tugasan 1 kepimpinan

10
Tugasan 1 Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan. Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai ciri-ciri atau gaya kepimpinan seorang guru, kita perlulah memahami dengan lebih jelas tentang apakah dan siapakah yang dikatakan sebagai guru ini. Menurut Kamus Dewan (2002), guru didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup, mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan melatih bermakna mengembangkan keterampilan-keterampilan kepada para pelajarnya. Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah. Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku Guru Sebagai Pemimpin , kepemimpinan guru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa atau kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi.

Upload: shivani-gul

Post on 11-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 kepimpinan

Tugasan 1

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang

memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat

serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor,

arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam

mengendalikan proses pendidikan amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap

matlamat yang diinginkan.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai ciri-ciri atau gaya kepimpinan seorang

guru, kita perlulah memahami dengan lebih jelas tentang apakah dan siapakah yang

dikatakan sebagai guru ini. Menurut Kamus Dewan (2002), guru didefinisikan sebagai orang

yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih. Dalam hal ini, mendidik

bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup, mengajar pula bermaksud

meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan melatih bermakna

mengembangkan keterampilan-keterampilan kepada para pelajarnya.

Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin.

Dalam konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru

yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001)

pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam

sekolah. Hal ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama

rakan sekerja dan juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat

kepemimpinan berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih

dan pakar kurikulum dalam usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.

Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinan

guru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa atau

kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihak

pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkan perasaan

hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu

memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi.

Page 2: Tugasan 1 kepimpinan

Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat

sesuatu tindakan. Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan

kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk

membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Pemimpin demokratik

boleh menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari

peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa

tanggungjawab dan kerjasama yang baik kepada setiap orang. Selanjutnya pemimpin tahu

urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada

penglibatan semua pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri.

Pemimpin memerlukan sokongan orang bawahannya. Kuasa yang diagih-agihkan

menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-

masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju (Ainon,

2003). Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan

perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Oleh kerana

kepimpinannya bersifat membantu, pemimpin dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai

lambang kebaikan. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila

sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari

usahanya kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Page 3: Tugasan 1 kepimpinan

Berhubung dengan pentadbiran sesebuah sekolah, maka gaya kepimpinan

seseorang guru besar juga menjadi penentu kecemerlang sekolah. Gaya kepimpinan

demokratik oleh seorang guru besar dalam mewujudkan kecemerlangan pencapaian

akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang

tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan. Kajian tentang perubahan atau kemajuan

organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat

menggerakkannya, supaya ia dapat dilaksanakan. Salah satu penggerak adalah dengan

adanya cara kepimpinan demokrasi. Mengikut gaya kepimpinan seperti ini, mereka yang

akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada

perubahan itu, diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan.

Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah, pihak yang terlibat dengan

perubahan itu ialah guru, dan pihak yamg mendapat kesan daripada perubahan itu ialah

pelajar. Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga

terlibat dalam perancangan, dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu.

Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam

melaksanakan sesuatu program. Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada

mereka. Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang

hendak dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, beserta dengan

usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian,

Kepimpinan Demokratik Yang Wujud Di Sekolah

Guru Besar

Guru

PelajarIbu Bapa

Pentadbir

Page 4: Tugasan 1 kepimpinan

kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan

sesuatu program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu.

Walau bagaimanapun kepimpinan guru besar yang berkesan bukanlah bererti

kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga

merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama.

Paling penting guru besar adalah sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan

peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi

amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi

pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru,

pelajar, dan staf sekolah. Dengan cara demikian, inovasi dapat dilaksanakan, idea-idea baru

dapat dikemukakan oleh pemimpin, matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta

peranan masing-masing dapat ditetapkan, keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai

dan pelbagai lagi.

Guru besar sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan

bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf. Boleh dikatakan bahawa gaya

kepimpinan demokratik amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan dan

pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya

kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya

kepimpinan yang paling efektif. Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan

dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas. Gaya kepimpinan

ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau

membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif

menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan

tenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan.

Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana

gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi

mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood` pembelajaran pada sesuatu masa.

Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka

memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah

sekolah. Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang

difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau

Page 5: Tugasan 1 kepimpinan

rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan guru besar sendiri. Keberkesanan sekolah

lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan

di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu.

Di dalam organisasi sekolah, keberkesanannya adalah tanggungjawab guru besar

sekolah itu sendiri. Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru,

pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan wujud prestasi, tanpa

kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses pembelajaran. Dengan ini

dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah

dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan guru besarnya. Sekiranya kecemerlangan

sekolah hendak dicapai, seseorang guru besar itu mestilah memainkan peranan pemimpin

yang berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan

peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik

pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk

menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan,

pengelolaan, penjadualan, dan penyelarasan.

Guru besar juga sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini guru besar memainkan

peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya guru besar sewajarnya mahir dan cekap

dalam aspek perhubungan manusia dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan

atau memotivasikan stafnya. Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat

keputusan bersama. Seterusnya guru besar juga mestilah memainkan peranan sebagai

penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang

hendak dicapai melalui perbincangan. Ini termasuklah aktiviti seperti melawat ke bilik darjah

dan di kawasan sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Di samping itu guru besar

yang memainkan peranan ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya.

Kepimpinan seperti ini meletakkan guru besar sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru

dan pelajar. Guru besar juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini, guru

besar memainkan peranan sebagai “high priest”.

Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Guru

besar yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari,

mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat

menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik. Peranan ini termasuklah

Page 6: Tugasan 1 kepimpinan

mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah. Ini termasuklah

mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang

dicapai. Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan

prestasi sekolah. Di samping itu, peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian

setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat

sekolah dan perhubungan yang mesra.

Dalam gaya kepimpinan demokratik, guru besar juga menggunakan ciri-ciri

humaniratin atau “modestly effective”. Fokus utama guru besar bercirikan demikain adalah

iklim sekolah atau perhubungan antara perseorangan. Apabila membuat keputusan, guru

besar ini mengamalkan penglibatan bersama, yang bertujuan untuk menglibatkan dan

mendorong staf dalam membuat keputusan bersama. Oleh yang demikian staf akan merasa

dihargai. Guru besar seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat

keputusan yang melibatkan aspek iklim. Jika sesuatu keputusan yang akan diambil, guru

besar terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta keputusan yang akan dibuat

adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini

menjadi sumber untuk membuat keputusan.

Dari segi matlamat pula, guru besar memilih pelbagai sumber dan meletakkan

pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya. Matlamat jangka pendek digubal dan

digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf, agar haluan yang hendak ditujui dapat

dipersetujui bersama. Guru besar juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan

pelajaran dengan mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar

di sekolah dan di bilik darjah. Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat

faktor, konteks, dan masalah yang ditanggapkan. Walaubagaimanapun, guru besar yang

bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk

mencapai matlamatnya. Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut

dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan profesional.

Dengan gaya kepimpinan ini guru besar dapat menyebarkan dengan jelas matlamat

mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan strategi yang berkesan, seperti

membina dan mengekalkan perhubungan dan kemahiran staf, mengadakan kemudahan

komunikasi dalam sekolah dan antara sekolah serta dengan komuniti. Sebagai pentadbir

sekolah, kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar, demi

Page 7: Tugasan 1 kepimpinan

untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar. Guru besar seperti ini

menumpukan perhatian, misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya, peraturan dan

disiplin pelajar, pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah

kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan

dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran

serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua yang terlibat juga dapat

menyumbangkan idea- idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati

apabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan

pendididikan di sekolah. Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik

pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar.

Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan seorang guru untuk

menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan

dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana

guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi

dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru

untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses

pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya

bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa

seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana

interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi

bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi.

Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan

aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah

suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu, sikap

positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada

kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan

kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai

positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana

kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam

kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.

Page 8: Tugasan 1 kepimpinan

Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk

menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini

bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahli-ahli

kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan,

tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Konsep asas kepemimpinan yang

seterusnya adalah merujuk kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut.

Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada

pujukan daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat

dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan

hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.

Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin

yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah

melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah

individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya

dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk

memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna.

Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan

pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru perlulah menunjukkan kepimpinannya

dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu

mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam zaman

globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir

dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang lebih

besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan budaya

dan persekitaran murid.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan

guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah.

Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan

malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin

sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan

sejawatnya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk

kerjasama antara mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh

penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama

harmoni dalam kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya

Page 9: Tugasan 1 kepimpinan

kepimpinan sesama guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama,

berinteraksi serta mendorong rakan sejawatnya dengan menggunakan kuasa pujukan

daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan.

Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan

masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan

di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial

murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses

memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru

yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi

yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam

aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan

juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan.

Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan

pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama

memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru.

Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti,

interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama

menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Kerja berpasukan ini sangat penting di

laksanakan di peringkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya

bagi menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan

penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih

kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh

menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan.

Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada

dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli

terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja berpasukan

merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan

keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan

tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan,

kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja

Page 10: Tugasan 1 kepimpinan

melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan

membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber.

Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang

mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada cuma

persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang

akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar

tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke

destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran

akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek

pembinaan insan salam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Kepimpinan

pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan

aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui

perubahan secara sukarela. Oleh itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula

daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan

ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dengan sekolah.