pend. seni visual

Upload: ph-kheng

Post on 13-Oct-2015

608 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Visual

TRANSCRIPT

  • 1ba

    ha

    gia

    n s

    at

    u

    BAB 1 Pengertian Seni Visual

    Pengkaryaan dan Perekaan

    Apresiasi Seni Visual BAB 2 Peranan Seni Visual

    Peranan Psikologi

    Peranan Sosiologi

    Penaongan

  • 2Secara khusus definisi seni dapat dilingkungi dengan pengertian yang paling umum tentang seni iaitu kehalusan. Menurut Kamus Dewan (2005), pengertian seni ialah karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dan lain-lain) yang indah-indah; Persoalannya Seni termasuk disiplin seperti muzik, kesusasteraan, seni persembahan dan seni-seni yang lain. Sementara itu seorang ahli falsafah klasik bernama Schopenhauer dikatakan adalah orang yang pertama menyatakan bahawa semua cabang seni dapat disesuaikan dengan seni muzik. Maksudnya ialah segala irama dan lagu itu disesuaikan kaedah-kaedah lain dengan kesesuaian dengan ilmu seni muzik, iaitu seni telah melahirkan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Alunan muzik menyenangkan pendengaran si pendengar, seni visual menyenangkan mata memandang, seni sastera melalui kata-kata menyenangkan kepada membaca.

    Menurut Wikipidia, seni adalah produk melalui proses yang dirancang bagi menentukan sesuatu matlamat, ianya bertujuan untuk mempengaruhi dan menjejaskan sesuatu dari segi pancaindera, emosi , dan intelek . Kegiatan seni merangkumi pelbagai bentuk kegiatan manusia iaitu untuk rekreasi. Bentuk-bentuk seni melalui ekspresi termasuklah muzik, sastera, filem, fotografi, arca, dan lukisan. Pengertian seni ini dibahaskan dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika , dan bahkan disiplin ilmu seperti sejarah dan psikologi menganalisis hubungannya dengan kegiatan manusia. Secara tradisional, seni istilah digunakan untuk merujuk pada setiap keterampilan atau penguasaan. Secara umum, seni dibuat dengan tujuan untuk merangsang fikiran dan emosi.

    Britannica Online mendefinisikan seni sebagai penggunaan kemahiran dan imaginasi untuk penciptaan objek estetik, persekitaran, atau pengalaman yang boleh

    1.1. AMRON OMAR Potret Diri (1989) Cat Minyak atas Kanvas Balai Seni Lukis Negara

    PENGERTIAN SENI VISUAL

  • 3dibahagi kepada orang lain.

    Herbert Read (1960) mendefinisikan seni adalah sebagai usaha-usaha seniman untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Menurutnya lagi bentuk-bentuk yang dimaksudkan ialah kesedaran melahirkan keindahan kata, keindahan rasa, keindahan dengar melalui penemuan kesatuan atau harmoni dalam hubungan bentuk-bentuk dalam kesedaran persepsi manusia. Kenyataan tentang kesedaran tentang keindahan merupakan antipati kepada pengertian seni secara khusus. Seperti kata Sidi Ghazalba (1977), bentuk-bentuk yang menyenangkan itu memuaskan penghayatan keindahan dan penghayatan itu dipuaskan manakala kita mampu mengapresiasi kesatuan hubungan-hubungan formal antara persepsi penghayatan. Dengan demikian kesenian itu ada berkait rapat dengan keindahan.

    Persoalan keindahan telah lama ahli-ahli falsafah klasik bincangkan. Misalnya ahli falsafah Socrates telah pemikiran tentang keindahan. Beliau menyoal apakah yang berada dalam objek yang menyebabkan benda itu indah?. Plato misalnya memandangkan keindahan dalam teorinya tentang metafizik iaitu keindahan ialah realiti yang benar iaitu sejenis hakikat (essence) yang kekal

    tidak berubah-ubah. Menurut Plato setiap barang yang indah adalah menyertai hakikat keindahan dan harmoni, kadar banding dan simetri adalah bentuk keindahan. Immanuel Kant secara khusus telah membuat kajian ilmiah dan psikologi tentang teori estetik yang secara terang mengkaji nilai keindahan. Secara nyata beliau menyatakan bahawa rasa atau kesenangan estetik adalah tidak mengandungi kepentingan tertentu, ianya lahir dari semula jadi.

    Dalam buku Education Through Art, Herbert Read (1958) membuat banyak persoalan tentang pengertian seni. Menurutnya pendefinisian seni sangat sukar difahami dalam sejarah pemikiran manusia kerana ianya berkonsep metafizik. Beliau mengaitkan pernafasan manusia dengan irama muzik. Secara langsung seni itu terlibat melalui persepsi, pemikiran dan tindakan manusia. Beliau juga kaitkan seni sebagai Form atau bentuk. Kenyataan Herbert Read (1958) What is art? But we can say, to begin with, that common to all works of art is something we call FORM. Beliau menyatakan jika seseorang bermain dengan baik, atau berjalan dengan baik, atau melakukan apa saja dengan baik, kita katakan bahawa ia adalah dalam bentuk yang baik. Dengan ini bererti mereka melakukan apa yang mereka berusaha untuk melakukan sebaik-baiknya.

    1.2. PEREKA BENTUK pereka bentuk juga adalah se-

    bagai pengkarya dalam Seni Visual.

    1.3. REKA BENTUK BASIKAL Reka bentuk Indrustri merupakan

    salah satu perekaan yang memberi kesan konsep form

  • 4Ini bermakna bahawa tubuh mereka berada dalam kondisi yang baik, bahawa mereka melihat dan mendengar dan bertindak cepat dan cekap. Jika kita menggunakan kata yang sama tentang menyanyikan lagu atau bermain biola atau bertindak dalam memainkan, maka kita sudah menggunakan Form atau bentuk dalam kaitannya dengan seni. Oleh yang demikian beliau menerangkan bahawa bentuk seni adalah penglibatan antara seniman dengan karyanya. Seniman akan menghasilkan karya-karya seni dalam bentuk-bentuk yang menyenangkan.

    Pengertian seni telah menjadi perbincangan di kalangan tokoh-tokoh seni misalnya seorang tokoh terkenal dari Rusia dalam abad ke-19 iaitu LeoTolsoi dalam bukunya bertajuk What is Art? Yang diterbitkan dalam tahun 1869. Belaiu telah mengemukakan tentang persoalan seni. Persoalannya adakah pengertian seni itu bermula dengan karya seni atau seniman itu

    sendiri. Nathan Knobler dalam Dialog Seni Tampak terjemahan Zakaria Ali (1985) telah menyatakan perbezaan dari segi takrif seni tertumpu kepada dua bidang utama:

    1. Pendapat yang menganggap karya seni semata-mata sebagai pengucapan diri dan penyampaian idea dan emosi.

    2. Pendapat yang memandang karya seni sebagai objek untuk diamati selaku benda yang khas tanpa adanya rujukan kepada bidang pengalaman yang lain, dan jika pun ada hanya sedikit sahaja.

    Oleh yang demikian, persoalan pertanyaan yang berkehendakkan jawapan kepada pengertian seni itu sudah hampir terjawab. Personalnya paling asas ialah apakah karya atau objek seni ditakrifkan sebagai pentakrifan seni ataupun seniman yang terlibat itu dirangkumkan sebagai takrif seni.

    1.4. ABDUL GHANI Pemandangan (2005) Cat air Peribadi

  • 5Tertarik dengan kata-kata Fichner.L & Rathus dalam bukunya bertajuk Understanding Art (2004), menyatakan bahawa ramai ahli falsafah berpendapat bahawa seni tidak mempunyai fungsi tertentu sebaliknya seni itu adalah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Mereka telah menegaskan bahawa ada sesuatu tentang esensi seni yang terlalu melampaui keasyikan manusia berbanding dengan aspek kegunaan. Oleh yang demikian mereka mencuba untuk menganalisis seni secara dekat, salah satu ialah melihat kekaguman dan keindahan dalam kandungan karya seni itu. Namun, pemahaman kita dan apresiasi seni sering dapat dipertingkatkan dengan mengajukan soalan berikut; Mengapa ini diciptakan? Apakah tujuannya? Pada pandangan Fichner.L & Rathus, mungkin kita tidak akan sampai pada satu tahap pendefinisian seni yang tepat, tetapi kita boleh terima untuk memahami seni dengan mengetahui apa yang ada pada seni dan apa yang tiada pada seni?.

    Untuk menjawab beberapa soalan itu saya tertarik dengan apa yang diperkatakan dalam

    buku Art Forms edisi ke-6 yang menyatakan bahawa seni itu ialah kecantikan, sebagai contohnya ialah kebenaran dalam kehidupan itu sendiri. Banyak kamus mendefinisikan seni adalah indah, menarik, atau lebih daripada kepentingan biasa. Karya seni merupakan ekspresi estetik dari sebuah idea atau pengalaman yang dibentuk dengan kemahiran melalui penggunaan media dan teknik. Media adalah bahan tertentu yang dipilih bersama-sama dengan kemahiran teknik-teknik tertentu. Pengkarya memilih media dan teknik untuk menyampaikan idea-idea dan perasaan yang mereka. Ketika media dan teknik digunakan maka lahirlah objek atau persembahan yang memberi sumbangan dalam bentuk apresiasi ataupun memberi fungsi dalam kehidupan, itulah hasil dari produk akhir sesebuah karya seni sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan.

    Pandangan Aaron Scharf dalam bukunya bertajuk Introduction to Art (1971) telah membuat beberapa soalan bagi menentukan sesebuah karya seni, beliau meminta kita membayangkan sebuah catan dan jangan

    1.5. PELUKIS pelukis memilih media untuk melahirkan idea-idea dan memberi sumbangan

    dalam bentuk apresiasi atau pun fungsi seni dalam kehidupan.

  • 6meragui lagi, maka itulah yang dipanggil sebagai sebuah karya seni. Katakanlah tiba-tiba seseorang datang dan mencabar kita dan berkata: Ini bukan sebuah karya seni?. Oleh yang demikian beliau membuat beberapa soalan agar kita fikirkan tentang karya seni. Antara pernyataan berikut, yang berdepan dengan kualiti atau keadaan yang diperlukan dalam suatu karya seni:

    Persoalan 1: Adakah sebuah karya seni perlu mempunyai kemahiran menghasilkan?.

    Persoalan 2: Adakah sebuah karya seni harus sangat indah?.

    Persoalan 3: Adakah sebuah karya seni harus mampu saya untuk melihat sesuatu yang baru?.

    Persoalan 4: Adakah sebuah karya seni yang pasti adalah dari hasil karya oleh seniman yang telah berjaya?.

    Persoalan ini sangat menarik untuk memperkatakan pengertian seni dalam konteks karya seni. Perbincangan persoalan ini bolehlah dibincangkan lagi dan sudah tentu perkara ini menjadi rangsangan kepada kita bagi menentukan pengertian dalam sesebuah karya seni.

    Pendapat Knobler. N (1985) tentang seni boleh menjadi kesimpulan pada persoalan yang dibincangkan, antara lain beliau mentakrifkan seni ialah: hasil buatan manusia yang menggunakan bahan yang diatur dengan mahir untuk menyuarakan pengalaman manusia.

    Berbalik kepada Seni Visual, bentuk seni juga boleh diklasifikasikan dalam bentuk 2D, 3D dan 4D. Dalam apa juga bentuk yang ditafsirkan tentang karya seni ianya tidak lari dari sentuhan seorang seniman itu sendiri sama ada dibuat dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan.

    1.6. ARCA KARYA RAJA SHAHRIMAN Arca merupakan bidang pengkaryaan yang dikelompak seb-

    agai bidang Seni halus

    1.7. REKA BENTUK KERUSI AERON Reka bentuk merupakan bidang yang memerlukan kemahi-

    ran yang tingga dari segi ciptaan. Bidang ini dikelompokkan sebagi bidang perekaan.

  • 7Seni sebagai komunikasiSering kali kita mendengar bahawa seni adalah sebagai komunikasi. Komunikasi secara umumnya ialah perhubungan antara dua elemen. Adalah sukar untuk mentafsirkan bahawa seni sebagai komunikasi. Adakah karya yang dilukis oleh Syed Ahmad Jamal bertajuk Sirih Pinang (Rajah 1.8) mempunyai komunikasi? Cuba kita fikirkan apa yang hendak disalurkan sebagai elemen komunikasi?. Ternyata ada kebenaran seperti dikatakan oleh Hayakawa bahawa bahasa visual lebih halus dan teliti berbanding dengan bahasa verbal, kerana bahasa visual terus disedari dan difahami melalui penglihatan mata. Secara langsung komunikasi telah berlaku melalui penglihatan dan pengamatan visual. Kenyataan Hayakawa menunjukkan bahawa pengalaman visual kita tentang dunia ini begitu sangat berpengaruh dan merupakan bahasa non verbal secara semula jadi. Dalam seni visual, pengalaman visual adalah sangat penting. Kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan bahawa pengalaman hanyalah melalui persepsi.

    Sesungguhnya sebutan atau perkataan seni visual adalah dua bahasa yang berbeza. seni bermaksud halus dan visual bermaksud penglihatan. Secara umumnya bidang seni visual merangkumi pembinaan karya melalui hal benda (subjek), aspek formal (form) dan kandungan (content). Pengolahan karya melalui bahasa visual (aspek formal) menjadi komunikasi antara pengkarya dengan penonton (pengamat) karya. Mata manusia mempunyai sambungan tersendiri untuk fikiran dan melahirkan emosi.

    Dalam konteks seni, tafsiran seniman atau pelukis tentang hal benda (subjek) adalah lebih penting daripada subjek sebenar. Subjek tidak membuat seni, sebaliknya senimanlah mengolah subjek menjadi bentuk seni.

    Sementara itu dalam bidang komunikasi visual ternyata komunikasi menjadi elemen utama untuk penyataan yang afektif. Keperluan pemujukan, pengaruh dan keterbacaan sangat mempengaruhi unsur-unsur komunikasi itu. Unik sekali, bidang seni ini sangat mempengaruhi komunikasi manusia. Ternyata pada masa kini komunikasi secara visual menjadi kekuatan

    1.8. SIRIH PINANG (1982) Syed Ahmad Jamal Akrilik atas Kanvas Koleksi Balai Seni Lukis Negara

  • 8dalam suasana kehidupan moden iaitu melalui media elektronik.

    Seni mencipta keindahanSeni selalu menambah keindahan dalam hidup kita. Kadang-kala, seniman telah memandang alam sebagai standard keindahan mereka membuat peniruan pada alam. Seniman juga mengindahkan alam ini dengan reka bentuk persekitaran. Orang-orang Yunani Klasik sangat obsesi dengan idea keindahan dan formula matematik kuno untuk mencipta karya arca tubuh manusia dalam mencuba melahirkan seakan-akan tubuh sebenar ciptaan tuhan. Begitu juga dengan pelukis di abad ke 16 iaitu Leonardo da Vinci, dengan karya catan Mona Liza yang dikatakan adalah antara karya yang indah dan cantik kerana senyuman. Kecantikan Mona Liza adalah kecantikan kewanitaan Itali pada ketika itu. Berbanding pada tempat yang lain

    seni memberi inspirasi yang indah dan cantik melalui aksesori hiasan seperti kaum wanita orang asli di Afrika. Mungkin keindahan dan kecantikan seni itu berbeza dari suatu tempat atau daerah, namun sesungguhnya seni itu menghasilkan sesuatu yang indah Seni itu memberi input yang indah secara intrinsik dan lebih unggul dari yang lain. Pandangan tentang keindahan oleh Edgar Carritt pada tahun 1914 yang menyatakan bahawa keindahan adalah sebagai pertalian antara sifat objek fizikal dengan kepekaan manusia. Sementara seorang tokoh falsafah estetik Immanuel Kant pula berpendapat bahawa keindahan adalah suatu gerak balas kepada deria tampak, dengar atau sentuh untuk memberi kesan keseronokan.

    Seni meningkatkan keindahan persekitaranDekorasi dalam sesebuah rumah tentunya memerlukan keindahan dengan mempamerkan lukisan dan gambar foto yang menarik. Dalam sebuah kamar bilik tidur memerlukan hiasan-hiasan dan perabot yang cantik bagi ketenangan penghuninya. Nah, inilah kepentingan seni sebagai dekoratif yang menjadi pilihan ramai. Deria visual akan terpesona dengan hiasan dan dekoratif dari pereka bentuk dalaman menyusun dan memilih hiasan penarik. Begitu juga ruang halaman rumah perlu dihiasi dengan adunan tanaman bunga dan pokok-pokok yang menarik sebagai hiasan landskap. Kesemua ini adalah hasil dari kerja-kerja pereka seni hiasan dalaman dan hiasan landskap.

    Mengikut sejarah, hiasan didinding telah lama digunakan melalui hiasan mozek dan karya-karya yang menggambarkan flora dan fauna yang berwarna-warni. Arca menjadi elemen yang penting untuk menambah serikan lagi hiasan luaran dan sokongan perabot landskap.

    1.9. MONA LISA ( 1503-1505) Leonardo da Vinci Cat Minyak atas panel kayu Musium Louvre Paris.

  • 91.10. SYBILLE DE CUMMES Michelangelo Siling Sistine Chapel In the

    Vatican

    1.11. FOUR MARILYNS (1962) Andy Warhol

    Cetakan Sutra Saring

    Seni dapat menggambarkan situasi lebih menarik Seni dikatakan sebagai alat yang berkuasa dan membolehkan imej yang akan dilukis diolah lebih menarik dari yang asal. Ramai pelukis melukis catan figuratif dengan teliti hingga mendapatkan kesan yang sungguh indah dan menarik. Ramai pelukis di zaman Renaisans telah melukis figuratif berlebih-lebihan hingga menampakkan terlalu sempurna. Lihat saja catan karya catan bertajuk Sybille de Cummes pada atas siling Sistine Chapel In the Vatican, Rome (1508-1512) yang dilukis oleh Michelangelo Buonarroti. Catan-catan figura yang bertubuh sasa yang menunjukkan manusia yang dilukis lebih sempurna sifatnya. Ramai pelukis akan melukis objek yang dilukis lebih sempurna dan akan kelihatan lebih menarik agar memberi keseronokan kepada penghayat yang menyaksikan karya catan itu.

    Seni sebagai sumber peringatanMonumen-monumen sejarah adalah sebagai tempat mengingati sejarah sesuatu peristiwa dan tokoh. Peranan lukisan, catan, arca dan fotografi adalah menentukan suasana memperingati itu lebih bermakna. Tugu Negara adalah sebagai contoh sebuah arca bagi memperingati perjuangan kepahlawanan negara menuntut kemerdekaan.

    Bagi pelukis Andy Warhol seorang seniman catan Pop telah mengabdikan karyanya di atas kanvas dengan karya pelakon Hollywood wanita terkenal iaitu Marilyn Monroe yang bertajuk Four Marilyns (1962). Karya menggunakan teknik cetakan sutera saring di atas kanvas telah mengingatkan kita tentang seorang pelakon terkenal tahun-tahun 1950-60 di layar perak.

    Seni sebagai aspirasi keagamaanSejarah tamadun manusia menjadikan agama sebagai cara hidup. Agama adalah suatu kepercayaan yang dianuti oleh

  • 10

    seluruh umat manusia yang mempercayai adanya alam ghaib iaitu adanya kuasa yang menentukan jalan hidup dan kehidupan selepas mati. Sejak kemunculan awal tamadun manusia, seni telah digunakan untuk mengekspresikan harapan untuk kesuburan, untuk mengambil hati para dewa, untuk melambangkan acara keagamaan yang besar dan nilai-nilai, dan untuk memuji langit jiwa yang telah meninggal dunia. Upacara ritual juga di amalkan sebagai manifestasi melalui pemujaan untuk roh baik dan roh jahat di samping sebagai jampi serapah untuk perubatan. Sebagai contoh orang Mesir purba banyak menggunakan lukisan sebagai manifestasi terhadap agama mereka. Lukisan yang terdapat pada dinding piramid mempunyai maksud tentang keyakinan mereka kehidupan selepas mati antara lukisan didinding seperti dewa, dewi, ratu, raja dan burung. Keyakinan mereka bahawa kehidupan selepas mati manusia akan menjadi seekor burung.

    Seni sebagai ekspresi fantasi Seorang Pelukis Perancis bernama Odilon Redon pernah berkata bahawa a kind of drawing which the imagination has liberated from any concern with the details of reality in order to allow it to serve freely for the represen tation of things conceived in the mind. Seniman dapat mengekspresikan fantasi dalam karya-karya mereka. Ekspresi fantasi merupakan imaginasi yang sangat hebat di kalangan seniman. Sama ada dalam bidang seni halus, komunikasi visual, perfileman dan bidang seni yang lain. Pendapat seorang ahli psikologi Sigmund Freud terhadap alam bawah sedar memberi kesan terhadap

    pelukis-pelukis. Antaranya seperti lukisan Aliran Surealisme, antara pelukis seperti Jonh Miro, Salvador Dali (1904-1989),Marc Chagall dan pelukis tempatan seperti Ali Rahmat dan Anuar Rashid yang melukis suatu suasana bawah sedar dan fantasi.

    Seni mempunyai kuasa untuk membuat kita berfikir dan membuat kita beremosi. Sungguhpun dikatakan hasil seni adalah indah dan cantik namun ada karya-karya yang bersifat kontroversi. Sifat kontroversi ini adalah suatu yang merangsang fikiran penghayat seni. Sama juga seniman menggunakan imej, teknik ataupun media sebagai untuk merangsangkan penghayat seni. Lihat sahaja karya-karya yang dilukis oleh Bayu Utomo Radjikin bertajuk bujang senang kita merasai terdapat nilai intelektual dan emosi dalam karya beliau. Karya instalasi Zulkifli Yusuf bertajuk Dialogue II Dont Play During to Magrib jelas melemparkan kesan intelektual dan emosi yang ketara melalui imej dan susunan ruang membuatkan kita berfikir terhadap karya tersebut.

    1.12. SOFT CONSTRUCTION WITH BOILED BEANS (PREMONITION OF CIVIL WAR) 1936

    Salvador Dali

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

  • 11

    Seni perakam peristiwa dan sejarahSejak mula melukis sebagai aktiviti manusia, seni lukis menjadi perakam aktiviti dan dokumentasi sejarah manusia. Dokumentasi sejarah sejak zaman batu lagi menggunakan artifak seni sebagai bahan bukti, ternyata perjumpaan-perjumpaan arkeologi mendapati manusia bertamadun dengan adanya hasilan seni gunaan. Seni juga berperanan merakamkan pengalaman peribadi terutama di kalangan orang bangsawan. Perkembangan awal lukisan menunjukkan bahawa pelukis merakamkan peristiwa-peristiwa penting di zamannya. Sebagai contoh lukisan Rumah Melayu awal dirakamkan oleh pelukis-pelukis Inggeris yang datang ke Tanah Melayu bersama pembesar-pembesar mereka.

    Seni dalam konteks sosial dan budayaSesungguhnya sesuatu bangsa itu mempunyai budayanya tersendiri. Budaya itu bergantung pada sejauh mana tamadun sesuatu bangsa itu maju dan mundur. Budaya berlaku bersama arus kesenian. Namun kesenian dan budaya itu pula selalunya diadunkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Dalam konteks tamadun zaman dahulu segala alat domestik menjadi aspek penting sebagai alat harian dan digunakan oleh manusia. Aspek kesenian bukan sahaja dari aspek penggunaan malah aksesori diri dan upacara ritual. Pada masa kita dalam konteks sosial seni menjadi suatu budaya manusia. Beberapa tokoh berpendapat budaya visual yang melanda sekarang adalah suatu revolusi seni visual. Persoalan-persoalan yang perlu kita renungi kini ialah bagaimana pengaruh reka bentuk atau design dalam kehidupan harian manusia kini. Begitu juga bagaimana pengaruh media seperti perfileman, televison komputer dan sebagainya menjadi budaya manusia. Semuanya menggunakan elemen seni.

    1.13. DIOLODUE II, DONT PLAY DURING MAGRIB (1996)

    Zulkifli Yusof Instalasi

    1.12. BUJANG BERANI (1991) Bayu Otomo Radjkin Metal dan Plaster of Paris

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

    CONTOH

  • 12

    1.1.Pengkaryaan dan PerekaanDalam konteks Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM, Pengertian Seni Visual merangkumi pecahan kepada dua kumpulan iaitu:

    1. Pengkaryaan

    2. Perekaan.

    Pengertian ini lebih tertumpu pada displin seni visual yang merangkumi aspek teori dan amali. Namun demikian, pengertian yang dinyatakan sebelum ini telah banyak membantu kefahaman terhadap konsep seni visual. Aspek teori seni visual akan dihayati dengan menghayati apresiasi terhadap hasil karya-karya pengkaryaan dan perekaan.

    Aspek amali memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menghasilkan sebuah karya. Paling penting sesebuah karya itu mempunyai nilai kreativiti melalui penerokaan teknik dan bahan. Karya-karya

    yang dihasilkan kebiasaannya dalam bentuk 2D atau 3D.

    Sebuah karya seni visual yang berjaya dapat menentukan persoalan subjek (hal benda), Aspek formal (bentuk seni) dan isi kandungan yang dapat diselaraskan dengan baik melalui olahan teknik dan media dengan betul.

    Media adalah bahantara yang digunakan untuk mengolah sesuatu hasil karya melalui idea yang hendak disampaikan. Contoh media seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, media campuran dan sebagainya.

    Teknik adalah kaedah yang digunakan oleh pengkarya untuk mengolah media untuk membentuk subjek yang akan dihasilkan. Dalam seni halus banyak teknik-teknik digunakan, misalnya melukis menggunakan bahan cat minyak, teknik impasto, teknik glazing atau teknik scumbling mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.

    SENI VISUAL

    PENGKARYAAN

    SENI HALUS KOMUNIKSIVISUAL

    REKA BENTUKTEKNOLOGI

    REKA BENTUKPERSEKITARAN

    LukisanCatanCetakanArca

    GrafikMultimediaAnimasiLaman Web

    IndustriAutomobilSeramikFesyenTekstilLogam Halus

    LandskapHiasan Dalam

    PEREKAAN

    1.14. Rajah Bidang Seni Visual STPM

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

  • 13

    1.2. ApresiasiApresiasi juga disamakan dengan maksud penghayatan adalah kesedaran terhadap nilai-nilai seni visual dan kebudayaan melalui penilaian dan penghargaan. Apresiasi seni visual merupakan wacana tentang apa jua yang berkaitan dengan karya seni samada secara bertulis atau secara lisan. Apresiasi kebiasaan dikaitkan dengan sejarah dan kritikan seni.

    Menurut Al-Hurwitz dan Michael Day (2012) dalam buku bertajuk Children Art Their Art: Art Education for Elementary and Middle Schools edisi ke 9; Kata kunci pada aprisiasi seni ialah menghargai. Aprisiasi juga melibatkan pengambilalihan pengetahuan yang berkaitan dengan objek seni, pengkarya dan media yang digunakan untuk tatapan pengayaan seni visual dalam sejarah melalui membangunkan persoalan pengertian kritikan seni. Menurutnya lagi, Apresiasi boleh bermula dengan reaksi spontan dan intuitif, tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja. Satu kaedah untuk memahami aprisiasi secara mendalam perlu ada satu pendekatan yang berbeza untuk melihat apresiasi seni. Cara yang prosesioanal ialah melalui kritikan seni.

    Penglibatan apresiasi melibatkan seseorang menengetahui serta menyedari sepenuhnya hingga kepada memberi penilian terhadap karya seni visual. Pada umumnya kegiatan apresiasi seni adalah proses penghayatan pada karya dan karyawan seni. Proses penghayatan adalah melalui tahapan: pengamatan, pemahaman, tanggapan, evaluasi hingga penghayatan. Pendekatan membicarakan karya seni tidak saja tertumbu kepada subjek dan kandungan malah membicarakan tentang tokoh.

    Kegiatan berapresiasi akan mencapai puncak apabila terjadi kesesuaian penghayatan antara pencipta dan pengamat, dan pada saat itulah pengamat memperoleh pengalaman estetik. Hal itu dapat dicapai apabila pengamat telah memiliki kemampuan mengapresiasi dengan benar. Oleh karena itu persyaratan yang harus dikuasai adalah

    tidak hanya melihat objek seni semata-mata, tetapi diperlukan pemusatan perhatian, perasaan yang cukup tajam, daya fantasi yang cukup tinggi, peka isi kandungan karya seni serta mampu menilainya. Setalah pengamat mampu menyerap muatan nilai pada seni itu maka ia akan mampu menghargainya.

    Keadaan ini sesuai dengan definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, Istilah Presiasi ialah: (aprsiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dengan lebih bermakna dan berkesan.

    Apresiasi juga dipengaruhi oleh fahaman konsep persepsi, kepekaan, tafsiran, rasa, keutamaan, penilaian dan atau penghakiman. Penghargaan dilebirkan dengan keindahan dan kecantikan melalui pengalaman estetik. Dalam falsafah estetik serta dalam kehidupan seharian, konsep keindahan dan kecantikan memberi penghargaan dalam karya seni visual.

    John A. Michael (1983) dalam bukunya Art and Adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

    1. Pendekatan secara logik

    2. Pendekatan secara psiklogi

    Pendekatan secara logik:

    1. Kaedah Penerangan: seperti melalui pembacaan, mengkaji, tinjauan teknik melukis proses, nilai estetik dan penaruh

    2. Kaedah Pemerhatian: Lawatan Ke Balai Seni Visual, menonton filem, melihat gambar dsb

    CONTOH

  • 14

    3. Kaedah Perbandingan: Analisis, penilaian, perbandingan dengan sesuatu karya

    4. Kaedah Produk: membuat semula mengikut gaya pelukis, bekerjasama dengan pelukis.

    Pendekatan secara psikologi

    Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Melalui pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam terhadap penghayat. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima maklum balas dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

    Cadangan aktiviti kaedah ini ialah perbincangan dan diskusi seni, kritikan seni, pameran, menghasilkan buku skrap dan sebagainya.

    Kaedah melihat Karya seni

    Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

    1. Hedonistic kaedah ini adalah kaedah menyatakan secara spontan dengan perasaan yang telus sepert suka, gemar, tidak suka

    2. Kontekstualistik pemerhatian dibuat secar ilmiah, sistematik. Kaedah ini memerlukan seseorang mempunyai pengetahuan dari aspek sejarah dan pentahui ilmu seni visual

    3. Organistik kaedah ini menjurus pada aturan atau system yang teracang mengikut kreteria seni visual. Misalnya membicarakan karya dalam aspek formal.

    4. Normistik merujuk pendekatan aspek nilai agama, budaya dan masyarakat

    5. Elektik kaedah ini lebih berbentuk bersepadu dan holistic. Biasanya kaedah ini adalah pemerhatian secara rawak

    1.15. BALAI SENI VISUAL NEGARA Terkumpulnya karya Seni Visual

    1.16. MUZIUM NEGARA Koleksi budaya Negara

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

    CONTOH

  • 15

    Seni visual melibatkan sentuhan kreativiti dari kalangan pengkarya samada pelukis, pereka cipta atau pun pandai tukang. Sentuhan kreatif melibatkan secara dalaman dan pengaruh persekitaran, namun karya yang dilahirkan secara kreatif itu tidak akan Berjaya sekiranya tidak diperagakan dan dimiliki oleh pengemar. Secara umumnya karya-karya seni visual melibatkan seni halus, reka bentuk komunikasi visual, reka bentuk industry, reka bentuk persekitaran dan kraf adalah cantuman dari kemahiran bakat melalui eksplorasi dan kajian.

    Kebanyakan karya seni visual adalah memiliki keaslian dan mempunyai identiti tersendiri, justru karya-karya ini mempunyai keistimewaan. Pengkarya memerlukan minda untuk berfikir kearah penghasilan yang bermutu tinggi. Siperti kata pelukis agung Michelangelo pelukis menggunakan minda untuk melukis tidak tidak hanya melukis menggunakan tangan. Kenyataan ini Nampak jelas bahawa unsur psikologi banyak mempengaruhi dalam penghasilan

    karya seni visual. Faktor persekitaran adalah membantu untuk merangsangkan minda pengkarya untuk mendapatkan hal benda atau subjek metter akan akan dihasilkan. Ambil contoh pereka bentuk kereta Valkswagen bernama Profesor Dr. Ferdinand Porsche mencipta keretakan dalam tahun 1939 melalui pemerhatian imej kumbang lady bird. Atas desakan keperluan peperangan perang dunia kedua kereta ini dihasilkan secara inovatif dengan tidak mengguna campuran bahan air pada engine kereta itu. Kereta itu mendapat sambutan daripada penduduk Jerman, malah seluruh dunia.

    Peranan seni visual terhadap perkembagan tamadun manusia begitu menonjol hinggalah pada masa kini zaman industry kreatif dan inovasi mendapat tempat dalam sector ekonomi sesebuah Negara. Peranan psikologi, sosologi dan peranan penaungan atau pengemar seni visual menjadi factor penting dalam suasana penciptaan dan perekaan karya seni visual.

    1.17. KUMBANG Sumber inspirasi untuk reka bentuk

    kereta Valkswagen

    1.18. KERETA VALKSWAGEN Pereka bentuk oleh Profesor Dr. Ferdinand Porsche

    CONTOH

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

    hassan mohd ghazaliBuku Seni Visual STPM

    PERANAN SENI VISUAL

  • 16

    2.1. Peranan PsikologiEfland A.D (2002) dalam buku bertajuk Art and Cognition telah menyatakan bahawa sejak zaman dahulu lagi ramai yang menyatakan apabila menyebut bidang pemikiran maka mereka akan menyatakan tokohnya ialah Einstein atau Newton dan tidak menyebut pelukis Rembrandt atau Picasso. Ini adalah kerana mereka menggangap bahawa kerja-kerja seni visual tidak melibatkan kognitif atau minda dan jauh sekali melibatkan bidang psikologi. Persoalan ini adalah kerana bidang psikologi melibatkan intelektual dan menggunakan kognitif.

    Efland mengaitkan kenyataan Plato mengenai mimesis iaitu peniruan dikalangan pelukis yang dianggap rendah nilainya. Kenyataan Plato itu menjadi titik tolak kepada perbincangan selanjutnya mengenai peranan pengkarya atau pelukis dalam penghasilan karya. Begitu juga beliau mengaitkan peranan pemikiran, intelktual dan psikologi dalam menentukan penghasilan sebuah karya dan produk seni. Sekiranya kita melihat karya seni dari sudut keindahan dan kecantikan maka secara kasar tidak ada langsung unsur-unsur intelektual yang dapat dilihat. Lihat sahaja sebuah karya Mohd Sallehuddin bertajuk Membeli Belah Di Kampung (1959) Koleksi Balai Seni Visual Negara. Karya tersebut penuh dengan unsur psikologi yang melibatkan sentuhan perasaan perpaduan yang diperlukan pada masa awal keperdekaan Malaysia. Disamping itu terdapat kritikan sosial yang melambangkan ekonomi, sosial dan etika.

    Di tinjau dari aspek makna psikologi (dari bahasa Yunani Kuno: psyche = jiwa dan logos = kajian mengenai sesuatu. Psikologi merujuk kepada mengkaji ilmu yang mempelajari tingkah laku dan proses mental.sejarah awal psikologi adalah bermula sejak zaman Yunani purba dan ahli falsafah yang terkenal ialah Plato dan Aristotal. Pada masa itu persoalan-persoalan dikemukakan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas bagi menentukan perkara yang logik.

    Menurut kamus dewan edisi empat menyatakan psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan

    Wilhelm Maximilian Wundt adalah bapa eksperimental psikologi (experimental psychology) yang telah mengakaji pengalaman sedar dalam diri manusia. Menurut beliau tiga komponen yang lahir dalam diri pengalaman sedar manusia iaitu:

    1. Sensasi yang meliputi penglihatan, bunyi, bau dan rasa.

    2. Imej adalah berdasarkan kepada pengalaman atau peristiwa dan

    3. Afektif adalah perasaan reaksi emosi seperti cinta, kasih sayang, cemburu dan bahagia.

    Sebenarnya eksperimental psikologi secara langsung melibatkan bidang seni visual, kerana ianya menyentuh persoalan emosi, sensitiviti, motivasi dan persepsi.

    Abd Majid dan Rahil (1997), menyatakan pakar-pakar psikologi mengasaskan teori-

    1.19. MEMBELI BELAH DIKAMPUNG (1959)

    Mohd Sallehuddin

  • 17

    teori yang diutarakan dengan tujuan untuk memahami diri manusia dari segi kehidupan. Untuk mencapai matlamat ini, empat objektif telah dikemukakan sebagai jalan kearah mencari jawapan iaitu:

    1. Memperihalkan (describe),

    2. Menerangkan (explain)

    3. Mengawal (control)

    4. Meramalkan (predict)

    Dalam konteks seni visual pengkarya akan melihat dari sudut isu atau hal benda dalam menangani tentang memperihalkan dan apabila mengharya melahirkan karyanya secara langsung telah menunjukkan pengkarya itu menerangkan. Semasa proses berkarya, pengkarya akan memilih dan menapis imej atau isu yang akan ditonjolkan disitulah timbulnya mengawal. Dak akhirnya apabila karya itu akan diperagakan karya itu akan di kritik dari segi konsep pengkeriti iaitu meramalkan apa yang diperkatakan oleh pengkarya.

    Bagi menghadapi persoalan psikologi dalam seni visual secara tidak langsung isu berkaitan dalaman diri (jiwa) pengkarya menjadi fokus utama apabila melihat karya-karya yang dihasilkan. Persoalan sensitiviti, emosi, imeginasi, ekpirasi dan kreativiti adalah menjadi perbincangan tentang hasilan karya. Tanpa ada rasa psikologi pengkaraya tidak dapat berfikir dan melahirkan karya yang berjaya. Berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada

    kepada situasi lain. Para pakar Ilmu Psikologi mengakui bahawa terdapat dua cara berfikir iaitu:

    1. Berfikir cara analitikal-logikal, dan

    2. Berfikir cara kreatif.

    Cara berfikir analitikal-logikal menjurus kepada reaksi atau tindak balas yang dikehendaki oleh pihak pencabar. Hanya satu jawapan yang betul, dalam konteks ini. Langkah ini membentuk sikap konfirmiti akan persekitaran yang terhad, tanpa berani mengemukakan idea-idea baru.

    Sementara itu, cara berfikir kreatif lebih terbuka dan yakin bahawa banyak jawapan yang dapat diajukan untuk setiap persoalan. Pemikiran kreatif turut mencabar penyelesaian yang sedia wujud demi pencarian dan pilihan penyelesaian atau idea baru. Pemikiran cara ini mengetengahkan serta mencuba gagasan segar dan baru, malah mungkin akan menyeleweng daripada kelaziman. Jawapan-jawapannya bukan sahaja pelbagai, malah lebih positif.

    1.20. TARGET WITH FOUR FACE S, (1955)

    Jasper Johns

  • 18

    Dalam realiti kehidupan, pemikiran kreatif lebih berdaya saing dan berdaya tahan apabila berhadapan dengan cabaran dan kemungkinan. Di sinilah kebiasaan berlaku pada pengkarya seni visual terutama bidang seni halus.

    Efland A.D (2002) sekali lagi mengangkat peranan psikologi dalam ulasanya sebuah karya oleh Jasper Johns bertajuk Target with Four Face s, 1955 Encaustic and collage on canvas with plaster casts 29 3/4 x 26 x 3 3/4 in. (75.5 x 71 x 9.7 cm.). dalam karya ini pelukis telah menterjemahkan menggunakan

    imajinasi, emosi, sensitiviti dan kreativiti dalam karyanya. Berikut adalah bagaimana konsep yang diutarakan oleh pelukis merujuk kepada komentar Eflan: ms 129:

    Secara langsung psikologi melihat dari aspek kognitif (minda) manusia, kerana segala rangsangan akan salur ke otak untuk berfungsi. Persoalan; bagaimana fungsi Sensitiviti, Emosi, Imeginasi dan Ekspresi melahirkan karya-karya seni visual yang kreatif?. Kalau ditinjau fungsi otak kanan kan otak kiri, teori menyatakan otak kanan berfungsi sebagai hal-hal yang berkaitan

    1.21. Gambarajah Anali-sis yang dibuat oleh Efland ter-hadap karya catan Target with Four Face s

  • 19

    EmosiBermula dengan karya seni yang awal diperbincangkan oleh Plato dan Aristotle, iaitu pemikir dalam tradisi barat sering mengulas mengenai hubungan rapat antara seni dan emosi. Plato dan Aristotle menyangka bahawa seni menimbulkan atau membangkitkan emosi, miskipun Plato tidak memberi penekanan kepentingan emosi dalam seni, namun Aristotle telah memberi kekuatan dan berpendapat bahawa penimbulan emosi oleh karya-karya dramatik tragedi boleh membantu untuk mengajar kita tentang kehidupan. Dalam era kemudian penekanan beralih dari penimbulan kepada perwakilan emosi sendiri. Karya-karya yang membangkitkan nafsu banyak dilahirkan oleh pelukis dalam abad ke-17 dan 18 pada zaman yang dikenali sebagai zaman Romantik dan pasca-Romantik memperlihatkan karya mereka menyedut menyatakan emosi sendiri dalam karyanya dan bukannya mewakili emosi orang lain.

    Perkataan emosi adalah berasal dari bahasa Perancis iaitu, motion, dari mouvoir, bermaksud kegembiraan. Sementara itu ditinjau bahasa dari bahasa Latin iaitu emovere, dari e- (varian eks-) luar dan movere bergerak. Namun, kebanyak ahli falsafah menyatakan emosi datangnya dari suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Kalau suka ia akan dating perasaan sayang dan cinta.

    Menurut Dr. Kamsiah Ismail, Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan- perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi. Beliau juga menyatakan bahawa emosi dapat menggambarkan perasaan yang kuat akan sesuatu yang sangat menyenangkan atau sangat mengganggu.

    Penyelidikan telah menunjukkan bahawa proses kognitif (otak), seperti membuat keputusan sangat dipengaruhi oleh emosi (Barrett et al.2007). Menurut English and

    English emosi adalah A complex feeling state accompanied bycharacteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas. Warna afektif di sini bermaksud sebagai perasaan tertentu yang dialami pada suatu situasi tertentu, contohnya rasa gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya. Sementara itu Goleman (1995), pula menyatakan kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan individu lain. Beliau cuba menerangkan kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui ujian kecerdasan IQ.

    Sementara itu difinisi emosi dari Kamus Oxfort online menyatakan a strong feeling deriving from ones circumstances, mood, or relationships with others.

    Mengapa Emosi penting pada manusia?

    Daniel Goleman (2005) dalam bukunya bertajuk Emotional Intelligence edisi 10 menyatakan 7 perkara pentingnya emosi pada diri manusia:

    1. Kelangsungan Hidup (Survival): iaitu keperluan berhubung dengan orang lain.

    2. Membuat Keputusan: Emosi dapat membantu memb uat keputusan. Sebagai contoh keputusan baik atau buruk sesuatu tindakan. Menurut kajian sekiranya system otak rasak maka emosi tidak dapat membuat keputusan yang baik.

    3. Membuat Jangkaan / Meramal Tingkahlaku (Predicting Behavior): membuat jangkaan tingkah laku sendiri dan tingkahlaku orang lain.

    4. Menentukan Batasan (Boundary Setting): Sebagai contoh apabila

  • 20

    rasa tidak selesa dengan perlakuan seseorang, emosi akan memberi kita isyarat. Emosi juga menjaga kesejahteraan dari segi kesihatan fizikal dan mental.

    5. Komunikasi : Emosi membantu manusia berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh ekspresi wajah dapat menyampaikan maklumat tentang apa yang kita rasa pada waktu itu seperti sedih, tersinggung, dan sebagainya

    6. Kegembiraan (Happiness): Cara sebenar mengetahui yang kita gembira apabila rasa gembira melalui raut wajah. Apabila rasa gembira manusia rasa puas, selesa dan mendapat nikmat. Lebih cepat mengenalpasti emosi, lebih mudah untuk mengenalpasti apa lagi yang diperlukan untuk rasa gembira.

    7. Penyatuan (Unity): Emosi mungkin punca potensi utama menyatukan umat manusia dalam pelbagai agama, bangsa, budaya, pegangan politik. Emosi adalah universal ianya boleh mengahargai empati, belas kasihan, kerjasama,kemaafan.

    Emosi dalam Seni Visual

    Kepentingan emosi dalam seni visual adalah cetusan dari hati naluri perasaan pengkarya yang dicetuskan melalui minda. Collingwood (1958) dalam bukunya The Principle of Art menyatakan bahawa pengkarya tidak dapat mengetahui bentuk emosi yang dapat dilahirkan kecuali dia meluahkan melalui karyanya. Emosi sangat penting dalam melahirkan sebuah karya seni. Peringkat awal pembangunan emosi kanak-kanak melalui aktiviti lukisan. Vanessa Gallo dalam esei bertajuk A Closer Lookat the Importance of Art for Your Childs Emotional Development menyatakan Kanak-kanak seringkali membuat aktiviti seni melalui pengalaman emosi dan mereka begitu asyek dengan aktiviti seni dan berkomunikasi melalui alat dan bahan seni seperti warna. Melalui aktiviti ini kanak-kanak akan berasa gembira dan mengembangkan potensi emosi mereka. Sementara Eisner (1998), telah menyatakan bahawa aktiviti seni visual kepada kanak-kanak memberi kepuasan langsung pada diri mereka. Melalui interaksi antara membina imej melalui bahan dan teknik kanak-kanak mendapat kepuasan emosi yang hakiki.

    1.22. GUERNICA (1937) Pablo Picasso

  • 21

    Semasa Renaissance, emosi dalam lukisan telah menyatakan melalui perwakilan perasaan oleh angka atau perkara yang digambarkan. Pada mulanya angka dirawat di agak cara yang sederhana dan menjadi lebih ekspresif sebagai gaya Baroque muncul. Ungkapan dan pergerakan muka dan badan melahirkan perasaan dalaman, menyatakan fikiran dan emosi angka.

    Dikalangan pelukis-pelukis, kesan emosi sangat mempengaruhi dalam karya-karya mereka hasilkan. Karya bertajuk Weeping Woman (1937) oleh Pablo Picasso sangat menampakan kesan emosi yang ketara melalui wajah kiubisme seorang wanita yang menangis. Picasso Berjaya menterjemahkan situasi emosi yang hebat melalui gaya pelukisan garisan-garisan yang tebal dan menunjukkan wanita yang menangis dengan memegang sapu tangan untuk mengelap air mata. Kesan emosi ini digambarkan oleh Picasso apabila beliau melihat kesan pengeboman oleh pihak Jerman dalam peristiwa Guernica dalam peperangan di Sepanyol awam pada 26 April 1937. Beliau juga membuat sebuah catan mural bertajuk Guernica (1937) bagi melahirkan perasaannya terhadap peristiwa itu. Karya catan Guernica

    (1937) dilukis dalam bentuk hitam, putih dan kelabu bersaiz 3.5 meter (11 kaki) tinggi dan 7.8 meter (25.6 kaki) lebar. Karya ini terletak di Muzium Reina Sofia di Madrid Sepanyol. Picasso mengambarkan keadaan penderitaan akibat pengeboman oleh tentera Jerman. Dilihat imej yang digambarkan oleh Picasso menunjukkangambaran penderitaan manusia dan haiwan dalam peperangan itu. Picasso secara emosi mengambarkan catan ini dalam bentuk hitam putih bagi memberi kesan emosi kepada pemerhati mengenai peristiwa itu.

    Karya Roy Lichtenstein, pelukis aliran Pop Berjaya melukis watak emosi wanita dalam karya-karyanya. Roy banyak melukis karya dengan imej komik dan Berjaya melahirkan kesan emosi pada raut wajah yang dilukis. Kesan emosi sedih, gembira dan tenang digambarkan melalui karya-karyannya.

    Henri Matisse yang terkenal dalam aliran Fauve banyak menghasilkan karya-karya yang memberi kesan emosi. Minsalnya karay bertajuk Portrait of Madame Matisse. (The green line) 1905 menggunakan media cat minyak, tempera atas kanvas memperlihatkan wajah wanita yang tenang. Matisse menggunakan warna dan ekspresi

    1.23. WEEPING WOMAN (1937) Pablo Picasso

    1.24. Catan Guernica oleh Pablo Picasso yang dipameikan di Muzium Reina Sofia di Madrid Sepanyol

  • 22

    muka untuk melahirkan kesan emosi pada karyanya. Sementara karya bertajuk La danse (1910) menunjukan suasana kegembiraan pada imej yang dilukis, lima figura berpengang tangan dan membuat bulatan sambil menari menunjukan emosi gembira. Karya bertajuk The Dessert: Harmony in Red (The Red Room) 1908 mengambarkan kesan harmoni melalui calitan warna. Dan kesan warna merah paling ketara dalam karya ini mengambarkan mod emosi dalam karya tersebut.

  • 23

    Sensitiviti dalam Seni VisualMenurut kamus Dewan Bahasa dan Pustakan (2010), sensitiviti bermaksud keadaan sensitiviti atau kepekaan. Sesitif membawa maksud mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan).

    Sensitiviti dalam Seni Visual lebih kepada tindakbalas pengkarya terhadap sesuatu isu yang disampaikan. Pengkarya dapat mengesan melalui tindak balas emosi melalui sensitiviti atau kepakaannya terhdap isu-isu. Sebagai contoh isu peperangan dan kemanusian memberi kesan kepada alam sekitar, maka pelukis atau pengkarya mengahilkan sensitivity nya terhadap isu itu. Pengkarya menyampaikan tindak balas sensitivity melalui penyataan karya dalam bentuk kritikan atau ekspresi diri. Secara langsung karya yang dihasilkan adalah satu mesej kepada penonton atas dasar kepekaan isu yang disampaikan.

    Namun demikian, sensitiviti juga adalah kesan tindak balas penonton terhadap karya tersebut. Missalnya mesej yang disampaikan

    oleh pengkarya membawa unsur perkauman atau keagamaan memberi reaksi nagetif terhadap penonton karya. Oleh yang demikian sensitif atau tidak sensitif manusia adalah mengikut apa rangsang yang diterima. Sementara rangsangan itu akan menibulkan kesan perasaan dan emosi. Kebiasaannya manusia akan merasa sesitif apabila isu-isu yang disentuh adalah hal-hal berkaitan persoalan politik, nasionalisme, agama, fizikal, mental, emosi.

    Sebagai pereka bentuk samada bidang grafik, reka bentuk indutri, landskap sangat perlukan sensitivity. Reka bentuk yang akan dihasilkan perlu melihat suasana sensitivity manusia. Misalnya seorang pereka pelan rumah perlu memenuhi kehendak sensitive budaya yang ada.

    Menurut sebuah penulisan tentang sensitiviti dalam seni bena menyatakan, If you are sensitive to far more subtleties than your contemporaries, you may be highly gifted in imaginational, intellectual, emotional, sensory or physical realms. Your heightened sensitivity contributes to your unusually high capacity for creativity, intuition, innovation and complex thought. Lantaran itu sensitiviti sangat penting dalam jiwa seseorang pengkarya. Kerana dengan adanya jiwa sensitiviti itu pengkarya dapat merasai keperluan reka bentuknya menepati kehendak pengguna.

  • 24

    Ekspresi dalam Seni VisualMenurut Tolstoy (1896) dalam bukunya bertajuk What is Art? menyatakan seni tidak boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang hanya menghasilkan benda yang cantik atau indah semata-mata. Kerana keindahan tidak boleh ditafsirkan secara objektif. Menurut beliau seni boleh ditafsirkan sebagai satu ungkapan tentang perkongsiaan antara perasaan (ekspresi) dan pengalaman antara pengkarya dan kalayak. Maka Tolstoy percaya bahawa seni adalah ikhlas dan jelas seperti mana ungkapannya bahawa seni perlu diserasikan dengan agama (dalam kontks agama Kristian). Oleh yang demikian seni yang baik dan seni yang buruk bergantung pada ekspesi pengkarya. Oleh yang demikian dalam seni ekspresi melibatkan mengucapan idea melalui karya seni yang dilahirkan menerusi pemikiran, perasaan dan emosi.

    Haig Khatchadourian (1965) dengan jelas menerangkan apa yang dikatakan ekspresi dalam karya seni melalui penulisan beliau bertajuk The Expression Theory of Art: A Critical Evaluation, beliau menyatakan karya catan adalah visual dua dimensi yang lahir dari ekspresi melalui idea dan emosi pelukis.

    Ditinjau definisi ekspresi dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010); Ekspresi (ksprsi) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan; mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dll.

    Nelson Goodman (1976) dalam bukunya bertajuk Languages of Art, menyatakan bahawa agak sukar untuk menentukan sesebuah karya seni catan itu mempunyai nilai ekspresif samada sedih, pilu, suka dan

  • 25

    sebagainya kerana nilai karya seni adalah bersifat metafora. Goodman lebih cenderong untuk menentukan situasi ekspresif itu kepada apa perkara yang dirujuk, pemujukan dan metafora. Metafora adalah merujuk kepada perasaan seseorang misalnya warna kelabu ada yang menyebut warna sejuk. Apa yang dikaitkan warna sejuk itu adalah metafora. Kenyataan Goodman terhadap seni adalah melambangkan bahawa sesuatu karya seni itu adalah terhasil dari ekspresi pengkarya melalui perasaan dan emosi.

    Semasa zaman Renaissance, ekpresi dan emosi sangat ditonjolkan dalam karya-karya catan. Lihat sahaja karya catan Leonardi Da Vinci. Karya catan beliau menampakan figura yang dengan eksprsi wajah yang menunjukkan situasi tertantu. Ambil contoh catan dinding bertajuk The Last Super. Leornado berjaya mengambarkan eksprsi pada figura dalam karyanya.

    Sebaliknya pengkarya seni visual dapat meluahkan karya-karya seni melalui penyataan ekspresi. Justru itu gerakan aliran seni lukis yang menggunakan perkataan expresion yang lebih dikenali sebagai gerakan Ekspresionaisme dan Abstrak Ekspsionisme

  • 26

    yang berlaku di awal abad ke 20 bermula di Jerman.Gerakan Ekspresionaisme mencapai kemuncaknya pada sekitar tahun 1910-1920an. Antara lain, karya-karya daripada aliran seni ini menekankan kepada unsur-unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang sering kali diekspresikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif (Muliayadi Mahamood. 2001). Pelukis mengunakan perasaan bagi menyempurnakan palitan catan mereka. Mereka lebih senang menggunakan warna dan bahan-bahan tertentu bagi membentuk catan mereka. Paul Jackson Pollock (January 28, 1912 August 11, 1956), seorang pelukis Amerika yang sangat terkenal dengan gaya drip painting (titsan warna) menunjukkan gaya yang bebas melalui ekspresif. Karya-karya beliau tergolong dalam aliran Abstrak Ekspresionaisme.

    Di Malaysia, Pelukis Syed Ahmad Jamal (allahyarham) telah membawa aliran ini dengan menggunakan warna dan imej sebagai ekspresi dalaman beliau. Menurut Muliyadi Mahmood (2001), ciri-ciri Abstrak Ekspresionisme yang ketara terjelma menerusi kary-karya Syed Ahmad Jamal seperti Angin Dingin(1959), Umpan (1959) dan Variasi Pemandangan(1964). Dalam karya-karya tersebut, kesan-kesan sapuan berus yang aktif dan ekspresif dapat dihayati, sebagaimana lazimnya dalam karya-karya Abstrak Ekspresionisme seperti Willem de Kooning. Ciri-ciri Ekspresionisme juga dapat dihayati dalam karya-karya abdul Latiff Mohidin, Ibrahim Hussein dan Ismail Zain. Latif Mohidin menerusi siri popular Pago-Pagi (1964) menggabungkan kajian terperinci terhadap bentuk tumbuh-tumbuhan dengan bentuk-bentuk seni bina Asia Tenggara (Muliayadi Mahamood. 2001).