tugasan 1

40
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN........................................................2 TUGASAN 1 : INDIVIDU...............................................3 TUGASAN 2 : BERKUMPULAN...........................................18 RANCANGAN MENGAJAR.............................................. 18 i) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUT.......................24 ii) MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUT......................28 TUGASAN 3 : INDIVIDU..............................................34 i) KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PdP.....................................................34 ii) MASALAH YANG DIHADAPI......................................37 iii) CADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN................................................ 38 KESIMPULAN.....................................................39 RUJUKAN...........................................................40 LAMPIRAN..........................................................41 1

Upload: la-suerte-aiman

Post on 21-Dec-2015

256 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SAS

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1

ISI KANDUNGANPENGHARGAAN................................................................................................................................2

TUGASAN 1 : INDIVIDU....................................................................................................................3

TUGASAN 2 : BERKUMPULAN.....................................................................................................18

RANCANGAN MENGAJAR.........................................................................................................18

i) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUT..............................................................24

ii) MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUT............................................................28

TUGASAN 3 : INDIVIDU..................................................................................................................34

i) KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PdP.................................................................................................................................................34

ii) MASALAH YANG DIHADAPI..............................................................................................37

iii) CADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN....................................................................................................................38

KESIMPULAN...............................................................................................................................39

RUJUKAN..........................................................................................................................................40

LAMPIRAN........................................................................................................................................41

1

Page 2: TUGASAN 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat dan izinnya saya dapat

menyiapkan tugasan kerja kursus untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

bagi subjek Kurikulum & Pedagogi Sains Pendidikan (SCE3043) dengan jayanya

walaupun terdapat sedikit masalah dan kesulitan semasa proses menyiapkan

tugasan ini. Namun begitu, kesulitan tersebut dapat diatasi dan tugasan ini dapat

disiapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada

pensyarah subjek iaitu Encik Azman bin Omar yang telah banyak memberi tunjuk

ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak

membantu saya dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam penulisan kerja

kursus ini. Sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan ini, beliau menjadi rujukan

utama untuk memberikan hasil tugasan yang dikehendaki mengikut kehendak

soalan.

Ucapan penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan

saya terutamanya Luqman Hakim iaitu rakan sekumpulan yang turut membantu

dengan memberikan idea bernas mereka. Kritikan mereka ini saya anggap sebagai

kritikan membina yang sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan hasil tugasan

yang baik, lengkap dan berkualiti. Kami sekelas juga turut berkongsi pendapat

masing-masing untuk memperbaiki penulisan kami. Setinggi-tinggi penghargaan

juga ingin saya tujukan kepada ibu bapa yang berada di kampung kerana telah

banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk

menyiapkan tugasan ini.

Konklusinya, semoga segala bantuan dan jasa yang dihulurkan tidak kira

secara langsung atau tidak langsung semasa saya melaksanakan tugasan ini akan

mendapat balasan baik dari Tuhan. Saya juga berharap agar tugasan ini mendapat

markah yang setimpal dengan segala komitmen yang telah saya berikan. Semoga

kerja kursus ini menjadi bahan ilmiah dan rujukan oleh pelajar-pelajar di masa akan

datang. Sekian, terima kasih.

2

Page 3: TUGASAN 1

TUGASAN 1 : INDIVIDU

A. Mengumpul maklumat melalui pelbagai bahan dan sumber dan

menyediakan nota ringkas dengan menggunakan pengurusan grafik

(seperti dengan menggunakan peta I-Think) yang berkaitan dengan

objektif 1.

Objektif 1 : Membuat banding-beza antara strategi/kaedah pengajaran dan

pembelajaran sains sekolah rendah seperti uji kaji, eksperimen, demonstrasi dan

peristiwa percanggahan idea (Discrepant event), pameran sains, bercerita, projek,

penggunaan teknologi, penyelesaian masalah, perbincangan, simulasi, lawatan

sambil belajar serta kajian masa depan.

3

Page 4: TUGASAN 1

4

Menekankan kepada pembelajaran berfikrah

Suatu proses untuk

mendapatkan maklumat dan

seterusnya membuat penilaian

tentang produk sesuatu proses

pendidikan

Tujuan pentaksiran

Mendapat gambaran

tentang prestasi

seseorng murid dalam pembelajara

n

Menilai aktiviti yang dijalankan

semasa pengajaran

dan pembelajara

n

Memperbaiki pengajaran

dan pembelajara

n

Page 5: TUGASAN 1

5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains

PenyiasatanDefinisi : Proses

inkuiri yang melibatkan kajian,

tindakan dan penyelidikan dalam sesuatu penemuan atau pembelajaran

sains. Tujuan :

(i) Merangsang kefahaman

murid dalam memberi jawapan terhadap

kehidupan seharian

(ii) Pengajaran dan

pembelajaran yang

menyeronokkan

(iii) Merangsang

pemikiran kritis dan kreatif

Eksperimen

Definisi : Mengeksperimen melibatkan dua

kriteria iaitu; (a)Membuat hipotesis

(Tindakan membentuk idea

untuk diuji) (b) Mengawal

pemboleh ubah (Kemahiran

mengubah hanya satu syarat dalam

satu masa)

Tujuan :

(i) Merangsang kefahaman

murid dalam memberi jawapan terhadap

kehidupan seharian dan

persoalan lazim

(ii) Pengajaran dan

pembelajaran yang

menyeronokkan

(iii) Merangsang

pemikiran kritis dan kreatif

DemonstrasiDefinisi : Teknik ini menunjukkan sesuatu proses atau cara untuk

melakukan sesuatu kemahiran terutamanya yang

sukar dan merbahaya.Tujuan :

(i) Memperkenalk

an sesuatu tajuk/topik

yang baharu

(ii) Menimbulkan persoalan atau permasalahan

untuk dipelajari

(iii) Menerangkan

sesuatu konsep untuk

difahami melalui

pemerhatian atau melihat

sendiri peristiwa yang

berlaku

Peristiwa Bercanggah

Definisi : Peristiwa bercanggah adalah

salah satu yang nampaknya tidak mengikuti aturan dasar atau prinsip

bahan dan tenaga. Bagaimana peristiwa

bercanggah digunakan:

(i) Untuk melibatkan

murid-murid dalam

penyiasatan

(ii) Sebagai demonstrasi

diikuti dengan perbincangan

untuk memperkenalk

an topik baharu

(iii) Untuk melibatkan

murid dalam kemahiran

proses sains

Page 6: TUGASAN 1

6

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sains Pendidikan Rendah

Pameran SainsDefinisi : Pameran sains adalah

pertandingan di mana peserta menghasilkan

projek berkaitan sains dan teknologi.

Peserta mempersembahkan

hasil projek sains meraka dalam

bentuk laporan, poster, bahan pameran atau

model.

Kelebihan pameran sains :

(1) Aktiviti ini merupakan

aktiviti merentas

kurikulum, ia meliputi semua mata pelajaran

sekolah. (2) Murid

menyelesaikan masalah

menggunakan kaedah saintifik

–memerhati, menyoal,

membentuk hipotesis,

eksperimen, mengumpul

dan menganalisis

data, membuat kesimpulan. seterusnya membina

kefahaman untuk

mengawal pemboleh

ubah. (3) Murid menggunakan

pendekatan terbuka dan kreatif untuk

menyelesaikan masalah.

Kelemahan pameran sains :

( 1) Mungkin terlalu banyak

tumpuan kepada

pertandingan. (2) Memakan

masa yang panjang.(3) Kadang kala kekurangan

bahan.

Bercerita

Definisi : Bercerita merupakan suatu

seni yang menggunakan

bahasa, pergerakan dan mimik muka

untuk melontarkan idea dan

merangsang daya imaginasi penonton.

Kelebihan teknik bercerita : (1) Guru dapat membina satu suasana yang

menyeronokkan. (2) Cerita

yang mengandungi

nilai-nilai murni, mampu

menanamkan sikap jujur,

berani, setia, ramah dan

sikap positif yang lain serta berguna dalam pembentukan budi pekerti

atau keperibadian murid-murid.

(3) Cerita yang mengandungi

nilai-nilai murni, mampu

menanamkan sikap jujur,

berani, setia, ramah dan

sikap positif yang lain serta berguna dalam pembentukan budi pekerti

atau keperibadian

murid-murid.

Kelemahan teknik bercerita

: (1) Memerlukan persediaan

yang banyak dan melibatkan masa serta kos. (2) Mengambil

masa untuk bercerita dan

membincangkan cerita. (3) Sukar untuk mengaitkan

cerita dengan konsep sains terutamanya

bagi tema sains fizikal dan sains

bahan.

Kajian lapanganDefinisi : Kajian lapangan adalah

satu strategi yang membolehkan

murid membuat kajian terhadap

sesuatu topik melalui teknik

memerhati, mengumpul maklumat,

menganalisis serta mentafsir data.

Kelebihan kajian lapangan : (1) Membawa

murid-murid mengkaji pada situasi sebenar dan membantu mengingat dan mengaitkan apa yang dipelajari.

(2) Memberi peluang kepada

murid mengalami

pembelajaran di dalam

persekitaran baharu, selain

daripada membaca

tentang subjek tersebut. (3)

Menyediakan sumber yang

kaya dan jarang diperolehi di bilik darjah.

Kelemahan kajian lapangan

: (1) Kadang kala kajian tidak

mencapai objektif yang

ditetapkan. (2) Cuaca boleh

menjadi penghalang. (3)

Memerlukan kos yang tinggi

Teknologi pendidikanDefinisi : Teknologi pendidikan adalah

penggunaan proses teknologi dan sumber untuk

membantu pengajaran dan

pembelajaran. Ciri-ciri dan kemudahan

komputer dan komunikasi

membantu dalam pengajaran,pembelajaran dan pelbagai aktiviti pendidikan.

Kelebihan menggunakan

teknologi pendidikan di

bilik darjah : (1) Berupaya

meningkatkan kefahaman dan

penguasaan murid terhadap

pelajaran. (2) Memberi

peluang yang sama kepada semua murid

pelbagai kebolehan. (3) Meningkatkan

motivasi murid.

Kelemahan menggunakan

teknologi pendidikan di

dalam bilik darjah : (1)

Memerlukan peralatan dan perisian yang sesuai dalam

aktiviti pembelajaran. (2) Kadang kala

mengalami masalah

kelambatan capaian jika

menggunakan internet. (3)

Murid didedahkan

dengan banyak maklumat yang

kadang kala tidak diketahui kesahihannya.

Page 7: TUGASAN 1

7

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

PERBINCANGAN

Definisi : Aktiviti di mana murid menyoal

dan mengemukakan

pendapat berlandaskan

dalil atau alasan yang

sahih

Ciri- Ciri : 1) Semasa

perbincangan, murid

perlu mempunyai

fikiran terbuka untuk

menerima pendapat orang lain.

2) Perbincanga

n perlu dijalankan

semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

PROJEKDefinisi : Aktiviti yang

dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang

panjang serta menjangkau

waktu pembelajaran yang formal.

Ciri- Ciri : 1) Murid

dikehendaki mengenal

pasti kaedah untuk

menyelesaiakan masalah

yang dikemukaka

n dan seterusnya merancang keseluruhan

projek.2) Hasil

projek boleh dalam bentuk

laporan, artifak atau

lain-lain perlu

dibentangkan di

hadapan guru dan

para pelajar lain.

LAWATAN

Definisi : Pembelajaran

sains tidak hanya terhad dalam sekolah

sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke

tempat seperti zoo, muzium, pusat sains,

institusi penyelidikan,

paya bakau dan kilang boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokka

n dan bermakna.

Ciri- Ciri : 1) Untuk

mengoptimumkan

pembelajaran melalui

lawatan, ia mesti

dirancang rapi dengan para pelajar

perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan

semasa lawatan.

2) Perbincanga

n selepas lawatan

perlu diadakan.

Kajian lapangan

yang sering dijalankan

dalam tajuk ekologi

merupakan salah satu

contoh keadaan ini.

KAJIAN MASA DEPAN

Definisi : Murid menggunakan

pemikiran kritis dan kreatif

untuk meninjau perubahan

keadaan daripada masa

lalu ke sekarang dan

meramalkan keadaan pada masa depan.

Ciri- Ciri : 1) Pedagogi ini berpusatkan murid dan

menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti

pendidikan moral,

pendidikan alam

sekitar.

2) Nilai murni

seperti ini bertanggung

jawab dan bekerjasama

dipupuk melalui

kaedah ini.

PENYELESAIAN MASALAHDefinisi :

Penyelesaian masalah adalah

satu kaedah yang

melibatkan murid secara aktif untuk membuat

keputusan atau untuk

mencapai satu sasaran

tertentu.

Ciri- Ciri : 1) Semasa

penyelesaian masalah,

aktiviti seperti

simulasi, perbincanga

n dan eksperimen

boleh dijalankan.

2) Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan

langkah berikut: 1) Kenal pasti dan faham masalah. 2)

Jelaskan masalah. 3)

Cari alternatif

penyelesaian masalah. 4) Lakukan

operasi penyelesaia

n. 5) Nilaikan

penyelesaian.

Page 8: TUGASAN 1

8

SIMULASIPengertian Teknik Simulasi

Cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan

tertentu.

Meniru suatu sistem nyata yang kompleks yang penuh dengan sifat probabilistik, tanpa harus mengalami keadaan yang sesungguhnya .

Kaedah SimulasiKaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar

berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah

yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti

di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.Jenis Simulasi

SosiodramaSatu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah

berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai

perwatakan yang menentang sosial.

Main perananSatu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang

skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda

ketika itu.

Tujuan Simulasi

Untuk menguasi kemahiran

Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis

Untuk membina sikap positif

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran

Page 9: TUGASAN 1

9

KAJIAN LAPANGANPengenalan

Satu strategi yang membolehkan murid membuat kajian terhadap sesuatu topik melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat,

menganalisis serta mentafsir data.

Peranan Guru

SebelumLawat tapak untuk mendapat maklumat dan menilai

perkaitan dengan kurikulum, masalah dan merancang penggunaan masa murid.

Dapat kebenaran ibubapa dan jelaskan tujuan dan aktiviti kajian lapangan

Semasa

Ingatkan murid objektif lawatan

Bincangkan peraturan keselamatan

Beri peluang kepada murid untuk mengkaji secara individu atau berkumpulan

SelepasSoal murid apa yang telah mereka pelajari semasa

lawatan

Minta murid menulis laporan dan refleksi mereka

KelebihanMembawa murid-murid mengkaji pada situasi sebenar dan membantu mengingat dan mengaitkan apa yang dipelajari.

Memberi peluang kepada murid mengalami pembelajaran di dalam persekitaran baharu, selain daripada membaca tentang subjek

tersebut.

Menyediakan murid dengan pengalaman ”hands-on”

Kelemahan

Kadang kala kajian tidak mencapai objektif yang ditetapkan

Cuaca boleh menjadi penghalang

Memerlukan kos yang tinggi

Page 10: TUGASAN 1

10

EKSPERIMENCiri-Ciri

Proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang fenomena alam.

Kaedah

a) Kemahiran Berfikir

b) Kemahiran Proses Sains

c) Kemahiran Manipulatif

KelebihanMemberi murid menngalami pengalaman pembelajaran menyeronokan

dan bermakna bersesuaian dengan sikap semangat ingin tahu.

Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Kinestetik *Kebolehan menyatakan idea, perasaan ,

menyelesaikan masalah

Kecerdasan Visual-Ruang * Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan. Secara grafik.

Page 11: TUGASAN 1

11

BERCERITACiri-Ciri

Mengajar dengan menyampaikan isi pelajaran secara bercerita.

KaedahBercerita tentang perkara yang menarik dengan menimbulkan

suasana pembelajaran yang seronok.

Penyampaian lisan, Pita rakaman, penggunaan patung boneka.

KelebihanMengembangkan kemahiran mendengar, memotivasi murid melalui

pembacaan.

Menghargai keseronokan menikmati kesusasteraan, penggayaan bahasa, pelbagai pengalaman.

Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Interpersonal

* Kebolehan memahami Perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

Kecerdasan Kinestetik *Kebolehan menyatakan idea, perasaan , menyelesaikan masalah

Page 12: TUGASAN 1

12

DEMONSTRASI

Ciri-CiriMelatih murid memerhati dan melakukan sesuatu mengikut prosedur

atau langkah-langkah.

KaedahPendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea.

Memerhati benda maujud serta fungsinya.

Komunikasi lisan secara langsung.

KelebihanDemonstrasi oleh guru dapat dijadikan model gerak balas dan

jangkaan oleh murid.

Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Visual-Ruang *Kebolehan mengesan dan menggambarkan

bentuk, ruang, warna dan garisan. Secara grafik.

Kecerdasan Naturalis *Mengenali dan klasifikasi flora dan fauna.

Page 13: TUGASAN 1

13

PENYIASATAN

Ciri-Ciri

Pemerihalan, melihat hubungan, mengeksperimen

Kaedah

Mengenalpasti masalah, membuat hipotesis, mengeksperimen, mengawal pembolehubah, mengumpul data, analisis

data,membuat kesimpulan.

Kelebihan

Meningkatkan dan mempertahankan minat, sikap, kepuasan dan keterbukaan dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains

Membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Kinestetik *Kebolehan menyatakan idea, perasaan , menyelesaikan masalah

Kecerdasan Visual-Ruang * Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,

warna dan garisan. Secara grafik.

Page 14: TUGASAN 1

14

KAJIAN MASA DEPANDefinisi

Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat

keputusan.

KonsepBerfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang

hal-hal masa depan.

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

Mempunyai pengatahuan & kefahaman tentang kajian masa depan.

ObjektifBerfikir secara kritis & kreatif serta membuat keputusan. tentang

hal-hal masa depan.

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

Mempunyai pengatahuan & kefahaman tentang masa depan.

Membuat kajian & mengurus maklumat tentang hal2 masa depan.

MatlamatMurid dapat mencari alternatif dan membuat pilihan ke arah masa

depan lebih baik.

Membuat anjakan paradigma kepada fenomena P&P

Membina generasi masa depan.

Kemahiran Asas

Membuat ramalan

Menjangka akibatnya

Mengawal dan mengendalikan perubahan

Page 15: TUGASAN 1

Perbezaan antara Penyiasatan, Eksperimen dan Demonstrasi

Ciri-ciri Penyiasatan Eksperimen Demonstrasi

Maksud Merupakan kaedah

saintifik mencari

pengetahuan yang

melibatkan kaedah

mengenalpasti dan

formula sesuatu

masalah

Kaedah pengujian

dengan matlamat

menjelaskan realiti

untuk meningkatkan

pemahaman sesuatu

fenomena

Merupakan  kaedah

pengajaran dan

pembelajaran

berpusatkan guru di

mana guru akan

memperlihatkan dan

memperjelaskan

sesuatu uji kaji atau

aktiviti di hadapan

murid.

Objektif Melatih pelajar

menguasai kemahiran

sains, mengukur,

membuat pembacaan

Untuk menguji

hipotesis dan memberi

peluang murid

menentukan aktiviti

eksperimen mengikut

kesesuaian aras

pemikiran murid

Untuk membolehkan

murid menguasai

konsep dan prinsip

dengan mudah dan

mewujudkan

pengalaman berguna

Strategi

pengajaran dan

pembelajaran

Berpusatkan murid dan

bahan

Berpusatkan murid

dan bahan

Berpusatkan guru

dan bahan

Peranan guru Sebagai kolaborator

iaitu seorang rakan

dalam penemuan sains

Sebagai fasilitator

semasa pelaksanaan

aktiviti

Sebagai penunjuk

cara dan penyampai

maklumat atau

konsep sains yang

15

Page 16: TUGASAN 1

ditunjukkan

Teknik aktiviti Aktiviti hands-on,minds-

on, mencari maklumat

daripada sumber

rujukan seperti daripada

media cetak, media

elektronik dan  juga

daripada guru

Bersoal jawab,

menjalankan amali

sains, perbincangan

Tunjuk cara

16

Page 17: TUGASAN 1

17

PERSAMAAN ANTARA

PENYIASATAN , EKSPERIMEN , SIMULASI DAN DEMONSTRASI

Tujuan utamanya untuk menentusahkan sesuatu konsep.

Semua kaedah ini digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran terutamanya

mata pelajaran Sains.

Semua kaedah ini

menggunakan bahan maujud.

Semua kaedah ini

menggunakan kemahiran

proses sains.

Juga bertujuan untuk mencapai

objektif pengajaran yang

tertentu secara eksplisit.

Kaedah-kaedah ini dapat

meningkat minat murid-murid

terhadap sains.

Page 18: TUGASAN 1

TUGASAN 2 : BERKUMPULAN

A. Kenal pasti satu topik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) dan rancang cara mengajar topik tersebut.

RANCANGAN MENGAJAR 2 WAKTU UNTUK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN TOPIK YANG MENGGUNAKAN KIT KOTAK KASUT

Mata pelajaran : Sains

Kelas : 5 Nilam

Tarikh : 20 Mac 2015

Masa : 10.30-11.30 (60 minit)

Bilangan murid : 32 orang

Tema : Menyiasat alam fizikal

Bidang pembelajaran : Elektrik

Objektif pembelajaran : Memahami litar bersiri dan litar selari.

Hasil pembelajaran : 1. Mengenalpasti perbezaan susunan litar bersiri dan selari.

2. membina litar bersiri dan selari.

3. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan

litar selari.

Pendekatan / strategi : Pendekatan inkuiri penemuan

Strategi mengeksperimen dan perbincangan.

18

Page 19: TUGASAN 1

Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

19

Page 20: TUGASAN 1

Orientasi

5 minit

Simulasi membina litar

lengkap

Simulasi

Guru memberi gambar

mentol, bateri dan suis

dan di gantung pada

murid untuk

menghasilkan satu litar.

Soalan : Adakah mentol

akan menyala ?

Murid berpegang

tangan untuk

menunjukkan satu litar

eletrik lengkap. ( murid

sudah ada

pengetahuan bina litar )

Murid yang memakai

gambar suis

melepaskan tangan.

Soalan : Adakah mentol

akan menyala ?

Seterusnya guru

memperkenalkan tajuk

pelajaran pada hari itu.

Kemahiran

berfikir :

Membuat

gambaran

mental.

Nilai murni :

Bekerjasama,

minat, sifat ingin

tahu tentang

alam.

Pencetusan

idea

(10 minit)

Terdapat dua jenis

susunan litar lengkap

iaitu litar selari dan litar

bersiri.

Murid menyiapkan

permainan jigsaw

puzzle litar bersiri dan

litar selari.

Murid mencari

perbezaan 2 jenis

litardaripada puzzle

yang telah

dilengkapkan.

Strategi/teknik:

Teknik

penyoalan

seluruh kelas.

Sumber :

Permainan

jigsaw puzzle

20

Page 21: TUGASAN 1

Murid membuat

ramalan litar yang

paling baik.

litar.

Menstruktur

semula

idea

( 25 minit )

Mentol litar selari lebih

cerahberbanding litar

bersiri

Dengan menggunakan

kit kotak kasut

penyambungan litar,

murid menjalankan

eksperimen, membuat

pemerhatian dan

merekodkan keputusan

penyiasatan. (rujuk

lampiran 1)

Kumpulan yang tidak

Berjaya diberikan

pemulihan.

Strategi/teknik:

Inkuiri

penemuan,

eksperimen.

Sikap saintifik

dan nilai murni:

Sistematik,jujur

dalam merekod

dan

bekerjasama.

Aplikasi

idea

(15 minit )

Kita menggunakan litar

selari dirumah.

Murid berbincang

didalam kumpulan :

- Kelebihan dan

kelemahan litar

bersiri dan litar

selari

- Membezakan

susunan komponen

eletrik secara selari

dan bersiri.

Strategi :

Perbincangan

kumpulan.

Refleksi

(5 minit)

Mentol lebih cerah dalam

litar selari berbanding

litar bersiri.

Guru membimbing

murid membuat

rumusan tentang

pelajaran pada hari itu.

Murid membuat

pengurusan grafik

perbandingan litar

21

Page 22: TUGASAN 1

bersiri dan litar selari.

LAMPIRAN :

Kod aktiviti : 5/3/2/2.2/6

Bidang kajian : 2. Elektrik

Objektif pembelajaran : 2.2 memahami litar bersiri dan litar selari.

Hasil pembelajaran : 2.2.6 membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri

dan litar selari.

Kaedah : eksperimen

Radas/ Bahan : Dua bateri, empat mentol, wayar, dua suis, empat pemegang

mentol.

Langkah-langkah :

1. Bina litar bersiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol.

3. Bina litar selari seperti yang di tunjukkan dalam rajah dibawah.

22

Page 23: TUGASAN 1

4. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol dan catatkan pemerhatian.

Latihan Pengukuhan :

1. Pemerhatian :

Jenis litar Kecerahan mentol

Litar bersiri

Litar selari

2. Berdasarkan penyiasatan nyatakan :

I. Pembolehubah yang di manipulasi.

________________________________________________________

II. Pembolehubah yang bergerakbalas.

________________________________________________________

III. Pembolehubah yang dimalarkan.

3. Nyatakan sebab kenapa mentol dalam litar bersiri malap ?

23

Page 24: TUGASAN 1

4. Kesimpulan :

B. Reka bentuk satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk mengajar topik

tersebut yang dikenali sebagai “Kit Kotak Kasut”. Di dalam Kit BBM

24

Page 25: TUGASAN 1

mengandungi manual penyediaan kit, manual penggunaan kit dan

bahan-bahan yang terlibat dalam PdP topik yang dibincangkan dalam

(a).

i) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUT

PENGENALAN

Penyediaan kit kotak kasut ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan murid

dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Selain itu juga dengan adanya kit

kotak kasut ini murid-murid lebih mudah untuk memahami konsep, prinsip dan

hokum sains. Kit kotak kasut yang kami hasilkan ini adalah berkait dengan topik litar

eletrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Selain tajuk litar bersiri dan litar selari guru-

guru juga boleh menggunakan kit kotak kasut ini untuk mengajar tajuk bahan

konduktor dan bahan penebat. Kit ini turut dilengkapi dengan manual penggunaan

yang lengkap dengan langkah-langkah pemasangan litar serta dilengkapi dengan

lukisan skematik supaya murid lebih mudah memahami penyiasatan yang

dijalankan.

Bahan –bahan yang diperlukan untuk membuat kit litar eletrik :

1. Satu kotak kasut

2. Pemegang bateri 2 pcs

25

Page 26: TUGASAN 1

3. Suis pisau 2 pcs

4. Pemegang mentol 4 pcs

5. Mentol 4 pcs

26

Page 27: TUGASAN 1

6. Wayar merah dan hitam 1 meter

7. Pemutar skru 1 batang

Anggaran kos

27

Page 28: TUGASAN 1

JENIS BARANG HARGA

1. Kotak kasut -

2. Pemegang bateri 4 pcs RM 7.60

3. Suis pisau 2 pcs RM 3.00

4. Mentol 4 pcs RM 3.80

5. Pemegang bateri 2 pcs RM 4.00

6. Wayar merah /hitam 1meter -

7. Pemutar skru -

JUMLAH RM 18.40

ii) MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUT

28

Page 29: TUGASAN 1

KIT PENYAMBUNGAN LITAR ELETRIK

PENGENALAN

Kit ini memudahkan anda menjalankan eksperimen berkaitan topik litar eletrik

sains tahun 5. Setiap projek mempunyai langkah kerja untuk menyambungkan litar

eletrik. Projek didalam set ini mengikut sukatan sains tahun 5. Walau bagaimanapun

set litar ini juga boleh di ubah suai untuk tujuan eksperimen yang lain seperti menguji

bahan konduktor dan penebat.

KANDUNGAN

29

Page 30: TUGASAN 1

Pemegang bateri 2 biji Suis pisau 2 biji

Pemegang mentol 4 biji Mentol 4 biji

Pemutar skru 1 batang Wayar merah /hitam 1 meter

LANGKAH KERJA

30

Page 31: TUGASAN 1

1. Pasang wayar pada pemegang bateri

2. Pasang wayar pada suis pisau

3. Pasangkan mentol pada pemegang mentol

31

Page 32: TUGASAN 1

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SIRI

32

Page 33: TUGASAN 1

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SELARI

33

Page 34: TUGASAN 1

TUGASAN 3 : INDIVIDU

34

Page 35: TUGASAN 1

REFLEKSI BERKAITAN DENGAN AKTIVITI PENGAJARAN SAINS.

Pada “Pengalaman Berasaskan Sekolah” fasa dua kali ini, saya telah

bertandang di SK Permaisuri Nur Zahirah selama lima hari. Lokasi sekolah ini

adalah di luar bandar iaitu di Besut, Terengganu. Kebanyakan murid-murid di

sekolah ini tidak boleh memahami pengajaran sains dalam bahasa inggeris. Prestasi

mata pelajaran sains sekolah ini berada di tahap sederhana. Pada tahun lepas

hanya 70% murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini walaupun target sebenar

sekolah ialah 100%.

Sewaktu di sekolah, saya telah diberi peluang mengajar murid-murid untuk

mengisi kekosongan guru yang tiada. Hampir setiap hari khidmat saya diperlukan.

Saya telah mengajar murid-murid pada tahun 5. Sepanjang mengajar di sini, saya

dapat merasakan kekuatan dan kelemahan perancangan dan pelaksanaan aktiviti

PdP saya. Saya juga menghadapi beberapa masalah semasa dalam kelas. Setelah

selesai PBS pada kali ini, saya diminta mengemukakan kekuatan dan kelemahan

perancangan dan pelaksanaan aktiviti PdP, masalah yang dihadapi dan cadangan

mengatasi masalah yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan.

i) KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PdP.

KEKUATAN

Selesai sahaja merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

di kelas, saya meminta rakan memberi pandangan dan komen terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil daripada

perbincangan kami, terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti sepanjang

proses pengajaran dilaksanakan.

Antara kekuatan dalam perancangan saya ialah dari aspek persediaan awal.

Saya telah membuat persediaan awal untuk mengajar sebelum memasuki kelas.

Saya akan pastikan terlebih dahulu tema yang akan diajarkan dapat difahami

dengan jelas. Selain itu, saya telah membina alat bantu mengajar bagi tema

pembelajaran sains yang berkaitan. Walaupun memakan masa yang lama untuk

menyiapkan alat bantu mengajar ini, saya akan pastikan alat itu siap dahulu sebelum

35

Page 36: TUGASAN 1

memasuki kelas. Seterusnya, saya mencari nota-nota daripada buku-buku rujukan.

Dengan menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat iaitu slide powerpoint, saya

telah menukarkan nota-nota itu ke dalam bentuk slide powerpoint untuk

memudahkan proses PdP.

Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran saya ialah dari aspek

kelantangan suara. Saya telah mengemukakan soalan dengan jelas dan respon

murid juga agak menggalakkan. Soalan yang dikemukakan dapat didengar dengan

jelas dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa ada sisipan

pengulangan langkah pengajaran. Kelantangan suara ini menunjukkan ketegasan

saya dalam menyampaikan isi pelajaran. Murid memberi perhatian semaksimum

dan ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran yang telah dirancangkan.

Murid-murid juga tidak bertindak mengganggu rakan lain sepanjang proses

pengajaran ini. Keadaan ini memperlihatkan sikap murid-murid yang hormat kepada

saya sebagai seorang pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan.

Selain itu, saya menggunaan kemudahan Teknologi Maklumat iaitu slide

powerpoint yang telah menarik perhatian murid disamping memudahkan murid

melihat paparan gambar, petikan dan latihan penilaian dengan lebih jelas. Dengan

menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan

mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan cergas sekaligus menepis

tanggapan streotaip yang menyatakan bahawa proses pembelajaran dan

pengajaran sains adalah membosankankan kerana hanya bergantung kepada

papan tulis dan kertas sebak semata-mata. Murid kelihatannya melibatkan diri

secara aktif di samping kewujudan suasana kelas yang kondusif melancarkan lagi

proses pengajaran guru.

Saya dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran untuk tujuan penyampaian isi

pelajaran secara mudah, lancar dan tersusun mengikuti langkah pengajaran yang

dibuat. Sehubungan itu, saya membuat aktiviti perbincangan secara berkumpulan

untuk memperlihatkan guru menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti

berkumpulan ini menggalakkan kolaborasi di kalangan murid disamping

meningkatkan pemikiran secara reflektif terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi

bersama dengan rakan lain.

KELEMAHAN

36

Page 37: TUGASAN 1

Namun, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal

pasti ketika merancang dan melaksanakan aktiviti PdP ini. Antara kelemahan dalam

merancang bagi saya masa. Saya terpaksa menggunakan masa tidur saya untuk

menyiapkan kerja perancangan PdP untuk keesokan harinya. Hal ini menyebabkan

saya letih dan lesu semasa di kelas. Seterusnya, saya juga perlu membelanjakan

banyak kos untuk membeli buku rujukan dan bahan untuk membuat alat bantu

mengajar ini. Hasil daripada kekurangan sumber rujukan telah merugikan wang saya

untuk merancang aktiviti PdP.

Kelemahan yang amat jelas berlaku sepanjang pelaksanaan pengajaran ini

ialah saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa mengikut tempoh masa

yang telah dibuat dalam rancangan pengajaran harian. Berdasarkan kepada

rakaman yang telah dibuat, saya telah menggunakan masa yang lebih bagi setiap

langkah pengajaran bermula dengan set induksi ataupun kemahiran memulakan

pengajaran. Keadaan ini disebabkan oleh gangguan-gangguan lain walaupun masa

keseluruhan pengajaran tidak terjejas.

Saya juga menghadapi masalah penggunaan bahasa baku sepenuhnya akibat

pengaruhi percakapan semenjak mengajar di sekolah jenis kebangsaan. Tanpa

tidak sedar saya ada menggunakan perkataan “saye, kenape, tak a de “ dan ada

beberapa perkataan yang saya rasa menunujukkan kelemahan yang ketara dalam

proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Saya juga lebih banyak mengemukakan soalan walaupun murid memberi

respon yang memberangsangkan. Murid tidak menggunakan sepenuhnya

kemahiran berfikir secara kritis dalam mengemukakan soalan kepada saya.

Keadaan ini disebabkan masih ramai murid malu bertanya. Menyebabkan saya

terpaksa mengemukakan banyak soalan dengan tujuan murid terlibat dalam aktiviti

pembelajaran terutamanya ketika melibatkan perbincangan secara kelas. Perkara

jelas berlaku ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran banyak melibatkan guru yang

memberi pendapat dan ulasan. Murid-murid hanya menjawab ketika ditanya dan

tidak bertindak secara kendiri serta perlu dibimbing sepenuhnya sepanjang PdP.

Peranan guru sebagai fasilitator tidak dapat diterapkan sepenuhnya di samping tidak

menggalakkan pemikiran secara reflektif di kalangan murid-murid.

37

Page 38: TUGASAN 1

ii) MASALAH YANG DIHADAPI.

Setelah lima hari mengajar sains di kelas-kelas tahun 5 di sini, terdapat

beberapa masalah yang saya hadapi. Antaranya ialah masalah murid bising, tidak

mendengar cakap guru dan murid tidak faham apa yang dipelajari.

Semasa mengajar, saya mendapati beberapa orang murid dibahagian

belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya

terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah

menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada

pengajaran saya. Saya beranggapan bahawa murid-murid ini masih kecil maka

unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sikap kenakalan ini tidak boleh

dibiarkan berterusan kerana ianya boleh menjejaskan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-

murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan

pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi

masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-

murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi

murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid

yang lain.

Saya juga berasa bimbang terhadap murid-murid kerana hal ini akan

melibatkan prestasi akademik mereka merudum. Mereka tidak mendengar apa-apa

yang saya sampaikan kepada mereka. Lalu, mereka tidak mendapat sedikit pun ilmu

ketika PdP berlangsung. Murid-murid dari sekolah luar bandar ini tidak menganggap

sains sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka. Perkara ini telah

membuatkan saya tertekan untuk meneruskan sesi PdP. Namun begitu, mereka

telah mencabar diri saya untuk menjadi lebih sabar dalam menyampaikan ilmu.

Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan

masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang

minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian.

38

Page 39: TUGASAN 1

Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai

pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar.

Kemampuan saya sebagai bakal guru telah dicabar.

iii) CADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Dalam pada itu, saya telah melakukan sedikit penyelidikan tentang masalah ini.

Saya dapati, ada beberapa cadangan untuk mengelakkan murid-murid daripada

membuat bising dan cadangan penambahbaikan semasa mengajar. Di sini, saya

ingin mencadangkan langkah-langkah berikut :

1. Langkah pertama ialah menyusunkan semula kedudukan murid-murid di

dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap

kebolehan yang berbeza. Secara tidak langsung, komunikasi antara murid-

murid dapat diminimakan.

2. Seterusnya, guru membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian

kemahiran atau tema yang dikuasai murid tersebut yang membuat bising.

Selepas menyemak keputusan mereka, guru perlu membuat penilaian

terhadap mereka. Sedikit teguran perlu diberikan kepada murid-murid yang

mendapat markah yang rendah agar mereka akan lebih fokus semasa PdP.

3. Langkah berikutnya, guru menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai

dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.

Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah berbeza dengan murid-murid

lain. Hal ini kerana sifat mereka yang cepat bosan dengan aktiviti yang sama

dilakukan berulang kali. Mereka akan menjadi tidak berminat untuk

mendengar arahan daripada guru dan akhirnya mereka tidak memberikan

tumpuan semasa PdP.

4. Selain itu, guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini

dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan. Murid-

murid ini akan sentiasa berminat untuk belajar dengan guru tersebut kerana

mereka berasa diri mereka dihargai dan mendapat tumpuan daripada guru.

5. Akhir sekali, guru juga perlu memberi motivasi dengan memberi pujian dan

penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan. Perkara

39

Page 40: TUGASAN 1

ini akan meningkatkan motivasi dalam diri setiap murid untuk belajar dengan

lebih tekun.

KESIMPULAN

Daripada pengalaman menggunakan model Canter “assertive discipline” guru

yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau

garang. Kegarangan dan ketidak konsistenan arahan guru yang menyebabkan

kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik

darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan

pembelajaran yang maksimum.

Dapatan daripada amalan pengajaran berasaskan model Canter, saya telah

mendapati semangat berkumpulan di kalangan pelajar kelas ini telah mula berputik

dengan adanya kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan

murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan

tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras

dengan kebolehan mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan

positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu

murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang

dijalankan. Keadaan bilik darjah telah dapat dikawal kerana murid-murid telah

menunjukkan minat untuk belajar.

Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas

dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya

faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain

juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Pengalaman Berasaskan

Sekolah ini amat bermakna bagi saya untuk dijadikan penanda aras kepada saya

agar sentiasa bersedia dan berazam untuk menjadi guru yang hebat pada masa

akan datang.

40

Page 41: TUGASAN 1

RUJUKAN

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching elementary science (8th

ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Modul

Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Skamp, K. (2004). Teaching primary science constructively (2nd ed.). Southbank,

Victoria: Harcourt Brace.

Abruscato, J & DeRossa, D.A (2010) Teaching Children Science: A Discovery

Approach 7th ed, Allyn & Bacon : Boston

Esler, W.K & Esler, M (2001) Teaching Elementary Science 8th ed, Wadsworth :

Australia

Sharp. J, Graham. P, Johnsey. R, Simon.S, Smith. R(2002) Primary Science:

Teaching Theory and Practice, Learning Matter :Exeter

Sharifah Maimunah Syed Zin (1999).Current trends and main concerns as regards

science curriculum development and implementation in selected States in

Asia: Malaysia. Diperolihi pada 10 Sept. 2009 dari:

http://www.ibe.unesco.org/curriculum/China/Pdf/IImalaysia.pdf

Ministry of Education, Wellington, New Zealand (2002). Science in the New Zealand

Curriculum. Diperolehi pada 10 Sept. 2009 dari:

http://www.tki.org.nz/r/science/curriculum/toc_e.php

41

Page 42: TUGASAN 1

LAMPIRAN

42