tugasan 2

6
TUGASAN 2 Analisis Teori TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Dalam tugasan analisis teori saya memilih teori perkembangan kanak- kanak daripada Jean Piaget untuk dianalisis kesesuaiannya pada proses pembelajaran kanak-kanak. Pertama sekali, sebelum menganalisis kesesuaian teori Jean piaget ke atas kanak-kanak, terlebih dahulu saya ingin menerangkan kandungan atau prinsip teori tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terdapat lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema merujuk kepada keupayaan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggenggam tangan. Bagi pantulan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari abang. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu pengubahsuaian skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji oren. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "buah oren".

Upload: effe-fizfe

Post on 01-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

TUGASAN 2Analisis TeoriTEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGETDalam tugasan analisis teori saya memilih teori perkembangan kanak-kanak daripada Jean Piaget untuk dianalisis kesesuaiannya pada proses pembelajaran kanak-kanak.Pertama sekali, sebelum menganalisis kesesuaian teori Jean piaget ke atas kanak-kanak, terlebih dahulu saya ingin menerangkan kandungan atau prinsip teori tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terdapat lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.Skema merujuk kepada keupayaan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggenggam tangan. Bagi pantulan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari abang.Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu pengubahsuaian skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji oren. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "buah oren".

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan (equilibrium) akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta perkaitan berkenaan apa yang telah dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang logik.Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

2.1 Peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget2.1.1 Perkembangan Masa BayiDalam pandangan Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran dibahagikan asas empat tahap, iaitu tahap pemikiran sensorimotor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Pemikiran bayi masih tergolong dalam pemikiran sensorimotor, tahap sensorimotor merangkumi umur 0-2 tahun. Selama tahap ini perkembangan mental berkembang secara pantas dengan kemampuan bayi untuk menggunakan mulut untuk merasa objek dan menghubungkan mata dan tangan untuk memegang objek. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja mendapat secara pasif rangsangan-rangsangan tersebut, malahan aktif memberikan tindakbalas terhadap rangsangan tersebut. Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorimotor semakin rumit. Contohnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah objek atau permainan wujud di depan matanya sebelum benda itu benar-benar ada.

2.1.2 Perkembangan Masa Kanak-Kanak AwalPerkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra operasi, yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Perkembangan dalam peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat menterjemahkan sesuatu dengan simbol mental. Simbol dapat digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dilalui oleh kanak-kanak. Contohnya mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik. Dalam tahap ini juga, perkembangan bahasa sememangnya berkembang dengan pantas.Kanak-kanak pada tahap ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak dan jelas serta mempunyai sifat egosentrik yang bermaksud mereka melihat dan memahami sesuatu perkara melalui andaian sendiri.

2.1.3 Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-KanakSeterusnya ialah operasi konkrit. Menurut Piaget, pada masa ini anak sudah mengembangkan fikiran logik, ia mulai mampu memahami operasi sejumlah konsep.Menurut Piaget, kanak-anak pada masa operasi konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan yang memerlukan tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Contohnya, mereka dapat menyatakan perbezaan isipadu air di dalam sesuatu bekas sama ada sama, lebih besar atau lebih kecil walaupun bentuk bekas berbeza.Kanak-kanak dalam peringkat ini juga mempelajari proses pengelasan. Dalam kemahiran ini kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Proses pengelasan berkembang apabila pelajar mula menyedari sesuatu objek yang dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain. Contohnya, mereka dapat mengelaskan jika seekor haiwan itu bertelur atau beranak.Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini. Selain itu, penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu tahap logik. Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit.Menurut (Slavin, 19797), kanak-kanak peringkat operasi konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

2.1.4 Perkembangan Masa RemajaDilihat dari pandangan teori kognitif Piaget, apabila pemikiran masa remaja telah mencapai tahap pemikiran operasi formal, maka, suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai dari 11 atau 12 tahun dan terus berlanjut sehingga remaja mencapai umur dewasa. Pada tahap ini anak sudah mulai berfikir abstrak dan boleh melakukan hipotesis. Pada masa ini anak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, sesuatu yang abstrak.Tambahan pula pada tahap ini remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik, berupaya untuk memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah. Contohnya, jika seorang budak ingin meminta duit dari ayahnya dan ayahnya tidak memberikannya, maka dia akan mencuba untuk meminta dari ibunya pula.

2.2 Rumusan pandangan ahli psikologi kognitif dari sudut pdp yang dilaksanakan di dalam kelas.

Kanak-kanak sebenarnya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat maujud yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai seharusnya disediakan guru agar murid-murid dapat belajar dengan seronok dan pembelajaran yang telah mereka lalui itu dapat diingati. Bahan-bahan maujud ini perlu bercirikan bahan yang membuat kanak-kanak teruja dan tertarik. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar maujud pada setiap peringkat umur kanak-kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki. Aplikasikan segala pengalaman yang dilalui murid-murid sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan mencuba objek-objek yang diajar. Soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu ditunjukkan supaya fikiran mereka boleh berkembang. Guru juga perlu memperlihatkan konsep yang luas kepada kanak-kanak di peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta-fakta sahaja. Selain itu, kanak-kanak ini juga perlu diajar cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka perlu diberi peluang untuk mencuba sendiri benda yang ingin dipelajari. Contohnya, guru meminta murid untuk melakukan aktiviti sains seperti melihat percambahan biji benih kacang yang ditanam. Guru juga perlu beri peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan idea atau pendapat yang mereka ingin kongsikan. Dengan cara ini, pemikiran kanak-kanak akan berkembang dengan pantas kerana mereka sentiasa berfikir tentang sesuatu maklumat yang ingin dikongsikan dengan orang lain.Selain itu, guru perlu menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari atau suasana kehidupan di kawasan tempat tinggal mereka. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih rumit. Mereka juga perlu diperkenalkan dengan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Seterusnya, guru perlu menunjukkan cara penyelesaian yang betul dan mudah kepada kanak-kanak jika mereka menjawab dengan salah pada permulaanya.