modul pjm3104 renang

43
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL 1 PJM3104 RENANG BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2009 SEMESTER 3 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG

Upload: abgesa

Post on 19-Jan-2016

809 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul PJM3104 Renang

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL 1

PJM3104 RENANG

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2009

SEMESTER 3

PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG

Page 2: Modul PJM3104 Renang

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Modul PJM3104 Renang

ii

Cetakan Nov 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR

YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Modul PJM3104 Renang

iii

Falsafah Pendidikan Guru i Kata Alu-aluan vi Panduan Pembelajaran vii Pengenalan viii Agihan Tajuk ix Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : SEJARAH RENANG 1 - 4

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan 1.1 Pengenalan Renang 1.2 Sejarah Ringkas Dunia Renang 1.3 Sukan Renang Di Malaysia 1.4 Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia

Tajuk 2 : KESELAMATAN DI AIR 5 - 8

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan

2.1 Pendahuluan 2.2 Keyakinan di air 2.3 Kemahiran asas menyelamat

Tajuk 3 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – GAYA BEBAS 9 - 11

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Modul PJM3104 Renang

iv

3.1 Pengenalan 3.2 Teknik pernafasan 3.3 Teknik kayuhan tangan 3.4 Teknik tendangan kaki

Tajuk 4 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG 12 - 14

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan

4.1 Pengenalan 4.2 Teknik pernafasan 4.3 Teknik kayuhan tangan 4.4 Teknik tendangan kaki

Tajuk 5 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK DADA 15 - 17

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan

5.1 Pengenalan 5.2 Teknik pernafasan 5.3 Teknik kayuhan Tangan 5.4 Teknik tendangan kaki

Tajuk 6 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG 18 - 19

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kandungan

6.1 Pengenalan 6.2 Teknik pernafasan 6.3 Teknik kayuhan tangan 6.4 Teknik tendangan kaki

Page 6: Modul PJM3104 Renang

v

Tajuk 7 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – TENDANGAN 20 - 21

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kandungan

7.1 Pengenalan 7.2 Teknik pernafasan 7.3 Teknik kayuhan tangan 7.4 Teknik tendangan kaki

Tajuk 8 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 22 - 29

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan

8.1 Pengenalan 8.2 Strategi Penyampaian 8.3 Garis Panduan Persediaan RPH 8.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Rujukan 30 Panel Penulis Modul 31 Panel Permurnian Modul 31

Page 7: Modul PJM3104 Renang

vi

Page 8: Modul PJM3104 Renang

vii

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PEMBELAJARAN

Page 9: Modul PJM3104 Renang

viii

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 10: Modul PJM3104 Renang

ix

Pengenalan Modul yang telah dirancang meliputi keseluruhan kurikulum kursus PJM3104 Renang,

Major Pendidikan Jasmani Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Ia

disediakan sebagai modul pembelajaran untuk membantu anda dalam pembelajaran

kendiri. Modul ini dirancang mengikut tajuk-tajuk. Setiap tajuk mengandungi beberapa

sub tajuk yang meliputi semua aspek kandungan kurikulum Renang. Modul ini

mengandungi tujuh tajuk. Tajuk satu ialah Sejarah perkembangan renang di Malaysia

dan antarabangsa, tajuk dua ialah Keselamatan di Air, tajuk tiga ialah Kemahiran Asas

Renang, tajuk empat ialah Analisis lakuan kemahiran asas * Biomekanik lakuan *

Pemahaman hidrolik * Propulasi & rintangan, tajuk lima ialah Kaedah pengajaran dan

pembelajaran , tajuk enam ialah Kepegawaian dan tajuk tujuh ialah Pengurusan dan

pengelolaan pertandingan

Pada setiap akhir tajuk, soalan-soalan berbentuk refleksi, latihan-latihan dan soalan-

soalan tutorial disertakan untuk menguji kefahaman anda. Anda di kehendaki mencari

dan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan latihan-latihan tersebut untuk dibawa

berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan sekumpulan anda. Selain daripada

belajar sendiri melalui bahan-bahan modul ini, anda juga digalakkan membuat rujukan

dan panduan dari sumber-sumber lain untuk kefahaman lanjut.

Diharapkan modul ini dapat memberi segala informasi dan latihan yang anda perlukan

untuk berjaya dalam kursus ini. Semoga kursus ini dapat meningkatkan minat dan

komitmen anda dalam profesion perguruan.

Page 11: Modul PJM3104 Renang

x

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Bil. Tajuk/Topik Interaksi

Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum Jam

1

Sejarah perkembangan renang di Malaysia dan antarabangsa Struktur organisasi persatuan Pengenalan kepada renang

2 2 4

2

Keselamatan di Air Kemahiran Asas Di Air

Keselamatan dan keyakinan dalam air Kemahiran asas menyelamat

2

2 4

3

Kemahiran Asas Renang

Apungan Lentang & Meniarap& Renang Campang

Kuak & Pernafasan : Gaya bebas

2

2

4

4

Kemahiran Asas Renang

Kuak lentang asas

3

1

4

5

Kemahiran Asas Renang

Kuak gaya dada

2

2

4

6

Kemahiran Asas Renang

Kuak lentang menyelamat

2

2

4

7

Kemahiran Asas Renang

Tendang gunting & gaya sisi

2

2

4

Page 12: Modul PJM3104 Renang

xi

Bil. Tajuk/Topik Interaksi

Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum Jam

8

Analisis lakuan kemahiran asas * Biomekanik lakuan * Pemahaman hidrolik * Propulasi & rintangan *

4

4

9

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kaedah,Teknik, Pendekatan Penyediaan Rancangan Pengajaran

2

2

4

10

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran Mikro

4 4

11

Kaedah penilaian * Prosedur Penilaian *

Aplikasi Spesifikasi dan Rubrik Penilaian

4 4

12

Kepegawaian

Menghadiri kursus penyelamat

8

8

13

Pengurusan dan pengelolaan pertandingan

Pembentukan jawatankuasa* Pengelolaan Pertandingan Mini

8 8

JUMLAH 45 15

60

Page 13: Modul PJM3104 Renang

1

TAJUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN RENANG DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan sukan renang di Malaysia dan

antarabangsa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan sejarah perkembangan sukan renang.

2. Menjelaskan dan menyatakan asal usul pertandingan sukan renang.

3. Menyatakan dan menjelaskan acara-acara sukan renang.

1.1 Pengenalan Renang

Renang merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk manusia. Khusus untuk anak-anak, kolam

renang memberikan suasana lain yang diperlukan untuk masa-masa pertumbuhannya. Bagi orang

dewasa, renang merupakan aktiviti santai yang menyegarkan.

1.2 Sejarah Ringkas Dunia Renang

Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, manusia dapat belajar dengan

banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia ini. Juga, setelah kita mencerap pelbagai

gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai, ikan, buaya, itik, katak dan burung yang hidup di muka

bumi ini, maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai

gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan

mencari helah atau daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air dan

juga seperti mana burung terbang di ruang udara.

Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang

lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani

dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu

terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang

dihentikan kerana boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air.

Page 14: Modul PJM3104 Renang

2

Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota

pertama memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837, kota London

mempunyai enam buah kolam renang.

Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan

sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk

menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun

1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat

Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais, Perancis dalam jangka masa 21 jam 45

minit. Pada tahun 1956, rekodnya dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim

yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50 minit.

Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput untuk

menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang

sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini

belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini telah

biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun-temurun.

Pada hari ini gaya renang itu disebut the crawl.

Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari

kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian

Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk

berenang 100 ela dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk

ajar dan melatih para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik

gaya ini. Salah seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi perenang

pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam jangka masa 60 saat.

Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels

memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles

Daniels, dengan menggunakan gaya the American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan

berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat.

Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii

menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912

dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara

Page 15: Modul PJM3104 Renang

3

renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod

baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi

bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.

Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para

perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun

1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak

(the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi

peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja. Kini, berbagai acara renang

termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak

kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas

berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan

juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA. 1.3 Sukan Renang Di Malaysia

Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-

aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat terhadap

renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama

kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese

Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh,

Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.

Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan

pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan

penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas Perang Dunia

Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-

kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan

ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun

1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai

dalam lima jenis acara sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki.

Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM).

Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur

(FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa,

Page 16: Modul PJM3104 Renang

4

termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.

1.4 Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia

Persatuan Penyelamat Kecemasan Malaysia memainkan peranan yang agak penting dalam sukan

renang. Kumpulan perenang pertama untuk “Bronze Medallian” iaitu satu syarat untuk menjadi

penyelamat jiwa dilatih pada tahun 1927 oleh Lee Fong Lim.

Pada tahun 1924, The Royal Life-Saving Society Malaysia Branch ditubuhkan untuk melatih

perenang menjadi penyelamat jiwa. Penaung pertama untuk persatuan ini ialah Perdana Menteri

Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Presiden pertama ialah Teoh Teik Lee. Pada tahun pertama,

persatuan ini berjaya melatih 50 orang penyelamat jiwa. Selepas tiga tahun jumlahnya meningkat

kepada 500. Setakat ini lebih daripada 50,000 perenang telah berjaya mendapat beberapa jenis

anugerah daripada persatuan ini. Pada tahun 1984, The Royal Life-Saving Society Malaysia Branch

ditukar nama kepada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia.

Aktiviti 1.1 1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, nyatakan dan jelaskan sejarah

perkembangan sukan renang di Malaysia dengan lebih terperinci.

2. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat

sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

Page 17: Modul PJM3104 Renang

5

TAJUK 2 : KESELAMATAN DI AIR

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan dan langkah-langkah

keselamatan sewaktu melakukan aktiviti air dan aktiviti menyelamat kelemasan. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan dan perbincangan.

Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan teknik kemahiran menyelamat kelemasan asas dengan

cara yang betul.

2. Memilih teknik yang sesuai berdasarkan situasi situasi menyelamat.

3. Menjelaskan prosedur keselamatan dan teknik yang betul sewaktu menjalankan aktiviti

keyakinan di air.

Kerangka Konsep

2.1 Pendahuluan Ramai di kalangan manusia di dunia memang menggemari aktiviti air walaupun ada di kalangan

mereka tidak tahu berenang. Kerap kali kedengaran berita orang lemas di media massa melibatkan

bukan sahaja mereka yang tidak tahu berenang bahkan mereka yang tahu berenang juga.

Bagaimanapun aktiviti air merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan selamat andainya

langkah-langkah keselamatan telah di ambil.

KESELAMATAN DI AIR

Keyakinan di air

Menyelamat Kelemasan

Page 18: Modul PJM3104 Renang

6

2.2 Keyakinan Di Air

Perkara utama untuk melakukan aktiviti di air ialah keyakinan. Keyakinan semasa berada di dalam air

akan menjadikan aktiviti di air dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeronokkan. Bagi individu

yang takut dengan air perlu terlebih dahulu diberikan keyakinan. Antara aktiviti yang boleh membantu

membina keyakinan ialah:-

a. Taklimat

b. Penggunaan peralatan

c. Ansur maju dalam aktiviti

2.2.1 Taklimat Sebagai seorang jurulatih atau orang yang diamanahkan, kita hendaklah terlebih dahulu

memberikan taklimat mengenai keadaan air seperti kedalaman, arus , persekitaran dan

ancaman-ancaman yang mungkin berlaku. Taklimat yang jelas dan tepat haruslah sentiasa

dibuat sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti.

Sesi taklimat

2.2.2 Penggunaan Alatan Penggunaan alatan merupakan satu keperluan dalam menjalankan aktiviti keyakinan di air.

Alat apongan hendaklah sentiasa dipastikan dalam keadaan baik dan sempurna. Pemakaian

alat apongan juga mestilah betul bagi mengelakkan kesusahan semasa melakukan aktiviti.

Alat apongan juga membolehkan individu terapong dengan lebih yakin.

Sebahagian alat apongan

Page 19: Modul PJM3104 Renang

7

2.2.3 Ansur Maju Ansur maju merupakan aktiviti yang amat penting bagi membina keyakinan. Aktiviti hendaklah

dilakukan dari peringkat mudah terlebih dahulu. Setelah seseorang individu dapat menguasai

sesuatu kemahiran barulah di tingkatkan kepada aktiviti yang lain.

Aktiviti berkumpulan dapat membina keyakinan sebelum melakukannya secara individu

2.3 Kemahiran Asas Menyelamat

Tahukah anda semua orang boleh menjadi penyelamat? Penyelamat tidak semestinya orang yang

tahu berenang. Bagaimanapun tahu berenang adalah lebih baik. Secara amnya menyelamat

terbahagi kepada 3 iaitu:-

a. Menyelamat tanpa perlu berenang.

b. Menyelamat dengan berenang tanpa menyentuh mangsa.

c. Menyelamat dengan berenang dan menyentuh mangsa.

2.3.1 Menyelamat Tanpa Perlu Berenang Menyelamat tanpa perlu berenang menggunakan kaedah menghulur, melontar,

meranduk/mengharung, berkayuh atau bot penyelamat. Penyelamat yang tidak tahu

berenang pun boleh menggunakan kaedah ini.

2.3.2 Menyelamat Dengan Berenang Tanpa Menyentuh Mangsa Menyelamat dengan berenang tanpa menyentuh mangsa memerlukan penyelamat yang tahu

berenang. Walaupun begitu penyelamat hendaklah membawa bersamanya alatan sebagai

bantuan seperti tali, alat apongan dan alatan yang ada dipersekitaran.

a. Menyelamat dengan berenang dan menyentuh mangsa

Menyelamat menggunakan kaedah ini memerlukan penyelamat yang mahir

berenang dan berkemampuan dari segi tenaga kerana penyelamat perlu

menunda mangsa ke tempat selamat.

Page 20: Modul PJM3104 Renang

8

Sebagai langkah keselamatan sebolehnya gunakan teknik menyelamat yang kurang

risikonya. Jadual di bawah adalah panduan untuk memilih tindakan menyelamat.

Bagaimanapun ianya sekadar panduan. Penyelamat bolehlah menggunakan budi bicaranya

sendiri.

ACTION(TINDAKAN)

“JANGAN BUANG MASA”

BIL PENILAIAN TINDAKAN

1 Mangsa dekat atau berhampiran Penyelamat boleh menggunakan kaedah menghulur (REACHING), dengan meghulurkan tali, kayu, tuala dan sebagainya.

2 Mangsa tidak berapa jauh

Penyelamat boleh menggunakan teknik membaling(THROWING) tali,pelampung, dan sebagainya dan seterusnya beri arahan kepada mangsa

3 Mangsa agak jauh di air yang cetek

Mengharung(WADE)bagi menghulurkan bantuan contohnya menggunakan rantai manusia (Human chain) bagi menarik mangsa keluar

4 Mangsa jauh Penyelamat hendaklah menggunakan bot jika ada, dan mendayung(ROWING) ke mangsa

5 Mangsa jauh dan tiada bot Penyelamat perlu berenang (SWIMING) ke arah mangsa dengan peralatan atau bantuan lain.

6 Jika tidak boleh berenang

MINTA TOLONG!! Atau dapatkan bantuan, telefon pihak yang berkenaan seperti Jpa3 Bomba dan sebagainya. Jangan menjadi hero/jaguh!

7 Akhir sekali berenang dan menunda

Sekiranya semua kaedah lain tidak boleh diiakukan. Penyelamat perlu berenang dan menunda(TOWING) mangsa ke tempat yang lebih selamat.

Aktiviti 2.1 1. Huraikan satu situasi menyelamat dengan menggunakan salah satu teknik menyelamat

yang telah anda pelajari.

2. Apakah tindakan yang perlu anda ambil sekiranya terdapat dua orang mangsa yang

sedang lemas dalam masa yang sama.

Page 21: Modul PJM3104 Renang

9

TAJUK 3 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – GAYA BEBAS

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang Kemahiran Asas renang Gaya Bebas.

Teknik Renangan ini akan di jelaskan mengikut pecahan-pecahan bagi memudahkan fahaman anda.

Hasil Pembelajaran

1. Menyenaraikan maklumat mengenai teknik renang Gaya Bebas.

2. Menjelaskan dan melakar teknik renang Gaya Bebas dengan cara yang tepat.

Kerangka Konsep

3.1 Pengenalan

Kemahiran Asas Renang Gaya bebas dikenali juga sebagai kuak rangkak. Dalam pertandingan-

pertandingan Gaya Bebas bermaksud sebarang gaya. Dalam modul ini Gaya Bebas adalah merujuk

kepada Kuak Rangkak. Kuak rangkak merupakan renang yang agak laju dan memerlukan tenaga

yang banyak serta memerlukan keseragaman pernafasan.

3.2 Teknik Pernafasan

Teknik bernafas dalam Gaya Bebas tidak sama dengan pernafasan seharian. Perenang akan menarik

nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung.Tarik nafas sebaik tangan dominan

Kemahiran Asas Renang

Gaya Bebas

Teknik pernafasan

Teknik Kayuhan Tangan

Teknik Tendangan kaki

Page 22: Modul PJM3104 Renang

10

membuat kuak dan melepaskan nafas sewaktu tangan dominan menjangkau ke hadapan.

Perenang sedang menarik nafas

3.3 Teknik Kayuhan Tangan

Kayuhan tangan dalam Renang Gaya Bebas melibatkan kedua-dua belah tangan secara berselang

seli. Kayuhan pada tangan dominen disertai menarik nafas manakala kayuhan sebelah tangan

disertai dengan menghembus nafas.

Perenang sedang melakukan kayuhan tangan

3.4 Teknik Tendangan Kaki

Teknik Tendangan Kaki Gaya Bebas dikenali sebagai ”flutter kick”. Pergerakkan melibas air dengan

menggerakkan bahagian pergelangan kaki dan sendi pinggul. Lutut dikunci dan dibengkok sedikit.

Tendangan kaki dibuat secara berselang seli.

Page 23: Modul PJM3104 Renang

11

Tendangan kaki Gaya Bebas

Aktiviti 3.1

1. Bagi menambahkan kefahaman anda sila cari video clip mengenai Renang Gaya Bebas.

2. Berdasarkan video clip yang anda dapat catatkan butiran mengajar yang anda kenalpasti bagi

Renang Gaya Bebas.

Page 24: Modul PJM3104 Renang

12

TAJUK 4 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG ASAS

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang Kemahiran Asas renang Kuak Lentang

Asas. Teknik Renangan ini akan di jelaskan mengikut pecahan-pecahan bagi memudahkan fahaman

anda.

Hasil Pembelajaran 1. Mencari maklumat mengenai teknik renang Kuak Lentang Asas

2. Menjelaskan teknik renang Kuak lentang dengan cara yang tepat.

Kerangka Konsep

4.1 Pengenalan Kuak Lentang adalah renangan dalam keadaan telentang. Kuak Lentang merupakan renang yang

agak mudah kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air. Perenang hendaklah

sentiasa mengekalkan keadaan ”stream line” dengan berbaring dan membentuk badan yang paling

kurang heretan air.

Renang Kuak Lentang

Kemahiran Asas Renang Kuak Lentang

Teknik pernafasan

Teknik Kayuhan Tangan

Teknik Tendangan kaki

Page 25: Modul PJM3104 Renang

13

4.1 Teknik Pernafasan

Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Nafas diambil

sebaik tangan dominan membuat kuak dan melepaskan nafas sewaktu tangan dominan menjangkau

ke hadapan.

4.2 Teknik Kayuhan Tangan

Kayuhan tangan dalam Renang Gaya Bebas melibatkan kedua-dua belah tangan secara berselang

seli. Kayuhan pada tangan dominan disertai menarik nafas manakala kayuhan sebelah tangan

disertai dengan menghembus nafas. Tangan hendaklah dijangkau ke belakang dengan lengan

menghampiri telinga dalam menelentang.

Kayuhan tangan Kuak Lentang

4.3 Teknik Tendangan Kaki

Teknik Tendangan kaki Kuak Lentang dikenali sebagai ”flutter kick”. Pergerakkan melibas air dengan

menggerakkan bahagian pergelangan kaki dan sendi pinggul. Lutut dikunci dan dibengkok sedikit.

Tendangan kaki dibuat secara berselang seli dalam keadaan telentang.

Tendangan kaki Kuak Lentang

Page 26: Modul PJM3104 Renang

14

Aktiviti 4.1

1. Bagi menambahkan kefahaman anda sila cari video clip mengenai Renang Kuak Lentang.

2. Berdasarkan video clip yang anda dapat catatkan butiran mengajar yang anda kenalpasti bagi

Kuak Lentang.

Page 27: Modul PJM3104 Renang

15

TAJUK 5 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK DADA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang Kemahiran Asas renang Kuak Dada .

Teknik renangan ini akan di jelaskan mengikut pecahan-pecahan bagi memudahkan fahaman anda.

Hasil Pembelajaran 1 Mencari dan menyenaraikan maklumat mengenai teknik renang Kuak Dada

2 Melakarkan teknik renang Kuak Dada dengan cara yang tepat.

Kerangka Konsep

5.1 Pengenalan

Kuak Dada adalah renangan yang agak relex. Kuak Dada merupakan renang yang agak mudah

kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air. Perenang hendaklah sentiasa

mengekekalkan keadaan ”stream line” dengan melunsur dan membentuk badan yang paling kurang

heretan air.

Renang Kuak Lentang-Lunsuran

Kemahiran Asas Renang Kuak Dada

Teknik pernafasan

Teknik Kayuhan Tangan

Teknik Tendangan kaki

Page 28: Modul PJM3104 Renang

16

5.2 Teknik pernafasan

Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Tarik nafas sebaik

tangan dominan membuat kuak dan mengangkat kepala. Nafas dihembus sewaktu tangan

menjangkau ke hadapan dan kepala di tundukkan ke dalam air.

Perenang sedang melakukan kuak dan bernafas

5.3 Teknik kayuhan tangan

Kayuhan tangan dalam Renang Kuak Dada melibatkan kedua-dua belah tangan secara serentak.

Kayuhan tangan disertai menarik nafas manakala tolakkan tangan ke hadapan disertai dengan

menghembus nafas.

Kayuhan tangan Renang Kuak Dada

5.4 Teknik Tendangan Kaki

Teknik Tendangan kaki Kuak Dada dikenali sebagai ”wipe”. Pergerakkan melibas air dengan

menggerakkan kedua-dua kaki serentak. Lutut dibengkokkan dan tendangan menggunakan

bahagian dalam kaki dengan pergelangan kaki dikunci.

Tendangan kaki Kuak Dada

Page 29: Modul PJM3104 Renang

17

Aktiviti 5.1

1. Bagi menambahkan kefahaman anda sila cari video clip mengenai Renang Kuak Lentang.

2. Berdasarkan video clip yang anda dapat catatkan butiran mengajar yang anda kenalpasti bagi

Kuak Lentang.

Page 30: Modul PJM3104 Renang

18

TAJUK 6 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – KUAK LENTANG

MENYELAMAT

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang Kemahiran Asas Kuak Lentang

Menyelamat . Teknik renangan ini akan di jelaskan mengikut pecahan-pecahan bagi memudahkan

fahaman anda.

Hasil Pembelajaran 1. Mencari maklumat mengenai Kuak Lentang Menyelamat.

2. Menjelaskan teknik renang Kuak Lentang Menyelamat dengan cara yang tepat.

6.1 Pengenalan

Kuak Lentang menyelamat adalah renangan yang digunakan oleh penyelamat untuk menunda

mangsa ke tempat selamat. Kuak Lentang menyelamat merupakan renang yang mudah kerana

saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air. Penyelamat hendaklah sentiasa

mengekalkan keadaan ”stream line” dengan melunsur dan membentuk badan yang paling kurang

heretan air.

Renang Kuak Lentang.

Kuak Lentang Penyelamat

6.1 Teknik pernafasan

Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Nafas ditarik

sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu membuat tendangan.

Page 31: Modul PJM3104 Renang

19

6.2 Teknik kayuhan tangan

Sewaktu melakukan Kuak Lentang menyelamat, tangan akan membuat kayuhan di sisi.

Bagaimanapun sewaktu melakukan tundaan, tangan digunakan untuk mengawal mangsa dan

membantu membuat kayuhan.

Kayuhan tangan Kuak Lentang Menyelamat

6.3 Teknik Tendangan Kaki

Teknik Tendangan kaki Kuak Lentang menyelamat dikenali sebagai ”wipe”. Pergerakkan melibas air

dengan menggerakkan kedua-dua kaki serentak. Lutut dibengkokkan dan tendangan menggunakan

bahagian dalam kaki dengan pergelangan kaki dikunci. Perlakuan ini hampir serupa dengan Kuak

Dada. Bezanya kuak ini dilakukan dalam posisi telentang.

Tendangan kaki Kuak Lentang Menyelamat Aktiviti 6.1

1. Bagi menambahkan kefahaman anda sila cari video clip mengenai Renang Kuak Lentang

Menyelamat.

2. Berdasarkan video clip yang anda dapat catatkan butiran mengajar yang anda kenalpasti bagi

Kuak Lentang Menyelamat.

Page 32: Modul PJM3104 Renang

20

TAJUK 7 : KEMAHIRAN ASAS RENANG – TENDANGAN GUNTING DAN

GAYA SISI

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang Kemahiran Asas Tendangan Gunting

dan Gaya Sisi. Teknik renangan ini akan dijelaskan mengikut pecahan-pecahan bagi memudahkan

fahaman anda.

Hasil Pembelajaran 1. Mencari dan menyenaraikan maklumat mengenai Tendangan Gunting dan Gaya Sisi.

2. Menjelaskan dan melakarkan teknik renang Tendangan Gunting dan Gaya Sisi dengan cara

Yang tepat.

7.1 Pengenalan

Tendangan Gunting adalah salah satu daaripada Gaya Sisi. Teknik ini digunakan oleh penyelamat

untuk menunda mangsa ke tempat selamat. Tendangan Gunting merupakan renang yang mudah

kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air.

Tendangan Gunting

7.1 Teknik pernafasan

Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Nafas diambil

sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu membuat tendangan.

Page 33: Modul PJM3104 Renang

21

7.2 Teknik kayuhan tangan

Sewaktu melakukan Tendangan Gunting, sebelah tangan akan membuat kayuhan di sisi.

Bagaimanapun sewaktu melakukan tundaan, tangan digunakan untuk mengawal mangsa dan

membantu membuat kayuhan.

Kayuhan tangan Tendangan Gunting

7.3 Teknik Tendangan Kaki

Teknik Tendangan Gunting adalah tendangan menyilang seperti menggunting. Pergerakkan melibas

air dengan menggerakkan kedua-dua kaki serentak pada arah bertentangan. Lutut dibengkokkan

dan tendangan menggunakan bahagian tapak kaki dengan pergelangan kaki dikunci.

Tendangan kaki Gaya sisi Tendangan Gunting Aktiviti 7.1

1. Bagi menambahkan kefahaman anda sila cari video clip mengenai Renang Kuak Sisi

danTendangan Gunting

2. Berdasarkan video clip yang anda dapat catatkan butiran mengajar yang anda kenalpasti bagi

Kuak Sisi dan Tendangan Gunting.

Page 34: Modul PJM3104 Renang

22

TAJUK 8 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang strategi

penyampaian, garis panduan persediaan RPH dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Modul

ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti dan menyenaraikan kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan

Jasmani yang berkaitan dengan tajuk renang.

2. Memahami keperluan RPH dan menulis satu Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) bagi

satu sesi pengajaran renang.

Kerangka Konsep

8.1 Pengenalan

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Ia merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai

objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran

Strategi Penyampaian

Garis Panduan Persediaan

RPH

Penyediaan Rancangan

Pengajaran Harian

Page 35: Modul PJM3104 Renang

23

8.2 Strategi Penyampaian

Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendididikan Jasmani bagi tajuk yang berkaitan renang adalah ;

a. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:

P1- Kenal pasti masalah

P2- Rancang penyelesaian

P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran

P5- Buat kesimpulan

b. Kaedah kumpulan - Perbincangan kumpulan

- Kerja bersama-sama

- Main peranan

- Sumbangsaran

c. Kaedah penyelesaian masalah - Projek

- Pemerhatian

- Tunjukcara atau demonstrasi

d. Kaedah Kolaboratif - Permuafakatan

- Bimbingan rakan sebaya

- Eksperimen

- Kepimpinan

e. Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

- Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan

- Murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.

- Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru.

- Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi

galakan,mendengar,memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan

berfungsi dengan efektif.

Page 36: Modul PJM3104 Renang

24

- Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian

matlamat.

8.3 Garis Panduan Persediaan RPH Fasa Permulaan

Aktiviti harus mengikut / bersesuaian kemahiran yang akan diajar

Aktiviti memanaskan badan harus ada kesinambungan dengan kemahiran yang

akan diajar

Peralatan yang digunakan haruslah berkait dengan kemahiran yang hendak diajar.

Fasa Perkembangan ( Gerakerja Kelas & Kumpulan )

Gerakerja Kelas bermaksud kemahiran/ tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut dan

semua pelajar/murid terlibat melakukannya.

Gerakerja kumpulan bermaksud beberapa kemahiran lain serta kemahiran yang diajar pada

hari tersebut dijalankan dalam kumpulan kecil. Biasanya dijalankan secara stesen.

( Dijalankan jika masa mencukupi )

Tunjuk Cara (Demontrasi) - arahan jelas

- terkawal

- posisi penunjuk cara & murid

- fokus pengajaran & pembelajaran

Ansur maju - Statik ke dinamik

- Mudah ke lebih kompleks

- Jarak ( Dekat ke jauh )

- Tanpa rintangan kepada ada rintangan

Kemuncak (Permainan Kecil)

Berunsur pertandingan - ada perbezaan antara pasukan

- penerapan semangat berpasukan

- berkait kemahiran yang diajar

- menampakkan cirri-ciri keseronokan

- suasana aktif

- penglibatan semua

Page 37: Modul PJM3104 Renang

25

Penutup

Proses mengingat semula

Penilaian

Aktiviti gerak kendur

Refleksi

8.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 10/7/2009 Kelas : PISP SEM 2

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Bil. Murid : 20 Orang

Tajuk : Kuak Dada Sub-tajuk : Kuakkan tangan dan pernafasan

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

Psikomotor : melakukan kuakkan tangan dengan betul dengan keseragaman pernafasan

Kognitif : boleh membuat penilaian dan pembetulan teknik Kuak dada

Afektif : bekerjasama dan bersungguh – sungguh melakukan aktiviti pembelajaran. Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Sains, Matematik, bahasa Inggeris PSA : Pelajar pernah berlari dengan pelbagai gaya dan pelbagai

kelajuan. BBM : Penanda, tali, batang penyapu

Penerapan nilai : Peka pada situasi, patuh kepada arahan, sabar,

bersungguh-sungguh

Page 38: Modul PJM3104 Renang

26

BAHAGIAN /

MASA

TAJUK/

AKTIVITI

FOKUS

PEMBELAJARAN/ BUTIR

MENGAJAR

ORGANISASI/

PENGELOLAAN

STRATEGI/ CATATAN

PERMULAAN

(5 minit)

Berlari Bebas

Berlari

bebas

dalam

kawasan

kolam

Renang

Aktiviti

regangan dan

kelonggaran

Kaki

Pinggang

Bahu

Kepala

Berlari atas

hujung kaki.

Lompat dengan

sebelah atau

dua belah kaki

kedalam

gelung.

Contoh:

• Angkat sebelah

kaki, lakukan

rotasi ikut arah

jam dalam 12

kiraan (Kaki)

• Tangan cekak

pinggang,

lentikan badan

kesisi dalam

10 ulangan

(Pinggang).

Arahan

kendiri

Tunjuk

cara ketua

pelajar

PERKEMBANGAN

P&P

(10 minit)

1. Teknik

pernafasan-

“Bubbling”

Tarik nafas

melalui mulut.

Menyelam dan

hembus nafas

melalui hidung

di dalam air.

Keluar dan tarik

Dilakukan di

tepi kolam.

Ulang 10 kali

Lakukan

beberapa set

Tunjuk cara

Page 39: Modul PJM3104 Renang

27

( 10 minit )

( 20 minit )

2. Teknik

kayuhan

tangan –

latihan

bayangan

3. Teknik

kayuhan

tangan –

latihan ditepi

kolam

nafas melalui

mulut.

Dalam keadaan

berdiri luruskan

kedua-dua

tangan ke atas

dan rapatkan

kedua-dua

tapak tangan.

Tarik tangan ke

bawah

membentuk

daun keladi

dihadapan dada

dan luruskan

tangan ke atas

seperti langkah

di atas.

Dalam keadaan

meniarap

luruskan kedua-

dua tangan ke

atas kepala dan

rapatkan kedua-

dua tapak

tangan. Nafas

dihembus

keluar melalui

hidung.

Tarik tangan

melalui bawah

Dilakukan di

luar kolam

Ulang 10

ulangan

Lakukan

beberapa set

Dilakukan di

tepi kolam

dalam

keadaan

separuh

badan

menjulur ke

air

Ulang 10

ulangan

Lakukan

beberapa set

Page 40: Modul PJM3104 Renang

28

(60 minit)

4. Latihan

kemahiran

dada

membentuk

daun keladi

dihadapan

sambil menarik

nafas dan

luruskan tangan

ke atas semula

sambil

menghembus

semula nafas

Lakukan semua

keamahiran di

dalam kolam.

Tendangan kaki

tidak dititik

beratkan

KEMUNCAK

(10 minit)

Pertandingan separuh renang

Dijalankan

mengikut

kumpulan.

Syarat

pertandingan

ialah berjalan di

dalam kolam.

Hanya

melibatkan

kuakkan tangan

dan pernafasan

Tunjuk cara

Intrapersonal

PENUTUP

(5 minit)

• Gerak Kendur

Aktiviti

Di jalankan

Page 41: Modul PJM3104 Renang

29

regangan dan

kelonggaran

Rumusan

secara

kumpulan.

Latihan 8.1 1. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam

pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk renang.

2. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara renang Gaya Bebas bagi

kumpulan anda untuk jangka masa 90 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju

yang sesuai untuk pengajaran tersebut.

Page 42: Modul PJM3104 Renang

30

Rujukan

Andrew Willet. (2003). Swimming for fun. Minneapolis: Compass Point Books.

Anthony, C.P. & Thibodeau, G.A. (1983). Textbook of anatomy and physiology.(11th ed.) St. Louis: C.V. Mosby.

Baumgartner, T.A & Jackson, A.S. (1982). Measurement for evaluation in physical education.

Iowa: Wm. C. Brown.

Bompa, T.O. (1983). Theory and methodolgy of training. Iowa: Kendall/Hunt. Buschner, C.A. (1984). Teaching children movement concepts and skills. Champaign, Il:

Human Kinetics.

Cecil Colwin. (2002). Breakthroungh swimming. USA: Human Kinetics.

David, G.T. (1994). Berenang: meniti tangga kejayaan.(Alih bahasa). Selangor: Berlian Sdn Bhd.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: becoming a master teacher. Champaign, Il:

Human Kinetics.

Hay, J.G. (1985). “The biomechanics of sports techniques”. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub.

Ltd.

Joel, M.S. and David, A.T.(1991). Handbook of sports medicine and science. USA: Blackwell Publication Ltd.

Jonathan, C.R., and Roald Bahr. (2003). Handbook of sports medicine and science . USA:

Human Kinetics.

Page 43: Modul PJM3104 Renang

31

PANEL PENULISAN MODUL PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PJM 3104 RENANG,PENDIDIKAN RENDAH )

NAMA KELAYAKAN EN. MUZARPAR BIN ESMAWI Pensyarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim 80350 Johor Bahru Johor TAN KAIT KEONG Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar Seremban Negeri Sembilan ROSLI BIN HAMID Pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah PENYELARAS : Baharudin Bin Ab. Latip

Kelulusan : B.ed ( PENDIDIKAN JASMANI ) UPM Sijil Perguruan Khas ( PJK ) MPRM Sijil Perguruan Asas ( PM ) MPSI Kelulusan : Sijil Perguruan Malaysia (SN/MT) – IPG KIP Sijil Perguruan Khas (PJ) – IPG KTI Sarjana Muda Pendidikan (PJ) – UPM Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan) – UKM Kelulusan : Sijil Perguruan Asas ( MPIP ) Sarjana Muda Sains Sukan ( UM ) Sarjana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( UM ) Unit Kurikulum BPG