kkp pim3123 pend. akidah.docx

29
KKP PIM 3123 PENGAJIAN AKIDAH 2014 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. PENDAHULUAN Akidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq (membenarkan). Tasdiq berlaku melalui i’tiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan, segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dari sisi Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ‘Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk.’ (riwayat Muslim). Jelaslah akidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini. Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Don (2007) berpendapat bahawa hala tuju pendidikan Malaysia cukup baik. Ini terbukti dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum ini menekankan pemikiran yang sihat, emosi yang stabil dan kepelbagaian kemahiran. Matlamat Pendidikan Akidah di sekolah rendah ialah :”Supaya pelajar dapat memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng agama.’ Manakala matlamat pendidikan 1

Upload: racik

Post on 03-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KKP PIM 3123 PENGAJIAN AKIDAH

KKP PIM 3123 PENGAJIAN AKIDAH2014

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.PENDAHULUANAkidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq (membenarkan). Tasdiq berlaku melalui itiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan, segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dari sisi Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk. (riwayat Muslim). Jelaslah akidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini.Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Don (2007) berpendapat bahawa hala tuju pendidikan Malaysia cukup baik. Ini terbukti dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum ini menekankan pemikiran yang sihat, emosi yang stabil dan kepelbagaian kemahiran. Matlamat Pendidikan Akidah di sekolah rendah ialah :Supaya pelajar dapat memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng agama. Manakala matlamat pendidikan akidah di peringkat sekolah menengah pula ialah :Untuk memantapkan pegangan akidah pelajar serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keimanan Namun bagaimana dari sudut perlaksanaannya. Dan kenapa masih berleluasa kerosakan akidah, maksiat dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Ini memerlukan satu kajian tentang masalah yang dalam perancangan atau perlaksanaan serta cara mengatasinya. Islam adalah agama sejagat yang bersifat Salihun li Kulli Zaman wa Makan yakni sesuai untuk setiap masa dan tempat, lagi diutuskan buat sekalian manusia. Untuk itu, beberapa ketentuan umum yang wajib diketahui oleh setiap individu Muslim telah disampaikan secara jelas oleh baginda Rasulullah SAW dan diantara ketentuanketentuan tersebut adalah akidah. Akidah adalah asas utama bagi binaan Islam, seperti pengakuan Islamnya seseorang itu yang dimulakan dengan pengakuan dua kalimah syahadah, tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah SWT dan Muhammad SAW adalah rasul-Nya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji (al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, jld 1, h. 9-10, 8).Apabila mengesakan atau mentauhidkan Allah SWT yang merupakan sebahagian daripada akidah, telah disabdakan oleh baginda SAW terlebih dahulu daripada segala amalan-amalan lain dalam Rukun Islam. Maka, akidah telah menjadi dasar yang utama dalam Islam. Walaupun begitu, keyakinan akidah tidak terbentuk dengan mudah kerana ia adalah sesuatu yang mantap dilubuk hati yang memerlukan kejelasan fikiran yang dikukuhkan dengan dalil-dalil naqliyyah dan akliyah sehingga menghilangkan sebarang keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketenangan. Justeru itu, pendidikan akidah perlu didasari dengan kefahaman jelas yang dapat menguasai emosi, perasaan dan jiwa (wujdan) tanpa sebarang syak dan keraguan ( Ahmad Rejab, 2001)

ANALISIS ISU-ISU AKIDAH YANG MENGGAGALKAN USAHA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERIMANPemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, strategi gerakan transformasi dakwah akan berkesan melalui tenaga penggerak yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang berilmu dan terlatih. "Umat Islam kini terdedah dengan cabaran ujian kekuatan akidah iaitu dengan pelbagai fahaman, ideologi moden seperti pluralisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi dengan mudah terutamanya pelajar sekolah."Dalam kemajuan era globalisasi, negara kita digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam bahkan dihimpit juga dengan budaya songsang,black metal,punk, gejala gay, lesbian, pondan, mat rempit, seks bebas, penyalahgunaan dadah, penagihan arak serta sukan judi," katanya.Menurut Rais, peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin luas dan mencabar terutamanya dalam soal penyelewengan akidah di kalangan para pelajar serta gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat serta ia merupakan satu cabaran yang hebat terhadap semua pihak di negara ini khususnya guru-guru. "Guru-guru harus bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai kegiatan dan cabaran dakyah pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan akidah atau moral dengan menyebarkan dakyah secara halus kepada murid-murid dan pelajar sekolah," tegasnya.GPI bertanggungjawab memberi ajaran agama yang sebenar dengan merujuk fakta-fakta rasmi dan bertepatan serta mewujudkan kumpulan pelajar yang dibekalkan pengetahuan dan bimbingan dakwah agar mereka berperanan membantu penghayatan Islam di sekolah di samping berperanan sensitif terhadap dakyah agama asing di kalangan pihak-pihak tertentu. Ia sejajar dengan suruhan Allah dalam surah at-Tahrim ayat enam. Maksudnya :Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.BLACK METALDalam pada itu, khususnya semasa bulan Jun sehingga September tahun 2001, umat Islam di Malaysia telah dikejutkan dengan isu Black Metal. Segolongan manusia dikatakan telah merekrut keahlian di kalangan pemuda-pemuda Melayu-Islam bagi menyemarakkan pemujaan syaitan dan faham anti-agama sehingga sanggup memijak mushaf al-Quran di dalam upacara pemujaan mereka (Tuan Mohd Asri Tuan Hussein, 2001). Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pula berkata bahawa sekarang ini telah sampailah masanya bagi masyarakat Islam keseluruhannya berusaha mencari jalan untuk mencerminkan diri sendiri dan mencuba untuk memperbaiki mana-mana yang salah dan memperkemaskan mana-mana yang longgar di dalam diri masing-masing (Ismail Ibrahim, 2001).Sekitar tahun 2000-an negara pernah dikejutkan dengan pendedahan oleh media masa tentang segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang terlalu taksub apabila mereka melakukan perbuatan seperti memijak Al Quran. Jelas sekali perbuatan mereka ini menghina agama dan memesongkan aqidah. Kumpulan kecil Black Metal yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan. Pemesongan aqidah turut berlaku dalam kumpulan kecil yang menggelarkan diri mereka kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Kandungan ajaran JIT juga mirip kepada Black Metal - menghina kitab suci al-Quran yang menjadi amalan asas kepada setiap ahli yang menyertai kumpulan itu. (Wardah binti Abdul Rahman, 2001)Black Metal adalah satu gejala yang sedang merebak dalam masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan remaja di beberapa buah negeri di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Gejala ini ada kaitan dengan pengaruh internet, filem, muzik dan sebagainya merupakan anasir-anasir yang memberi makanan jiwa dan menusuk masuk ke dalam hati nurani mereka sehingga dapat dihayati dengan sepenuhnya.Hal ini menjadi lebih hebat lagi dengan gejala lain yang menyertai muzik dan tarian tersebut iaitu pemujaan syaitan, penolakan agama, memenuhi segala pemikiran dan fantasi dengan segala unsur negetif dan pesif, mati kubur, mayat dan sebagainya yang menjadi amalan iblis dan syaitan.Menurut satu risalah yang disebarkan, kumpulan Black Metal ini mewajibkan setiap dari pengikutnya melupakan rukun Islam yang lima perkara, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan. Sebaliknya mereka mestilah berpegang kepada lima rukun baru yang mengatakan menyembah Allah itu adalah karut marut.Tidak cukup dengan muzik, pemuzik dan pengikutnya dikehendaki mengisytiharkan diri murtad, melakukan ritual memuja syaitan, membakar kitab suci al-Quran dan memberontak terhadap sistem kemanusiaan dan perundangan.MURTADGejalamurtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja.Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja.Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan.Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan, dalam ruangannya Cuit pada 7 Ogos 2011 berkata gerakan kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini tetapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus. Mereka juga membuka kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Bukan kelas-kelas biasa, tapi bertujuan menerapkan agama mereka.Baru-baru ini, sebuah pusat tuisyen percuma di Jalan Kuchai Lama didakwa cuba memesongkan akidah murid Melayu terutama daripada keluarga miskin dan setinggan sejak lapan tahun lalu. Anak-anak kecil diajar menyanyi lagu memuji Jesus Christ oleh sekumpulan muda mudi bukan Melayu. Antara lagu-lagu yang diajar termasukYes, I Know Jesus Loves MedanHari Ini Ku Rasa Bahagiayang memuji Christ sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.Seorang tukang cuci, Rosiati Mohd Repha, 41, ibu kepada dua anak berumur tujuh dan 12 tahun belajar di pusat tuisyen itu, tidak sangka guru-guru di situ cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus. Beliau menghantar anak-anak ke sana kerana tiada yuran dikenakan. Kerap anak-anak saya bawa balik hadiah kerana menang pertandingan menyanyi, katanya, sambil mendapati anak-anaknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja yang bertulis ABC dan lukisan yang tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam. Bekas Pengerusi Rukun Tetangga kawasan tersebut, Rosiah Ibrahim, 52, berkata pusat tiusyen itu mengajar pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ. Kuiz mengenai agama Kristian sering diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang.Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya. Ujar beliau lagi, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama.Perkara ini diakui Hanizam, yang pernah belajar di sekolah Methodist. Dalam sebuah rencananya di Berita Harian tahun lalu, beliau menulis: Berlambak e-mel yang saya dapat, menghebahkan cerita wujudnya kumpulan yang semakin melebarkan pengaruhnya dalam usaha memurtadkan orang Melayu-Islam di Malaysia. Kata e-mel itu, waspada kalangan pemuda, pemudi yang nampak seragam baju putih, seluar hitam. Mereka memang baik dan sering mempamerkan sikap mengambil tahu mengenai kebajikan sasaran mereka. Beliau memberi contoh seorang pelajar sekolah agama di Lembah Kelang yang lengkap berpurdah, bijak berhujah dan bersolat lima kali sehari tetapi di lehernya tersangkut rantai salib. Akhirnya, pelajar itu terpaksa menjalani kaunseling.BATU PAHAT 12 Mei- Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Batu Pahat digesa mendirikan rumah perlindungan sementara bagi membantu wanita bermasalah termasuk mereka yang cuba keluar daripada agama Islam. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah murtad di kalangan wanita di daerah ini agak serius dan memerlukan pendekatan bijak untuk menanganinya. Menurutnya, beliau sendiri terkejut apabila menerima laporan daripada polis dan Pejabat Agama mengenai jumlah wanita Islam di daerah itu yang memohon untuk murtad.Bagi sebuah negara sekular, gejala murtad bukanlah soal penting. Ia 'tidak setaraf' isu ekonomi kerana hidup-matinya negara sekular seperti Malaysia adalah berdasarkan manfaat. Murtad tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada negara, lantas ia diabaikan, atau kalau diperhatikan pun, hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ini kerana gejala murtad bukan untuk dirawat tetapi dibanteras, hakikat yang layak bagi orang-orang yang murtad dan tidak mahu bertaubat adalah kematian. Islam menetapkan bahawa negara perlu menghukum orang-orang murtad dengan hukuman bunuh sekiranya mereka enggan bertaubat. Murtad merupakan penghinaan kepada Allah dan Islam, maka selayaknya mereka dibunuh. Hukuman bunuh adalah satu daripada bentuk pencegahan spiritual yang yang bersumber Al-Quran dan Hadis, justeru hukuman tersebut adalah dari pencipta manusia yang maha mengetahui segala perkara. Jika dilihat, mereka yang murtad inilah yang akan memesongkan akidah umat Islam lain dengan cara yang paling licik, jadi jelas bahawa orang yang murtad adalah lebih berbahaya dari orang kafir sendiri. Namun sebelum hukuman boleh dijalankan, harus ada usaha pencegahan. Dan ini hanya boleh dilakukan melalui sebuah negara Islam yang menerap, memelihara dan mengembang aqidah dan syariah Islam secara total. Negara itu adalah Khilafah, bukan negara sekular. BUDAYA HEDONISME SERTA PENGARUH MEDIA MASSA

Menurut Kamus Dewan (1994) Hedonisme menurut ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Sudarsono dalam Mohd Ghazali Mhmd Nor (2007) dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Merujuk kepada defenisi diatas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi pemikiran. Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah. Budaya hedonisma (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja dan belia. Pemikiran dan tindakan mereka akan dipengaruhi dan hasilnya, lahirlah golongan yang hidup seakan bertuhankan dunia dan nafsu. Program-program berbentuk ilmiah dan akademik kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, program-program sukan, permainan dan hiburan menjadi pilihan. Lihat sahaja perbezaan bilangan dan golongan penonton yang hadir untuk rancangan Akademi Al-Quran berbanding rancangan hiburan Geng Starz. Situasi ini pernah dikupas dalam majalah Mastika.Kerosakan aqidah kian meruncing dengan pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali menyogok unsur hiburan yang melampau. Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning. Rancangan hiburan sudah menjadi tarikan utama untuk menarik lebih ramai penonton.PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMANImplikasi terbesar yang terkesan akibat kerosakan aqidah ialah terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya. Menurut Haji Abdul Hadi Awang, perkara ini boleh berlaku melalui cara-cara berikut:1.Mengingkari sifat Rububiyyah atau mencelanya. Al-Quran telah menjelaskan tauhid Rubbiyyah dalam empat perkara iaitu segala bentuk pujian hanya layak ditujukan kepada Allah, pernyembahan termasuk segala bentuk ibadah yang dikerjakan hanya untuk Allah, iman dan keyakinan serta berserah sepenuhnya hanya kepada Allah dan Dialah satu-satunya yang mempunyai sifat-sifat Agung dan Asmaul Husna.2.Mengingkari atau mencela AsmaAllah dan sifat-sifatNya. Terdapat dua cara mengkafirkan sifat Allah dan AsmaNya iaitu kafir nafi dan kafir ithbat. Kufur nafi ialah menafikan sifat-sifat Allah seperti menafikan ilmuNya, qudratNya atau sifat-sifat lain yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kafir ithbat ialah menetapkan pelbagai sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah sedangkan Allah s.w.t dan RasulNya telah menafikan sifat itu. Contohnya menyatakan Allah s.w.t mempunyai anak, isteri atau sekutu dan sebagainya.3.Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah adalah iktikad secara putus bahawa Allah s.w.t adalah Ilahul Haqq(yang berhak disembah) dan tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu, tauhid Uluhiyyah jelas ditegakkan di atas prinsip ibadat secara ikhlas kepada Allah satu-satunya , baik dalam batinnya mahupun dalam lahirnya, dan tidak menjadikan sesuatu ibadat untuk tujuan selain Allah s.w.t.4.Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w. atau kerasulannya. Maksudnya di sini ialah perkataan atau perbuatan itiqad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul s.a.w. dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti syurga, neraka dan perkara-perkara ghaib yang lain. Selain itu, Al-Quran juga tidak boleh diingkari kerana Al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dari sisi Allah s.w.t.PUNCA KEPINCANGAN AQIDAH DALAM KALANGAN REMAJA/BELIASistem pendidikan yang tidak memberi kesan kepada jiwa. Sekularisma dalam sistem pendidikan di Malaysia merupakan perkara yang kurang disedari oleh semua. Pada masa sekarang, pendidikan berunsur ilmu logik seperti sains amat ditekankan dan penguasaan pelajar ke atas subjek tersebut boleh dibanggakan tetapi apakah kayu pengukur sebenar yang digunapakai untuk menilai tahap pemahaman pelajar? Tidak ada gunanya jika ilmu dinilai hanya pada sekeping kertas peperiksaan atau sekeping surat tawaran bekerja dalam bidang yang dipelajari dahulu tetapi penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian tidak ada. Sepatutnya, ilmu yang dipelajari merupakan mangkin untuk mengenal Pencipta yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ilmu dipelajari untuk kepuasan fizikal dan bukannya jiwa. Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Telah Disekularkan? Sistem keluarga Islam tidak dipraktikkan. Sedar ataupun tidak, budaya barat semakin diserap masuk ke dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Trend menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita sedangkan wajarkah kita memperlakukan mereka yang melahirkan dan membesarkan kita sedemikian rupa?. Lebih menyayat hati terdapat kes ibu membunuh anaknya sendiri dan tidak kurang hebatnya apabila ada anak yang membunuh ibu bapanya sendiri. Ke manakah pergi nilai-nilai kekeluargaan serta pengamalan nilai murni dalam institusi keluarga tersebut?. Sekiranya sistem keluarga Islam dipraktikkan, kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat disuntik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Maka lahirlah individu cemerlang dari institusi kekeluargaan Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan mempercayai antara satu sama lain.Pengaruh media massa . Kerosakan aqidah kian meruncing dengan pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali menyogok unsur hiburan yang melampau. Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning. Rancangan hiburan sudah menjadi tarikan utama untuk menarik lebih ramai penonton.Makanan yang membinasakan aqidah. Makanan yang halal dan baik(halalan thoiyyiba) boleh memberi kesan kepada jasmani dan rohani seseorang. Selain itu, keberkatan dalam pemakanan akan menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal manakala dari sudut ruhaniahnya, pemikiran, jiwa dan akhlak yang sepadan dengan fizikal akan terbina. Produk makanan yang tidak baik boleh melemahkan umat Islam secara umumnya kerana proses penghasilan tidak mengikut piawaian Islam. Hasilnya, wujudlah golongan yang cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar dididik.Wardah binti Abdul Rahman, (Sarjana Muda Sains Gunaan (Agrobiologi), USM)

CARA-CARA MENGATASI DAN LANGKAH PENYELESAIAN1. Seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam, tidak sepertimana yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini. Al-Quran seharusnya dijadikan sumber rujukan utama kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya. Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat.2. Menanamkan aqidah dalam diri anak-anak. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. adalah tugas utama manusia di muka bumi ini. Bagi memahami peri-pentingnya tugas ini, konsep akidah harus disemai sejak dari kecil lagi. Mungkin ada yang bertanya pada usia berapakah anak sesuai diajari ilmu aqidah atau ketuhanan. Menurut Drs. Syahrin Nasution, sejak anak itu pandai bercakap(lebih kurang umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah seperti berikut: Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat kerja-kerja lain. Alhamdulillah - selesai makan atau minum. Astagfirullah - ketika terlanjur membuat kesalahan.Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa mengkagumkan. InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain. Subhanallah - ketika melihat keindahan alam.3. Menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung. Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu akidah. Misalnya: setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t., apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat,semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi. Sedikit kesempatan yang ada di rumah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan pendidikan secara tidak langsung ini. Semoga amalan akidah yang disuburkan di rumah dan dalam didikan keluarga yang kecil boleh memandu anak-anak ini hingga mereka dewasa.4. Kerajaan juga perlu mengadakan program penerangan menyeluruh agar masyarakat berbilang kaum dan agama dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi menghapus prasangka dan kekeliruan terhadap Islam. Kerajaan juga perlu mengawal kegiatan media berkaitan penyiaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan undang-undang yang ada.5. Menurut Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses P&P pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik. Isu-isu ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak yang terlibat bagi menghasilkan prospek yang lebih cemerlang kepada pengajaran pendidikan Islam.6. Al-Attas (1985) berpendapat, pendidikan akidah adalah satu proses berterusan dalam hidup manusia di muka bumi dan menjadi tanggungjawab kepada semua ahli masyarakat. Objektif pendidikan dalam Islam ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan seimbang, iaitu manusia yang adil kepada diri dengan membina keyakinan dan keimanan yang teguh kepada Allah s.w.t. yang merupakan satu-satunya realiti yang mutlak. Pendidikan yang sebenar ialah integrasi daripada pelatihan fizikal dan pendisiplinan bahagian kerohanian manusia kearah mencapai nilai kebahagiaan kerohanian yang merupakan kebahagiaan yang tertinggi dan bersifat abadi.7. Manakala Mohamad Fauzi (2002) menyatakan bahwa pendidikan akidah perlu diterapkan dalam perancangan pembangunan ummah agar dapat melahirkan masyarakat madani yang akan melandaskan keseluruhan kegiatan hidupnya berasaskan paradigma tauhid, dan ia menyenaraikan beberapa kepentingan akidah dalam pendidikan iaitu: Menyuburkan nilai-nilai positif dalam diri mereka seperti berfikiran matang, tenang, kritis dan saintifik dan Meransang dan memotivasikan muslim melakukan amalan baik dan mulia dalam hidupnya kerana imam dan akidah bukanlah pegangan pasif. 8. Membimbing anak supaya beriman kepada Allah s.w.t dengan cara mengenalkan mereka terhadap kekuasaan Allah s.w.t. dan dengan cara pemerhatian kepada ciptaan langit dan bumi yang luar biasa. 9. Menanam rasa khusyuk, takwa dan perhambaan kepada Allah s.w.t. dalam diri anak dengan memerhati kekuasaan Allah s.w.t di seluruh peosok alam raya meliputi segala sesuatu.10. Mendidik anak dengan perasaan ingat kepada Allah s.w.t. dalam segala aspek gerak-geri dan semua aspek kehidupan mereka sama ada semasa bekerja, berfikir dan sebagainya.Walaupun pendidikan akidah hanya ditemui dalam pendidikan tauhid dalam P&P pendidikan Islam, namun seharusnya seorang guru harus mampu mengaitkan pembelajaran akidah ini agar berkait dengan bidang-bidang kehidupan lainnya, seperti pembangunan ekonomi, sosial, politik dan budaya, hal ini bertujuan agar pelajar mampu melihat nilai-nilai pendidikan ini dalam realiti sehariannya.11. P&P akidah pendidikan Islam tumpuan yang perlu diberi penekanan adalah proses penyampaian, pengamalan dan penghayatan kearah membina sahsiah pelajar dan menanam benih keimanan yang teguh dan mantap dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran isu-isu semasa dan yang akan datang, baik cabaran pihak dalaman mahupun luaran.12. HIMPUN menuntut Kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selaras ini, dicadangkan agar proses penyeragaman undang-undang syariah antara negeri dilaksanakan segera bermula dengan mewujudkan sistem pengurusan Hisbah.13. Mengikut jumhur ulama, kesalahan murtad boleh dikategorikan dalam kesalahan hudud yang terdapat dalam sistem perundangan Islam. Kesalahan hudud bererti kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman hudud. Secara asalnya, hukuman yang dijatuhkan kepada orang yang murtad ialah dibunuh. Ini berdasarkan kepada hujah dan dalil hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, sesiapa yang menukar agamanya ( murtad ) maka bunuhlah dia. (Ann Wan Seng. 2009 : 71 )

KEM IBADAH TAHUN 6 /2014 PENDAHULUAN Dalam mengejar arus pembangunan dalam era globalisasi, masyarakat sering lupa dan lalai tentang tanggungjawab masing-masing. Lantaran itu pelbagai masalah sosial berlaku. Justeru itu satu program yang mantap perlu dilaksanakan bagi menyediakan murid-murid menghadapi situasi tersebut.MATLAMAT Memberi pengalaman hidup berdikari kepada peserta. Membangkitkan kesedaran peserta sebagai hamba Allah, anak,murid dan warganegara. Membentuk murid-murid berdisiplin dan berkualiti dalam bidang akademik dan sahsiah. Membentuk jati diri seorang muslim yang unggul.OBJEKTIFSetelah mengikuti perkhemahan ini diharapkan peserta dapat:1. Memantapkan pengetahuan dan amalan Fardhu Ain terutamanya solat Fardhu.2. Memupuk tatasusila dalam diri pelajar dan mematuhinya sepanjang masa.3. Menyemarakkan ukhwah dikalangan murid dan guru.4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng agama Islam.5. Memupuk keyakinan diri untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran khususnya UPSR.6. Membentuk murid yang berilmu, beriman, beramal dan beristiqamah.

JANGKAMASA :2 hari 1 malam(Jumaat dan Sabtu)

TARIKH PELAKSANAAN : 15-16 OGOS 2014KUMPULAN SASARAN : Semua murid Tahun 6 (56 orang)

JAWATANKUASA PENGELOLA KEM IBADAH 2014Penasihat : Tuan Haji Samidi b. Sulaiman (Guru Besar)Pengerusi : Puan Zuraini bt Yusof (GPK HEM)Naib Pengerusi : Encik Rusli b. Abas (GPK Ko-kurikulum)Puan Rokiah bt Mohamad (GPK Pentadbiran)Setiausaha : Encik Amiza b Mohamed ZahelanBendahari : Puan Zakiah bt ZakariaPendaftaran : Pn. Afzan bt Md ZinPuan Sabariah bt Abd MananKem Komandan : Encik Fuad b Ashri Encik Mohammed Nazeri b MusaUrusetia : Puan Zakiah bt Zakaria Pn. Afzan bt Md Zin Siaraya : Encik Hanif b Mohamed ZahelanPersiapan Dewan : Encik Nasyaruddin b IsmailJuru Gambar : Encik Sulaiman b AhmadSurau : Encik Amiza b Mohamed Zahelan Us. Mohd. Ridzuan Bin Ibrahim Us. Mohd. Ezani Bin Shapiai @ ShafieKeselamatan & Kecemasan : Pengawal Keselamatan dan Rela Penyediaan tempat Penginapan : Semua Pelajar Lelaki & Perempuan Tahun 6 Penyediaan Bahan Aktiviti Halaqah : Ustazah Harirah bt Harun& Pamplet : Ustazah Zaiton bt MusaAJK Makanan : Puan Rahimi bt Musa.Penyediaan Makan Malam : En. Awang Abdullah Sani b Ahmad serta semua guru SKKD.Disiplin: En. Mohd Rohimi Bin Jusoh : Pn. Norbaizura Bt Abu BakarHadiah : Puan Naduwa bt JaafarPenyediaan Sijil Murid Dan Fasilitator : En. Mohd Razali Bin Mohd Kadari En. Khairul Azhar Bin Abd LatifPenceramah : Pn. Liza bt Ari.Fasilitator :1. En. Bukhari bin Hamzah2. En. Mohd. Izrul b. Mat Taib3. En. Mohd. Khairuddin bin Zulkifli4. Nurul Husni bt Md Pison5. Nur Syafira bt Mohd. Taib6. Nur Syafiqah bt Mohammad Perhubungan dan Seranta : Tn. Hj. Abdul Manap b. Abd. Manan

TENTATIF PROGRAM JUMAAT (15.08.2013)SABTU(16.08.2013)

2.30 pm-Pendaftaran&Taklimat-Penyediaan tempat penginapan-Tindakan : Urusetia

3.00pm-Slot 1 (Pra Remaja Muslim 1)-Pengacara Majlis : Pn. Nurul Husni bt Md Pison-Penceramah : Pn. Liza bt Ari. 4.30pm-Minum petang dan solat Asar-Tindakan : Us. Amiza b Mohamed Zahelan

5:30pm-Slot 2 ( usrah )-Tajuk : MakrifatulLah (Ilmu Mengenal Allah)-Tindakan : Semua Fasilitator

6.30pm-Persiapan diri ( Kem Komanden)-Makan malam-Tindakan : AJK Makanan dan Masakan - (gotong-royong menyediakan masakan oleh semua guru dan kakitangan ).

7.15pm-Solat Maghrib (Us. Mohd. Ridzuan Bin Ibrahim)-Taklimat Qiamullail- Tindakan :Us. Mohd. Ezani Bin Shapiai @ Shafie

8.30pm-Solat Isyak (Us. Amiza b Mohamed Zahelan )

9.00pm-slot 3 (usrah )- Tajuk : Pra Remaja Muslim 2- Tindakan : Semua Fasilitator

10.30pm-Minum malam-Tidur- Tindakan : AJK Makanan : Kem Komanden3.30am-Persediaan Qiyamul Lail- Tindakan : Kem Komanden

4.00am-Qiamul Lail -(Us. Mohd. Ezani Bin Shapiai @ Shafie)-Solat Subuh & Kuliah-(Us. Mohd. Ridzuan Bin Ibrahim)

7.00am-Senaman -Tindakan : En. Khairul Azhar Bin Abd Latif. 7.30am-Sarapan-Persiapan diri- Tindakan : AJK Makanan : Kem Komanden

8.00am- Gotong royong Mengemas tempat penginapan- Tindakan : Kem Komanden AJK Penginapan

8:45am-slot 4 ( usrah )-Tajuk :(teori dan amali mandi wajib)-Tidakan : Semua Fasilitator

10:15am-kudapan ( AJK Makanan )

10:35-refleksi ( semua GPI dan Fasilitator )

11:30am-majlis penutup-Pengacara : Pn. Afzan bt Md Zin

12:30-makan tengahari (AJK Makanan)

1:30-solat zuhor (Us. Amiza b Mohamed Zahelan)-Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAANPERKARAANGGARAN PERBELANJAANJUMLAH

1.Makan minum Murid -Minum petang -Makan malam -Minum malam -sarapan pagi -kudapan -makan tengahari

56xRM2.0056xRM5.0056xRM2.0056xRM2.0056xRM2.00 56xRM5.00

RM 112.00RM280.00RM112.00RM 112.00RM 112.00 RM 280.00 Total: RM1008.00

2. Bayaran Penceramah dan cenderamata. 1xRM130.00RM130.00

3.Bayaran Fasilitator -Cenderahati Fasilitator6xRM100.006xRM15.00RM600.00RM90.00

4..Bahan Murid -Hadiah Murid56xRM3.5056xRM2.00RM196.00RM112.00

JUMLAH BESARRM2136.00

SUMBER KEWANGANSUMBERANGGARANJUMLAH

1.Pendaftaran murid56 orang

2. Sumbangan Felda RM936.00

3.SekolahRM1200.00

4.PIBG

5.Sumbangan Individu

JUMLAHRM2136.00

PENUTUPPihak pengelola program dan pentadbiran sekolah amat berharap program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga peserta-peserta yang menyertai program ini dapat memanfaatkan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian mereka. Diharapkan, murid dapat mengetahui dengan jelas bahawa akidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini. Segala pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dijalankan dapat dijadikan pendorong dan panduan untuk menjadi generasi cemerlang, gemilang dan terbilang .Unit Bina Insan dan Penyelaras Tahun 6 SK Keratong 2 ,mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Semoga program yang dirancang ini dan segala usaha yang diberikan mendapat keredhaan, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.Disediakan oleh,..(ENCIK AMIZA B MOHAMAD ZAHELAN)Setiausaha Bina Insan,SK Keratong Dua.PESERTA PROGRAMNama Ahli Kumpulan Usra Serta Naqib

Kumpulan 1Kumpulan 2Naqib: En. Bukhari bin HamzahNaqib : Mohd. Izrul bin Mat Taib1. Mohammad Amirul1. Zairif Anas2. Muhammad Amirul Hamizan2. Muhammad Nazmi Haziq3. Muhammad Arif Asyraf3. Iqbal Hisyam4. Mohd. Izwan4. Muhammad Hakimi5. Muhammad Hamirul Asyraf5. Muhammad Zakir6. Muhammad Aiman Abdullah6. Amirul Haiqal7. Muhammad Ridzuan7. Afiq Kushairie8. Saiful Firdaus8. Naqiuddin9. Syahril Aqmal9. Zulkefli

Kumpulan 3Kumpulan 4Naqib : En. Mohd Khairiruddin b ZulkifliNaqibah : Nurul Husni bt Md Pison1. Muhammad Irfan Hanif1. Suffiatul Adriana2. Haizul Hakimi 2. Ainul Munirah3. Abdul Manaf3. Ayuni Baiduri4. Amirul Aiman4. Fatin Dania5. Hazry5. Nur hijjah Adha6. Mohd. Fuad6. Raja Nurhazwani7. Muhammad Syahrul Aidil7. Siti Nuraini8. Saiful Azam8. Nor Azarina9. Muhd Firdaus Ridzwan9. Norsyafika Saiful Bahri10. Siti Zulaikha

Kumpulan 5 Kumpulan 6Naqibah : Nur Syafira bt Mohd TaibNaqibah : Nur Syafiqah bt Mohammad1. Qurratu Aini1. Afrina Batrisya2. Nurin Izzati2. Aina Farahin3. Khairunnisya3. Nur Alia Arisa4. Nur Alia Izzati4. Nur Alina5. Nur Hidayah5. Nur Nabilah6. Nur Nisa Nabila6. Nurhanisa7. Siti Zahrin Alqasha7. Wan Nur Haziqah8. Nur Ajwa Farhana8. Nur Amirah izzati9. Nur Amira Nadira9. Siti nur Syafiqah10. Affrina bt Mansor

REFLEKSIRasulullah shallallahu 'alayhi wasallam menyatakan dalam sabdanya yang bermaksud : "Jangan kamu tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya" (H.R. Ahmad dan Ath-Thabarani) Akidah adalah pokok ajaran Islam, sepanjang akidah yang diyakini umat Islam itu lurus dan benar, maka sepanjang itu pulalah agama yang hak ini menjamin keselamatan pemeluknya di dunia dan di akhirat. Manakala hal yang penting ini diurus oleh orang yang bukan ahlinya, al Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh Allah, justeru akan menjadi rosak berbanding menjadi lebih baik untuk difahami dan diyakini.

21