pend islam t4 nota

Upload: muhammad-hafizuddin

Post on 18-Jan-2016

96 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

TILAWAH DAN HADISTINGKATAN 4BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Intisari ayatAllah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.Nikmat kurniaan Allah: iman Islam kesihatan tubuh badan akal fikiranCara bersyukur dengan nikmat-NyaHati Sentiasa ingat Allah Merendah diri terhadap kekuasaan-NyaLidah Ucap Alhamdulillah Baca al-Quran, zikir, tasbihAnggota badan Guna nikmat ke arah kebaikan Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-NyaKemusnahan kaum Ad, Thamud, LutKaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan hartaKaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumiKaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka1. Sebab umat terdahulu dibinasakan2. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul3. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta4. Melakukan kemungkaran dan maksiat5. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanTugas manusia sebagai khalifah beribadat kepada-Nya menegakkan agama Islam melaksanakan amar makruf nahi mungkar membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariatPengajaran ayat Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar manusia mesti bersyukur nikmat Allah orang tidak bersyukur diazab Allah

BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU

Tujuan Allah mengutuskan Rasul (peranan Rasul) Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagian manusia Mengajar / menunjuk cara ibadat yang betul Mendidik manusia supaya berakhlak mulia Mengajar cara hidup bermasyarakat harmoni Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab untuk yang ingkar Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekalBahagian alam ghaib Hanya diketahui Allah seperti masa berlakunya kiamat, rezeki, bentuk kejadian manusia Perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi, kemusnahan umat yang derhaka kepada Allah Suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa, Dajjal Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat / jenis logam yang berharga di dalam bumiTugas manusia Mencari kurniaan untuk akhirat Berusaha mendalami ilmu pengetahuan Memiliki kemahiran Melaksanakan perintah wahyuPengajaran ayat Rasul merupakan penyampai wahyu Wajib mentaati Rasul Nabi / Rasul manusia pilihan Allah Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyuContoh Soalan1. Jelaskan tiga hikmat Allah mengutuskan para rasul walaupun manusia telah dikurniakan akal.2. Kategorikan perkara-perkara ghaib serta contoh.3. Mengapakah rasul dilantik dari kalangan lelaki?4. Mengapakah manusia perlu berfikir berpandukan wahyu?5. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat diambil dari ayat di atas.6. Jelaskan dua perbezaan di antara wahyu dengan akal.7. Senaraikan tiga ciri-ciri orang yang beriman dengan wahyu Allah.

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Intisari ayatterdpt beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda agama mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan perintah AllahHuraian ayatmempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat IslamPerbuatan mempersenda agama bangga melanggar perintah Allah hina gol brtaqwa menyanjung maksiat melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakatGolongan mempersenda agama musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman murtad: keluar agama Islam Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah AllahAkibat mempersenda agama akidah rosak mendapat balasan azab di akhirat jiwa menjadi resah gelisah segala kebaikan menjadi sia2Tuntutan memelihara agama melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya melakukan amal solah dan berakhlak mulia menentang kemungkaran melahir nilai keislaman dalam masyarakatAkibat tidak memelihara agama umat Islam mundur dan ketinggalan Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain maksiat berleluasa umat Islam tidak dihormati dan disisihHarta kekayaan dan pangkat sebagai ujian harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf seseorang Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat

Pengajaran ayat umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa Islam bukan satu alat kepentingan peribadi orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di akhirat

BAB 4 : HIDAYAH MILIK ALLAH

Pengertian Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke jalan yang benarMengapa manusia wajib memohon hidayah1. Mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.2. Cara untuk memohon hidayah3. Menghayati perintah agama4. Berakhlak muliaKesan hidayah kepada manusia1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada yang beriman.2. Peningkatan ketara dalam beribadah3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar.4. Rasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan menjauhi perbuatan mungkar5. Tetap beriman walaupun disiksa atau diberi tawaran kesenangan.6. Terdorong melakukan tugasan amar makruf nahi mungkarPengajaran ayat1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu.3. Orang yang mempersendakan agama akan menerima azab yang pedih4. Wajib menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan agama Islam.Contoh Soalan1. Nyatakan maksud hidayah.2. Jelaskan tiga cara untuk mendapat hidayah Allah.3. Huraikan kesan orang yang mendapat hidayah Allah.4. Senarai tiga perbezaan sikap antara orang yang mendapat hidayah dan tidak mendapat hidayah.5. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari ayat di atas.

BAB 5 : AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk mendapatkan keredhaan Allah.Tugas dan tanggungjawab manusia1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah.3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup dalam kemakmuran.Pengajaran ayat1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya.Contoh Soalan1. Terangkan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.2. Huraikan dengan ringkas mengapakah para rasul dan sahabatnya dimuliakan oelh Allah.3. Jelaskan sifat-sifat manusia yang dimurkai oleh Allah.4. Huraikan implikasi ingkar melaksanakan perintah Allah.

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari AyatAllah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhiratHuraian AyatCiri-ciri mukmin berjaya beriman kepada Allah solat dengan khusyuk menjauhi perkara keji dan sia-sia keluarkan zakat jaga kehormatan diri tunai amanah dan janji jaga waktu solat

Khusyuk Dalam SolatKhusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana AllahCara khusyuk dalam solat mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah memahami maksud ayat dan lafaz menumpukan pandangan ke tempat sujud tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan menunaikan solat dengan ikhlas solat dengan tidak tergesa-gesaMengeluarkan ZakatPeranan zakat dalam masyarakat membangunkan ekonomi memberi biasiswa kepada pelajar membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakatMenjaga Kehormatan DiriMenjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang IslamCara jaga maruah diri tutup aurat dengan sempurna jauhi zina dan pergaulan babas hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan amal akhlak muliaMemelihara Amanah Dan Menepati Janji orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik tanda-tanda munafik bercakap bohong mungkir janji pecah amanah melampaui batas ketika bertengkarMenjaga Waktu Solat cara menjaga waktu solat kerjakan solat apabila masuk waktu menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan) bersungguh-sungguh tunaikan solatPengajaran Ayat solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Intisari AyatLuqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelakHuraian Ayat Luqman ialah hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusiaNasihat Luqman kepada anaknya1. jgn meakukan syirik2. berbuat baik kepada kedua ibu bapa3. bersabar terhadap bala bencana4. jgn bersombong5. melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran6. menunaikan solatTidak Melakukan Syirik syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan nerakaBahagian syirik1. syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur2. syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takburBerbuat Baik Kepada Ibu BapaSebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa ibu bersusah payah mengandungkan anaknya ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang bapa cari nafkah untuk anak sanggup bersusah payah demi kebaikan anakContoh beradab dengan ibu bapa merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka dengar nasihat mereka mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sentiasa menggembirakan mereka orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhiratMenunaikan Kebaikan setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia

Tegahan Bersifat Sombong Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain kita perlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbukaMenghadapi BencanaKepentingan sabar memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa reda hadapi dugaan dan ujian Allah melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh tidak mudah dihasut syaitanPengajaran Ayat Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan

HADITHTINGKATAN 4TAJUK : HADITH (MAKANAN YANG BAIK)

Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram1. Menjaga kesihatan badan2. Memelihara kewarasan akal3. Dimakbulkan doa4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah5. Menjauhkan diri daripada seksa nerakaHubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doaSyarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa3. Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.Pengajaran hadith1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal dan bersih.2. Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram.3. Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil makanan atau minuman yang haram.4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai.Contoh Soalan1. Jelaskan tiga hikmah memakan makanan yang halal.2. Terangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram.3. Islam mementingkan makanan yang berkhasiat dan halalJelaskan tiga akibat mengabaikan tuntutan tersebut.4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari haditj di atas.

TAJUK : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan1. Dengki (al-hasad)2. Benci-membenci (al-ghadhab)3. Menipu (al-najasy)4. Berpaling muka5. Jual beli (diatas jualan orang lain)Sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu, berdusta dan membenci1. Perbalahan dan permusuhan dalam persahabatan2. Suka melihat orang lain susah3. Mementingkan diri sendiriCara memupuk perpaduan1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat2. Mengamalkan sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan masyarakat5. Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara.Pengajaran hadith1. Semua orang Islam bersaudara2. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara3. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat4. Sifat dengki-mendengki akan menghancurkan ukhwah islamiyyahContoh Soalan1. Senaraikan larangan-larangan yang terdapat dalam hadith.2. Jelaskan tiga sebab larangan berhasad dengki berdasarkan hadith di atas.3. Huraikan tiga akibat mengingkari larangan berhasad dengki dan benci membenci.4. Jelaskan tiga langkah untuk menyatupadukan ummah.

AKIDAHBAB 10 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMANPengertian Iman iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggotaKepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan membentuk keperibadian Muslim sejati berani tegakkan kebenaran sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan pencetus semangat jihadPerkara Yang Membatalkan Iman1. syirik2. kufur3. riddah4. khurafat5. sihir6. nifak

Syiriksyirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nyasyirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari AllahBahagian syirik1. Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala dan sebagainya2. Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takburKufur kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. orang yang melakukannya adalah kafirBahagian Kufur1. Kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa2. Kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

Faktor Kufur pegangan agama lemah terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidupRiddah riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtadMurtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam2. perkataan: mengisytihar keluar Islam3. perbuatan: menganut agama selain IslamFaktor Riddah: lemah pegangan agama jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam terpengaruh dengan tawaran kebendaan tidak bimbingan memahami IslamKesan Riddah perkahwinan terbatal haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam menjadi penghuni neraka selama-lamanyaCara Menangani Orang Murtad memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf melaksanakan hukum hudud (bunuh)Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannyaKhurafat khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat IslamContoh Perbuatan Khurafat mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya membuang anjak bagi menghalau hantu mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial mempercayai kubur yang dianggap keramatFaktor Khurafat Masih Berterusan iman kurang matap terhadap Allah terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat ambil langkah mudah cepat kaya wujud tempat pemujaan khurafatCara Mengatasi Khurafat menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat memberi kesedaran tentang keburukan khurafat mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramatKesan Buruk Khurafat menyebabkan syirik dan terbatal iman membazir masa, tenaga, harta masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia menyekat akal berfikir logik dan sistematikSihir sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusiaAkibat Sihir merosakkan akidah dan membatalkan iman memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim membazir wang, masa, tenaga

Nifak nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafikCiri-Ciri Munafik1. bercakap bohong2. khianat apabila diberi amanah3. mungkir janji4. melampaui batas apabila bertengkarAkibat Buruk Munafik menghilangkan sikap percaya-mempercayai melemahkan perpaduan masyarakat menghancurkan kekuatan umat Islam menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan AllahDosa-dosa besarPengertian Dosa Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya. Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar Asi.Dua Jenis Dosa:Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuhDosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-siaFaktor Manusia Melakukan Dosa terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki memandang ringan dengan peringatan azab di akhiratDosa-Dosa Besar Yang Mesti DihindariMenghina Dan Menderhaka Ibu BapaAntara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa melawan percakapan mereka meniggikan suara ketika bercakap tidak dengar nasihat dan teguran mereka melayan mereka dengan kasarMenipu Dan Berbohong menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumenMencuri Dan Merompak mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izinKesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak masyarakat hidup tidak aman dan tenteram dipandang hina oleh orang dipulau dan disisihkan masyarakat timbul pergaduhan dan permusuhan negara tidak aman dan tenteram

Makan Riba riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainyaJenis RibaRiba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan berasRiba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaranHikmah Pengharaman Riba membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia mewujudkan kestabilan ekonomi melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong mencegah sifat pentingkan diri sendiriMakan Harta Anak Yatim anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh menjaga harta anak yatim adalah amanah dari AllahSebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris hartaLari Dari Medan Perang perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besarAkibat Lari Dari Medan Perang dipandang hina umat Islam ditindas balasan neraka merendah martabat agama dan umatMengumpat Dan Memfitnah mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa buktiSebab Mengumpat Dan Memfitnah ingin lihat orang menderita dan susah tidak mahu mengakui kelebihan orang takut persaingan hidup sikap buruk sangka terhadap orangAkibat Mengumpat Dan Memfitnah dibenci dan dipandang hina berlaku pergaduhan dan permusuhan masyarakat Islam mundur hidup menderita dunia dan akhiratCara Mengatasinya menyemai kasih sayang sesama Islam reda dengan ketentuan Allah sentiasa muhasabah diri meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran UmatMinum Arak Dan Menagih Dadah arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperamFaktor Minum Arak arak mudah didapati terpengaruh dengan rakan yang liar tiada penguatkuasaan undang-undang dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseoranghukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40XHikmah Pengharaman Arak Dan Dadah menjaga kewarasan akal fikiran elak berlaku pergaduhan dan permusuhan kekalkan kesihatan fizikal dan mental mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainyaLangkah Pencegahan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak kempen tentang bahaya arak dan dadah amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadahKesan Minum Arak Dan Menagih DadahTerhadap Individu membazir wang, masa, harta menjatuhkan maruah diri dan keluarga terdedah kepada jenayah lalai daripada mengingati allahTerhadap Negara Dan Masyarakat menjadi mundur dan tidak tenteram banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asingZina zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sahFaktor Zina kurang pendidikan agama pergaulan bebas lelaki dan perempuan mengunjungi tempat maksiat membaca dan menonton bahan lucahKesan Zina menjatuhkan maruah diri dan keluarga mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannyaHukuman Penzina penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatanMenuduh Zina (Qazaf) menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil hukumannya 80X sebatanSyarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina: berakal baligh atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa) mengetahui haramnya qazaf bukan bapa atau datuk kepada yang dituduhLiwat Dan Musahaqah liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay) musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah terpengaruh dengan budaya liar membaca dan melihat bahan lucah tiada undang-undang tegas kurang didikan dan pengetahuan agamaAkibat Liwat Dan Musahaqah institusi perkahwinan runtuh dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis dapat balsan azab di akhirat maruah diri, masyarakat, agama tercemarMembunuh Diri melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiriPunca Bunuh Diri kecewa dengan rahmat Allah anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah tidak sanggup menghadapi kegagalan hidupCara Mengatasi Bunuh Diri hendaklah yakin dengan rahmat Allah berusaha memajukan diri dengan syariat Islam memberi pendidikan agama sejak kecil mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

BAB 12 : TUNTUTAN TAUBATTuntutan Taubat taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah-Nya.Syarat-syarat Taubat menyesal terhadap maksiat yang dilakukan berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusiaHikmah Taubat memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat mendapat keampuan serta petunjuk Allah

IBADATTINGKATAN 4TAJUK : HAJISunat Haji1. Mandi ketika hendak ihram di miqat2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram3. Memakai pakaian ihram berwarna putih4. Memotong kuku5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di jamratul aqobah6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak wuquf7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf9. Berturut, 7 pusingan tawaf10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam matahari12. Berada di muzdalifah hingga subuh13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofaHikmah Kepada Masyarakat1. Saling berkenalan sesama umat islam2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari seluruh dunia4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islamWukuf1. Maksud wukuf : berada di padang arafah di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun seketikaHikmah Wukuf1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan hawa setelah berpisah2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi Allah3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyarContoh Soalan1. Ibadat haji adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.Sebutkan dua perkara sunat ketika mengerjakan haji.2. Terangkan dua hujah yang membuktikan bahawa ibadat haji dapat membentuk perpaduan ummah.3. Bilakah masa wukuf di Arafah?4. Terangkan dua hikmah amalan wukuf.

TAJUK : HUTANGPengertian Dan HukumErti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikanHukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentuHukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampuRukun Berhutang1. Penerima dan pemberi hutang2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang3. Sighah iaitu akad pemberi hutangHikmah Diharuskan Hutang1. Membantu golongan susah2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomiContoh Soalan1. Apakah maksud hutang menurut syarak?2. Jelaskn dua perbezaan antara hutang dengan riba.3. Apakah hukum memberi dan membayar hutang?4. Terangkan tiga hikmah Islam membenarkan seseorang berhutang.TAJUK : GADAIANPengertianBahasa : menahan sesuatuSyarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknyauntuk mendpatkan pinjamanRukun Gadaian1. Penggadai2. Pemegang gadai3. Barang yang digadai4. Ijab dan qabul5. Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)Syarat Sah Gadaian1. Harta yang digadai sah untuk dijual beli2. Orang yang menggadai dan yang menerima akil baligh3. Dengan kerelaan sendiri4. Kepunyaan sendiri5. Tidak boleh merugikan orang yang menggadai6. Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadaiPerkara Yang Membatalkan Gadaian1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai2. Penggadai telah membayar semua hutangnya3. Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah4. Pemegang gadai membatalkan gadaiannya5. Penggadai meninggal dunia6. Barang digadai rosak7. Barang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lainHikmah Gadaian1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang3. Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi4. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lainContoh Soalan1. Sebutkan tiga rukun gadaian.2. Terangkan tiga perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam.3. Terangkan dua perkara yang membatalkan gadaian.4. Huraikan dua hikmah diharuskan gadaian.

AKIDAH

TINGKATAN 4TAJUK : RIDDAHPengertianBerpaling atau keluar daripada agama IslamBagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama IslamFaktor atau sebab yang membawa kepada riddah1. Lemah pegangan agamanya2. Jahil tentang aqidah Islamiyyah3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan4. Terpengaruh dengan agama bukan IslamKesan dariapada perbuatan riddah1. Hubungan suami isteri terfasakh.2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.Cara menangani orang murtad1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari golongan muallaf3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis (dibunuh)Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian agama Islam.3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-haraContoh Soalan1. Apakah yang dimaksudkan dengan murtad?2. Jelaskan dua kesan daripada perbuatan murtad.3. Terangkan dua langkah menangani masalah murtad dalam masyarakat.TAJUK : KUFURPengertian kufurTidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Bahagian kufur1. Kufur hakikat : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Contoh : - Tidak mengakui balasan di akhirat- Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran- Menyatakan solat fardhu merugikan masa.2. Kufur nikmat : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.Contoh : - Menggunakan nikmat ke jalan maksiat- Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah- Boros membelanjakan hartaFaktor menyebabkan kekufuran1. Pegangan agama yang lemah2. Terpengaruh dengan hawa nafsu3. Terpengaruh dengan pujukan dan kesenangan dunia.Contoh Soalan1. Kufur ialah tidak mempercayai ajaran Allah serta menengkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Tuliskan dua contoh kufur hakikat dan kufur nikmat.2. Jelaskan dua kesan ke atas individu yang kufur.3. Huraikan tiga akibat perbuatan kufur terhadap masyarakat.4. Terangkan dua faktor luaran yang mendorong seseorang menjadi kufur.TAJUK : DERHAKA KEPADA IBU BAPASebab Islam mewajibkan anak mentaati ibu bapa1. Mengandung2. Melahirkan3. Menyusukan4. Membesarkan5. Mengasuh6. Mendidik7. Memeberi nafkah8. MengasihiTanggungjawab anak kepada ibu bapa1. Mentaati suruhan ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam2. Menjaganya apabila telah tua3. Menziarahi ibu bapa apabila tinggal berjauhan4. Mendoakan kedua ibu bapa5. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat merekaContoh Soalan1. Senaraikan dua contoh perbuatan menderhakai ibubapa.2. Sebutkan dua sebab seseorang anak wajib mentaati kedua ibubapanya.3. Jelaskan dua ciri anak yang bertanggungjawab terhadap ibubapanya.TAJUK : LARI DARI MEDAN PEPERANGANPengertian jihadPeperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam.Hukum lari dari medan peperangan ialah berdosa besar dan dilaknat oleh AllahAkibat lari dari medan peperangan1. Dipandang hina oleh masyarakat2. Umat Islam akan ditindas3. Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak4. Merendahkan martabat agama dan umat IslamContoh Soalan1. Apakah hukum ke atas orang yang lari dari medan perang.2. Terangkan dua akibat lari dari medan perang.TAJUK : MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAHPengertian arakMinuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.Pengertian dadahSejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikirAkibat terhadap individu1. Membazir harta dan masa2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah4. Terdedah kepada perbuatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh.Akibat terhadap masyarakat dan negara1. Menjadi mundur2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk.3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan4. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.Hikmah pengharaman minum arak dan dadah1. Menjaga kewarasan akal manusia2. Mengelakkan perkelahian dan permusuhan3. Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental4. Mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya5. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakatLangkah-langkah pencegahan1. Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui media2. Mengamalkan cara hidup sihat mengadakan aktiviti kemasyarakatan3. Mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakatContoh Soalan1. Jelaskan tiga kesan buruk perbuatan minum arak terhadap individu.2. Terangkan dua hikmat Islam mengharamkan arak dan dadah.3. Terangkan dua langkah untuk mencegah perbuatan minum arak dan dadah.TAJUK : MEMBUNUH DIRIPengertianMelakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiriHukum membunuh diri ialah haramPunca perbuatan membunuh diri1. Putus asa dengan rahmat Allah2. Tidak meyakini hari kiamat3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan penderitaan.4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan.Cara mengatasi1. Yakin dengan rahmat Allah2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, sunnah dan akal yang waras.4. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat.Contoh Soalan1. Huraikan kesan daripada perbuatan bunuh diri terhadap individu.2. Kemukakan dua sebab gejala membunuh diri masih berlaku dalam masyarkat Islam hari ini.TAJUK : TUNTUTAN TAUBATPengertianKembali semula taat kepada Allah setelah melanggar perintah Allah atau laranganNya.Syarat-syarat taubat1. Menyesal terhadap maksiat yang telah dilakukan2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera.3. Berazam tidak akan mengulangi maksiat itu lagi.4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.Hikmah taubat1. Memberi peluang kepada orang berdosa kembali ke jalan Allah.2. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.3. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah.Contoh Soalan1. Sebutkan hukum bertaubat ke atas orang yang melakukan dosa.2. Jelaskan syarat-syarat taubat yang diterima oleh Allah s.w.t.3. Terangkan tiga sebab diperintahkan ke atas umat Islam yang melakukan dosa supaya segera bertaubat.TAMADUNTINGKATAN 4TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIBPerlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara berada dalam keadaan kurang stabil.2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman.3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya.4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut.Sumbangan Dan Jasa1. Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan yang tidak tenteramContoh Soalan1. Terangkan riwayat hidup Saidina Ali b. Abi Talib r.a.2. Terangkan dua polisi yang telah dilaksanakan oleh Khlaifah Ali b. Abi Talib bagi mengatasi keadaan negara yang kurang stabil pada ketika itu.TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFANPolisi Khalifah Usman bin AffanKhalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Diantaranya :1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan pengaruh Islam.2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah.3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal.4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan lahjah (dialek) Quraisy.5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka.Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah.3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah.Contoh Soalan1. Usman b. Affan adalah khalifah dalam pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. beliau telah banyak memberi sumbangan selama menjalankan pentadbiran negara. Terangkan dua daripada sumbangan beliau.2. Jelaskan dua polisi pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDDIN1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh khalifah secara warisan.2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa ar-Rasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri.3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.

Contoh Soalan1. Jelaskan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin.TAJUK : KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan daripada 14 orang khalifah Umaiyah.2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab.3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.Kegemilangannya1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat.2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya.3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali.5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil.6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam.7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan kewangan melebihi keperluan.8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.Contoh Soalan1. Pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz mempunyai persamaan denganKhulafa al-Rasyidin. Terangkan tiga langkah yang dijalankan oleh KhalifahUmar b. Abdul Aziz yang memberikan kejayaan dalam pentadbirannya.TAJUK : IMAM MALIK RAHIMAHULLAHRiwayat HidupNama : Malik bin AnasTempat lahir : MadinahTarikh Lahir : 93H /713MTarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun)Tempat pengkebumian : Baqie MadinahSifat peribadinya :1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian, cerdas dan kuat ingatan.2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah.3. TawadukPendidikan1. Mendampingi ulama sejak kecil. Menghafa al-quran/al-hadith sejak kecil2. Tekun mencari ilmu3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada tabie dan tabiat tabiein.4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin HamzahImam Malik Sebagai Guru1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun.2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk menghadiri majlis ilmunya.3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negeri-negeri yang jauh.4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia terutamanya Hijaz, Maghribi, Andalus.5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi. Di Madinah.Penghormatan Imam Malik kepada Hadith1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang hadis, beliau akan mandi,2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban.3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat Islam.Sumbangan1. Kitabnya yang masyhur al-Muwatta yang melahirkan aliran pemikiran Mazhab Maliki2. Al-Muwatta menjadi sumber rujukan utama selepas al-Quran dan alHadis.Ketegasan Imam Malik1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya.2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam.3. Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu.4. Berpegang dengan prinsip murid mencari guru.Contoh Soalan1. Nyatakan sejarah pendidikan Imam Malik.2. Imam Malik merupakan tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan sangat menghormati hadis. Nyatakan dua contoh amalan mulia yang ditunjukkan oleh Imam Malik sebagai penghormatan kepada hadis.TAJUK : IMAM SHAFIEE RAHIMAHULLAHBiodata/ Latar BelakangNama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafiee bin al Saib.Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin al-Saib.Tempat Lahir : Di Gazza, PalestinTarikh Lahir : 150H/769MAsal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib.Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di MesirSifat Peribadinya :1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun.2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi.4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan.5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya mengajar.6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan kaki.7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan.Pendidikan:1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun.2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada pelbagai puak dan kabilah.3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab.4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair, sajak yang amat indah.5. Menghafaz al-Muwatta semasa umurnya 10 tahun.6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam al-MuwattaKata-kata Hikmah Imam as-Syafie1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku.2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan, membekukan hati, menumpulkan fikiran.Nama-nama Guru Imam as-Syafie1. Ilmu Hadith : Suffian bin UmaiyahMuslim bin Khalid2. Ilmu Quran : Ismail bin QustantinContoh Soalan1. Sebutkan tiga bidang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Imam Syafie yang menjadi warisan kepada umat Islam masa kini.2. Terangkan tiga kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu yang perlu dicontohi oleh seseorang pelajar.