tugasan 2

Upload: jangok

Post on 11-Mar-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

N L;

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

1TUGASAN 1

2TUGASAN 2

3TUGASAN 3

JUMLAH

KBC 6024MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM UNTUK INDIVIDU PINTAR

TAJUK TUGASANKAJIAN KES PROGRAM PEMBANGUNAN POTENSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KUMPULAN ANAMANO.IDNO.TELEFON

NORSYUHADA BINTI HAZMAM20141000629013-5296851

NAMA PENSYARAH:PROF. MADYA DR. MD NASIR BIN MASRAN

TARIKH SERAHAN:6 MEI 2015

ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKASURAT

1.0PENDAHULUAN2

2.0KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT4

3.0TUJUAN PELAKSANAAN UJIAN PENGESANAN 5

3.1 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN RESPONDEN6

3.1.1 PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU8

3.1.2 PERKEMBANGAN SOSIAL8

3.1.3 PERKEMBANGAN KOGNITIF9

3.1.4 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI9

4.0INSTRUMEN SENARAI SEMAK

11

5.0PROGRAM INTERVENSI BUAT RESPONDEN17

5.1 CADANGAN INTERVENSI17

5.2 PROGRAM INTERVENSI18

5.3 AKTIVITI PENGAYAAN BUAT MURID19

5.4 IMPLIKASI INTERVENSI KEPADA MURID21

6.0PENUTUP22

7.0LAMPIRAN25

BIBLIOGRAFI28

1.0 PENDAHULUAN

Penulis telah membincangkan mengenai ciri-ciri murid pintar cerdas dalam tugasan satu yang lalu. Pengetahuan ini sangat berguna dalam membantu kita memerhati dan memahami murid pintar cerdas sekaligus mengenalpasti murid ini adakah mereka benar-benar cerdas atau berbakat. Bagi mengenalpasti keadaan ini, satu ujian pengesanan atau penilaian haruslah dibuat terhadap murid ini. Hal ini menurut Miller (1978) terdapat tiga soalan yang harus dijawab semasa merancang untuk menjalankan ujian pentaksiran ini iaitu pertama: Kenapa ia hendak dinilai? Kedua: Apa yang hendak kita nilai? Dan yang ketiga : Bagaimana hendak menilai ?. Ujian pengesanan telah dilaksanakan bagi mengesan dan mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana pemikiran kognitifnya jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal yang lain. Proses ini amat sukar untuk dilaksanakan kerana ia begitu kompleks dan terlalu banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid.

Bagi proses pengumpulan maklumat ia melibatkan pemerhatian terhadap murid dengan ibu bapa, guru dan rakan, temubual dengan murid dan mereka yang berhubung rapat dengannya. Selain itu penulis juga telah meneliti rekod pembelajaran dan keputusan penilaian yang pernah diduduki oleh murid, serta menilai sejarah perkembangan menggunakan maklumat hasil dari temubual bersama ibubapa dan guru murid. Pengumpulan maklumat berkaitan murid ini telah menggunakan pelbagai teknik dan sumber maklumat yang mana ia perlu memberi gambaran tentang kekuatan dan keperluan kanak-kanak, dan kesan terhadap pencapaian dalam pembelajarannya.

2.0KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMATKedah kajian ini dilaksanakan adalah melalui kaedah temubual, kaedah pemerhatian , ujian aptitud dan senarai semak.a) Kaedah TemubualPenulis telah melaksanakan kaedah temubual dengan ibu dan bapa responden bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan responden. Ibu tiri responden telah banyak berkongsi maklumat dari segala aspek yang penulis kehendaki tentang responden. Melalui temubual ini penulis dapat mengenali dengan lebih lanjut berkaitan peribadi responden sedari responden kecil lagi. Penulis juga turut menemuramah responden sendiri, guru kelas responden ketika berada di tahun 1 dan guru Bahasa yang telah bertanggungjawab membimbing responden menjadi seorang yang sangat petah bercakap, bersyarah dan bercerita. Data yang dikumpul melalui sesi temuramah ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kajian ini.b) Kaedah PemerhatianPenulis telah membuat pemerhatian secara dekat dengan responden. Pemerhatian ini juga dilaksanakan secara tidak langsung seperti melihat semula laporan prestasi akademik dan kokurikulum responden sedari responden berada di tahun 1.c) Senarai semakPenulis telah menggunakan senarai semak pintar cerdas yang terdapat dalam modul pembelajaran. Dalam senarai semak tersebut terdapat 9 item yang perlu di tanda oleh responden. Ia adalah seperti perkembangan awal responden, kemampuan kognitif responden, perasaan ingin tahu , bakat istimewa, cara pembelajaran, ketidakserasian dalam kumpulan yang sama umur , kesukaran akademik dan kesukaran dalam emosi serta sikap.

3.0 TUJUAN PELAKSANAAN UJIAN PENGESANAN

Tugasan kedua ini memerlukan kepada guru mengenalpasti murid melalui pemerhatian, maka murid yang dijangkakan berbakat dan cerdas ini perlu melalui siri pengesanan dan penilaian yang dapat mengenalpasti bidang atau domain yang dimilikinya. Ini adalah bagi memastikan kemahiran yang dimilikinya di dalam sesuatu bidang tersebut adalah bersesuaian dengan umurnya ataupun menjangkau daripada yang sepatutnya. Proses proses pengesanan dan penilaian terhadap golongan murid ini dibuat dengan tujuan untuk:

1. Mengenalpasti bakat dan kepintaran yang diperolehinya.Guru dapat mengenalpasti kecenderungan murid ke dalam sesuatu bidang. Selain itu juga dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimilikinya serta aras kemahiran semasanya. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan murid. Ini semua adalah sebagai rujukan dan panduan bagi guru menyediakan pengalaman pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar.

2. Perancangan kurikulum.Setelah guru mengetahui aras kemahiran semasa dan kecenderungan seseorang murid, mudah bagi seseorang guru untuk membuat perancangan kurikulum untuknya. Memang tidak diwujudkan lagi kurikulum khas untuk golongan pintar cerdas ini namun sebagai guru apa yang dapat disumbangkan adalah merancang projek atau aktiviti yang mencabar berbanding rakan sebayanya berdasarkan kepada tahap kemahiran semasa pelajar berkenaan di dalam sesuatu perkara.

3. KlasifikasiMurid ini akan diklasifikasikan sebagai murid berbakat dikalangan rakan sebaya mereka. Jika terdapat aktiviti-aktiviti yang bersesuaian maka golongan ini akan dilibatkan berdasarkan kepada kecenderungan mereka.

4. Penentuan programProgram-program yang disediakan mungkin tidak bersesuaian terhadap seseorang murid pintar cerdas tetapi sesuai dengan murid yang lain.

.3.1CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN RESPONDEN

Pemilihan adik Muhammad Alif Haikal sebagai responden kajian ini adalah disebabkan pencapaiannya yang konsisten dalam bidang akademik dan kurikulum dan beliau seringkali memegang trofi kejayaan dalam setiap acara yang disertainya. Keseimbangannya dalam akademik dan kurikulum membanggakan penulis. Berdasarkan keputusan peperiksaannya dari tahun 1 hingga tahun 5 beliau tidak pernah mendapat keputusan yang corot. Paling sederhana beliau dapat adalah gred B. Pencapaiannya dalam kedua-dua bidang tersebut diserikan lagi dengan ketrampilan yang ditunjukkan adik responden sebagai Ketua Pengawas Perpustakaan yang berdisiplin dan disenangi guru dan rakan serta jiran tetangga. Jadual di bawah merupakan perkembangan responden sedari umur 8 bulan.

BILUMURPENCAPAIANPERINGKAT

1.8 bulanMerangkak-

2.1 tahunBerjalan-

3.1 Tahun 9bulanPandai bercakap-

4.4 TahunPandai membaca-

5.6 TahunBercerita Daerah

6.7 TahunAkademik terbaik Sekolah

7.8 TahunAkademik terbaik Sekolah

8.9 TahunBercerita Sekolah

9.10 TahunHafazan Zon

10.11 Tahun1. Honorable mention Kangaroo Maths Competition Malaysia Secretariat2. Anugerah tokoh nilam

3. Nasyid4. Johan bercerita kisah dari Al-Quran5. Anugerah Nilam6. Benchmarking7. Robotik

Kebangsaan

Daerah

Negeri Daerah

Peringkat Jauhari Kebangsaan Sekolah

11.12 Tahun1. Ketua Perpustakaan2. Naib Johan bercerita3. Naib Johan bercerita4. Johan Pertandingan Pantun

Sekolah Zon Daerah Daerah

Berdasarkan instrument yang digunakan bagi mengumpulkan data, penulis dapat mengetahui perkembangan responden melalui ibu , rakan , guru dan prestasinya. Perkembangan yang telah dikenalpasti dan dinilai oleh penulis adalah dari segi tingkah laku, sosial, kognitif bahasa dan komunikasi.

3.1.1 Perkembangan Tingkah Laku

Menurut Ain Hazwani et.al (2011) menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas berkembang secara asynchronous iaitu perkembangan yang tidak selari dengan domain-domain lain. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 7 tahun mempunyai keupayaan intelektual seperti kanak-kanak berusia 12 tahun, berkeupayaan sosial seperti kanak-kanak berusia 9 tahun dan memiliki keupayaan emosi seperti umur sendiri. Rumusannya, perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dari intelektual, emosi dan sosial adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak biasa. Namun begitu, individu yang dikategorikan dalam pintar cerdas juga mempunyai beberapa kelemahan. Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajarannya adalah seperti : kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada. Ternyata responden mempunyai nilai tersebut kerana beliau bersikap matang dan menurut ibunya responden sering menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu disuruh oleh ibubapanya.

3.1.2 Perkembangan sosial

Perkembangan yang penulis nilai seterusnya ialah dari segi sosial yang mana responden seorang yang peramah dengan orang sekelilingnya. Hal yang demikian berdasarkan kepada minatnya respoden berkawan dan menyertai kerja berkumpulan bersama rakan-rakannya. Menyertai aktiviti masyarakat setempat merupakan satu bonus yang penulis nilai responden mempunyai perkembangan sosial yang sangat baik.

3.1.3 Perkembangan kognitif

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Melalui kaedah pemerhatian penulis mendapati responden mempunyai pemikiran yang tajam terhadap minat yang diceburi. Hal ini demikian kerana, melalui penilaian terhadap kertas peperiksaan ujian dan latihan, penulis dapati responden sering mendapat A dan mendapat markah 90 ke atas. Di samping itu, penulis dapati responden turut mempunyai kemahiran dalam dunia teknologi dan maklumat iaitu (ICT). Hal yang demikian responden sering berhubung dengan rakan internet dalam bertukar soalan peperiksaan . Berdasarkan keputusan Ujian Aptitude Am Tahun 3 responden mendapat markah 78/80 sama dengan 98 %

3.1.4 Perkembangan Bahasa dan komunikasi

Penulis mendapati responden amat fasih dalam berbahasa melayu. Hal ini kerana responden banyak menyertai pertandingan Bahasa dan dalam masa yang sama responden turut petah berkomunikasi. Tambahan pula responden mula bercakap pada umur 1 tahun 9 bulan, dan tidak pelat atau gagap langsung menurut ibu responden. Oleh yang demikian, perkembangan Bahasa dan komunikasi responden menunjukkan tindak balas yang positif sejak dari kecil hinggalah sekarang. Namun responden hanya fokus kepada syarahan dan bercerita sahaja dan tidak berminat untuk mengembangkan bakatnya dalam bahagian lain seperti pantun.

Berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan tersebut penulis dapati bahawa responden ini mempunyai kebijaksanaan yang semulajadi samada dari segi pengiraan mahupun bahasa. Hal ini merujuk kepada keputusan responden dalam Ujian Aptitud. Responden juga seorang yang rajin berinteraksi dengan guru dan selalu memberi tumpuan yang tinggi. Selain dari segi pergaulan, responden sangat pandai berinteraksi dan membantu masyarakat setempat. Individu ini juga memiliki kecerdasan yang tinggi kerana seringkali cemerlang dalam bidang akademik dan kurikulum.

4.0 INSTRUMEN SENARAI SEMAK

Borang di bawah merupakan contoh senarai semak yang telah digunakan oleh penulis bagi mengenalpasti skor pintar cerdas murid dan bakatnya.

Berdasarkan senarai semak pintar cerdas yang dilaksanakan kepada responden, terdapat 9 item yang telah dinilai oleh ibubapa, guru dan responden sendiri.

A) Peringkat awal bayiIbubapa responden telah meletakkan skor 3 dan 2 iaitu tahap yang telah dikenalpasti keistimewaannya.

B) Kemampuan kognitif yang tinggiPenilaian dilaksanakan oleh guru bahasanya dan purata skor yang diperolehi adalah 3 yang mana keistimewaan dan bakatnya dapat dicungkil oleh guru.

C) Perasaan ingin tahuItem ini telah dijawab oleh responden sendiri dan purata jawapannya adalah kepada skor 3. Yang mana perasaan ingin tahu ini amat menyerlah dalam diri responden.

D) Pencapaian akademik lanjutanPenulis telah menilai responden dan meletak skor 3 bagi item ini kerana dapat dilihat dengan jelas pencapaian responden dalam bidang akademik.

E) Bakat IstimewaGuru kelas responden telah menilai item ini dan skala yang diberikan adalah 2 dan 3 manakala 1 bagi kemampuan sukan yang lemah.

F) Cara pembelajaranPurata jawapan skor yang diperolehi hasil nilaian diri sendiri , responden meletakkan dirinya di skor 3 yang mana beliau sangat suka belajar dalam kumpulan dan cenderung menyahut dan mencuba sesuatu yang baharu.

G) Ketidakserasian dalam kumpulan yang sama umur.Bagi item ini tidak ada soalan yang mencurigakan jawapannya kerana sikap interpersonal murid ini amat terserlah.

H) Kesukaran akademikBagi item ini , responden purata menjawab 0 kerana di dapati beliau tidak memiliki kesukaran dalam pembelajarannya.

I) Kesukaran dalam emosi dan sikapPurata jawapan responden adalah 0 di mana responden berupaya mengawal emosi beliau daripada menggunakan kata-kata negatif dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan item-item dalam senarai semak tersebut , pelajar pintar cerdas boleh dikesan dengan berpandukan ciri-ciri unik yang ditunjukkannya. Menurut Mohamad Sahari (2002) , mentaksir dan menilai performance bukanlah satu perkara yang baharu Mohamad menjelaskan lagi , semua bentuk tingkah laku baik yang berkaitan dengan kemahiran kognitif yang kompleks sehinggalah cara murid bertingkah laku dalam situasi sosial adalah merangkumi konsep pentaksiran performance.

5.0PROGRAM INTERVENSI BUAT RESPONDEN

Berdasarkan kepada ujian pengesanan dan pemerhatian yang telah dilaksanakan maka, penulis telah merangka beberapa program yang bertepatan dengan tujuan sesuatu ujian pengesanan dilaksanakan iaitu penulis mengambilkira dua faktor ini daripada empat faktor tujuan pelaksanaan ujian pengesanan iaitu guru dapat mengenalpasti kecenderungan murid ke dalam sesuatu bidang. Selain itu juga dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimilikinya serta aras kemahiran semasanya. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan kelemahan murid. Ini semua adalah sebagai rujukan dan panduan bagi guru menyediakan pengalaman pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar seterusnya guru dapat merancang kurikulum yang sesuai setelah guru mengetahui aras kemahiran semasa dan kecenderungan seseorang murid, mudah bagi seseorang guru untuk membuat perancangan kurikulum untuknya. Memang tidak diwujudkan lagi kurikulum khas untuk golongan pintar cerdas ini namun sebagai guru apa yang dapat disumbangkan adalah merancang projek atau aktiviti yang mencabar berbanding rakan sebayanya berdasarkan kepada tahap kemahiran semasa pelajar berkenaan di dalam sesuatu perkara.

5.1CADANGAN INTERVENSI

Kelebihan yang dianugerahkan kepada adik Muhammad Alif adalah sesuatu yang tidak ternilai. Kelebihannya dalam bersyarah , berpidato dan bercerita tidak dapat disangkal lagi. Lantaran penulis sebagai guru bahasa yang perlu mencari bakat baru dalam arena pantun , bakat adik Muhammmad Alif ini menjadi daya penarik kepada penulis untuk membimbingnya melebarkan sayap ke arena pantun pula. Setelah di usulkan cadangan tersebut kepada adik Muhammad Alif, beliau enggan menerima pelawaan tersebut kerana hampir 5 tahun di alam persekolahan beliau tidak pernah memasuki sebarang pertandingan pantun. Maka lahirlah beberapa program yang telah dirangka oleh penulis selaku AJK Panitia Bahasa Melayu khusus untuk pasukan pantun sekolah yang akan menjadi wakil sekolah ke Pesta Pantun Peringkat Daerah Raub sekaligus ia merupakan program intervensi buat adik Muhammad Alif Haikal dalam mengembangkan bakatnya lagi. Tempoh masa bagi program ini adalah sebulan sebelum Pertandingan Pantun Peringkat Daerah berlangsung pada 11 April 2015. Program intervensi bermula dari 2 Mac 2015.

5.2PROGRAM INTERVENSI

Program bagi kanak-kanak pintar cerdas ada tiga jenis iaitu:

1) PengasinganKanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

2) PemecutanBoleh dilaksanakan dengan dua cara. Cara yang pertama ialah dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan mereka untuk subejk tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua dariapada mereka. Cara yang kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya.

3) PengayaanPendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam kelas atau diluar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan Negraa. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.5.3AKTIVITI PENGAYAAN BUAT MURID

Berdasarkan tiga program ini penulis telah memilih aktiviti pengayaan sebagai program intervensi murid. Yang mana guru memilih untuk merancang aktiviti bagi meningkatkan dan mengembangkan lagi bakat murid ke arena pantun.

5.3.1KLINIK PANTUN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB.

i. PENDAHULUAN

Sejajar dengan kepentingan pelaksanaan dan keberhasilan yang diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Etos sekolah maka pihak panitia berasakan kepentingan yang sama untuk mempertingkatkan penggunaan puisi pantun yang menjadi adat tradisi masyarakat melayu.

ii. RASIONAL

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak panitia telah merangka beberapa program buat peserta pantun sekolah bagi memberi pendedahan berkaitan dengan dunia pantun dan memberi bimbingan serta pengalaman yang bermakna buat mereka. Secara tidak langsung , peserta dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam berpantun.

iii. OBJEKTIF Peserta pantun dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin Peserta pantun dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun Peserta pantun dapat membina keyakinan diri dalam pertandinganiv. TARIKH PELAKSANAAN 2 MAC 2015 hingga 8 APRIL 2015

v. SASARAN Pasukan pemantun sekolah menang sekurang-kurangnya mendapat tempat ketiga diperingkat Negeri.

vi. TENTATIF PROGRAMBILPROGRAM / AKTIVITITEMPOH / MASAKAEDAH PELAKSANAAN

1.Seloka pantun bersama deejay sekolah Isnin hingga Khamis Waktu rehat Kerjasama dengan Pusat Sumber dan Panitia Bahasa Melayu. Guru Radio Sekolah akan membacakan koleksi pantun mengikut tema bersama pasukan pantun sekolah.

2.Pentas berpantun Setiap hari Rabu Waktu kokurikulum Kerjasama dengan Persatuan Bahasa. Berkonsepkan pertandingan sebenar. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan pantun. Diadili mengikut sistem dan peraturan pertandingan sebenar oleh guru persatuan.

3.Klinik pantun Satu hari Sabtu 4 APRIL 2015 Menjemput guru yang sering menjadi hakim pertandingan pantun. Memberi bimbingan kepada murid bagaimana mencari pembayang dan rima akhir yang sesuai.

4.Perlawanan Persahabatan Setengah hari Rabu 8 APRIL 2015 3.00 petang hingga 5.00 petang Menjemput murid dari sekolah MGS untuk mengadakan pertandingan pantun persahabatan.

5.4IMPLIKASI INTERVENSI KEPADA MURID

Impak daripada aktiviti yang dilaksanakan ini, responden cukup bersedia untuk memasuki pertandingan pantun. Responden juga turut menampilkan keyakinan yang tinggi ketika raptai kali terakhir yang dilaksanakan pada 8 April 2015. Adik Muhammad Alif Haikal berjaya menjual dan membeli pantun dengan idea yang kreatif dan kritis.

Penulis sebagai guru pembimbing amat berbangga kerana dalam masa yang begitu singkat, responden dapat menyahut cabaran dengan bersetuju menjadi peserta pantun mewakili sekolah ke Peringkat Negeri. Impak daripada aktiviti intervensi yang dilaksanakan Muhammad Alif Haikal berjaya mengembangkan lagi bakatnya ke bidang pantun pula. Ramai orang yang kurang memperhatikan bakat yang ada pada dirinya padahal bakat merupakan modal yang sangat penting untuk anak beranjak ke alam dewasa nanti. Ahli psikologi Abraham Maslow menemukan bahawa bakat yang terlahir dalam diri seseorang pada satu saat akan timbul sebagai suatu keperluan dan perlu mendapatkan perhatian yang serius.

Seiring dengan itu, bakat perlu perhatian yang serius dan jangan dianggap remeh temeh. Bila bakat seorang anak murid diperhatikan dengan serius, ia merupakan sumbangan yang besar kepada masa depannya. Sebagai guru merupakan satu bertanggungjawab untuk mengurus perkembangan anak murid. Guru harus mengetahui hal apa saja yang perlu diperhatikan dalam pengembangan bakat anak murid. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam pengembangan bakat anak murid iaitu sentiasa memberi perhatian, motivasi, bimbingan, ilmu pengetahuan, latihan, penghargaan dan kerjasama yang baik antara murid, guru dan keluarga murid.6.0PENUTUP

Setiap konsep kecerdasan yang diperkenalkan biasanya didasari dengan teori tertentu. Banyak teori yang menekankan konsep kecerdasan yang tersendiri. Antaranya adalah, Teori Renzulli (Kreativiti), Teori Tannenbaum ( faktor dalaman dan luaran), Teori Stenberg (Kreativiti), Teori Gagne (Motivasi dan peluang, pelbagai domain), Teori Dabrowski (Perkembangan cepat), Teori Howard Gardner (kecerdasan pelbagai) dan Teori Guilford (struktur kecerdasan).

Penulis mengenalpasti ciri yang ada pada responden dengan merujuk kepada Model Teori Renzulli. Renzulli memperkenalkan Triad Model yang mempunyai 3 ciri iaitu:1. Kebolehan yang tinggi2. Komitmen yang tinggi3. Kreativiti yang tinggi.

Merujuk kepada gambar model di atas, teori Renzulli mempunyai 3 bulatan dan konsep pintar cerdas ini dilihat pada tindihan ketiga-tiga bulatan tersebut. Teori ini menegaskan bahawa seseorang yang pintar cerdas perlu mempunyai kebolehan sederhana, kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara atau projek khusus. Menurut Renzulli, tiada keunikan atau keistimewaan pintar cerdas terhasil pada satu ciri sahaja. Interaksi ketiga-tiga ciri tersebut perlu wujud dan ia merupakan asas atau perkara penting dalam menghasilkan produk yang kreatif.

Penulis menilai responden dari senarai semak dan ujian aptitudnya. Walaupun responden boleh dikategorikan sebagai pintar cerdas namun penulis tidak dapat menilai atau memberi skala yang tepat berkaitan dengan IQ nya kerana responden tidak melalui ujian IQ yang sebenar. Namun rumusan daripada ujian aptitude tersebut penulis yakin responden memiliki sesuatu bakat yang semulajadi kerana beliau berjaya memperolehi 78 / 80 dan masa yang diambil untuk menyiapkan ujian tersebut hanya 35 minit sahaja. Renzulli menekankan bahawa keupayaan yang berganda atau tinggi di dorong dengan komitmen tugas serta kreativiti seseorang akan melahirkan individu pintar cerdas yang berjaya. Apabila dikaji kronologi prestasi akademik responden , penulis sangat yakin bahawa Muhammad Alif Haikal merupakan seorang yang pintar cerdas. Keputusan akademik yang tidak pernah gagal walau dalam satu subjek pun menyumbang kepada komitmen dan keupayaannya yang tinggi dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Berdasarkan item-item dalam senarai semak tersebut , pelajar pintar cerdas boleh dikesan dengan berpandukan ciri-ciri unik yang ditunjukkannya. Menurut Mohamad Sahari (2002) , mentaksir dan menilai performance bukanlah satu perkara yang baharu Mohamad menjelaskan lagi , semua bentuk tingkah laku baik yang berkaitan dengan kemahiran kognitif yang kompleks sehinggalah cara murid bertingkah laku dalam situasi sosial adalah merangkumi konsep pentaksiran performance.

Melalui tugasan satu dan dua , penulis dapat mengesan ciri-ciri pintar cerdas dan seterusnya membantu merancang aktiviti intervensi kepadanya. Syukur kerana sekolah penulis tidak meminggirkan responden dan bakatnya dapat dikesan dari awal. Bakat jika dipupuk dengan baik dan diperkemaskan dengan pemantapan yang baik maka ia akan melahirkan individu yang terbaik.

Muhammad Alif Haikal beruntung kerana dikelilingi dengan guru-guru, rakan dan kredibiliti sekolah yang diberi taraf kluster. Ibubapanya juga turut menyumbang kepada kemenjadiannya. Pengetahuan terhadap personaliti dan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas sebenarnya memberikan ruang yang lebih kepada guru untuk memberi sokongan perkembangan dari segi intelektual, jasmani dan rohani. Penyelidikan yang bermakna ini juga membantu guru membina program yang sesuai dengan murid dan membantu mengembangkan potensi diri murid. Ini membantu guru dan sekolah sedar bahawa kanak-kanak pintar cerdas harus dilayan dengan baik kerana kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini jika dipupuk dan dibelai maka ia akan mendatangkan kesan yang positif buat keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan kata-kata Renzulli (2002) bahawa pintar cerdas berbakat sentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Secara umumnya persekitaran akan menyumbang kepada perkembangan individu menjadi berbakat daripada keadaan asalnya yang dikenali sebagai pintar cerdas.

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

Sumber Buku, Artikel Dan Jurnal

Deborah, J. R. (1998). Physical Activity and Body Image of Female Adolescents: Moving Toward The 21st Century. The Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 69, 23-26.

Gardner, H. (2006).Multiple Intelligence:New Horizons. London: Basic Books.Hasan Hj. Mohd Ali. (1996).Mendidik anak pintar Cerdas. Kuala Lumpur: UtusanPublications and Distributor Sdn. Bhd.

Hasbah Udin. (1992).Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif Bersepadu Tentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan dalamJurnal Pendidikan,Universiti Malaya.

Nik Azis Nik Pa. (1990).Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.Petaling Jaya: Pustaka Islam.

Renzulli, J. S. 2002. A practical system for identifying gifted and talented students. Dlm. Renzulli, J. S., Smith, L. H., White, A. I., Callahan, C. M., Hartman, R. K.,& Westberg, K. L.(pnyt.), Scales for rating the behavioral characteristics of superior students: Revised edition. Technical and Administration Manual, hlm. 46-54. Mansfield Center: Creative Learning Press.

Rosadah Abd . Majid, Noriah Mohd Ishak dan Zalizan Mohd Jelas (2005). Profil pemprosesan kognitif pelajar pintar cerdas akademik di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan 30:35-49.

___________________Modul 1 dan 2 KBC 2013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif PJJ Sem 6. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sumber Temubual

Rosli Bin Bahari.( 2015 April 2). Perkembangan Fizikal Responden. Raub. (Temubual).

Masnah Binti Hassan. .( 2015 April 2). Perkembangan Kognitif Responden. Raub. (Temubual).

Rohana Binti Suddin. .( 2015 April 1). Perkembangan Akademik Responden. Sekolah Kebangsaan Bandar Raub. (Temubual).

Hasmida Binti Ismail. .( 2015 April 1). Perkembangan Bakat Responden. Sekolah Kebangsaan Bandar Raub. (Temubual).

Sumber Internet

Bagaimana mengenalpasti ciri pelajar gifted/ disruptive dan menguruskan mereka. Diperoleh pada April 3 , 2015 https://studentcreative2012.wordpress.com/2012/05/06/bagaimana-mengenalpasti-ciri-pelajar-gifted-disruptive-dan-menguruskan-mereka/

Artikel 4 Mengenali Kanak-Kanak Pintar Cerdas. Diperoleh pada April 3 , 2015 http://nurulaziyan79.blogspot.com/2011/04/artikel-4-mengenali-kanak-kanak-pintar.html

Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Diperoleh pada April 3 , 2015 http://haryantigifted.blogspot.com/2011/04/cir-ciri-kanak-kanak-pintar-cerdas.html

Mengenali kanak-kanak pintar cerdas. Diperoleh pada April 3 , 2015http://nurulaziyan79.blogspot.com/2011/04/artikel-4-mengenali-kanak-kanak-pintar.html

Kajian kes:Kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Diperoleh pada April 3 , 2015http://terusanilmu.blogspot.com/2013/12/kajian-kes-kanak-kanak-pintar-cerdas_10.html

Kepelbagaian kecerdasan mengikut Howard Gardner. Diperoleh pada April 3 , 2015http://055356.blogspot.com/2013/08/kepelbagai-kecerdasan-mengikut-horward.html

Penulisan Mengenalpasti Pintar Cerdas. Diperoleh pada April 3 , 2015http://haryantigifted.blogspot.com/2011/04/penulisan-mengenal-pasti-murid-pintar.html

Penulisan :Ciri-Ciri Dan Keperluan Murid Pintar Cerdas. . Diperoleh pada April 3 , 2015http://haryantigifted.blogspot.com/2011/04/penulisan-ciri-ciri-dan-keperluan-murid.html

Bagaimana mengenalpasti ciri pelajar gifted/distruptive dan menguruskan mereka. Diperoleh pada April 3 , 2015 https://studentcreative2012.wordpress.com/2012/05/06/bagaimana-mengenalpasti-ciri-pelajar-gifted-disruptive-dan-menguruskan-mereka/

Kanak-kanak pintar cerdas : Masalah dan Program Pendidikan . Diperoleh pada April 3 , 2015 daripada http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm

3