnya beradat,

Dua suap ketiga sudah

Keempat basuh tangan

Kelima kumur-kumur

Keenam makan sirih

Kelat jatuh ke rongkongan

Seri naik ke muka.

Perumpamaan

• Merupakan • Contoh:– Rosak bawang ditimpa jambak (HHT)

Peribahasa

• Merupakan • Contoh:– Burung terbang dipipiskan lada (SM : 160)

3. Pengaruh bahasa asing

Pengaruh bahasa asing – Hindu

“Maka ada seorang raja di tanah Hindi terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu di dalam tangannya, namanya Raja Kida Hindi.”

(SM : 3)

Pengaruh bahasa asing – Arab (Islam)

“… dan jangan engkau peringankan ibadatmu akan Allah subhanahu wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya.”

(SM : 50)

Pengaruh bahasa asing – Jawa

“… itulah dipantunkan Jawa, demikian bunyinya:Onya suruh tanggapana penglipur; saben dina katon perandene duka ugi”

(SM : 88)

Retorik

• Retorik merupakan “the art of speaking or writing effectively”.• Dalam konteks penulisan, retorik boleh dirujuk sebagai “seni

penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian fakta-fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan”.

• Retorik berasal daripada perkataan Greek “rhetor” yang bermaksud pidato.

• Penggunaan retorik sangat penting semasa zaman Greek terutamanya dalam perdebatan mereka tentang politik.

• Tokoh penting penggunaan retorik ialah Plato (427-347BC). Tradisi ini diteruskan, malah diperluas oleh muridnya Aristotle (384-322BC).

• Tulisannya “Rhetoric” telah diterjemahkan (terkini dalam tahun 1990) dan kini dirujuk sebagai rujukan utama dalam bidang retorik.

Retorik dalam karya agung

• Secara umumnya terdapat beberapa unsur retorik yang sangat dominan dalam karya Melayu tradisional iaitu pengulangan dan perbandingan.

• Hal ini bersesuaian dengan ciri sastera itu sendiri yang bersifat oral dan diceritakan, maka pengulangan dan perbandingan dapat menimbulkan keindahan dan rasa seronok kepada pendengar. Selain itu kedua-dua unsur ini dapat memberi penegasan maksud.

Retorik

Pengulangan

1.Aliterasi

2. Asonansi

3. Paralel

Perbandingan

1. Simile

2. Metafora

3. Analogi

4. Personifikasi

5. Hiperbola

Unsur retorik yang biasa digunakan

Contoh: Pengulangan frasa

Setelah sudah, Kapten Feringgi itu pun bermohonlah pada raja dan Bendahara lalu turun ke kapalnya melarik belulang, sebidang belulang itu dijadikan tali dan menyuruh kelasinya berangkat batu segala perkakas pegawai gedung itu. Maka kaptennya pun naik ke darat membawa tali belulang itu, ditariknya empat persegi tanah itu sehabis-habis tali belulang sebidang itu, maka diperbuatnya sebuah gedung terlalu besar dan tingginya, terlalu kukuh gedung itu, diperbuatnya lubang meriam tujuh lapis.

(HHT, halaman 521)

Contoh: Pengulangan kata (anafora)

“Maka oleh Paduka Bubunya …”“Maka sembah Tun Telanai …”“Maka titah Paduka Bubunya …”“Sembah Tun Telanai …”“Maka titah Paduka Bubunya …”“Maka Tun Telanai diam. …”“Maka titah Raja Siam, …”“Maka Tun Telanai menyuruh …”“Maka sembah Tun Telanai kepada Paduka Bubunya …”“Maka pada hati Paduka bubunya …”

(SM : 79)

Contoh: Perbandingan (simile)

“giginya seperti bunga seri gading, bibirnya seperti daun ketirah.”

(SM : 83)“… rupa sinar senjata seperti kilat sabung menyabung. Maka rakyat Pasai pun keluarlah, terlalu azmat tempik sorak rakyat Pasai, seperti laut pasang penuh rupanya, tunggul panji-panji seperti pohon kayu.”

(SM : 122)

Contoh: Perbandingan (hiperbola)

“Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti menengar bunyinya, segala margasatwa pun hairan menengar dia.

(SM : 160)

Contoh: Perbandingan (analogi)

“Adapun Laksamana Hang Tuah, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya. Jika ia di peseban, peseban gempar, jika ia dipanggungan, panggungan gaduh, dan segala perempuan Jawa anak dara-dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itupun bangun hendak melihat Hang Tuah.”

(SM : 88)

Contoh: Perbandingan (personifikasi)

Memberi sifat manusia kepada objek bukan manusia.

Contoh: “Limau mengkar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima tersenyum, bunga air mawar berpantun.”

(SM : 160)

Estetik

• Emmanuel Kant memberi definisi estetik sebagai:“the analysis of taste and the analysis of sensible cognition or intuition”.

• Dalam bahasa Greek, estetik bermakna “sensation”. • Dalam penulisan, estetik merupakan kajian terhadap

tindakbalas umum atau spesifik terhadap hasil seni tulisan.

• Penggunaan unsur estetik dapat menimbulkan tindak balas emosi pembaca (suka, sedih, marah, dsb…)

Falsafah estetik

• Secara mudahnya estetik berkait rapat dengan perbuatan “menghargai keindahan”

• “Indah” atau “keindahan” itu pula secara mudahnya dapat dikatakan sebagai “apa saja yang ‘captures your heart’ pada masa tersebut”.

• Kita sering mendengar ungkapan “beauty is in the eye of the beholder”. Oleh itu …

* estetik bersifat interpretif dan relatif.* berbeza mengikut individu.

• Walau bagaimanapun, terdapat persetujuan umum tentang nilai estetik sesebuah hasil penulisan, iaitu:– Estetik merupakan kajian falsafah tentang keindahan

dan persepsi.• Oleh itu dalam penulisan, estetik merujuk persepsi

pembaca terhadap keindahan penceritaan sesuatu bahan bacaan.

• Tidak keterlaluan jika dikatakan estetik merupakan aspek paling penting dalam kerja-kerja penulisan sama ada fiksyen atau non-fiksyen.

• Estetik yang menentukan sama ada hasil penulisan yang dibaca menarik minat atau sebaliknya.

Retorik & estetik

• Perlu diingat bahawa penulisan estetik berbeza daripada penulisan retorik.

• Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh digunakan serentak bagi menimbulkan impak yang optimum.

• Penulisan retorik berkaitan penyampaian idea tetapi penulisan estetik menyentuh emosi.

Rumusan

• Sastera Melayu tradisional mencerminkan realiti sosiobudaya dan alam fizikal masyarakat itu sendiri.

• Ia merakam pelbagai bencana yang menimpa masyarakat waktu itu.

• Selain itu ia juga menyatakan secara tersurat dan tersirat usaha-usaha menghindar bencana sosial dan agama.

• Secara ringkas, sastera Melayu tradisional merupakan cerminan masyarakat Melayu tradisional.

• Penggunaan gaya bahasa dalam karya Melayu tradisional bertepatan dengan fungsi sastera itu sendiri dan juga ciri masyarakat Melayu tradisional.

Disediakan oleh : Professor Madya Dr. Rohizani YaakubDisampaikan oleh : Dr. Fadzilah Amzah

Dr. Shahabudin Hashim Encik Rosnan

Disediakan oleh : Professor Madya Dr. Rohizani Yaakub® - Kota BharuDisampaikan oleh : Dr. Fadzilah Amzah – Pulau Pinang

Dr. Shahabudin Hashim – Kota Kinabalu Encik Rosnan – Kuching

Terima kasih.