kerja kursus renang

30
1.0 PENGENALAN Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan. Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurang- kurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air. 1

Upload: afiq-syazwan

Post on 14-Jun-2015

2.364 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus renang

1.0 PENGENALAN

Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya.

Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa

seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia

persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap

peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang seseorang dapat melakukan

senaman yang amat berguna lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang

cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan.

Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum

Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanak-kanak

yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah

kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurang- kurangnya 25 m dan mampu

memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air.

1

Page 2: kerja kursus renang

2.0 SEJARAH RINGKAS DUNIA RENANG

Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, kita

manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia

ini. Juga, setelah kita mencerap pelbagai gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai,

ikan, buaya, itik, katak dan burung yang hidup di muka bumi ini, maka timbullah

keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat

haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan

mencari helah atau daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di

dalam air dan juga seperti mana burung terbang di ruang udara.

Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira

4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba

orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian

daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada

Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan

kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool,

England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan

sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam

buah kolam renang.

Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya

tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran

pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang

mnyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire,

2

Page 3: kerja kursus renang

England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari

Dover, Englang ke Calais,Perancis dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun

1956,rekodnya dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang

berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50minit.

Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan

Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan renang di London. Mereka

menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang

digunakan pada hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah

digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini telah biasa

digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun -

temurun. Pada hari ini gaya renang itu disebut the crawl.

Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang gaya

rangkak ini dari kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan

menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula

menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam jangka

masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk ajar dan melatih para

perenang di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini.

Salah seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi

perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam jangka masa

60 saat.

3

Page 4: kerja kursus renang

Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama

Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya the American

Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya the American Crawl

berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat.

Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku

dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan

Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang

berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat

pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang

sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia

berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.

Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik.

Ini bermakna, para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi

untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak

lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada

(breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang untuk bertanding

dalam acara renang gaya bebas sahaja. Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah

acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak

kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya

bebas berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam

Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan

SEA dan SUKMA.

4

Page 5: kerja kursus renang

3.0 SUKAN RENANG DI MALAYSIA

Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan

minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities).

Oleh sebab minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa

buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah

Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada

tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan

Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada1936.

Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun

1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap

tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak,

Johor dan Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan.

Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari

Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan

pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan

pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai

Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan,

iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki.

5

Page 6: kerja kursus renang

Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union,

Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation

Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam

beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan

Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.

6

Page 7: kerja kursus renang

4.0 KESELAMATAN DI DALAM AIR

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa

di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam

acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian

daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang.

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam

renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan

mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada

kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi

mereka ketika berada dalam situasi merbahaya.Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan

dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar

perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.

Peraturan keselamatan di dalam air :

1. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang

dewasa yang boleh berenang bersama anda.

2. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan

supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang,

lambaikan tangan untuk menarik perhatian.Cara lain ialah dengan meletakkan

tangan anda di dalam air.

7

Page 8: kerja kursus renang

3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air,

segera keluar dari kolam.

5.0 KESELAMATAN DI KOLAM RENANG

Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat-

tempat lain.

1. Pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum

menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang

2. Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan / penggunaan untuk tujuan bagi

mengadakan pertandingan / perlawanan, majlis / program atau penyewaan /

penggunaan secara harian.

3. Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta

keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan/kehilangan perlu

diganti.

4. Orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh

dibeli di kolam renang

5. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk

dibenarkan masuk kecuali dengan syarat ada seorang penjaga

6. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup.

8

Page 9: kerja kursus renang

7. Pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi

yang tidak turun warnanya atau "transparent" serta mengikut etika berpakaian di

kolam renang

8. Pengguna-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam

9. Pengguna-penggunan dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu orang lain

10.Orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan

penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang

11.Pengguna-pengguna adalah dilarang membawa barang-barang bahaya dan

yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotak-

kotak, barang-barang tajam dan sebagainya

12.Orang ramai yang mengunjungi kolam renang tidak dibenarkan membawa

barang makanan atau minuman ke dalam kawasan kolam renang

13.Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta

MPSP di kolam renang daripada dirosakkan atau disalah gunakan

14.Sebarang penjaja tidak dibenarkan di dalam kawasan kolam renang

15.Tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan

16.Pengguna-pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin

pakaian di dalam kawasan kolam renang

17.Pengguna-pengguna dilarang membawa masuk kamera, alat perakam video dan

sebagainya yang boleh merakam gambar orang ramai

9

Page 10: kerja kursus renang

18.Pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang

19.Pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam

renang

20.Setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang

untuk menggelakkan rambut gugur

21.Penguasa kolam boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk

menutup kolam renang daripada digunakan oleh pengguna-pengguna atau

orang ramai, sekiranya ditutup maka wang tidak akan dikembalikan

22.Sebarang salah pengertian mengenai peraturan ini akan diputuskan oleh Yang

Dipertua atau wakilnya dan keputusan-keputusan adalah muktamad

23.Pihak MPSP tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan / kerosakan /

kehilangan barang-barang pengguna

24.Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan

di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali

mendapat kebenaran daripada MPSP

25.Binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam

kawasan kolam renang

26.Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian

di kawasan kolam renang MPSP

27.Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan

oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.

10

Page 11: kerja kursus renang

28.MPSP tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan

/kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh

penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MPSP juga tidak bertanggungjawab

atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di

perkarangan meletak kenderaan

29.Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan

syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang

bertugas

30.Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada

orang lain

31.Wang cagaran akan dikembalikan setelah MPSP mendapati semua syarat-syarat

yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan

ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan,kerosakan akibat

penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan

32.MPSP berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk

kepentingan MPSP dan Kerajaan

11

Page 12: kerja kursus renang

6.0 KEMAHIRAN ASAS RENANG KUAK DADA

6.1 PENGENALAN

Kuak dada ialah gaya yang terawal daripada gaya-gaya lain. Gaya

ini selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa

menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan sesuai

untuk aktiviti rekreasi.

Gaya ini dapat merehatkan tubuh badan kita, kerana gaya ini tidak

memerlukan kita untuk menggunakan banyak tenaga sebaliknya

menggunakan teknik yang betul dan membuatkan kita meluncur laju ketika

di dalam air.

12

Page 13: kerja kursus renang

6.2 KAEDAH PENGAJARAN RENANG GAYA KUAK DADA

1. Sebelum memulakan kuakan air, pelajar terapung pada

kedudukan meniarap yang mendatar dan kemas, bahu selari

dengan permukaan air.

2. Kepala perlu selari dengan badan serta memandang ke depan

atau berada hanya sedikit di bawah paras air.

3. Dekatkan serta panjangkan tangan dalam air, kaki di belakang,

lurus dan rapat.

13

Page 14: kerja kursus renang

4. Kuakan bermula dengan menarik tangan ke luar, ke belakang dan

ke bawah ke titik hampir dengan bahagian depan bahu.

5. Kaki dikekalkan pada keadaan lurus dan rapat di belakang.

6. Tangan yang berada di depan pada paras bahu mula digerakkan

dalam bentuk bulatan, siku hampir dengan badan bersedia untuk

melakukan pemulihan atau kembali ke kedudukan awal yang

membawa tangan ke depan badan bagi gerakan tangan

selanjutnya.

7. Pada ketika ini, perenang biasanya menarik nafas kerana mulut

bebas daripada air.

14

Page 15: kerja kursus renang

8. Semasa pemulihan, tangan dipanjangkan ke depan sama ada di

atas permukaan air atau sedikit sahaja di bawah permukaan air.

9. Pada masa yang sama, kaki digerakkan ke punggung, sisi paha

dijarakkan, ibu jari kaki menghala ke belakang sementara lutut jauh

daripada garisan sisi paha.

10. Semasa gerakan tangan untuk pemulihan atau kembali ke posisi

asal hampir selesai, tapak kaki digerakkan ke luar sedikit dan kaki

menendang kuat ke belakang dan ke luar sedikit semasa

melakukan pergerakan pecutan.

15

Page 16: kerja kursus renang

11. Tumit kaki harus memulakan pergerakan.

12. Pergerakan kaki menendang ke belakang seperti katak selesai

apabila kaki membuat suatu laluan yang membengkok disudahi

dengan gerakan meluru.

13. Kaki menamatkan tendangan dengan ibu jari kaki menunding ke

belakang dan meluncur dalam keadaan kemas serta bersedia untuk

pusingan kuak seterusnya.

16

Page 17: kerja kursus renang

7.0 ANSUR MAJU RENANG GAYA KUAK DADA

7.1 POSISI BADAN

Dengan memegang penggayut atau palung, buat latihan ringkas gerakan

kaki.

Dengan memegang alat keapungan atau pelampung yang dipegang di

depan, berenang mengikut kelebaran kola dengan hanya menggunakan kaki.

Tolak dan luncur, diikuti dengan gerakan kaki sahaja.

7.2 GERAKAN TANGAN

Berdiri di bahagian cetek kolam renang dengan bahu di bawah paras air,

lakukan latihan gerakan tangan.

Berjalan perlahan-lahan mengharungi air, bahu masih berada di dalam air

dan sambil mencondongkan badan ke depan, lakukan latihan gerakan tangan

17

Page 18: kerja kursus renang

7.3 PERNAFASAN

“Bubbling” iaitu salah satu cara mengawal pernafasan sebelum memulakan

aktiviti renang.

Nafas di tarik melalui mulut sebelum kepala dimasukkan ke dalam air dan

udara dihembus melalui hidung sebelum kepala di keluarkan ke udara.

Pergerakan ini diulang beberapa kali.

7.4 PENGATURAN MASA

Tolak dan luncur, tambah pula satu pusingan tangan diikuti dengan

tendangan kaki.

Ulangi, tambahkan bilangan pusingan tangan dan tendangan secara

beransur-ansur.

Tolak dan luncur, tarik atau kuak tangan, bernafas, tendang dan luncur.

Bernafas pada setiap pusingan kuak.

Tambahkan jarak renangan bagi mewujudkan ritma yang selesa.

8.0 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

18

Page 19: kerja kursus renang

8.1 POSISI BADAN

Sasarkan pada posisi badan yang teregang dan selurus yang boleh.

Stabilkan kepala dan luruskan bahu, sisi paha berada sedikit sahaja di bawah

paras permukaan air, kaki dilunjurkan, tajamkan ibu jari kaki.

8.2 GERAKAN KAKI

Tumit menghadap punggung, kaki menghadap ke luar, tumit mendorong

pergerakan ke belakang.

Gerakan kaki bagi pemulihan atau kembali ke posisi asal dilakukan di dalam

air. Permukaan kaki di halakan ke luar untuk dorongan terakhir, tendangan

harus serentak dan secara simetri,

Pastikan kaki pada posisi selari dengan sisi paha pada sepanjang masa.

8.3 GERAKAN TANGAN

Pastikan tangan sentiasa dalam pandangan.

Kuak dengan kuat ke sisi, ke bawah dan ke belakang, lakukan gerakan

pemulihan dengan kemas, kuak air di depan bahu.

8.4 PERNAFASAN

19

Page 20: kerja kursus renang

Tarik nafas sebaik sahaja tangan selesai melakukan gerakan tarikan, hembus

nafas apabila tangan melakukan gerakan pemulihan, iaitu kembali ke posisi

asal.

Kepala perlu stabil sementara bahu berada dalam keadaan lurus.

8.5 PENGATURAN MASA

Pastikan gerakan tangan untuk menarik atau kuak dilakukan di hadapan

bahu.

Tumpukan latihan ke arah ritma tarik tangan/ tarik nafas/ tendang/ luncur,

dengan penekanan diberi terhadap tendangan ke belakang yang kuat dan

luncur yang lancar akan dapat dilakukan.

REFLEKSI

20

Page 21: kerja kursus renang

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran

yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Renang ini agak sukar untuk

difahami bagi saya. Namun, setelah menyiapkan tugasan ini dan mendengar

penerangan serta tunjuk ajar semasa kelas yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah

dari Jabatan Pendidikan Jasmani, saya mendapati tugasan ini tidaklah begitu sukar.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En.

Othman yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi masalah

berkenaan dengan isi kandungan kursus ini.

Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan bahan-

bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat dengan

rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya memahami

apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah

berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka

serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana saya

ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih sempurna. Di

dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan pengetahuan

saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa hadapan.

Banyak ilmu pengetahuan yang tidak terkira telah saya perolehi sepanjang

menyiapkan tugasan ini, saya akan menghargainya dan menerapkannya dalam

profesion saya. Untuk ini, saya akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang

kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat

menjadi seorang guru yang berjaya.

BIBLIOGRAFI

21

Page 22: kerja kursus renang

Buku

1. Asma Saat. 2007. Renang Meniti Tangga Kejayaan. Utusan Publications

& Distributors Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

2. Tam Lye Suan. 1994. Renang. Utusan Publications & Distributors

Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Internet

1. http://map-bms.wikipedia.org/wiki/Renang

Diakses pada 18.9.2009

2. http://www.akademi-renang.com/rule.htm

Diakses pada 18.9.2009

3. http://www.mbas.gov.my/maklumatmbas/perkhidmatan/kemudahan/

kolam_larangan.php

Diakses pada 18.9.2009

22