kemahiran mendengar bertutur membaca menulis

Click here to load reader

Post on 23-Jan-2015

7.011 views

Category:

Education

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. 1 Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: konsep objektif proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

2. 2 Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51) KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 3. 3 Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. 4. 4 (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain; (c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan; (h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan. 5. 5 Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya; (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan; (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat ), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 6. 6 (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid