tugasan 1 bikar

7
TUGASAN 1 BIKAR Pengenalan Bikar Makmal terdiri daripada kaca pelbagai guna atau kadang-kadang daripada plastik, silinder yang boleh menahan haba dan tekanan, dan ia datang dalam pelbagai saiz. Kakitangan makmal menggunakan bikar untuk mengukur dan menyimpan bahan-bahan. Setiap jenis bikar mempunyai reka bentuk yang khusus yang membolehkan ia digunakan dalam situasi makmal tertentu. Kegunaan 1

Upload: maryani-hashim

Post on 02-Jan-2016

394 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1 BIKAR

TUGASAN 1

BIKAR

Pengenalan

Bikar Makmal terdiri daripada kaca pelbagai guna atau kadang-kadang daripada

plastik, silinder yang boleh menahan haba dan tekanan, dan ia datang dalam pelbagai

saiz. Kakitangan makmal menggunakan bikar untuk mengukur dan menyimpan bahan-

bahan. Setiap jenis bikar mempunyai reka bentuk yang khusus yang membolehkan ia

digunakan dalam situasi makmal tertentu.

Kegunaan

Fungsi utama sebuah bikar adalah untuk memegang dan berfungsi dengan

cecair. Jika lulus, ia boleh berkhidmat untuk membuat ukuran anggaran isipadu cecair.

Bikar itu dibuat daripada kaca khusus supaya ia boleh dipanaskan dan disejukkan

1

Page 2: TUGASAN 1 BIKAR

tanpa pecah. Ini sejenis kaca membuat bikar rapuh dan ia mesti dikendalikan dengan

berhati-hati. Bikar biasanya digunakan dalam penyelidikan saintifik. Mereka biasanya

menggunakannya sebagai bekas di mana untuk mencampurkan pelbagai cecair atau

sebagai alat mengukur. Bikar biasanya dibuat dengan kaca borosilikat yang boleh

mengendalikan perubahan suhu pesat.

.

JENIS-JENIS BIKAR

Bikar Plastik Bikar Kaca

Ada dua jenis alat kaca di gunakan di makmal iaitu kaca borosilikat dimana ia

lebih tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba. Contoh seperti bikar dan tabung

uji. Bikar terdiri daripada 10 jenis pelbagai saiz:

Bikar glass 100ml- pyrex

Beaker low form pyrex 100ml

Bikar 100ml

Beaker glass 2000ml

2

Page 3: TUGASAN 1 BIKAR

Beaker low form pyrex 25ml

Beaker lor form, heavy duty pyrex 250ml

Beaker low form heavy duty 400ml

Bikar 500ml

Beaker glass, pyrex 600ml

Sebahagian harga bikar yang disediakan oleh pembekal (Noorul Generation Sdn.Bhd)

Beralamat No.20&20a, Jalan Rahmat 83000 Batu Pahat.

50ml RM 5.90

100ml RM 6.60

250ml RM 8.80

500ml RM 11

1000ml RM 26.50

PENGGUNAAN BIKAR DALAM PENGAJARAAN DAN PEMBELAJARAN.

Biasanya saiz bikar yang digunakan di sekolah rendah adalah yang bersaiz

sederhana iaitu 250ml, 100ml. Setakat pengalaman saya mengajar di sekolah rendah

saiz bikar yang paling besar digunakan ialah 250ml. Ini disebabkan ia lebih sesuai

digunakan di peringkat rendah dan biasanya digunakan untuk mengiri cecair larutan

bukan asid.Jika bahan berasid pun hanya melibatkan larutan cuka. Penggunaan cuka

3

Page 4: TUGASAN 1 BIKAR

biasanya melibatkan pelajaran Sains Tahun 5 iaitu menguji Sifat Kimia Bahan iaitu

samada asid, alkali atau neutral.

Selain itu penggunaan bikar biasnya untuk mengukur isipadu cecair iaitu untuk

pelajaran sains Tahun 4 di bawah tajuk mengukur Isipadu Cecair. Selain silinder

penyukat, bikar digunakan untuk mengukur isipadu cecair. Bikar juga digunakan

sebagai alat untuk mengukur isipadu air yang tepat untuk menguji kebolehan air melalui

jenis tanah yang berbeza iaitu untuk tajuk Tanah Sains Tahun 3. Sukatan air

dimalarkan.

Pengukuran isipadu cecair penting dalam penyediaan larutan dengan kepekatan

tertentu. Adalah penting membaca paras isipadu dengan mata berada pada paras yang

sama dengan meniscus.Bokar selalu digunakan untuk pemindahan cecair tau llarutan

dengan kuantiti yang banyak.Penentuan isipadu diambil daripada bacaan bahagian

bawah meniscus yang dilihat pada tahap separas dengan mata.Bacaan isipadu

berdasarkan semua digit yang pasti (tanda pada bikar).

CARA PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BIKAR

Menyimpan bikar kaca pada rak yang sesuai dan selamat.

Asingkan penyimpanan daripada bahan yang berat.

Bersihkan bikar dan simpan pada rak penyimpanan.

Penyimpanan bikar mengikut saiz dan jenis.

Bersihkan alatan kaca dengan menggunakan bahan cuci, bilas dengan air dan

keringkan.

Untuk pengeringan biarkan alatan kaca berdiri, digantung atau dibiaarkan kering

diatas rak atau papan pengering.

Selepas menggunakan sebarang alat pastikan ianya bersih sebelum disimpan.

4

Page 5: TUGASAN 1 BIKAR

KEPENTINGAN BIKAR DALAM PENGAJARAAN DAN PEMBELAJARAN.

Alatan di dalam makmal sains seperti bikar merupakan salah satu radas atau

bahan yang sangat penting untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan berkesan. Walaupun Bikar daripada kaca, sangat sukar untuk dikendalikan

di peringkat sekolah rendah tetapi untuk ketepatan ukuran bikar adalah yang paling

sesuai. Walaubagaimanapun kini terdapat bikar yang diperbuat daripada plastik yang

mana ia lebih mudah dikendalikan dan disimpan. Ianya lebih selamat untuk pelajar

sekolah rendah.Penggunaan alatan dalam P&P sangat memberi kesan yang

menyeronokan dikalangan pelajar.

RUMUSAN

Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita

untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-

tangan dan kebolehan mengendalikan projek.Dengan menguasai kemahiran manipulatif

para pelajar mampu mendapatkan keputusan yang sah. Ia juga akan menghindarkan

kemalangan dan bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu menganbil kira

keselamatan diri dan rakan-rakan. Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk

menggunakan alatan yang pecah, tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas

kepada rakan-rakan. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang

lain adalah sikap yang baik dan murni.

5

Page 6: TUGASAN 1 BIKAR

RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/52907327/PENGURUSAN-MAKMAL-SAINS

Modul SCE 3106 Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik, PPG

Modul SBSC3203 Kegiatan Amali Dalam Sains,Open University

6