tugasan projek mini1

64
SRB3023_Biodiversiti & Adaptasi/Tugasan Mini Projek(Nor Iszura Binti Ismail D20102045275 ) SRB 3023 BIODIVERSITI & ADAPTASI KUMPULAN : UPSI 16 ( A121PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON NOR ISZURA BINTI ISMAIL D20102045275 0196595347 1 TUGASAN PROJEK MINI

Upload: raja-hizar

Post on 25-Nov-2015

333 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

pm

TRANSCRIPT

SRB3023_Biodiversiti & Adaptasi/Tugasan Mini Projek(Nor Iszura Binti Ismail D20102045275 )

SRB3023_Biodiversiti & Adaptasi/Tugasan Mini Projek(Nor Iszura Binti Ismail D20102045275 )

SRB 3023BIODIVERSITI & ADAPTASI

KUMPULAN

:UPSI 16 ( A121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. IDNO. TELEFON

NOR ISZURA BINTI ISMAIL

D201020452750196595347

NAMA PENSYARAH

: PN.ALENE BINTI TAWANG TARIKH SERAH

:5 MEI 2013

KEPELBAGAIAN ORGANISMA

DI MUKA BUMI

Tugasan ini adalah sebahagian daripada kerja kursus bagi kursus Biodiversiti dan Adaptasi, SRB3023 yang perlu diserahkan untuk memenuhi syarat lulus kursus ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2013

PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran SRB 3023 : BIODIVERSITI & ADAPTASI dalam masa yang telah ditetapkan. Semoga usaha dan penat lelah ini mendapat keredhaan dari-Nya Yang Maha Esa. Penghargaan yang tidak ternilai ingin saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang saya menjalankan tugasan ini.Di kesempatan ini, saya dengan rasa bangga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak ternilai harganya kepada pensyarah pemimbing, PN.ALENE BINTI TAWANG kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa nasihat dan bimbingan daripada beliau, tugasan ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru besar, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur kerana telah banyak membantu dan memberikan kerjasama semasa saya menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga , penghargaan ini ditujukan khas buat suami tercinta, Jaafar Bin Udaman @ Ali serta permata hatiku di atas segala sokongan yang diberikan demi menyiapkan tugasan ini . Buat keluarga tersayang juga, jutaan terima kasih atas dorongan dan galakan yang diberikan.

Akhir sekali, tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, adalah mustahil untuk saya menyiapkan laporan kajian ini. Segala kerjasama daripada anda semua akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan di Zoo Negara.Sampel, lumut, paku-pakis, tumbuhan dan haiwan dikutip dan direkodkan.

ISI KANDUNGANBILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.Penghargaan3

2.Abstrak4

3.Bab 1

Pengenalan

Latar Belakang Kajian

Penyataan Masalah

Persoalan Kajian

Objektif Kajian6-7

4Bab 2

2.0 Alam Protista

2.1 Kajian Literatur

2.2 kaedah Kajian

2.3 Pengenalan

2.3.1 Alga

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan8 14

5.3.0 Alam Fungi

3.1 Kajian Literatur

3.2 kaedah Kajian

3.3 Pengenalan

32.3.1 Cendawan

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan15 - 21

6.4.0 Alam Plantae

4.1 Kajian Literatur

4.2 kaedah Kajian

4.3 Pengenalan

4.3.1 Paku Pakis

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan 4.3.1 Lumut

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan

22 31

75.0 Alam Animalia 5.1 Kajian Literatur

5.2 kaedah Kajian

5.3 Pengenalan

5.3.1 Kumpulan Haiwan Invertbrata 5.3.1.1 Rama - rama

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan 5.3.1 .2 Kalajengking Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan 5.3.2 Kumpulan Haiwan Vertbrata

5.3.2.1 Arnab

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan 5.3.2 .2 Burung Kakak Tua

Ciri cirri Morfologi

Kaitkan StrukturLuar Fisiologi , Tingkah Laku Setiap Spesies untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran untuk kemandirian

Kesimpulan

32- 47

8.Bibliografi48

BAB 1

PENGENALAN

Kajian ini telah dijalankan di Zoo Negara Kuala Lumpur.1.1 Latar belakang kajian

Kajian adalah bertujuan untuk mendapatkan data organisma. Kepelbagaian Protista seperti alga, lumut, paku-pakis, tumbuhan dan haiwan direkodkan untuk tujuan Projek Mini Biodiversiti dan Adaptasi.1.2 Penyataan masalah

Kebanyakan kajian taksonomi hanya menumpu kepada satu jenis kumpulan organisma yang telah ditetapkan. 1.3 Persoalan kajian

Kajian ini adalah untuk menjawab beberapa soalan kajian berikut:

i. Apakah jenis alga, lumut, paku-pakis, jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di kawasan tepi pantai dan hutan

ii. Apakah kekerapan organisma tersebut dijumpai di hutan ini?1.4 Objektif kajian1.5 Objektif kajian ini adalah:i. Mengenal pasti dan merekodkan jenis alga, lumut, paku-pakis, jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di kawasan tepi pantai dan hutan ii. Menentukan kekerapan organisma tersebut dijumpai di hutan ini.

BAB 2ALAMPROTISTA

KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan di Zoo Negara Kuala Lumpur .. Struktur morfologi dan kemandiriannya pada alam sekitar masih dikekalkan untuk membolehkan mereka terus hidup dan berkembang . KAEDAH KAJIAN DIJALANKANKaedah Lawatan Bagi sampel /kajian untuk protista dijalankan di Zoo Negara . Di kesempatan tersebut dapatlah saya menjalankan kajian secara pemerhatian dan temubual berkaitan dengan ciri-ciri morfologi tumbuhan ini dan bagaimana ia beradaptasi dengan persekitarannya untuk tujuan pembiakan dan pemeliharaan .

Cara Kajian Dijalankan

Saya memulakan kajian dengan membaca dan mencari bahan rujukan melalui internet. Bantuan dan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan lain juga amat membantu semasa kajian dijalankan.. Dengan adanya kajian seperti ini, secara tidak langsung saya mengenali keunikan alga.

Pengenalan

Terdapat berbagai bagai organism yang mempunyai tubuh yang tidak terbahagi kepada sel sel dan dengan itu boleh dianggap sebagai organism tanpa sel. Pada masa dahulu ahli biologi merujuknya sebagai organism unisel atau sel hidup bebas. Tetapi pertikaian yang timbul sebahagiannya daripada keadaan yang terlalu kompleks yang diperlihatkan melalui mikroskop electron dan sebahagian pula daripada pendapat yang berbeza mengenai kemungkinan asal usulorganisma multisel , telah membawa kepada spekulasi tentang apakah yang dikatakan sel itu sebenarnya.

Oleh sebab itu , maka lebih baik menggunakan istilah tanpa sel. Sebilangan protista mempunyai cirri tumbuhan kerana ia mempunyai klorofil atau bebeapa pigmen lain untuk menjalankan fotosintesis , dan mungkin mempunyai dinding selulosa. Organism ini dopanggil Protophyta. Yang lainpula menyerupai haiwan , iaitu tidak mempunyai klorofil atau dindingselulosa dan memakan bahan organic sama ada dalam bentuk larutan atau butiran. Organism ini diberi nama Ptotozoa. Tetapi tidak ada perbezaa yang jelas di antara kedua-dua jenis organism itu kerana organism yang mempunyai pertalian rapat kadang kala berkelakuan seperti haiwan dan pada masa yang lain pula seperti tumbuhan.oleh yang demikian , kesemua organism ini sesuai digolongkan bersama sebagai subalam dan filum Protista.Pengelasan Protista kebanyakkan berdasarkan organel organel gerak alih. Umpulan yang primitive. Mastigophora mempunyai satu atau lebih cuaran panjang seperti tali cemeti yang dikenali flagellum.

a) AlgaAlga mengumpulkan tenaga cahaya melalui fotosistesis dan merangkumi banyak organisma unisel yang juga dianggap sebagai protozoa, umpamanya Euglena, yang telah memperoleh kloroplas melalui endosimbiosis sekunder. Alga-alga yang lain tidak motil, dan sesetengah alga (digelarkan rumpai laut) adalah multisel yang benar, termasuk ahli-ahli dalam kumpulan yang berikut:

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menerangkan; alga adalah kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri daripada satu sel atau berbilang sel), kebanyakannya hidup di dlm air dan tumbuhan ini penting dlm rangkaian makanan.

i. Pengelasan Saintifik

Spesies

: SinuosaDomain

: EukariotAlam

: protista

Filum

: ViriplanteaKelas

: ChlamydomonasFamili/Keluarga: Scytosiphonales

Genus

: Colpomenia Spesies

: sinuosaii. Ciri cirri morfologi

Secara anatomi sel, alga dibagi menjadi 3 bahagian, iaitu; (1) Membran plasma, (2) Sitoplasma dan Organel Sel, (3) Inti Sel (Nukleus), seperti yang ditunjukkan pada gambar 1 (Anonim, 2011; Haas et al., 2009).

Bagaimanapun, kebanyakan jenis alga berkembang secara berasingan. Kumpulan ini merangkumi haptofit, kriptomonad, dinoflagelat, euglenid, dan klorarakniofit, dan kesemua ini juga dianggap sebagai protozoa.

Sesetengah protozoa merupakan perumah kepada alga endosimbiosis, umpamanya Paramesium bursaria atau radiolaria, yang memberikan tenaga kepada alga itu, tetapi tidak mengintegrasikannya ke dalam sel.

iii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Beberapa ahli berpendapat bahwa Protista mirip tumbuhan adalah alga (ganggang) yang mikroskopis, adapun alga yang makroskopis termasuk Plantae. Yang termasuk alga mikroskopis adalah Filum Euglenophyta, Pyrrophyta, dan Chryssophyta. Alga mikroskopis memiliki ciri-ciri khusus, iaitu dapat berfotosintesis sama seperti tumbuhan, tersebar luas di alam, dan dijumpai hampir di segala macam lingkungan yang terkena sinar matahari. Alga renik yang terapung-apung di perairan ini merupakan bagian fitoplankton yang berguna sebagai sumber makanan penting bagi organisme-organisme lain, sama seperti fungsi Protozoa yang sudah Anda pelajari di depan.

Alga sangat berperanan atau dikatakan sebagai dasar permulaan dalam rantai makanan karena kegiatan fotosintesisnya sehingga dinamakan sebagai produsen primer bahan organik. Di dalam kegiatan fotosintesisnya, alga menghasilkan oksigen. Gas ini sangat penting untuk binatang maupun organisme lain dalam aktiviti respirasi aerobik. Selain itu, juga sangat penting dalam pengendalian polusi dan bahan buangan. Banyak alga yang mensintesis vitamin A dan D. Dengan dimakan ikan, maka vitamin-vitamin itu disimpan di dalam organ (misalnya hati) dan di tempat inilah dapat diekstraksi atau digunakan secara langsung sebagai sumber makanan yang kaya akan vitamin sehingga baik dikonsumsi manusiaKESIMPULAN

Kebanyakan alga hidup dalam habitat akuatik. Semua alga mempunyai pigmen klorofil untuk menjalankan proses fotosintesis. Alga boleh dijumpai dalam bentuk bnetuk seperti unisel , koloni , filament dan daun.

Alga tidak mempunyai akar , batang , atau daun yang sebenar. Alga adalah tumbuhan yang mempunyai diding sel, bahan makanan simpanan dan kadangkala berflgelum. Beberapa jenis alga adalah seperti :

Alga hijau misalnya Chlamdomonas , spirogyra , ulva dan volvox

Alga biru hijau misalnya Nostoc

Alga coklat misalnya Ficus dan Laminaria

Alga keemasan misalnya diatom

Alga merah misalnya chondrusALAM

FUNGIKAJIAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan di Batu 3 ,Seri Manjung. Struktur morfologi dan kemandiriannya pada alam sekitar dikekalkan untuk membolehkan mereka terus hidup dan berkembang . KAEDAH KAJIAN DIJALANKANKaedah Lawatan Bagi sampel /kajian untuk fungi dijalankan di Batu 3 , Seri Mnanjung . Di kesempatan tersebut dapatlah saya menjalankan kajian secara pemerhatian dan temubual berkaitan dengan ciri-ciri morfologi tumbuhan ini dan bagaimana ia beradaptasi dengan persekitarannya untuk tujuan pembiakan dan pemeliharaanCara Kajian Dijalankan

Untuk mendapatkan cendawan ini, saya telah pergi ke kebun getah yang terletak di kampong ibu mertua saya. Selain itu, saya juga ada melihat dan cendawan ini untuk melihat strukturnya sendiri di pasar basah ditempat saya. Rujukan buku dan internet banyak membnatu saya di dalam menyelesaikan tugasan iini.

a) Cendawan

Saya memilih Cendawan / Pleurotus ostreatus sebagai bahan kajian. Cendawan adalah organisma yang mempunyai inti, spora, tidak berklorofil, mempunyai dinding sel yang terdiri atas sellulosa, khitin atau kombinasi keduanya, berbentuk filament atau benang-benang bercabang yang bersekat atau tidak bersekat. Benang-benang pada jamur ini disebut hifa. Hifa terdiri atas sel-sel yang berinti satu (uninukleat) atau dua (binukleat). Hifa cendawan menyatu membentuk kumpulan cendawan yang disebut miselium ( Alexopoulos et al. 1996; Aryantha dan Rahmat, 1996 ).

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakkannya di tanam di asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara kormesial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii.

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram ( oyster ) kerana perisanya yang agak sama

i. Pengelasan Saintifik

Super kingdo: EukaryotaKingdom

: MyceteaeDivisio

: AmastigomycotaSubdivisio

: EumycotaKelas

: BasidiomycetesSubkelas

: HolobasidiomycetidaeOrdo

: Agaricales

Famili

: Agaricaceae

Genus

: Pleurotus

Spesies

: Pleurotus Ostreatus

ii. Ciri-ciri morfologi

Badan buah mempunyai tudung ( pilleus ) yang berubah dari hitam , abu-abu, coklat hingga putih dengan permukaan yang hampir licin dengan diameter 5 20 cm. tepi tudung mulus sedikit berlekuk. lebih, bentuk seperti tiram, cembung kemudian menjadi rata atau kadang-kadang membentuk corong; permukaan licin, agak berminyak ketika lembab, tetapi tidak lengket, tepi menggulung ke dalam, pada jamur muda sering kali bergelombang atau bercuping.

Daging tebal, berwarna putih kokoh tapi lunak pada bagian yangberdekatan dengan tangkai; bau dan rasa tidak merangsang.Permukaan bahagian bawah tudung berlapis-lapis seperti insang ( lamella atau giling ) berwarna putih dan lunak yang berisi basidiospora. Basidiospora ini berbentuk batang berukuran 8-11 x 3- 4 m. Miselium berwarna putih dan boleh tumbuh dengan cepat, sedangkan tangkainya dapat pendek atau panjang sehingga 2- 6 cm bergantung pada keadaan lingkungan dan iklim yang

mempengaruhi pertumbuhannya. Tangkai ini yang menyangga tudung agak ( lateral ) dibahagian tepi atau ( eksentris) agak ke tengah ( Nanang, 2001).

( Gambar 1 : Struktur dan fungsi tubuh cendawan )

iii. Ciri cirri unik

Cendawan / Pleurotus ostreatus merupakan sel Eukariotik kerana strukturnya mempunyai dinding sel, membrane sel, Inti, Sitoplasma, Retikulum endoplasma, badan gogli, Vakuola, Ribosom, Mitokondria dan organel-organel lain.

Ciri unik bagi Cendawan ialah dari segi pembiakannya.Cendawan / Pleurotus ostreatus membiak melalui spora yang biasanya disebarkan oleh angin. Memiliki dua tipe perkembangbiakan dalam siklus hidupnya, yakni secara aseksual maupun seksual. Secara aseksual dengan pembentukan spora dan seksual dengan cara penyatuan dua jenis hifa. Aseksual terjadi dengan tiga cara iaitu : pembentukan kuncup atau tunas pada cendawan uniselular, pemutusan benang hifa (fragmentasi miselium) dan pembentukan spora aseksual. Spora aseksual terdiri dari Sporangiospora dankonidiosporayang bersifat haploid (n). Sporangiospora dihasilkan dari pembelahan mitosis sel dalam kotak spora (sporangium) yang terdapat pada ujung sporangiofor (struktur yang mendukung sporangium).Manakala Konidiospora dihasilkan dari pembelahan mitosis sel pada hujung konidiofor (pendukung konidia). Ini dapat dilihat melalui gambar di bawah ini.

( Gambar 2 : Sporangiospora dan konidiospora )

Bagi Cendawan / Pleurotus ostreatus yang mana ia adalah dari kelompok kelas Basidiomycetes disebut sebagai Basidiomycotina adalah kerana dalam reproduksi seksualnya menghasilkan basidiospora. Cendawan yang termasuk kelas Basidiomycotina mempunyai ciri-ciri yaitu dinding selnya tersusun atus zat kitin,multiseluler, hifa bersekat, dibedakan hifa primer (berinti satu) dan sekunder (berinti dua), mengandung inti haploid, memiliki keturunan diploid lebih singkat, membentuk badan buah yang disebutbasidikrop, reproduksi aseksual dengan membentukkondiospora,reproduksi seksual dengan menghasilkan basidopora.iv. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Di alam bebas, cendawan biasa dijumpai hampir sepanjang tahun di hutan pegunungan daerah yang sejuk dan tumbuh dipermukaan kayu yang sudah lapuk. Cendawan banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropikadi seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai penguraiutama kayu.Untuk memperolehi makanan, cendawan menyerap zat organic dari lingkungan melalui hifa dan miseliumnya, kemudian menyimpannya dalam bentuk glikogen. Oleh kerana cendawan merupakan konsumen, maka cendawan bergantung pada substrat yang menyediakan karbohidrat, protein, vitamin dan senyawa kimia yang lainnya.

Sebagai makhluk heterotrof , cendawan dapat bersifat saprofit. Saprofit merupakan cendawan pelapuk dan pengubah susunan zat organic yang mati. Cendawan saprofit menyerap makanannya daro organism yang telah mati seperti kayu tumbang dan buah jatuh.

ALAM

PLANTAEPENGENALAN :

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan merupakan organism yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya , organism yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel. Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada:

1. Tumbuhan berbunga

2. Tumbuhan tidak berbunga.

KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan di Zoo Negara Kuala Lumpur . Walaupun kebanyakan tumbuhan yang dikaji di Zoo ini berada dalam habitat yang terkawal , namun saya dapati pihak pengurusan cuba untuk mengekalkan habitat asalnya . Struktur morfologi dan kemandiriannya pada alam sekitar masih dikekalkan untuk membolehkan mereka terus hidup dan berkembang . KAEDAH KAJIAN DIJALANKANKaedah Lawatan Bagi sampel /kajian untuk palntae dijalankan di Zoo Negara . Di kesempatan tersebut dapatlah saya menjalankan kajian secara pemerhatian dan temubual berkaitan dengan ciri-ciri morfologi tumbuhan ini dan bagaimana ia beradaptasi dengan persekitarannya

Cara Kajian DijalankanSaya memulakan kajian dengan mendapatkan sendiri lumut ini yang hidup di persekitaran Zoo Negara . Dengan adanya kajian seperti ini, secara tidak langsung saya mengenali keunikan lumut.

Saya juga banyak membaca dan mencari bahan rujukan melalui internet. Bantuan dan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan lain juga amat membantu semasa kajian dijalankan.

Keadaan cuaca yang tidak menentu juga membantu saya mengenal mandiri lpaku pakis dan lumut yang saya pilih untuk beradaptasi.

a) Paku Pakis

i. Pengelasan Saintifik

Paku pakis tergolong dalam kumpulan tumbuhan rendah bersama-sama dengan lumut. Walaupun mempunyai tisu vascular menyamai tumbuhan tinggi namun prosesreproduktifnya yang membezakan di mana pembiakkannya mellaui penghasilan spora. Terdapat 2 jenis paku pakis iaitu paku pakis primitive dan paku pakis moden.

ii. Ciri ciri morfologi

Paku pakis mudah dibezakan daripada tumbuhan tumbuhanlain. Selain dari rupa , bentuk dan tidak mempunyai bunga. Daun paku pakis tumbuh dalam pelbagai bentuk dan rupa dan warna. Kebiasaanya menyerupai bulu burung. Ia boleh membiak di atas tanah , di atas pokok dan di permukaan berbatu.

iii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.Spora adalah struktur pembiakan halus yang dihasilkan oleh pakupakis. Terdapat pelbagai bentuk spora, antaranya bulat, pipih (monolete), segitiga (trilete) dan sebagainya. Untuk melihat struktur spora tersebut, mikroskop elektron pengiaman (Scanning Electron Microscope) digunakan.

Sporangium pula merupakan kapsul yang berbentuk kanta dwicembung. Dinding sporangium terdiri daripada satu atau beberapa lapisan sel, kecuali pada bahagian tepinya terdapat suatu lapisan sel berdinding tebal yang mengelilingi sebahagian kapsul yang dinamakan anulus. Pada bahagian hujung lingkaran terdapat satu kumpulan sel yang pipih yang dikenali sebagai stomium. Apabila sporangium masak sel stomium akan pecah dan membebaskan spora yang terdapat di dalamnya.

Sorus merupakan satu untaian (nama khasnya spika) seperti yang ditemui pada Ophioglossum, atau berbentuk garis panjang seperti pada genus Pteris atau yang bulat seperti genus Phymatodes. Kedudukan dan susunan sorus amat penting kerana ia bakal menentukan genus dan spesies pakupakis.

Ekologi Pakupakis

Ekologi pakupakis dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah cahaya, hujan, angin, perubahan suhu dan tumbuhan lain yang berada di sekitarnya. Secara amnya terdapat enam golongan pakupakis dikenal pasti berdasarkan faktorfaktor di atas:

a) Pakupakis terestrial di kawasan terdedah

Golongan ini mudah dijumpai sama ada tumbuh secara bersendirian atau berbentuk gerombolan atau semak besar. Contoh yang hidup bersendirian ialah Blechnum orientale dan Pityrogramma, sementara yang tumbuh bergerombolan pula ialah resam Dicranopteris linearis, tumbuh di kawasan tanah gersang dan kering ialah Cyclosorus gongylodes. Manakala yang memanjat ialah Lygodium, namun akarnya masih menjalar di bawah tanah. b) Pakupakis terestrial di kawasan terlindung

Secara keseluruhannya, tumbuhtumbuhan ini memiliki daun yang lebih nipis jika dibandingkan dengan tumbuhan pakupakis di kawasan yang terdedah.

Sebahagian besar pakupakis ini dijumpai berhampiran dengan tepitepi sungai di dalam hutan primer. Walaupun sesetengah daripadanya menghasilkan rizom yang menjalar tetapi ia tidak membentuk kelompok besar (gerombolan) seperti Gleichenia Dicranopteris atau Nephrolepis.

c) Pakupakis memanjat

Golongan ini mempunyai rizom yang menjalar di atas tanah dan apabila menemui pohonpohon yang besar maka ia akan terus memanjatnya. Kadang-kadang akar bermula pada dasar atau pangkal pohonpohon dan kemudian akan memanjatnya. Contoh pakupakis jenis ini ialah Bolbitis heteroclita yang biasanya menjalar di tebingtebing sungai dan apabila menjumpai pohonpohon kecil ia akan terus memanjatnyab) Lumut

i. Pengelasan Saintifik

Kingdom:PlantaeDivisio:BryophytaKelas:SphagnopsidaSubkelas:SphagnidaeOrdo:SphagnalesFamili:SphagnaceaeGenus: SphagnumLumut merupakan tumbuhan darat sejati, walaupun masih menyukai tempat yang lembab dan basah. Lumut yang hidup di air jarang kita jumpai, kecuali lumut gambut

Pada lumut, akar yang sebenarnya tidak ada, tumbuhan ini melekata dengan perantaraan Rhizoid (akar semu), olehkaren aitu tumbuhan lumut merupakan bentuk peralihan antara tumbuhan ber-Talus (Talofita) dengan tumbuhan ber-Kormus (Kormofita).

Lumut mempunyai klorofil sehingga sifatnya autotrof.Lumut tumbuh di berbagai tempat, yang hidup pada daun-daun disebut sebagai epifil. Jika pada hutan banyak pohon dijumpai epifil maka hutan demikian disebut hutan lumut.

ii. Ciri ciri morfologi

Tumbuhan lumut mengalami pergiliran keturunan (metagenesis). Dalam proses metagenesis ini, lumut mengalami dua fase kehidupan, yaitu fase gametofit (haploid) dan fase sporofit (diploid). Lumut memiliki dua alat perkembangbiakan (gametangium), yaitu arkegonium sebagai sel gamet betina, dan anteridium sebagai sel gamet jantan. Berikut adalah bagan tahapan metagenesis yang terjadi pada tumbuhan lumut.

Daun pada tumbuhan lumut mempunyai sel-sel yang kecil, sempit, panjang, dan mengandung kloroplas yang tersusun seperti jala. Terdapat juga sel-sel mati yang berfungsi sebagai tempat persediaan air dan penyimpanan cadangan makanan. Tumbuhan lumut mempunyai akar dalam bentuk rizoid yang melekat pada tempat tumbuhnya lumut. Rizoid ini juga berfungsi untuk menyerap air serta garam-garam mineral ke dalam tubuh lumut.

iii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.Peranan Tumbuhan LumutBeberapa spesies tumbuhan lumut mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia, diantaranya:

1. Spesies lumut Marchantia polymorpha , biasa dimanfaatkan sebagai obat hepatitis.

2. Jenis-jenis lumut gambut yang termasuk dalam genus Sphagnum biasa digunakan sebagai pengganti kapas. Sphagnum juga berfungsi untuk membantu penyerapan air dan menjaga kelembaban tanah.

3. Cephalozoella massalongoi, spesies lumut ini biasa tumbuh di tanah atau batuan yang mengandung tembaga sehingga dapat digunakan sebagai indikator keberadaan tembaga.

4. Asplenium nidus, biasa digunakan sebagai tanaman hias serta secara ekologi tumbuhan lumut dapat menyerap air dan menahan pengikisan tanah oleh air (erosiKESIMPULAN

Istilahtumbuhanjauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasatumbuhan. Kita cenderung untuk menganggaptumbuhansebagai organismamulticellular, eukaryoticyang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskularmempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan karnivordanpokok janggut nabi tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.

Istilahtumbuhanyang lebih luas adalah semua autotrof) iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam system ekologi.. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote khususnyabakteroa photoautotrophik dan cyanobacteria.Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkantumbuhanadalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencanaWikipedia, contohnya:...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular(khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh.,...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini).

ALAM

ANIMALIA

Pengenalan :

Haiwan wujud dalam banyak bentuk dan saiz. Ia berjalan atau merayap di darat dan mengorek lubang dalam tanah. Ia berenang dalam air dan terbang di udara. Malah sesetengah haiwan hidup di dalam badan haiwan-haiwan lain.Haiwan boleh dikelompokkan dengan banyak cara. Ia boleh disusun mengikut sama ada haiwan tersebut hidup di darat atau di dalam air, mengikut bilangan kakinya, dikelompokkan melalui cara ia bergerak, dibahagikan kepada kumpulan mengikut jenis darah sama ada ia berdarah sejuk atau berdarah panas dan mengikut kumpulan sama ada ia bertulang belakang atau tidak. Secara saintifiknya ahli zoologi membahagikannya kepada kumpulan yang lebih kecil lagi, yang mempunyai lebih banyak sifat yang sama. Kumpulan yang terbesar ialah alam Animalia sendiri yang termasuk semua haiwan. Seterusnya, setiap haiwan diletakkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai filum. Setiap filum dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai kelas. Kelas dibahagikan kepada order, dan order dibahagikan kepada famili. Famili pula dibahagikan kepada genus, dan genus dibahagikan kepada spesies. Misalnya, harimau tergolong dalam alam Animalia, filum Kordata, kelas Mamalia, order Karnivora, famili Felida, dan genus Panthera. Ia adalah anggota spesies Panthera tigris. Singa berkaitan dengan harimau. Ia tergolong dalam alam yang sama (Animalia), filum (Kordata), kelas (Mamalia), order (Karnivora), famili (Felida), dan genus (Panthera) yang sama seperti harimau. Tetapi singa dikelaskan dalam spesies yang berbeza iaitu Panthera leo.

Haiwan hidup di banyak jenis tempat. Tempat haiwan hidup dikenali sebagai habitatnya. Setiap jenis habitat menimbulkan cabaran khas kepada haiwan. Terdapat tujuh jenis habitat haiwan yang terdiri daripada pergunungan, padang rumput, hutan beriklim sederhana, hutan tropika, gurun, kawasan kutub, dan lautan. Habitat haiwan juga dikumpulkan mengikut benua tempat ia tinggal seperti Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Australia dan Eropah.

Setiap spesies haiwan memainkan peranan dalam keseimbangan kesemua sistem kehidupan. Kini, semakin banyak bilangan haiwan di seluruh dunia terancam akibat kepupusan. Bumi telah melalui beberapa zaman kepupusan besar-besaran. Ramai ahli sains percaya bahawa dalam zaman kepupusan yang lalu, haiwan pupus kerana sebab-sebab semula jadi tetapi kini aktiviti manusia bertanggungjawab terhadap kemusnahan spesies.

Terdapat tiga pengelasan utama bagi spesies haiwan dalam bahaya kepupusan iaitu pertamanya terancam, kedua mudah terdedah kepada bahaya dan akhirnya ialah nadir. Spesies terancam menghadapi ancaman kepupusan yang paling serius. Ia memerlukan perlindungan manusia secara langsung untuk hidup. Umpamanya ikan Sturgeon yang biasa hidup di perairan di Eropah. Penangkapan spesies yang ikan ini secara berlebihan dan pencemaran persekitarannya telah menyebabkan bilangannya merosot. Pembinaan empangan dan lain-lain kerja air di sungai tempat sturgeon biasa berhijrah untuk bertelur (membiak) juga telah membahayakan ikan ini.

Spesies mudah terancam kepada bahaya kadangkala dirujuk sebagai spesies terancam. Ia banyak terdapat di sesetengah kawasan tetapi bilangannya semakin berkurangan atau menghadapi bahaya yang serius. Contohnya tenggiling raksasa yang mendiami Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Apabila penduduk bertambah, manusia telah memusnahkan banyak habitat tenggiling untuk memberi laluan kepada ladang dan bandar. Di Amerika Selatan tenggiling raksasa diburu sebagai aktiviti sukan.

Manakala spesies nadir pula sama ada mempunyai populasi di kawasan geografi yang sempit atau bertaburan jauh-jauh di seluruh kawasan yang luas. Antara contoh haiwan terancam dalam spesies ini adalah helang harpy yang terbesar dan terkuat yang tinggal bertaburan di selatan Mexico hingga ke timur Bolivia, selatan Brazil dan utara Argentina. Pemusnahan hutan hujan tropika dikenal pasti sebagai ancaman kepada spesies burung pemangsa ini.

KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan di Zoo Negara Kuala Lumpur . Walaupun kebanyakan haiwan yang dikaji di Zoo ini berada dalam habitat yang terkawal , namun saya dapati pihak pengurusan cuba untuk mengekalkan habitat asalnya . Struktur morfologi dan kemandiriannya pada alam sekitar masih dikekalkan untuk membolehkan mereka terus hidup dan berkembang . KAEDAH KAJIAN DIJALANKANKaedah Lawatan Bagi sampel /kajian untuk animalia dijalankan di Zoo Negara . Di kesempatan tersebut dapatlah saya menjalankan kajian secara pemerhatian dan temubual berkaitan dengan ciri-ciri morfologi haiwan-haiwan ini dan bagaimana ia beradaptasi dengan persekitarannya untuk tujuan pembiakan dan pemeliharaan .

Kumpulan Haiwan Invetrabta Haiwan invertebrata pula ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air kerana air boleh membantu menampung berat badannya. Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak bilangannya di bumi ini. Sesetengah invertebrata mempunyai kulit atau cangkerang keras bagi melindungi diri seperti ketam dan kumbang. Sesetengah invertebrata berbadan lembut menggunakan bendalir badannya untuk tujuan sokongan seperti cacing tanah dan lintah. Pada amnya, invertebrata boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu yang berkaki dan yang tidak berkaki. Contoh haiwan invertebrata yang lain ialah belalang, lipas, lipan, siput, obor-obor, rama-rama dan kalajengking.a) Rama rama

i. Pengelasan Saintifik

ii. Ciri ciri morfologi

Ramarama ( bahasa inggeris : moth ) merupakan sejenis serangga dalam pengelasan dan dikelompokkan kepada order Lipidoptera , sama seperti kupu-kupu. Pembahagian sususnan Lipidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular. Namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik. Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah sesunggutnya. Kebanyakkan kupu-kupu mempunyai sesunggut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesunggut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat sementara kupu-kupu sayapnya terlipat di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

iii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Kitaran Hidup Kupu-kupuRamai yang berpendapat bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat. Namun begitu, kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu mahupun hampir setahun bergantung pada spesiesnya. Kebanyakan spesies melalui peringkat larva yang agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk. Kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun. Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih daripada sekali dalam masa setahun. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat peringkat, telur, larva, pupa dan dewasa.

b) Kalajengking

i. Pengelasan Saintifik

ii. Ciri cirri morfologi

Kala jengking ialah haiwan berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa. Terdapat 1752 spesis kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan tiga belas keluarga dikenali sehingga hari ini.

Walaupun kala jengking dikenali sebagai berbisa, hanya 25 spesies mempunyai bisa yang dapat membunuh manusiaKalajengking adalah makhluk kecil yang sangat menakjubkan. Dengan hampir dua ribu spesies yang telah berhasil diidentifikasi dan ditemukan di enam dari tujuh benua, arthropoda ini telah mampu beradaptasi dengan beberapa lingkungan dengan kondisi paling keras di bumi. Terbukti hanya di Antartika saja yang merupakan tempat di bumi di mana anda tidak akan menemukan kalajengkingiii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Salah satu hasil adaptasi yang mereka miliki adalah kemampuan untuk memperlambat tingkat metabolisme mereka. Kalajengking juga memiliki organ yang disebut "hepatopancreas" yang sangat efisien dan memenuhi fungsi setara dengan hati dan pankreas pada manusia. Selain itu, kalajengking juga memiliki kemampuan untuk mengkonsumsi makanan yang cukup banyak untuk ukuran tubuh mereka. Fakta menunjukkan bahwa mereka diketahui dapat makan sampai sepertiga berat tubuh mereka dalam sekali makan.

Hal ini kerana besarnya jumlah makanan yang dikonsumsi, cara tubuh mereka yang sangat efisien dalam menghemat nutrisi, dan kemampuan untuk memperlambat metabolisme mereka, kalajengking diketahui mampu bertahan hingga satu tahun penuh atau selama 12 bulan tanpa makan sedikit pun. Diperkirakan bahawa kalajengking hanya makan paling banyak 5-50 kali per tahun. Seiring dengan kemampuan luar biasa untuk tidak makan selama setahun, beberapa spesies kalajengking juga dapat menahan untuk tidak minum air yang selama dua hari.

Cara kerja metabolisme kalajengking juga memiliki manfaat lain yang tidak dimiliki oleh spesies hewan lainnya. Sementara tingkat metabolisme yang lambat adalah umum pada hewan-hewan yang berhibernasi, hewan-hewan tersebut tidak memiliki kemampuan untuk bangun dari tidur mereka dan mempertahankan diri mereka ketika diserang. Sementara kalajengking tidak dibebani dengan kelemahan ini. Ketika mereka beristirahat dalam tingkat metabolisme yang rendah, mereka masih bisa menyerang dengan cepat jika situasi darurat dan bahaya datang. Hal ini membuat kalajengking dapat bertahan hidup dalam kondisi di mana metabolisme yang lambat mungkin terpaksa harus mereka lakukan.Kumpulan Haiwan VetebrataHaiwan vertebrata adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Vertebrata yang berdarah panas mengekalkan suhu badan mereka pada tahap yang tetap. Vertebrata yang berdarah sejuk mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu di sekeliling. Vertebrata dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang utama iaitu mamalia, amfibia, reptilia, burung dan ikan.

a) Arnabi. Pengelasan Saintifik:

ii. Ciri cirri morfologi

Arnab ( rabbit )atau kelinci ( hare ) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam family Lipoidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus , gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan.serta ekornya yang pedek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.Dalam bahasa Melayu , perkataan arnab berasal dari bahasa Arab.iii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Bermacam-macam jenis arnab tinggal di kawasan padang rumput , hutan , gurun dan tanah lembap mengikut kesesuaian dengan spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab tinggal dalam sarang bawah tanah yang dimasuki melalui lubang, tetapi berbeza pula dengan arnab dalam genus Lepus yang bertempat tinggal di atas tanah dengan kawasan rumput yang rata sebagai sarang. Kebanyakan spesies arnab tinggal secara berkelompok

Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus Lepus. Arnab biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.

Proses penghasilan ovum bermula 10 jam selepas mengawan. Selepas mengawan, arnab betina membuat dan mengalas sarangnya dengan bulu dari gelambir, rusuk dan perutnya. Kelakuan ini juga mendedahkan puting arnab betina untuk membolehkannya menetek anak-anaknya. Dalam kebanyakan spesies, anak arnab lahir buta, dogel, dan tidak berupaya (kecuali spesies-spesies dalam genus Lepus dan Sylvilagus yang anaknya sudah berbulu, boleh membuka mata dan mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan). Keimunan pasif (keimunan yang diperoleh melalui pemindahan antibodi atau limfosit peka daripada haiwan lain) diperoleh oleh anak arnab sebelum lahir melalui pemindahan plasenta. 10 atau 11 hari selepas lahir, anak arnab boleh membuka mata, kemudian ia boleh makan sendiri sekitar usia 14 hari.

Walaupun dogel ketika lahir, namun bulu anak arnab mula tumbuh dalam masa beberapa hari sahaja. Pada umur 5 hingga 6 minggu, bulu anak arnab yang lembut ini diganti dengan bulu pra-dewasa. Sekitar umur 6 hingga 8 bulan, bulu pertengahan ini diganti pula dengan bulu dewasa sepenuhnya, selepas itu arnab bersalin bulu dua kali setahun. Oleh sebab susu arnab sangat berkhasiat, anak arnab hanya perlu ditetek selama beberapa minit, sekali atau dua kali sehari

Jangka hayat arnab adalah kira-kira 912 tahun arnab yang paling panjang usia di dunia mencapai 18 tahun

Arnab meragut dengan sekuat-kuat dan secepat-cepatnya pada separuh jam pertama waktu meragut (biasanya pada lewat petang), diikuti pemakanan yang lebih berpilih pada separuh jam seterusnya. Pada waktu ini, arnab juga mengumuhkan biji-biji tahi yang keras dan tidak dimakan semula. Jika persekitarannya tidak begitu mengancam, arnab boleh berada di luar sarang berjam-jam lamanya, dan sekali-sekala meragut makanan. Ketika di luar sarang, adakalanya arnab memakan semula biji-biji kumuhan lembut yang separa tercerna. Kelakuan ini jarang dapat diperhatikan kerana biji-biji tersebut dimakan semula sebaik sahaja dikumuhkan. Pemakanan semula ini paling biasa berlaku sekejap-sekejap dalam sarang dari pukul 8 pagi hingga 5 petang

b) Burung Kakak Tua

i. Pengelasan Saintifik

Burung Kakaktua adalah sebarang dari 21 spesies burung yang tergolong kepada keluarga Cacatuidae. Bersama dengan keluarga Psittacidae (parrot sebenar), mereka membentuk order PsittaciformesBurung Kakaktua (suku Cacatuidae) adalah jenis burung hias yang memiliki bulu yang indah dengan lengkingan suara yang cukup nyaring.Spesies ini termasuk salah satu burung dengan kecerdasan yang cukup bagus, sehingga sering digunakan untuk acara-acara hiburan di kebun binatang atau tempat hiburan lainnya.Spesies ini hidup pada ketinggian 0-1520 meter dari permukaan laut, biasanyaberkelompok. Kakatua pada umumnya berusia panjang, hingga mencapai 60 tahun dan lebih.ii. Ciri cirri morfologi

a. Bulu : menyeluruh

b. Paruh : lancip

c. Sayap : Pendek meruncing

d. Jari : Terangkat

e. Cakar : Runcing melengkung

f. Kaki : Tipe Bertengger (zygodactyl)

g. Ekor : Pendek

Merupakan burung yang banyak digemari kerana memiliki bulu jambul / mahkota di ubun-ubun kepalanya yang sangat indah. Warna jambulnya warna variasi dan disesuaikan dengan warna tubuh.ii. Ciri SpesifikKakatua atau dalam nama ilmiahnya Cacatua alba adalah burung berukuran sedang, dengan panjang sekitar 46cm, dari genus Cacatua.

Burung ini hampir semua bulunya berwarna putih. Di kepalanya terdapat jambul besar berwarna putih yang dapat ditegakkan. Bulu-bulu terbang dan ekornya berwarna kuning. Burung betina serupa dengan burung jantaniii. Kaitkan struktur luar , fisiologi , tingkahlaku setiap spesies untuk mereka beradaptasi kepada persekitaran untuk kemandirian.

Burung kakatua hidup berpasangan atau berkelompok dalam jumlah kecil. Sangat mencolok ketika terbang dengan kepakan sayap yang cepat dan kuat. diselingi gerakan melayang serta saling berteriak. Burung ini mempunyai kebiasaan berpegang pada dahan atau cabang pohon. Pada musim mengawan burung jantan akan memperlihatkan pada burung betina beberapa gaya seperti meloncat. mengembangkan sayap. mengangkat ekor. dan berjalan di depan betina untuk menarik perhatiannya.

Burung betina bertelur jumlahnya di atas tiga butir. kemudian diletakkan dilubang pohon tempat burung tersebut bersarang. Telur tersebut dierami secara bergantian.antara burung jantan dan burung betinaKESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan , di dapati bahawa haiwan animalia vertebrata membiak dengan bertelur . Ini adalah cara mereka menjaga kemandirian spesies . Haiwan invertebrata pula mengembangkan spesies dengan cara beranak .

Pembiakan merupakan proses hidup yang dijalakan oleh semua organisma hidup untuk mneghasilkan zuriat. Kepentingan pembiakan adalah untuk memastikan spesis tidak pupus dan menurukan maklumat genetik kepada generasi yang baru.Adaptasi ialah proses evolusi yang mana sebuah populasi mampu menyesuaikan dirinya dengan habitatnya. Proses ini berlaku selama turun-temurun lamanya sebagai satu fenomena biologi yang asas. Istilah adaptasi bermaksud sesuatu sifat yang penting khususnya untuk kemandirian organism. Contohnya penyesuaian gigi kuda untuk meragut atau kebolehan kuda untuk berlari pantas untuk menjauhi pemangsa. Adaptasi sedemikian terhasil dalam sesebuah populasi apabila individu yang lebih mampu menyesuaikan diri lebih berkesan pembiakkannya iaitu melalui pemilihan semula jadi.BIBLIOGRAFISRB 3023 . Biodiversiti dan Adaptasi, 2013 , Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim , Perak Darul RidzwanWong Tzyy Woei , The lay Hong , Hasimah binti Azit , Biologi Tingkatan 5 , 1996 , IMS Book Trading Sdn. Bdh . Petaling JayaB.H.Tan , S.I Ng , Biologi Tingkatan SPM , 1996 ,Pustaka Delta Pelajaran Sd.Bhd.Selangor darul Ehan

Mader S.A Biologi : Evolusi , Kepelbagaian dan Persekitaran, 1995 , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adaptasihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Algahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lumut

TUGASAN PROJEK MINI

Kingdom:Plantae

Division:Pteridophyta

Class:Pteridopsida

Order:Polypodiales

Famili:Davalliaceae

Genus:Davallia

Famili :Serangga

Nama Saintifik :Lipidoptre

Nama Tempatan: Rama-rama

Pengenalan Utama: Sayap warna hitam dan oren

Lokasi :Pokok bunga raya

Aktiviti Dan Kelakuan: Menghisap madu dan terbang di atas pokok

Penerangan Tambahan: Melakukan persenyawaan luar

Habitat :Pokok berbunga

Makanan :Madu

Alam: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwan" \o "Haiwan" Haiwan

Filum: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Artropod" \o "Artropod" Artropoda

Kelas: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Araknid" \o "Araknid" Arachnida

Order: Scorpiones

Alam: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwan" \o "Haiwan" Animalia

Filum: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kordata" \o "Kordata" Chordata

Kelas: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mamalia" \o "Mamalia" Mammalia

Order: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagomorpha" \o "Lagomorpha" Lagomorpha

Keluarga: Leporidae

Alam: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwan" \o "Haiwan" Haiwan

Filum: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Chordate" \o "Chordate" Chordata

Kelas: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung" \o "Burung" Burung

Order: HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Psittaciformes" \o "Psittaciformes" Psittaciformes

Keluarga: Cacatuidae

1