tugasan 2

13
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM IXEB 4103 TAJUK: SKRIP “PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH” NAMA PENSYARAH : USTAZAH SALINA NAMA PELAJAR : CHE NUR RUWAIDAH AMNAH BINTI CHE MAT SIDEK IEB110008 NUR HAFIZAH BINTI AZMAN IEB110047

Upload: fatimah-nour-syarha-mohidin

Post on 09-Aug-2015

33 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

ISLAM

IXEB 4103

TAJUK: SKRIP “PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN

KERAJAAN ABBASIYYAH”

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SALINA

NAMA PELAJAR :

CHE NUR RUWAIDAH AMNAH BINTI CHE MAT SIDEK IEB110008

NUR HAFIZAH BINTI AZMAN IEB110047

NURFATIMAH BINTI MOHIDIN IEB110056

Page 2: Tugasan 2

Sirah Dan Tamadun Islam

Tingkatan 5

Pelajaran 20 - Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :

1. Menyatakan latar belakang Kerajaan Abbasiyyah.

2. Menyenaraikan faktor penyebaran Islam pada Zaman Abbasiyyah.

3. Menjelaskan kesan positif penyebaran Islam.

4. Merumuskan semangat jihad umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.

Watak :

Ustazah (Guru Pendidikan Islam)

Nur (Pelajar)

Iza (Pelajar)

Page 3: Tugasan 2

SKRIP

Suatu petang, dua orang sahabat pergi beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Semasa

jogging, mereka telah terserempak dengan guru kelas mereka yang sedang berjalan-jalan

bersama kawan-kawannya. Mereka hanya menyapa guru mereka dengan memberi salam dan

meneruskan jogging. Setelah jogging dua pusingan tasik, mereka berhenti rehat di kerusi

yang telah disediakan di situ.

Semasa duduk berehat.

Iza : Fuhh, penat jugak ye lari hari ni. Maklumlah lama tak exercise macam inilah

jadinya.

Nur : Tu la ko, aku ajak jogging tiap-tiap petang ko tak nak. At least kita kena lah

bersukan, baru badan pun sihat dan bila nak pergi jogging tempat macam ni takda la

penat sangat.

Iza : Ye lah, janji kita dah selamat lari 2 pusingan. Takda sakit sakit apa-apakan?

Penat tu nasiblah. Eh! Tadi kan nampak ustazah Siti jalan kat sini jugak, tak nampak

la pulak dah.

Nur : Kau ni pun, macam la tempat ni kecik, adalah kat sebelah sana kot. Kenapa kau

tanya pasal ustazah?

Iza : Takda lah, cuma aku tertanya-tanya jugak, ustazah jalan2 dengan siapa tadi? Sebab

kalau nak kata kawan ustazah, nampak macam muda sangat dari ustazah.

Nur : Alahai kau ni pon, kenalan ustazah la kot. Tapi, aku pon perasan jugak, ustazah

sorang je bertudung, yang lain adalah nampak dua orang macam non-muslim dan

yang lain tu nampak melayu je. Ntah la.

Mereka berdua terus berborak rancak hingga tidak menyedari ustazah Siti yang datang

menghampiri mereka dari belakang.

Ustazah Siti : Assalamualaikum.

Page 4: Tugasan 2

Nur, Iza : Waalaikummussalam. Eh! Ustazah Siti.

Ustazah Siti : Amboi, rancak nya kamu berborak sampai ustazah datang ni pun tak

sedar ye. {gelak kecil}.

Nur : Tak adalah ustazah, borak kosong je lepas jogging tadi. Hehe.

Iza : Ustazah sorang ke? Tadi Nampak macam ramai je jalan sekali

dengan ustazah.

Nur : Ustazah, ustazah! Siapa yang sekali dengan ustazah tadi? Kawan-

kawan ustazah ke?

Ustazah Siti : {senyum kecil} Owh, yang kamu nampak tadi tu, adik-adik yang

ustazah jumpa masa buat program motivasi di KL dulu. Dengan

ustazah, adik2 la, dengan kamu semua ni, kira kakak la ye.

Nur, Iza : Owh. . {muka kehairanan}

Ustazah Siti : {senyum} Kenapa kamu nampak pelik sangat? Ke kamu berdua

hairan melihat ustazah bersama mereka?

Iza : Sebenarnya, betul la yang ustazah cakap tu. Kami hairan melihat

ustazah nampak macam ada sesuatu dengan mereka.

Ustazah Siti : Eh, kamu ni. Sebenarnya, mereka tu ada yang non-muslim dan ada

juga saudara seIslam kita. Mereka ni sangat berminat dengan nak

mendalami Islam dengan lebih mendalam. Jadi, bila mereka berhajat

sebegitu, kita sebagai orang Islam mestilah membimbing mereka ke

arah yang sepatutnya.

Nur : Owh, kira macam ustazah nak menyebarkan Islam la ni. Macam

yang kita belajar dalam kelas jugak la ya ustazah? Menyebarkan Islam

kepada orang bukan Islam.

Ustazah Siti : Betul tu dan seperti yang ustazah cakap tadi, ada juga saudara

seIslam kita. Mereka seperti ini sangat bagus untuk kita tarik kerana

mereka mempunyai kesedaran untuk menghayati Islam itu sendiri

tanpa dipaksa.

Page 5: Tugasan 2

Iza : Bagusnya mereka ni. Tapi, macam mana kita nak tahu mereka nak

mendalami Islam ni ustazah?

Ustazah Siti : Kita sebagai orang Islam kena ada dalam diri kita untuk

menyebarluaskan Islam itu sendiri dalam apa jua cara. Kita kena

bersyukur kerana telah dilahirkan dalam Islam dan kita kena ingat

tidak semua orang diberikan nikmat Islam itu, maka kita kenalah

sebarkan Islam ini supaya ianya sampai kepada mereka yang tidak

mengenali Islam.

Iza : Maksudnya, mereka nak mendalami Islam kerana Islam itu tidak

sampai kepada mereka la ye?

Ustazah Siti : Ok, itu adalah antara sebab secara tidak langsung. Ingat lagi taka pa

antara faktor-faktor penyebaran Islam pada zaman Abbasiyah?

Nur : Owh, bab yang tu. Ia terbahagi kepada dua faktor ustazah iaitu

faktor dalam dan luaran. Antara faktor dalaman adalah penduduk

setempat yang tertarik dengan Islam, galakan khalifah yang

menyediakan peruntukan khas untuk ulama dan pendakwah dan dasar

kerajaan yang menyamakan status orang arab dengan orang bukan

arab. Faktor luaran pula Iza?

Iza : Faktor luaran? Ermmm…ok. Antaranya ialah pembukaan wilayah-

wilayah baru, penggunaan Bahasa Arab yang meluas, dan hubungan

diplomatik antara Abbasiyah dengan Negara luar.

Ustazah Siti : Hebat kamu berdua. Ingat lagi apa yang ustazah ajar di dalam kelas.

Haa, macam itulah dan kalau kita lihat pada masa sekarang juga lebih

kurang begitu faktornya yang mana ada golongan non-muslim ini yang

tertarik kepada Islam seperti mana adik-adik yang ustazah bawa tadi.

Ustazah Siti : Ustazah rasa sudah tentu kamu berdua tahu dan maklum mengenai

zaman-zaman kegemilangan Islamkan, seperti zaman Rasulullah

tertegaknya Islam dan wujudnya Negara Islam yang pertama di dunia.

Seterusnya zaman empat khalifah atau lebih dikenali sebagai zaman

Page 6: Tugasan 2

Khulafa’ Ar-rasyidin dan berikutnya adalah zaman Bani Umayyah’

dan zaman Abbasiyyah. Namun begitu, bak kata pepatah disangka

panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Zaman

kegemilangan Islam ini dicemburui oleh banyak pihak. Terutamanya

golongan bukan Islam.

Nur : Benar ustazah. Hasil dari pembacaan dan apa yang saya pelajari

zaman Rasulullah adalah zaman yang paling gemilang dan corak

pemerintahan Baginda wajar untuk dijadikan panduan. Namun begitu,

saya tertarik ustazah dengan satu zaman ini. Ermm, haa, zaman

Abbasiyyah. Jika tidak silap saya, zaman Abbasiyyah ini merupakan

zaman kemuncak bagi bagi kegemilangan tamadun Islam kerana

mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Benarkah itu ustazah?

Iza : Waah, bunyinya sangat menarik. Saya kerap mendengar nama tokoh

Khalifah Harun ar-rasyid dan khalifah al-makmum. Tokoh-tokoh ini

lahir pada zaman tersebut, betulkan ustazah?

Ustazah Siti : Benar itu anak-anak muridk. Antum memang hebat. Ustazah

mulakan sedikit sahaja, tapi, antum semua sudah ada pengetahuan

mengenainya.

Iza : Eh, pengetahuan kami sedikit sahaja ustazah. Tapi, seandainya

ustazah sudi ceritakan kepada kami mengenai susur galur dan sejarah

pada zaman Abbasiyyah ini itu adalah lebih baik untuk kami. (senyum

dan mengangguk)

Ustazah Siti : Baiklah Nur dan Iza. Kisahnya bermula begini, latar belakang

kerajaan abbasiyah ini nama kerajaannya diambil sempena nama bapa

saudara Rasulullah s.a.w iaitu Al-Abbas. Al-Abbas ini memerintah

selama 500 tahun lebih iaitu 132H/150M - 650H/1258M dan ianya

ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

Dari aspek Struktur Kerajaan Abbasiyah ini, pertamanya

mereka mengamalkan sistem pemerintahan secara warisan atau juga

dipanggil ‘Monarki’ seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah

Page 7: Tugasan 2

dan ianya dipimpin oleh 37 orang khalifah . Corak pendtabiran

diadaptasi daripada sistem kerajaan Parsi.

Nur : Ooo.. Begitu rupanya. Ustazah, adakah sistem pemerintahan mereka itu

seperti sistem pemerintahan kita zaman sekarang?

Ustazah Siti : Ya. Sistem pemerintahn kini adalah adaptasi daripada sistem pemerintahan

zaman Abbasiyyah dahulu. Pada zaman itu telah wujud al-khalifah, al-wazir,

ad-dawawin. Al-Khalifah  ialah Ketua negara yang bertindak Pemimpin

tertinggi dalam Wilayah Islam. Al-Wazir –pula ialah Perdana menteri yang

bertindak sebagi ketua pentadbir. Dan Ad-Dawawin –ialah Jabatan-jabatan

kerajaan seperti Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan.

Kesemuanya ini berada di bawah pengawasan Al-Kutta iaitu Sekretari

/Setiausaha. Hebat bukan organisasi mereka ini?

Nur, Iza : Ya, ustazah.

Nur : Ustazah, bagaimana pula dengan pemerintah pada zaman itu ustazah?

Memang wujudkah nama tokoh seperti yang disebut oleh Iza itu tadi?

Ustazah Siti : Ya. betul. Pemimpin pertama zaman Abbasiyyah adalah pengasas zaman itu

sendiri iaitu Khalifah Abu Al-Abbas as-Saffah. Keduanya ialah Khalifah Abu

Jaafar al-Mansur diikuti oleh Khalifah Harun Al-Rasyid dan terakhir khalifah

Al-Makmum.

Iza : Owh, hebat-hebat belaka la semua pemimpin tu kan ustazah? Kalau tak

silap saya, masa saya tengok Jejak Rasul dulu, banyak sumbangan pada

zaman ini untuk Islam. Antaranya, menghapuskan pemberontakkan. Selain

itu, kota Baghdad juga berjaya dibangunkan menjadi sebuah pusat ilmu dan

pengetahuan. Itu je lah yang saya ingat ustazah.

Nur : Eh, ada lagi lah. Mereka juga telah memperbaiki sistem cukai ke arah yang

lebih baik. Pada zaman itu juga, mereka banyak membina prasarana seperti

farmasi, rumah sakit dan pusat pengajian.

Iza : Oh, zaman tu lagi dah ada farmasi yer. Hebat betul!

Ustazah Siti : Bagusnya anak-anak murid ustazah ni. Segala apa yang kita ada hari ini

adalah hasil daripada kemajuan zaman tersebut. Dan kalau anak-anak murid

Page 8: Tugasan 2

ustazah nak tahu terdapat banyak kesan positif yang diperoleh daripada

zaman tersebut pertamanya dari aspek akidah . Akidah pada zaman tersebut

adalah menyembah berhala seperti menyembah api dan sapi. Namun setelah

kedatangan Islam semua masyarakat didedahkan dengan menyembah Allah

yang satu. Aspek yang kedua pula adalah ilmu pengetahuan. Islam

mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah adalah

sebagai jihad. Pada masa itu juga, terdapat pelbagai galakan yang diberikan

oleh pemerintah iaitu, pusat pengajian, tenaga penagajar yang mahir dan juga

biasiswa kepada pelajar yang cemerlang.

Nur : Wow, Bestnya! Alangkah seronoknya jika kita berada dalam zaman tersebut, kan?

Iza : Setuju. Mesti kita pun makin semangat nak belajar. Bagaimana pula dari

aspek kebudayaan mereka ustazah?

Ustazah Siti : Dari aspek kebudayaan, mereka bebas untuk mengamalkan budaya yang

tidak bertentangan dengan Islam. Malahan, senibina pada zaman itu juga

dipengaruhi dengan kesenian Islam. Menarik bukan?

Nur : Sangat menarik ustazah. Saya amat meminati senibina yang berkonsepkan

Islam kerana ianya sangat unik. Contonya, seperti masjid Taj Mahal.

Iza : Dan kalau awak nak tahu, kegemilangan zaman tersebut juga, menjadi

bahan kajian para sejarawan sehingga ke hari ini.

Ustazah Siti : Betul tu. Dan untuk pengetahuan kamu semua, masyarakat pada zaman

tersebut melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar

mengangkat senjata di medan perang tetapi dalam semua aspek kehidupan.

Nur : Owh, begitu. Hebatnya mereka ustazah.

Ustazah Siti : Ya, Alhamdulillah. Ustazah gembira sangat dapat berjumpa dengan kamu

berdua. Mana tidaknya, Kita duduk-duduk macam ini pun, banyak ilmu yang

dapat kita kongsikan. Betul tak?

Nur : Betul tu ustazah. Saya pun rasa seronok sangat ustazah. Banyak ilmu baru

yang saya peroleh.

Iza : Balik nanti saya nak kongsikan kisah keagungan Kerajaan Abbasiyyah pada

adik-adik saya pula lah ustazah.

Page 9: Tugasan 2

Ustazah Siti : Bagus tu Iza. Secara tak langsung kamu juga dapat sebarkan ajaran dan

kefahaman Islam kepada adik-adik kamu. Haaa…! Ustazah ada satu

cadangan, ustazah nak kamu bentangkan mengenai penyebaran Islam di

zaman Abbasiyyah pada minggu hadapan di dalam kelas ya!

Nur : Allahu Akbar! Tak mampu saya, ustazah. Rasa takut, segan, dan tak yakin

yang saya mampu berikan yang terbaik.

Iza : Tidak mengapa, yang penting kita mesti berani mencuba. Lagipun, ini kan

satu bentuk jihad juga. Inshallah kami akan cuba ustazah.

Ustazah Siti : Good Girls! Semangat macam inilah yang ustazah mahukan. Berani

mencuba, tapi ingat! Berani mencuba sesuatu yang baik saja, ok. Baiklah,

ustazah perlu beransur sekarang, malam ini ada majlis ilmu pula di masjid

kawasan kediaman ustazah. Assalamua’laikum.

Nur, Iza : Waa’laikum salam w. b. t.