bab 9 pengajaran kemahiran menulis
DESCRIPTION
menulisTRANSCRIPT
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
1
9.0. Pengenalan
9.1. Definisi dan konsep menulis
9.3. Persekitaran menulis yang menggalakan
9.5. Pelaksanaan proses menulis karangan
Pada akhir bab ini, murid akan dapat :
a. Memahami tentang konsep menulis
b. Meamahami tentang kepentingan menulis
c. Memahami tentang persekitaran menulis yang dapat menggalakkan
murid untuk memahiri kemahiran menulis
d. Mempelajari teknik menulis karangan untuk murid sekolah rendah
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
2
Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari tentang kemahiran menulis sekolah rendah secara
amnya, kemahiran menulis dalam bahasa Melayu akan diajar dengan lebih mendalam pada
semester berikutnya dalam subjek Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran
menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan
turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri
meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisah yang baik.
Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan symbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.
Ayant yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya berdasarkan beberapa urutan yang
bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai satu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik
disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang
bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang
bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran
membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada tahap itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan
penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan
sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea ke bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu
disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan
huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat
semasa kita bercakap.
Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu:
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
9.0. PENGENALAN
9.1. DEFINISI DAN KONSEP MENULIS
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
3
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang
jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul,
menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan,
pemerengganan dan menulis kesimpulan.
b. Tujuan menulis
Ada dua tujuan menulis iaitu serta merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan
seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis.
Tujuan serta merta
Mendirikan asas menulis yang kukuh supaya murid-murid boleh menulis dengan baik,
cekap dan pantas.
Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat
dengan betul supaya pembaca mudah memahaminya.
Murid-murid boleh mengulangi muridan dengan membaca pelbagai isi tulisan orang
lain serta membaca buku-buku luar untuk menambah isi bacaannya.
Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk tulisan.
Menyuburkan minat mereka supaya mereka suka menulis atau mengarang.
Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan
bahasa dan tulisan.
Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi
atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.
Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang
betul.
Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis
karangan tertentu.
Tujuan lanjutan
Meluaskan pengetahuan, pengalaman sedia ada dan matlamat menerusi penulisan.
Memberikan kepuasan jiwa, pemikiran, pengalaman dan perasaan melalui penulisan.
Memotivasi atau meransang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk
tulisan.
Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.
Murid-murid berpeluang menerokai pelbagai bidang bahasa.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
4
Memperluas pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan.
Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk
meransang muridan.
Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan.
Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat.
Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi
akan datang.
Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi
kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri dan
masyarakat umum.
1. Nyatakan definisi dan konsep menulis?
2. Apakah tujuan kemahiran menulis?
3. Huraikan tujuan lanjutan kemahiran menulis.
4. Pada pendapat anda, kenapa kemahiran menulis ini perlu ditekankan di
kalangan murid-murid?
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
5
Persekitaran penulisan yang menggalakan bermaksud persekitaran yang sentiasa menyokong
aktiviti kemahiran yang lain seperti mendengar, bertutur, membaca dan berfikir (Brozo,1999)
tanpa batasan tertentu atau had untuk melakukan sesuatu aktiviti penulisan tersebut. Guru
akan sentiasa menggerakkan para murid dalam kelas literasinya kearah penglibatan penulisan
secara bersepadu dalam kalangan para muridnya tanpa ada had masa atau waktu tertentu
dalam seminggu. Pengajaran penulisan tidak terkongkong dengan satu tajuk khusus tentang
sesuatu kemahiran literasi dalam suatu tempoh waktu yang dihadkan. Tidak ada juga jumlah
penulisan yang seharusnya dilakukan oleh para murid dalam satu tempoh tertentu dalam
setahun.
Pengajaran penulisan yang bersepadu bermaksud pengajaran penulisan perlu digabungkan
dalam semua aktiviti literasi yang dijalankan dalam kelas literasi bahasa. Setiap hari adalah
waktu yang menggalakkan aktiviti penulisan, sama ada penulisan tersebut dilakukan secara
ringkas dan terhad kepada aspek tertentu atau secara melaksanakan projek penulisan yang
besar dan menghasilkan bahan penerbitan yang signifikan kesannya kepada murid.
Pengajaran penulisan juga tidak dikhususkan kepada menulis satu tajuk karangan atau surat
kiriman. Murid diajar menulis bukan sahaja bagi menentukan agar mereka menguasai
kemahiran menulis tetapi mereka diajak menulis agar mereka suka dan gemar menulis dan
menjadikan penulisan sebahagian daripada aktiviti harian mereka. Pengajaran menulis juga
merupakan teras dalam segala aktiviti literasi yang dijalankan dalam bilik darjah kerana
dengan menulis mereka dapat menilai keupayaan mereka menguasai sesuatu kemahiran yang
ditugaskan oleh guru literasi pada hari tersebut.
Antara perkara yang membantu murid untuk menulis ialah:
i. Sikap guru yang menyokong dan menyediakan persekitaran penulisan yang baik
Persekitaran penulisan amat penting dalam menanamkan semangat mahu menulis.
Antara infrastruktur asas bagi menyediakan
persekitaran penulisan yang menggalakkan
ialah perpustakaan kelas, sudut penulisan dan
penerbitan, sudut mendengar dan membaca
bahan penulisan, sudut berkongsi penulisan,
sudut kreativiti, sudut kerja berkumpulan dan
sudut pameran. Semua sudut ini penting bagi
menggalakkan aktiviti menulis yang
berterusan.
9.3. PERSEKITARAN MENULIS YANG MENGGALAKKAN
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
6
ii. Guru menunjukkan perasaan
bangga terhadap penulisan
murid
Guru harus menunjukkan perasaan
bangga terhadap hasil penulisan
para murid, tidak kira sama ada
pencapaian yang ditunjukkan
sesuatu yang besar maknanya atau
sebaliknya. Amat kerap murid
merasakan bahawa hasil penulisan
mereka adalah tidak seberapa.
Namun jika disemak dengan teliti banyak hasil penulisan murid ini boleh
diketengahkan dengan beberapa penambahan atau penggayaan yang boleh dilakukan
oleh guru.
iii. Guru memberikan seberapa
banyak pengalaman menulis di
kalangan muridnya
Pengalaman amat penting untuk menjadi
seorang yang mahir atau pakar dalam
satu bidang. Tidak ada kelas penulisan
atau kursus penulisan yang dapat
menggantikan pengalaman menulisa.
Semakin banyak pengalaman menulis,
semakin tinggilah keupayaan menulis seseorang. Oleh itu guru haruslah memberikan
sebanyak mungkin pengalaman menulis dalam kalangan murid dari bangku sekolah
lagi meningkatkan kemahiran menulis mereka dalam suasana yang menggalakkan.
1. Apakah persekitaran menulis yang menggalakkan?
2. Nyatakan cara-cara guru boleh menggalakkan pelajar untuk menulis.
3. Apakah cara yang anda gunakan di dalam kelas untuk menggalakkan murid-
murid anda menulis?
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
7
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan
murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang
sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu . Mengarang dapat melatih murid-murid
melahirkan idea dan juga melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea. Murid-
murid dirangsang untuk mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.
Murid-murid juga digalakkan untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Selain daripada itu, mengarang akan melatih
murid-murid menggunakan format karangan yang betul. Mereka akan menggunakan
pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Melalui mengarang juga,
murid-murid dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, menyuburkan minat,
meluaskan kosa kata, memberikan kepuasan jiwa. Persepsi seseorang dibentuk dan
dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang dipelajari. Setiap hari manusia dewasa atau
kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui deria, pembacaan,menonton televisyen dan
sebagainya.
Pelaksanaan penulisan karangan ini memerlukan sokongan guru yang mantap bagi mendidik
seorang penulis yang baik. Sokongan ini diperlukan mulai dari awal, iaitu minggu atau bulan
pertama tahun persekolahan, kemudian sedikit demi sedikit dilepaskan sehinggalah murid
dapat mengawal proses penulisan mereka sendiri tanpa memerlukan sokongan guru yang
kerap pada akhir pertengahan atau akhir tahun. Pada awalnya, sememangnya pendekatan ini
memerlukan masa guru yang banyak.
Bagi peringkat sekolah rendah, murid murid didedahkan dengan karangan seperti:
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Surat Kiriman Rasmi
Biografi
Autobiografi
Temu Ramah
Diari/ Catatan
Dialog
Melengkapkan Cerita
Cerita
Keperihalan
Laporan
Syarahan
Berita
Ucapan
Peribahasa
Perbincangan
Tindakan
Gambaran
9.5. PELAKSANAAN PROSES MENULIS KARANGAN
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
8
Apabila murid telah dapat menguasai kemahiran menulis, mereka akan dapat menghasilkan
bahan dengan lebih cepat dan bermutu.
Rajah 1: Langkah dalam proses penulisan
Merancang
1. Menentukan Apakah yang Hendak Ditulis
Guru boleh membantu atau menyokong murid bagi melaksanakan langkah yang pertama
kerana langkah ini amat penting dalam proses penulisan. Sokongan guru boleh dilakukan
dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan memberikan skop yang luas dan mengadakan
sesi sumbang saran. Bagi pelajar sekolah rendah mereka dilatih mengikut peringkat umur.
Pengajaran penulisan karangan dilakukan secara beperingkat dari darjah satu sehingga darjah
enam.
Guru harus memilih domain bahan penulisan yang bersesuaian dengan bahan yang hendak
ditulis dan juga sesuai dengan peringkat kemahiran menulis murid-murid. . Pemilihan domain
penulisan juga banyak bergantung kepada pengetahuan murid tentang sesuatu skop penulisan
yang dipilih dan keluasan pengetahuan tentang skop tersebut. Di samping itu, murid juga
perlu memastikan bahawa domain yang dipilih dapat memberikan mereka peluang
menghuraikan setiap maklumat dan melengkapkan huraian tersebut dengan contoh baik.
Penulisan yang baik terhasil daripada penampilan maklumat yang mencukupi, huraian
terhadap maklumat tersebut jelas dan dilengkapkan dengan contoh yang sesuai. Sementara
itu, penguasaan perbendaharaan kata yang luas serta penguasaan bahasa yang kukuh juga
membantu penulisan lebih mudah difahami atau dihayati pembaca.
Merancang Merangka Menulis
Menyunting Menerbitkan
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
9
Merangka
1. Menyediakan Rangka Sebelum Penulisan
Rangka karangan ialah garis panduan kasar bagi sesuatu penulisan yang perlu dibuat
sebelum seseorang mula menulis. Murid-murid akan memperoleh banyak faedah jika
membuat rangka karangan sebelum mula menulis. Antara faedah yang akan diperoleh ialah:
(a) Penulis dapat mencurahkan idea dalam penulisan secara sistematik.
(b) Karangan yang ditulis tidak akan tersasar daripada skop yang ingin ditonjolkan.
(c) Idea yang ditulis tidak akan bertumpang tindih antara satu sama lain.
(d) Penulis tidak akan tertinggal idea penting yang perlu bagi sesuatu tajuk yang ditulis.
(e) Penulis dapat menyusun idea dalam karangannya. Idea yang lebih penting akan ditulis
pada bahagian awal dan idea yang kurang penting pada bahagian akhir karangan.
(f) Penulis boleh menambah idea lain sekiranya mendapat ilham atau pandangan baru dalam
proses menghasilkan bahan penulisan.
(g) Penulis juga boleh memperkayakan idea dengan huraian yang lebih mantap dalam proses
penulisan
2. Menyediakan Rangka Penulisan
Rangka sesebuah penulisan bergantung pada genre atau jenis bahan yang hendak ditulis. Bagi
karangan berbentuk deskriptif, terdapat tiga komponen yang utama, iaitu, Pengenalan (satu
perenggan), Idea Utama atau Isi-isi Penting (beberapa perenggan berdasarkan isi yang ada)
dan Penutup.
(a) Pengenalan -perenggan ini merupakan gambaran keseluruhan karangan yang akan ditulis.
Bahagian ini dapat memberikan gambaran secara umum tentang perkara yang akan
dibincangkan dalam karangan.
(b) Idea Utama atau Isi-isi Penting Bahagian ini mengandungi idea atau isi sebenar yang
menyentuh tajuk. Bagi menyediakan rangka isi, penulis perlu memikirkan susunan isi yang
sesuai. Isi yang terpenting perlu diletakkan pada bahagian awal karangan dan yang kurang
penting pada bahagian akhir..
(c) Penutup Perenggan akhir ini merupakan rumusan idea pendapat, pendirian, atau
kritikan ringkas tentang idea atau isi yang telah dibincangkan pada bahagian isi-isi penting.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
10
Menulis
Semasa menulis isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu
mempunyai empat isi. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-
baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap
perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-
murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang
bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan
lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, guru hendaklah menggalakkan murid-murid
banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-
buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Menyunting
Menyunting merupakan tugas yang amat penting dalam sesuatu proses penulisan. Proses
menyunting berkait rapat dengan kemahiran seseorang penulis itu menguasai bahasa.
Seseorang penulis yang baik juga seharusnya merupakan seorang penyunting yang baik.
Untuk menjadi seorang penyunting yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran
terhadap hukum dan peraturan bahasa yang digunakan dalam bahan penulisannya dengan
baik juga.
Bahasa merupakan alat bagi murid-murid menyampaikan idea dan kandungan dalam
penulisannya. Sama juga seperti seorang pelukis yang menggunakan pensel atau pewarna
bagi meluahkan daya imaginasinya di kanvas, seorang penulis pula menggunakan bahasa
bagi menyampaikan kreativitinya dalam bentuk kata-kata bertulis atau menyampaikannya
dalam bentuk lisan. Keindahan sesebuah bahan penulisan bukan sahaja terletak pada isi atau
fakta yang ingin disampaikan, tetapi juga terletak pada kemahiran murid-murid menggunakan
pelbagai ragam bahasa yang dapat menarik perhatian pembaca.
Kelemahan dalam kemahiran bahasa akan menyebabkan penilaian pembaca bagi sesebuah
penulisan terjejas. Setiap kesalahan dalam bahasa akan menyebabkan penulisan yang ditulis
terganggu kelancarannya. Tugas menyemak bahan penulisan yang telah ditulis amat penting
bagi memastikan penulis tidak melakukan kesalahan tersebut dan menjejaskan penilaian
pembaca terhadap keseluruhan karangan yang ditulis. Sokongan guru dalam penulisan amat
penting bagi mengelakkan kesalahan yang ketara berlaku dalam hasil penulisan murid.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
11
Menerbitkan Hasil Penulisan
Guru perlu ingat bahawa menerbitkan hasil penulisan adalah penting bagi setiap murid dan
bukanlah satu keistimewaan bagi sesetengah murid yang dianggap mempunyai bakat menulis
sahaja. Oleh yang demikian, guru perlu berbincang dengan murid yang telah menghasilkan
sesuatu bahan penulisan tentang cara yang sesuai bagi menerbitkan bahan penulisan tersebut.
Antara wadah penerbitan yang biasa ialah:
Mengadakan Pameran Bahan Penerbitan di Bilik Darjah
Mengadakan pameran di bilik darjah adalah salah satu cara untuk menggalakkan
penerbitan hasil penulisan para murid dan bagi memberi peluang bahan tersebut
dibaca oleh murid lain. Ini adalah peringkat penerbitan paling awal yang boleh
digunakan guru bagi menggalakkan murid menghasilkan kerja yang bermutu.
Walaupun tidak semua bahan yang diterbitkan dipamerkan dalam sesi pameran ini,
namun pada peringkat ini murid dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan
yang diiktiraf guru dan murid lain bagi diterbitkan untuk bacaan umum. Guru perlu
mengadakan sesi pameran ini setiap minggu atau bulan bagi memberi peluang
seberapa banyak bahan penulisan dipamerkan dan dibaca umum. Ini juga memberi
peluang murid lain menerbitkan hasil kerja mereka dalam pameran yang diadakan.
Guru mesti ingat jangan sekali-kali mempamerkan hasil penulisan yang terburuk
bagi tujuan menunjukkan contoh yang terburuk dalam karangan.
Warta Kelas atau Majalah Sekolah
Guru perlu berusaha menerbitkan warta kelas atau majalah sekolah sekurang-
kurangnya sekali dalam semester persekolahan. Ini adalah tugas yang boleh
dianggap mesti bagi guru Bahasa Melayu di setiap sekolah. Peruntukan bagi
menerbitkan warta kelas atau majalah Selain menerbitkan berita yang terkini (yang
dihasilkan murid juga), murid boleh menerbitkan karangan yang dianggap telah
mencapai mutu yang lebih baik daripada karangan yang telah diterbitkan pada
pameran di bilik darjah kerana pembaca warta kelas atau majalah sekolah lebih
ramai. Pemilihan bahan boleh dibuat oleh sidang penyunting warta dengan bantuan
guru Bahasa Melayu.
Di bawah adalah contoh karangan peringkat sekolah rendah.
Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.
Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada
di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini
kerana mereka amat baik dengan saya.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
12
Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam
pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan
Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.
Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka.
Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan
berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping
dapat menyihatkan tubuh badan kami.
Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam
kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah
bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan.
Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya,
kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara
tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami bersama.
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik
hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan
hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan
berkekalan.
1. Nyatakan tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah.
2. Apakah langkah-langkah yang digunakan dalam proses menulis?
3. Berikan cara yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid
menerbitkan hasil penulisannya?
4. Huraikan langkah-langkah yang digunakan oleh murid menulis karangan.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
13
Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi
ayat.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah
idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Ada dua tujuan menulis iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjutan.
Persekitaran penulisan yang menggalakan bermaksud persekitaran yang sentiasa
menyokong aktiviti kemahiran yang lain seperti mendengar, bertutur, membaca dan
berfikir (Brozo,1999) tanpa batasan tertentu atau had untuk melakukan sesuatu
aktiviti penulisan tersebut.
Pengajaran penulisan tidak terkongkong dengan satu tajuk khusus tentang sesuatu
kemahiran literasi dalam suatu tempoh waktu yang dihadkan. Tidak ada juga jumlah
penulisan yang seharusnya dilakukan oleh para murid dalam satu tempoh tertentu
dalam setahun.
Antara perkara yang membantu murid untuk menulis ialah sikap guru yang
menyokong dan menyediakan persekitaran penulisan yang baik, guru yang
menunjukkan perasaan bangga terhadap penulisan murid dan guru memberikan
seberapa banyak pengalaman menulis di kalangan muridnya.
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi
atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu .
Mengarang dapat melatih murid-murid melahirkan idea dan juga melatih murid-murid
menghujah dan mengembangkan idea.
Mengarang akan melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul.
Mereka akan menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar
sehari-hari. Melalui mengarang juga, murid-murid dapat mempersiapkan diri untuk
menghadapi peperiksaan, menyuburkan minat, meluaskan kosa kata, memberikan
kepuasan jiwa.
Pelaksanaan penulisan karangan memerlukan sokongan guru yang mantap bagi
mendidik seorang penulis yang baik.
Terdapat lima langkah melaksanakan proses penulisan iaitu merancang, merangka,
menulis, menyunting dan menerbitkan hasil penulisan.
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
14
1. Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.
2. Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar.
3. Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala
Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd
4. Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8).
Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd
-
BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
15