tugasan kkp pjm3104 renang

7
TUGASAN KKP PJM3104 RENANG KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG MENYELAMAT 1.0 Pengenalan Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua dengan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan kepada air air sejak dari awal lagi supaya mereka berasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan, serta menyeronokkan. Pendedahan mengenai aspek keselamatan ini penting untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika dilihat dimana-mana kolam renang terutamanya aspek keselamatan merupakan pokok utama yang perlu dititikberatkan ketika menjalankan sebarangaktiviti di dalam kolam renang. Kuak Lentang menyelamat adalah renangan yang digunakan oleh penyelamat untuk menunda mangsa ke tempat selamat. Kuak Lentang menyelamat merupakan renang yang mudah kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air. Kuak lentang menyelamat adalah cara yang efektif dan sesuai dalam proses menyelamatkan mangsa yang lemas apabila kedua-dua tangan diperlukan untuk kegunaan lain (memegang boya @ pelampung) selain daripada rintangan yang ada ketika menyelamatkan mangsa. Kelebihan kuak ini: i) Pernafasan tidak terganggu

Upload: mohd-zulhairi

Post on 06-Dec-2014

129 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

selamat membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kkp Pjm3104 Renang

TUGASAN KKP PJM3104 RENANG

KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG MENYELAMAT

1.0 Pengenalan

Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua dengan umurnya. Kanak-

kanak seharusnya didedahkan kepada air air sejak dari awal lagi supaya mereka

berasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum mencapai

usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh

setiap peringkat umur dan kebolehan, serta menyeronokkan.

Pendedahan mengenai aspek keselamatan ini penting untuk mengelakkan

daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika dilihat dimana-

mana kolam renang terutamanya aspek keselamatan merupakan pokok utama yang

perlu dititikberatkan ketika menjalankan sebarangaktiviti di dalam kolam renang.

Kuak Lentang menyelamat adalah renangan yang digunakan oleh

penyelamat untuk menunda mangsa ke tempat selamat. Kuak Lentang menyelamat

merupakan renang yang mudah kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar

permukaan air. Kuak lentang menyelamat adalah cara yang efektif dan sesuai

dalam proses menyelamatkan mangsa yang lemas apabila kedua-dua tangan

diperlukan untuk kegunaan lain (memegang boya @ pelampung) selain daripada

rintangan yang ada ketika menyelamatkan mangsa. Kelebihan kuak ini:

i) Pernafasan tidak terganggu

ii) Berguna untuk melakukan jarak yang jauh tetapi tidak memerlukan tenaga

yang banyak

iii) Kepala akan sentiasa terdongak ke atas dan ini membantu melancarkan

pernafasan

iv) Berguna untuk menunda mangsa terutamanya apabila kedua-dua tangan

diperlukan untuk memegang mangsa

v) Berguna untuk menunda objek dalam air yang dalam

vi) Boleh menggunakan pelbagai aksi kaki (breasrstroke, egg-beater)

Page 2: Tugasan Kkp Pjm3104 Renang

2.0 BIOMEKANIK KUAK LENTANG MENYELAMAT

2.1 Pergerakan Kaki

Teknik untuk kuak lentang menyelamat ini adalah lebih kurang sama dengan kuak

dada. Semasa lungsuran dilakukan kaki mestilah banyak menjalankan peranan

berbanding dengan kaki dan kedudukan kaki dibawah paras air. Pergerakan kaki

mestilah disokong dengan lentikkan lutut supaya pergerakan bergerak lancar. Tiada

lentikan untuk paha atau pinggul kerana ini untuk mengelakkan paha atau pinggul

terbenam kebawah dan ini meningkatkan lagi rintangan.

Apabila lentikkan lutut mencapai 90%, pergerakan kaki mestilah menguak seperti

pergerakan kuak dada. Posisi ini bertujuan untuk memastikan pergerakan kaki lancar

dan teratur.

Pergerakan kaki mestilah bermula dengan mengasak bahagian kaki dan

belakang. Bahagian-bahagian ini memainkan peranan penting dalam pergerakan kuak

ini. Pergerakan pergelangan kaki mestilah bersama-sama dengan pergerakan kaki.

Tekanan akan dirasai pada buku lali dan salah satu kaki semasa pergerakan kaki.

Kelajuan tendangan kaki adalah sangat penting semasa pergerakan kaki. Pergerakan

pergelanggan kaki menambahkan lagi kelajuan pergerakan.

Page 3: Tugasan Kkp Pjm3104 Renang

2.2 Pergerakan Tangan

Seperti yang kita ketahui, dalam kuak ini pergerkan tangan tidak berapa diperlukan

kerana biasanya dalam misi menyelamatkan mangsa lemas, tangan kita berfungsi

untuk memegang mangsa atau objek(boya @ pelampung). Tetapi jika tangan kita tidak

berfungsi seperti diatas, disini ada sedikit cara-cara pergerakan tangan dalam kuak

lentang menyelamat ini.

Dari bahu, tangan mestilah berada dibawah paras air. Siku mestilah berada pada

paras 30% manakala tapak tangan menjulur ke luar air. Kedua-dua tangan mestilah

menguak dengan kuat dan memerlukan sedikit tenaga dengan menolak dengan

keadaan berkoordinasi yang betul dengan pangkal paha. Siku mestilah sedikit

melengkung dengan berperingkat-peringkat semasa dalam kedaaan kuakan. Semasa

keadaan siku melurus, tangan mestilah tertuju ke bawah paras air. Pergerakan tangan

adalah sama dengan pergerakan tangan kuak lentang asas tetapi pergerakan tangan

untuk kuak lentang menyelamat lebih teratur.

3.0 Teknik pernafasan

Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui

hidung. Nafas ditarik sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu membuat

tendangan.

4.0 Propulsi

Propulsi bermaksud rintangan dan ketahanan. Propulsi diperolehi daripada

tangan dan kaki. Ini boleh dikelaskan sebagai tuas dan umpil. Kaki dan tangan

bertindak sebagai pendayuh. Pergerakan tercipta dengan memendekkan suatu tuas

dengan mengendurkan dan menegangakannya semula. Satu contoh yang mudah ialah

Page 4: Tugasan Kkp Pjm3104 Renang

ketika berjalan dimana pergerakan mengendur dan menegangkan yang membolehkan

seseorang itu bergerak dengan lancar

Oleh itu, dalam renang propulsi dapat dilihat ketika perenang berenang dengan

menggunakan seluruh anggota badannya. Bagi renang gaya bebas, propulsi dapat

dilihat dengan jelas ketika perenang melakukan kuakan dengan tangannya untuk maju

ke depan. Rintangan oleh air yang dilalui ketika itu dinamakan propulsi.

5.0 Hidrodinamik

Apa yang dilmaksudkan oleh hidrodinamik ialah tenaga yang di hasilkan oleh cecair

yang bergerak.

Dalam renang, hidrodinamik memainkan peranan yang penting kerana ianya

akan mempengaruhi setiap pergerakan perenang ketika berenang. Pergerakan air

ketika berenang mampu menjadi halangan atau bantuan kepada perenang ketika

berada dalam air. Ketika berada di dalam kolam renang yang tenang airnya, mungkin

agak sukar untuk mengesan hidrodinamik. Hidrodinamik yang jelas dapat dilihat di

lautan yang bergelora. Pergerakan ombak mungkin dapat membantu seseorang untuk

berenang atau sebaliknya. Oleh hal yang demikian, seseorang yang ingin berenang di

kawasan yang mempunyai kadar hidrodinamik yang tinggi perlu mengambil langkah

berjaga-jaga untuk mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

Page 5: Tugasan Kkp Pjm3104 Renang

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur saya Kehadrat Illahi kerana memberikan saya peluang

dan ruang untuk terus menyiapkan kerja kursus pendek yang pada saya amat

mencabar kerana mendapat tahu perlu menyiapkan kerja kursus ini di akhir semester .

Sebelum terlanjur terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah saya En. Tan Kait Keong yang telah bersusah payah memberikan maklumat

melalui email dan juga “facebook” untuk membantu saya dan juga rakan-rakan saya

yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Ini kerana saya dalam Program Pengsiswazahan Guru (PPG) serta bertugas

di Johor Bharu maka amat terhad lah saya untuk berjumpa lebih kerap dengan En Tan

Kiat Keong tetapi medium internet dan juga telefon telah membantu saya untuk

menghubungi pensyarah serta berbincang tentang tajuk tugasan.

Dalam menyiapkan tugasan pendek yang diberikan saya mendapat panduan

dari En Tan Kiat Keong melalui email dan panduan itu amat-amat membantu saya

menyiapkan tugasan ini. Ini kerana modul yang saya perolehi daripada portal tidak lah

begitu lengkap jadi panduan yang En Tan Kait Keong memberikan saya ihlam untuk

menyiapkan tugasan ini secepat mungkin. Sumber-sumber internet juga sedikt

sebanyak membantu saya untuk melengkapkan lagi tugasan saya ini.

Diharap tugasan yang saya siapkan ini menepati kehendak soalan dan juga

pensyarah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Tan Kait

Keong kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini…

Sekian terima kasih

Yang benar

………………………….

(Mohd Zulhairi Bin Mohammad @ Mohd Zain)

830805-03-5191

PJM 1

PPG ambilan Jun 2011