tugasan projek

33
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH 1.0 Pengenalan Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid. Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut. 1 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

Upload: nor-mazitah-mahussin

Post on 01-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid.Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut. Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja kursus ini amat membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.

1.1 PentaksiranPentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh.Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

2.0 BANDING BEZA KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAM PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA.PENGUJIANPENGUKURAN/ PENTAKSIRANPENILAIAN

DEFINISIAlat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku.Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar

.Proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai.

TUJUAN

Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

KEGUNAAN

Untuk menempatkan murid-murid dlm kumpulan yg sesuai.Untuk Pengelasan, pensijilan dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan. Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.

BENTUK

Pemerhatian.Ujian lisan.Bertulis.Set ujian bertulis dengan markah dan gred.Jadual.Gred berdasarkan teknik perangkaan.

CARA/PROSES

Persediaan Ujian. Pntadbiran Pemeriksaan..

Proses pengujian. Merekod markah/gred. Proses pengukuran. Proses penganalisisan. Proses interprestasi. Melapor. Tindakan.

PENGUJIANPENGUKURAN/PENTAKSIRANPENILAIAN

MASA

Selepas pembelajaran.

Selepas pembelajaran.Sebelum, semasa, selepas pembelajaran.

LIPUTAN

Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran.

Sesuatu peringkat pembelajaran.

Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum.

KEPUTUSAN

Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.

Menunjukkan pencapaian secara relatif.

Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seorang individu.

3.0 DOMAIN TAKSONOMI BLOOM DAN ANALISIS 10 SOALAN OBJEKTIF MENGIKUT ARAS DOMAIN TAKSONOMI BLOOM.3.1 Taksonomi BloomTAHAPISTILAH

PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Pilih, terangkan,tulis semula.

Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Bezakan, pasti, pilih.

SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritikPilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 1.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

3.2 Analisis 10 Soalan Objektif Mengikut Aras Domain Taksonomi Bloom.

3.2.1 20 Item Ujian Objektif Aneka Pilihan

1. Burung itu ___________ pulang ke sarang selepas mencari makanan. (tahap rendah-pengetahuan)A. Berlari B. Menyusur C. Mengepak D. Terbang

2. Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________ pergi ke perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- pemahaman)A. DiaB. Mereka C. Kamu D. Kami

3. Sikap Rozali yang kedekut menyebabkan dia kehilangan banyak kawan. Pilih perkataan seerti bagi kedekut. (tahap rendah pemahaman)A. BakhilB. CulasC. LiatD. Pemurah

4. Laila sangat taat akan suaminya. Perkataan berlawan bagi taat ialah. (tahap rendah-pemahaman)A. Derhaka.B. Setia.C. Benci.D. Bosan.

5. Nenek Aishah _______________ sebaldi air ke arah kambing yang merosakkan pokok sirehnya. (tahap rendah-pengetahuan)A. MembalingB. MenuangC. MenyiramD. Menyimbah

6. ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam. (tahap rendah- pengetahuan)A. KekelipB. KekuraC. PepatungD. Tetupai

7. Pilih ayat yang betul. (tahap rendah-pengetahuan)I. Beliau melaporkan dari Paris berita itu tentang nahas udara.II. Umur bapa kamu berapakah, Kudin?III. Pembahas pertama pasukan pencadang bijak mematahkan hujah pihak lawan.IV. Pihak polis memberkas dua orang pemuda yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan wang.A. I dan II sahaja.B. III dan IV sahaja.C. I, II dan III sahaja.D. II, III, dan IV.Keputusan peperiksaan Azman semakin meningkat dari sehari kerana dia rajin belajar :

8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas. (tahap sederhana-aplikasi)A. Ada udang di sebalik batu.B. Bagai melepaskan batuk di tangga.C. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.D. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Soalan 9 dan soalan 10.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-aplikasi)9. A. Anak Pak Abu sudah besar.B. Keris panjang alat besar negara.C. Pak Mat sedang besar rumahnya.D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah.

10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu. (tahap sederhana-aplikasi)B. Jangan lalu di kawasan itu.C. Abu lalu bermain dengan kawannya.D. Siti ke dapur lalu menjerang air.

11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. (tahap sederhana-analisis)A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. (tahap sederhana-analisis)A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?

13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. (tahap sederhana- aplikasi)A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.

14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-analisis)I. Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.II. Bangunan yang cabang itu hampir roboh.III. Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.IV. Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.A. I dan II sahaja.B. I dan IV sahaja.C. II dan IV sahaja.D. I, III dan IV sahaja.

Soalan 15 17Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

15. Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas? (tahap tinggi- sintesis)A. Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.B. Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.C. Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.D. Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.

16. Sebagai individu, cadangkan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan pencemaran udara. (tahap tinggi - sintesis)A. Tidak membuang sampah /toksid ke dalam sungai.B. Menggunakan pengangkutan awam.C. Mengenakan tindakan kepada pembalak haram.D. Menguatkuasakan undang-undang

17. Pada pandangan anda, apakah cara mengatasi pencemaran udara yang boleh dilakukan secara individu? (tahap tinggi-penilaian)A. Menggunakan pengangkutan awam.B. Menanam pokok di sekeliling rumah.C. Tinggal di rumahD. Memakai topeng muka

Soalan 18-20Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Felda Veg Oil Prod, Kom Bandar, Sahabat, PS 617-37, 91125 Lahad Datu, Sabah. 3 Mac 2012

Menemui saudara Ignatius Petrus yang berada di Kuching, semoga berada dalam keadaan ceria selalu.Saudara,Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Sebenarnya saya baru sahaja pulang bercuti di kampung ayah saya di Ranau. Sepanjang seminggu di sana, saya telah melawat tempat-tempat yang menarik. Ranau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 110 kilometer dari Kota Kinabalu. Kebanyakan penduduk di sini ialah suku kaum Dusun.Saya berkesempatan melawat Kolam Air Panas Poring. Poring adalah antara destinasi pelancongan yang popular di Ranau. Telaga air panas ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau. Banyak orang mandi di kolam air panas ini kerana mereka percaya bahawa air yang mengandungi sulfur semula jadi itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.Di kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga terdapat Taman Orkid, Taman Rama-rama, dan Taman Tropika Poring. Saya dan ibu berpeluang melawat Taman Orkid. Di Taman Orkid, pokok-pokok orkid ditanam terus pada batang kayu di dalam rumah hijau. Taman Tropika Poring pula merupakan kawasan pemuliharaan lebih daripada 100 spesies burung, orang utan, dan rusa. Taman ini dibina untuk memastikan spesies hidupan liar tersebut tidak diancam kepupusan. Haiwan di sini bebas mencari makanan, tempat tinggal, dan pasangan untuk menambahkan populasi.Saya dan abang juga tidak melepaskan peluang untuk meniti jambatan gantung di taman ini yang panjangnya 600 kaki. Pada mulanya, saya berasa gayat. Lama-kelamaan saya dapat meniti jambatan itu hingga ke hujungnya. Saya turut melawat Gua Kelawar Kipungit.Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita bertemu lagi dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekalian. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,Ryan 18. Mengapakah Ryan terlewat membalas surat Ignatius? (tahap tinggi-sintesis)A. Ryan ketika itu itu berada di Kuching.B. Ryan baru pulang daripada bercuti di Ranau.C. Ryan memang sengaja berlengah untuk membalas surat itu.D. Ryan dan keluarganya pergi bercuti ke Lahad Datu selama seminggu.

19. Apakah kesitimewaan Kolam Air Panas Poring? (tahap tinggi-penilaian)A. Pemandangan di kolam air panas itu sangat indah.B. Air panas di kolam itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.C. Jaraknya yang tidak berapa jauh dari bandar Kota KinabaluD. Kolam air panas itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

20. Rangkai kata kawasan pemuliharaan dalam petikan membawa maksud... (tahap tinggi-sintesis)A. Tempat memberi makan minum secukupnya kepada haiwan liar.B. Tempat hidupan liar tidak diancam oleh para pelawat.C. Tempat merawat hidupan liar supaya sentiasa dalam keadaan sihat.D. Tempat memelihara, menjaga dan melindungi hidupan liar.

4.0 MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU THN 5 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNN0SOALANTAJUK / BIDANGARAS KESUKARAN

123456

1Kata Ganti Nama Diri

2Kata Ganti Nama Diri

3Penjodoh Bilangan

4Kata Perintah

5Kata Sendi Nama

6Kata Adjektif

7Kata Adjektif

8Kata Bilangan

9Kata Bantu

10Kata Kerja

11Soalan Petikan 1

12Soalan Esei 1

13Soalan Esei 2

14Soalan Esei 3

15Soalan Esei 4

16Soalan Esei 5

ARAS KESUKARANMUDAH

SEDERHANA

SUKAR

JUMLAH SOALAN

ARAS TAKSONOMI BLOOM

1 : PENGETAHUAN2. : KEFAHAMAN3. : APLIKASI4. : ANALISIS5. : SINTESIS6. : PENILAIAN

4.0 MEMBINA 10 SOALAN OBJEKTIF, 5 SOALAN KEFAHAMAN DAN 5 SOALAN ESEI MENGGUNAKAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM.

4.1 20 Soalan ObjektifSoalan 1 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1. Ayah membawa______________sekeluarga makan angin ke Pulau Redang.

A. kami B. kalian C. beliau D. kita

2. "Segala titah perintah tuanku akan _________________ laksanakan ," kata Bendahara kepada Sultan Melaka.

A. beta B. saya C. patik D. baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Beberapa _______________ durian itu tidak dapat dimakan kerana isinya sudah masam.

A. sikat B. baris C. pangsa D. bekas

4. ________________buang sampah di kawasan ini,kata Erfan kepada Zul.

A. Sila B. Jangan C.Tolong D.Minta

5. Baka lembu susu itu berasal______________New Zealand.

A.dari B.di C.oleh D.daripada

6. Arif tidak dapat melupakan peristiwa tertelan air laut yang ______________semasa mandi- manda di Pantai Teluk Kemang.

A.pahit B.masin C.payau D.tawar

7. Tabiat adik yang suka tidur selepas balik dari sekolah _________________sukar dielakkan.

A. amat B. sekali C. nian D. paling

8. _____________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi ______________situasi yang memalukan mereka.

A.Setengah setiap B.Sebahagian .satu C.Sesetengah . sesuatu D.Sekalian .beberapa

9. Irfan ________________pernah sampai di Putrajaya. Oleh itu, pada cuti sekolah ini mereka sekeluarga akan ke sana.

A.masih B.belum C.sudah D.telah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Mak Cik Kamariah sedang ________________kelapa dengan alat kukur peninggalan neneknya.

A.meracik B.memesin C.merincih D.mengukur

4.2 Lima Soalan KefahamanBaca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan?Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga.Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh.Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit.31. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?A.kerana ibu akan berleter jika kita tidak makanB. kerana sarapan penting untuk kesihatanC. kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapanD. kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan

32. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?A. kita akan diserang penyakit gastrikB.kita tidak akan bersemangat untuk belajarC.kita akan menghadapi masalah kesihatanD.kita akan dapat menguruskan badan

33. Apakah salah satu punca sakit perut?A. terlalu banyak makan ketika laparB. tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapanC. tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosongD.lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses

34. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.A. menahan lapar kerana ingin berjimatB. tidak ada selera makanC. makan sedikit sebagai alas perutD.berpuasa kerana ingin menguruskan badan

35. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?A. untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjanganB. untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagaiC. untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badanD. untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

4.3 Lima Soalan EseiSoalan 1: Memindahkan MaklumatTulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis KaranganTulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80patah kata.

1Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak kucing yang basah kuyup di tepi jalan.Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa yang berlaku seterusnya.

2Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya daripada anda.Balas surat rakan lama anda itu.

3Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Tulis pendapat anda itu selengkapnya27 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

Soalan 3: Membina UlasanTulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnyajawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Negeri Hang Tuah indah ceria, Pantainya bersih tiada sampah;Bertuah kita rakyat Malaysia,Buminya indah khazanah melimpah.

Turun-temurun, hidup bersatu,Rakyat Malaysia pelbagai kaum; Sukar digugat perpaduan jitu,Pelancong asing berasa kagum.

Spesies haruan, toman, dan keli, Terdapat banyak di Tasik Bera;Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi, Pergiat usaha makmurkan negara.

Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung, Perairannya jernih bagai cermin;Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

Soalan 4: Memindahkan MaklumatTulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 5: Menulis KaranganTulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80patah kata.

1Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajukTinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah.Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

Soalan 6: Membina UlasanTulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnyajawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli- belah.Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya.Nazim kagum akan sikap ayahnya.Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat.Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain.Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan.Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya.Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu.

5.0 REFLEKSIAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan perbezaan konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian serta menganalisis soalan mengikut aras Taksonomi Bloom. Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 10 item soalan objektif, lima soalan kefahaman serta lima soalan esei.Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang.Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan. Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum. Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu dalam menyediakan JSU dan membina item soalan.Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut.Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.

6.0 RUJUKANAbdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai.Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.