tugasan edu 3109 2013

14
EDU 3109 2013 Bagaimana Inovasi dan perubahan dalam pendidikan masa kini serta nilai keberkesanannya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan Definisi Inovasi Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosori Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tetentu atau memenuhi perasaan tertentu. Zaltmat et. Al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru organisasi. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Daripada pengertian inovasi oleh tokoh-tokoh yang terkenal boleh disimpulkan bahawa inovasi merupakan penghasilan baru yang berbentuk maujud dan mujarat.. inovasi juga perlu berdasarkan prpses penyusuan

Upload: khusnyuddin-mohd-mokhtar

Post on 23-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

Bagaimana Inovasi dan perubahan dalam pendidikan masa kini serta nilai keberkesanannya

dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Definisi Inovasi

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap

baru oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik

daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosori Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau

strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan

Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea,

benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi

tertentu atau memenuhi cita rasa tetentu atau memenuhi perasaan tertentu.

Zaltmat et. Al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang

kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan

penggunaan idea baru organisasi.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada

sesuatu produk atau proses.

Daripada pengertian inovasi oleh tokoh-tokoh yang terkenal boleh disimpulkan bahawa

inovasi merupakan penghasilan baru yang berbentuk maujud dan mujarat.. inovasi juga

perlu berdasarkan prpses penyusuan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada.

Inovasi juga boleh dianggap sebagai sesuatu yang unik, memudahkan dan amat bernilai.

Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses penstrukturan

semula yang memberi fanfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.

Proses inovasi berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkat-peringkat atau

beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.

Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baharu,

Page 2: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh

meningkattan produktiviti.

Dalam bidang pendidikan pada masa kini perlu ada strategi yang mampu mengukuhkan dan

memantapkan profesion perguruan itu sendiri. Guru perlu bijak mengurus masa bagi

merancang, mencari dan guru perlu membuat perubahan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP). Inovasi dan perubahan dalam pendidikan boleh dilaksanakan melalui

perubahan dalam strategi pengajaran inovatif, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan

juga perkembangan persekitaran pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif

Strategi pengajaran inovatif yang dilaksanakan di sekolah adalah Pembelajaran Berasaskan

Projek (PBL), Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Pembelajaran Berasaskan

Laman Sesawang (PBLS). Pembelajaran Inovatif merupakan satu inovasi dalam bidang

pendidikan bagi melahirkan individu yang kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti

persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru

atau membaiki kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan masalah.

i. Pembelajaran Berasaskan Projek(PBL)

Pembelajaran secara projek ini berfokuskan tugasan amali secara sistematik /terancang

dalam jangka masa yang tertentu. Pembelajaran ini biasanya melibatkan kutipan secara

analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Antara ciri-ciri Pembelajaran

Berasaskan Projek adalah seperti berikut:-

a. Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

b. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap dan jelas.

c. Ia melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data,

dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

d. Interaksi guru- murid adalah bersifat bimbingan dan perundingan pada setiap tahap

proses. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

e. Mesti berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid yang

sedia ada. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang

terlibat.

f. Penilaiannya yang dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil

yang siap. Penilaian harus dilaksanakan sepanjang tempoh projek.

g. PBL ini sesuai dengan murid dan kurikulum sekolah rendah. Guru perlu memastikan

murid- murid membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang tempoh projek

dilaksanakan.

Page 3: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek dapat menarik perhatian murid-murid terhadap satu-

satu topik yang khusus ini kerana murid-murid dapat meneroka sendiri topik tersebut

dengan lebih mendalam apabila mereka menjalankan pembelajaran berasaskan projek

terhadap sesuatu topik tersebut. Murid akan lebih menjiwai topik tersebut sekiranya

mereka berusaha melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Selain itu ini

akan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjana idea mengenai topik

tersebut. Murid akan melahirkan idea yang terkini dan sentiasa menghasilkan produk

yang sangat kreatif.

Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga dapat mengajar mereka untuk menerima dan

menghormati perbezaan individu apabila tugasan dilaksanakan secara berkumpulan.

Semua ahli dalam kumpulan yang sudah semestinya perlu bekerjasama antara satu

sama lain bagi menjayakan tugasan yang diberikan dengan lebih cemerlang. Selain itu

PBL ini juga dapat menggalakan murid-murid untuk sedia menanggung risiko dalam

berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Salah satu idea sahaja dalam kumpulan

tersebut yang akan dipilih untuk digunakan dalam penghasilan sesuatu projek. Melalui

pembelajaran sebegini juga menunjukkan bahawa sumbangan idea seseorang peserta

yang dipilih amatlah dihargai.

ii. Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan satu inovasi dan perubahan yang

dilakukan dalam pendidikan masa kini dari segi teknik pengajaran yang diamalkan oleh

guru. PBM dilaksanakan dengan merangsang perasaan ingin tahu dan minat murid

terhadapa senario masalah yang diberi. Dalam PBM ini juga akan mencetuskan

persoalan (apa, kenapa, bagaimana dan di mana). Segala persoalan tersebut perlu

diselesaikan oleh murid-murid bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu proses yang menggalakkan pelajar

mendapatkan jawapan berdasarkan masalah. Secara kumpulan atau individu perlu

mencari maklumat serta idea yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan proses

Page 4: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar menggunakan kaedah PBM

ini. Kaedah PBM mampu menjana idea murid yang lebih kreatif dan inovatif berbanding

kaedah pembelajaran yang terdahulu yang kurang menjana idea baru murid-murid.

PBM yang diamalkan oleh guru-guru perlu melibatkan kemahiran proses sains seperti

memerhati, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi antara kumpulan,

menginteprasi data dan menjalankan eksperimen. Tidak semestinya kaedah PBM ini

boleh dijalankan untuk matapelajaran sains sahaja malahan ia boleh digunakan untuk

semua subjek yang lain seperti matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-

lain.

Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah

Mula-mula murid mendapat penjelasan tentang objektif pembelajaran kemudian murid

diberi satu masalah. Berdasarkan masalah yang diberikan dalam kumpulan murid

menganalisis masalah yang dikemukakan.

Kemudian dengan sokongan dan bimbingan guru murid berdiskusi dalam kumpulan kecil

berkaitan masalah. Murid akan menjana idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang

ditimbulkan. Bagi menjana idea yang bernas dan berkualiti murid boleh mencari

maklumat daripada sumber lain seperti rujuk buku rujukan di perpustakaan, buku teks,

jurnal atau majalah yang berkaiatan dengan topik yang dibincangkan. Maklumat yang

lebih cepat dan lebih berkesan murid-murid boleh memperolehinya daripada internet.

Dengan ini murid tidak perlu buang masa untuk mencari maklumat yang lebih banyak

dan berkesan dengan menggunakan hujung jari sahaja murid-murid boleh memperolehi

maklumat dengan sekelip mata sahaja.

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah yang dilaksanakan mampu melatih pelajar

menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik. Pelajar akan berusaha menjana idea

bagi menyelesaikan masalah yang dikemukan dengan berkonsi pendapat dalam

kumpulan atau menjana idea secara individu.

Melalui PBM ini juga dapat meningkatkan dan memperbaiki kemahiran ‘softskills’

dikalangan pelajar-pelajar. Pelajar mempunyai inisiatif dalam menyelesaikan masalah

yang dihadapi dalam kehidupan harian. Pelajar akan sentiasa berfikir dan menjana idea

untuk menyelesaikan masalah walaupun ia bukanlah sebagai satu tugasan yang diberi

oleh guru. Ini kerana pelajar telah dilatih dan diterapkan agar sentiasa berfikir dalam

menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 5: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

Pembelajaran seperti ini juga akan membolehkan pelajar lebih aktif dalam memproses

maklumat serta sentiasa merangsang proses berfikir di kalangan pelajar-pelajar. Selain

itu pelajar dapat belajar dengan lebih meluas dan mendalam lagi dalam sesuatu bidang

yang diceburinya.

iii. Pembelajaran Elektronik

Pembelajaran elektronik merupakan kaedah pembelajaran yang terkini iaitu perubahan

yang telah dilaksanakan dalam pendidikan. Pembelajaran elektronik berfungsi untuk

menyediakan pembelajaran melalui penggunaan komputer. Para pelajar boleh belajar

serta meneroka dengan sendiri secara interaktif menggunakan multimedia.

Melalui pembelajaran ini juga terdapat proses penilaian boleh dilaksanakan untuk

melihat tahap kefahaman murid dalam pembelajaran. Pembelajaran yang dilaksanakan

menggunakan elektronik ini juga adalah mengikut sukatan pelajaran Kementerian

Pelajaran Malaysia dan komputer menjadi alat pengantaraan berkesan dan cekap untuk

menyampaikan kandungan.

Program pembelajaran Elektronik atau “E-Learning” (–E) yang mempunyai rekabentuk

yang baik dapat menyediakan pelbagai ciri yang konduksif untuk proses pembelajaran.

Walau bagaimanapun ciri-ciri tersebut perlu intergrasikan dengan efektif untuk mencapai

matlamat pembelajaran. Pembelajaran sebegini selalunya dilaksanakan di peringkat

yang lebih tinggi seperti di Institut Pengajian Tinggi. Manakala di peringkat rendah

pembelajaran sebegini dilaksanakan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT

secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran banyak mendatangkan faedah

kapada semua pihak antaranya:-

Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran agar pelajar dapat meneroka

dengan lebih jauh tidak terhad kepada bidang yang kecil sahaja. Guru-guru dapat

menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang

memerlukan aktiviti pengayaan. Ini membolehkan pelajar dapat mengamalkan

pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar lebih berani dan berkeyakinan. Melalui

ICT ini juga berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid yang lebih

mendalam terhadap pelajaran yang diceburinya.

Page 6: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

Penggunaan ICT ini juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada

semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan. Semua murid diberi hak pembelajaran

yang sama walaupun murid-murid tersebut terdiri daripada latar belakang sosial ekonomi

yang berbeza. Pembelajaran berkonsepkan ICT dapat meningkatkan motivasi murid

dalam pembelajaran ini kerana murid sentiasa cenderung kepada perkembangan

teknologi serta sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

Dalam penggunaan ICT membolehkan pembelajaran secara bersendiri (individualise

learning) walau bersendirian murid dapat mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

Ini akan membuatkan murid-murid amat berminat untuk melibatkan diri dalam

pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar sebegini. Dengan menggunakan ICT

membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu

mahal untuk diperolehi dengan lebih mudah, cepat dan sistematik. Penggunaan ICT

dalam pengajaran memang berkesan dan membolehkan murid mencuba atau

melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk

dilaksanakan dengan cara biasa. Tanpa mengeluarkan wang yang banyak murid dapat

melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih baik dan sempurna.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan

bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti

menggunakan ICT yang bersesuai dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong

sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Keberkesanan ICT Dalam Pengajaran

Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tiada satu cara

pun boleh dikatakan sebagai yang terbaik dan mesti digunakan dalam setiap PdP yang

dijalankan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai

dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka

masa yang munasabah.

Guru berjaya menggunakan ICT dalam pengajaran melalui persembahan penyampaian

iaitu menggunakan power point dan bahan grafik yang lain, tanyangan video,

memainkan audio rakaman dan menggunakan smart board interaktif. Dengan ini,

penggunaan media elektronik dalam perubahan pendidikan akan menyebabkan

penggunaan media elektronik akan terus berkembang. Pengajaran menggunakan power

point akan menarik minat murid, dapat menjimatkan tenaga serta masa guru dalam satu

sesi pengajaran. Dengan menyediakan bahan pengajaran melalui power point akan

memberi kemudahan kepada guru untuk menggunakan bahan tersebut untuk murid

Page 7: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

kelas lain atau boleh digunakan pada tahun hadapan. Dengan kata lain guru boleh

menggunakan bahan tersebut secara berulang-ulang serta boleh membuat

penambahbaikan setelah membuat refleksi terhadap PdP sebelum ini.

Penggunaan sumber internet dalam pengajaran juga merupakan satu inovasi dalam

bidang pendidikan kita. Penggunaan internet dalam pengajaran membolehkan murid

dapat meneroka lebih jauh dan membawa dunia luar terus ke dalam bilik darjah. Dengan

penggunaan internet dalam pengajaran membolehkan murid mencari maklumat dengan

lebih mudah dan lebih banyak. Penggunaan internet dalam pengajaran boleh

dilaksanakan dengan muat turun atau boleh disediakan sebagai siaran langsung.

Dengan kata lain penggunaan internet dalam pembelajaran sememangnya memberi

kesan yang amat baik kepada guru itu sendiri seterusnya terhadap murid-murid.

Selain itu, dengan menggunakan teknologi baharu seperti elektronik voting system

dapat dilaksanakan dalam ujian dan undian dalam bilik darjah. Pelajar beri respons

kepada soalan aneka pilihan atau item objektif untuk membuat pilihan atau undian.

Semasa program ini dilaksanakan guru boleh terus memberi maklum balas penguasaan

atau kesukaran pembelajaran. Sekiranya murid masih tidak dapat menguasai topik

tersebut guru perlu mengambil tindakan susulan terhadap murid tersebut.

Dengan ICT juga boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran seperti

demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh

sistem dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Alat ICT yang

selalu digunakan untuk pembelajaran ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada

yang disimpan di dalam CD-Rom, cakera keras ataupun laman web. Setiap perisian

pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen seperti untuk

mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan atau member latihan serta

menilai pencapaian dalam semua bidang.

Pembelajaran yang menggunakan ICT juga bertujuan untuk mencari dan mengakses

maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Pembelajaran

yang sesuai digunakan ICT seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan,

pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti

yang berkaitan masa depan serta pembelajaran yang benbentuk simulasi. Pembelajaran

seperti ini akan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran . Ia juga

memberi kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-

masing. Selain itu pembelajaran menggunakan ICT ini akan memberi peluang kepada

guru menerapkan teori pembalajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence

dan lain-lain.

Page 8: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Guru dapat

membuat persiapan dan bersedia denagan lebih awal dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat mencari maklumat-maklumat

berkenaan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada

murid-murid dengan lebih berkesan. Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar

akan menjadikan pengajaran tersebut lebih menarik, berkesan serta menarik minat

murid untuk belajar contohnya menggunakan alat seperti power point, flash, video dan

visual.

Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan

padat kerana murid akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik

serta mudah untuk difahami. Murid juga tidak mudah berasa jemu dan bosan dalam

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya

persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dapat menjadikan ia lebih aktif serta

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru juga boleh

mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu

kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran

seseorang guru tersebut. Guru juga dapat menerangkan kepada murid-murid dengan

lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan

internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia

pendidikan.

Guru dan murid perlu mempunyai kemahiran menggunakan internet agar guru dan murid

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen

tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti

pembelajaran. Dengan menggunakan inovasi dan perubahan dalam pendidikan seperti

dengan menggunaka ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan

kualiti serta ia akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus diakses

kedalam sistem.

Page 9: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

REFLEKSI

Syukur alhamdullillah kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat juga menyiapkan

soalan tugasan yang diberikan. Soalan yang berkaitan dengan inovasi terutamanya

dalam bidang pendidikan merupakan satu perkara yang sering diambil tindakan oleh

pihak yang tertentu. Inovasi yang selalu dilaksanakan oleh pihak atasan iaitu

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Inovasi yang selalu dilaksanakan adalah bertujuan untuk membuat penambahbaikan

daripada sistem yang lama kepada sistem yang baru. Inovasi yang dibuat oleh pihak

yang berkenaan sentiasa seirirng dengan perkembangan teknologi masa kini contohnya

sistem pendidikan yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

dimasukkan satu mata pelajaran yang baru berkaiatan dengan ICT iaitu TMK. Mata

pelajaran TMK ini bermula daripada murid KSSR tahun satu lagi. Kini murid-murid

pengasas KSSR berada di tahun 3 telah didedahkan dengan teknologi yang moden

seiring dengan perkembangan masa kini.

Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita pada masa kini amat memberi

kesan yang positif kapada murid-murid itu sendiri terutamanya dan guru-guru. Guru-guru

perlu diberi taklimat dan pendedahan yang mendalam agar segala perubahan atau

Page 10: Tugasan Edu 3109 2013

EDU 3109 2013

program yang dilaksanakan tercapai objektifnya. Saya juga sering menggunakan ICT

semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti perisian power point, mencari

bahan dalam internet serta menjalankan aktiviti bersama murid menggunakan ICT. Saya

berbuat demikian kerana memandang murid-murid masa kini lebih gemar dengan

teknologi yang canggih dan terkini mengikut perkembanagn semasa. Apabila

menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid amat berminat

serta berani meneroka sendiri untuk mencari maklumat dan berfikir dengan lebih kreatif

untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada pendapat saya inovasi dalam sistem pendidkan perlu sentiasa dilaksanakan

sepanjang masa agar pendidikan di negara kita lebih sistematik dan mengikut

perkembangan semasa. Inovasi yang dilaksanakan akan meningkatkan kemahiran

mengajar guru-guru serta meningkatkan penguasaan murid-murid dalam pembelajaran.

Murid-murid akan lebih berminat serta bersungguh-sungguh untuk belajar kerana tertarik

dengan cara persembahan pengajaran cikgu yang begitu berkesan dan menarik.

Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini perlu disokong kerana

ia memberi kebaikkan yang berlipat ganda jika aplikasikannya dengan sempurna oleh

semua pihak yang terlibat. Namun begitu guru perlu bersedia dengan segala cabaran

yang akan timbul pada masa kini. Guru-guru juga perlu lebih kental menghadapai segala

arahan dan peraturan yang ditetapkan mengikut perkembangan teknologi masa kini.