tugasan pend

Upload: sayangeda

Post on 05-Jul-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011

HBSl 2203

PENDIDIKAN KHAS PENGAJARAN MATEMATIK

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

ZURAIDA BINTI RADZI 790818025722002 790818-02-5722 012-5717882 [email protected] EN. AZMI BIN ABU BAKAR PUSAT PEMBELAJARAN KEDAH

ISI KANDUNGAN

BIL 1. PENGENALAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT 1 2

1.1 Ciri-ciri Murid bermasalah dalam Matematik

2.

MASALAH DALAM MEMPELAJARI TAJUK KEMAHIRAN ASAS NOMBOR 2.1 Masalah kognitif dan memori 2.2 Masalah fizikal 2.3 Masalah tumpuan

2

2 2-4 4

3.

STRATEGI BAGI MENANGANI MASALAH MATEMATIK 3.1 Kaedah Eksposisi 3.2 Kaedah Koperatif 3.3 Kaedah automatik dalam fakta-fakta matematik 3.4 Penggunaan Kiosk

5 5-6 6-7 7 7-8

4.

KESIMPULAN

8-9

5.

APENDIK Rujukan Lampiran - Buku kerja 10 11

- BBM

10 Pengenalan Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan harian kita. Sebagai kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga tidak ketinggalan untuk belajar matematik serta mengaplikasi ke dalam kehidupan harian. Namun begitu kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai beberapa kekangan yang mengganggu proses pembelajaran ini. NCTM(2000) melalui Effandi Zamari (2007). Mengatakan bahawa semua murid harus mendapat peluang yang saksama dan cemerlang dalam program matematik yang menyediakan sokongan untuk pembelajaran dan responsif kepada pengetahuan sedia ada, kekuatan intelektual dan minat mereka masing-masing. Goldman et al. (1997) mengatakan bahawa definisi celik matematik kini merangkumi kompetensi yang lebih luas, ini bermakna kanak-kanak khas juga mempunyai potensi diri bagi mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan. Sehubungan dengan ini, satu pemerhatian telah dibuat terhadap seorang murid dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun, 06720 Pendang, Kedah. Nurul Norliana Binti Abd Ghani, berusia 14 tahun, merupakan sampel yang telah dipilih bagi pemerhatian masalah dalam mempelajari tajuk kemahiran asas nombor. Murid amat sukar untuk mengenali simbol tambah, sering kali murid lupa untuk menulis simbol tambah ketika menambah dan menyebabkan penambahan menjadi salah jumlah. Sepanjang pemerhatian yang dijalankan didapati murid ini, mempunyai masalah dari segi mengenali simbol tambah dan masalah mengaplikasikan operasi tambah. Walaupun murid mengenali nombor dan nilai nombor dari 1-10 namun murid gagal untuk mengenali simbol tambah dan juga menambah nombor tersebut. Kegagalan murid mengenal simbol tambah dan menambah nombor menyukarkan murid menggunakan matematik dalam kehidupan harian terutama ketika proses membeli makanan di kantin. Murid amat sukar untuk mengenali simbol tambah, sering kali murid lupa untuk menulis simbol tambah ketika menambah dan menyebabkan penambahan menjadi salah jumlah. Kegagalan murid mengenal simbol tambah menimbulkan satu fenomena yang menyukarkan murid meneruskan pembelajaran kepada simbol tolak, darab dan bahagi. Ini kerana asas matematik adalah tambah sebelum diteruskan

dengan tolak, darab dan bahagi. Masalah ini perlu ditangani dengan strategi yang bersesuaian.1

1.1 Ciri-ciri Murid bermasalah dalam Matematik Apa yang dapat diperhatikan terhadap sampel murid ini di mana murid ini mempunyai perkembangan yang lambat dalam mendapat pelbagai kemahiran matematik selain mempunyai keupayaan yang terhad. Montaque (1993) melaporkan bahawa muridmurid yang berpencapaian rendah menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah-langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Daripada kenyataan ini murid yang dipilih juga mempunyai ketidakupayaan untuk memberikan perhatian terhadap langkah-langkah menyelesaikan masalah serta simbol matematik.

20 Masalah Dalam Mempelajari Tajuk Kemahiran Asas Nombor Masalah utama yang diperhatikan mengganggu murid mengenali simbol tambah ialah sukar memahami makna simbol. Murid sering kali tersalah meletakkan simbol tambah di tempat yang betul. Selain daripada itu, murid juga tidak dapat menambah nombor dengan betul walaupun murid mengenali nombor, ini disebabkan dari ketidakupayaan murid mengenali simbol tambah itu sendiri. Jika seseorang murid tidak mengetahui makna simbol tambah maka murid akan gagal menambah nombor. Bagi murid yang sukar untuk mengingat seperti sampel ini, maka menjadi satu kesukaran baginya untuk mengenal simbol matematik yang memerlukan kecekapan bahasa dan numerasi. Kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai oleh murid agar proses penukaran bahasa kepada simbol atau nombor dapat diingati dan difahami. Kesemua masalah ini mempunyai masalah-masalah tertentu yang menyumbang kepada ketidakupayaan murid. Di antara masalah-masalah tersebut ialah masalah kognitif, memori, fizikal dan juga tumpuan. Setiap masalah ini mempunyai pengaruhnya yang tertentu terhadap murid, ia akan di bincang secara terperinci. Beberapa kelemahan lain yang dapat dilihat pada murid ini ialah tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru. Murid tidak mengingati langkahlangkah algoritma. Menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran. Murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan lebih daripada satu langkah.

2 2.1 Masalah kognitif dan memori

Kognitif merupakan aktiviti otak yang melibatkan pemprosesan maklumat. Menurut Woolfolk(1998) di dalam Shahabudin (2003) pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan. Piaget (1952) menyatakan bahawa tahap perkembangan kognitif manusia mengalami empat peringkat iaitu peringkat deria motor(0-2 tahun), peringkat pra-operasi(27 tahun), peringkat operasi konkrit(7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Jelas di sini murid pendidikan khas mempunyai masalah untuk mengingat, ketidakupayaan otak memproses data kepada ingatan jangka panjang menyebabkan murid gagal mengenal simbol tambah. Sebagai seorang guru, masalah ini perlu di kaji supaya guru dapat mengaplikasikan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian untuk merangsang murid mengingat bagi jangka masa panjang. Selain daripada itu guru perlu mengetahui dua jenis memori iaitu memori semantik dan juga memori episodik di mana memori semantik merupakan memori yang menyimpan pengertian maklumat dan memori episodik merupakan memori yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik murid khas gagal untuk mentransformasikan maklumat yang diterima kepada kod makna dan gagal menyimpan kod tersebut. Memori episodik pula membawa kepada kegagalan murid khas menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami murid pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Mohd Shahrani (2005) menyatakan walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan adalah faktor yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Jelas di sini masalah kognitif dan memori merupakan sumbangan utama kepada ketidakupayaan kanak-kanak khas mengingat simbol-simbol matematik. 2.2 Masalah fizikal Bila seseorang kanak-kanak itu dikategorikan sebagai mengalami kecacatan dalam aspek, kategorinya menjadi label kepada kanak-kanak itu, kesannya pasti mempengaruhi bukan saja rendah diri malah meningkatkan diskriminasi terhadap kanak-kanak ini .Jamila K.A Mohamad (2005). Daripada kenyataan di atas kita boleh garapkan bahawa masalah

3

fizikal juga menghadkan murid belajar dengan selesa. Keadaan murid khas yang mungkin datang daripada kecacatan penglihatan, pendengaran dan juga masalah pembelajaran boleh menyumbang kepada rasa rendah diri, murung, hilang keyakinan diri, sukar memahami, sukar berinteraksi, sukar berkomunikasi serta sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu kesihatan fizikal juga mendorong kepada kemampuan murid belajar. Jika murid sering kali demam dan tidak sihat, maka murid akan ketinggalan kelas dan sering ponteng sekolah akibat kesihatan yang mengganggu murid tersebut. Sepertimana sampel murid ini, murid sering sahaja demam dan kurang sihat menyebabkan murid ini sering tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan murid tersebut sering ketinggalan dalam semua mata pelajaran terutama mata pelajaran matematik yang kita sedia maklum agak kritikal untuk dipelajari.

2.3 Masalah Tumpuan Punca masalah matematik bukan hanya sekadar gagal memahami dan menyelesaikan masalah matematik, tetapi juga berpunca daripada dalam diri murid itu sendiri seperti sikap terhadap matematik, keyakinan diri, dan motivasi. Sikap murid yang kurang minat untuk belajar matematik disebabkan daripada murid itu sendiri, pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, strategi yang digunakan terlalu abstrak yang menyukarkan murid memahami dengan mudah serta keadaan kemahiran matematik sedia ada murid yang kurang. Keadaan murid ini lebih kepada sifat dalam diri murid yang menolak input matematik ke dalam minda mereka disebabkan masalah-masalah tadi. Tiada keyakinan diri dan kebolehan diri memaksa murid menarik diri dari memahami matematik. Mereka tidak yakin pada diri sendiri bahawa mereka juga mempunyai potensi diri untuk belajar. Tahap motivasi diri yang rendah mencerminkan keadaan sebenar diri murid dalam mempelajari sesuatu benda. Galakan atau motivasi yang diperoleh amat penting agar murid dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran matematik. Guru perlu menerapkan motivasi kepada murid agar murid memandang matematik dengan lebih terbuka.

4

10 Strategi Bagi Menangani Masalah Matematik

Terdapat beberapa strategi serta kaedah yang boleh digunakan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Strategi merupakan pendekatan yang umum untuk mengatasi masalah ini. sama ada dari segi strategi pemusatan guru, murid ataupun bahan. Strategi juga mempunyai pecahan kaedah untuk digunakan bagi menangani masalah mengingati simbol di antaranya ialah kaedah eksposisi, koperatif, automatik dalam faktafakta matematik serta pendekatan kiosk. Namun begitu, kaedah apa sekali pun digunakan guru harus ingat bahawa, matematik mempunyai bahasanya yang tersendiri. Oleh itu penekanan yang digunakan haruslah tepat dan jelas agar tidak timbul sebarang masalah pemahaman bahasa dan kecelaruan konsep. Selain daripada itu, sebelum guru menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan guru juga perlu memastikan bahawa murid-murid telah menguasai kemahiran-kemahiran asas tentang sesuatu tajuk yang ingin diajar. Menggunakan bahan-bahan mengajar yang konkrit sebelum ke bahan-bahan pra konkrit dan seterunya abstrak. Memberikan latihan atau kerja rumah hanya selepas guru memastikan murid telah mencapai tahap yang diharapkan serta guru perlu mengaitkan pengajaran secara langsung dengan pengurusan diri murid dengan masyarakat. Begitu juga dengan beberapa perkara atau prinsip-prinsip yang perlu kita titik beratkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di antaranya ialah saiz kelas tidak terlalu besar agar pengajaran dapat dijalankan dengan lebih perhatian kepada murid. Kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan kelas, projek, aktiviti penemuan dan latihan tidak formal, keperluan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, matlamat pengajaran haruslah sesuai, realistik dan boleh dipercayai.1.1 Kaedah Eksposisi

Kaedah ini dijalankan melalui kaedah penerangan, bercerita, tutorial, kuliah atau demonstrasi. Penerangan mengenai konsep, fakta, hukum, prinsip dan teorem-teorem matematik boleh dijalankan oleh guru. Kaedah ini amat sesuai bagi menerangkan tentang fungsi simbol dengan jelas dan perhatian murid akan tertumpu pada penerangan guru. Contohnya guru boleh mengajar simbol tambah. Guru menerangkan bagaimana untuk5

mengenali simbol tambah. Guru menerangkan fungsi, kedudukan dan juga bagaimana untuk menambah nombor. Walaupun kaedah ini menggunakan strategi pendekatan guru, di mana kurang penglibatan murid, namun semua kaedah ini lebih kepada tarikan perhatian murid agar memberikan perhatian dan menimbulkan minat mereka untuk belajar. Kaedah ini boleh diaplikasikan ketika set pengenalan pengajaran dan pembelajaran. Cerita-cerita yang menarik mengenai simbol tambah dan operasi tambah boleh diceritakan dengan menarik. Guru adalah tunggak utama dalam membantu murid memahami atau memperoleh ilmu, jadi guru perlulah pandai menggunakan daya imaginasi untuk bercerita dengan menarik.

1.2 Kaedah Koperatif Menurut Noraini (2005) kaedah pengajaran koperatif telah lama diamalkan oleh negaranegara maju. Meese (2001) menyatakan aktiviti dalam kumpulan juga sesuai bagi muridmurid masalah pembelajaran seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif, ahli-ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab untuk membantu antara satu sama lain. Semua pendapat di atas menandakan pendekatan pengajaran secara koperatif juga sesuai untuk membantu murid memahami simbol tambah. Koperatif itu sendiri membawa maksud berkumpulan, maka jika murid belajar secara kumpulan mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Namun begitu guru tidak seharusnya membiarkan murid begitu sahaja tanpa pengawasan. Guru juga perlu merancang dengan baik aktiviti koperatif, dengan cara ini murid akan lebih minat belajar kerana murid akan berasa seronok belajar bersama kawan. Motivasi juga dapat dipupuk di antara ahli kumpulan contohnya murid yang lebih pandai akan membantu murid yang kurang pandai dalam mengingati simbol tambah ini dapat meningkatkan motivasi diri murid untuk sama-sama belajar. Pastikan dalam satu kumpulan tidak melebihi daripada 4 orang ahli, ini bagi mengelak daripada pertengkaran berlaku serta penumpuan untuk belajar terganggu. Kaedah ini lebih kepada strategi pendekatan murid, bergerak bersama-saman kawan, menyelesaikan masalah bersama-sama lebih membantu murid lebih berkeyakinan dan cepat memahami sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak akan lebih memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran jika ia lebih menggembirakan dan lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama-sama rakan sebaya mereka.6

7

1.3 Kaedah automatik dalam fakta-fakta Matematik Seseorang murid perlu mengingati fakta-fakta atau simbol-simbol matematik bagi memudahkan mereka menggunakannya untuk menyelesaikan masalah matematik. Faktafakta yang diingati dan yang di fahami akan mudah digunakan jika kita mengingatinya. Secara automatik, kaedah ini akan di ingat dengan pantas dan tepat. Kebolehan ini memerlukan pemikiran yang tajam dan dapat mengingat dengan baik. Cara ini memerlukan latihan secara berterusan. Misalnya untuk mengingati simbol tambah murid perlu mengetahui nombor asas terlebih dahulu sebelum menambah sesuatu nombor. Seseorang guru perlu mengetahui sejauh mana murid mempunyai pengetahuan di dalam sesuatu perkara contohnya murid perlu mengetahui nombor asas sebelum meneruskan operasi tambah. Kaedah ini banyak memerlukan perkaitan di antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Tanpa perkaitan ini murid tidak akan dapat menguasai sesuatu pengajaran baru yang dipelajari. Jadi kaedah ini juga bersesuaian untuk guru membantu murid mengenali simbol dan operasi tambah. Ia banyak menggunakan ingatan murid, namun begitu ingatan boleh diasah dengan latih tubi yang berterusan. Guru boleh menggunakan pendekatan menghafal beramai-ramai atau secara individu. Gunakan kad nombor yang jelas untuk membenarkan minda murid mengingati simbol dan gaya pengajaran yang menarik cara menambah serta jelas supaya murid dapat mengingat. Jika perlu ulang pengajaran sehingga murid dapat menguasai atau menghafal dan memahami simbol dan operasi tambah.

1.4 Penggunaan Kiosk Penggunaan Kiosk merupakan satu sistem stesen yang dibina bagi menarik perhatian murid. Sesetengah murid amat menyukai pembelajaran yang berpusatkan bahan. Mereka memerlukan bahan konkrit untuk belajar dan memahaminya dengan sentuhan dan pancainderanya. Oleh sebab itu kiosk yang mempunyai pecahan-pecahan stesen seperti stesen muzik, stesen matematik, stesen bahasa, stesen pengurusan diri serta stesen kemahiran hidup akan dapat menarik minat murid untuk belajar. Semua stesen in dikelaskan dan mempunyai bahan bantu mengajar yang secara konkrit. Melalui penggunaan kiosk ini banyak aktiviti yang menarik dapat dirancang memandangkan murid amat suka melibatkan diri dengan aktiviti terutama yang

menyeronokkan mereka. Dengan cara ini murid boleh belajar dengan muzik, bahasa, pengurusan diri dan juga stesen pengurusan diri. Penggunaan kiosk merupakan salah satu strategi pemusatan bahan, melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang terdapat di setiap kiosk. Pembelajaran yang tidak hanya setempat sahaja akan meningkatkan minat murid untuk belajar. Pengajaran yang merentasi bilik darjah seperti luar bilik darjah juga akan meningkatkan minat murid mengalami pengalaman baru serta menarik. Guru boleh menggunakan kioskkiosk yang ada untuk menarik minat murid belajar matematik. Murid boleh belajar menambah dengan bermain atau berlakon jual beli barang di kiosk seperti kemahiran hidup dan juga kiosk bahasa atau muzik. Pendekatan ini juga mata sesuai untuk membantu murid mengingati dan memahami simbol tambah dan juga operasi tambah.

20 Kesimpulan Mata pelajaran matematik seperti mana yang kita ketahui merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap sukar bukan sahaja kepada murid khas namun ia juga merangkumi murid aliran perdana. Daripada aliran pemerhatian dan juga cadangan yang telah dibuat maka dapat kita simpulkan bahawa mengajar murid khas memerlukan perancangan yang terperinci dan objektif pengajaran yang jelas. Melihat kepada permasalahan yang dihadapi oleh sampel menampakkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kekangan murid mengingat dan memahami simbol serta operasi tambah. Keadaan ini membawa maksud bahawa kanak-kanak khas mempunyai lebih faktor yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Tidak kira apa yang mereka lakukan masalah sampingan yang membelenggu murid pasti ada contohnya dari segi fizikal iaitu kesihatan fizikal mereka, kegagalan kognitif memproses maklumat serta kegagalan penumpuan kepada matematik. Sering kali kita dengar guru merungut atau memarahi murid yang tidak dapat menguasai konsep matematik atau fakta matematik. Sebenarnya guru perlu melihat masalah sebagai satu cabaran untuk membantu murid menguasai matematik. Guru perlu menganalisis latar belakang murid untuk mengenal pasti punca masalah mereka sebelum merancang strategi atau pendekatan yang perlu diambil bagi membantu pelajar.8

Dengan pengetahuan yang ada mengenai strategi pengajaran dan pemulihan, guru boleh merancang penggunaan strategi yang paling sesuai dipraktikkan kepada murid. Strategi dilihat sebagai salah satu panduan guru untuk mengajar murid, menyusun pengajaran dan pembelajaran agar lebih sistematik. Apa yang paling penting guru akan lebih fokus jika mempunyai strategi yang bersesuaian untuk digunakan. Jika guru mengetahui strategi yang perlu digunakan maka guru akan merancang dengan teliti setiap langkah dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya dapat kita simpulkan bahawa guru merupakan enjin atau nadi kepada murid dalam proses mengenali dan memahami matematik. Tanpa guru yang berwibawa, masalah murid tidak akan dapat diatasi. Namun begitu, guru juga memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk mengenal pasti masalah murid. Selain daripada itu guru perlu mempunyai pengetahuan dan mengetahui strategi-strategi yang bersesuaian untuk diaplikasikan kepada murid. Dengan ini sama-sama kita bekerjasama dalam membantu murid menguasai matematik dan seterunya dapat mengaplikasi matematik dalam kehidupan mereka, ini adalah tujuan kita mengajar kanak-kanak khas tidak kira apa mata pelajaran sekali pun, objektifnya perlulah membantu murid menggunakannya untuk diri mereka ketika berada bersama masyarakat kelak.

( 1,507 patah perkataan )

Rujukan9

Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur.Utusan Publishing Sdn. Bhd.

Jamila K.A. Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Profesional Sdn. Bhd. Mohd Sharani Ahmad.(2004). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Profesional Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Khas. (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon Sang. (1995) Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malayisa. (2007). Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas: Jilid 2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://sklul.tripod.com/pemulihan

10

LAMPIRAN

11