makro 5,6,&7

33
BAB 5 : Masalah Makroekonomi Jenis-Jenis Pengangguran Pengangguran didefinisikan sebagai satu keadaan apabila individu-individu yang boleh bekerja dan ingin bekerja pada satu tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang pekerjaan. Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran bermusim, pengangguran tidak ketara dan pengangguran kitaran. Pengangguran Bermusim Penganguran bermusim hanya berlaku pada masa- masa tertentu sahaja dan cenderung wujud dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan. Misalnya, semasa musim tengkujuh, para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak dapat keluar ke laut untuk menangkap ikan. Oleh itu, mereka terpaksa menganggur sehingga musim tengkujuh berakhir. Pengangguran Tidak Ketara Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai pengangguran tersembunnyi. Pengangguran ini biasanya berlaku dalam sektor pertanian. Pengangguran tidak ketara berlaku apabila bilangan pekerja yang diambil bekerja dalam sesuatu sektor melebihi bilangan pekerja yang sebenarnya diperlukan. Lebihan pekerja yang ada tidak menyumbang kepada tingkat pengeluaran. Dalam erti kata lain, lebihan pekerja ini sebenarnya mempunyai daya pengeluaran sut sama dengan kosong. Pengangguran Kitaran Pengangguran kitaran wujud disebabkan perubahan yang berlaku dalam sesuatu kitaran ekonomi. Sesebuah ekonomi mungkin melambung pada mulanya, meleset dan kemudiannya melambung semual. Ekonomi mengalami kemelesetan apabila perbelanjaan agregat jatuh. Kejatuhan perbelanjaan agregat menyebabkan pengusaha-pengusaha mengurangkan permintaan terhadap tenaga buruh akibat kemerosotan pengeluaran dalam ekonomi.

Upload: hazryle

Post on 28-Jun-2015

434 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

makroekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: makro 5,6,&7

BAB 5 : Masalah Makroekonomi

Jenis-Jenis Pengangguran

Pengangguran didefinisikan sebagai satu keadaan apabila individu-individu yang boleh bekerja dan ingin bekerja pada satu tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang pekerjaan.

Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran bermusim, pengangguran tidak ketara dan pengangguran kitaran.

Pengangguran Bermusim

Penganguran bermusim hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja dan cenderung wujud dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan.

Misalnya, semasa musim tengkujuh, para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak dapat keluar ke laut untuk menangkap ikan. Oleh itu, mereka terpaksa menganggur sehingga musim tengkujuh berakhir.

Pengangguran Tidak Ketara

Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai pengangguran tersembunnyi. Pengangguran ini biasanya berlaku dalam sektor pertanian.

Pengangguran tidak ketara berlaku apabila bilangan pekerja yang diambil bekerja dalam sesuatu sektor melebihi bilangan pekerja

yang sebenarnya diperlukan. Lebihan pekerja yang ada tidak menyumbang kepada tingkat pengeluaran. Dalam erti kata lain, lebihan pekerja ini sebenarnya mempunyai daya pengeluaran sut sama dengan kosong.

Pengangguran Kitaran

Pengangguran kitaran wujud disebabkan perubahan yang berlaku dalam sesuatu kitaran ekonomi. Sesebuah ekonomi mungkin melambung pada mulanya, meleset dan kemudiannya melambung semual. Ekonomi mengalami kemelesetan apabila perbelanjaan agregat jatuh. Kejatuhan perbelanjaan agregat menyebabkan pengusaha-pengusaha mengurangkan permintaan terhadap tenaga buruh akibat kemerosotan pengeluaran dalam ekonomi. Pengurangan permintaan terhadap tenaga buruh secara berterusan akan menyebabkan pengangguran berlaku dalam ekonomi.

BAB 5 : Dasar Fiskal

Page 2: makro 5,6,&7

Penstabil Automatik

Penstabil automatik merupakan beberapa bentuk perbelanjaan dan pendapatan kerajaan yang digunakan untuk mengurangkan turun naik aktiviti ekonomi negara. Semasa kemelesetan ekonomi, alat penstabil automatik akan digunakan untuk mengurangkan kadar kemerosotan ekonomi. Sebaliknya, semasa pertumbuhan ekonomi, alat penstabil automatik akan digunakan untuk melambatkan perkembangan ekonomi.

Misalnya, semasa pertumbuhan ekonomi, cukai pendapatan progresif akan dikenakan oleh kerajaan akan mengurangkan pendapatan boleh guna penduduk. Pengurangan pendapatan boleh guna mengurangkan penggunaan dan perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Kesannya, kadar pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan.

Cukai Progresif

DefinisiCukai progresif ialah kadar cukai yang meningkat apabila pendapatan negara meningkat.

Cukai Progresif Sebagai Penstabil AutomatikCukai progresif dapat menstabilkan ekonomi kerana ia merupakan penstabil automatik.

Apabila pendapatan meningkat, hasil cukai yang meningkat akan memperlahankan perkembangan ekonomi.

Sebaliknya, apabila pendapatan berkurangan, hasil cukai yang

merosot akan memperlahankan penguncupan ekonomi yang lebih teruk.

Cukai Regresif

DefinisiCukai regresif ialah kadar cukai yang menurun apabila pendapatan negara meningkat.

Cukai Regresif Bukan Penstabil AutomatikCukai regresif tidak dapat menstabilkan ekonomi.

Sebaliknya, cukai regresif menyebabkan kemerosotan ekonomi yang lebih teruk dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi melambung.

Dasa Fiskal Budi Bicara

Dasa Fiskal Budi Bicara ialah dasar yang mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi negara. Dasar ini dijalankan untuk mengatasi masalah inflasi dan deflasi dalam ekonomi.

Misalnya, semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menambahkan kadar cukai untuk mengurangkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

BAB 5 : Belanjawan Negara di Malaysia

Page 3: makro 5,6,&7

Perbelanjaan Mengurus

Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara.

Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran, pemberian subsidi kepada pengeluar dan pengguna, dan pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun.

Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan masih tetap sama.

BAB 6 : Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara negara-negara melalui kegiatan eksport dan import.

Alasan Menjalankan Perdagangan Antarabangsa

Ahli-ahli ekonomi berpendapat perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mengeluarkan barangan pada keluk kemungkinan pengeluaran tetapi mencapai penggunaan di luar keluk tersebut. Perdagangan antarabangsa membolehkan pecapaian tingkat kebajikan yang lebih tinggi.

Setiap negara mempunyai jenis dan mutu barangan yang berbeza. Perdagangan antarabangsa membolehkan para pengeluar memperluaskan pasaran barangan dan para pengguna menikmati pilihan barangan yang lebih luas dan mutu barangan yang lebih tinggi.

BAB 6 : Faedah Pengkhususan

Faedah Mutlak

Kesanggupan sesebuah negara untuk mengeluarkan lebih banyak barang tertentu daripada negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Negara Kain (meter) Basikal

X 1000 200

Y 800 400

Negara X mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kain (lebih banyak kain).Negara Y mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran basikal (lebih banyak basikal).Perdagangan di antara negara X dan negara Y akan menguntungkan kedua-dua buah negara tersebut.

Faedah Berbanding

Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati sesebuah negara apabila negara tersebut dapat mengeluarkan sesuatu barang dengan

Page 4: makro 5,6,&7

kos melepas yang lebih rendah daripada negara lain dengan menggunakan kuantiti sumber ekonomi yang sama dan tingkat teknologi yang sama.

NegaraKereta(buah)

Motosikal(buah)

Kos Lepas bagi sebuah

kereta

Kos lepas bagi sebuah

motosikal

R 100 300300/100 = 3

buah motosikal100/300 = 0.3 buah kereta

S 250 350350/250 = 1.4

buah motosikal250/350 = 0.7 buah kereta

Berdasarkan jadual di atas, dengan menggunakan kuantiti faktor yang sama dan tingkat teknologi yang sama, negara S adalah lebih cekap (mempunyai faedah mutlak) dalam pengeluaran kereta dan motosikal berbanding dengan negara R. Dalam situasi sedemikian, sama ada perdagangan antarabangsa dapat dijalankan antara kedua-dua negara ini bergantung pada kos melepas yang dilibatkan oleh kedua-dua buah negara dalam mengeluarkan getah dan beras.

Berdasarkan jadual di atas, negara R mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran motosikal berbanding dengan negara S. Sebaliknya, negara S mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran kereta berbanding dengan negara R. Oleh itu, negara R mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal, manakala negara S mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.

Negara Radio Perabot Kos Lepas per Kos lepas per

(buah) (buah) unit radio unit perabot

X 10 2020/10 = 2 unit

perabot10/20 = 0.5 unit

radio

Y 5 1010/5 = 2 unit

perabot5/10 = 0.5 unit

radio

Kes di atas menunjukkan kos lepas bagi pengeluaran perabot dan radio adalah sama di kedua-dua buah negara tersebut. Maka kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran radio atau perabot. Oleh itu, tidak wujud perdagangan antarabangsa.

Arah Aliran Perdagangan

Corak eksport dan import di antara negara-negara ditentukan oleh faedah mutlak atau faedah berbanding. Perdagangan antarabangsa akan menguntungkan semua negara sekiranya setiap negara menikmati faedah mutlak atau faedah berbanding dalam sekurang-kurangnya satu jenis barang.

Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Mutlak (Kaedah Jadual)

1. Andaian-andaiana. Terdapat dua buah negara sahaja yang mengeluarkan

dua jenis barang.

Page 5: makro 5,6,&7

b. kedua-dua buah negara menggunakan dua orang buruh yang sama cekap pada tingkat teknologi yang sama.

c. mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna. d. ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.e. kos pengangkutan adalah sifar.f. sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan

bebas.2. Contoh

Negara Kain (meter) Basikal

X 1000 200

Y 800 400

3.a. Pengeluaran Sebelum pengkhususan

Negara X menikmati faedah mutlak dalam pengeluaran kain dan negara Y menikmati faedah mutlak dalam pengeluaran basikal.

b. Pengeluaran Selepas Pengkhususan

Negara Kain (meter) Basikal

X 2000 −

Y − 800

Pengkhususan membolehkan buruh digunakan

dengan lebih cekap. Ini menyebabkan jumlah keluaran kain di pasaran antarabangsa bertambah daripada 1800 meter kepada 2000 meter. Jumlah keluaran basikal pula bertambah daripada 600 buah kepada 800 buah.

c. Penentuan Kadar Pertukaran Eksport dan ImportKadar pertukaran kain dan basikal bergantung kepada persetujuan antara negara X dan Y berpandukan harga relatif kain dan basikal.Memandangkan harga relatif kain dan basikal di negara X ialah 1 meter kain = 0.2 buah basikal dan harga relatif kain dan basikal di negara Y ialah 1 meter kain = 0.5 buah basikal, maka laba perdagangan akan diperoleh oleh kedua-dua buah negara sekiranya kadar pertukaran eksport dan import adalah antara lingkungan harga 1 meter kain = 0.2 hingga 0.5 buah basikal.Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 meter kain = 0.4 buah basikal.

d. Penggunaan Selepas Perdagangan

Negara Kain (meter) Basikal

X 1100 360

Y 900 440

Page 6: makro 5,6,&7

e.Katakan negara X ingin mengimport 360 buah basikal daripada negara Y. Memandangkan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 meter kain = 0.4 buah basikal, ini bererti negara X perlu mengeksport 900 meter kain kepada negara Y dan negara Y perlu mengeksport 360 buah basikal kepada negara X.

f. Laba Perdagangan AntarabangsaSelepas perdagangan antarabangsa, penggunaan kain di negara X +100 meter (1000 meter kepada 1100 meter). Penggunaan kain di negara Y +100 meter (800 meter kepada 900 meter).Penggunaan basikal di negara X +160 buah (200 buah kepada 360 buah). Penggunaan basikal di negara Y +40 buah (400 buah kepada 440 buah).

Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Berbanding (Kaedah Jadual)

1. Andaian-andaiana. Terdapat dua buah negara sahaja yang mengeluarkan

dua jenis barang. b. kedua-dua buah negara menggunakan dua orang

buruh yang sama cekap pada tingkat teknologi yang sama.

c. mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna. d. ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.e. kos pengangkutan adalah sifar.f. sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan

bebas.2. Contoh

NegaraKereta(buah)

Motosikal(buah)

Kos Lepas bagi sebuah

kereta

Kos lepas bagi sebuah motosikal

R 100 300300/100 = 3

buah motosikal

100/300 = 0.3 buah kereta

S 250 350350/250 = 1.4 buah motosikal

250/350 = 0.7 buah kereta

3.a. Pengeluaran Sebelum pengkhususan

Negara S menikmati faedah mutlak dalam kedua-dua pengeluaran kereta dan motosikal.Namun begitu, negara R menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal. Harga motosikal lebih murah di negara R. Kos lepas yang ditanngung ialah 0.3 buah kereta sahaja.Negara S menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta. Harga kereta lebih murah di negara S. Kos lepas yang ditanggung ialah 1.4 buah motosikal sahaja.

b. Pengeluaran Selepas Pengkhususan

Page 7: makro 5,6,&7

Negara Kereta (buah) Motosikal (buah)

R − 600

S 500 −

Pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap. Ini menyebabkan jumlah keluaran kereta di pasaran antarabangsa bertambah daripada 350 buah kepada 500 buah. Walau bagaimanapun, jumlah keluaran motosikal di pasaran antarabangsa telah berkurangan daripada 650 buah kepada 600 buah.Pengkhususan antarabangsa masih menguntungkan kerana pertambahan keluaran kereta sebanyak 150 buah hanya melibatkan pengurangan keluaran motosikal sebanyak 50 buah sahaja.

c. Penentuan Kadar Pertukaran Eksport dan ImportKadar pertukaran kereta dan motosikal bergantung kepada persetujuan antara negara R dan S berpandukan harga relatif kereta dan motosikal.Memandangkan harga relatif kereta dan motosikal di negara R ialah 1 kereta = 3 motosikal dan harga relatif kereta dan motosikal di negara S ialah 1 kereta = 1.4 motosikal, maka laba perdagangan akan diperoleh oleh kedua-dua buah negara sekiranya kadar pertukaran eksport dan import adalah antara

lingkungan harga 1 kereta = 1.4 hingga 3 motosikal.Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal.

d. Penggunaan Selepas Perdagangan

Negara Kereta (buah) Motosikal (buah)

R 150 300

S 350 300

e.Katakan negara R ingin mengimport 150 kereta daripada negara S. Memandangkan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal, ini bererti negara R perlu mengeksport 300 motosikal kepada negara S dan negara S perlu mengeksport 150 kereta kepada negara R.

f. Laba Perdagangan AntarabangsaSelepas perdagangan antarabangsa, penggunaan kereta di negara R +50 buah (100 buah kepada 150 buah). Penggunaan kereta di negara S +100 meter (250 buah kepada 350 buah).Penggunaan motosikal di negara R tidak berubah. Penggunaan motosikal di negara S −50 buah (350 buah kepada 300 buah). Pengurangan penggunaan motosikal sebanyak 50 buah (atau 25 buah kereta memandangkan 1 kereta = 2 motosikal) dan peningkatan penggunaan kereta sebanyak 100 buah di

Page 8: makro 5,6,&7

negara S bererti negara S tetap menikmati laba perdagangan antarabangsa.

Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Berbanding (Kaedah Rajah)

Page 9: makro 5,6,&7

1. Andaian-andaian a. terdapat dua buah negara yang mengeluarkan dua

jenis barang. b. Kedua-dua buah negara menggunakan dua orang

buruh yang sama cekap pada tingkat teknologi yang sama.

c. mobiliti buruh adalah sempurna. d. ekonomi adalah pada guna tenaga penuh. e. kos pengangkutan adalah sifar. f. perdagangan bebas diamalkan.

2. Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran Sebelum Pengkhususan dan Perdagangan

a. Keluk kemungkinan pengeluaran AB menggambarkan harga relatif kereta dan motosikal di negara R sebagai 1 kereta = 3 motosikal atau 1 motosikal = 0.3 kereta.

b. Keluk kemungkinan pengeluaran PQ menggambarkan harga relatif kereta dan motosikal di negara S sebagai 1 kereta = 1.4 motosikal atau 1 motosikal = 0.7 kereta.

c. Secara relatif, harga motosikal di negara R lebih rendah (0.3 kereta): Sudut ABO lebih kecil daripada sudut PQO. Negara R menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal dan harus mengkhusus dalam pengeluaran motosikal.

d. Secara relatif, harga kereta di negara S lebih rendah (1.4 motosikal): Sudut QPO lebih kecil daripada sudut BAO. Negara S menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan harus mengkhusus dalam pengeluaran kereta.

e. Titik C menunjukkan pengeluaran sebelum pengkhususan di negara R: 100 buah kereta dan 300 buah motosikal.

f. Titik T menunjukkan pengeluaran sebelum pengkhususan di negara S: 250 buah kereta dan 350 buah motosikal.

3. Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran Selepas Pengkhususan dan Perdagangan

a. Titik B menunjukkan pengkhususan negara R dalam pengeluaran motosikal.

b. Titik P menunjukkan pengkhususan negara S dalam pengeluaran kereta.

c. Kadar pertukaran terletak antara harga relatif kereta dan motosikal di negara R (1 kereta = 3 motosikal) dan negara S (1 kereta = 1.4 motosikal). Andaikan bahawa kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal. Ini digambarkan oleh garis BE di negara R dan garis PV di negara S.

d. Sekiranya negara R ingin menggunakan 300 buah motosikal dalam negara, negara R akan mengeksport 600 − 300 = 300 buah motosikal ke negara S dan mengimport 300 x 0.5 = 150 buah kereta dari negara S. Titik D menunjukkan titik penggunaan negara R selepas perdagangan dilakukan.

e. Apabila negara S mengimport 300 buah motosikal dari negara R, negara S akan mengeksport 150 buah kereta ke negara R dan mengguna 500 − 150 = 350 buah kereta dalam negara. Titik U menunjukkan titik penggunaan negara S selepas perdagangan dilakukan.

4. Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran: Laba Perdagangan Antarabangsa

Page 10: makro 5,6,&7

a. Jumlah barang yang dinikmati setelah perdagangan antarabangsa adalah lebih banyak daripada yang dikeluarkan dalam negara. Ini ditunjukkan oleh titik D negara R dan titik U negara S.

b. Jumlah kereta yang dapat digunakan di negara R selepas perdagangan telah bertambah daripada 100 buah kepada 150 buah.

c. Jumlah kereta yang dapat digunakan di negara S selepas perdagangan telah bertambah daripada 250 buah kepada 350 buah.

d. Jumlah motosikal yang dapat digunakan di negara S selepas perdagangan telah berkurangan daripada 350 buah kepada 300 buah. Namun begitu, negara S masih memperoleh laba daripada perdagangan antarabangsa. Sebelum perdagangan antarabangsa, tambahan 100 buah kereta (daripada 250 buah kepada 350 buah) melibatkan pengurangan motosikal sebanyak 100 x 1.4 =140 buah (harga relatif ialah 1 kereta = 1.4 motosikal).. Kini, negara S hanya perlu melepaskan 50 buah motosikal sahaja.

e. Kesimpulan: Perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mencapai tingkat penggunaan di luar Keluk Kemungkinan Pengeluaran walaupun pada tingkat guna tenaga penuh.

Faktor Yang Menghalang Pengkhususan Dalam Perdagangan Antarabangsa

1. Mobiliti buruh tidak sempurnaTiada penggantian sempurna antara buruh. Pergerakan buruh mengambil masa.

2. Kadar Pertukaran Merugikan Sesebuah NegaraKadar pertukaran eksport import mungkin merugikan sesebuah negara.

3. Perdagangan Bebas Tidak DiamalkanSekatan perdagangan seperti tarif dan kuota menghalang pengkhususan dan perdagangan bebas.

4. Kos Pengangkutan Adalah TinggiKos pengangkutan meningkat apabila negara-negara dipisahkan oleh lautan luas.

Page 11: makro 5,6,&7

BAB 6 : Aliran Perdagangan Malaysia

Pengenalan

Keteguhan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada arahan aliran dalam harga dan kuantiti eksport-import. Bahagian eksport-import barangan ialah 70-85% daripada KNK pada tahun 1990-an.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport Barang Malaysia

1. Komposisi Eksport Barang Malaysia terdiri daripada barang pertanian seperti getah. kayu balak, minyak kelapa sawit dll, Barang logam/ Galian seperti bijih timah, petroleum, gas asli cecair dll, dan Barang Perkilangan seperti kelengkapan pengangkutan, makanan, mesin-mesin elektrik dan alat ganti dll.

2. Komposisi eksport Malaysia telah mengalami perubahan besar dalam jangka masa 1960-2000. Peratus sumbangan barang pertanian berkurangan dan peratus sumbangan barang perkilangan bertambah.

3. Kemerosotan sumbangan barang pertanian berlaku kepada eksport getah manakala eksport kayu balak dan minyak kelapa sawit menampakkan kenaikan.

4. Eksport bijih timah telah merosot semenjak tahun 1970 disebabkan oleh penutupan lombong-lombong bijih timah. Kepentingan eksport bijih timah telah diambil alih oleh eksport petroleum.

5. Eksport barang perkilangan telah meningkat daripada 8.5% pada 1960 kepada 88.6% pada 2000. Pertambahan yang nyata berlaku dalam pengeksportan mesin-mesin elektrik dan alat ganti.

6. Eksport barang perkilangan yang semakin meningkat menggambarkan perubahan dalam struktur pengeluaran Malaysia yang mengurangkan pergantungan kepada keluaran komoditi utama. Dasar mempelbagaikan ekonomi yang dilaksanakan untuk mengurangkan kesan buruk ketidakstabilan harga komoditi utama telah menggalakkan perkembangan pesat dalam jumlah eksport serta perluasan barang eksport baru.

7. Perkembangan pesat dalam eksport barang perkilangan terjadi selepas penubuhan zon-zon perdagangan bebas pada tahun 1972. Mesin-mesin elektrik dan alat ganti adalah keluaran utama.

8. Pada tahun 1980, komposisi eksport barang Malaysa dibezakan kepada barang utama (barang pertanian dan bahan logam) dan barang perkilangan. Eksport barang utama ialah penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport pada 1960-1985 walaupun sumbangannya semakin merosot. Mulai tahun 1990, eksport barang perkilangan telah menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport Malaysia.

9. Prestasi eksport barang utama dan barang perkilangan terus meningkat pada abad ke-21 kerana struktur eksport yang semakin luas dan kedudukan barang perkilangan yang lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.

10. Namun begitu, Malaysia perlu mempelbagaikan lagi komposisi barang perkilangan untuk mengurangkan kesan negatif pengaruh luar yang boleh menjejaskan eksport negara.

Page 12: makro 5,6,&7

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Import Barang Malaysia

1. Komposisi Import Barang Malaysia terdiri daripada Barang Pengguna seperti makanan, minuman dan tembakau, barang keluaran kilang dll, Barang pelaburan seperti jentera pengangkutan dll, Barang Perantaraan seperti bahan mentah, bahan api, bahan kimia dll dan Import Bagi Eksport Semula.

2. Import barang pengguna semakin berkurangan sejak tahun 1965 kerana usaha Malaysia memajukan industri penggantian import untuk mencapai tingkat mampu diri.

3. Import barang pelaburan (terutamanya jentera dan kelengkapan) dan barang perantaraan (terutamanya untuk perkilangan dan pembinaan) meningkat selaras dengan perkembangan sektor perkilangan di Malaysia.

4. Import barang pelaburan dan barang perantaraan pada masa kini ialah 80%-90% daripada jumlah import selaras dengan dasar perindustrian Malaysia.

5. Import bagi eksport semula Malaysia terdiri daripada bijih timah dan gas asli. Arah aliranya turun naik.

6. Usaha perlu dilakukan untuk meningkat eksport dan mengurangkan import untuk memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran Malaysia.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia

1. Komposisi Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia terdiri daripada Perkapalan dan Insurans (khasnya pengangkutan laut), Pengankutan Lain (khasnya pengangkutan udara), Perjalanan (termasuk pendidikan di luar negara, pelancongan dan perjalanan untuk perniagaan), Pendapatan Pelaburan (pembayaran kepada pelaburan asing dan pembayaran bunga terhadap hutang luar negara), Urus Niaga Kerajaan (perbelanjaan kedutaan di luar negara) dan Lain-Lain (termasuk bayaran kontrak dan profesional).

2. Eksport dan Import Perkhidmatan Malaysia menunjukkan arah aliran yang meningkat. Namun begitu, Malaysia masih lemah dari segi engeksportan perkhidmatan ke luar negara memandangkan nilai eksport perkhidmatan sentiasa kurang daripada nilai import perkhidmatan Malaysia. Ini menimbulan masalah defisit dalam imbangan perkhidmatan Malaysia.

3. Pada masa kini, Perjalanan merupakan penyumbang terbesar Eksport Perkhidmatan Malaysia, ekoran daripada galakan kerajaan dalam sektor pelancongan dan institusi pengajian tinggi.

4. Pendapatan Pelaburan merupakan komponen import perkhidmatan terbesar Malaysia pada masa kini., akibat dariapada pelaburan asing dalam sektor perkilangan.

5. Usaha memperbaiki imbangan perkhidmatan negara merupakan satu cabaran kepada kerajaan Malaysia.

Page 13: makro 5,6,&7

BAB 6 : Kadar Syarat Perdagangan

Definisi

Kadar syarat perdagangan menunjukkan nisbah antara indeks harga eksport dengan indekss harga import.

Kadar syarat perdagangan = (Indeks harga eksport / Indeks harga import) × 100

Apabila indeks harga eksport melebih indeks harga import, kadar syarat perdagangan bagi sesebuah negara akan menjadi lebih baik. Sebaliknya, jika indeks harga import melebihi indeks harga eksport, kadar syarat perdagangan bagi sesebuah negara akan merosot.

Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun

Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun sebab di negara maju, indeks harga eksport cenderung melebihi indeks harga import. Keadaan ini berlaku disebabkan perbezaan corak eksport dan import antara negara maju dengan negara membangun.

Barang eksport kebanyakan negara maju terdiri daripada barang perkilangan atau barang akhir. Barang-barang seperti ini biasanya dieksport pada harga yang tinggi. Barang import negara maju pula terdiri daripada bahan mentah atau barang pertanian yang biasanya dibeli daripada negara membangun pada harga yang rendah.

Oleh sebab harga eksport lebih tinggi dan harga import lebih rendah di negara maju, kadar syarat perdagangan di negara maju adalah lebih baik berbanding dengan negara membangun.

BAB 6 : Sekatan Perdagangan Bebas

Perdagangan Antarabangsa Terkawal

Sekatan perdagangan adalah dasar perdagangan luar kerajaan dalam mengawal eksport dan import negara. Ia bertujuan melindungi kepentingan ekonomi negara berkenaan. Tanpa sekatan-sekatan ini, negara berkenaan mungkin mengalami defisit/ kerugian dalam imbangan perdagangan, dan inflasi yang diimport dan kemelesetan ekonomi yang berpunca dari negara-negara lain /ketidakstabilan ekonomi.

Dasar Perlindungan Perdagangan

Dasar Perlindungan Perdagangan merupakan langkah kerajaan memberi perlindungan kepada industri tempatan daripada persaingan pasaran luar negara supaya industri tempatan dapat berkembang dengan sihat.

Bentuk perlindungan perdagangan meliputi tarif import, kuota, kawalan pertukaran asing dan pemberian subsidi eksport.

Page 14: makro 5,6,&7

Sebab-Sebab Sekatan (Alasan Dasar Perlindungan Perdagangan)

Melindungi Industri Penting/ Strategik

Industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh kerajaan kerana amat penting sewaktu kecemasan, contohnya ketika negara diserang oleh negara lain.

Sekatan seperti tarif dikenakan untuk memastikan industri-industri ini berkembang maju dan mampu menghasilkan bekalan yang mencukupi kepada negara.

Melindungi Industri Muda

Industri muda merupakan industri baru yang masih belum berkembang. Berbanding dengan industri maju, industri muda mempunyai daya saing yang rendah. Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga.

Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaran masih tinggi daripada industri barang import.

Industri muda masih belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Pasarannya masih terhad dan keupayaan pengeluarannya masih di bawah tingkat optimum.

Sekatan terhadap kemasukan barang import seperti tarif import dan kuota dikenakan untuk membolehkan industri muda tempatan berkembang dan berkeupayaan bertanding dengan industri asing.

Contoh industri muda — industri kereta Proton di Malaysia.

Mempelbagaikan Ekonomi Negara

Kebanyakan negara sedang membangun mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional/ kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatannya.

Usaha mempelbagaikan ekonomi negara, khasnya memajukan industri perkilangan, bertujuan mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu, menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, dan menstabilkan ekonomi negara.

Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi negara, kerajaan melaksanakan dasar menyekat import barangan yang bersaing dengan keluaran tempatan seperti mengenakan tarif import atau kuota import, dan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barangan eksport negara di pasaran antarabangsa.

Meningkatkan Guna Tenaga

Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Kadar pengangguran dalam sesebuah negara dapat dikurangkan.

Memperbaiki Imbangan Pembayaran Defisit (Negatif )

Masalah imbangan pembayaran defisit wujud apabila nilai import sesebuah negara melebihi nilai eksportnya.

Page 15: makro 5,6,&7

kebanyakan negara membangun mempunyai jumlah perbelanjaan import melebihi jumlah pendapatan eksport.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan harus berusaha mengurangkan nilai import dan meningkatkan nilai eksport. Nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing.

Galakan-galakan eksport seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport.

Menentang Dasar Lambakan Negara Asing

Dasar lambakan dilaksanakan oleh sesetengah negara untuk memonopoli pasaran negara dagangnya dengan menjual barangan pada harga yang jauh lebih rendah.

Ini menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya kehilangan pasaran. Akibatnya, masalah pengangguran berlaku.

Sekatan import seperti tarif import atau kuota bertujuan melindungi industri tempatan yang mengeluarkan barang berkaitan.

Menambah Pendapatan Kerajaan

Duti import/tarif dikenakan untuk menambahkan pendapatan kerajaan. Ini dapat membiayai lebihan perbelanjan kerajaan.

Alasan Berdikari

Sekatan import dapat memajukan industri penggantian import dalam negara.

Subsidi eksport dapat memajukan industri berorientasikan eksport.

Negara dapat berdikari tanpa terlalu bergantung pada eksport-import apabila industri penggantian import dan industri berorientasikan eksport dapat dimajukan dan ekonomi negara dapat dipelbagaikan.

Dengan itu, kestabilan ekonomi negara terjamin tanpa terlalu bergantung kepada keadaan melambung meleset di negara-negara asing.

Jenis-Jenis Sekatan

Tarif

Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import yang diminta akan jatuh.

Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.

Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.

Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.

Page 16: makro 5,6,&7

Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun.

Sekatan tarif akan

1. menaikkan harga import barangan,2. mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan

import,3. menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan

pengganti import,4. memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan

pembayaran negara,5. menambahkan pendapatan negara.

Sekatan Bukan Tarif

Kuota

Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.

Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import dalam pasaran tempatan akan berkurangan.

Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk membeli lebih banyak barang tempatan.

Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import barangan meningkat dengan mendadak.

Kawalan Pertukaran Asing

Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.

Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.

Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport Malaysia, import dari Amerika akan disekat.

Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.

Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti import dalam negara.

Subsidi Eksport

Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport.

Page 17: makro 5,6,&7

Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang eksport.

Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.

Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran antarabangsa.

Embargo

Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu.

Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam negara.

Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.

Piawai Kesihatan dan Keselamatan

Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.

Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.

Kesan Pengenaan Kuota Import

1. Sebelum perdagangan antarabangsa, DD=keluk permintaan dan SS=keluk penawaran.

2. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran=SASA. Tingkat harga kereta 0P0. Jumlah permintaan kereta=0Q3. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q0. Jumlah kereta diimport=Q0Q3.

3. Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran=SKSK. Tingkat harga kereta 0P1. Jumlah permintaan kereta=0Q2. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q1. Jumlah kereta diimport=Q1Q2.

Page 18: makro 5,6,&7

4. Kesan kuota import a. Harga kereta meningkat.b. Permintaan kereta menurun.c. Penawaran kereta dalam negara meningkat/

Pertumbuhan industri pengganti import.d. Jumlah kereta diimport berkurangan/ Perbelanjaan

import menurun.e. Peningkatan guna tenaga dan pengurangan kadar

pengangguran.

Kesan Pengenaan Tarif

1. Sebelum perdagangan antarabangsa, DD=keluk permintaan dan SS=keluk penawaran.

2. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran=SASA. Tingkat harga kereta 0P0. Jumlah permintaan kereta=0Q3. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q0. Jumlah kereta diimport=Q0Q3.

3. Selepas tarif sebesar P0P1 dikenakan, keluk penawaran=STST. Tingkat harga kereta 0P1. Jumlah permintaan kereta=0Q2. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q1. Jumlah kereta diimport=Q1Q2.

4. Kesan Positif Tarif a. Harga kereta meningkat.b. Permintaan kereta menurun.c. Penawaran kereta dalam negara meningkat/

Pertumbuhan industri pengganti import.d. Jumlah kereta diimport berkurangan/ Perbelanjaan

import menurun.e. Hasil kerajaan=CEGH.f. Peningkatan guna tenaga dan pengurangan kadar

pengangguran.5. Kesan Negatif Tarif

a. Herotan (Distortion) dalam peruntukan sumber apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap di industri lain dialihkan ke industri pengganti import.

b. Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih besar akibat tarif.

c. Pengguna menikmati barangan kurang bermutu seandainya perlindungan industri tempatan tidak disertai dengan peningkatan mutu barang.

d. Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin mengurangkan galakan industri pengganti import untuk meninggikan kecekapan pengeluaran.

e. Tindak balas yang sama dari negara-negara yang dikenakan tarif. Ini akan menjejaskan perkembangan industri eksport negara.

Page 19: makro 5,6,&7

BAB 6 : Kadar Pertukaran Asing

Bagaimanakah kadar pertukaran mata wang asing ditentukan dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah? --- [6]

Kadar pertukaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.

Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar

pertukaran turun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Andaikan kadar pertukaran turun menjadi US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

BAB 6 : GLOBALISASI

(a) Apakah maksud globalisasi?..........[2](b) Terangkan dua faedah yang dapat dinikmati sesebuah negara daripada globalisasi...........[4]

(a) Globalisasi ialah peningkatan salingan bergantungan antara negara-negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Globalisasi melibatkan aktiviti pengaliran barang dan perkhidmatan, wang dan modal di peringkat antarabangsa.

(b) Dua faedah yang dapat dinikmati oleh sesebuah negara daripada globalisasi ialah:Pilihan pengguna bertambahGlobalisasi menyebabkan kemasukan barang import yang semakin meluas di pasaran. Keadaan ini menyebabkan pilihan pengguna semakin bertambah. Mereka dapat membeli barang import di dalam negara tanpa perlu mendapatkan barang tersebut dari pasaran luar negara. Persaingan antara pengeluar di pasaran akan menggalakkan pengeluar untuk meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan. Ini

Page 20: makro 5,6,&7

akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Harga barang lebih murahKemasukan barang import yang semakin meluas di pasaran menggalakkan persaingan harga yang semakin sengit di kalangan pengeluar barang yang sama. Keadaan ini menyebabkan barang tersebut akan dijual pada harga yang lebih rendah di pasaran. Harga barang yang lebih rendah akan menguntungkan pengguna kerana kuasa beli mereka meningkat.

Definisi Globalisasi

Globalisasi ialah peningkatan saling bergantungan antara sebuah negara dengan negara lain, terutama dari segi ekonomi sehingga mewujudkan satu pasaran ekonomi dunia yang tidak dihadkan oleh sempadan negara.

Melalui globalisasi, apa yang berlaku di sesebuah negara akan mempengaruhi keadaan politik, ekonomi dan sosial negara lain.

Faktor-Faktor Menggalakkan Globalisasi

Kemajuan Sistem Komunikasi

Penggunaan alat komunikasi yang canggih seperti faksimile, telesidang dan internet telah membolehkan negara-negara di dunia memperoleh maklumat perdagangan dan ekonomi dengan cepat dan tepat. Ini seterunya telah melicinkan kegiatan perdagangan antara negara tanpa dibataskan oleh jarak dan sempadan.

Pengurangan sekatan perdagangan

Pengurangan sekatan perdagangan antara negara telah meningkatkan liberalisasi perdagangan dan memudahkan proses pembentukan perjanjian perdagangan pelbagai hala bagi memanfaatkan ekonomi negara masing-masing. Kesannya, kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Kemajuan sistem pengangkutan

Kemajuan sistem pengangkutan, misalnya pembinaan jalan raya yang lebih baik dan pengangkutan udara yang meliputi kawasan yang lebih luas telah memudahkan pengangkutan barang dan faktor pengeluaran dari sebuah negara ke negara lain. Pengurangan kos pengeluaran yang dinikmati daripada penjimatan masa pengangkutan seterusnya menggalakkan kegiatan perdagangan antara negara di dunia.

Page 21: makro 5,6,&7

BAB 7 : Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi

Pertumbuhan Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan kegiatan ekonomi sesebuah negara kesan pertambahan keluaran di dalam negara dari masa ke masa.

Pertumbuhan ekonomi dipengaruhi tingkat keluaran barang dan perkhidmatan.

Apabila tingkat keluaran barang dan perkhidmatan dalam sebuah ekonomi meningkat, pertumbuhan ekonomi tersebuat akan turut meningkat.

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui persamaan-persamaan berikut:

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KNKn benar — KNK(n — 1) benar) / KNK(n — 1) benar × 100%

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KDNKn benar — KDNK(n — 1) benar) / KDNK(n — 1) benar × 100%

di mana

n = tahun semasa dan(n — 1) = tahun sebelumnya

Pembangunan Ekonomi

Pembangunan Ekonomi merupakan satu konsep yang lebih luas dan meliputi faktor-faktor ekonomi dan faktor-faktor sosial dalam sesebuah negara.

Pembangunan ekonomi bukan bukan sahaja meliputi pertumbuhan ekonomi, malah turut merangkumi peningkatan taraf hidup penduduk, corak agihan pendapatan yang lebih setara, peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan, dan penurunan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan penduduk.

Pembangunan ekonomi biasanya diukur berdasarkan pendapatan per kapita benar penduduk seperti berikut:

Kadar pembangunan ekonomi = (PPKn — PPK(n — 1)) / PPK(n — 1) benar × 100%

di mana

PPK = Pendapatan per kapita benarn = tahun semasa dan(n — 1) = tahun sebelumnya

Page 22: makro 5,6,&7

BAB 7 : Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Perkembangan Taraf Pendidikan dan Penyediaan Kemudahan Latihan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia digalakkan melalui peningkatan taraf pendidikan dan penyediaan latihan yang berkualiti untuk pekerja-pekerja dan usahawan.Apabila taraf pendidikan dan kemahiran pekerja dan usahawan meningkat, daya pengeluaran negara akan meningkat.

Kenaikan daya pengeluaran negara akan menambahkan jumlah keluaran yang dapat dihasilkan oleh sesebuah negara dan seterusnya mempercepat pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Penggunaan Teknologi Tinggi

Penggunaan teknologi tinggi dalam bidang pengeluaran dapat meningkatkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran yang dihasilkan oleh sesebuah negara.Semakin tinggi jumlah keluaran negara, semakin cepat pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Kemasukan Pelaburan Asing

Infrastruktur yang baik dalam sesebuah negara menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara tersebut.Kemasukan pelaburan asing dapat merangsang pertumbuhan ekonomi, terutama apabila modal disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif seperti sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan.

Kegiatan pelaburan dapat menambahkan tingkat keluaran negara dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Peluasan Pasaran

Peluasan pasaran ke luar negara mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pengeluaran secara besar-besaran bagi memenuhi pertambahan permintaan pasaran dan peningkatan eksport barang tempatan ke negara lain.

Page 23: makro 5,6,&7

BAB 7 : Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi

Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan

Kekurangan buruh mahir menyebabkan negara tidak dapat mengamalkan pengkhususan dan penggunaan teknologi tnggi dalam aktiviti pengeluaran.

Kekurangan amalan pengkhususan dan penggunaan teknologi tinggi menyebabkan negara tidak dapat mengeluarakan secara besar-besaran dan menikmati ekonomi bidangan.

Kesannya, tingkat keluaran negara merosot.

Selain itu, kekurangan buruh mahir dan usahawan mengehadkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dapat dijalankan dalam sektor-sektor tertentu.

Kekurangan inovasi baru turut menjejaskan tingkat keluaran negara.

Apabila tingkat keluaran negara merosot, pertumbuhan ekonomi negara juga akan merosot.

Kekurangan Modal

Kekurangan modal akibat kegiatan peaburan yang kurang memberangsangkan menyebabkan sesetengah pengeluar mengalami kesukaran untuk membangunkan sektor ekonomi tertentu, terutama sektor pertanian.

Penggunaan jentera yang lama dan usang menyebabkan petani dan

peladang tidak dapat menghasilkan keluaran dalam kuantiti yang besar dan seterusnya tidak dapat menikmati ekonomi bidangan.

Selain itu, kekurangan modal turut menyebabkan firma-firma perindustrian tidak dapat menggunakan teknologi moden dalam aktiviti pengeluaran mereka. Kemerosotan pengeluaran sektor-sektor ekonomi yang penting ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terbantut.

Pasaran Yang Terhad

Jumlah penduduk yang sedikit menyebabkan saiz pasaran negara adalah kecil. Kualiti keluaran yang rendah akbat kekurangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta penggunaan kaedah pengeluaran yang tradisional menyebabkan pengeluar tidak dapat bersaing dengan barang import yang jauh lebih murah dan berkualiti tinggi.

Kemerosotan eksport dan pergantungan berlebihan terhadap barang import akan membantutkan ekonomi negara.