tugasan 2

Upload: meor-zulkernaen-b-zabidin

Post on 18-Jul-2015

964 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KRM 3023-ASAS UKURANTAJUK

TUGASAN 2RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN SAMA ADA BAHAN KONKRIT, MEDIA ATAU TEKNOLOGI.KUMPULAN

UPSI 03 (A112PJJ)DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH TARIKH SERAH: 8 APRIL 2012

AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK BAGI TAHUN

Tahun Unit Tajuk Hasil Pembelajaran

: : : :

Tahun 1 Amanah. Sukatan dan Geometri. Ukuran Panjang. Di akhir pembelajaran, murid berupaya untuk membuat pengukuran objek dengan menggunakan unit bukan piawai.

Pengetahuan Sedia Ada Bahan Bantu Mengajar

: :

Murid telah mengenal istilah tinggi, panjang dan istilah yang berkaitan dengan ukuran. Batang aiskrim, pembaris 15 cm.

Langkah Pengajaran Langkah 1 (5 minit) : : Guru meletakkan dua buah meja di hadapan kelas. Murid memberikan pendapat mereka mengenai ketinggian kedua-dua meja itu. Meja yang berwarna hijau lebih tinggi dari meja yang berwarna biru. : Guru menegaskan tentang istilah lebih tinggi dan kaitkannya dengan pengajaran pada hari itu.

Langkah 2 (10 minit)

:

Guru menunjukkan beberapa objek seperti meja murid, pintu, almari, meja guru dan papan putih.

: :

Guru menerangkan kepada murid tentang istilah tinggi dan panjang. Guru membimbing murid untuk menganggar panjang dan ketinggian objek-objek tersebut dengan menggunakan unit jengkal yang pernah mereka pelajari.

:

Murid yang lain memberikan pendapat mereka sendiri.

Langkah 3 (15 minit)

: : : :

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru mengedarkan borang soalan yang perlu dijawab oleh setiap kumpulan (rujuk lampiran 1). Guru menerangkan tentang apa yang perlu diukur dan cara pengukuran dijalankan. Secara berkumpulan, murid mengukur objek-objek tersebut secara bergilir-gilir dan mencatat hasil dapatan mereka di dalam borang yang telah disediakan.

:

Setelah selesai, setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan mereka dan kumpulan yang lain akan memberikan pendapat.

Langkah 4 (10 minit)

: :

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid (rujuk lampiran 2). Murid menjawab soalan berdasarkan dapatan mereka tadi dengan menggunakan istilah lebih tinggi daripada, lebih rendah daripada, lebih panjang daripada dan lebih pendek daripada.

:

Guru dan murid berbincang mengenai jawapan.

Lampiran 1

Nama kumpulan : ...........................................................................

Nama ahli kumpulan : ................................................................... : ................................................................... : .................................................................... : .................................................................... Ukur setiap objek yang berikut dan catatkan ukurannya di ruangan yang disediakan.

Pengukur

Ukuran menggunakan batang aiskrim

Ukuran menggunakan pembaris 15 cm

Objek yang diukur

Tinggi pintu Panjang meja murid Tinggi almari Tinggi meja guru Panjang papan putih

Lampiran 2

Nama : ...........................................................................................

Tahun : .............................................

Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang sesuai.

lebih panjang daripada

lebih pendek daripada

lebih tinggi daripada

lebih rendah daripada

1) Meja guru adalah .............................................................. meja murid.

2) Pintu adalah ........................................................ almari.

3) Meja murid adalah ............................................................ papan putih.

4) Meja guru adalah ...................................................... papan putih.