tugasan 1

Upload: jer-emy-joer

Post on 04-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Seni dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

TUGASAN PROJEK K

SENI DALAM PENDIDIKAN .

WAJ 3073 3 .

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan yang mana ianya menjurus kepada kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

KESAN-KESAN POSITIF BIDANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tiga bidang seni yang dimaksudkan ialah:

Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.

Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.

Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.

PENGHUBUNGKAITAN PELBAGAI BIDANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Seni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan Seni boleh disamakan dengan program antara disiplin dalam seni. Ia berperanan sebagai satu strategi pendidikan bagi membantu melahirkan pembelajaran dan pesekitaran yang menyelitkan aspek sosial agar setiap insan dihormati; menggalakkan kepimpinan, inisiatif dan inovasi, di mana setiap pelajar akan mencapai kecemerlangan akademik. Ringkasnya, seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan murid-murid.

Oleh yang demikian setiap guru dan murid mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan penghubungkaitan bidang-bidang ini bagi menjamin objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai.

2.1 Peranan Guru

i. Merancang

Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Semasa proses perancangan tersebut, guru haruslah mengemukakan beberapa persoalan untuk dirinya sendiri dan perlulah dijawab sebelum membuat sesuatu perancangan. Setelah berjaya menjawab persolan-persoalan tersebut, barulah guru merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian, penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar dan juga penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.ii. Memberi motivasi

Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi yang boleh diberikan oleh guru semasa proses penghubungkaitan pelajaran, iaitu motivasi ekstrinsik dan intrinsik. Dengan adanya motivasi yang diberikan guru, murid akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa murid akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak aktiviti yang dirancang oleh guru.iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran (fasilitasi)

Guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran kepada murid-muridnya. Ini adalah bagi membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan serta serba kekurangan. Beberapa kemudahan penting yang perlu disediakan termasuklah bilik yang selesa, terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai serta bahan dan peralatan yang mencukupi.iv. Penyampaian Pengukuhan

Guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan semasa penghubungkaitan seni dalam pendidikan. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.2.2 Peranan Murid

i. Melibatkan diri sepenuhnya

Murid adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.ii. Membentuk kepercayaan dan saling bergantung

Penghubungkaitan seni dalam pendidikan tidak akan berjaya tanpa ada kepercayaan dan kerjasama. Untuk itu setiap murid perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya.iii. Kesedaran akauntabiliti

Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab. Dalam proses penghubungkaitan seni dalam pendidikan, setiap murid haruslah menyedari akan tanggungjawabnya sebai ahli komuniti dalam kelas berkenaan. Mereka juga perlu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. Kesedaran terhadap akauntabiliti akan membolehkan murid melaksanakan peranannya dengan baik.

Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan manusia dengan jejarinya sebagai murid, dan ibu jari sebagai guru. Jejari murid dibolehkan bergerak dengan bebas meneroka idea-idea baru, sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Tanpa ibu jari, jari-jemari masih lagi boleh bergerak, akan tetapi ia menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda.

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsure seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.(ii) Memupuk Nilai KerjasamaSecara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan perlu diintegrasikan kerana subjek-subjek yang terkandung ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran

1- Teori Konstruktivisme2- Teori Kecerdasan pelbagai3- Teori Behaviorisme Sosial4- Teori Perkembangan5- Teori Otak Kiri Otak Kanan6- Teori Pemprosesan Maklumat

Konsep-konsep Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.

Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad.(2006). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Unitem Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Aktiviti-aktiviti pergerakanKreatif Penduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Teknik Dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Ayob, Mohd Jamal Ismail. (2007) Seni Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur. Unitem Sdn. Bhd.1