-kemahiran-menulis 5.doc

24
1.0 PENGENALAN Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam t laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suat penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Menurut Rahil Mahyuddin, Bibah Elias dan Mariah Abu Bakar persediaan mengajar ialah satu pelan tindakan yang akan menunjukkan apa yang aka dibuat %leh guru dan murid, ke arah mana pelajar akan dibimbing, dan kemahiran dan penerapan nilai yang akan diterapkan dalam pengajaran. Penyampaian pelajaran secara amnya, dan penyampaian pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya, memerlukan perancangan yang rapi%leh perancang- perancang kurikulum dan juga guru-guru sebagai pelakasana pengajaran berkesan.&ungguhpun perancangan pada peringkatkurikulum seperti&ukatan Pelajaran ada dijalankan tetapi perancangan pada peringkat pelaksanaannya se diabaikan. Apa yang dilakukan kebiasaannyaadalah pengajaran yang dilakukan mengikut apa yang telah disediakan %leh buku-buku teks semata-mata tanpa pecahan minda yang bersifatkritikal. Adapun yang sepatutnya dilakukan %leh guru-guru ada persediaan rapi dari pelbagai segi dalam menghasilkan suatu bentuk pengajaran ya menarik dan berkesan sama ada kepada k%gnitif murid mahu pun aspek afektifnya. Persediaan rapi yang dimaksudkan adalah perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan rancangan pelajaran. 'erdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkara ini seperti %bjektif pengajaran akti(iti dan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan ser sekali adalah alat penilaian sebagai kayu pengukur keberkesanan %bjektif pengaja &etiap aspek tersebut perlu dititipkan dalam rancangan pengajaran harian dengan sempurna. Pengajaran dan pembelajaranP)P$ yang berkesan dan baik haruslah dijalankan menerusi aplikasi dan pedag%gi yang berkesan. Penyediaan Ranc Pengajaran Harian RPH$ adalah merupakan satau rancangan penting dan ha !

Upload: ernesto-cruz

Post on 04-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Menurut Rahil Mahyuddin, Bibah Elias dan Mariah Abu Bakar (1997), persediaan mengajar ialah satu pelan tindakan yang akan menunjukkan apa yang akan dibuat oleh guru dan murid, ke arah mana pelajar akan dibimbing, dan apakah kemahiran dan penerapan nilai yang akan diterapkan dalam pengajaran. Penyampaian pelajaran secara amnya, dan penyampaian pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya, memerlukan perancangan yang rapi oleh perancang-perancang kurikulum dan juga guru-guru sebagai pelakasana pengajaran berkesan.Sungguhpun perancangan pada peringkat kurikulum seperti Sukatan Pelajaran ada dijalankan tetapi perancangan pada peringkat pelaksanaannya selalu diabaikan. Apa yang dilakukan kebiasaannya adalah pengajaran yang dilakukan mengikut apa yang telah disediakan oleh buku-buku teks semata-mata tanpa pecahan minda yang bersifatkritikal. Adapun yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru adalah persediaan rapi dari pelbagai segi dalam menghasilkan suatu bentuk pengajaran yang menarik dan berkesan sama ada kepada kognitif murid mahu pun aspek afektifnya. Persediaan rapi yang dimaksudkan adalah perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan rancangan pelajaran. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkara ini seperti objektif pengajaran, penyediaan aktiviti dan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan serta akhir sekali adalah alat penilaian sebagai kayu pengukur keberkesanan objektif pengajaran. Setiap aspek tersebut perlu dititipkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dengan sempurna.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan baik haruslah dijalankan menerusi aplikasi dan pedagogi yang berkesan. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah merupakan satau rancangan penting dan harus disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 yangmenyebut bahawa setiap guru haruslah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Hal ini bertujuan untuk membantu guru memikirkan dengan jelas tentang matlamat dan objektif P&P, pemilihan isi pelajaran, kaedah dan teknik P&P, alat bantu mengajar serta persediaan penilaian.Dewasa kini, kita sering disogokkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan daripada golongan penjaga terhadap corak pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Ramai yang menganggap bahawa guru-guru di sekolah gagal membawa murid-murid ke alam yang lebih bermakna. Murid-murid gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dan guru-guru pula dipersalahkan atas situasi itu. Maka, sudah tentu guru-guru sepatutnya menjadikan komentar seperti itu sebagai cabaran kepada diri masing-masing dalam mencipta kelainan sistem pendidikan di negara ini supaya mendapat penghormatan dan penghargaan daripada pihak di luar lingkungan medan pendidikan.2.0 KEMAHIRAN MENULISMenulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Ini adalah kerana kemahiran penulisan memerlukan murid membuat proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan penulisan yang baik. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan murid berfikir dari segi aspek psikologi dan kognitif. Manakala Roselan Baki (2003) berpendapat menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Untuk itu perlu merangka karangan kandungan isi dan nilai atau pengajaran yang sesuai dalam penulisan ulasan. Terdapat juga murid yang melakukan pengulangan isi, kesalahan tatabahasa termasuklah kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang bercelaru serta tidak boleh mengolah ayat menjadi ayat gramatis. Berikut merupakan antara tujuan seseorang murid diajar kemahiran menulis:

a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik;

b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca;

c) Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan-bahan bacaan;

d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan;

e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang;

f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan dan

g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

3.0 KONSEP DAN PROSES KEMAHIRAN MENGARANGMenurut Prof. Dr. Koh Boh Boon menyatakan bahawa karangan adalah hasil kerja mengarang iaitu poses melahirkan idea atau satu rangkaian idea dalam bentuk penulisan secara tersusun. Kemahiran pula ditafsirkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Kedua). Makala mengarang pula ditakrifkan sebagai mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dan lain-lain serta mencipta sajak (Kamus Dewan Edisi Keempat). \

Mengarang adalah merupakan proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Kemahiran mengarang dikatakan sebagai kemahiran yang tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Menurut Zaba (1952) menyatakan bahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Namun begitu, menurut Isahak Haron (1979) pula berpendapat karangan bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknya ialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapat dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Justeru itu, mengarang khususnya karangan ialah aktiviti yang penting dalam kemahiran menulis

Nik Safiah Karim (2004) pula berpendapat menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai untuk itu murid perlu menguasai kemahiran menulis ayat untuk menghasilkan karangan. Untuk mengajar murid menghasilkan karangan pelbagai bentuk, guru Bahasa Melayu memerlukan imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan menyampaikan isi atau fakta secara sistematik. Proses mengarang memerlukan seseorang melahirkan idea secara tersusun dan logik melalui tulisan. Hasil proses ini boleh berbentuk ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku. Untuk menjadikan proses mengarang ini lebih sistematik dan tersusun, murid perlu melalui beberapa pemeringkatan.

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiranyang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

a) Melatih murid-murid melahirkan idea;b) Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea;c) Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul;

d) Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul;e) berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu;f) Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul dan g) Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian.Kamarudin Husin (1998) turut menyatakan terdapat beberapa peringkat dalam proses menulis karangan atau proses mengarang iaitu: a) Persediaan: murid hendaklah menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis dan memilih serta menentukan format penulisan yang tepat;

b) Mengingat kembali pengalaman: murid perlu mengingat atau memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih;

c) Kreativiti: murid perlu mencari bahan-bahan penulisan;

d) Perbincangan: murid dan guru perlu berbincang tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh;

e) Penulisan draf: murid dikehendaki menulis draf atau struktur karangan secara ringkas;

f) Guru dan murid boleh membuat semakan draf bersama-sama dalam perbincagan dan;

g) Murid dikehendaki menulis karangan tersebut.

4.0 PENDEKATAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENGARANGKebanyakan murid sekolah rendah mempunyai masalah untuk mengarang. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah kekurangan idea untuk mengembangkan karangan, penggunaan kosa kata terhad dalam karangan dan isi yang berulang-ulang. Disebabkan itu, guru berperanan untuk merangsang minda murid-murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung dengan berkesan. Antara langkah-langkah yang guru boleh jalankan semasa pengajaran dan pembelajaran mengarang yang boleh untuk mempertingkatkan kemahiran mengarang ialah:

a) merangka isi karangan berdasarkan bahan rangsangan;

b) mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koheran dan pemerengganan;c) menggunakan kemahiran kosa kata dan gaya bahasa dand) mengembangkan idea dengan menggunakan pengurusan grafik.

4.1 MERANGKA ISI KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi murid tetap diberi kebebasan menyambung, melengkapkan atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasikan murid untuk terus menulis. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.Karangan berpandukan bahan rangsangan mula diperkenalkan pada tahun 2004 dalam Kertas 1, Bahagian A. Pada bahagian ini, murid-murid dikehendaki menjawab hanya satu soalan yang dikemukakan dan sebanyak 30 markah diperuntukkan serta dicadangkan untuk menjawab bahagian ini dalam masa 45 minit. Selain itu, panjang karangan berasaskan bahan rangsangan ini hendaklah di antara 200 250 patah perkataan. Terdapat tujuh jenis bahan rangsangan yang boleh dikemukakan untuk aspek karangan berpandu iaitu:a) gambar (foto atau ilustrasi);b) gambar rajah;

c) ilustrasi kartun;

d) pelan;

e) iklan;

f) petikan dan

g) catatan.

Untuk mendapatkan karangan yang baik, guru perlulah melatih murid-murid membaca dan fahami arahan soalan yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kehendak soalan. Setiap murid perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama-sama dengan bahan rangsangan yang diberikan dan murid dikehendaki cuba kaitkan bahan rangsangan tersebut dengan soalan yang diberikan. Melalui langkah-langkah tersebut, murid akan dapat cuba dapatkan mesej utama daripada bahan tersebut meliputi kata kunci soalan, skop tajuk dan kehendak soalan.Karangan berdasarkan bahan rangsangan mempunyai tiga komponen iaitu pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. Pada bahagian pendahuluan, murid perlu menulis dalam satu perenggan sahaja. Murid perlu kaitkan kehendak soalan dengan bahan yang diberikan dan memberikan gambaran umum tajuk bahan rangsangan. Untuk menarik minat pembaca, murid boleh menyatakan definisi atau konsep tentang perkara dalam bahan rangsangan atau soalan dan menyentuh perkara yang hendak ditulis dalam bahagian isi. 4.2 MENGAITKAN ISI DENGAN TAJUK, KOHESI, KOHERAN DAN PEMERENGGANAN

Sebelum memulakan aktiviti kemahiran mengarang, guru haruslah memastikan setiap murid benar-benar memahami tajuk karangan yang diberikan. Tersalah mentafsir tajuk akan meyebabkan murid-murid menulis isi karangan yang terpesong dari kehendak soalan. Selain itu, isi karangan yang diberikan oleh murid-murid harus jelas, logik, relavan dan menarik minat orang yang membaca karangan tersebut. Isi haruslah diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat serta pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu murid memilih teknik-teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format yang sesuai.

Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik.

Dalam murid mengolah isi karangan, murid hendaklah menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jigsaw, keping-keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.

Kohesi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lingkungan tema yang sama. Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan pembaca dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi karangan yang terpesong dan kabur.

Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu. Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat dan padat. Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema. Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-ayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuhkan isi-isi karangan tersebut.

Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuahkarangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Guru boleh mengajar murid-muridd untuk menyemak kembali hasil karangan yang ditulis oleh mereka dengan soalan-soalan berikut iaitu:

a) Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan menarik?

b) Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan dengan baik?

c) Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkah perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?

d) Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama?4.3 MENGGUNAKAN KEMAHIRAN KOSA KATA DAN GAYA BAHASA

Seseorang itu harus menguasai kemahiran sesuatu bahasa untuk memudahkan penyampaian idea dengan baik dan berkesan. Pemilihan penggunaan kosa kata yang tepat dan bersesuaian amat penting dalam menghasilkan karangan yang baik dan gramatis. Pengetahuan tentang sistem bahasa yang merangkumi tatabahasa, ragam bahasa dan gaya bahasa yang bersesuaian amat perlu untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Guru perlulah memastikan murid-murid menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk mendapatkan hasil karangan yang baik. Guru harus mengambil kira persoalan-persoalan yang berikut untuk melihat ketepatan penggunaan bahasa murid-murid seperti:

a) Adakah pemilihan kosa kata murid-murid anda sesuai dan tepat?

b) Adakah bahasa yang digunakan oleh murid-murid anda menarik, tepat, jelas dan mudah difahami?

c) Adakah ayat-ayat yang murid-murid anda karang gramatis dan beragam jenis dari segi dan strukturnya?

d) Adakah penulisan karangan murid-murid anda lancar?

e) Adakah gaya penulisan murid-murid anda menarik?4.4 MENGEMBANGKAN IDEA DENGAN MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

Pemikiran berkesan bergantung kepada keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengarang boleh dipertingkatkan melalui latihan dan amalan. Penguasaan kemahiran berfikir semasa mengarang boleh dibantu dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik merupakan gambar rajah perkataan yang digunakan untuk menyusun idea, fakta dan perincian sesuatu idea di samping menerangkan hubung kait. Idea diatur dalam satu hirarki, dimulai dengan idea utama, diikuti oleh subidea yang bersarnbungan antara satu sarna lain. Melalui cara ini, semua maklumat penting disusun dan dikelolakan secara menyeluruh untuk menghasilkan struktur pola kreatif Ini selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat. Guru boleh menggunakan pengurusan grafik bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. Pengurusan grafik membolehkan murid untuk mencari idea dan merangka dengan baik sebelum mula menulis. Kelebihan menggunakan pengurusan grafik dalam menghasilkan karangan ialah: a) idea yang diperolehi dapat disusun dengan lebih baik;b) murid mampu kembangkan isi dengan baik;c) murid dapat menyenaraikan peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk karangan;

d) rangka karangan dapat dilihat dengan jelas;

e) murid dapat menjimatkan masa;

f) murid tidak mengulang isi yang sama dalam karangan yang dihasilkan;

g) murid dapat memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan dan

h) murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif. Berikut merupakan antara contoh-contoh pengurusan grafik yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan daya pemikiran murid-murid dalam mengembangkan kemahiran mengarang:a) Pengurusan grafik karangan jenis cerita

b) Pengurusan grafik karangan jenis fakta

c) Pengurusan grafik karangan jenis temu ramah atau dialog

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 5.1 Konsep/Definisi Rancangan Pengajaran Harian dan Format Rancangan Pengajaran HarianMenurut Rahil Mahyuddin, Bibah Elias dan Mariah Abu Bakar (1997), persediaan mengajar ialah satu pelan tindakan yang akan menunjukkan apa yang akan dibuat oleh guru dan murid, ke arah mana pelajar akan dibimbing, dan apakah kemahiran dan penerapan nilai yang akan diterapkan dalam pengajaran. Rancangan pengajaran harian bertujuan untuk membantu guru merancang dan membuat persediaan yang lebih teratur dan sistematik. Aspek-aspek format rancangan pengajaran harian mungkin berbeza sedikit dari segi komponen atau aspek yang dimasukkan. Menurut Rahil Mahyuddin, Bibah Elias dan Mariah Abu Bakar (1997), menyatakan aspek-aspek dalam format persediaan mengajar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian awal format mengandungi maklumat asas, diikuti dengan bahagian yang terbesar dalam format ialh bahagian penyampaian, dan bahagian penilaian mengakhiri format. Di dalam buku Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran, Rahil Mahyuddin, Bibah Elias dan Mariah Abu Bakar (1997) menyatakan maklumat asas Persediaan Mengajar dimasukkan pada awal atau bahagian permulaan yang boleh dibahagikan kepada butit-butir am dan butir-butir khusus. Butir-butir am mengandungi nama mata pelajaran, darjah, bilangan pelajar, hari, tarikh, masa dan jangka masa. Manakala butir-butir khusus terdiri daripada tajuk pelajaran,isi pelajaran, objektif pelajaran, bahan pengajaran, pengetahuan sedia ada, langkah keselamatan, kemahiran dan nilai murni. Bagi bahagian penyampaian pula boleh dikumpulkan kepada pendahuluan iaitu set induksi, langkah-langkah, isi pelajaran, strategi, kemahiran, penerapan nilai, penggunaan bahan dan penutup atau rumusan. Akhir sekali adalah bahagian penilaian iaitu penilaian berdasarkan tugasan. Selain itu, menurut Mok Soon Sang dan Lee Mok Mee (1988) menyatakan persediaan mengajar itu sebagai kegunaan sendiri dan dapat membantu guru mengajar. Tiap-tiap persediaan mengajar itu, dua aspek perlu dipertimbangkan, iaitu perancangan dan pelaksanaan perancangan. Di dalam buku Siri Pendidikan Guru: Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan hasil garapan Mok Soon Sang dan Lee Mok Mee (1988) membincangkan bahagian perancangan boleh dibahagikan kepada tiga perkara yang berikut iaitu maklumat kelas, objektif pelajaran dan alat bantu mengajar. Di dalam bahagian maklumat kelas,guru perlulah menyatakan maklumat kelas dengan jelas seperti tarikh, masa, darjah, bilangan murid, umur purata murid, mata pelajaran, tajuk, pengetahuan lampau (yang sedia ada), alatan mengajar, bilik darjah dan sebagainya. Manakala bagi bahagian objektif pelajaran pula, objektif berbentuk eksplisit lebih diutamakan untuk membolehkan guru menilai perkembangan pelajaran itu dan dan membaikinya jika perlu.Alat bantu mengajar merupakan aspek akhir dalam bahagian perancangan. Guru perlu bersedia dengan semua alatan dan menyenaraikannya bersama dengan bilangan dan kuantitinya. Bahagian pelaksanaan pula mencatatkan bagaimana guru akan meyampaikan pelajaran dalam bilik darjah. Bagi bahagian ini terdapat tiga aspek yang perlu diambilkira iaitu penyampaian, pencapaian objektif dan sahsiah. Aspek penyampaian pula difokuskan kepada permulaan atau set induksi, perkembangan, langkah, teknik dan kaedah, isi pelajaran, bahasa, alat bantu mengajar, pengurusan kelas dan penutup. Bahagian ulasan guru pelatih turut disediakan pada akhir Persediaan Mengajar untuk mencatat refleksi kendiri dan bahagian ulasan penyelia untuk penyelia memberi komen pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abd Ghafar Md Din (2003), rancangan pengajaran harian dibina berdasarkan apa yang telah dirancang dalam rancangan pelajaran tahunan. Perkara-perkara yang perlu dicatat dalam persediaan Rancangan Pelajaran harian ialah mata pelajaran yang diajar, kelas yang diajar, masa pengajaran (waktu dan jangka masa), tajuk pelajaran atau kemahiran, objektif-objektif pengajaran-pembeajaran, aktiviti pengajaran (set induksi, langkah-langkah penyampaian dan penutup) dan catatan guru (pemahaman dan reaksi pelajar, panduan untuk Rancangan Pelajaran berikutnya, panduan guru ganti dan sebagainya).Kesimpulannya, rancangan pengajaran harian merupakan satu proses perancangan dan langkah-langkah perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi butir-butir am yang mengandungi nama mata pelajaran, darjah, bilangan pelajar, hari, tarikh, masa dan jangka masa. Manakala butir-butir khusus terdiri daripada tajuk pelajaran, isi pelajaran, objektif pelajaran, bahan pengajaran, pengetahuan sedia ada, langkah keselamatan, kemahiran dan nilai murni. Bagi bahagian penyampaian pula boleh dikumpulkan kepada pendahuluan iaitu set induksi, langkah-langkah, isi pelajaran, strategi, kemahiran, penerapan nilai, penggunaan bahan dan penutup atau rumusan. Akhir sekali adalah bahagian penilaian iaitu penilaian berdasarkan tugasan. 5.2 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENGARANG Tarikh

: 02 April 2012

Hari: Isnin

Masa: 6.50 7.50 (60 Minit)

Kelas: Tahun 5 Arif

Bil Murid

: 40 Orang

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tema: Keselamatan jalan raya

Topik/ Tajuk

: Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Saya Saksikan

Hasil Pembelajaran : 1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan. 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

8.2 Aras 3 (i) Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut keutamaan.

Objektif: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat daripada lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi.

ii. Menulis karangan dengan format yang betul.

iii. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan huruf besar di tempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada: Murid biasa mendengaratau melihat tragedi kemalangan sama ada melalui media cetak, elektronik ataupengalaman sendiri.

Sistem bahasa : Tatabahasa kata nama, kata hubung, ayat majmuk, ayat penyata, tanda baca

Kosa kata dahsyat, mengerikan, meyayat hati, tragedi, lampu isyarat, kecuaian, kesabaran,

Pengisian Kurikulum : Ilmu PKJR / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / Kajian Tempatan / Pendidikan Moral / Pendidikan Agama

Nilai Berhati-hati, menurut peraturan, bertimbang rasa, hormat-menghormati, saling sayang-menyayangi.

KBT- Kontekstual mengalipakasi, menghubungkait

Media Pengajaran: Media (kad situasi), Kad Manila, Pen, Video, Laptop dan LCD.

6.0 PENUTUP Kemahiran mengarang merupakan kemahiran aras tinggi dalam kemahiran Bahasa Melayu. Kemahiran ini memerlukan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam menghasilkan sesebuah karangan yang boleh menarik minat dan meyakinkan pembaca. Karangan yang baik perlulah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti penggunaan kosa kata yang baik, ayat yang gramatis, gaya bahasa yang sesuai, penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa yang tepat dan lain-lain.

Kemahiran mengarang ini selalu ditekankan oleh guru sebagaimana pendapat Isahak Haron (1979) yang menyatakan kemahiran menulis dan mengarang bukan sahaja penting bagi murid untuk mendapat keptusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malah kemahiran ini juga penting kerana sebahagian besar pendidikan formal memerlukan kerja-kerja mengarang dan menulis sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan pendapat.

Di samping itu, kemahiran menulis juga akan digunakan oleh murid selepas tamat persekolahan dan akan digunakan di alam pekerjaan nanti. Pendapat ini disokong oleh Marohaini (1994) yang menyatakan bahawa kepentingan kemahiran menulis sememangnya tidak dapat disangkal lagi sekiranya dapat dilihat dari segi keperluan murid sebagai penuntut sekolah, sebagai calon peperiksaan dan sebagai bakal tenaga mahir. Ini bermakna menulis itu ada berbagai-bagai tujuan.

Kesimpulannya, kemahiran menulis atau mengarang ini amatlah penting dalam kehidupan seseorang baik sebagai seorang pelajar sekolah mahu pun sebagai tenaga kerja malah sebagai orang awam juga kerana melalui penulisan ini seseorang dapat berkomunikasi dengan orang lain dalam jarak jauh meskipun mereka saling tidak mengenali.

7.0 REFLEKSI

Melalui tugasan BMM 3104 yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing, saya dapat mempelajari pelbagai perkara tentang kemahiran bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu terutamanya kemahiran mengarang. Menurut Marohaini (1996) menegaskan kegiatan pembelajaran yang mengkehendaki murid mempunyai kemahiran menulis dan bukan sahaja terhad bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi juga mata pelajaran lain seperti Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan kemahiran asas yang diperlukan oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan murid yang dapat menguasai kemahiran menulis akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Walaupun begitu, kemahiran menulis bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Menurut Alias dan Darwis (1990) ramai murid mendapati kemahiran mengarang merupakan kemahiran asas yang paling sukar dipelajari. Pendapat ini turut disokong oleh Abdul Aziz (1990) yang menyatakan kemahiran menulis bukan sahaja sukar dikasai malahan sukar diajar. Hal ini kerana menulis itu sebenarnya sesuatu yang kompleks dan kompleksiti proses penulisan sememangnya diakui oleh semua pendidik bahasa (Koh Boh Boon, 1996).

Mohd. Jonit Mohd. Johari (1996) berpendapat kelemahan murid adalah dari segi persediaan perangkaan, penguasaan tatabahasa, tanda baca, perbendaharaan kata, system ejaan buku dan tulisan. Selain itu, terdapat murid yang lemah dan tidak mematuhi had jumlah perkataan dan ada juga karangan yang tidak mencukupi atau tidak dikembangkan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa murid selama ini kurang didedahkan dengan cara menulis yang sebenarnya yang merupakan suatu proses yang kompleks. Sebagai seorang guru yang kreatif, kritis dan inovatif, saya cuba menggunakan pelbagai kaedah terutamanya penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seiring dengan matlamat dan wawasan pendidikan Negara pada era kini. Penggunaan TMK seringkali dijadikan kajian oleh guru-guru semasa menjalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah menggunakan kaedah ini, murid-murid saya ternyata menunjukkan minat yang baik dan aktif semasa perbincangan kumpulan. Saya juga telah menggunakan bahan rangsangan seperti tayangan dan video dan juga tayangan slaid sewaktu mengajar. Penggunaan peta grafik atau pun peta minda dapat membantu murid-murid mengembangkan idea dan isi-isi karangan dengan baik.

Penggunaan pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar di dalam kelas amat membantu murid-murid memotivasikan dirinya untuk belajar. Guru perlulah sentiasa memperbaharui cara mengajar dan mempelbagaikan teknik mengajar. Guru juga perlu menekankan format karangan supaya murid memahami dengan lebih baik. Kesimpulannya, guru perlu mempersiapkan diri dengan format-format karangan yang terkini, penggunaan bahan bantu mengajar yang inovatif dan bahan rangsangan yang manrik minat murid untuk belajar dan sekaligus membantu murid menguasai kemahiran mengarang ini. 8.0 SENARAI RUJUKAN

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj Omar (1981). Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1987). Isu-isu semasa dalam pengukuran dan penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (1990). Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin (1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan pengajarannya. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

MarohainiYusoff (1996). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.IsahakHaron (1979). Panduan pengajaran bahasa Malaysia di sekolah menengah pembinaan satu conceptual framework dalam penulisan karangan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya1