tugasan hbpe1103 pengenalan pend jasmani

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2012 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI NAMA : MD SAIFOL BIN ZAINOL NO. MATRIKULASI : 820112095061001 NO. KAD PENGENALAN : 820112-09-5061 NO. TELEFON : 012-4675701 E-MEL : [email protected]

Upload: cahaya-janna

Post on 04-Aug-2015

147 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2012

HBPE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

NAMA : MD SAIFOL BIN ZAINOL

NO. MATRIKULASI : 820112095061001

NO. KAD PENGENALAN : 820112-09-5061

NO. TELEFON : 012-4675701

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

Page 2: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Pengenalan

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan

standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah

pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu

tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard

pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard

kandungan.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga digubal dengan

mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani

dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid

Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports

And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih

mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah

bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini

menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.

Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu

mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan

disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan disiplin pembelajaran motor,

perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi

sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan

Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan

aspek keselamatan.

2

Page 3: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi

individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai

murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan murid

mencapai standard pembelajaran berikut iaitu melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang

betul berdasarkan konsep pergerakan, mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan

kemahiran motor, mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan

pergerakan, mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan, memerihal kepentingan

melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa

melakukan aktiviti fizikal, melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan

persekitaran yang selamat, mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan

semasa melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

Organisasi Kandungan

Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Dua dibina berasaskan lima aspek. Kelima-lima

aspek itu adalah Aspek 1 iaitu Kemahiran Pergerakan, Aspek 2 iaitu Aplikasi Pengetahuan

Dalam Pergerakan, Aspek 3 iaitu Kecergasan Meningkatkan Kesihatan, Aspek 4 iaitu Aplikasi

Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan dan Aspek 5 iaitu Kesukanan.

Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor

yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep pergerakan,

pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan

dan pergerakan berirama, kemahiran gimnastik asas, akuatik asas serta rekreasi dan

kesenggangan.

3

Page 4: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan

strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam

melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan konsep pergerakan, pergerakan asas yang

melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan

berirama, gimnastik asas, akuatik asas serta rekreasi dan kesenggangan.

Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap

kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan konsep kecergasan dan

komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan

daya tahan otot, dan komposisi badan.

Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan

strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan konsep

kecergasan, dan komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan,

kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.

Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani

menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk

melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan keselamatan dan pengurusan,

tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan dinamika kumpulan.

KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard

kandungan mengandungi pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran

dan nilai. Standard pembelajaran pula mengandungi satu penetapan kriteria atau indikator

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

4

Page 5: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Pecahan Kandungan Modul Kurikulum Pendidikan Jasmani KSSR

Kandungan modul kurikulum pendidikan jasmani KSSR Tahun 2 terbahagi kepada

dua iaitu modul kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 dan modul

kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5.

5

Modul Kemahiran

Aspek 1:Kemahiran Pergerakan

Aspek 2:Aplikasi

Pengetahuan DalamPergerakan

Aspek 5:Kesukanan

Modul Kecergasan

Aspek 3:Kecergasan

MeningkatkanKesihatan

Aspek 2:Aplikasi

PengetahuanMeningkatkan

Kecergasan

Aspek 5:Kesukanan

Page 6: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Pecahan Modul Kurikulum PJ KSSR

6

Page 7: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Penafsiran Tiga Aspek Pembelajaran Bagi Modul Kemahiran

Aspek 1 – Kemahiran Pergerakan

Dalam Aspek 1, murid akan menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran

motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Antara komponen-

komponen yang terdapat dalam Aspek 1 ialah:

Konsep Pergerakan

Dalam konsep pergerakan ini, murid akan pelajari tentang kesedaran ruang dan

kelajuan pergerakan. Kesedaran ruang fokus utamanya adalah murid berkebolehan

melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan ruang. Kelajuan pergerakan pula fokus

utamanya ialah berkebolehan melakukan pergerakan berdasarkan kelajuan.

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari

satu tempat ke tempat yang lain. Dalam pergerakan lokomotor, murid akan pelajari

cara berjalan, berlari, mencongklang, menggelongsor, melompat sebelah kaki

(hopping), melompat dan melompat ayunan tali.

Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong

pelaku pergerakan. Dalam pergerakan bukan lokomotor, murid akan pelajari tentang

mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun dan mengimbang.

7

Page 8: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Manipulasi Alatan

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk

mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek

seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, dan sebagainya. Murid

akan melakukan kemahiran melambung, menyambut, menggolek, menendang,

menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul dan mengelecek.

Pergerakan Berirama

Pergerakan ini adalah pergerakan berkoordinasi yang bersifat estetik. Ia dilakukan

dengan iringan irama dengan alatan atau tanpa alatan. Pergerakan ini melibatkan

pergerakan seperti imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur, gerak edar, pusingan

badan, lompatan dan ketangkasan.

Gimnastik Asas

Merupakan aktiviti yang dihasilkan oleh murid untuk menguji keupayaan mereka

mengawal pergerakan badan sehubungan dengan kuasa graviti. Kemahiran gimnastik

asas yang dipelajari adalah hambur dan pendaratan, kawalan badan dan sokongan serta

putaran.

Akuatik Asas

Akuatik asas merupakan asas-asas kemahiran berenang yang akan dipelajari murid.

Kemahiran yang terdapat dalam komponen ini adalah keyakinan dan keselamatan

dalam air dan renang asas. Murid akan pelajari tentang peraturan sekitar kolam dan di

dalam kolam, melakukan kemahiran apungan lentang dan melakukan tendangan

keribas (flutter kick).

Rekreasi dan Kesenggangan

Rekreasi merupakan aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang.

Kemahiran yang terdapat dalam komponen ini ialah mengenal pasti arah dan menjejak

arah berdasarkan konsep jam dan bermain permainan tradisional.

8

Page 9: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Aspek 2 - Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Dalam Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan

strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam

melaksanakan aktiviti fizikal. Komponen-komponen yang terdapat dalam Aspek 2 ialah:

Konsep Pergerakan

Murid dapat membezakan pergerakan mengikut ruang, membezakan pergerakan

mengikut tempo dan mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor

Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor. Murid juga dapat mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor. Selain itu, murid dapat menyatakan postur badan

yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Kemahiran Manipulasi Alatan

Dalam komponen ini, murid dapat menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan

pergerakan objek, mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran

manipulasi alatan, mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang

dan mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan yang menggerak

dan menghentikan objek.

9

Page 10: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Pergerakan Berirama

Murid dapat mengaplikasikan konsep dengan membezakan kelajuan pergerakan yang

sesuai mengikut tempo dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.

Gimnastik Asas

Dalam kemahiran hambur dan pendaratan, murid dapat mengenal pasti postur yang

betul semasa hambur dan mendarat. Dalam kemahiran kawalan badan dan sokongan,

murid dapat mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan, mengenal pasti

perkaitan antara imbangan dengan sokongan dan menyatakan situasi dalam kehidupan

harian yang melibatkan imbangan dalam pergerakan lokomotor. Dalam kemahiran

putaran pula, murid dapat menyatakan variasi guling sisi dan mengenal pasti postur

badan semasa melakukan guling depan.

Akuatik Asas

Dalam kemahiran keyakinan dan keselamatan dalam air, murid dapat mengenal pasti

peraturan di kolam renang, mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan

lentang dan mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang. Dalam kemahiran

asas renang pula, murid dapat mengenal pasti postur badan semasa melakukan

tendangan keribas (flutter kick).

Rekreasi dan Kesenggangan

Dalam komponen ini murid dapat mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah

dalam aktiviti menjejak dan ‘mencari harta karun’, mentafsir maklumat dalam

aktiviti pandu arah dan mencari harta karun dan menyenaraikan kemahiran

lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisonal.

10

Page 11: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Aspek 5 – Kesukanan

Dalam Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani

menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk

melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. Antara komponen-komponen yang terdapat dalam

aspek ini adalah:

Keselamatan dan Pengurusan

Dalam komponen ini, murid akan dibimbing serta diajar tentang bagaimana untuk

mengetahui pengurusan dan keselamatan dalam subjek Pendidikan Jasmani. Murid

juga perlu menyatakan tentang persediaan diri dan kesesuaian pakaian semasa

beraktiviti. Murid juga diajar supaya melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat

serta mengenal pasti peralatan yang selamat semasa beraktiviti.

Tanggungjawab Kendiri

Komponen ini membentuk murid supaya mempunyai keyakinan dan tanggungjawab

kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. Galakan sentiasa guru berikan supaya murid

aktif serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah. Dari segi

perasaan dan emosi, semangat murid akan sentiasa dipupuk supaya menerima cabaran

serta menerima kemenangan dan kekalahan sebagai satu adat dalam permainan. Murid

juga sentiasa digalakkan dengan semangat kesukanan semasa bermain.

Interaksi Sosial

Melalui interaksi sosial, murid akan dibimbing supaya berkebolehan berkomunikasi

dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti. Murid akan mampu berkomunikasi

dengan guru, rakan dan ahli kumpulan mereka. Mereka akan merasa lebih yakin untuk

berhadapan dengan masyarakat apabila dewasa kelak.

11

Page 12: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Dinamika Kumpulan

Dalam komponen ini, murid akan berkebolehan membentuk satu kumpulan sendiri

dan dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan itu. Kumpulan yang

dibentuk boleh sama ada secara berpasangan atau berkumpulan. Perasaan seronok

akan dapat dipupuk dan murid akan berasa lebih dihargai.

Kesimpulan

Melalui penafsiran terhadap tiga aspek pembelajaran yang terdapat dalam komponen

kemahiran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 2, jelaslah berlaku proses melakukan satu bentuk

perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan

bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan

pengurusan kurikulum di sekolah.

Secara keseluruhannya, KSSR akan melahirkan insan seimbang dari segi keterampilan

diri, mempunyai pengetahuan sains dan teknologi, sifat kerohanian, sikap serta nilai,

berkomunikasi dengan baik, perkembangan fizikal dan estetika serta membentuk sifat

kemanusiaan dari segi penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan, negara serta

global.

Selain itu, perubahan kurikulum ini juga bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendah

agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke – 21. Guru memainkan peranan yang

penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan

transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak

termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

12

Page 13: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PJ – RPH

MAKLUMAT AM

Tarikh : 12 Mac 2012

Masa : 8.10 – 8.40 pagi

Darjah : 2 Sarjana

Bilangan Murid : 20 orang

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Aspek : Rekreasi dan Kesenggangan

Tajuk Pengajaran : Rondas

Standard Pembelajaran : 1.11.3,

2.10.2,

5.1.4,

5.2.3

Objektif Pembelajaran : Berkebolehan bermain permainan tradisional.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti dan Inovasi

Bahan Bantu Belajar : Kain perca, pemukul, bola, tapak (bes) dan skital

Penilaian P&P : Lembaran kerja

LANGKAH/ AKTIVITI ORGANISASI CATATAN

13

Page 14: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

MASA P&P

PERMULAAN(AKTIVITI

MEMANASKAN BADAN)

( 5 MINIT )

1. Murid memanaskan badan dengan permainan curi ekor.

2. Murid melakukan aktiviti regangan

Kain perca

AKTIVITI 1(MEMBALING

DAN MEMUKUL)

( 5 MINIT )

1. Murid melakukan aktiviti membaling, menangkap bola dan larian bes.

2. Murid mengayun pemukul tanpa bola beberapa kali

3. Murid memukul bola di atas tee beberapa kali

PemukulBolaBes

AKTIVITI 2(PERMAINAN

RONDAS)

( 15 MINIT )

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

2. Mulakan bermain dengan: pemukul berdiri di sisi tee

dan sedia untuk memukul. kumpulan pemadang

menangkap bola yang dipukul.

Selepas memukul bola, pemukul berlari ke bes 1,2 atau 3 untuk mengelak daripada dituju dengan bola oleh pemadang.

Pemukul boleh bergerak semula apabila rakan sepasukan memukul bola.

Pemain dikira mati

PemukulBolaBesSkital

*Murid bermain mengikut peraturan permainan.

14

Page 15: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

apabila bola yang dipukul melantun ke belakang.

Kumpulan pemukul akan mendapat mata sekiranya berjaya membuat satu pusingan ke semua tapak dan kembali ke home.

Giliran memukul bersilih-silih selagi tidak mati ketika berlari.

3. Peraturan permainan: pemukul boleh memukul

bola seberapa jauh ke hadapan.

pemain yang berada di bes 1, 2 atau 3 tidak boleh lari selagi pemukul belum memukul bola.

pemain yang terkena bola yang dituju ke badannya akan dikira mati.

pemain yang menamatkan pusingan perlu memijak semua bes dari home, jika tidak pemain tersebut dikira mati.

pemain yang mati boleh dihidupkan semula dengan cara pemain berikutnya berjaya membuat satu pusingan tanpa henti hingga ke home.

satu pusingan larian lengkap diberi 1 mata

jika kumpulan pemadang dapat menyambut bola yang dipukul oleh kumpulan pemukul, pertukaran peranan berlaku.

pertukaran peranan juga

15

Page 16: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

berlaku apabila tiga pemain kumpulan pemukul mati.

pusingan permainan dilakukan dengan bilangan pemain yang sama.

kumpulan yang mendapat paling banyak mengumpul mata dikira pemenang.

PENUTUP(AKTIVITI

MENYEJUKKAN BADAN DAN

PENTAKSIRAN)

( 5 MINIT )

1. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan melibatkan regangan tangan, badan dan kaki.

2. Murid melakukan pentaksiran yang diberikan oleh guru.

Murid melakukan pentaksiran.

Refleksi : 18 orang daripada 20 orang murid berjaya mencapai standard

pembelajaran yang ditetapkan. 2 orang murid diberi aktiviti

pemulihan.

16

PENTAKSIRAN

Page 17: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

NAMA : ........................................................... TARIKH : ........................

KELAS : ...........................................................

RONDAS

Berdasarkan perkataan yang diberikan, pilih kemahiran manipulasi alatan yang kamu gunakan

semasa bermain rondas.

Tuliskan semula dalam ruang yang disediakan di bawah.

Bibliografi

17

BERLARI

MEMIJAK

MEMBALINGMENANGKAP

MEMUKUL

MENGELAK

Page 18: Tugasan Hbpe1103 Pengenalan Pend Jasmani

MD SAIFOL B. ZAINOL 820112095061

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Dzulkifli Bin Ismail, Jamaliyah Binti Ahmad dan Yahya Bin Abdul Jalil (2005). Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Dokumen Standard KSSR Modul Teras Asas

Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani

Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Dr Sanmuga

Nathan A/L K. Jeganathan, Norkhalid Salimin dan Yusop Ahmad (2011). HBPE1103

Pengenalan Pendidikan Jasmani. Seri Kembangan, Selangor: Open University Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

18