edu 3109:bagaimana pendemokrasian dlm pendidikan meningkatkan integrasi nasional

19
Oleh, Ibrahim Samsudin Julinih Tanis Zekiel K. Keridau PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEM 8 AMBILAN JAN 2009

Upload: julie-jac-q

Post on 25-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Oleh,Ibrahim Samsudin

Julinih TanisZekiel K. Keridau

PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEM 8 AMBILAN JAN 2009

Elemen penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.

Konsep-Menjamin keadilan untuk semua pihak mendapatkan pendidikan yang sama rata dengan orang lain.

Meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikirkan sesuai untuk menuntut ilmu tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya.

Satu strategi untuk mencapai misi pendidikan Negara iaitu mendedahkan masyarakat kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.

Proses penyatuan antara kumpulan yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama, perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum.

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia.

Membentuk 1 bangsa Malaysia yg mempunyai identitinya sendiri berteraskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara.

Sekolah satu aliran- Menggunakan 1 bahasa pengantar yang sama.

“Sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantara paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan”. - Prof Datuk Dr Kamaruddin-

- Melalui sekolah 1 aliran,pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat dengan menggunakan satu bahasa pengantar sahaja,malah

murid pelbagai kaum berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing.- Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaum-

kaum lain mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun berada di sekolah 1 aliran.

Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan.

“Pendidikan percuma  telah diberikan kepada semua kanak-kanak  mulai tahun 1962.  Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun  dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki  sekolah menengah” Akta Pelajaran 1961

Peluang untuk mendapatkan pendidikan  telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik, dan gender sekurang-kurang  sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. 

Mulai 1999, peluang bagi semua  pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan.  Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat.

Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

- Salah satu  bentuk bantuan ialah dengan penubuhan   sekolah-sekolah  berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.  

- Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan .

Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.

Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. 

Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan.

Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan  yang kebanyakannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil  atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. 

Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya rendah.

Kemudahan–kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.

Contoh lain : RMT, Skim Baucar Tuisyen

Institut perguruan mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. 

Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi permintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak di luar bandar atau kawasan pendalaman

Pewujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam(IPTA) dan institut tinggi swasta(IPTS) merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan dan peluang pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

Kerajaan juga menggalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta

Akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-institusi pendidikan tinggi  yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi.

Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah, membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan, mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan.

Pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah

Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama.

Bagi mata pelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan mata pelajaran Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR, ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak – kanak.

Rasional dan kepentingan Pendemokrasian Pendidikan

“Usaha membawa reformasi dalam pendemokrasian pendidikan dengan tujuan membasmi buta huruf di kalangan penduduk dalam Negara kurang maju melalui bantuan kewangan, latihan dan pelaksanaan projek pendidikan yang bertujuan merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan”

UNESC0, 1988

Kemudahan pendidikan di antara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara

Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. 

Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. 

Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk menstrukturkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai penggerak utama.

sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar walaupun dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas. Namun sepertimana yang terkandung dalam Penyata Razak (1956), ia ada menyebut “hendak menyatukan kanak – kanak dari semua kaum di dalam negara ini “, sepertimana yang terkandung dalam Penyata Razak (1956).