sejarah pend rasul

Download Sejarah Pend Rasul

Post on 27-Nov-2015

90 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • ISEJARAHPENDIDIKAN PADA

    ZAMAN RASULULLAHS.A.W

    ANISAH BAHYAH HAJI AHMAD

    Buku ini diterbitkan di portal KaryaNet(www.karyanet.com.my), iaitu portal penerbitan dalam talian

    yang menawarkan aktiviti penulisan, penerbitan danpemasaran melalui internet. Layari portal di atas, klik E-Penulisan dan daftar sebagai penulis, atau klik E-Produk

    untuk membeli e-buku dengan harga yang murah.Pembayaran boleh dibuat menerusi; Cek, Kiriman Wang, Wang

    Pos, dan akaun Maybank2u.com.

    DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAKUALA LUMPUR

    2006

  • II

    Cetakan Pertama 2006 Anisah Bahyah Haji Ahmad 2006

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secaraelektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasadan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia.Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau hono-rarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    c

    Anisah Bahyah Haji AhmadSejarah pendidikan pada zaman Rasulullah s.a.w / Anisah Bahyah Haji

    Ahmad.Bibliografi: hlm. 101ISBN 983-62-8786-81. Muhammad, prophet, d.632. 2. Islamic education--Study and teaching--Early works to 1800. I. Judul.297.07

  • III

    Suamiku Badrul Hisham peniup semangatjiwaku

    Puteraku Ahmad Ihtisyam Ahsani penyerihidupku

    Puteraku Muhammad Isyhraq Ahnaf permatahatiku

    Ayahanda Haji Ahmad dan bonda Hajah Husnayang dikasihi

    Adinda-adindaku Izzah dan Shahirah yangdisayangi

    Sahabat-sahabat seperjuanganDan pencinta-pencinta ilmu Islam

    DEDIKASI

  • IV

    III

    VII

    IX

    1

    2

    5

    8

    15

    19

    21

    DEDIKASI

    PRAKATA

    PENGHARGAAN

    BAB 1PENGERTIAN DAN KONSEP PENDIDIKANISLAM

    Pengertian Pendidikan

    Pendidikan Islam

    Kepelbagaian konsep Pendidikan Is-lam

    Matlamat Pendidikan Islam

    BAB 2METODOLOGI RASULULLAH S.A.W DALAMPEMBELAJARAN

    Metodologi pembelajaran berbentuksehala

    KANDUNGAN

  • VMetodologi Syarahan

    Metodologi Pembacaan dan Penulisan

    Metodologi Hafalan

    Metodologi pembelajaran berbentukdua hala

    Metodologi Soal-Jawab

    Metodologi Penceritaan

    Metodologi Perbahasan

    Metodologi Diskusi

    Metodologi berbentuk amali

    BAB 3SEJARAH PENDIDIKAN PADA ZAMANRASULULLAH S.A.W

    Sepintas lalu pendidikan pada zamanJahiliah

    Penurunan al-Quran sebagai sumberutama

    Sunnah sebagai sumber kedua

    Pendidikan semasa di Mekah

    Pendidikan semasa di Madinah

    21

    23

    26

    26

    27

    28

    29

    31

    32

    35

    37

    48

    52

    58

    71

  • VI

    BAB 4KEBERKESANAN PENDIDIKAN PADAZAMAN RASULULLAH S.A.W

    Penghayatan melalui tauhid dan ibadah

    Pembinaan sahsiah para sahabat

    Kewujudan pembelajaran al-Qurandan hadis

    KESIMPULAN

    BIBLIOGRAFI

    LAMPIRAN

    85

    86

    88

    91

    97

    101

    108

  • VII

    PRAKATA

    Buku sejarah yang bertajuk Sejarah Pendidikan PadaZaman Rasulullah s.a.w ini meninjau keberkesanansistem pendidikan yang dilaksanakan pada zamanRasulullah s.a.w terhadap kehidupan masyarakatketika itu. Proses pendidikan ini bermula denganpenurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammads.a.w melalui Jibril di Gua Hira. Penekanan diberikanterhadap konsep pendidikan Islam berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan mendidikmasyarakat berilmu dan bertakwa. Penulis telahmembahagikan perkembangan ini kepada dua eraiaitu era sebelum penghijrahan di Mekah dan eraselepas berlakunya penghijrahan ke Madinah.Kedua-dua zaman ini memperlihatkan perbezaansistem pendidikan terutama dari perspektif ruhi danmaddi. Walaupun zaman di Madinah memperlihatkankejayaan lebih besar berbanding di Mekah, namun,kedua-dua zaman ini telah membawa implikasi yangpositif terhadap perkembangan Islam keseluruhannya.Faktor metodologi dalam pendidikan jugadititikberatkan oleh penulis sebagai penentu kejayaandalam sejarah pendidikan pada zaman Rasulullahs.a.w dalam membina sebuah peradaban yangunggul dan sahsiah yang tinggi seperti yang dimilikioleh para sahabat dan tabiin pada zaman yanglampau. Buku ini ditulis berasaskan sumber rujukan

  • VIII

    primer dan sekunder yang bukan sahaja bolehdijadikan panduan oleh ahli akademik atau pelajartetapi juga mereka yang mencintai ilmu-ilmu Islam.

    ANISAH BAHYAH HAJI AHMAD,KOLEJ POLY-TECH MARA ,BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM.

  • IX

    Awal kalam, syukur ke hadrat Allah dengan limpahrahmat dan taufik-Nya penulis berjaya menyiapkanbuku ini dalam jangka masa yang dirancang.Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan buat Dr.Kamaruzzaman Yusof atas segala bimbingan dankomitmen yang dihulurkan. Jutaan terima kasihdiucapkan kepada semua pensyarah Jabatan SejarahUniversiti Kebangsaan Malaysia terutamanya Dr.Nabir Abdullah atas segala didikan yang telahbeliau curahkan. Tidak dilupakan juga penulisberterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustakaatas kesediaan menerbitkan buku ini. Dan juga orangperseorangan yang turut membantu penerbitan bukuini. Hanya Allah jua yang dapat membalas segalakebaikan. Amin ya rabbal alamin.

    ANISAH BAHYAH HAJI AHMAD,KOLEJ POLY-TECH MARA,BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM.

    PENGHARGAAN

  • 1www.karyanet.com.my Pengertian dan KonsepPendidikan Islam

    Anisah Bahyah Haji Ahmadc

    PENGERTIAN DAN KONSEPPENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan merupakan perkara penting untukmencapai kesejahteraan dan kesempurnaan hidupmanusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmupengetahuan bagi membentuk diri dan masyarakatyang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikaldan spiritual. Oleh itu, pendidikan dari perspektifIslam mempunyai pengertian yang mendalam danmenyeluruh yang merangkumi proses melatih akliah,jasmaniah dan ruhaniah yang berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utamakehidupan.

    Kepelbagaian konsep dalam pendidikan Islamturut dilihat sebagai faktor utama dalam melahirkanmanusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepadaAllah s.w.t. Konsep tersebut menjadi penggerak utamadalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentukmanusia yang mempunyai cita-cita dan falsafah hidupyang tersendiri yang berperanan sebagai hamba dankhalifah Allah di muka bumi ini, sekali gusmewujudkan masyarakat yang progresif danbertamadun seperti yang digariskan oleh Islam.

    BAB 1

  • 2www.karyanet.com.mySejarah Pendidikan Pada ZamanRasulullah S.A.W

    Anisah Bahyah Haji Ahmadc

    PENGERTIAN PENDIDIKANPendidikan merupakan suatu proses berterusan yangmengandungi unsur-unsur pengajaran, latihan,bimbingan dan pimpinan dengan tumpuan khaskepada pemindahan pelbagai ilmu, nilai agama danbudaya serta kemahiran yang berguna untukdiaplikasikan oleh individu (pengajar atau pendidik)kepada individu yang memerlukan pendidikan itu.Justeru, pendidikan itu merujuk kepada manusiasebagai objek utama dalam proses pendidikan.

    Dalam hal ini, pelbagai definisi diberikanberhubung istilah pendidikan. Antaranya ialahpandangan pakar pendidikan dari Amerika iaitu JohnDewey,1 Prof. Horne,2 Herbert Spencer,3 Jean Jacques

    1 John Dewey berpandangan bahawa pendidikan ialah satuproses membentuk kecenderungan asas yang berupaakliah dan perasaan terhadap alam dan manusia. Lihat AbdulHalim el-Muhammady, Januari 1984. Pendidikan Islam Skop DanMatlamatnya, Jurnal Pendidikan, Tahun 1, bil. 1, ABIM, Selangor,hlm.10 dan lihat juga John Dewey, 1910. Democracy andEducation, Mac Millan & Co., New York, hlm. 1-2.

    2 Beliau juga merupakan tokoh pendidik di Amerika. Beliauberpendapat bahawa pendidikan merupakan proses abadibagi menyesuaikan perkembangan diri manusia yangmerangkumi aspek jasmani, alam, akliah, kebebasan danperasaan manusia terhadap Tuhan sebagaimana yangternyata dalam akliah, perasaan dan kemahuan manusia.Lihat Hermen Harrel Horne, 1939. The Democratic Philosophyof Education, Mac Millan & Co., New York, hlm. 6. Lihat jugaMook Soon Sang, 1988. Pendidikan di Malaysia, KumpulanBudiman, Kuala Lumpur, hlm. 414.

    3 Beliau merupakan ahli falsafah Inggeris (820-903 M). Beliauberpendapat bahawa pendidikan ialah mempersiapkanmanusia supaya dapat hidup dengan kehidupan yangsempurna. Lihat Herbert Spencer, 1906. Education: Intelectual,Moral and Physical, Wiiliam and Nongete, hlm. 84.

  • 3www.karyanet.com.my Pengertian dan KonsepPendidikan Islam

    Anisah Bahyah Haji Ahmadc

    Rousseau4 dan Confucious5. Berdasarkan definisi-definisi itu, dapat difahamkan bahawa pendidikanialah proses melatih akliah, jasmaniah dan moralmanusia untuk melahirkan warganegara yang baikserta menuju ke arah kesempurnaan bagi mencapaitujuan hidup.

    Hassan Langgulung 6 pula merumuskanpengertian pendidikan itu sebagai menambah danmemindahkan nilai kebudayaan kepada individudalam masyarakat.7 Hakikatnya ia dapat

    4 Beliau merupakan seorang tokoh pendidik di Eropah. Beliauberpandangan bahawa pendidikan merupakan satu prosesyang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak.Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengansendiri mengikut kehendak dan peraturan semulajadi. LihatMook Soon Sang, 1988. Pendidikan di Malaysia, KumpulanBudiman, Kuala Lumpur, hlm. 414.

    5 Beliau merupakan seorang tokoh pendidik serta ahlifalsafah China. Beliau berpendapat pendidikan ialah projekuntuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia danini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang sopan,bertimbang rasa, ikhlas hati dan sebagainya. Lihat Ibid.

    6 Beliau merupakan tokoh pendidikan di peringkat nasionaldan antarabangsa. Beliau merupakan profesor yang jugaprofesor pelawat di beberapa buah universiti sepert