modul pim 3109

58
PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG. SINOPSIS Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) 1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber. 2. mengolah keberkesanan bahan sumber. 24

Upload: tg-farra-waheeda

Post on 10-Aug-2015

2.615 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

module

TRANSCRIPT

Page 1: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT

BIDANG.

SINOPSIS

Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk

pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada

Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.

2. mengolah keberkesanan bahan sumber.

KERANGKA TAJUK

24

Page 2: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1 KATEGORI BAHAN SUMBER

1.1.1: PENGENALAN

Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian !

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat

atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya

dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi

pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat

atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian

pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu

dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan

teknologi maklumat dan bahan maujud.

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan

selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah

untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi

maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai

media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi,

peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal

dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.

Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian

murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap

kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh

guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid

iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah

rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk

25

Page 3: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus

menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap

sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan

membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang

diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini

melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif

pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan

Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran

manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale memperjelaskan

kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Konsep

ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah

mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan

media dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER

26

Page 4: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses

pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan

pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan

bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza

tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid

memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta

mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang

hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-

sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-

bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan

lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah.

Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru

boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan

televisyen.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk

melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak

langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan

cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan

dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak

iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

1.1.2.1: BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan

dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus.

Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan

dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

27

Page 5: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad

katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.

Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan

ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka

yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas

oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat

pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia

adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia

menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.

Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya

buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan

menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku

tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu

disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa

yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang

menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal

dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan

bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku

yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga

tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran

zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini.

Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak

28

Page 6: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut

peredaran zaman.

1.1.2.2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.

Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia

yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul.

Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran

kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh

menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir

sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu

digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada

masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-

perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut

bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan

ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau

pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka

akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak

langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk

mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat

suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat.

Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah

banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan

daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin

29

Page 7: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang

menarik daripada guru dihasilkan.

1.1.2.3: BAHAN MAUJUD

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan

bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan

maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam

keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan

sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang

kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.

Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah

alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan

spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan

bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia

realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup

pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal

daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir

kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili

kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang

lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu

didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan

spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh

menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan

didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia

ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,

rasa, sentuhan dan bauan murid-murid

30

Page 8: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1.3: BAHAN MEDIA

Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan

ianya boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :

Bil Jenis Media/ Bahan Contoh

1. Media/ bahan tayang kaku Transparensi, slaid,

mikrofilem

2. Media / bahantayang bergerak Pita video, CD dan filem

3. Bahan grafik Lukisan, poster, kartun,

carta dan graf

4. Gambar Kaku Gambar foto, kad

imbasan dan poskad

5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, diorama

dan pupet

6. Papan pameran Papan kapur, papan

putih, papan flanel dan

papan buletin

7. Media audio Pita kaset, CD dan

komputer

8. Media cetak Modul, buku teks, surat

khabar, majalah dan

risalah.

6. Papan pameran Papan kapur, papan

putih, papan flanel dan

papan buletin

1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER

31

Page 9: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media

pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para

pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap

yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk

memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-

kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang

seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan

Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

            Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi

pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan

tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan,

umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan

berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti

gambarajah berikut:

1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN

1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran

para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan

program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya

sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran

haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

1.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan

dengan Falsafah Pendidikan.

32

Page 10: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah

boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini

bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur

intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan

insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan

haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang

menyeluruh dan bersepadu.

 

1.1.5.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-

bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan

bahasa itu secara efektif.

Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap

orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah

diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari

bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada

kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang

dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya

dengan kehidupan seharian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah

perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main

peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam

situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan

tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung.

33

Page 11: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula

mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah

contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.

Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa

Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa

untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek

sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan

penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang

dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang

cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar.

Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

 1.1.5.4: Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para

pelajar.

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari

sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya

disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah

pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran

yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit

pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus

mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi

mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan

pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan

pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran

yang lalu.

Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan

terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek

dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan

galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya

adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan

34

Page 12: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi

perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh

digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini

adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli

kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang

mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran

yang diperuntukkan kepadanya.  

 

1.1.5.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek

bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.

Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak

sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan

penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar.

Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan

biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap

menukar strategi dari semasa ke semasa.

Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung

berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi

seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang

menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun

menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara

yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya

sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira

nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-

perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan

menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi

pengajaran bahasa mereka.

 1.1.5.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk

memudahkan pembelajaran mereka.

35

Page 13: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat

mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang

tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan

oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup

tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan

mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru

hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh

para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang

menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan .

Buat catatan isi secara grafik peta minda

1.2 : KEBERKESANAN BAHAN

1.2.1: PENDAHULUAN

Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran.

Ia bukan sahaja dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat

membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan

sumber yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

36

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya

Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan Pameran, Media Audio dan Media Cetak

Page 14: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber menjadi elimen perantaraan dan

pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang pengajar perlu

peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan faktor praktikal

semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.

1.2.2: KERANGKA TAJUK

1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN

Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya

terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :

1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER

- selaras dengan falsafah pendidikan negara

- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

- releven dengan kurikulum

- selaras dengan prinsip pedagogi 

- memberi maklumat terkini

- cost effective

37

Page 15: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

- mudah diperolehi

- mudah digunakan

- mudah alih

- mudah senggara

- pelbagai rangsangan

- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

- fleksibel

1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

a)    Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan

pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau

bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang

ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b)   Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan

kewangan sekolah.

Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan

pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan

yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika

bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.

Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh

menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c)    Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama

ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh

diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya

d)   Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan

maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster,

rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat

38

Page 16: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.

Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e)    Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu

digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan

diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh

digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu

sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)     Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat

juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran

pembelajaran.

Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih

besar.

Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan

tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan,

atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran

berkumpulan, atauun pengajaran individu

g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini

ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.

Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat

menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari

dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang

dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong

semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur

yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya

wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER

39

Page 17: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan

dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk

mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang

guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut :

a)    Menjelaskan idea yang kabur

Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan

dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan

sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi

pelajaran.

b)   Menjelaskan bahagian yang sukar difahami

Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami

oleh pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Pengunaan bahan

sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan

diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan

grafik banding beza.

c)    Besar dan jelas

Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan

jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar

bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada

dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.

d)   Warna yang menarik dan saiz yang tepat

Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna

berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah

warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran.

Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz

sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran.

Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi

kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-

tengah.

e)    Tahan lama

Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak

membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja

40

Page 18: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan

sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.

f)     Paling memberi kesan

Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan

sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar

mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut.

Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

g) Murah

Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan

yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak

membebankan guru dan juga pihak sekolah

1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER

Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu

sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut prinsip

asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa’ al-Tajl dan

Rana al-Fau’ri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :

a) Besesuaian dengan tajuk

Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar.

Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang

hendak dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber.

Ini bermaksud, alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah sesuai

dengan tajuk, isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar.

b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar

41

Page 19: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid,

gaya pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman murid

belajar berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai

dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan

bahasa, tahap kefahaman serta pendengaran. Contohnya sumber visual

seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang

pengalaman yang cukup untuk menginterpretasikan dan

mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran

(Kamarudin, 2003).

c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.

Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan

digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang

hendak dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian

mengenai tempat bahan yang bakal digunakan.

d) Berteknologi rendah dan sederhana

Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran

teknikal yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk

menggunakan alat dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya

sebelum sesi pengajaran yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka

tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan mengangap pelajar

akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin,

2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau

kelamahan semasa persembahan.

e) Tidak berbahaya

Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan

menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan

tersebut seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak, terutama

42

Page 20: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

jika alat itu melibatkan penggunaan oleh murid. Bahan tidak memerlukan

kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak digunakan dan tidak

mudah ketinggalan zaman.

f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar

Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar

dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.

g) Sesuai dengan tahap IQ

Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran,

peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar

kelajuan peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan

mempunyai peluang merujuk kembali kepada bahan yang digunakan

dengan mengikut kadar keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan

murid lain yang lebih cekap.

Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri,

“ “Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran” ,

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007.

Layari internet ........

http://www.sumber pengajaran an pembelajaran

43

Page 21: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

LATIHAN

i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan

setelah melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.

44

Kategori Bahan Sumber

Page 22: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi

mempastikan satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna

pakai dalam orientasi pengajaran dan pembelajaran.

Tajuk 2 Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran mikro /

makro, dan kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro. Tajuk-tajuk ini

bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain daripada itu

anda juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para

pelajar diharap dapat berusaha untuk menguasai semua kemahiran

yang terdapat di dalam unit ini.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.

2. Dapat menganalisis konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.

3. Dapat membezakan antara pengajaran mikro dan pengajaran makro

Kerangka Konsep Tajuk

45

Page 23: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.1 Konsep Pengajaran Mikro

i. Konsep Pengajaran Mikro

Pelajar-pelajar sekelian !

Tahukah anda apa itu pengajaran mikro?

Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam

masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi

sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja.

Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan satu-

satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan teknik-

teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan

contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, pengurusan kelas, penggunaan

papan kapor, pengukuhan dan penutup.

Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran

Pembelajaran Pendidikan Islam

Konsep pengajaran mikro dan makro

Kemahiran Mikro Perbezaan pengajaran mikro dan makro

46

Page 24: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam

sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya

menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai

aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman video. Setelah

aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan tentang kekuatan

dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan. Hasil perbincangan

tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang

telah dilaksanakan.

Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro.

Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan

yang disediakan berikut

Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:

Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi

pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.

Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang

kompleks.

Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang

disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.

Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada

pengajaran biasa di sekolah.

Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-

kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami

kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan tersebut.

Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.

47

Page 25: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

(Model D.Allen dan K. Kyan)

Merancang

Anda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan

dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan

dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu

dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad

berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlulah

disediakan.

Mengajar

Anda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip dan

garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan

dipraktikkan. Contohnya ‘kemahiran penyoalan’. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip

penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu. Adalah lebih

baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut.

Mengulas / Menilai

Latihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi

pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan

membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian yang

telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro

Merancang semula

48

Mengulas

Merancang Semula

Mengajar Semula

Merancang

Mengulas Semula

Mengajar

Page 26: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah

membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan

dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan

mengajar yang disediakan.

Pengajaran Semula

Selepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan

dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana

anda telah mengambil kira komen dan teguran.

Mengulas Semula

Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di

bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah

dipraktikkan itu.

Konsep Pengajaran makro

Pelajar-pelajar,

Pengajaran makro adalah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi,

pengenalan, perkembangan p&p hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah :

Kelas besar

Perlu murid sebenar

Guru mengajar sepenuh waktu

Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar

Situasi sebenar

Buat perbincangan bersama rakan anda tentang perbezaan antara

pengajaran mikro dan makro. Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik

banding beza

49

Page 27: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

1.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda

pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi

yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang

dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan

untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di antara kemahiran-kemahiran

yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :

Kemahiran penyampaian set induksi

Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber

pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Penggunaan penyoalan

Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan

Kemahiran Penggunaan papan kapor

Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan

Kemahiran Perlaksanaan penutup

Pelajar-pelajar sekelian !

50

Page 28: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu

daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar

berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar

yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada satu

waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam sesuatu

sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja, bergantung

kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.

Kemahiran Penyampaian Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina

aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan

perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi . Antaranya

penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang

berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan

sebagainya.

Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan

merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang

diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

51

PrinsipSet Induksi

Tujuan tercapai dalam masa yang singkat

Menarik minat dan perhatian murid

Berkait dengan isi pelajaran

Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid

Berkait dengan pengetahuan murid

Page 29: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Komponen Set Induksi

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Membuat perkaitan

Menstruktur

Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran

dan pembelajaran . Buat catatan

52

Menggunakan nada suaraMenggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak

mataMenunjukkan satu aktiviti yang luar

biasa

Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang

berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Objektif Set Induksi:Menarik perhatian muridMembina aliran pemikiran muridMemotivsikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baruMencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktivitiMenyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaranMembantu murid belajar dengan lebih mudah

Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid

Menyatakan had tugas yang akan dijalankanMenggunakan satu siri soalan yang berkaitanMenyatakan cara-cara melaksanakan

Page 30: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tugasan tutorial

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Set

Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Kemahiran Menerang

Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran

kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan

kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi

pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika memberi

penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting pada papan

tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota.

Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang

Rancang aktiviti pengajaran

Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan

Masa hendaklah sesuai

Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru

Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid

Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid

Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang

berkesan

Galakkan murid bertanya

53

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

Arah Permulaan

Penerangan guru:

Menarik dan mengekalkan perhatian murid

Membangkit kesediaan murid untuk belajar

Jelas, ringkas, tepat

Page 31: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran

Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

KEMAHIRAN PENYOALAN

Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat

permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali

pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran

murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.

54

Kemahiran Ilustrasi

Pengunaan contoh / sumber pelajaran

Contoh / sumber yang cukup

Contoh / sumber yang sesuai

Contoh / Sumber jelas dan menarik

Kecekapan mengurus contoh / sumber

Penyusunan Idea

Pengurusan kemahiran menerang:

Idea dikembang secara teratur

Variasi rangsangan berjaya digunakan

Penerangan lisan jelas dan tepat

Penutup

Rumusan dan kesimpulan:

Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis

Isi-isi penting disusun secara teratur

Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Page 32: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

55

Pembentukan Soalan

Teknik kemukakan soalan

Penerimaan Jawapan

Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke

semasa Mendorong murid berfikir

Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan

jelas

Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang

lengkap Bantu murid beri jawapan yang

lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan murid

Objektif Penyoalan

Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal

Page 33: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat

Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen

Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen

Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran

Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang dterangkan.

Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

Kemahiran Pengukuhan

Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti .

Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku

Prinsip Pengukuhan

Berubah dari masa ke semasa

56

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Sekarang bolehlah anda fikirkan apakah kesan kemahiran penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan . Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

Page 34: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Diberi sebaik sahaja selesai menjawab

Elak komen negatif

Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar

Diberi dengan ikhlas

Memberi galakan dalam aktiviti P & P

Memperkukuhkan konsep dalam ingatan

Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif

Memupuk semangat keyakinan diri

Memperbaiki disiplin kelas

Kesan Kemahiran Pengukuhan

Membawa semangat ingin belajar

Meningkatkan murid bersifat cubajaya

Murid akan berubah kearah tingkah laku positif

Usaha murid dihargai

Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid

57

Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid

Objektif Pengukuhan

KomponenKemahiran Pengukuhan

Lisan Positif: Guru gunakan sebutan: Bagus / baik /

ya / betul Guru mengulang jawapan murid

Gerak Isyarat positif : Guru menunjukkan Senyuman Anggukan kepala Tepuk tangan Angkat ibu jari

Lisan negatif

Bukan, Salah, Tidak Kurang lengkap, jawapan buruk Menyindir

Gerakan isyarat negatif• Menggeleng-gelengkan kepala• Menunjukkan muka marah• Menggoyangkan tangan

Sentuhan Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan

Page 35: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di

atas. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama

pensyarah.

VARIASI RANGSANGAN

Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan

minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti,

menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi

pelajaran

Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian

Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai

Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza

Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

Objektif

Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat

Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

58

Page 36: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Mempelbagaikan saluran deria murid

Memotivasikan murid

Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti

Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

KomponenVariasi Rangsangan

Perubahan Pergerakan langkah guruKiri – kanan, depan – belakang

Perubahan Pergerakan anggota gurutangan - kepala, tangan -hentian

Perubahan nada suaraMendatar – lantangLantang - senyap

Perubahan deria muridMendengar – menontonMelihat - merasa

Perubahan bentuk lisan muridMenyoal – menjawabMenulis – membacaBercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal muridMenulis – melukisDuduk - berdiri

59

Page 37: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar komponen

di atas digunakan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama

pensyarah

Kemahiran Penggunaan Papan Kapur

Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan

kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Guru yang

menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan memahami

dan dapat menarik minat pelajar.

Guru harus merancang penggunaannya lebih awal

Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah

Tulisan hendaklah jelas

Penggunaan kapur warna

Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan

Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur

Masa yang sesuai

Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak

Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran

Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan

Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Memberi peluang kepada murid mencatat nota

60

Prinsip

Objektif

Page 38: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh

rehat! Masa untuk minum …

Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.

Kemahiran Penutup

Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan

penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk

membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari

61

Kejelasan :Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah – jelas dan ringkas

Susunan (layout) ;Penggunaan ruang seimbangSusunan jelas Nota disusun bersistematik

Penonjolan / Penekanan:Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik

Teknik Persembahan berjaya :membentuk konsep jelas dan tepatmemudahkan konsep yang susahmelibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaranmenggunakan masa yang sesuai

Komponen

Penggunaan

Papan kapur

Page 39: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga boleh

menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan

digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

Terdapat dua jenis penutup

Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari

Caranya:- buat rumusan / kesimpulan

Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja

Beri aktiviti pengayaan

Penyoalan isi-isi penting

Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus belajar

atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.

Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.

Pelajar-pelajar !

Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup

Prinsip-prinsip

Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari

Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti

Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif

Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

62

Menimbulkan perasaan ingin melaksanakan

Memberi peneguhan positifMewujudkan perasaan ingin tahuMemotivasikan perasaan ingin belajarMengaitkan dengan pelajaran akan

Komponen-komponen Kemahiran Penutup

Perkaitan kognitif

Perkaitan Sosial

Membuat rumusanMengulangi isi-isi pentingMenjalankan aktiviti penilaianMencadangkan aktiviti susulanMenjalankan aktiviti pengukuhan

Page 40: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial.

Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Bincangkan dengan rakan anda kepentingan Guru Pendidikan Islam

menguasai dan mengaplikasi kemahiran–kemahiran dalam

pengajaran mikro / makro serta mengikut peringkat perancangan

pengajaran mikro

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk

ini dengan jayanya!

.

63

Page 41: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tajuk 3 Perancangan Pengajaran Mikro

Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Pengajaran Mikro

Pendidikan Islam dan contoh perancangan pengajaran mikro untuk diaplikasikan

dalam pengajaran mikro.

Hasil Pembelajaran

1. Merancang pengajaran mikro untuk asuhan Tilawah al-Qur'an, Ulum Syariah

dan Akhlak dengan menggunakan kemahiran mikro yang telah dipelajari.

2. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.

Tajuk 3.1 Perancangan Pengajaran Mikro

Pelajar-pelajar sekelian setelah kita mengetahui konsep pengajaran mikro dan perbezaannya dengan pengajaran makro, mari kita ccba merancang pengajaran mikro !

Tahukah anda apa itu perancangan pengajaran mikro?

Dalam tajuk konsep pengajaran mikro anda telah didedahkan dengan carta alir perlaksanaan

pengajaran mikro, kini anda akan cuba merancang pengajaran mikro mengikut format yang

telah ditetapkan.

CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN MIKRO.

1. Persediaan Mengajar Mikro Set Induksi

Nama :Kemahiran : Set InduksiMata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenar

III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya

BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

64

Page 42: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

II. Persaudaraan Islam

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

SET INDUKSI

1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal

2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini?

3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain?

4. Bagaimana sikap kamu sekiranya melihat malapetaka / bencana menimpa rakan kamu?

5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman

6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman

7. Tajuk kita pada hari ini ialah “ Iman Yang Sempurna

1. Guru berbincang dengan murid

2. Murid menjawab

3. Murid menjawab

4. Murid menjawab

5. Murid menjawab

Pengajaran

Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan.

Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai dan

diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa

pengajaran.

Penilaian

Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu

membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat penilaian

ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian kemahiran yang

telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang tersebut diedar sebelum sesi

praktik bermula.

65

Page 43: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.

Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya

Ada(Sesuai)

Ada(Tidak

Sesuai)

Tidak Kelihatan

Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid

Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan

dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang

berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan

tugas Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

2. Persediaan Mengajar Mikro Penutup

Nama :Kemahiran : PenutupMata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenar

III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya

BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

66

Page 44: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti

percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

II. Persaudaraan Islam

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

PENUTUP

1. Membuat rumusan kognitif tentang pelajaran yang telah diajar.

2. Menggalakkan pelajar agar sentiasa membantu satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sebagai penutup sosial.

3. Guru memberi kerja lanjutan sebagai pengayaan.

1. Murid mendengar guru membuat rumusan kognitif

2. Murid mendengar guru membuat rumusan sosial

3. Murid melaksanakan kerja pengayaan di rumah.

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup

Komponen Kemahiran PenutupAda

(Sesuai)Ada

(Tidak Sesuai)

Tidak Kelihatan

Perkaitan kognitif

Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan

Perkaitan sosial

Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan

datang

67

Page 45: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiapKemahiran pengajaran mikro / makro

Ooookkkkkk boleh berhenti rehat!!!!

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

68

Page 46: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Dan Bidang Pengajaran

Makro Pendidikan Islam. Perancangan pengajaran makro terkandung di

dalamnya konsep pengajaran makro dan perancangan pengajaran makro. Bidang

pengajaran makro menyediakan contoh rancangan mengajar untuk diaplikasikan

dalam pengajaran makro.

Hasil Pembelajaran

3. Menjelaskan konsep pengajaran makro.

4. Membina rancangan pengajaran harian dalam bidang Ulum syariah

Kerangka Tajuk

Tajuk 4 Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan

Islam

Konsep Pengajaran Makro

Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Bidang Asuhan Tilawah Al Quran

Bidang JawiBidang AkhlakBidang Ulum

Syariah

69

Page 47: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Tajuk 4.1 Konsep Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Pelajar sekalian !

Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari

pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.

Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang dan

menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang lengkap

dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan.

Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan

mengurangkan masalah-masalah disiplin.

Proses pengajaran makro yang lengkap boleh disimpulkan dalam carta alir berikut :

Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :

Perancangan Pendahuluan

Penentuan topik

Kebolehan sedia ada murid-murid

Ojektif/ hasil pembelajaran

Perancangan penyampaian

Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran

Penentuan masa

Pemeringkatan isi

Pemilihan sumber

Perancangan Penilaian

Pencapaian

Penganalisisan maklumbalas

70

Perancangan Pengajaran Penilaian

Pengajaran Semula

PerancanganPerancanganPerancangan semula

Penilaian semula

Page 48: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Pengubahsuaian

Buat refleksi kendiri tentang konsep pengajaran makro.

Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik sebagai persediaan untuk membuat perancangan pengajaran makro

Tajuk 4.2 Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Pelajar-pelajar sekelian!

71

Page 49: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Dalam melaksanakan pengajaran makro, anda perlulah merancang set induksi

pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang

hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan

bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.

Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun

berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu

merancang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik dan

mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya

dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.

Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia

perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingkatkan

dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat

diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda hendaklah menyenaraikan semua

topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub- topik atau isi yang manakah yang perlu

diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat prinsip-

prinsip berikut:

dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui

dari mudah kepada kompleks

dari konkrit kepada abstrak

dari dekat kepada jauh

dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah memikirkan

tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin

kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang

sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan

menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.

Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran

dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian

terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan.

Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas

untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.

72

Page 50: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran

Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang

berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar.

Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid

supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi

atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam

pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang

boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta

keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :

Kelas/ tingkatan :

Tarikh :

Masa :

Bilangan Pelajar :

Bidang :

Tajuk :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil pembelajaran :

Aras 1:

73

Page 51: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Aras 2:

Aras 3:

Kemahiran berfikir :

Penerapan Nilai :

Penggabungjalinan :

Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD :

Bahan Bantu Mengajar :

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Muqaddimah

(1 minit)

Doa

Syahadatain

Murid

Guru

Set Induksi

(3-5 minit)

Isi

Soalan

Tajuk

Guru

Murid

Guru

Langkah 1

(5-7 minit)Isi

Soalan

Guru GJ

P

Langkah 2

(10 -15 minit)

Isi

Gabungjalin

Penyerapan

Soalan

Guru

Murid

GJ

P

KMD

Langkah 3

(12-15 minit)

Soalan Murid

Guru

KMD / PAS

PN

Penutup

(5 minit)

Isi

Kerja lanjutan

Guru

Murid

Catatan refleksi:

Catatan bimbingan:

74

Page 52: modul PIM 3109

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro , Makro Pendidikan Islam

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah

Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial / intraksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.

Rumusan

Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran

profesionalisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-

kemahiran dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajarannya . Justeru itu anda perlulah sentiasa

berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti

dan inovasi anda. Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Insya Allah pengajaran anda akan

menyeronokkan dan bermakna bagi pelajar-pelajar. Ingat ! guru yang berkualiti

akan melahirkan murid yang berkualiti.

Fikirkan : Kejayaan anda merancang perlu disertai dengan kejayaan dalam perlaksanaan. Guru yang berkualiti akan melahirkan murid yang berkualiti

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .

75