tujuan kemahiran menulis

Upload: nor-zulaika

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    1/8

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    2/8

    Jenis-jenis kemahiran menulis

    a) Kemahiran menulis secara mekanis

    - Peringkat awal

    - Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca

    - Menekap, buat corak, bentuk huruf

    - Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf

    - Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut

    ialah :

    1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan, segi-segi,

    bentuk awan larat dan sebagainya.

    2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan

    sebagainya

    3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsur-unsur

    huruf dan perkataan

    4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.

    5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak

    6. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca

    7. Melatih menulis cantik

    Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)

    Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran mekanis.

    a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapatb) Latihan pernyataan perasaan

    c) Latihan pernyataan kehendak

    d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

    Kemahiran Dalam Penulisan

    Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis

    a) Kemahiran mekanis

    - kemahiran membentuk huruf- dilatih guna tanda baca

    - selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf sambung

    b) Kemahiran mengeja

    - disepadukan dengan kemahiran membaca

    - Proses pembinaan konsep

    c) Kemahiran menulis perkataan dan Kemahiran tatabahasa

    - menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis

    - menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks

    - membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan

    d) Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi- dapat menyusun fakta dengan berkesan

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    3/8

    - dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri

    - membuat rangka untuk tujuan penulisan

    e) Kemahiran menggunakan gaya bahasa

    - aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis

    - kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan

    f) Kemahiran membuat pertimbangan

    - kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk jenis-

    jenis penulisan yang berlainan

    Panduan merancang Kemahiran Menulis

    Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap

    beberapa perkara :

    a) Murid menghasilkan penulisan yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak

    formal

    b) Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga

    dan kawan-kawan

    c) Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis dan

    menyemak

    d) Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan

    e) Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis

    f) Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak

    Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

    a) Peringkat Pramenulisb) Peringkat Mendirikan Asas

    c) Peringkat untuk Pelahiran

    Peringkat Pramenulis

    -Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis

    -Latihan pergerakan tangan

    -Menguasai gerak tangan yang bebas

    -Latihan pergerakan mata

    -Latihan kordinasi tangan dan mata

    Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

    a) Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan

    b) Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya

    c) Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis

    d) Latihan gerak jari

    e) Latihan membentuk garisan lurus

    f) Latihan membentuk corak campuran

    g) Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    4/8

    Panduan Mengajar Peringkat Pramenuli

    1. Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis

    - mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf

    - peringkat model (peniruan)

    - peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)

    2. Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil

    - duduk dengan selesa, siku di atas meja

    - letakkan kertas di atas meja

    - Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari

    3. Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf

    - menyalin model huruf

    - menulis huruf di atas garis lurus

    - huruf berbentuk lurus ditulis dari atas

    - huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam

    - semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan

    - ruang huruf berbenuk bulat didekatkan

    - ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan

    - ruang antara perkataan dijarakkan satu jari

    - menulis di atas garisan

    4. Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis

    - Kesalahan dari segi bentuk huruf

    - Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat

    - Kesalahan dari segi saiz

    - Kesalahan dari segi susunan

    5. Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis

    pelajar

    Peringkat Mendirikan Asas

    Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil,

    duduk dengan betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

    - Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.

    - Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris

    - Langkah berikut perlu diambil kira

    a) latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    5/8

    b) latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga

    c) latihan menulis huruf di atas kertas garis dua

    d) latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam serta

    mudah dibaca

    Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.

    a) Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambar

    b) Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat daging

    c) Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama huruf

    d) Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergaris

    e) Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan

    buku dan alat-alat lain yang sesuai

    Aktivti-aktiviti yang dicadangkan

    a) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

    b) Menulis huruf mengikut urutan

    c) Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna

    d) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

    e) Menyalin perkataan yang mudah

    f) Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

    Peringkat Latihan Menulis (Imlak)

    a) Ejaan- Guru perlu pilih perkataan yang sesuai

    - Berlandaskan perbendaharaan kata mereka

    - Perkataan yang pernah didengar

    - Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah

    - Jumlah perkataan jangan terlalu banyak

    - Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan

    - Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis

    - Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut

    - Guru sebut dua kali barulah murid menulis

    - Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan

    b) Rencana

    - Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis

    - Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis

    - Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang

    hendak dipelajari

    - Beri juga perhatian terhadap tanda baca

    Aktiviti rencana

    1. Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid

    diminta membaca, mengecam dan menulis semula2. meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    6/8

    3. menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan

    rumi

    Cara Menjalankan

    - Murid diberi petikan dan diminta membaca

    - Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan

    - Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta

    menulis

    - Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan,

    bentuk huruf dan tanda baca

    - Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan

    - Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan

    Peringkat Untuk Pelahiran

    Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid hendaklah

    digalakkan melahirkan fikiran secara bertulis.

    Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;

    a) Mengisi silang kata

    b) Mengisi tempat kosong dalam ayat

    c) Melengkapkan ayat

    d) Menulis ayat berdasarkan perkataan

    e) Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata

    f) Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita

    g) Menulis ayat berdasarkan gambarh) Menulis jawapan pemahaman

    i) Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkan

    j) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan

    k) Menulis cerita

    l) Mencipta puisi

    Langkah-langkah dalam mengajar tulisan

    a) Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisan

    b) Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dansebagainya

    c) Persembahan

    d) Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan perhatian

    murid

    e) Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulis

    f) Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakan-rakan

    yang lain

    JENIS-JENIS PENULISAN

    Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    7/8

    a) Terkawal

    b) Separa terkawal

    c) Berpandu

    d) Separa berpandu

    e) Bebas

    Terkawal

    - Karangan peringkat asas.

    - Isi dan bahasa dikawal oleh guru

    - Susunan dikawal ketat

    - Hampir menyerupai peringkat menyalin

    - Tujuan untuk kurangkan kesilapan

    - Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting

    - Peringkat meniru dan menyalin

    - Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan

    ransangan

    - Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin

    dengan betul.

    - Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat

    - Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur

    - Contoh latihan peringkat ini

    i- menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa

    ii- meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil

    iii- menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentangformat

    Separa Terkawal

    Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya

    Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.

    Terdapat 2 peringkat iaitu :

    a) Peringkat mengingat kembali

    - menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar

    dan dilihat.

    - Contoh latihani) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.

    ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula

    iii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat

    b) Peringkat menggabung

    - Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga

    pemikiran

    - Contoh latihan

    i) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal

    dan dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan.ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan

  • 7/28/2019 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

    8/8

    iii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula

    menjadi sebuah cerita lengkap

    iv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.

    Berpandu

    Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis.

    Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid

    perlu menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.

    Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta,

    iklan, rajah, jadual dan sebagainya.

    Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-

    murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut.

    Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

    Separa Berpandu

    Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid

    menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan

    ransangan tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk

    atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis.

    Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan

    ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan.Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid boleh membina

    ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan Kesan-kesan kemalangan atau Punca-

    punca kemalangan

    Bebas

    Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid

    sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini

    murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan

    perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.

    Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran

    mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan

    kesilapan bahasa yang dilakukan.

    Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan

    puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu

    merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

    Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan