tugasan edu 24.8.2014

14
[PENGURUSAN BILIK DARJAH] EDU3043 Soalan 2 Tajuk Jurnal : Faktor-faktor yang mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa, Skudai. 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Pada pandangan penulis, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari. Ponteng merupakan satu perbuatan salahlaku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng sekolah juga adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. Gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga dikatakan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas seterusnya menjejaskan prestasi murid berkenaan. Baru-baru ini, isu dan gejala ponteng dalam kalangan murid terutamanya pelajar sekolah menengah semakin hangat dilaporkan dan 2014 Page 1

Upload: vimala-visha

Post on 04-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN BILIK DARJAH

[PENGURUSAN BILIK DARJAH]EDU3043

Soalan 2Tajuk Jurnal : Faktor-faktor yang mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa, Skudai.

1.0 PengenalanMenurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Pada pandangan penulis, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari. Ponteng merupakan satu perbuatan salahlaku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng sekolah juga adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. Gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga dikatakan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas seterusnya menjejaskan prestasi murid berkenaan.Baru-baru ini, isu dan gejala ponteng dalam kalangan murid terutamanya pelajar sekolah menengah semakin hangat dilaporkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar, media elektronik dan sebagainya. Isu ini kelihatannya seperti biasa dan sering dilaporkan, namun hakikatnya tanpa kita sedar bermula dengan gejala ponteng ini lah, ia semakin membawa kepada kesalahan jenayah yang serius dan besar. Hal-hal yang berlaku ini juga jelas menunjukkan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia semakin mengalami peningkatan dan membimbangkan.

2.0 Rumusan Jurnal Jurnal ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Jurnal ini membuat kajian 50 orang pelajar tingkatan Empat. Secara keseluruhannya, melalui kajian yang telah dibuat menyatakan bahawa faktor rakan sebaya dalah punca utama berlaku ponteng sekolah di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan di Skudai. Walaupun ada beberapa faktor tetapi keputusan kajian menunjukkan faktor rakan sebaya merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Daripada dapatan kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan dalam jurnal ini , penulis dapat simpulkan bahawa masalah disiplin pelajar di sekolah telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera , ia akan mendatangkan impak yang negatif kepada pelajar , guru , pihak sekolah dan juga kepada masyarakat dan negara.

3.0 Langkah-langkah Penyelasaian Masalah Ponteng SekolahWalaupun jurnal ini menyatakan bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor utama kepada masalah ponteng sekolah menengah tetapi secara umumnya faktor guru adalah punca utama berlaku masalah ponteng dalam kalangan pelajar menengah. Pada pandangan penulis guru adalah memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini. Hal ini disebabkan oleh pelajar menghabiskan masa yang lama dengan guru berbanding dengan ibu bapa. Guru adalah ibu bapa yang kedua bagi pelajar. Bukan itu sahaja, guru mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan satu generasi pelajar yang cemerlang. Oleh itu, tanggungjawab guru adalah penting untuk mengelakkan masalah ponteng berlaku di kalangan pelajar menengah. Guru seharusnya berganding bahu dan menjana idea bagi menangani masalah disiplin ini daripada terus berlarutan. .Di mana ada sesuatu masalah, di situ ada cara penyelasainnya. Begitulah apabila berlaku sesuatu masalah disiplin akibat daripada sikap guru, guru adalah insan yang bertanggungjawab dan boleh menyelasaikan masalah tersebut.Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar menengah Skudai. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar guru boleh dirancang oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi.Langkah kedua bagi mengelakkan berlakunya gejala ponteng ini ialah, guru perlu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai sesuatu yang menarik hati pelajar-pelajarnya. Ini bermaksud mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, perlu memperbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik seperti radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan.Langkah ketiga ialah guru perlu melayan pelajar dengan kasih sayang. Hal ini disebabkkan oleh guru berperanan untuk memberikan kasih sayang kepada pelajar mereka. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah ponteng sekolah disebabkan oleh diri mereka kekurangan kasih sayang terutama daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja itu. Oleh itu, pelajar pada peringkat ini mengharapkan kasih sayang daripada guru. Guru yang bijak ialah mereka yang boleh memberikan kasih sayang ini kepada pelajar mereka lalu golongan muda ini berasa diri mereka dihargai dan tidak terbabit dalam gejala negatif pula. Jelaslah, kasih sayang yang diluahkan oleh pihak guru ini boleh menghalang pelajar kita daripada terbabit dalam masalah ponteng sekolah. Sehubungan dengan itu, Guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah ponteng sekolah.Langkah seterusnya, guru haruslah memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa ke semasa bagi menjadikan suasana pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah.Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar. Suara seorang guru mesti memikat naluri dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang disampaikannya. Guru mesti bersifat tenang dan tidak menengking terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang masalah dalam bilik darjah. Guru harus menggunakan perkataan perkataan yang bersopan sepertisila duduk, jangan bising , memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru dan murid-murid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun. Dengan ini, para pelajar tidak akan mempunyai perasaan takut untuk datang ke sekolah sekaligus mengelakkan berlakunya kegiatan ponteng sekolah. Malah, guru perlu menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Apabila guru tidak masuk kelas pada waku yang ditetapkan atau kerap kali mengambil cuti, pelajar akan mengikuti tingkah laku seperti guru iaitu ponteng sekolah. Hal ini kerana guru adalah role model yang baik kepada pelajar. Selain itu, pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola oleh seseorang pelajar itu. Oleh itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik untuk pelajar dijadikan contoh.Seterusnya, guru perlu merancang perbincangan dengan guru kaunseling. Guru kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Pendekatan bimbingan dan kaunseling akan membantu dalam mengubah tingkah laku murid tersebut untuk jangka masa yang panjang. Bimbingan dan kaunseling merupakan satu bentuk prkhidmatan yang disediakan di sekolah untuk membantu murid agar dapat memahami dan menerima diri mereka, bertanggungjawab, mengendalikan isu0isu serta kesulitan dalam pelajaran dan tingkah laku serta merancang masa depad agar dapat menjalani hidup harmoni dan sejahtera. ( Akhiar Paradi Shamsina Shamsuddin 2011) Tidak ketinggalan, guru juga boleh menggunakan strategi dengan berkolaborasi atau bekerjasama dengan guru mahupun pihak lain dalam menjalankan program-program kesedaran, ceramah, bengkel atau sebagainya di sekolah. Hal ini secara tidak langsung menjadikan murid berminat untuk ke sekolah bagi mengikuti program dan ceramah yang diadakan. Di samping itu, program atau ceramah ini juga perlulah dilaksanakan kepada semua murid, terutamanya kepada kumpulan murid yang gemar ponteng kelas ini. Program program seperti Program Sifar Ponteng dan sebagainya perlu dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk nilai kesedaran dalam diri murid. Selain itu, idea seperti melantik murid sebagai ahli dalam Skuad Anti Ponteng dan Kelab Pencegahan Jenayah juga boleh dilaksanakan di sekolah. Selain mengisi masa lapang, rasional penubuhan kumpulan ini juga akan memberi peluang kepada murid menggalas tanggungjawab dan meningkatkan daya kepimpinan mereka. Secara tidak langsung, murid-murid ini akan lebih bersemangat ke sekolah dan ke kelas seterusnya mengurangkan masalah disiplin mereka.

4.0 Model Disiplin Bagi Mengatasi Masalah Ponteng PelajarSetiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Masalah disiplin ponteng ini boleh diatasi dengan cara guru memanfaatkan model pengurusan disiplin seperti model Canter dan model Kounin ini dengan sebaik mungkin. Walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua model ini adalah berbeza, namun kedua-duanya memberikan garis panduan kepada guru tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku yang berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Berdasarkan kepada model disiplin yang dikemukakan oleh Canter, terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasikan dalam model ini bagi mengatasi gejala ponteng. Pertamanya adalah guru perlu menyediakan satu set peraturan di dalam bilik darjah yang menjelaskan mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid di dalam bilik darjah. Set peraturan tingkah laku seperti yang dikemukakan dalam model Canter ini sememangnya relevan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Terutamanya bagi murid yang terlibat dalam masalah ponteng kelas, set peraturan ini sememangnya amat membantu guru dalam memastikan kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan satu set peraturan yang menetapkan hukuman ataupun dendaan jika murid kerap kali tidak hadir atau ponteng kelas. Misalnya, jika dalam tempoh seminggu, murid lebih tiga hari tidak hadir dalam kelas, dia akan dikenakan hukuman atau dendaan seperti mengutip sampah, pembersihan bilik darjah dan sebagainya.Dalam hal ini, Canter menekankan bahawa sebelum melaksanakan pelan tindakan, guru seharusnya terlebih dahulu menjelaskan set peraturan tersebut kepada murid dan dilaksanakan secara konsisten dan adil dan tanpa perasaan pilih kasih. Dalam kes gejala ponteng sekolah ini , guru haruslah bersikap adil terhadap semua pelajar. Hal ini bermakna guru tidak sewajarnya bersikap menghina kesalahan murid yang sering ponteng sekolah, meskipun murid tersebut adalah murid kesayangannya. Guru memberi hukuman atau dendaan tanpa mengira kaum, bangsa dan latar belakang keluarga. Kadang kala guru menegur pelajar yang miskin sahaja tidak berani menegur pelajar yang berasl dari keluarga berpendapatan tinggi. Hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana kesalahan yang dilakukan tetap merupakan satu kesalahan malah guru seharusnya bertindak juga bersikap tegas dan adil dalam melaksanakan tindakan kepada setiap muridnya. Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pemberian peneguhan berbentuk ransangan atau hukuman kepada murid yang kerap kali ponteng. Akhiar Pardi Shamsina Shamsuddin (2011) dalam bukunya menjelaskan bahawa Model Disiplin Asertif Canter yang menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran dan hukuman sememangnya dapat merangsang murid untuk bertingkah laku baik. Canter menjelaskan, murid-murid akan berusaha untuk bertingkah laku baik apabila guru memberikan pengiktirafan dalam bentuk ganjaran terhadap sesuatu tindakan wajar yang mereka lakukan seperti tidak ponteng kelas. Pengiktirafan seperti penghargaan,galakan,komen positif dan sebagainya dapat meningkatkan motivasi murid untuk mengekalkan sikap positif tersebut. Sementara peneguhan negatif berbentuk hukuman dan dendaan pula akan menyebabkan mereka berusaha mengurangkan tingkah laku bermasalah tersebut. Bagi kes murid yang menghadapi masalah kerap ponteng kelas ini, guru juga boleh menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran bagi memastikan murid sentiasa hadir dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Misalnya, guru menjelaskan kepada murid bahawa sesiapa yang hadir penuh dalam tempoh sebulan atau berturut-turut dalam bulan selanjutnya akan diberikan ganjaran berupa hadiah, penghargaan atau sebagainya. Bagi seorang murid, kata-kata pujian atau komen positif dianggap sebagai satu penghargaan bagi mereka. Ayat seperti Bagus Ali, kamu datang penuh dalam bulan ini. atau sebagainya daripada guru sebenarnya sudah cukup menggambarkan rasa kegembiraan dalam diri murid. Apatah lagi jika guru mengucapkannya di hadapan bilik darjah dan rakan sekelas. Hal ini secara tidak langsung juga dapat meningkatkan konsep kendiri dalam diri murid, malah bagi rakan lain juga sudah tentu mereka akan turut berusaha mengekalkan rekod kehadiran yang sama dan penuh juga.Selain itu, guru juga perlulah menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang baharu dan efektif di dalam kelas. Hal ini jugalah yang ditekankan dalam kedua-dua model disiplin Canter dan Kounin. Sebagai seorang guru, sememangnya kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam menarik minat dan perhatian murid terhadap aktiviti di dalam kelas. Kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bukan sahaja mampu menarik minat murid, malah mewujudkan suatu situasi dimana murid akan tertunggu-tunggu untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya. Kaedah serta rutin yang sama dilakukan pada setiap hari akan membuat murid tersebut tidak bermotivasi dan tidak merangsang murid tersebut untuk terus belajar. Sementara itu, Abdul Rahim Abd Rashid (1999) pula berpendapat guru yang bijak, kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Hal ini seterusnya akan menimbulkan minat kepada murid untuk ke kelas dan tidak memilih jalan untuk melarikan diri dengan ponteng dan sebagainya. Dalam menggunakan teknik pengajaran, guru boleh mencuba pelbagai kaedah seperti bercerita, berlakon, main peranan , simulasi dan sebagainya. Misalnya teknik main peranan. Menurut Naffi Mat (2006), main peranan adalah satu teknik di mana murid berpeluang melakonkan situasi, masalah ataupun peristiwa yang dianggap penting. Misalnya, guru memberi peluang murid untuk melakonkan watak murid yang suka ponteng sekolah. Melalui lakonan ini guru boleh memberi punca dan kesan daripada ponteng sekolah. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk mengetahui tentang ponteng sekolah. Melaui lakonan murid takut untuk membuat ponteng sekolah.Ini akan salah satu cara bagi mengurangakan masalah ponteng sekolah.Teknik ini sangat penting dalam usaha memberi penerangan kepada murid berkaitan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan seperti yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter. Dalam hal ini, guru perlulah membuka peluang kepada murid terlibat secara aktif dalam teknik pengajaran baru yang diperkenalkan. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Dalam hal ini, guru perlulah memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk memilih dan melaksanakan pembelajaran. Guru perlu memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dan bergiat aktif dalam bilik darjah. Sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berpusatkan murid, hanya guru sahaja berkomunikasi satu hala dengan murid-muridnya. Apabila murid merasakan diri mereka mampu memberi sumbangan dan bergerak aktif di dalam kelas, murid akan sentiasa bersemangat untuk ke kelas seterusnya menggurangkan gejala ponteng ini. Seterusnya, guru juga perlu memastikan persekitaran ataupun suasana sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), persekitaran sememangnya amat mempengaruhi proses pembelajaran murid dan memberi kesan kepada tingkah laku mereka baik dari segi fizikal mahupun psikososial. Hal ini juga turut dijelaskan dalam model disiplin Canter dan Kounin yang amat menitikberatkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan tingkah laku murid dapat dikawal.Selanjutnya, bagi mengatasi masalah ponteng guru juga perlulah sentiasa peka dalam mengawal dan menyelia tingkah laku muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Pengurusan Berkelompok oleh Kounin, Misalnya bagi kes ponteng, seorang guru perlulah sentiasa peka dan mengambil tahu mengenai rekod kehadiran muridnya. Apabila guru sentiasa mengawasi dan dapat mengenalpasti murid yang sering ponteng kelas itu, tindakan selanjutnya perlulah dilaksanakan dengan secepat mungkin.Dalam hal ini, amat penting bagi guru menyusun strategi dalam mengambil tindakan susulan tersebut.Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan psikologinya dalam memberi kaunseling, bimbingan dan teguran kepada murid. Malah,dalam Model Pengurusan Berkelompok ini juga, Kounin telah menggariskan beberapa idea atau teknik berkesan yang boleh diaplikasikan dalam memberi teguran secara berkelompok terutamanya kepada murid yang kerap ponteng.Misalnya idea Kesan Gelombang (Ripple Effect) yang dikatakan merupakan satu bentuk teguran yang mampu memberi kesan kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Kesan ini dikenali sebagai Kesan Gelombang akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan seriusSelain itu, bagi mengatasi masalah disiplin ini, guru perlulah terlebih dahulu memahami keperluan murid-muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Disipin Asertif oleh Canter juga, setiap manusia sememangnya mempunyai keperluan dari segi fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghormatan dan pengetahuan yang berbeza-beza. Begitu juga bagi setiap murid di dalam kelas yang juga mempunyai emosi, perasaan juga keperluan diri untuk dipenuhi. Hal ini jugalah yang berlaku yang mendorong murid melibatkan diri ke dalam gejala ponteng.Dalam menangani kes murid yang kerap ponteng, guru perlulah mengambil pendekatan psikologi dengan cuba memahami punca sebenar murid berkelakuan sedemikian. Guru perlu bertindak sebagai kawan dalam memahami murid-muridnya. Hal ini akan menyebabkan murid berasa selesa dan akan memberikan kepercayaan kepada guru dengan menceritakan punca yang mempengaruhi dia bertindak sedemikian. Dengan itu, guru akan mudah menyusun strategi bagi membantu murid berkenaan mengatasi masalahnya secara tidak langsung masalah ponteng sekolah yang ditimbulkan akan beransur-ansur berkurangan.

5.0 KESIMPULANKesimpulannya, semua peranan guru tadi sudah diketahui umum tetapi masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak pendidik kita itu. Mereka hendaklah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memahirkan diri dengan pelbagai teknik pembelajaran terbaru supaya pelajaran mereka lebih senang difahami oleh pelajar. Pada masa yang sama, pelajar hendaklah memberikan kerjasama yang baik kepada guru ketika mereka berada di kawasan sekolah pula. Bak kata orang tua-tua "usaha tangga kejayaan" memberikan kita satu peringatan bahawa kejayaan dalam sebarang bidang memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkannya.Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Oleh itu, peranan guru- guru disiplin amat penting bagi menjamin kemajuan dan keharmonian sesebuah sekolah. Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang2014Page 10