1 laporan kem kepimpinan pengawas

12
SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SABTU 24 MAC 2012 ANJURAN UNIT DISIPLIN & PENGAWAS UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

Upload: syuhada-ar

Post on 25-Jul-2015

2.382 views

Category:

Documents


220 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA

SELANGOR

LAPORAN

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

SABTU

24 MAC 2012

ANJURAN

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

Page 2: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

NAMA PROGRAM : KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

HARI : SABTU

TARIKH : 24 MAC 2012

TEMPAT : DEWAN SRIKANDI, SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

PESERTA : PENGAWAS (TAHUN 2, 3, 4, 5 & 6)

1.0 PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Pengawas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai

kepimpinan dan pembangunan sahsiah di kalangan para pengawas sekolah. Secara umumnya,

kursus ini juga berbentuk “Experienial Learning” untuk membuka minda dan menimba

pengalaman di samping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan para peserta dalam

usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri. Kursus ini

juga dapat menggembeleng usaha ke arah peningkatan dan pembangunan sahsiah diri serta

aspek ketahanan mental di kalangan kepimpinan pelajar muda.

2.0 KEKUATAN

2.1 Fasilitator

Perlaksanaan modul telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang telah dilantik oleh pihak

sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pembimbing unit disiplin dan pengawas pula

bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik semasa aktiviti modul dijalankan serta

memastikan perjalanan program berjalan lancar. Secara keseluruhannya, fasilitator telah

menyampaikan modul dengan berkesan kepada para peserta kursus kepimpinan pengawas ini.

2.2 Peserta

Murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 telah terlibat sepenuhnya seperti yang telah dirancang.

Semua murid amat teruja dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini

dijalankan seperti berkumpul awal di Dewan Sri Kandi dan membawa alatan yang diperlukan

semasa program berlangsung. Para pengawas juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan jitu

terhadap kursus kepimpinan pengawas ini dan hampir 98% para pengawas sekolah telah

menghadiri kursus ini. Kebanyakkan peserta memberi respon yang positif terhadap kursus

Page 3: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

kepimpinan pengawas ini dan menyatakan kursus ini perlu diadakan pada setiap tahun dan

keinginan untuk mengikutinya lagi.

2.3 Modul

Para peserta disediakan modul kursus kepimpinan pengawas ini semasa program

berlangsung terlebih dahulu. Hal ini membantu para peserta untuk lebih memahami modul yang

akan dilaksanakan dan mempunyai bahan kursus selain catatan sendiri semasa mengikuti kursus

kepimpinan pengawas ini. Selain itu, modul yang disediakan juga tidak tertumpu kepada bahan

slaid atau ceramah berkaitan kepimpinan pengawas sahaja malah modul ini juga mengandungi

latihan stimulasi atau praktikal yang boleh dipraktikan oleh pengawas dalam meningkatkan jati diri

sebagai seorang pengawas dan mempunyai disiplin serta sahsiah diri yang baik.

Page 4: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

3.0 KELEMAHAN

3.1 Kelewatan kursus bermula

Kursus kepimpinan pengawas ini bermula agak lewat daripada masa yang telah dirancang

berikutan fasilitator yang tersesat mencari lokasi sekolah. Kursus bakal bermula pada pukul 8.30

pagi seperti yang dirancang dalam tentatif program namun berikutan hal yang tidak dapat

dielakkan kursus ini telah bermula agak lewat sejam daripada masa yang telah dijadualkan.

3.2 Modul

Modul yang disediakan turut mengandungi modul yang tidak selaras dengan matlamat

kursus kepimpinan pengawas iaitu terdapat modul teknik belajar kepada para peserta. Kursus ini

dirancang awal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang disiplin dan

jati diri sebagai seorang pengawas atau pemimpin pelajar di sekolah yang harus mereka contohi

dan teladani serta praktikkan kepada para murid yang lain.

3.3 Keterlibatan guru dalam program

Sepanjang program ini berlangsung didapati guru-guru unit disiplin & pengawas kurang

dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini. Guru-guru tidak dapat menunjuk ajar

atau memberi contoh teknik atau teladan kepada para pengawas untuk dicontohi dalam

menangani kes-kes didiplin oleh murid-murid di sekolah.

4.0 PENAMBAHBAIKKAN

Page 5: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

4.1 Kelewatan kursus bermula

Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal tentang lokasi sekolah dan penyelaras program

juga boleh meminta fasilitator untuk lebih menepati masa program yang telah ditetapkan agar

program yang dirancang ini dapat dimulakan tepat pada masanya.

4.2 Modul

Modul yang disediakan juga hendaklah selaras dengan matlamat program dan fasilitator

boleh mengubahsuai modul tersebut dengan sasaran program yang dikehendaki oleh penganjur.

Penganjur juga boleh memaklumkan akan matlamat atau sasaran program yang ingin

dilaksanakan.

4.3 Keterlibatan guru

Guru-guru Unit Dispilin & Pengawas perlu dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan

pengawas ini dan dicadangkan untuk program kursus kepimpinan pengawas yang akan datang

perlu diadakan slot khas untuk para guru menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kes-

kes kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid kepada pengawas dalam melaksanakan

tanggungjawab mereka seharian.

Page 6: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

5.0 KESIMPULAN

Kursus Kepimpinan Pengawas Tahun 2012 ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan

kepada murid-murid seperti meningkatkan dispilin diri yang utuh dan kemahiran komunikasi yang boleh

para pengawas pelajari. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza

dan lebih menarik kerana bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah

memberi pendedahan idea kepada para pengawas tentang kepimpinan yang harus mereka contohi dan

teladani selain meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas serta mempraktikkan disiplin yang baik.

Disediakan oleh :

...........................................................(PN. HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN)Setiausaha Unit Disiplin & PengawasSK Seksyen 11 Kota Damansara

Disahkan oleh :

.................................................(DATIN JAYANTHI A/P DEVAN)Penolong Kanan HEMSK Seksyen 11 Kota Damansara

Disemak oleh :

.......................................................(PN. MUSALMAH BINTI AB. GHANI)Guru BesarSK Seksyen 11 Kota Damansara

Page 7: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

GAMBAR PROGRAM

Page 8: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

Para pengawas telah berkumpul di dewan pada pukul 8.00 pagi

Datin Jayanthi sedang menyampaikan pesanan kepada para pengawas

Page 9: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

Fasilitator sedang menyampaikan modul program

Peserta melakukan aktiviti untuk slot 1

Page 10: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

Fasilitator sedang bertanyakan sesuatu kepada peserta

Perserta sedang membaca ak modul yang telah disediakan

Para peserta kelihatan gembira mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini

Page 11: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

Para peserta sedang membuat latihan stimulasi

Para peserta sedang membuat latihan dalam kumpulan kecil

Page 12: 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

Para peserta diakhiri program dengan mengikuti lagu Gemuruh yang membawa penuh pengertian dan semangat