nota anatomi

9
6.1 PENGENALAN KEPADA SISTEM RANGKA 6.1.1 JENIS-JENIS SENDI Sendi adlah tempat penemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis), sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis). Jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi: Rajah 2.20 Jenis-jenis sendi

Upload: kizarudean-ace-7808

Post on 23-Jun-2015

913 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA ANATOMI

6.1 PENGENALAN KEPADA SISTEM RANGKA

6.1.1 JENIS-JENIS SENDI

Sendi adlah tempat penemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan

tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi,

sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis),

sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas

(diartrosis).

Jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi:

Rajah 2.20 Jenis-jenis sendi

Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi.

Rajah (a) jenis sendi tanpa gerak (sinatrosis).

Rajah (b) dan (c) jenis sendi gerakan terhad (amfiartrosis)

Rajah (d), (e)dan (f) jenis sendi gerakan bebas (diartrosis)

Page 2: NOTA ANATOMI

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR

Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada

titik pertemuan semakn kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut agak

terbatas atau terhad.

Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan,

semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini

mudah mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan

tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon.

Jadual 2.1 jenis-jenis sendi berdasarkan struktur

Jenis sendi Struktur Contoh

Sendi fibrous

Pada sendi fibrous tulang

bercamtung dengan tisu fibrous

atau kartilej secara tetap. Sendi

ini tidak membenarkan sebarang

pergerakan.

Sendi

cartilangenous

Pada sendi cartilangenous

tulang-tulang disambung dengan

kartilej atau diikat oleh ligament.

Jenis sendi ini hanya

membenarkan pergerakan yang

terhad.

Page 3: NOTA ANATOMI

Sendi sinovial

Sendi synovial diselaputi oleh

membrane synovial yang

merembeskan cecair synovial bagi

melicinkan pergerakan sendi untuk

membantu memelihara sel kartilej

dan mengurangkan kesan geseran

antara dua tulang. Jenis sendi ini

membenarkan pergerakan berlaku

secara bebas antar tulang-tulang.

Rajah 2.21 jenis-jenis sendi sinovial

Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi synovial. Sendi-sendi

tersebut ialah:

a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal)

b) Sendi engsel (sendi siku)

c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna)

d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal da falang)

e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)

Page 4: NOTA ANATOMI

f) Sendi lesung (sendi bahu)

6.1.2 JENIS - JENIS PERGERAKAN

Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakkan iaitu kedudukan biasa dan

kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujud kepada subjek berdiri dalam keadaan

lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan

tapak tangan menghala ke badan seperti yang ditunjukkan gambar foto 2.3 dibawah.

Gambar foto 2.3 kedudukan biasa

Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus da

tegak dengan kedua-dua tapak menghala ke kanan dank ke kiri seperti gambar foto 2.4

di bawah.

Page 5: NOTA ANATOMI

Gambar foto 2.4 kedudukan anatomi

Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan

satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan.

i. Pergerakan linear

Pergerakan linear ialah pergerakan yang belaku secara mendatar ke hadapan

atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sebagai contoh, pergerakan

gelongsor.

ii. Pergerakan Putaran

Pergerakan putaran adlah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek

bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.

Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada

bahagian lengan.

Gambar foto 2.5 Pergerakan-pergerakan putaran.

iii. Pergerakan Bersudut

Pergerakan bersudut merupakan suatu prgerakan yang berkeadaan lurus tetapi

masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari

Page 6: NOTA ANATOMI

satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah

fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan sirkumduksi.

Gambar foto 2.6 Pergerakan-pergerakan bersudut.

iv. Pergerakan Khusus

Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua

sendi sahaja. Antara pergerakan khusus ialah inverse, eversi, depresi, evelasi,

dorsi-fleksi dan plantar-fleksi.

Page 7: NOTA ANATOMI

Gambar foto 2.7 Pergerakan-pergerakan khusus.

6.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM OTOT RANGKA

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai

hasil gabungan system rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk

struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.

Pergerakan dihasilkan oleh pengucupan dan pemanjngan otot. Otot juga menentukan

magnitud pergerakan.