kemahiran menulis sek.rendah

57
KEMAHIRAN MENULIS

Upload: jospher-joanes

Post on 24-May-2015

24.476 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran menulis sek.rendah

KEMAHIRANMENULIS

Page 2: Kemahiran menulis sek.rendah

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

• Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;(a) menggunakan pelbagai jenis ayat(b) mencatat dan menyusun maklumat(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Page 3: Kemahiran menulis sek.rendah

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda

• baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Page 4: Kemahiran menulis sek.rendah

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacanayang lengkap.

• Murid-murid juga perlu menguasai strukturkarangan seperti tahu menulis panduan,pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Page 5: Kemahiran menulis sek.rendah

RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS

• Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Page 6: Kemahiran menulis sek.rendah

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS

• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Page 7: Kemahiran menulis sek.rendah

TUJUAN MENULIS

• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea.• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa

yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

Page 8: Kemahiran menulis sek.rendah

TUJUAN MENULIS

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.• Menyuburkan minat• Meluaskan kosa kata• Memberikan kepuasan jiwa.

Page 9: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

• Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif.

• Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

Page 10: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

• Peringkat Pramenulis

• Peringkat Mekanis

• Peringkat Pelahiran

Page 11: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis• Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum

mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.

• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:• Menulis dari kiri ke kanan• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas

meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Page 12: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS

1. Peringkat Pramenulis• Menyambung titik• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.• Latihan membentuk garisan lurus• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk• Melukis gambar

Page 13: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS

1. Peringkat Pramenulis• Strategi Pengajaran Pratulisan

a. Latihan pergerakan tanganb. Latihan pergerakan matac. Latihan kordinasi tangan dan mata

Page 14: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS• 2. Peringkat Mekanis• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka

akan melangkah ke peringkat mekanis. • Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran

membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang

mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

Page 15: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS

2. Peringkat Mekanis• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang

diperbuat daripada kad yang berlubang.• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam

bentuk garis putus-putus.• Latihan menulis huruf dalam suku kata.• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.• Latihan menamakan gambar-gambar.• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku

Page 16: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS

• 2. Peringkat Mekanis• Strategi Pengajaran• a. Mengajar tulisan tangan• b. Mengajar ejaan

Page 17: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai

pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja.

• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

• Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.

• Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

Page 18: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT MENULIS

3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)• Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan

idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.

• Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.

• Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Page 19: Kemahiran menulis sek.rendah

CONTOH AKTIVITI MENULIS

• Ejaan Imlak / Rencana

• Menulis jawapan pemahaman• Menulis karangan• Menulis ayat berdasarkan gambar• Membina ayat• Memanjangkan ayat• Menulis rencana• Mengisi silang kata• Melengkapkan ayat

Page 20: Kemahiran menulis sek.rendah

EJAAN

• Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep

• Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata murid

• Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

Page 21: Kemahiran menulis sek.rendah

CARA PENGAJARAN EJAAN

• Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid

• Perkataan itu pernah dipelajari• Jumlah ejaan tidak terlalu banyak• Dijalankan selepas aktiviti bacaan• Guru menyebut murid mengeja• Disemak bersama

Page 22: Kemahiran menulis sek.rendah

IMLAK

• Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

• Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata

• Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata

• Pastikan tempat hentian bacaan• Petikan perlu dibaca dengan jelas

Page 23: Kemahiran menulis sek.rendah

CARA PENGAJARAN IMLAK

• Berikan petikan teks dan minta murid baca• Guru memilih bahagian dalam teks untuk

diimlakkan• Guru menyebut perkataan secara lisan atau

rakaman dan murid menulis• Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan,

penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca

• Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Page 24: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS-JENIS PENULISAN

• Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitua. karangan,b. penulisan ringkas, c. penulisan untuk majlis rasmi,d. surat dan e. penulisan untuk papan kenyataan.

Page 25: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS PENULISAN KARANGAN• Terkawal• Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi• yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,• bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.• Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa• diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.• • Contoh :• (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam• karangan yang disediakan.• (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya• menjadi sebuah karangan lengkap.

Page 26: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS PENULISAN KARANGAN

• Separa Terkawal• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang• disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk• menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat• pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang

disediakan.• • Contoh :• (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah• dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah• disediakan.

Page 27: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS PENULISAN KARANGAN

1. Berpandu• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan

berdasarkan panduan guru.• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalanberurutan mengenai sesuatu tajuk.(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentukdaripada dialog kepada karangan penceritaan atausebaliknya.

Page 28: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu• Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang

mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.• Contoh :(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.(ii) Menyudahkan cerita.(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

Page 29: Kemahiran menulis sek.rendah

JENIS PENULISAN KARANGAN

3. Bebas• Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid

untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.• Kreatif: puisi, cerpen, drama• Imaginatif: pengalaman.

Page 30: Kemahiran menulis sek.rendah

PERANCANGAN PENGAJARAN MENGARANG

• Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

• Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

Page 31: Kemahiran menulis sek.rendah

OBJEKTIF MENGARANG

• Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

• Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.

• Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:•Melatih murid-murid melahirkan idea• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea•Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar

sehari- hari

Page 32: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG

• Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• 1. Pra mengarang• (i) Berbincang untuk menentukan format• (ii) Berbincang untuk menentukan isi• (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet

dan bahan elektronik yang lain• (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita• (v) Menentukan watak• (vi) Menyaring bahan• (vii) Menulis draf

Page 33: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG

2. Semasa mengarang• (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan• (ii) Menentukan format• (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,• sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk• huruf) dan wacana.• (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens• 3. Pasca mengarang• (i) Menyemak karangan• (ii) Melakukan pembetulan• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu• (iv) Menghantar karangan

Page 34: Kemahiran menulis sek.rendah

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG

3. Pasca Mengarang• (i) Menyemak karangan• (ii) Melakukan pembetulan• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu• (iv) Menghantar karangan

Page 35: Kemahiran menulis sek.rendah

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS

• • Bahan sumber daripada internet• Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan• berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh• dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik• darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang• berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.• • Bahan sumber digital• Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas• dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada• cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian• boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.• • Bahan audio dan audio visual• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk• digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

Page 36: Kemahiran menulis sek.rendah

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS

• Bahan audio dan audio visual• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam

dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan

• Gambar-gambar• Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,

atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera

• Filem Filem jalur atau filem slaid.

Page 37: Kemahiran menulis sek.rendah

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK

• • Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

• • Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.

• • Mengambil kira kebolehupayaan murid-muridmenggunakan bahan berkenaan terutama sekiranyamelibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

Page 38: Kemahiran menulis sek.rendah

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK

• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan• bahan yang disediakan sendiri.• • Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga• diambil faktor keselamatan murid-murid.• • Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan• murid-murid yang berbilang bangsa• • Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan• terlebih dahulu oleh guru• • Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus

dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

Page 39: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.

• Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu seperti:

• 1. Terkawal• 2. Berpandu• 3. Bebas• 4. Proses• 5. Komunikatif• 6. Pengalaman Bahasa

Page 40: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 1. Pendekatan Terkawal• Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi

membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

• Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

• Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.• Contoh aktiviti:1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu..2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap…3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur…

Page 41: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

2. Pendekatan Berpandu• Isi karangan telah diberikan oleh guru• Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah

diberikan oleh guru.• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan

mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.• Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita

yang telah diberikan oleh guru• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid• Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis

dalam bentuk wacana yang lengkap.

Page 42: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

3. Pendekatan Bebas• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai

aspek penulisan dengan baik.• Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan

oleh guru• Murid-murid mencari isi karangan sendiri• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan• Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata• tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi

pengolahan.• Penggunaan peribahasa digalakkan.

Page 43: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

4. Pendekatan Proses• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang

dilalui oleh murid-murid.• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang

diberikan oleh guru• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam

folio• Bahan daripada folio disaring untuk menentukan

kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan • Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat

digalakkan.

Page 44: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 4. Pendekatan Proses• •Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio

untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.• Aktiviti Pengajaran:

• Murid-murid menyusun isi• Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru.• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.

• • Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan.

• • Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 45: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 4. Pendekatan Proses• Peringkat Pengajaran• a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat• b. Penulisan draf• c. Penyemakan pertama• d. Penyemakan kedua• e. Penulisan draf akhir• f. Persembahan

Page 46: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 5. Pendekatan Komunikatif• • Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat• perhubungan• • Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan• dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan

karangan• • Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka• tentang sesuatu idea.• • Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks• perbincangan yang autentik• • Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan• sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.• • Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat• membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

Page 47: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa• • Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk• yang dipilih• • Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk• membina cerita• • Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan• dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru• • Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan• berdasarkan idea yang mereka berikan• • Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk• cerita

Page 48: Kemahiran menulis sek.rendah

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

6. Pendekatan Pengalaman Bahasa• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis• Setelah cerita selesai…

• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataanyang mereka tahu dalam situasi

Page 49: Kemahiran menulis sek.rendah

MASALAH PENGAJARAN MENGARANG

• Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan• pengajaran menulis di sekolah di negara ini.• Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa• dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan

dan• inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya• kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu• Standard (BMS) dengan betul.

Page 50: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• 1. Peringkat Pramenulis• Penilaian secara tidak formal• Melalui pemerhatian terhadap gerak balas

murid dalam aktiviti pramenulis• Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan

dan mata sama atas kertas atau udara, pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat, huruf.

Page 51: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

• 2. Peringkat Penulisan Mekanis• Teknik yang boleh digunakan ialah;• Menekan dan menyambung garis• Memadankan• Menyalin• Mengisi ruang atau petak kosong• Melabel dan menamakan gambar• Membetuk perkataan daripada suku kata

Page 52: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

• 3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal)• Teknik yang boleh dilakukan ialah;• Menyalin• Ujian Imlak• Menulis semula petikan

Page 53: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu ayat kompleks

• Meluaskan ayat dengan menambah keterangan• Melengkapkan ayat• Membina ayat daripada perkataan• Menyusun semula perkataan untuk membentuk

ayat• Menulis cerita

Page 54: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN UMUM KARANGAN

Aspek yang dinilai:• Isi• Ejaan• Bahasa• Kosa kata• Kelancaran• Pengolahan isi• Ketepatan dengan tajuk• Format (sekiranya karangan berformat)

Page 55: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KARANGAN

1. Penilaian Secara Holistik atau Global• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-

kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan

• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan

• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format

• Berikan markah akhir.

Page 56: Kemahiran menulis sek.rendah

PENILAIAN KARANGAN

2.Penilaian Secara Analitikal• Menilai mengikut aspek/ bidang yang

ditetapkan dalam pemarkahan• Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya

penyampaian, tanda bacaan• Markah keseluruhan berdasarkan campuran

keseluruhan aspek yang dinilai

Page 57: Kemahiran menulis sek.rendah

SEKIAN. TERIMA KASIH